21
TAK LENGKAP DO HIDUP KALAU TAK UPDATE FF NI DJKSKDK
p/s : unpublish sekejap sebab ada something perlu edit wehehhe
-----
Aku masuk ke dalam rumah yang sudah sekian lama aku tak jejak kaki aku disini.
Selepas menutup pintu hadapan dan menguncinya, aku menghampiri ruang tamu.
Aku tersenyum pahit.
Nampaknya, semuanya masih sama.
Susun atur perabot juga masih tidak diubahsuai.
Tanpa diundang, kenangan dulu sewaktu aku masih kecil mula menerjah dikotak memori aku.
"appaaaaa! Hayeon nak basikal boleh?"
"untuk princess appa, semuanya boleh!"
"Yeay!!!"
"Eomma! Appa! Hay lukis muka kita bertigaaa!"
"Wah! Cantiknya Eomma,"
"Aik, sejak bila muka appa macam ni?"
"tulah muka appa masa tidur! HAHAHHA
"Appa, kenapa appa perlu tinggalkan eomma dengan Hay? Appa tak sayang Hay ke?"
"Ish. Kenapa cakap macam tu, sayang? Appa sayang eomma dengan Hay. Cuma appa terpaksa pergi untuk selamatkan orang. Appakan hero semasa kebakaran?"
"Janji dengan Hay, appa akan balik?"
"Appa janji, sayangku princess."
Aku menggelengkan perlahan kepala aku. aku tak sanggup nak teruskan mengingati peristiwa yang sudah lama aku buang dari akal memori aku.
sudah hampir 21 tahun, appa pergi meninggalkan aku dan Eomma.
Appa terkorban semasa ingin membawa seorang wanita mengandung keluar dari sebuah bangunan yang terbakar.
Selepas sahaja appa meninggal, eomma makin hari makin berubah. Disebabkan kemurungan yang teruk melanda eomma, dia menjadi seorang pembenci dan panas baran.
Hidup kami porak peranda. Lagi-lagi bila eomma mula berjudi dan berhutang dengan Ahlong.
Tapi, dalam benci Eomma. Dia masih lagi pentingkan keselamatan aku. Dia tidak pernah buatkan aku sebagai cagaran dengan Ahlong.
Setiap kali Ahlong datang ke rumah, dia terlebih dahulu menyuruh aku keluar dari rumah mengikut pintu belakang.
Dan disebabkan itu, aku duduk dorm di Universiti dan bukannya dirumah.
Tapi tulah, perangai Eomma buatkan aku bencikan dia.
Ting!
Aku mengeluarkan telefon pintar aku dari poket seluar. Aku melihat notification dan itu membuatkan aku mengeluh perlahan.
Nampaknya, Jungkook ada post sesuatu di Instagramnya. Dan bunyi notification itu rupanya notification tentang beberapa orang mula liked gambarnya.
Aku membuka instagram tersebut.
Aku membuka setting dan tanpa berfikir panjang, aku terus menekan log out.
Kemudian, aku mengambil langkah memblok instagram Jungkook.
aa, aku perlu move on.
-------
Jungkook melihat ke arah skrin telefonnya. Dia baru sahaja menghantar gambar dilaman instagramnya.
l
iked by parkjm95_, vataen95, and 788, 999,990 others
jjk97_ : i made this mistake, sayang. im sorry, baby sayang. i promise you, i'll never hurt you again. please forgive me, sayang :"(❤
parkjm95_ : woi caption macam baru gaduh dengan awek je? kAu tAkdE aWeK kAn?
vataen95 : you're dumb, prince charming ;) she'll be mine, soon.
joohyuncantik : damn it, dia ada awek siot @yerilawa
yerilawa : @joohyuncantik fuck it. NO HE IS MINE!!
Dalam hatinya, dia berharap bahawa gadis yang dia cintai melihat dan membaca caption yang telah dia tulis.
Hanya dengan melalui instagram sahaja dia mampu meluahkan rasa bersalahnya pada Hayeon. Ini disebabkan Hayeon sudah membloknya disemua tempat termasuklah nombornya sudah disekat dari sebarang panggilan.
Dia berkali-kali meng-fresh-kan instagramnya untuk menunggu Hayeon menyukai gambar yang baru dia hantar.
Tapi sayangnya, tiada sebarang notis pasal Hayeon naik. Sebaliknya akaun-akaun yang dia tidak kenal yang naik.
Jungkook mengeluh perlahan.
Dia membuka wall milik Hayeon.
Terkejutnya dia apabila dia membuka wall milik Hayeon.
"Damn it. Kau blok aku,Hay..?"
Hatinya diserang rasa sakit yang amat.
Nampak gayanya, wanita itu betul-betul membencinya.
Ah Hayeon, kau sudah tersalah faham.
Baru sahaja Jungkook ingin mematikan telefonnya untuk menenangkan diri, dia mendapat satu notification dari KakaoTalk.
Dia terus membukanya.
Baca sahaja nama yang menghantar pesanan kepadanya, terus buatkan telefonnya hampir terlepas dari tangannya.
Kim Minju
Hi.
"Kim Minju.. kenapa kau perlu kembali?"
------
TBC
ANTAGONIS YANG SEBENAR SUDAH MUNCUUUUUUL.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro