11
p/s : ramainya silent readers :"(( btw thanks support walaupun awak menjadi silent readers❤❤
---
"30 ribu? Eomma dah gila? Mana Yeon nak cekau duit sebanyak tu?" secangkir kopi ditanganku mula dicicip perlahan bersama dengan hati yang resah.
Resah dengan permintaan gila Eomma yang tidak masuk akal itu.
"Tolonglah, sayang. Eomma terdesak ni. Kamu tak kesian dekat Eomma ke?" suara sayu dan lembut dari Eomma buatkan aku mengeluh berat.
Inilah perkara yang aku paling tak suka.
"Eomma.. Yeon bukan taknak tolong. Tapi Yeon---" belum sempat aku habiskan ayat aku, terbit satu makian dari hujung talian yang terhasil dari bibir Eomma.
"Dasar anak tak kenang budi. Selama ini aku bayarkan kau punya yuran pengajian, macam ni kau balas dekat aku? Aku minta 30 ribu pun susah!" ujarnya dengan lantang dan keras.
Aku mengetap bibir. Menahan rasa sakit yang mula menyerang hati. Dari makiannya itu, sememangnya dapat menunjukkan bahawa aku dan Eomma sememangnya tidak rapat.
Eomma tidak pernah sekalipun berlembut dengan aku kecuali semasa dia terdesak mahukan duit. Eomma aku pun sebenarnya jarang sekali menelefon aku tanya khabar.
Bila dia mula menelefon aku pun, sebab nak duit. Itu aja.
Dan hari ini, dia menelefon aku hanya kerana dia memerlukan 30 ribu untuk melangsaikan hutang judinya. Paling gila, dia minta duit itu dimasukkan didalam akaun banknya, malam ini juga.
"Bukan macam itu Eomma. Yeon--"
"Kau sememangnya anak tak guna. Eh sakit pula lah hati aku bila telefon kau ni. Kau memang tak pernah anggap aku macam emak kau pun! Sebabtu dengan emak kau sendiri ni, kau nak berkira" ujar sinis dan tajam.
Satu keluhan berat dihembuskan dengan sukar. Hati aku makin lama makin sakit dengan cacian yang tidak masuk akal dari Eomma itu.
"Eomma--" belum sempat aku meneruskan kata-kata aku, Eomma terlebih dahulu mematikan talian.
Aku tersentak dengan perbuatannya, tanpa amaran air mata aku mula mengalir .
Aku memejamkan mata dan mula melayan perasaan sendiri. Aku menangis tanpa mengeluarkan sebarang esakan kerana takut menganggu rakan sebilik aku.
"Kau memang tak pernah anggap aku macam emak kau pun! sebabtu dengan emak kau pun, kau nak berkira!"
kata-kata Eomma tadi masih segara diingatan aku. Aku menggelengkan perlahan kepala aku. Menafikan kenyataan tersebut.
"Yeon sayang Eomma. Yeon tak pernah pun beranggapan macam itu"
Aku faham. Sebab utama kenapa Eomma layan aku seperti itu, disebabkan dia tersalah faham tentang kejadian yang meragut nyawa mendiang appa aku.
"Yeon sayang Eomma."
-----
Aroma dari ttaebokki pedas yang masih berasap itu mula menusuk ke dalam rongga hidungnya. Baunya sudah cukup untuk membangkitkan selera seseorang.
Jungkook tersenyum riang sambil membawa bekas makanan yang berisi ttaebokki tersebut menghampiri Hayeon yang sedang membaca buku dihujung cafeteria ini.
Namun, senyuman lelaki itu mula kendur apabila terlihat wajah masam mencuka dari Hayeon itu. Dia mengerutkan dahi sambil memerhatikan wajah kekasih hatinya yang kelihatan tidak ada mood itu.
Walaubagaimanapun, kakinya masih melangkah menghampiri kekasih hatinya walaupun pelbagai tanda tanya mula menyerang didalam hati.
Mungkin, Hayeon stress sebab test kali ini sememangnya boleh memecahkan otak seseorang?
konklusi yang terbit dari hati Jungkook membuatkan dia yakin yang gadis itu kemungkinan besar sedang stress. Pandangan matanya mula jatuh pada bekas makanan berisi ttaebokki pedas itu.
Satu senyuman mula terjungkit dari bibirnya.
Ttaebokki ini pasti boleh ceriakan hatinya.
----
Aku memicit pelipis aku yang masih terasa sakit sejak semalam. Disebabkan aku terlalu banyak menangis ditambah dengan terlalu banyak membaca membuatkan kepala aku diserang rasa sakit yang amat.
Sedang aku membelek-belek buku dihadapan aku, satu bekas makanan bercorak lobak diatas penutupnya, diletakkan diatas permukaan buku yang sedang aku belek.
Dengan segara, aku terus mengangkat wajah untuk melihat gerangan tersebut. Senyuman dari gerangan tersebut seperti biasa, mampu membuatkan kesakitan dihati kian menghilang.
Aku membalas senyuman lemah kepadanya.
"Are you okay, sayang?" perkataan sayang dihujung terpaksa diperlahankan ; takut didengari oleh pelajar lain.
Aku mengangguk lemah. Sebaik sahaja Jungkook mengambil tempat dihadapan aku, terus aku menyoalnya tentang bekas makanan tersebut.
"Kau ke yang masak ni? Bau dia sedap gila!" puji aku ikhlas. Sumpah, aroma bau yang datang dari bekas makanan ini mampu menaikkan seleranya.
"Eh tak. Semalam, eomma aku datang melawat aku. So dia kasi aku ttaebokki pedas ni. Sebab ttaebokki ni banyak sangat so aku decide untuk bagi kau, sikit. Makanlah. Dijamin sedap punya,"
Apabila Jungkook menyebut gelaran 'eomma' itu membuatkan senyuman lemah aku mula perlahan-lahan pudar.
"e--eomma kau y-yang masak?" Jungkook mengangguk laju.
Aku tersenyum pahit. peristiwa semalam dimana eomma aku menelefon aku mula bermain semula diakal fikiran aku semula.
Bertambah semula masalah dan stress aku.
"Hayeon..." Jungkook mula meraih tangan aku dan mengusapnya lembut. Aku hanya membiarkan dan menunduk wajah. Jungkook mula mendekatkan wajahnya pada wajah aku.
Aduh, Hayeon. Kau merosakkan suasana pula.
"Kau okay tak ni, sayang? Muka kau nampak macam kau ada masalah je hm?" suaranya yang dilembutkan membuatkan aku berbelah bahagi.
Sama ada mahu beritahu masalah Eomma aku padanya atau tak.
Aku mengetap bibir, resah. Aku memandang ke arah matanya dengan serba salah.
"t-tak. aku o-okey."
"Okey apanya, air mata tetiba jatuh ni apahal? hm," jemari kasar lelaki itu mula mengesat air mata aku dengan perlahan.
"Sayang, kau kalau ada masalah cerita je dekat aku. Mana tahu aku boleh tolong? Lagipun apa guna aku jadi namjachingu kau kalau aku tak boleh tahu masalah kau kan?" bibit bicara yang membawa maksud yang mendalam itu kedengaran cukup tulus dan ikhlas.
Aku tersenyum pahit. ada benar apa yang diperkatakan oleh Jungkook.
apa gunanya menjadi kekasih kalau tidak berkongsi masalah?
"A-aku okey, Jungkook. Aku mungkin stress je. Yelah, test kalini cukup mencabar."
Tapi tengoklah diri aku ni, suka memendam dan memilih untuk merahsiakannya. Hati aku terlalu takut untuk membuatkan orang terasa terbeban bila orang mendengar masalah aku.
"Betul ni? sayang kalau kau ada masalah, just tell me. Im here to comfort you, my love."
"Thank you, Jungkook."
------
Seorang lelaki memerhatikan dua memperlai sejoli yang sedang kelihatan meluahkan perasaan dihujung cafeteria.
Wajah dinginnya cukup mengerunkan semua orang yang lalu lalang ditempat itu. Entah kenapa, hatinya sakit melihat kemesraan mereka berdua.
Tanganya mula diletakkan pada luluh hatinya. Dia menepuk perlahan dadanya dan mengeluh perlahan sebelum tawanya terletus perlahan.
"Kau cemburu dah kenapa siot? Bodoh betul," omongnya sendiri sebelum kakinya mula melangkah pergi meninggalkan cafeteria ini.
-----
TBC
konflik baru bermula ye anak-anak huhehe
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro