Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

13

------

Taehyung merebahkan diri diatas katil bersaiz queen didalam biliknya. Dia memandang ke arah siling sambil meletakkan lengannya diatas dahi.

Taehyung menarik nafas dalam dan menghembusnya dengan perlahan. Hatinya tidak berpuas hati dengan apa yang terjadi sebentar tadi.

Taehyung memejamkan kelopak matanya dan lantas itu, kejadian dihadapan makmal ujikaji mula berulang di akal fikirannya.

pap!

satu tamparan hingga dipipinya hingga menyebabkan wajahnya terteleng ke tepi.

Terkejut. Kedua-dua manusia disitu kelihatan terkejut. Manusia yang menampar dan manusia yang ditampar.

Kedua-duanya didalam keadaan terkejut dan terkelu.

Lelaki itu tertawa sinis. Dia menoleh ke arah gadis itu semula dengan jelingan tajam.

"A-aku minta maaf. J-jangan ganggu aku lagi, Kim Taehyung." kata-kata Hayeon membuatkan hati lelaki milik Taehyung ingin menjerit semahunya.

Bukan itu yang dia mahu dengar dari Hayeon. Jauh sama sekali.

Hayeon mula berjalan meninggalkannya. Ikutkan hati, dia mahu menahan gadis itu dari terus pergi meninggalkannya, tapi dirinya kekal terkaku disitu.

Matanya menghantar pemergiaan gadis yang selalu buatkan hatinya berdebar-debar hebat. Dia menggigit bawah bibirnya.

"Takguna. Aku terlalu gelojoh sampai Hayeon mula menjarakkan diri dari aku!" makinya pada diri sendiri. Dia mula menumbuk bantal disebelahnya dengan geram.

Taehyung mula bangun dari baring. Dia mengusutkan rambutnya dengan geram.

Kemudian, tangannya mula mengeluarkan telefon pintarnya dari beg sandang berjenama nike itu.

Apabila telefon pintar itu selamat dikeluarkan, dia menekan butang ditepi telefonnya untuk menghidupkan telefonnya.

Selang beberapa detik, telefonnya berjaya dihidupkan. Jelas disitu kelihatan gambar seseorang gadis menjadi hiasan untuk screenlock miliknya.

Dia memandang sedalam-dalamnya gadis tersebut.

"Hayeon-ah.." Taehyung mengeluh perlahan.

Gambar yang menjadi hiasan itu gambar dimana dia ambil ketika kali pertama dia menjejakkan kaki di universiti ini. Gambar itu menjelaskan bahawa Hayeon sedang tekun membaca buku di library universiti.

Taehyung menutup semula telefonnya. Dia mula melemparkan pandangan keluar tingkap. Memandang pemandangan diwaktu senja.

"Aku tak akan putus asa, Hayeon. Aku tak akan."

-----

Pintu dibuka dari dalam oleh aku. Dan sebaik sahaja pintu dibuka, jelas kelihatan susuk tubuh Jungkook sedang berdiri dihadapan pintu bilik dorm aku.

"J-jungkook?" Aku terkejut melihat keberadaannya disini.

Dia tersenyum ke arah aku. Tiba-tiba, dia menarik aku dalam pelukannya yang erat. Disebabkan aku terkejut dengan tindakannya, otak aku tidak dapat memberi gerakbalas.

"Balas pelukan aku, sayang. Kau tak rindu aku ke hm?" suaranya yang diromatiskan mula menyapa telinga aku membuatkan aku dengan automatik terus membalas pelukannya.

"Jungkook, kau okay ke ni?" soal aku prihatin didalam kepelikan.

"Im okay. Aku cuma... rindu kau."

Aku mengangguk perlahan. Pelukannya aku eratkan dan aku mula mengusap lembut belakang tubuhnya untuk menghilangkan rindunya pada aku.

"Aku pun rindu kau, Jungkook," Ujar aku, ikhlas dari hati.

Dapat aku tangkap, tawa halus dari lelaki itu. Jungkook mula menjarakkan tubuhnya pada aku. Dia kemudian mengusap lembut rambut aku.

Jari-jemari kasarnya mula beralih ke permukaan wajah aku. Dia menyentuh dari dahi hingga tangannya berhenti tepat pada bibir aku.

Dia memagut bawah bibirnya. Dia seakan cuba untuk menggoda aku sekarang ini.

Bibir aku, dia mengusapnya perlahan. Matanya tidak lekang dari memerhati bibir aku.

"J-jungkook," sapaan aku menyedarkan dia dari sesuatu lamunan. Matanya mula beralih memandang ke arah iris mata aku.

"Jungkook... kenapa ni hm?" Dia menggelengkan kepala sebelum jemarinya mula menyentuh permukaan bibir aku lagi.

"Bibir kau, sayang... tolong jaga ia buat aku. Jangan biarkan sesiapa menodai hak milik aku ini. I beg you, sayang. Kemanisan bibir kau hanya untuk aku seorang sahaja."

Aku menggigit bawah bibir aku. Perasaan bersalah mula menyerang diri aku. Tadi, hampir sahaja bibir yang dimaksudkan Jungkook ini dinodai oleh Taehyung.

Jungkook kemudian mula tersenyum ke arah aku.

"Jom teman aku pergi makan. aku lapar."

-----

"Nah," Jungkook menghulurkan ramen cup yang masih panas kepada aku.

"Terima kasih," aku menyambut ramen tersebut dengan hati yang senang. Aku meniup perlahan ramen yang masih panas itu sebelum menyuapnya ke dalam mulut aku.

Jungkook mengambil tempat dihadapan aku.

"Kau okay kan makan dekat apartment aku?" aku hanya mengangguk laju.

"Asalkan tempat ni boleh berteduh dari hujan, why not?"

Jungkook yang tersenyum mendengar jawapan aku.

Kini, kami berdua hanya mendiamkan diri dan menikmati ramen masing-masing tanpa berbicara.

Aku menghirup kuah terakhir dari bekas ramen aku dengan puas hati. Sebaik sahaja aku mengalihkan bekas ramen itu dari wajah aku, kelihatan Jungkook sedang menopak dagu memandang ke arah aku.

Wajahnya kelihatan seperti mahu menerkam aku sekarang ini.

"K-kenapa kau pandanga a-aku m-macam tu?" soal aku, dengan tidak selesa. Aku membetulkan kedudukan aku.

Jungkook tiba-tiba sahaja berdiri dan mendekatkan wajahnya pada aku. Aku terkedu dengan perbuatannya. Dia tersenyum senget ke arah aku.

"Kau ni... makan pun masih macam budak kecil. Comot,"

"Huh? m-manad--" belum sempat aku habiskan ayat aku, tiba-tiba Jungkook mencantumkan bibirnya dengan aku.

Dia mula mencium aku dengan lembut.

Selang beberapa detik, dia menjarakkan wajahnya. Kedua-dua kami mula tercungap-cungap mencari nafas.

"sweet and spicy. Aku suka. Jadi Jung Hayeon, aku nak kau jaga bibir kau ni jangan sampai ada orang lain merasainya kecuali aku. Lagipun, aku tak suka kongsi kegemaran aku dengan orang lain,

Terutama, Kim taehyung."

-----

TBC

last update untuk minggu ini. huhu dan mungkin ini last update untuk minggu depan sekali. Disebabkan aku ada kem minggu depan, so aku tak dapat nak update xjsjdjd

kalau saya tak update, jangan lupa untuk rindukan saya!

bye sayang semua!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro