Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18

-----

"Jeon jungkook.. aku tahu kau masih belum lupakan budak perempuan tu kan? Maklumlah. Bukan susah untuk lupakan cinta pertama." sindir, Taehyung.

Jungkook mengepalkan penumbuknya.

"Jangan sebut nama dia lagi, bullshit!"

Taehyung ketawa sinis. "Kenapa? Kau takut Hayeon dapat tahu pasal Minju? Hello, lama kelamaan nanti dia akan tahu juga siapa diri kau yang sebenar, Jeon Jungkook...."

"Or should i call you... Jeon satankook?"

brughk!

Satu tumbukan diberikan. Taehyung jatuh tersungkur akibat dia tidak bersedia dengan tumbukan dari Jungkook.

" I have a limit, Kim Taehyung. Seems like you just cross my limit. So itulah penumbuk yang aku hadiahkan kepada kau. Dan kau kena ingat, sekali lagi kau sebut pasal perempuan tu depan aku.. kau dalam masalah besar.

Sebab kau bakal mengejutkan semula sesuatu yang sedang tidur didalam diri aku."

Dan setelah itu, Jungkook keluar dari bilik tersebut. Meninggalkan Taehyung sendiri.

Sebaik sahaja Jungkook hilang dari pandangan, Taehyung tersenyum sinis.

"Dan kau juga akan kejutkan sesuatu yang tidak pernah wujud dalam diri aku, Jungkook."

Kegilaan baru sahaja bermula.

-----

Jungkook mendongak melihat ke arah langit gelap yang diterangi dengan cahaya bulan dan bintang.

Dia kemudian memejamkan mata. Sebaik sahaja mata dipejam, seribu satu kenangan yang dia mahu lupakan mula kembali menyergah akal ingatannya.

"Or should i call you.... Jeon satankook?" kata-kata Taehyung berulang kali bermain diakal fikirannya sekarang.

"Kim Minju..."










"Be my girlfriend, and i'll show you , happiness."

Kim Minju, gadis dihadapannya itu kelihatan begitu terkejut dengan lamaran yang tiba-tiba itu.

Lagi terkejut apabila orang itu adalah Jeon Jungkook. Lelaki paling terkenal di high school ini.

Oh, bukan setakat disekolah, malah diseluruh pelusuk laman sosial terutama di Youtube.

Minju menoleh ke arah dua rakannya yang turut terkejut dengan lamaran tersebut. Dia memerlukan bantuan dari kedua rakannya.

"Diam tanda setuju." ujar Jungkook dengan senyuman menawannya.

"S-saya--" belum sempat gadis itu berkata sesuatu, Jungkook terlebih dahulu memotong.

"Whatever what you want to say, start for today, you're my girlfriend. My offically girlfriend. And i don't want to hear 'no' from you, sayang."

Kedengaran beberapa orang mula bersorak.

Sorakan kegembiraan dan juga sorakan kebencian.

















"Jungkook, awak dah kenapa ni? Awak selalu elak dari saya. Saya ada buat salah ke?"

Jungkook hanya mendiamkan diri. Dia melemparkan pandangan kosong ke arah Minju.

"Jungkook..." Minju cuba meraih tangan milik Jungkook tapi ditepis kasar oleh lelaki itu. Minju kelihatan terkejut dengan tindakan dari lelaki itu.

"Aku nak beritahu sesuatu dekat kau yang aku nak kita tamatkan hubungan kita sampai dekat sini sahaja." ujar Jungkook, tiada perasaan.

"T-tapi kenapa? Apa salah saya?"

Jungkook menggelengkan kepala perlahan.

"Kau tak ada salah. Yang salah, ialah takdir yang menyatukan kita berdua. Semua ini tak betul. Kita tak sepatutnya bersama. We're over."

"Jungkook.. please jangan buat s-saya macam ni.." rayu, Minju. Air mata gadis itu yang mengalir langsung tidak menarik minat Jungkook.

"Tak boleh, Minnie sayang. Aku tak boleh nak terus memaksa hati dan perasaan aku. Aku tak mampu nak menipu lagi. Maafkan aku. Kau boleh salahkan aku pasal hal ini."

selesai berkata sebegitu, Jungkook berura-ura untuk beredar.

"Habis macam mana dengan kisah kelanjuran kita? Macam mana kalau saya mengandung? Tak akan awak nak biarkan saya sendirian selepas kita berdua sama-sama buat salah?" suara milik gadis itu mula meninggi beserta dengan esakan tangisannya, bertanya dengan geram kepada Jungkook.

Langkah Jungkook terhenti. Dia memusing menghadap ke arah Minju.

"Kalau kau mengandung, gugurkan kandungan tu. Dan anggaplah keguguran itu merupakan suatu penghapusan tentang kisah kita berdua." dengan tenang, lelaki itu berkata sebelum dia mula memusingkan badan dan meninggalkan Minju sendiri.

Pekikan namanya langsung tidak dihiraukan.















"Kau tahu pasal Minju tiba-tiba berhenti?"

Jungkook hanya memekakkan telinga sambil menjalani lorong tersebut dengan riak wajah kosong dan dinginnya.

"Mestilah tahu. Dengar cerita dia berhenti sebab mengandungkan anak jungkook."

Diabaikan. Suara-suara itu diabaikan. Jungkook masih lagi memekakkan telinganya dan berbuat seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.

Dia berhenti dihadapan lockernya.

"Damn it. Tak mungkinlah Jeon Jungkook si wajah suci tu tergamak buat macam tu dekat Minju. Aku tak percaya weh."

"Dia bukan rogol Minju pun. dua-dua buat sama rela! Tapi kesianlah dekat Minju. Lepas dah dapat apa yang si satan tu nak, terus dia tinggalkan Minju."

"Dasar Jeon SatanKook!"

Bang!

Pintu locker ditutup dengan kuat. Hilang terus suara-suara tadi. Semua mata mula memandang ke arahnya.

Jungkook menjeling tajam ke arah kedua-dua manusia yang sibuk membawang pasalnya dan Minju sebelum dia mula mengorak langkah menuju ke kelasnya.















Jungkook menggelengkan kepalanya laju.

Tak! Dia tidak mahu mengimbas lagi kenangan paling dia benci itu.

Air mata yang mengalir mula dikesat dengan kasar olehnya. Dia mendongak semula ke arah langit malam dan merenung bulan yang menerangi malam ini dengan perasaan hiba dan sayu.

"Dear, Mr Moon. I want confess something to you. Apa yang berlaku dulu, bukan atas kerelaan aku. Aku terpaksa buat begitu disebabkan oleh paksaan ibu. She hate Minju so much. I don't know why. Maybe ibu nak aku pilih pasangan atas dasar pilihannya? ah aku tidak tahu.

Ibu yang paksa aku lakukan semua kekejaman itu. Dan betul lah apa yang diberitahu oleh Taehyung. Aku takut bila semua orang tahu fasal hubungan aku dengan Hayeon, ianya akan sampai ditelinga Ibu. Dan ibu akan paksa aku lakukan perkara yang sama, macam apa yang dia suruh aku buat pada Minju. Disebabkan itulah, aku mahu teruskan silent couple ini.

Aku tak tergamak nak lukakan hati orang yang aku sayang lagi. Tolong aku, Mr moon. Sampaikan doa aku kepada tuhan yang aku tidak mahu melukai hati orang yang aku sayang lagi.

Aku merayu."

-----

TBC

dah tahukan kenapa? ha lepas ni jangan maki jungkook lagiiiii!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro