Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

03

-----

"Maafkan aku, sayang. Kita terpaksa juga rahsiakan hubungan kita sampailah kita habis belajar. Aku taknak, kau kena tempias je kalau semua orang tahu yang kau dengan aku menjalin kasih."

kata-kata Jungkook semasa di cafe pagi tadi mula bermain semula diakal fikiranku.

Aku berdecit perlahan.

Aku faham. Dia tidak mahu aku ditimpa masalah besar dekat SNU ini. Aku sudah boleh pun mengagak yang aku akan ditimpa masalah seperti ;

dicaci, dimaki, dihina oleh semua pelajar dekat SNU ini kerana aku hanyalah seorang gadis biasa merangkap kawan baik kepada seorang lelaki yang cukup terkenal itu.

Sedangkan gosip liar yang tersebar pasal hubungan aku pun ditentang hebat oleh mereka. Siap semua orang menegaskan bahawa aku hanya kawan baik Jungkook dan tidak lebih.

Walhal mereka tidak tahu. Aku sudah jadi lebih dari itu.

Aku mengeluh berat sebelum menghirup lagi ramen yang masih panas itu. Sekarang ini, aku berada di kedai serbeneka 7eleven.

Tiba-tiba sahaja perut aku terasa lapar pada jam 12 malam ini. Jadi aku ambil keputusan untuk pergi ke sini seorang diri.

Sedang aku sibuk mengisi perut aku, ada seorang tubuh mula melabuhkan punggung disebelah aku.

Dia, tiba-tiba meletakkan secawan ramen yang masih panas dihadapan aku beserta dengan 2 kotak banana uyu.

Aku berhenti mengunyah dan menoleh ke arah figura tersebut. Sangkaku itu pemberian dari Jungkook.

Tapi nampak gayanya bukan.

"Hello, princess. we meet again." ujarnya sambil melakarkan senyuman manis ke arah aku.

----

"Yah! Jeon jungkook!"

langkahnya terhenti apabila suara bingit dari Jimin menerpa telingannya. Jungkook terus menoleh ke arah Jimin sambil mengangkat sebelah kening, tinggi.

"Kau nak pergi mana?"

"Taehyung ajak teman pergi 7E," katanya sebelum memusingkan badan, dan ingin beredar.

"Weh tunggu! Aku nak ikut!"

----

"Kau betul ni taknak aku temankan kau balik?" soal Taehyung buat kali ke-4. Wajahnya kelihatan tidak yakin untuk membiarkan aku pulang sendiri.

Ditambah lagi sekarang sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Memang bahayalah seorang perempuan berjalan seorang diri pulang ke dorm sendirian.

"Dorm perempuan dan lelaki tak sehaluan. Aku taknak orang salah faham pula bila nampak kau teman aku sampai kawasan dorm perempuan."

Bukan pelajar lain je aku takut salah faham. Aku takut dengan Jungkook sekali kena tempias salah faham. Sudahlah Jungkook ini jika merajuk, susah dipujuk.

Inikan merajuk ditambah cemburu. Naya lah aku nak pujuk dia nanti.

"Kau takut orang salah faham atau kau sebenarnya takut boyfriend kau yang salah faham huh?" provok dari Taehyung membuatkan aku sukar untuk bernafas.

"M-mana ada. Aku mana ada b-boyfriend." aku menafikan kenyataan sebenar. Aku menundukkan wajah dan berura-ura untuk pergi.

"Aku tak kira. Aku nak juga teman kau balik. Lantaklah orang nak cakap apa, janji kau sentiasa dalam pengawasan aku." Taehyung masih berkeras.

Dia menarik penutup kepala hoodie aku hingga aku terpaksa berjalan secara mengundur.

"Yah, Kim Taehyung! Lepaskan aku lah! Ish kau ni!" aku meronta untuk dilepaskan.

Taehyung berhenti melangkah dan lepaskan penutup kepala hoodie aku. Aku berdecit geram.

Baru jumpa tak sampai 2 hari, kau dah berani buat aku macam itu! Level kurang ajar kau tu memang tak boleh bawa bicang.

"Kau ni memang tak guna betul."

Dia menarik hujung bibirnya untuk tersenyum sinis. Baru je dia ingin menggosok kepala aku, ada satu suara menegur kami.

"Yah korang berdua tengah dating ke pepagi buta ni hah?"

aku dan Taehyung serentak menoleh ke arah suara tersebut. Mata aku terbutang luas beserta mulut mula ternganga sedikit.

Jungkook dan Jimin sedang berdiri dibelakang kami. Renungan tajam dari Jungkook kepada aku dan Taehyung buatkan aku sedikit ketakutan.

Dapat aku lihat, Jungkook mula menggenggam tangan erat tanda dia sedang geram.

Baru je aku ingin bersuara, tiba-tiba sahaja Taehyung memeluk bahu aku hingga aku terdorong dalam pelukannya.

Itu buatkan aku lagi serba salah dan nak mencarut dekat Taehyung sekarang ini.

"Dating pukul 1 pagi, baru sweetkan?" katanya sambil memandang ke arah aku dengan senyuman manis.

Renungan tajam dan cemburu dari Jungkook membuatkan aku menolak Taehyung jauh dari aku.

"Jangan salah faham. Aku dengan Taehyung kebetulan sahaja jumpa. Lagipun, aku baru sahaja berkenalan dengannya pagi tadi." jelas aku kepada mereka berdua.

atau sebenarnya penjelasan aku lebih ke arah Jungkook, kekasih hati aku.

"Tapikan. Aku tak kisah pun kalau korang ni betul-betul in relationship. Sebab aku rasa aura comel korang bersama terserl-- auch! yah jeon jungkook! Kau siku perut aku dah kenapa?"

Jungkook endahkan Jimin. aku tahu dia sakit hati dengan ujaran dari Jimin, sebab itu dia menyiku Jimin.

Jungkook memandang Taehyung tajam sebelum menoleh ke arah aku. Dia berjalan menghampiri aku sebelum penutup kepala hoodie aku ditarik olehnya untuk menutup rambutku.

"Kau, Jung Hayeon. Biar aku hantar kau balik." katanya sambil membetulkan kedudukan penutup kepala hoodie tersebut.

Aku tersenyum manis lalu mengangguk. Hati aku senang bila Jungkook pelawa untuk hantar aku pula.

Jauh beza dengan perasaan bila Taehyung ingin menghantarku pulang.

"Aku ikut korang berdua."

kata-kata Taehyung membuatkan langkah kami terhenti.

"Biar aku dengan kau, sama-sama teman Hayeon balik." Taehyung berkata dingin sambil menayangkan wajah dinginnya.

Dia berjalan melepasi kami berdua. Aku mengerling ke arah Jungkook. Dia sedang merenung tajam ke arah Taehyung.

Aku mengusap lembut lengannya, menyuruh supaya dia buang perasaan geram itu.

Jungkook mengeluh berat.

"Woi! Kalau kau orang teman Hayeon balik. Habis aku macam mana?" soal Jimin yang kelihatan bengang dengan tidakan dua sahabatnya itu.

"kau masuk dalam beli makanan dulu. Kejap lagi, aku dengan Taehyung datang,"

Kedengaran cacian dan carutan dari Jimin sebelum kami berdua berjalan meninggalkan dia.

"Jungkook, pasal aku dengan tae--"

"Aku tahu. Tu semua salah faham. Aku belum bodoh lagi nak percaya sesuatu perkara tanpa penjelasan dan bukti. Kau jangan risaulah sayang. Aku tak marah kau pun."

aku menghela nafas lega. Syukurlah dia tidak salah faham dengan tindakan Taehyung sebentar tadi.

"By the way, kau kenal ke Taehyung tu?" soal aku. Akhirnya terungkap juga soalan yang dari tadi terbuku dihati.

"Kenal. kenal sangat. Sebab dia merupakan sahabat karib aku. Nanti, ada masa  aku ceritakan dekat kau, macam mana aku dia dan jimin boleh berkawan, ye sayang?"

aku mengangguk laju dan tersenyum ceria.

"Yah, korang berdua memang nak tunggu kita bertiga sampai dorm pukul 10 pagi esok ke hah? Lambat do."

Ada juga yang arwah pagi buta ni kang.

-----

TBC

sedikit hambar but issa okay.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro