Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2021 part 13

"Baby! You balik jugak hari ni!" kata Iman bila Alif tiba di pintu rumah penthousenya. Dia masih panas hati lepas kena reject dengan Rachel walaupun dah bagi sebuah kereta Ferrari.

"Orang KKG dah clear rumah ni dah?" tanya Alif.
"Of course lah! Dorang satu hari clearkan rumah tu, so I tidur hotel semalam. Benci betul lah, kena kuarantin. Boring!"
"Kan ada PS5, berlambak game kat situ. Takkan boring lagi? Netflix lagi."
"I boring sebab takde you!" kata Iman.

Alif terus on PS5, dan main game. Malas nak layan Iman. Dia nak hilangkan stress dia lepas dia dimalukan oleh Rachel sampai begitu depan Jugra.

Telefon Alif berbunyi.

"Yo Juggie!"
"Kau marah ke aku ambik kereta Ferrari tu? Aku message, kau tak reply."
"Takdelah, tadi aku tengah drive. Aku tak nak dah kereta tu. Aku baru order Lamborghini Diablo ni. Custom made. Kau nak pakai kereta aku tu, kau pakai la."
"Tak nak la. Daddy tak bagi aku bawak. Daddy suruh aku pulang balik kereta tu kat kau."
"Asal?"
"Dia cakap aku tak jaga hati kawan kalau aku bawak kereta tu."
"Hekeleh, relax la. Kau bawak ke, aku bawak ke, tak kisah pun. Kau kan bakal abang ipar aku."
"Kau kat rumah sorang je ke tu?"
"Ada orang."
"Awek la tu."
"Heheh! Asal?"
"Sajalah tanya. Betul, kau tak marah dengan aku?"
"Yeee, kau tu anak Tuan Pengerusi. Gila ke nak marah kau. Karang kena tulah nanti, padan muka."
"Ni bukan kira aku ni anak daddy. Ni kira kita brotherhood sejak kecik lagi."
"Yeee, kita brotherhood la. Kau ni, sejak dah nak bertunang dengan kakak aku tu, perangai pun dah macam kakak aku. Entah mende-mende. Chill sudah!"
"Orait geng. Assalamualaikum. Jumpa besok!"
"Okay chow!"

--

Hari ni Rachel shoot video untuk content YouTube terbarunya, iaitu nak buat tomyam udang. Jadi dia terkial-kial kopek kulit udang dan buang urat hitam belakang udang dengan gunting.

"I think you need a helper," kata Natasha, cekak pinggang.
"Mommy nak tolong Rachel siang udang ke?"
"Oh nooo, mommy memang tak pandai masak. Maksud mommy, you kena hire orang sorang. Therefore you tak payahlah udang, sayur, ayam ni semua you yang potong, kamera pun you kena setting, lepas tu video pun you nak kena edit. Sementara tengah lockdown ni boleh la. Nanti dah open balik business, restaurant you tu siapa nak manage?"
"Ye tak ye jugak ya? That's why la mommy ni jadi the best Prime Minister ever!"
"Ye ke? Mommy ingatkan Rachel nak cakap daddy tadi."
"Daddy Pengerusi, okay. Lain level."
"Why not you tanya budak yang deliver makanan tu, siapa nama dia?"
"Nama dia Azam, tapi orang panggil dia Nyco."
"Why not you tanya Nyco, nak tak job ni?"
"Agak-agak, berapa bayaran yang agak decent untuk seorang yang handle bab video ni?"
"Tanya Aunty Mer lah. Or Jessie."
"Thank you for your advice, mommy!"
"Mommy nak rasa sikit nanti!"
"Alright, mommy!"

--

Azlan dan Julia dua-dua fokus menghadap laptop sambil main game Jailbreak dalam Roblox.

Jugra dan Mili hanya gelengkan kepala bila tengok perangai Azlan yang main game budak-budak bawah 12 tahun dengan penuh khusyuk.

"Alaaaa, Awal! Jangan hampakan Uncle!"
"Uncle, jangan pergi ke arah itu, Joshua ada di situ!"
"Alamak, uncle sangkut la!"
"Haha, daddy kalah!"

Azlan tersengih bila Julia kata begitu, kemudian dia tengok jam.

"Okaylah, Julia. Daddy ada kerja ni. Lagi satu, pesan pada Ashanti, Joshua, David, Bala, Kak Nilam semua, lepas semua dah vaksin, daddy nak buat gathering Roblox Gelanggayu. Lepas tu, Julia design la custom display tu, jual lah, boleh dapat Robux lebih sikit."
"Okay, daddy! Daddy, belanjalah Julia Wobux!"
"Kejap, daddy bagi 20,000!"
"Yaaayy! Thank you daddy!"
"Dah, daddy nak pergi kerja ni."

Azlan berjalan menuju ke dapur, dan nampak Jugra dan Mili mencebik.

"Kenapa daddy main Roblox? Macam budak-budak je," kata Jugra.
"Umur daddy ni, apa game sekalipun macam budak-budak. Zaman daddy dulu budak-budak main guli, main gasing. Kitorang tak main PS5 macam Jugra. So, sebelum nak kata daddy macam budak-budak, nampak tak kat tepi tu ada apa?" Azlan tunjuk ke arah cermin.
"Cermin?"
"Yes. Umur dah 21 tahun pun pakai baju Transformers, ada hati nak sound daddy macam budak-budak. Dasar monyet dark satanic of infinite darkness! Mili, ikut aku ke rumah nombor tiga. Ada meeting dengan Dr Zamhuri."
"Errr, bbb...baik, Tuan Pengerusi!"

Merlina yang tengah tengok pasaran saham kat TV, terkekek-kekek ketawa tengok Jugra kena troll sampai lunyai macam tu je dengan ayahnya.

"Mama Mer, apa salah ke Jugra pakai baju Transformers?"
"Memang la tak salah. Tapi yang kau nak sound daddy kau main Roblox tu, buat apa? Dia pun tak salah la nak main game tu."
"Tapi game tu untuk budak-budak."
"Dan baju Transformers tu pun pada daddy kau untuk budak-budak jugak! Kau tak payahlah berdebat dengan daddy kau. Kau mesti lunyai punya!"

Julia pandang ke arah abangnya, kemudian jelir lidah.

"Geram betul aku dengan Julia ni. Dah la pelat R. Nasib baik kau ni comel."

--

Azlan

Pertemuan aku dengan Dr Zamhuri dan Fazrul dengan Mili menulis minit mesyuarat, adalah untuk aku memahami apakah mekanisme dan polisi kewangan yang perlu dilakukan bagi berdepan dengan kadar inflasi yang bakal melonjak tinggi sebaik sahaja ekonomi dibuka selepas program vaksinisasi berlaku.

"Kita menjangkakan program vaksinisasi ini akan berlangsung dalam masa 6-9 bulan untuk kita capai 80%. Kalau ikut jangkaan, kemungkinan kita dah boleh buka aktiviti ekonomi kita pada seawal Tahun Baru Kwantong," kata Fazrul.

"Satu kunci kita untuk mengenal masalah akan datang, ialah masa lockdown, sektor yang aktif adalah pengeluaran barangan. Makanan, pakaian, dan sebagainya. Tapi bila buka nanti, orang sibuklah nak gunting rambut, nak pergi melancong, atau apa-apa perkhidmatan. Jadi, sejak COVID, sektor ni dah banyak yang dah tutup. Maka bila buka nanti, akan berlaku masalah kekurangan pekerja. Bila kekurangan pekerja, majikan terpaksa tawarkan gaji yang lebih tinggi untuk menarik pekerja. Maka bila gaji naik, kadar aliran wang dalam pasaran akan meningkat, dan mengakibatkan inflasi," kata Dr Zamhuri.

"Mili, ada apa-apa nak tambah?" tanya aku.

"Kalau begitu, Dr Zamhuri, adakah kita perlu naikkan interest rate?"

"Isu dia sekarang, Federal Reserve dah cetak $3.3 trillion hanya pada tahun lepas sahaja. Paling tinggi sejak 2008. Sekarang ni, Joe Biden tengah rancang nak buat program Build Back Better yang selari dengan agenda The Great Reset dari WEF, tambah lagi $3.5 trillion. Mungkin naik lagi ke $5 trillion kalau nak campur dengan agenda-agenda gila Bernie Sanders dan Alexandria Ocasio Cortez. Kalau saya jadi Jerome Powell, pengerusi Federal Reserve, saya akan naikkan interest rate. Bila hard currency macam USD naikkan interest rate, matawang ringgit akan turun banyak nilainya. Dan ini akan menyebabkan inflasi kita akan jadi lebih teruk," kata Dr Zamhuri.

"Ada cadangan dari Azizan, Gabenor Bank Negara untuk tambatkan matawang ringgit dengan dolar macam polisi ayahnya nak buat semasa kita berdepan dengan krisis matawang tahun 1995 dulu," kata Fazrul.

"Bahaya kalau kita biarkan macam tu. Kalau kita tambatkan matawang kita macam kita buat tahun 1995, maka matawang kita tidak boleh didagangkan di luar negara. Jadi kita akan susah dapat foreign exchange. Dan orang luar akan jadi tidak berminat untuk melabur di negara kita. Salah satu punca mengapa kita tak ikut saranan Tun Dr Azmi masa tu, adalah kerana apa yang Datuk Seri Rahizan buat menerusi Akta Liberalisasi Ekonomi 1996, yang membuka peluang kepada pelabur asing untuk melabur ke negara ini tanpa sekatan. Sebab tu kita cepat rebound balik daripada krisis tu," kata Dr Zamhuri.

"Boleh saya usulkan cadangan?" kata aku.

Semua memandang ke arah aku, dan menunggu kata-kata daripada aku.

"Kalau kita adakan kawalan harga barang, terutamanya dari syarikat-syarikat yang Merlina uruskan, macam pengeluaran beras, gula, atau Citra Sari yang kawal pengeluaran ayam, dan daging, kita akan absorb kenaikan harga tu. Sure company-company ini akan rugi, tapi kita dapat pastikan yang harga itu tidak membebankan rakyat. Kita juga boleh buat export ban..."
"Saya bimbang kalau Tuan Pengerusi buat export ban, Temasik akan marah. Kena ingat, mereka banyak tarik pelabur luar kepada kita juga," kata Fazrul.
"Kalau nak naikkan pengeluaran pun nanti akan naikkan kos, terutamanya kos baja, dan racun perosak," kata Dr Zamhuri.
"Duit dalam Baitulmal kita ada dalam $300 billion, Tuan Pengerusi."
"Kalau kita belanjakan dalam $50 billion untuk menampung kenaikan harga import nanti pun, subsidi tu dapat mengawal harga," kata aku.
"Jadi kita tak perlulah naikkan interest rate yang akan bebankan orang ramai," kata Mili.
"Alhamdulillah, dah terbukti, firman Allah tentang betapa buruknya kesan riba ni. Insya-Allah, kita perlahan-lahan ubah sistem ekonomi kita ke arah sistem ekonomi Islam, agar ekonomi kita jadi syumul, maka negara kita pun diberkati," kata aku.
"Syukur, Tuan Pengerusi. Sebelum bencana ekonomi tiba, Tuan Pengerusi dah nampak dulu," kata Fazrul.
"Langkah seterusnya, Fazrul, ialah kita tunggu bila masanya yang sesuai untuk kita jatuhkan Rahman, buang Azizan, dan kita kawal Parlimen untuk kita laksanakan sistem kedatuan yang telah lama kita rancang."

--

"Tuan Pengerusi, boleh saya cakap dengan tuan?" tanya Mili.

Kalau urusan keluarga atau peribadi, dia akan panggil aku Uncle Alan. Tapi kalau urusan kerja, dia akan panggil aku Tuan Pengerusi.

"Ada apa?"
"Ada laporan yang baru keluar dari Nomura Investment, melaporkan bahawa kerajaan komunis Kwantong bakal meletakkan sasaran 5.5% KDNK mereka."

Aku berdekah ketawa. 5.5% ni sebenarnya untuk Kwantong adalah cikai. Selalu mereka punya sasaran dalam 8-10%.

"Mari aku ceritakan pada kau tentang anjing dan bayang-bayang."

Kami berdua berjalan menuju ke rumah nombor 2, rumah aku, kemudian aku duduk di kerusi rotan bersebelahan kolam renang yang menjadi port kegemaran aku.

"Anjing dan bayang-bayang? Apa maksud Tuan Pengerusi?"

"Kau tentu tau tentang macam mana syarikat-syarikat hartanah Kwantong macam Evergrande ni berfungsi. Dokumen yang aku suruh terjemah tu, kau faham kan apa yang berlaku?"

"Apa yang saya faham, Tuan Pengerusi, syarikat-syarikat hartanah ni dia gunakan wang deposit orang ramai ni untuk beli tanah baru, yang merupakan sumber wang kepada kerajaan tempatan macam majlis perbandaran atau kerajaan negeri. Tapi untuk bina rumah-rumah tu, mereka pinjam bank. Kemudian bank-bank ini akan pinjam wang ke bank pusat mereka. Tapi kalau dah terlalu banyak cetak wang, akan banyak hutang-hutang yang tak akan boleh dibayar oleh pihak pemaju ni," Mili bercakap sampai tak cukup nafas. Sambil tu, pelayan menuang air sejuk ke gelas yang dah ada di meja.

"Sektor hartanah dan pembinaan merupakan satu pertiga ekonomi Kwantong. Dari krisis ini, Kwantong akan rugi $5.4 trillion. Tu kesan direct, indirect? Pelabur akan lari ke tempat yang iklim ekonominya lebih stabil. Hari tu, Ken kawan aku dari Temasik, dia beritahu aku, sekurang-kurangnya 15,000 orang dari Kwantong yang bertaraf jutawan, pindah ke Temasik. Aku tanya Perdana Menteri Suvarnabhumi, Prayut Chan-ocha, dia kata 10,000 orang yang agak kaya dari Kwantong pindah ke negaranya. Negara-negara lain, tak tahulah. Kes Temasik, sekurang-kurangnya $15 billion dari Kwantong dah masuk ke sana."

Terbeliak mata Mili dengar angka yang begitu besar masuk ke negara Temasik.

"Mereka tak masuk Gelanggayu?"
"Sikit. Kita kawal kemasukan aliran modal dari Kwantong ni. Sebab tu pentingnya ada Temasik ni."
"Kenapa?"
"Parti Pertiwi takkan setuju. Lagipun, janganlah kerana duit, kita korbankan kedaulatan bangsa kita. Pada aku, biarkan Temasik jadi Temasik - Switzerland di rantau Pentas Sunda ini. Semua orang akan simpan duit di sana. Tapi bila siapnya HSR dari Temasik ke Wijayapura, wang mereka akan mengalir ke sini. Polisi kita ialah utamakan peribumi dahulu."
"Tapi bukan ke orang kata polisi macam tu merugikan?"
"Siapa yang tak utamakan peribumi dulu, tak ada bezanya macam jadi barua penjajah. Kita orang Melayu mampu jadi kaya tanpa kita korbankan kedaulatan kita. Asalkan kita tak lupa pada Allah, maka Allah takkan lupakan kita. Mili, Alif dah bayar dah wang zakat lepas dia jual Bitcoin dia?"
"Tak pastilah."
"Panggil dia," kata aku.

Mili hantar teks kepada Alif, yang aku nak jumpa dia.

Beberapa minit kemudian, Alif datang.

"Orang kaya baru..." kata aku.
"Jangan macam tu, Tuan Pengerusi. Aunty Mer jugak yang ajar saya ni."
"Kau dah bayar zakat atas keuntungan kau tu ke belum?"
"Belum."
"Kau bayar sekarang."
"Tapi saya nak invest duit tu nak beli tanah di Sepetang..."
"Aku takkan izinkan kau beli walau seinci pun tanah kalau kau tak bayar zakat, Alif."

Aku tenung mata dia yang sebelah tu.

"Baik, Tuan Pengerusi. Saya bayar sekarang."
"Zakat harta ni 2.5% sahaja, Alif. Tak luak pun kekayaan kau ni. $82 juta dari $3.3 billion keuntungan kau. Esok-esok kat Padang Mahsyar nanti kau susah, siapa yang tolong? Orang-orang yang terima wang kau ni juga, Lep."
"Faham, Tuan Pengerusi. Ni, saya dah arahkan orang yang uruskan syarikat saya untuk bayar."
"Bagus. Lain kali, tak payah aku suruh, kau tau tanggungjawab kau sebagai seorang Islam. Ini fardhu ain ni, Alif."
"Faham, Tuan Pengerusi."
"Kalau aku dapat tahu kau mengelat tak bayar zakat, aku arah bini aku short-selling company kau sampai bankrap. Takpun aku bagi je orang lain jaga. Kau kena ingat share yang kau pegang tu, ada clause bahawa aku berhak buat keputusan."
"Maafkan saya, Tuan Pengerusi."
"Okaylah, dah masuk Asar ni, Alif. Panggil Murad, semua, kita solat di dewan."

Ada dewan dalam kompleks ini, yang digunakan untuk acara keramaian seperti Aidilfitri atau majlis perkahwinan. Tapi kalau tak ada orang, dewan tu jadi dewan solat.

--

Alif dan Mili datang menghadap Tuan Pengerusi Azlan di bilik peta pejabat 2 Jalan Cendana.

"Duduk," kata Azlan.

Alif dan Mili duduk.

"Prestasi kau di El Salvador, amat impressive. Aku nampak taktik kau perangkap si Bukeye tu, sampai dia kena ikut cakap kau."
"See the leg la, Tuan Pengerusi. Heh heh!"

Mili jeling tajam ke arah adiknya. Macam langsung tak ada hormat kepada Tuan Pengerusi. Ingat Tuan Pengerusi ni tahap kawan-kawan dia ke?

Peta Dunia Baru - Amerika Tengah dan Laut Carribean dibentangkan atas meja. Bendera-bendera kecil Gelanggayu mula diletakkan di peta Barbados, Belize, Jamaica dan El Salvador. Kemudian bendera Majapahit diletakkan di Suriname, Aruba dan Curaçao. Temasik sudah ada bendera di Cayman Island dan Bahamas. Bendera Suvarnabhumi di Haiti.

"Aku baru bincang dengan pemimpin-pemimpin negara NEMCA, Jokowi, Prayut Chan-ocha, dengan Ken Chong sebagai Timbalan Perdana Menteri Temasik, dan kita takkan ikut model imperialisme Eropah. Kita lakukan secara join venture dengan penduduk dan kerajaan tempatan supaya kita dalam situasi win-win. Jadi, syarikat dari Majapahit nak membuat pelaburan di Belize untuk buka ladang pisang. Nanti Mili, kau discuss dengan mereka."
"Kalau mereka nak masuk ekonomi Belize dan JV, Mili nak mereka JV dengan kita untuk lombong aluminum mereka di Suriname."
"Yang tu kau bincanglah dengan dorang. Alif, kau pulak macam mana?"
"El Salvador hutang saya $1.8 billion. Jadi mereka bagi control ladang kopi. Memandangkan daddy ada tanah ladang kopi di Nicaragua dengan Uncle Jimmy, sekarang dah jadi saya punya lah."

Mili tenung peta di bahagian Amerika Tengah itu dan berfikir panjang. Alif sudah ada ladang kopi di El Salvador dan Nicaragua. Tapi di antara dua negara itu, ada Honduras.

Maka Mili rasa untuk menghalang empayar Alif dari membesar, ialah perlu menghalangnya dari mendapatkan pengaruh dari Honduras.

"So, kalau tak ada apa lagi, kita bersurai. Sebab aku nak jumpa Dr Hashim dan Aunty Mer untuk bincang pembukaan sempadan tak lama lagi.

"Kita tak lama lagi dah tak ada lockdown ke?" tanya Mili.
"Sampai semuanya dah vaksin. Tapi tunggu move Uncle Fazrul dulu," kata Azlan.
"Apa move Uncle Fazrul?" tanya Mili lagi.
"Langkah Shangri-La."

--

Alif berkali-kali cuba untuk menghubungi Rachel, tapi tak dapat. Rachel block nombor dia kerana Rachel merasakan Alif terlalu bongkak dengan hartanya.

"Rach, Alif call mommy ni!"

Rachel cuma geleng kepala.

"Why?" tanya Natasha.
"I don't want to talk about it."
"Rachel, you dah kawan dengan Alif since you were kids. Kenapa buat dia macam ni?"
"Mommy, just say I'm not around, please?"
"Okay, fine."

Rachel jadi stress sampai dia terpaksa batalkan hasrat untuk buat video hari ini.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

"Daddy?"
"Siap-siap lekas. I'm coming in 30 minutes."
"Where are we going?"
"Ada lah."
"Fine, I tell mommy dulu."

--

Kereta Porsche Taycan warna hitam nombor plat TPA 1 berada di depan rumah Rachel.

Natasha keluar dan menuju ke arah kereta tu.

"You nak bawak Rachel ke mana malam-malam ni?"
"Laaa, ajak makan je. Rachel dah ambik vaksin kan?"
"Baru first jab. Second jab next two weeks."
"You want to join us?" tanya Azlan.
"Kalau you nak ajak I, you ajak I dulu, bukan you ajak Rachel dulu."
"Come on, dengan Rachel pun nak jealous ke?"

Natasha tarik muka. Rachel berdiri di tepi.

"Mommy ikut ke, daddy?" tanya Rachel.
"Dia merajuk sebab I ajak you dulu."
"I tak pergi kot, sebab I takde tudung nak matching."
"Nat, tudung yang you pakai tu just fine je."
"Ni tudung pakai kat rumah je lah," kata Natasha.
"Tudung juga. Jom lah naik."

Natasha terus duduk depan, Rachel duduk belakang.

"Bestnya kereta ni, daddy!" kata Rachel.
"I dengar tadi you reject Alif's Ferrari," kata Azlan.
"What happened?" tanya Natasha.
"I benci la orang show off macam tu, mommy, daddy."
"Daddy dah suruh Jugra pulangkan balik Ferrari tu pada Alif."

Kereta berhenti di Perumahan Awam Chubadak Indah. Azlan nampak kedai nasi lemak Azam masih belum buka lagi.

"Alamak, kedai dia tutup lagi lah," kata Azlan.

"Kedai siapa ni?" tanya Natasha.

Azlan terus capai telefon.

"Zam, kau kat mana?"

Berderau jantung Rachel bila Azlan sebut nama Azam.

"Aku kat depan kedai rumah kau ni. Kau tak bukak kedai lagi ke? I see, mak kau baru kena vaksin, tak larat nak buat kerja la. Takpe, aku nak jumpa kau ni. Jumpa kat Tomyam Ali? Baik."

"Daddy, daddy cakap dengan siapa tu?" tanya Rachel.
"Business partner jual rempah. Saja nak perkenalkan kat you, since you owner St Pierre, you might need to know him."

Azlan kemudian memandu ke arah Tomyam Ali, dan nampak Azam yang memakai baju Tapau sedang menunggu di meja.

"Apa khabar, Zam? Aku sejak COVID ni aku sibuk betul, tak dapat jumpa kau. Kau amacam?"
"Baik je, Tuan Pengerusi."
"Kat sini panggil bro Alan macam biasa la."

Natasha dan Rachel tiba di meja, dan Rachel tergamam bila nampak Azam.

"I rasa I kenal dia ni. You kan yang selalu hantar food kat my house. Nyco, right?" kata Natasha.

Azam tunduk, tak bercakap.

"Aku tak tau kau ada nama lain, Zam? Nyco, nama rapper misterius yang viral kat Soundcloud tu ke?" Azlan tanya Natasha, tapi jeling ke Rachel.

"Ala, dia macam Mat Danger la in the 80s dulu..." Natasha ketawa. Azlan pun ketawa sama.

"Ni kenapa muka ketat dua-dua ni?" tanya Azlan.

"Err...saya kenal Cleo Rachel masa kat Khidmat Negara dulu," kata Azam.
"Kau dah cakap dengan aku dah hari tu, Zam. Rachel, kenapa diam?" tanya Azlan.

Rachel senyum je, kemudian tunduk.

"So, Azam, tak lama lagi company rempah kita dah boleh on. Jadi, kau dah study pasal rempah-rempah ni?"
"Dah, Tuan Pengerusi. Cara nak tanam pun saya dah belajar."
"Bagus, kita dah nak mula buka ladang. Nanti kita dah boleh buat jenama rempah tu, dan jadi supplier untuk St Pierre?" tanya Azlan.

"Saya kalau Cik Cleo Rachel setuju, saya tak ada masalah."
"Rachel?"
"Rachel setuju je. Tapi kena tanya Stephane dulu lah."

Azlan dan Natasha menjeling ke arah Azam dan Rachel.

"I know that kind of look..."
"I know..."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro