Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2021 part 3

Azlan hari ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Belia yang diadakan di pejabatnya di 2 Jalan Cendana.

Turut serta ialah Mili, Alif, Jessica dan Art Ardan, beberapa tokoh belia serta beberapa pegawai-pegawai dari Wisma Putra yang berhubung menggunakan video conference.

Azlan mahu pandangan orang belia tentang bagaimana untuk mencipta kuasa lunak (soft power) Gelanggayu sejajar dengan polisi yang diadakan oleh Goryeo Selatan menerusi Hallyunya.

"Kita tak boleh guna acuan G-pop sebagai acuan. Kita boleh jadikan G-pop sebagai inspirasi, tapi kita mesti kena ada identiti kita sendiri," kata Azlan kepada mereka yang ada dalam video conference tu.

"Apa pandangan Pengerusi terhadap Suvarnabhumi, misalnya, yang mengetengahkan masakan mereka ke merata dunia," kata Muaz, pegawai PTD Wisma Putra.

"Suvarnabhumi sangat bagus mengetengahkan kedudukannya sebagai pusat pelancongan dan makanan mereka. Kita kalau nak ketengahkan makanan kita, nanti ramai orang Majapahit marah, dibilangin kita ni maling."

Ketawa semua orang bila Azlan kata macam tu. Dah kenal sangat perangai orang mereka terutamanya di media sosial.

"Kalau nak cerita tentang kartun, Upin Ipin dan Boboboy dah sampai ke Peru, Tuan Pengerusi," kata Nazmi, seorang pemimpin belia.
"Bagus, keep on that. Animasi kita masih kedepan dalam rantau ini. Tapi kita kena ada sesuatu yang boleh jadi pop and trending. Sesuatu yang, bila orang sebut je, terus orang kata, ini Gelanggayu."
"Mili ada kawan dalam Tik Tok, dia pandai bahasa Arab. Kalau kita cipta lagu dalam bahasa Arab campur Melayu, boleh tarik orang Arab untuk minat dengan budaya Gelanggayu," kata Mili.
"Kuasa lunak, atau soft power ni, saya serahkan kepada kamu semua, orang muda untuk buat. Kalau orang tua buat, tak jadi. Jessie, ada benda nak tambah?"
"Jessie ada dua perkara nak cakap. Yang pertama, kawan Mili yang pandai cakap Arab tu, nama dia Nuha kan? Nanti suruh dia datang ke office aunty, or kita Zoom ke, tengok la lockdown macam mana. Yang kedua, abang Art ada cakap pada saya yang kita dah lama tak ada cerita pendekar. Kali terakhir masa zaman 90an dulu," kata Jessie.
"Jadi, nak buat cerita pendekar? Tu macam mana nak soft power?" tanya Azlan.
"Boleh tarik orang Kundur-Sumatra, Temasik yang Melayu, Majapahit pun ada orang Melayu, lepas tu selatan Pattani, Arroyo selatan di Pulau Mindanao pun ada Melayu," kata Art Ardan.
"Lagipun Goryeo pun boleh buat cerita sejarah. Macam Empress Ki..." kata Jessie.

Azlan ketawa.

"Empress Ki dah lama la, Jessie. Bagi la contoh yang update sikit. Kingdom ke, Mr Queen ke..." kata Azlan.

"Saya ingat macam nak remake balik Keris Putih Bersepuh Emas tu," kata Art Ardan.
"Jujurnya, aku tak berapa gemar remake ni. Contohnya, berapa banyak cerita remake yang dulu popular sekarang flop. Jangan bersandarkan kepada nostalgia sangat, Art. Tapi ni pandai koranglah, aku tak nak la campur tangan sebab idea ni idea orang muda juga."
"Apa kata kita buat cerita tentang Sang Juragan? Yang mengetuai askar Gelanggayu lawan tentera Mongol dulu," kata Mili.

"Fuuuhh, cerita perang Mongol ni kos tinggi ni."
"La, kata nak soft power. Kena la belanja lebih sikit. Kita pakai je studio yang canggih kat Teknojaya tu," kata Azlan.
"Kena siap vaksin dulu la, baru boleh shoot," kata Art.
"Ataupun buat je pejuang kemerdekaan zaman dulu macam Tok Kilau atau Datuk Padukalela tu. Boleh je shoot dekat kawasan kampung," kata Jessica.
"Korang buatlah apa yang korang buat, yang aku nak, aku nak result. Okay, kalau tak ada apa lagi, kita bersurai," kata Azlan.
"Baik, Tuan Pengerusi."

--

Ketika kereta Jessica keluar dari pintu pagar di 1 Jalan Cendana, Jessica nampak Tun Natasha dengan Cindy Wong, sedang dalam security clearance oleh pihak keselamatan.

"Huish, apahal pulak Cindy Wong datang Jalan Cendana pulak ni?" tanya Art Ardan.
"Eh, entahlah. I rasa macam urusan penting je. Kak Nat pun ada."
"Selamba je panggil dia kak. Dia dah Tun kot?"
"Dari I kecik sampai la sekarang I memang panggil dia Kak Nat. Dari zaman dia bercinta dengan Abang Alan, sampai dia dah sekarang, I panggil dia Kak Nat."
"Eh, you rasa kalau I direct cerita Alan dengan Nat masa muda-muda, macam gaya Habibie dan Ainon tu, okay tak?" Art Ardan tanya Jessica.
"Boleh tapi jangan ketara sangat la, nanti Kak Mer terasa karang," kata Jessica.
"Kak Mer tu bukan jenis orang cepat terasa la," kata Art Ardan.
"Mana you tau?"
"I kerja dengan dia sejak 1998."
"Kalau Kak Mer takpe lagi, jangan Abang Alan."
"Bro Alan? Dia chill je I tengok."
"Oi, you'll never know apa Abang Alan capable of, Art. You kalau double-cross dia, lari tak cukup tanah you nanti. You tengok apa dia buat pada Adilah. I dengar sampai dia terpaksa makan tikus untuk survive."
"Serius?"

Jessica mengangguk.

"Gila ah."
"Ada sorang tu, ahli Ayam Hitam, rapat dengan Abang Ali, tapi terlibat dengan Adilah, apa jadi pada dia? Kereta meletup, tebaboooo! Nak jadi macam tu?"
"Huish, takutnya. Ingatkan Bro Alan tu jenis chill chill je."
"Dia memang chill, tapi kalau you khianat dia, memang baik you ikut Elon Musk tanam kentang kat Planet Marikh je lah."
"Eh, dah call Awal?"
"Haaaa, jap jap! Videocall dia jap. Ello, Awal! Kejap lagi mommy balik tau! Nek Idah buat apa? Dia order pizza? Hmmm...kejap lagi mommy dengan daddy sampai! Bye!"

Jessica dan Art Ardan beli rumah lama Datuk Abdullah, selepas Natasha jual kepadanya, yang berjiran dengan Faridah. Faridah dan assistant dia, Sanisah, yang merupakan mak kepada Fazrul Khamis, duduk berdua di rumah lama Tun Ismail.

Rumah sebelah rumah Jeneral Yahya. Tapi Jessica takut bila nak lalu depan rumah Jeneral Yahya tu. Macam rumah alam angker.

Malam-malam selalu dengar suara lelaki meraung menjerit kemarahan. Agaknya roh Jeneral Yahya yang mengamuk dengan Azlan atas apa yang dah dia buat sejak jadi Pengerusi.

Tu yang setiap malam Jumaat, Jessica dengan Art Ardan baca Yasin. Kena sampuk dengan hantu dia nanti.

--

Azlan

"Duduk," aku bagi arahan kepada Tun Natasha dan Cindy untuk duduk di meja tepi swimming pool, port kegemaran aku. Aku duduk di kerusi rotan, sambil ketepikan segala dokumen kerja aku.

Aku duduk menyandar, sambil mata aku memandang tepat kepada Cindy. Aku nampak mata dia seperti resah. Seperti ada salah besar dan meminta ihsan aku.

Nat nampak relax, cuma dia nak suruh Cindy sendiri cakap pada aku apa yang Cindy nak. Tapi Cindy nampak macam ragu-ragu untuk bercakap.

"Alan, Cindy has a big problem. She stuck at this big mess. And she need your favor..."

"Bukan you, Nat. Let Cindy talk."

Mata aku pandang tepat ke arah Cindy. Mata Cindy dah pusing ke kiri, ke kanan, tak tentu arah.

"Aku ada 10 minit je ni, Cindy. Tolong jangan buang masa aku."
"I need your help, Alan," suara Cindy terketar-ketar. Dia rasa suara aku macam guruh halilintar agaknya, padahal aku cakap slow je, gaya Michael Corleone.

"Apa dia?"

Mata aku terus pandang dia. Dah lama aku memang nak ajar dia ni.

"Macam ni, you know, fucked up at One Gelanggayu, kan?"
"Of course I know," aku cakap dengan relax.
"What did you know?"
"I tau One Gelanggayu pinjam $3 billion dengan Goldman Sachs, lepas tu suruh Joe Lau tolong invest, beli property overpriced, lepas tu duit tu lesap. And don't forget about your personal yacht, Equinox. Nama kapal tu nama you and whatever your move against me, I will not hesitate to use everything possible to make sure you rot in hell."

Cindy jadi takut, kemudian pandang Natasha.

"Alan, janganlah harsh sangat. She's my best friend at school kot," Natasha cuba gunakan kuasa ex girlfriend dia untuk redakan kemarahan aku pada Cindy ni.

"And because of that, Alan, Zizan threatened to kill me if I cannot contact Joe Lau in a week. Dia acu pistol kat kepala I tau, I takut."

"Oooh, masa you letak pistol kat kepala I dulu tu, you tak fikir yang masa tu I takut apa yang you buat?"

Natasha pandang Cindy.

"Alan, cerita apa ni..." Natasha terpinga-pinga.
"I tak puas hati apa yang dia buat pada I 30 years ago. And I masih lagi rasa geli nak ingat apa yang dia dah buat pada I masa you mabuk dengan Ali dekat rumah dia dulu, 35 years ago."
"Alan, masa I mabuk?"
"Yes. Masa tu you mabuk, tumpang tidur rumah dia. I nak dia confess depan you."

Cindy dah ketakutan bila aku ungkit cerita zaman remaja. Aku dah lama tunggu saat ni. Lagi bagus bila Natasha sendiri yang jadi saksi.

"Alan, dah lama dah pun, I dah lupa..."
"Nope, still fresh in my mind. Sekarang I nak you mengaku depan Nat apa yang you dah buat pada I pada malam tu."
"Alan..."
"Flavor Maggi pun aku masih ingat. Asam laksa. Sampai sekarang aku tak boleh nak makan Maggi asam laksa pasal kau. Confess that, and I will help you. If not, you mati kena tembak dengan Zizan pun, seposen pun I tak peduli."

Cindy terus menangis.

"Cindy, what did you do to Azlan?"
"I force him to let me blowjob him masa you tengah mabuk, and I paksa dia untuk bagi I blowjob dia sebab nak bagi cameraman Adilah frame dia untuk you dump dia."

Muka Natasha terus merah menahan marah, dan terus melempang Cindy.

"What kind of friend are you?" Natasha terus capai air suam kat tepi meja aku, dan simbah ke arah Cindy.

"Calm down, Nat," aku cuba menenangkan keadaan.
"You're disgusting, Cindy!"

Alamak, aku dah terbuat drama Samarinda pulak.

"I'm sorry, Nat! Sebab I'm part of Adilah's Clubhouse. Masa tu I, Mina, Adilah and Mastura, semua working so hard to make sure both of you break up."
"Why you khianat kawan you sendiri, Cindy?"
"I'm so sorry..."

Aku ketuk meja, dan dua-dua senyap.

"Sit down, Nat."

Aku nampak Natasha menangis. Seperti rasa dikhianati, dan depan aku dia mengaku. Sebab Cindy dah benar-benar tersepit.

"Since you dah confess, I akan bagi you two options, you kena pilih yang mana I nak you tolong. Option A, I akan letakkan you di bawah witness protection, supaya polis akan jaga keselamatan you, dan bagi kediaman rahsia, tapi dengan syarat, you mesti jadi saksi pendakwaan untuk kes One Gelanggayu."

Cindy menekup mukanya.

"Option B, I akan settlekan all $3 billion tu, tutup kes One Gelanggayu, you clear, tapi I nak you jangan oppose I next election. Jangan berani lawan I. Dalam erti kata lain, with $3 billion tu, kau jadi hamba aku. You sell your soul to me. Pilih salah satu tu sebelum pukul enam petang ni. Make your mind," aku terus bangun, dan Murad sarungkan aku coat.

Aku ada hal sikit dekat pejabat Majlis Keselamatan Negara.

--

"Aunty Mer! Aunty Mer! Aunty Mer!" jerit Alif.
"Mende kau ni? Aku nak tengok Channel Vaanavil pun tak senang," kata Merlina sambil tonton drama Tamil.
"GameStop! GameStop!"
"Dah kenapa?"
"Naik gila! Masa aunty beli, aunty beli $2 lebih kan?"
"Haah."
"Cuba teka sekarang berapa?"

Merlina gelabah terus capai phonenya, kemudian ternganga.

"Mak datuk, $147.98!"
"Make your call, nak jual tak?" tanya Alif.
"Jap, aku bukak Twitter Elon Musk jap. Patutlah, dia tweet meme, Gamestonk!"
"Aunty nak jual tak?"
"Kalau dia capai $250, jual. Kau beli masa harga berapa?"
"Masa dah naik $12.50 macam tu."
"Tu la kau, lembab. Aku beli $2.89 je, kau rugi $10."
"Aunty ni cekap betul la detect saham power. Macam mana Aunty boleh terror macam ni?"
"Ni, tok guru aku, bekas Gabenor Bank Negara, dan dia anak kepada sorang lagi Gabenor Bank Negara. Atok Uncle Alan. Mak dia."
"Fuhhh!"
"Aku yakin dalam 2-3 hari ni boleh naik lagi ni. Kalau lebih $300 ni..."

Merlina tekan app calculator di telefonnya.

"Modal aku $289,000, aku dapat $30 juta."
"Aunty Mer boleh rasa ke harga akan naik lagi?"
"Ya, sebab Elon Musk tweet ni hari ni. Tunggu effect ni dalam masa 2-3 hari lagi. Kalau dia dah nak capai $500 tu, tu dah mengarut sangat. Sebelum dia dah jadi harga mengarut, kau jual untuk maximum profit."

Alif mengangguk-angguk.

"Itu gunanya data yang kau kumpul tu, kau faham tak?" kata Merlina.
"Faham, wah! Terbaik la knowledge Aunty Mer!"
"Ingat, kau kalau nak main saham, kau kena alert. Especially kalau kau main benda besar. Ni aku main 100k unit je, sikit je ni. Ada yang aku main saham sampai beratus juta unit saham, ni aku main geli-geli je ni. Kalau kau tak alert, ha cepat la melingkup macam Tengku Razak lingkupkan RG26 billion masa 90an dulu. Bagi putera raja yang takde knowledge saham dan forex, memang la melingkup."
"Aunty pernah rugi tak?"
"Mesti ada rugi punya. Tapi kalau saham lain rugi, kena ada saham lain cover. Kalau semua papan merah je, kau tengok yang mana boleh berpotensi naik balik, haaa yang tu kau beli."

Alif tersenyum, kerana ilmu yang Merlina turunkan ni, boleh menghasilkan emas, literally!

--

"Budak Mili tu ada kepala otak politik yang tajam. Dia tu pada aku, bahaya," kata Marina.

Fazrul bakar curut, kemudian menghembus asap ke atas.

"Aku anggap dia macam pedang setiawan. Kalau dia lawan kita, memang masak kita. Memang bahaya. Tapi kalau dia dijadikan ally, we're invisible. Kebal macam pasukan Arsenal juara piala emas."

"Sekarang ni, tugas kita ialah gulingkan sistem republik ni dan gantikan dengan sistem kedatuan. Tuan Pengerusi jadi Supreme Leader. Tapi siapa yang jadi penasihat dia, dah tentulah Datuk Bendahara!" kata Marina.

"Aku ingat aku dah boring la gelaran Perdana Menteri. Nama tersangatlah zaman penjajah. Bila aku dapat jadi nanti, aku nak tukar gelaran aku jadi Bendahara," kata Fazrul.

"Bendahara Gelanggayu, Fazrul Khamis. Fuh, sedap tu."
"Ye la, macam Ireland, Taoiseach. Kalau Jerman, Canselor. Kalau Gelanggayu, Bendahara la. Baru Melayu," kata Fazrul.
"Lepas ni kau pulak yang kena banyak gerak ke luar negara ni, Faz. Kau pulak kena laksanakan polisi. Kau dah kena cari orang yang bakal jaga deep state untuk kau."
"Sementara Radhi belum besar lagi ni, aku percayakan Mokhtar."
"Mokhtar yang kena sampuk hantu Luqman kat office Natasha tu?" kata Marina.
"Bodoh, sampai sekarang aku rasa lawak gila kau berlakon Mak Yong sebab kau nak lempang si Natasha tu!" Fazrul ketawa terbahak-bahak sambil hembus asap curut.
"Tapi sekarang dia dah pakai tudung dah. Belajar mengaji."
"Dah temui hidayah, hahaha!"

--

Fazrul

Aku melawat pusara Almarhum Ayahanda Ali, dan baca Yasin untuknya.

Dah terbongkar kan segala rahsia? Tapi bukan niat aku dan Marina untuk buat begini kepada Ali. Ali ni kitorang kenal sejak kecik lagi.

Aku ingat lagi masa mula-mula aku kenal Ali. Masa tu aku darjah tiga, tahun 1981. Tahun tu ayah baru hilang kerja, sebab Gabenor Tun Ismail kena letak jawatan sebab skandal cuci wang haram disebabkan si tua musibat Yahya tu.

Ali masa tu umur dia 14 tahun. Dia dah jadi ketua dah kepada budak-budak ni. Kecik, Fidot. Nak dijadikan sebab, aku jumpa dia sebab Aunty Idah bawak aku jumpa Ali.

Masa aku kecik sebelum aku kenal Ali, aku ni mangsa buli kat sekolah. Yang selalu protect aku ialah Marina. Marina ni garang dia macam raksasa Ultraman. Kaki buli kat sekolah.

Ironinya aku ni dilindungi kaki buli daripada pembuli. Sejak itu aku mengenal macam mana kuasa berfungsi.

Aku jumpa Ali, aku cakap yang aku nak join geng dia. Budak-budak lain pandang aku slack. Ali cakap yang aku ni anak orang kaya, mustahil nak kawan dengan orang macam dorang.

Last-last aku petik dan cakap aku kawan Azlan. Padahal aku tak tau la Azlan anggap aku kawan ke tak pada masa tu. Sebab masa tu dia tak dibenarkan berkawan dengan sesiapa kecuali Ali. Si tua kutuk Yahya tu memang jaga ketat Azlan ni. Azlan ni memang dari lahir lagi orang layan dia macam Tengku Mahkota.

Dalam geng Ali masa muda tu, aku ni jadi funder. Tukang beli dam, tukang sponsor duit BBQ. Kalau Ali nak bawak motor Kawasaki dia tu, aku yang tuang minyak.

Aunty Idah sayang pada bro Ali. Motor Kawasaki tu dia yang belikan untuk Ali. Kadang-kadang dia bawak aku jalan-jalan sampai ke Sepetang dia bawa motor semata-mata nak bawak aku makan kat restoran seafood bakar kegemaran dia.

Bro Ali memang suka jalan-jalan cari makan. Bro Ali ni, kata Aunty Idah, ikut perangai ayah dia arwah Mamat yang suka jalan-jalan sambil singgah tempat makan.

Bab makan, Ali tak pernah lokek. Dia akan belanja kami semua anak buah.

Masa aku heartbreak sebab Adilah dulu pun, Ali yang pujuk aku. Pendek kata, Ali tu macam abang aku sendiri.

Marina buat macam tu sebab Ali lagi percaya cakap Amir daripada cakap aku. Pada Ali, aku masih lagi Fazrul yang jongos masa dia mula-mula kenal aku dulu. Amir tu kawan dia satu sel masa kat Sungai Banol, umur pun lebih kurang. Aku ni dah muda jauh dari dia.

Pada aku, bagus Tuan Pengerusi pecah-pecahkan Ayam Hitam ni supaya mudah untuk diurus. Kau bayangkan kalau sekarang masih guna sistem bro Ali? Kalau satu warlord boikot, habis lumpuh sistem.

Fidot jaga tentera. Baguslah sebab dia pun tentera. Aku nampak Jugra pun ikut jejak dia. Kecik jaga business. Dia jadi taikun dalam industri teknologi hijau dan perubatan. Aku tak nak kacau dia kat situ.

Cuma, aku tak nak dia campurtangan dalam urusan pentadbiran. Aku rasa bila Tuan Pengerusi pecah-pecahkan macam ni, tak ada pasal untuk bergaduh sebab masing-masing jaga portfolio masing-masing.

Serupa macam zaman gangster Gagak Merah dulu lah. Ayahanda bagi kawasan. Kalau zaman Tuan Pengerusi, dia tak bagi kawasan, dia bagi portfolio.

Kalaulah bro Ali dengar cakap kitorang berbanding cakap Amir.

Tak apalah, benda pun dah jadi. Bro Ali tenang saja di sana, saya akan terus setia dengan perjuangan bro.

Aku bawa kereta dan pasang lagu ACAB - Where All The Bootboys Gone. Aku dulu masa muda-muda, aku budak skinhead. Ayah aku rapat dengan Datuk Abdullah, ayah Natasha. Dua-dua peminat Arsenal.

Zaman kitorang dulu, punk ke, skinhead ke, metal ke, pop yeh-yeh ke, semua lepak warung minum teh tarik sama-sama. Bro Ali unitekan scene underground Wijayapura tahun 80an, sebelum dia kantoi sangkut dadah overdosed. Tu yang dia kena pergi Sungai Banol dan jumpa Amir tu.

Tapi disebabkan aku ni orang kelas atasan, dorang cam pandang slack pada aku jugak la. Dorang rasa aku ni bukan working class macam dorang. Aku pakai kasut Doc Mart original beli kat Pertama Emporium pun dorang dah jaki.

Aku singgah ke warung char kuey teow Adli Margera.

"Kau tau tak, kaulah satu-satunya menteri yang pakai baju NOFX. Kau tak rasa pelik ke?" tanya Adli Margera yang pakai baju band Second Combat.

"Kira okay la kau dapat menteri yang punk rocker. Majapahit pun dapat presiden metalhead. Rilek la," kata aku sambil letak cili jeruk kat char kuey teow.

"Anak-anak buah kat area sini, okay Adli?"
"Aku ni sejak PKP ni, sakit sikit la, Fazrul. Banyak nak kena pakai duit ni. Aku hutang supplier aku ni. Business sendu."
"Tu la, aku suruh kau register Tapau, tak nak. Benda tu membantu business kau. Kau nak harap cara business old school kau. Letak kedai makan kau kat Google Map. Mana orang nak tau kedai kau kat mana kalau orang nak promote kedai kau bagi viral."
"Aku ni bab media sosial ni aku fail la, Fazrul."
"Berapa kau nak?"
"RG30k?"

Aku bagi envelop.

"Dalam ada 50. Cash. Buatlah belanja anak-anak kau," kata aku.
"Banyak ni weh."
"Kasi aku setel deal aku ni dulu. Kalau aku dapat job tu, aku offer kau kontrak," kata aku.
"Mantap la bro Fazrul...."
"Yang ni aku kena bayar jugak ke apa?" aku tunjuk ke arah pinggan char kuey teow.
"Eh, takkan la nak berkira dengan bro Fazrul..." Adli Margera tersengih-sengih gaya Saiful Apek lepas tengok duit berkepuk dalam envelop.

Duit Mili hari tu. Aku pecah-pecahkan, mana tau anak buah nak pakai duit. Macam Adli Margera ni lah.

Satu perkara yang bro Ali ajar aku, anak buah mesti kena jaga. Kalau tak jaga, bila-bila masa je boleh kena tikam!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro