01
Aku menggeliatkan badan aku. terasa sendi-sendi badan mula sakit akibat duduk diatas kerusi terlalu lama.
Aku mengeluarkan telefon pintar aku dan melihat notification yang masuk.
majority, semuanya liked dari followers dekat account instagram Jungkook dan juga mesej dari Jungkook.
Jungkook❤
sayaaaaang
Jungkook❤
kau dah habis class ke belum tu
sayaaang?
Jungkook❤
kacak tak gambar yang aku post kat
ig tu? 👀 ehek
Jungkook❤
Habis class, jum makan pizza!
Aku tersenyum senang melihat mesej darinya. Comel jelah. Lelagi Jungkook ini suka typing perkataan jadi meleret seperti sayaaaaang lah, apa lah.
Jari aku lincah menari diatas keyboard untuk membalas mesejnya.
Hayeon
aku baru sahaja habis class❤
Hayeon
kau post gambar? aaaa no wonderlah
notification aku asyik naik je hmm
Hayeon
WAH PIZZAAAA! Okok😍
Jungkook❤
heheh
Jungkook❤
pERGILAH LIKE! wkwkwk
Jungkook❤
nanti aku ambil kau dalam pukul 5 petang.
okay?
Hayeon
aip aip captain!
Jungkook
see you later, loveee! gtg!❤
sebelum aku menyimpan semula telefon aku, aku membuka aplikasi instagram dan betul lah yang dikatakan oleh Jungkook.
Dia baru sahaja mengUpload gambarnya.
liked by lalalalisa_m, nam.joons, seokjinkacak and 759,678 others
jjk97_ senyuman dan tawaku hanya untuk kamuuu~~♡
lepas sahaja aku like gambar tersebut, aku terus menyimpan telefon aku. aku mengemas segala buku catatan dan pen yang berselerak diatas meja aku dan dimasukkan kedalam beg.
oh, baru aku perasan. dewan kuliah sudah kosong.
aku mengerling ke arah tangan aku. sekarang menujukan pukul 3:30 petang. jadi, sementara menunggu Jungkook, aku menuju ke arah cafe yang berhampira.
tiba-tiba tekak terasa nak minum pearl milk tea pula.
----
"terima kasih," aku memusingkan badan dan melihat ke arah telefon pintar aku sambil menghirup minuman yang aku pesan tadi.
aku berjalan sambil mata tertumpu ke arah telefon pintar aku. instagram di scroll dari atas hingga bawah.
sedang aku ralit dengan telefon pintar aku, tiba-tiba ada satu suara menegurku. aku berhenti melangkah dan melihat ke arah empunya suara.
gadis kecil berwajah comel itu sedang tersenyum lebar ke arah aku.
"Sunbae ni, Jung Hayeon kan? Kawan baik, Jungkook sunbaenim?"
aku mengangguk dengan teragak-agak. kawan baik atau lagi tepat, aku ini merupakan kekasihnya.
nak sahaja aku berkata sebegitu, tapi aku tak boleh.
sebab, hubungan kami merupakan hubungan rahsia. tiada seorang pun yang mengetahui kecuali aku dan Jungkook.
"oh great!" gadis itu kelihatan begitu teruja. Dia masih lagi tersenyum lebar ke arah aku.
"Kenapa ye?" aku memandang ke arahnya dengan penuh kehairanan. Dia kelihatan seakan baru teringat sesuatu.
"Ah ye. By the way, saya Yeri. Student jurusan art and design dan tujuan saya datang ke sini sebab...." dia berhenti berkata dan mula mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya.
"saya nak minta tolong sunbae pass kan love letter saya pada dia boleh?"
what the fuck?
----
Aku melihat ke arah love letter dari budak Yeri itu tadi. Aku menggigit bawah bibir aku, geram.
Baru sahaja aku ingin merenyokkan love letter tersebut, ada satu tangan merampas surat itu dari aku.
"yah!" aku memandang geram ke arahnya. Jungkook tersenyum hingga ternampak gigi arnabnya itu.
"Apa ni?" soalnya ke arah aku sambil duduk dihadapan aku. Dia membelek love letter tersebut sampailah wajahnya kelihatan terkejut apabila dia ternampak namanya diatas surat tersebut.
"Love letter?" aku hanya tersenyum kelat lalu melemparkan pandangan ke arah lain.
Entah ah. hati ini masih sakit lepas budak tu selamba je suruh aku hantar surat cinta dia tu dekat boyfriend aku.
Kedengaran Jungkook mengeluh sebelum dia mengusap rambut aku.
"Don't worry lah. Love letter dari budak si Yeri tu tak akan buat cinta aku pada kau berubah, sayang. Trust me."
aku memandang ke arahnya dengan wajah masih masam mencuka. Dia tersenyum manis ke arah aku.
Dia tiba-tiba berdiri dan mula berjalan menuju ke arah tong sampah. Penutup tong sampah dibuka, dan love letter dari Yeri dicampak masuk ke dalam tong sampah.
Mata aku terbutang luas melihat tindakan dia. Dia berpusing dan memandang ke arah aku.
Dia tersenyum dan mula berjalan menuju ke arah aku.
Sebaik sahaja dia berdiri betul-betul dekat dengan aku, Jungkook menarik penutup kepala hoodie aku dan menyarungnya pada kepala aku.
"Aku suka dekat kau sorang je sayang. Tak ada orang lain yang boleh ganti kau dalam hati aku,"
Aku tersenyum malu.
"Kau janji? jangan curang dengan aku?"
"Mestilah aku janji! Eh dah jom makan pizza!"
"Joooom!"
-----
TBC
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro