08
-------
"mereka kawan je. Kau jangan risau lah"
kata-kata Jimin, siang tadi membuatkan aku menarik nafas lega. Aku mampu tersenyum lega bila memikirkan bahawa Jungkook dan Ryuri tidak ada apa-apa hubungan yang istimewa.
aku terlalu overthingking.
aku mengerling ke arah jam tangan aku. sebenarnya, aku sekarang berada diperpustakaan awam. aku sedang menunggu ketibaan Jungkook. Jungkook lah yang mengajak aku datang sini.
Aku pelik juga. Manusia yang paling benci perpustakaan tiba-tiba mengajak datang ke sini. Terlalu pelik.
Tapi semua itu, aku tolak tepi. Dia berkata yang dia ingin meluangkan masa disini dengan aku sambil mengulang kaji sedikit untuk test akan datang.
Aku membelek buku dihadapan aku. Satu persatu muka surat, aku belek. Saja nak luangkan masa sambil menunggu Jungkook datang.
Belek punya belek, tiba-tiba ada satu tangan meletakkan sebotol banana uyu diatas permukaan buku aku. Terhenti terus tindakan aku tadi.
Aku mengangkat wajah untuk melihat ke arah figura tersebut. Terus aku menguntumkan senyuman manis ke arahnya.
Jungkook melambaikan tangan ke arah aku. Lelaki ini walaupun mengenakan penutup mulut, tetapi aku masih boleh agak dia sedang membalas senyuman aku melalui matanya.
Baru je aku ingin bersuara untuk menyuruhnya duduk, ada satu suara manja menyapa Jungkook.
"Hi, Kookie!" walaupun separa berbisik, tapi masih dapat dengar dengan jelas suara manjanya itu.
Mata aku dan juga Jungkook terus menupukan pandangan ke arah gadis tersebut.
Senyuman aku tadi lutur apabila melihat gadis yang menyapa Jungkook tadi. Manakala Jungkook, terus menanggalkan penutup mulutnya dan tersenyum teruja.
"Ryuri! You buat apa dekat sini?" soal Jungkook, teruja.
"I datang nak study lah. Tak akan nak dating dengan you pula kan?" Terletus tawa perlahan dari Jungkook dan Ryuri. Manakala aku memandang mereka berdua dengan diam.
Aku mengeluh perlahan. Terus hilang mood aku yang gembira tadi.
"You pula buat apa dekat sini?" soal Ryuri pula. Dia memandang ke arah aku dengan curiga. Pandangan curiganya dibawa ke arah Jungkook.
Seakan faham dengan pandangan curiga milik Ryuri terus dia berkata,
"I datang sini nak study dengan Hayeon. Alang-alang you dah ada dekat sini, apa kata you join kami berdua?" pelawaan Jungkook membuatkan aku tiba-tiba berdiri.
Jungkook dan Ryuri memandang aku dengan dua pandangan berbeza. Jungkook, melemparkan pandangan hairan manakala Ryuri melemparkan pandangan sinis.
"Kau.. okay ke Hayeon?"
"Huh?" aku memandang ke arah Jungkook bersilih ganti dengan Ryuri.
"Ke you tak suka I join you and my bestfriend belajar sekali?" soal Ryuri dengan wajah disengajakan kelihatan suci.
Laju aku menggelengkan kepala. Walaupum sebenarnya, memang benar aku tidak selesa dengan kedatangan Ryuri disini.
"Aku tak kisah pun. Jom lah join sekali. ha, kau orang duduklah dulu aku nak pergi ambil buku dekat sana."
Tanpa menunggu kata balas dari mereka berdua, aku terus berjalan meninggalkan mereka.
Konon nak study sambil dating dengan Jungkook. alih-alih datang pula orang ketiga mengacau dan merosakkan segalanya.
-----
Aku mengeluh perlahan. Menyesal pula aku datang sini seorang diri. Buku yang aku mahukan berada dirak paling atas sekali.
Dan disebabkan ketinggian aku yang terbatas membuatkan aku sukar untuk mengambilnya.
Aku menyumpah seranah diri sendiri bila bertindak bodoh kerana tidak mengajak Jungkook sekali. Kalau ada Jungkook, dia boleh tolong aku ambilkan buku tersebut.
Aku menoleh ke kiri dan ke kanan. Mencari sesuatu benda yang boleh membantu aku mengambilnya.
Tapi malangnya, tidak ada satu pun alat yang mampu membantu aku. Malah tangga untuk menyusun buku pun tidak ada.
"Terpaksa panjatlah jawabnya,"
Aku memijak rak buku yang paling rendah dan menolak diri untuk naik ke atas. Apabila kaki aku ingin melangkah di rak seterusnya, entah mana silap aku, kaki aku tergelincir dan itu membuatkan imbangan aku hilang.
Aku sudah terjerit kecil sambil memejamkan mata. Terpaksa pasrah apabila jatuh ke bawah.
Tapi kejap.
Kenapa aku rasa lama sangat ni?
Kenapa tak rasa sakit pun?
Aku dah mati dah ke ni?
"Kau memang nak tidur terus ke hah?"
suara garau itu membuatkan aku terus membuka mataku dengan pantas. Mata aku terbutang luas apabila melihat figura yang menyelamatkan aku.
"T-taehyung?"
"Yelah aku, Kim Taehyung. Your silent knight."
------
TBC
thanks for 900+ views and 300+ vote❤❤❤
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro