
2023 part 11
"Bebe, vamos para a praia!" kata Felicia yang memakai bikini, sengaja menghala punggungnya ke arah Alif, sambil ikat getah rambutnya ke belakang.
Felicia mengajak Alif untuk berjogging di pantai. Alif ni masih lagi berpakaian pejabat sedang buat coding.
Tapi kalau dah makwe Brazil seksi ajak jogging, Alif rasa itu adalah satu kewajipan.
Cepat-cepat Alif bangun dan menukar bajunya, kemudiannya Felicia memeluknya dari belakang, sebelum mereka perkena satu round di dalam bilik air.
Entah apa ilmu yang Azlan turunkan pada Alif sampai macam ni power dia mengayat awek.
Leonardo dari jauh memerhatikan perangai Alif, kemudian geleng kepala. Nak tegur, dia ni dihantar oleh Tuan Pengerusi Agung.
Tak memasal dia kena babysit Alif kat sini. Pantang betul dia ni kalau ada gadis cantik.
--
"Alif apa cerita dia sekarang?" Fendi Orton tanya Jugra.
"Hmm..." Jugra tak cakap banyak, dia tunjuk akaun Instagram nama Luis Silva.
"Apahal nama dia luissilva96 pulak ni?" jerit Khalis.
"Shhh! Jangan sebut kuat-kuat. Dia tak kasi aku beritahu orang."
"Ni awek dia ke? Siap cemolot bawah pokok kelapa?" tanya Khalis.
"Ye la tu kot?" kata Fendi Orton.
"Babi dulu masa sekolah bapak loser gila. Dah besar awek keliling pinggang sial!" kata Khalis.
"Tengok la dia menuntut ilmu dengan siapa. See the leg la," kata Jugra sambil letak dua tangannya ke kepalanya sambil terbaring akibat barai terkena cokoroi dan daun lipat-lipat.
"Kau asal tak jadi kasanova, Jug?" tanya Khalis.
"Aku ikut perangai mommy aku. Jenis setia."
"Rugi dooohhh!" kata Fendi Orton.
"Malas la. Kau asyik tukar pepe* je, lama-lama kena siphlis. Kena HIV, kau gak merana," kata Jugra.
"Tapi takkan kau tak boring dengan Mili?" tanya Khalis.
"Boring? Aku tanya kau, kau rasa aku dah kenal kau sejak aku belasah kau kat perpustakaan dulu, aku boring tak tengok muka kau?" tanya Jugra.
Semua dah tergelak teringat cerita lama.
"Kau boring kawan dengan aku ke, Jug?" tanya Khalis.
"Kenapa kau tak boleh buat makwe macam kau buat member? Kenapa kau nak kena buat macam kau beli kereta. Pakai lima tahun, tukar."
"Kita ni kalau boleh nak setia, Jug. Tapi perangai makwe ni yang kita tak tahan," Fendi.
"Kau ni, masa mula-mula dulu kau jugak yang kejar makwe tu. Bila kau dah kenal perangai dia, kau jadi tak tahan. Kau kena la belajar memahami pasangan."
"Macam mana la kau boleh sabar dengan perempuan macam Mili tu, Jugra?" tanya Fendi.
"Dengan perempuan ni kau kena sabar. Kalau kau pandai dengan ragam dia, dia akan bahagiakan kau. Itu apa yang daddy aku ajar."
Kawan-kawan Jugra mengangguk-angguk bersetuju dengan pendapat Jugra terhadap perempuan.
"Tapi aku nak jadi kasanova macam Alif," kata Khalis.
"Boleh je, tapi benda ni ada art. Macam salesman la. Kau nak jual diri kau kat makwe, macam mana? Dia sebab Mama Mer turunkan ilmu marketing dengan business tu, tu yang dia ayat power tu. Dapat awek Brazil nama Felicia Santos ni."
"Babi la Alif! Aku nak datang Brazil la nanti!" kata Fendi Orton.
Haris pula menjauhkan diri bila semua orang bercakap tentang Alif. Sejak peristiwa Alif menyailang awek Haris dulu, Haris memang menyampah dengar nama Alif.
"Jug, Fendi, Lis, aku gerak dulu."
"Ala, lek la Ris! Malam masih muda."
"Aku nak gerak. Besok nak bersiap awal."
"Aku yang pengantin ni pun rilek lagi," kata Jugra.
Haris terus blah dari bilik karaoke tu.
"Kau ni pun, Jugra, tak sensitif la. Kau kan tau Haris benci si Alif sejak kes hari tu," kata Fendi.
"Laaa, bukan hari tu dah berdamai ke?" tanya Jugra.
"Sebab kau je, Jug. Kalau tak, memang bergaduh lagi dorang tu."
--
"Haris, Haris! Kau janganlah macam ni. Besok hari wedding aku."
"Besok hari wedding kau la, kena balik awal. Lagipun kau ingat tak apa yang Tuan Pengerusi pesan? Malam ni kan kau kena hantar laporan?"
Jugra tergaru-garu kepala.
"Aku minta maaf sebab cerita pasal Alif depan kau."
Haris salam Jugra.
"Kita brotherhood, dia je yang langgar semangat tu. Of course aku akan loyal dengan kau. Cuma, aku memang menyampah dengan dia. Kau tak boleh paksa aku untuk suka orang yang aku benci."
"Aku faham, Haris."
"Kau tu Tuan Muda. Tanggungjawab kau akan datang lebih besar. Aku balik dulu."
--
Di bilik sebelah, Kecik dan Din Tapa berbincang tentang situasi Ayam Hitam di Suvarnabhumi.
"Kalau parti tentera kalah pilihanraya ni, payah kita nak kawtim dengan kerajaan dorang dah. Nak seludup dadah pun dah tak boleh dah nanti," kata Kecik.
"Bro Kecik takde connection ke dengan geng-geng belah Thaksin tu?"
"Susah. Sebab dulu Bro Ali terlibat gulingkan dia dulu. Cuma kalau ikut perlembagaan Suvarnabhumi sekarang, dia ada dua dewan. Satu dewan tu dewan rendah, ada 500 kerusi. Dewan Senat ada 250 orang, dan Prayut dah letak semua orang tentera kat situ. Kalau Pheu Suvarna tak menang besar, kita selamat. Jangan sampai dia atau yang pro demokrasi ni dapat 376 kerusi je."
"Kalau macam tu, kita fokus kat parti Melayu kat sana je lah. Biarkan je lah parti tentera tu melingkup. Bukannya ada kaitan dengan kita pun. Cuma nanti kerajaan baru ni perlukan parti kecik jugak untuk buat coalition nanti. Tu je lah kita boleh buat," kata Din Tapa.
"Kita kena perhatikan dua orang. Marina dengan Mili. Cuma Mili ni, bila dia kahwin dengan Jugra tu, aku harap dia slowdown la. Aku tak nak la mencetuskan masalah dengan Jugra nanti."
Pintu diketuk.
Jugra buka pintu.
"Bro Kecik, Bro Din Tapa, jom la balik. Besok dah nak kahwin dah."
"Kita je yang belum kahwin," Din Tapa peluk leher Kecik.
"Kami adalah pria-pria kesepiaaaaan, jauh dari rumah dan ditinggalkan cinta, coba dengar keluhan kami, pria kesepiaaaaannn!" Kecik menyanyi lagu popular dari Majapahit itu.
--
Tanpa disedari, mereka semua sedang diintip oleh Carlos, yang mahu melaksanakan tugas yang diserahkan oleh Azizan.
Carlos sedar, tugas ini agak berisiko. Cuma dia dapat kesan di mana dia boleh tembus kawasan keselamatan di Jalan Cendana.
Carlos kemudiannya pulang ke rumah, dan memberitahu Azizan tentang apa yang telah dipantaunya.
"Security dia memang ketat, tapi saya dah jumpa satu kelemahannya."
"Macam mana?"
"Ikut tasik."
"Ikutlah mana-mana pun, tapi aku kena lunaskan dendam aku, Carlos. Anak aku mati disebabkan si Azlan bangsat tu!"
--
Jugra baru balik dari bachelor party, dan nampak Azlan sedang duduk di dalam gelap, dengan hanya lampu meja sahaja yang menerangi fail yang dia baca.
"Daddy tak tidur lagi?" tanya Jugra.
"Belum...aku tengah baca laporan intel. Nampak macam keluarga Wan Demang macam terbahagi kepada dua sejak Alif gaduh dengan Mili ni."
"Nampaknya macam tu lah."
Azlan membuka cermin matanya, melipatkannya, kemudian masuk ke dalam kotak cermin matanya.
"Duduk kejap, daddy nak tanya pendapat Jugra sikit."
Jugra duduk dan memandang ke arah Azlan.
"Apa pandangan Jugra terhadap Mili, dalam Sayap Hitam?"
Jugra berdehem, bersihkan tekaknya.
"Jugra tahu Mili ni bijak. Dan terus terang, tak ada wanita yang Jugra cintai selain dia. Tapi, ketepikan soal perasaan, Jugra kadang-kadang tak berkenan dengan cara dia gunakan kuasa yang ada padanya dalam Sayap Hitam. Macam..."
"...mama dia?"
Jugra mengangguk.
"Memang aku suruh dia jadi macam tu pun."
"Tapi Jugra tak nak memerintah dengan semua orang takut dengan Jugra nanti."
"Jugra, one thing kau kena belajar, ialah kalau orang tak takut dengan kau, orang takkan patuh cakap kau."
"Tapi Jugra nak memerintah dengan saling hormat menghormati. Macam Uncle Kecik, Uncle Firdaus, abang Joni, abang Lias, semua hormat kepada Uncle Ali."
"Dan mereka takut dengan Uncle Ali. Jugra, better be feared than be loved, if cannot be both."
"Tapi daddy ditakuti dan disayangi?"
"Kalau boleh dua-dua, tu dikira bonus. Semua orang sayang kau. Tapi orang tak takut kau. Sebab tu orang perlu takut dengan Mili, supaya orang sayang kau, tapi takut kepada Mili."
"Lagi satu, Alif ada bagi amaran pada Jugra supaya berhati-hati dengan Mili."
"Dan apa pandangan Jugra?"
"Dalam perebutan kuasa, segalanya tak mustahil. Boleh jadi Mili boleh rampas kuasa. Dengan kebijaksanaan dia tu. Let's say satu hari nanti bila daddy dah tak ada, orang tak takut lagi pada Jugra."
Azlan mengangguk.
"Jugra kalau boleh nak Alif dan Mili tak bergaduh lagi. Sebab tu Jugra lancarkan Projek Orinoco tu."
"Yang pasal Venezuela tu?"
"Ya. Macam ni..."
Jugra dan Azlan berbincang secara ringkas.
"Dengan syarat, Alif tak boleh tahu tentang ni," kata Jugra.
"Menarik idea Jugra ni. Okay, daddy beri perkenan. Nanti pakatlah dengan Bendahara Fazrul dan Jeneral Firdaus untuk koordinat benda ni ya."
"Baik, daddy."
"Daddy masuk tidur dulu. Esok banyak hal penting."
"Selamat malam, daddy."
Jugra cium tangan Azlan sebelum masuk ke dalam biliknya.
--
Mili berjumpa dengan Adilah sebelum esok, sebelum dia bernikah dengan Jugra.
"Mama..."
"Ya, Mili."
"Mama jangan risau, Mili akan kembalikan maruah keluarga. Hampir 600 tahun keluarga kita berbakti pada negara, Mili nak kembalikan semula apa yang hak."
"Mili...Mili kena terima hakikat yang mama memang bersalah."
"Kalau mama bersalah, kenapa Fazrul dengan Marina tak kena apa-apa?"
"Mili...mama tak nak Mili cari pasal. Cukuplah apa jadi pada Alif. Cukuplah apa yang mama dah buat. Janganlah keruhkan keadaan lagi. Ni nasihat mama, ikut sahaja titah perintah Tuan Pengerusi Agung, patuh pada Jugra selaku suami. Jangan jadi macam mama. Esok hari bahagia Mili. Janganlah fikir yang bukan-bukan lagi."
"Tapi tak adil lah, mama! Fazrul dengan Marina tak kena apa-apa pun. Padahal dia pun terlibat dalam pembunuhan Ali."
"Kalau Mili nak cuba dakwa mereka pun, tak guna. Dah tentulah Marina dah cuci semua. Sudahlah tu, mama redha dengan semua ni. Dapat hadir kat majlis perkahwinan Mili pun, mama dah bersyukur dah. Mili jangan buat macam mama. Mama merayu pada Mili."
"Mana adil macam tu, mama..."
"Mili, please. Tuan Pengerusi Agung dah berlaku adil pada semua. Mama memang patut tanggung ni semua. Lepas dah tengok anak mama sorang ni kahwin, mama rasa lega. Cuma Alif je yang mama risaukan."
"Mama tak payah pedulikan Alif tu! Dia tu memalukan nama keluarga Wan Demang! Dia memalukan keluarga kita!"
"Walau macam mana sekalipun, dia tu adik Mili. Mili janganlah bermusuh dengan Alif."
"Mili tak bermusuh dengan Alif. Dia yang malukan nama keluarga. Memang patut pun dia kena hukum macam tu. Kira okay la kena buang negara. Kalau kena sebat tu pun bagus!"
"Mili, percayalah cakap mama, Mili takkan nak adik Mili kena sebat. Mama tahu pedihnya rasa kena sebat macam mana. Tak boleh bangun sampai seminggu. Kena baring meniarap je sebab luka tu terlalu pedih. Tolonglah jangan macam tu. Kalau lepas ni mama dah takde, dia je lah ahli keluarga yang Mili ada. Marah dengan dia pun jangan sampai putus ahli keluarga. Mama merayu ya?"
"Semua orang hina mama..."
"Memang mama layak dihina pun. Apa yang mama buat dulu, jahat. Mama punca kematian Ali, punca kematian Mina, kematian Faiz. Mama juga punca papa mati."
"Papa mati sebab kena AIDS..."
"Papa tu setia orangnya, Mili. Dia setia dengan mama. Mama je tak hargai cintanya. Mili jangan buat macam tu pada Jugra macam mana mama buat pada papa."
"Mama...Mili tahu, selain Ali, punca kematian mommy Jugra bukan sebab mama seorang, tapi disebabkan Marina dan Nek Idah."
"Mili, kenapa Mili cakap macam tu?"
"Seminggu sebelum kematian mommy Jugra, Nek Idah dan Marina ke St Petersburg berjumpa dengan Putin. Nek Idah nak selamatkan Tuan Pengerusi Agung sebab video seks dengan perempuan Bosnia yang kena C4 dengan orang-orang Tengku Norman. Disebabkan perempuan Bosnia bernama Mia Masilajovic tu ada kaitan dengan FSB, maka FSB pun bunuh mommy Jugra, sebab kebetulan mommy Jugra ada link dengan SVR. Seminggu sebelum persidangan G8 tu, Nek Idah hantar Marina, Marina yang susun atur tu semua! Mama yang perkenalkan Marina pada spy FSB tu. Tapi kenapa mama sorang je yang kena yang kena?"
"Mama ada terlibat..."
"Memanglah mama ada terlibat, tapi kenapa mama sorang je yang kena! Itu yang Mili tak puas hati!"
"Mili...jangan cari pasal dengan Nek Idah. Dia tu Bonda Pengerusi. Tolong, mama tak nak Mili lalui macam mana mama lalui."
"Mama ni macam pak sanggup lah! Mili boleh terima yang mama kena hukum, tapi Mili tak boleh terima Marina, Fazrul dan Nek Idah terlepas."
"Mili, sudahlah tu!" Adilah terus menjerit.
"Takkan nak biarkan macam tu je, mama?"
"Jangan, Mili. Dahlah tu, Mili nak kahwin esok. Tolonglah jangan rosakkan hari bahagia Mili ni dengan dendam. Mama merayu pada Mili."
Adilah memeluk anaknya, kemudian menggosok belakang anaknya, dan membelai rambutnya, mencium dahi anaknya.
"Mama harap sampai mama je lah segala kejahatan ni. Mama dah tak nak korang berdua cari pasal lagi. Tolong ya?"
--
Setiap pagi raya, yang paling bersemangat mestilah Julia. Pagi-pagi lagi dia dan bangun dan menyanyi lagu raya dengan sekuat hati tepi tangga.
Hawi wayaaaaa hawi yang muliaaaaa
Penuh bereghti kepada kita
Tua muda miskin dan kayaaaa
Menyambutnya dengan gembiwaaaaa
Beghhati-hati di jalan wayaaaa
Semoga anda selamat tiba
Ucapkan selamat hawi wayaaaaa
Dawi Jentayu untuk semuaaaaaa!
"Aduhhh, sakitnya kepala aku dengar suara Julia ni...." Jugra gosok-gosok mata di atas katilnya.
Sedang Julia sedang melompat-lompat excited hari raya, dia nampak ayahnya dengan baju Melayu lengkap, sedang berzikir.
"Alamak, daddy dah bangun la."
"Julia..."
"Ya, daddy...."
"Kejutkan semua orang. Dah lewat ni. Kita nak pergi solat Aidilfitri, lepas tu dalam pukul 10 nanti, orang dah start ramai datang sini."
"Baik, daddy. Selamat hawi wayaaaa!"
"Selamat hawi waya, Julia."
"Ala, daddy ni. Saja je ikut pelat Julia!"
Azlan suka usik anaknya tang pelat R tu.
--
Selepas solat Aidilfitri, Azlan ajak Jugra dan Mili duduk bersila sambil Kecik dan Jeneral Firdaus duduk di sebelah Jugra.
"Kau dah bersedia?"
"Huh?" Jugra dah blur.
"Aku nak kau lafaz sekali nafas je tau."
"Dah nikah ke?" tanya Jugra.
"Haaa laaaa! Dah tu kau besok nak bersanding bagai. Baik kita nikah je hari ni. Kau dah ambik wuduk macam aku suruh dalam kereta tadi?"
"Dah. La, ingatkan ada solat sunat lagi."
Aku nak nikahkan kau la ni. Tapi, tunggu jap. Firdaus, si Adilah dah sampai?"
"Kejap, tunggu!" Adilah duduk di tepi. Mili menoleh ke belakang dan nampak mamanya memandangnya dari belakang.
"Semua dah sedia?"
"Sedia."
"Jugra?"
Jugra mengangguk.
"Sebelum aku nak nikahkan kau ni, aku nak berkhutbah sikitlah pada kau ni, Jugra. Dan Mili. Aku harap bila kau dah kahwin ni, kau sedar tanggungjawab kau kepada isteri kau. Nafkah zahir dan batin. Bahagiakanlah dia. Dan pertahankan dia, jaga aibnya dan berjanjilah pada diri sendiri yang kau memang cintainya sepenuh hati."
"Baik, ayah."
"Dah kahwin ni, kau jangan pulak buat perangai dark satanic of infinite darkness kau tu. Aku sumpah kau jadi monyet betul kalau kau buat perangai bukan-bukan."
Semua orang ketawa. Lawak dark satanic of infinite darkness ni dah berkekalan sejak sekian lama, tapi setiap kali Azlan sebut, mesti orang ketawakan Jugra.
"Kalau macam tu, kita mulakan. Aku nikahkan kau, Tunku Jugra ibni Tuanku Azlan, dengan Mili Adrina binti Hafiz, dengan mas kahwinnya RG22.50, tunai."
"Aku terima nikahnya dengan Mili Adrina binti Hafiz dengan mas kahwinnya RG22.50 tunai."
"Sah?"
"Sah."
"Alhamdulillah. Kau dah ada isteri sekarang, sekarang Mili dah jadi tanggungjawab kau. Pergilah ke isteri kau."
Jugra pergi ke Mili, dan kucup dahinya.
Rachel dan Azam pandang dari tepi, senyum.
"Lepas ni, kita pulak."
Rachel singgung lengan Azam, senyum.
"Tak sangka kau bernikah hari raya," kata Merlina.
"Owang nak waya dia sibuk je nak nikah," kata Julia.
"Lepas ni tetamu nak datang. Cepat sikit kita turun ke bawah," kata Azlan.
--
Suasana hari raya pertama sungguh meriah di kompleks Jalan Cendana. Orang ramai berpusu-pusu untuk bersua muka dan bersalam dengan Tuan Pengerusi Agung dan Puan Permaisuri Pengerusi serta Tuan dan Puan Muda.
Adilah duduk di meja paling hujung. Dia segan dan takut untuk terserempak dengan orang. Dengan berjalan masih dengan tongkat, dia masih lagi belum pulih dari kecederaan dari sebatan yang dia kena dulu.
Di meja paling hujung, dia nampak sesuatu di tasik, sedang bergerak. Dia bangun dari kerusi dan dia nampak ada seorang lelaki yang berenang keluar dari tasik. Dari tasik itu, kemudiannya dia berjalan menuju ke padang, dan di tempat keramaian orang.
Adilah nampak lelaki itu bawa pistol dan nak berjalan menuju ke arah Azlan.
Adilah capai tongkatnya, dan terus sauk kaki lelaki itu.
"Kau nak buat apa? Kau nak bunuh Azlan kan?"
Adilah dalam kesakitan bergelut dengan lelaki itu.
"Kau diam la perempuan tua! Ini kerja aku!"
"Tolonggggg! Ada pembunuh nak bunuh Azlannnn!"
Jeritan Adilah itu menyebabkan agen keselamatan Jalan Cendana terdengar dan terus bergegas ke arah tasik.
"Kau diamlah! Ah sial la perempuan ni!"
Lelaki itu terus mengeluarkan pistol dan menembak dada Adilah, sebelum agen keselamatan menembak kaki lelaki itu menyebabkan dia mula kesakitan.
Orang ramai mula bertempiaran lari apabila mendengar bunyi tembakan.
Agen keselamatan tersebut merampas pistol lelaki tersebut, kemudian menggari lelaki itu dan membawanya ke 1 Jalan Cendana.
"Paramediks! Ada orang cedera!"
Jugra dan Mili mendekati tempat kejadian, dan dia nampak Adilah menahan dadanya yang kemerahan.
"Mamaaaaaaa! Mamaaaaa!" Mili menjerit dalam tangisan.
"Jangan menangis, Mili. Hari ini hari bahagia."
"Mama jangan tinggalkan Mili! Mamaaaaa! Mamaaaaa!"
"Aku sentiasa cintakan kau, Azlan."
Adilah menghembuskan nafas terakhirnya sebelum ketibaan ambulans untuk menyelamatkannya.
--
Azlan
Ironi. Orang yang dahulunya hampir berbelas-belas tahun cuba untuk bunuh aku, hari ini adalah orang yang mengorbankan dirinya untuk aku.
Aku tahu, ramai dalam kalangan korang pernah membenci Adilah kerana apa yang dia pernah buat pada aku. Aku tak ada lah benci dia masa dia beriya-iya nak jatuhkan aku dulu, sebab aku tahu it's just part of the game.
Dan aku tahu, dia buat semua tu sebab ayah dia yang suruh. Dan dia seorang yang setia dengan leluhurnya, keluarga Wan Demang.
Aku nampak hati Mili begitu sebak sekali, dan Jugra cuba untuk memujuknya. Aku sendiri rasa agak down melihat peristiwa ini berlaku pada hari raya, sehari sebelum hari persandingan Mili.
Selepas Adilah dimandikan dan dikapankan, aku jadi imam solat jenazah untuknya, sebelum aku arahkan private jet aku membawa jenazah Adilah untuk disemadikan di sebelah pusara Hafiz.
Ini sahaja yang aku mampu lakukan untuk bahagiakan korang berdua.
Aku beritahu Alif tentang perkara ini, dan aku dapat dengar suara Alif mula menangis, sebab bukan sahaja dia tak dapat lihat ibunya buat kali terakhir akibat dibuang negeri, tapi dia rasa sedih kerana dia tak pernah rapat dengan ibunya sejak kecil.
Dia pernah jadi musuh ketat, tapi dia juga pernah jadi sahabat akrab. Dia pernah cuba bunuh aku, tapi pada akhirnya, dia yang pertahankan diri aku daripada ditembak.
Sebab tu, jangan cepat benci kepada orang. Mana tahu, orang itulah satu hari nanti yang akan selamatkan nyawa kau.
--
Mendengar Carlos kantoi, Azizan cepat-cepat kemas begnya dan merancang mahu lari dari Gelanggayu. Dia tahu yang keadaan dia sudah tidak lagi selamat.
Ketika dia bawa begnya keluar dari rumah, dua orang agen Sayap Hitam dah standby di koridor rumahnya.
"Kalau aku jadi kau, aku surrender je, Zizan. Kau nak lari mana lagi?"
Zizan keluarkan pistol, dia cuba tembak ke arah agen tu, tapi agen Sayap Hitam tu dah tembak kaki Zizan dan tembak tangan kanannya, kemudian dia juga ditahan.
--
Di dalam kapal terbang dalam perjalanan pulang untuk pengebumian Adilah di Air Putih, Julia monyok je.
"Kenapa Julia monyok je ni?" tanya Rachel.
"Habis tu, takkan nak bersuka wia bila ada orang mati, Kak Wachel? Depwessing la macam ni. Owang nak waya pun tak boleh. Ada je owang kacau."
"Ala, tahun depan ada raya lagi."
"Setiap hawi waya tu ada special dia. Tak sama."
Rachel memeluk adiknya itu, dan memujuknya. Semua orang dalam kapal terbang dah letih.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro