02
Terima kasih sebab add this book at your library and reading list!
Terima kasih sebab sudi baca💜
Jangan lupa untuk rajinkan diri dengan menekan vote yea? hehe💜💜
----
Aku menyimpan semula buku Heal Your Body karya Louise Hay itu didalam locker. Buku itu, sebenarnya hadiah dari Jungkook semperna ulangtahun kelahiran aku buat kali ke-20.
Banyak lagi sebenarnya buku yang dia hadiahkan setiap kali ulangtahun kelahiran aku. Sememangnya dia sudah faham dan sebati dengan fakta yang aku sememangnya pencinta buku.
Berbeza pula dengan dirinya, yang sememangnya membenci buku sejak azali. Kecuali, buku berlandaskan komik dan fantasi. Ha, itu sememangnya menjadi kegemarannya.
Sudahlah pasal itu.
Berbalik pada tadi,
selepas sahaja aku menyimpan buku tersebut dengan cermat, aku mula melangkah menuju ke arah library untuk menyiapkan sedikit tugasan yang diberi oleh Prof Shin.
Aku membetulkan kedudukan beg laptop aku dari terlurut dibahu.
Sedang aku melalui kawasan taman yang menuju ke library tersebut, mata aku tertangkap susuk tubuh yang aku kenal.
Aku berhenti melangkah dan mengecilkan mata aku untuk melihat dengan lebih terperinci.
"Jungkook?" soal aku sendiri. aku tidak berjalan menghampirinya kerana kelihatan dia sedang berbual dengan seorang figura berjantina perempuan.
mereka berdua nampak serius...
apa sebenarnya yang dibualkan oleh mereka?
Hati aku galak untuk mengetahuinya. Lagi bertambah nak tahu apabila Jungkook menguak rambutnya dengan kasar ke belakang.
Dia kelihatan seakan marah tapi cuba dikawal olehnya. Perempuan tersebut tiba-tiba sahaja melutut dihadapannya dan itu buatkan Jungkook tersentak.
Bukan dia sahaja, aku juga turut tersentak.
Jungkook menyuruhnya bangun tetapi perempuan itu masih berdegil. Bahu perempuan tersebut kelihatan terhinjut-hinjut seakan menangis.
Jungkook mengeluh kasar. Dia memandang sekeliling sehingga matanya terpandang ke arah aku.
Aku tersentak dengan pandangannya. Aku cuba berlagak tenang dan mula melangkah ke arahnya. Kalau ikutkan hati aku tadi, aku nak sahaja lari. Tapi, itu tindakan paling over pernah aku terfikir.
"Kenapa ni?" soal aku, cuba berlagak seperti hubungan kami yang hanya bergelar kawan baik.
Aku memandang ke arah Yeri. Dia menundukkan wajah. Dapat aku dengar esakan halus darinya.
Benarlah, dia sedang menangis.
"T-tak ada apa-apa lah. Kau nak pergi library kan? Ha baguslah. Meh aku teman kau, since aku pun nak pergi sana." Jungkook menarik tangan aku untuk beredar.
Aku hanya akur. Aku menoleh kebelakang untuk melihat keadaan Yeri.
Dia masih lagi dalam posisi yang sama, melutut dan menundukkan kepala.
"Kenapa tu?" soal aku sebaik sahaja kami berada dilaluan lorong menuju ke library. Jungkook masih menggenggam erat tangan aku.
Tempat ini tiada orang. Jadi, tak berapa kisah sangat kalau kami berpegangan tangan.
"Dia confess dekat aku tadi. Lepas itu, aku cakap jelah yang aku suka orang lain. Terus dia melutut dan merayu dekat aku," jelas Jungkook.
Aku tersenyum nipis.
"Kau tengking dia ke tadi? Aku nampak dari jauh, serius semacam je."
Jungkook memberhentikan langkahnya. Tindakannya itu buatkan aku juga turut berhenti. Jungkook berpusing menghadap ke arah aku.
Dia menggenggam tangan kanan aku erat dengan kedua-dua tangannya.
"Tak tengking. Cuma tertinggi suara je, sayang. Aku sebenarnya tadi bengang gila dengan dia lepas dia cakap, she is more better than you. Aku tak boleh terima bila dia cakap macam tu!"
"Kau je paling terbaik untuk aku. Kau je sayang, yang layak ada dalam hati aku " katanya lagi sambil bermain-main dengan jemari aku.
"Tapi dia lawa apa kalau nak berbanding dengan aku. Sesuailah dengan kau yang sememangnya lelaki popular dekat SNU (Seoul nation University) ini,"
Sendiri yang cakap macam itu, sendiri yang sakit hati. Bagus kau ni, Jung Hayeon.
"Ah kau. Kau lagi 100000000 kali ganda lawa dari dia. Kau je yang low confident taknak mengaku!"
Aku mencebik.
"Betul lah apa aku cakap, hm."
Jungkook ketawa kecil melihat aku seakan merajuk. Dia mendongakkan dagu aku.
"Dahlah sayang. Cantik ke tak cantik, janji aku tetap milik kau. Dan kau tetap milik aku. That's enough." dia tersenyum ke arah aku sambil mengusap lembut pipi aku.
Aku membalas senyumannya.
"Kan manis kalau senyum macam ni. Dah jom, aku teman kau dekat library."
----
"Sayaaaang. Lambat lagi ke nak habis?" soal Jungkook separah bisik dalam keadaan kepala dibaringkan diatas meja.
Dia sedang bosan gila sekarang ini.
"Sabarlah kejap. Sikit lagi ni kerja aku nak siap." kataku sambil fokus menyalin ayat yang telah aku highlightkan didalam buku nota aku.
Jungkook mengangkat kepalanya dan badannya ditegakkan. Wajahnya yang masam mencuka memandang ke arah aku.
"Ala sayaaaang! Aku dah bosan gila dah ni. Kau nak aku mati kebosanan ke dalam library ni? Dahlah tak ada buku yang best untuk dibaca" rungutnya.
Aku memandangnya lalu menggelengkan kepala.
Dasar pebenci buku. Hairan betul aku.
Dia tak suka baca buku, tapi masih boleh dapat keputusan yang cermelang.
Apa setiap kali exam, dia akan minum air rebusan buku ke sampai bijak nak mati?
Sumpah pelik dengan manusia jenis macam ni.
"Cepatlah hayeon. aku lapar dah ni!" eh tiba-tiba rasa nak lempang pula pakwe sorang ni.
jenis tak reti sabar. Gigit kang.
"Macam nilah kook. Apa kata, kau pergi beli makanan dekat cafe siap-siap lepastu kau tunggu aku dekat sana." cadang aku.
Dapat aku lihat, matanya bersinar-sinar. Dia tersenyum lebar. Terus dia berdiri tegak.
"Serious ni? Ha ok ok. Gerak lu! Bye sayang!"
Sekelip mata sahaja dia lesap dari pandangan. Aku menggelengkan kepala sambil tersenyum lucu melihat telatah Jungkook.
Baru je aku nak sambung semula kerja aku, tiba-tiba seseorang menarik kerusi disebelah aku.
Aku menoleh ke arah figura tersebut.
Seorang lelaki berkaca mata itu sedang duduk sambil meletakkan beg laptopnya diatas meja. Dia mengeluarkan laptopnya dari beg tersebut.
Kenapa wajah dia ni, tak pernah nampak pun dekat Universiti ini?
Aku hanya memerhatikan gerak gerinya sebelum dia tiba-tiba sahaja menoleh ke arah aku.
Wajah poker face ditayangkan kepada aku.
"Sorry kalau aku duduk sini. Dekat meja ni je yang dekat dengan rak buku yang aku perlukan." jelasnya.
Aku tersenyum dan mengangguk dengan teragak-agak. Dia menoleh ke arah laptopnya semula. Aku juga turut memandang ke arah buku nota aku.
Aku menjarakkan sedikit kedudukan kami.
Selang selepas itu, dia bersuara lagi.
"Aku, Kim Taehyung. Pelajar baru. Salam perkenalan." ujarnya dingin tanpa memandang ke arah aku.
Aku tergamam dengan tindakannya itu.
"ah nae. Aku, Jung Hayeon. Salam perkenalan." balas aku dengan senyuman.
Dia mengangguk perlahan sebelum jarinya lincah menari diatas keypad.
Suasana menjadi sejuk dan kekok. Aku melihat ke arah buku nota aku.
Sebenarnya, ada sedikit lagi tugas yang perlu disiapkan. Tapi, keadaan sekelilimg terasa janggal, jadi aku mengambil keputusan untuk beredar dan menuju ke cafe.
"Aku minta diri dulu." aku tak tahu apa function aku cakap macam itu dekat dia. Dia bukannya balas pun.
Aku mula melangkah meninggalkan lelaki bernama Kim Taehyung itu dan menuju ke cafe dimana Jungkook sedang menunggu.
Tanpa aku sedar, pemergian aku diperhatikan oleh seseorang dengan senyuman gembira.
----
TBC
terpanjang pula. maaf dengan segala kehanatan didalam chapter kali ini. huhu.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro