Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2020 part 2

Azlan tiba di penjara, dan menunggu di bilik bertemu banduan penjara. Di tangannya ada tupperware berisi mi udang.

Beberapa minit kemudian, dua orang warden perempuan membawa Adilah ke dalam bilik bertemu. Adilah pakai tudung dan baju kurung.

Adilah terkejut bila nampak Azlan.

"Azlan?"
"Duduk. Ni mi udang kau."

Adilah duduk, kemudian tersenyum bila nampak mi udang.

"Kau macam nampak dah gemuk sikit."
"Ye ke? Okay la, makanan sini sedap. Aku suka makan bubur durian kat dalam ni. Sedap. Ada apa kau datang sini?"
"Saja, nak melawat kawan lama. Dari zaman Radio Universiti. Zaman Suara Kampus," kata Azlan, tersenyum.
"Kau masih anggap aku kawan lepas apa yang aku buat pada kau?"
"Hmmm, aku ni jenis pemaaf, Dila. Tapi aku tak tau la orang-orang Ali sanggup maafkan kau atau tak."
"Aku minta maaf, dan aku tau kalau aku minta maaf pun, aku takkan boleh kembalikan Ali. Aku akui aku dah silap. Aku silap sebab..."
"Dah, tak payah sedih-sedih la. Makan dulu."

Adilah buka plastik tupperware, dan makan dengan penuh berselera mi udang kegemarannya itu.

"Dila, aku datang sini sebab aku nak minta izin dengan kau."
"Minta izin?"

Azlan teks Mili, suruh masuk dan bawa lempeng serawa durian atau nama glamournya kini durian crepe.

Mili masuk ke dalam bilik, dan Adilah nampak Mili.

"Mili!"
"Mama!"

Mereka berdua berpelukan dan menangis.

"Mama, Mili rindu mama!"
"Mama pun rindu Mili. Alif mana?"

Mili terdiam, tak tahu apa nak respon.

"Tak apa, mama faham."

Azlan tahu cerita hubungan Alif dengan mamanya memang dari dulu tak elok. Cuma dalam hal ni, Azlan tak boleh nak campur tangan sangat berbanding hal dengan Hafiz dulu.

"Ini kuih favorite mama. Kuih lempeng serawa durian. Tapi sekarang orang panggil durian crepe."
"Durian apa?"
"Crepe. Crepe kan lempeng dalam bahasa Perancis," kata Azlan.
"Nanti mama makan ya? Mama nak makan mi udang ni dulu."
"Dila, aku nak minta izin nak tunangkan Mili dengan anak aku, Jugra. Ni aku datang ni kira aku merisik la ni," kata Azlan.
"Mili dah nak bertunang?"
"Ya, mama. Tapi Jugra tengah belajar di Kolej Tentera. Keluar nanti terus jadi Lans Koperal."
"Boleh tak?" tanya Azlan.

Adilah pandang ke arah Azlan.

"Apa sahaja yang baik untuk Alif dan Mili, aku serahkan pada kau, Azlan. Sementara aku ada ni, aku cuma nak tengok anak aku bahagia. Entah berapa hari lagi agaknya giliran aku nanti. Aku cuba tenangkan diri aku, mengaji al-Quran, solat taubat, tapi aku sedar dosa aku ni tak terampun. Tapi aku buatlah sehabis baik sebelum giliran aku nanti."
"Alhamdulillah, Dila."
"Azlan, aku tahu aku dah tak lama dah. Tapi boleh tak aku minta izin kau lanjutkan sikit tempoh hukuman aku, sebab bagilah aku peluang nak tengok Mili kahwin. Aku janji aku terima sahaja hukuman tu lepas aku tengok Mili kahwin."
"Tolonglah, Uncle Alan. Tolonglah. Please..."

Azlan diam, dan berfikir panjang.

"Sekarang ni kuasa pengampunan ada di tangan Presiden, Jeneral Firdaus. Dia tu antara yang terawal jadi pengikut Ali, selain Kecik. Kalau difikirkan, susah dia nak ampunkan kau."
"Aku tak minta aku diampunkan. Aku cuma minta hukuman tu dilambatkan sikit. Ini je permintaan aku, Azlan."
"Aku cuba tanya dia, macam mana."
"Terima kasih, Azlan."
"Mili, masuk dalam kereta kejap. Uncle ada benda nak cakap dengan mama kejap."
"Mama, take care tau. Mili nak mama tau yang Mili sentiasa sayangkan mama!"
"Maafkan mama sebab mama dah malukan Mili dan Alif..."
"Tak, Mili tak pernah malu dengan mama! Mili rindukan mama! Mili pergi dulu ya, assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."

Mili cium tangan mamanya, dan keluar dari bilik.

Adilah menyambung makan.

"Sebenarnya aku tau pelan kau dengan Jacob tentang nak sebarkan supervirus sejak 2007 lagi. Tapi aku ada hacker yang hack PC kau, dan aku berjaya peroleh dokumen tu. Dan melalui agensi perisikan Taipei-Formosa juga aku dapat resipi vaksin yang asal."
"Supervirus tu dah tersebar ke?"
"Ya, sekarang dah kena di Goryeo Selatan dan Ryukyu. Kemudian baru ada kes di Suvarnabhumi. Amerika dah ada satu kes, dan ada satu kes di Taipei-Formosa."
"Kau buat apa dengan formula tu?"
"Dari tahun 2014 sampai tahun lepas aku dah siap bina segala infrastruktur untuk persediaan supervirus ni."
"Kau pun tahu ni kerja KCP kan? Mereka nak lumpuhkan ekonomi dunia, jatuhkan Amerika dan seluruh dunia akan bergantung pada vaksin yang mereka buat tu."
"Malangnya bagi dorang, resipi tu jatuh ke tangan aku, dan resipi yang Sinovac pegang tu, hanya boleh tahan untuk virus versi pertama sahaja."
"Virus tu highly evolved, Azlan. Aku tak rasa kau boleh cipta vaksin untuk counter virus secepat tu."
"Aku dah jual paten tu ke big pharma. Dan Pfizer, AstraZeneca dan Johnson & Johnson dah cipta vaksin tu untuk kuatkan antibodi untuk lawan virus itu walaupun ia highly evolved. Cuma mungkin kalau kau kena, kau akan kena juga, tapi kau tak seteruk kalau kau tak ada vaksin."
"Kalaulah jadi apa yang aku rancang hari tu, aku fikir balik aku takkan mampu buat macam kau, Azlan. Cuma, apa pelan kau?"
"Biarkan sahaja Gelanggayu kena virus ni untuk bina herd immunity. Kemudian tahun depan baru start vaccination."
"Aku sarankan kau supaya buat awal-awal booster kalau shot vaksin tu tak cukup kuat."
"Terima kasih, Dila sebab bagi aku nasihat tu. Aku memang perlukannya."
"Azlan, anything yang kau tak faham pasal supervirus tu, kau datang sini tanya aku. Aku akan cuba terangkan apa yang aku tahu."
"Baiklah, thanks Dila. Enjoy your mi udang and durian crepe."
"Terima kasih, Azlan. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

Selepas aku keluar dari bilik bertemu dengan Adilah tu, aku jumpa dengan psikiatri Adilah, Dr Fatihah.

"Macam mana dengan dia sekarang, doktor?"
"Nampaknya dia masih belum sembuh dari peristiwa di rumah tinggal di Melaut tu, walaupun dah tiga tahun perkara tu berlalu. Psikologi dia takut betul bila kita tunjuk imej tikus pada dia."

Aku mengangguk faham.

"Tuan Pengerusi, saya perhatikan yang dia ni suka menjahit, bersulam, memasak, jaga pokok bunga. Kerja yang dia sendiri kata, kerja orang perempuan."
"Kalau macam tu, lebihkan dia ke bahagian kerja yang macam tu."
"Lagi satu, dia selalu cakap pasal anak-anak dia."
"Insya-Allah saya akan cuba bawak anak dia yang lagi sorang tu. Awak jagalah Adilah tu elok-elok."
"Dia dah macam kawan saya, Tuan Pengerusi. Bukan sekadar pesakit sahaja. Cuma dia berulang kali cakap, dia menyesal dengan apa yang dia dah buat."

--

Azlan

Adilah dah jauh berubah. Aku tanya pegawai penjara, apa kegiatan Adilah sehari-hari? Pegawai tu cakap Adilah sekarang rajin solat, lepas tu dia selalu tolong kerja di dapur kantin penjara.

Dia selalu bercerita tentang anak-anaknya kat warden. Bila dia dapat tahu Alif dah ada syarikat app penghantaran makanan, dan Mili kini jadi bintang penyanyi terkenal, dia selalu cakap betapa menyesalnya dia tak jaga anak-anaknya macam aku yang jaga anak-anaknya.

Dia juga selalu kata yang dia menyesal sakitkan hati Hafiz, iaitu orang yang benar-benar mencintainya, sebelum rasa cinta tu pergi dan dia dengan perempuan lain, sebelum dia menderita akibat AIDS.

Tapi satu benda yang dia selalu cakap ialah tentang betapa cintanya dia pada aku. Sejak dia kecil lagi, dia kata pada warden penjara tu yang dia cintakan aku.

Aku sebenarnya pernah terjumpa Adilah ni sejak aku berusia 3 tahun, tapi aku ingat-ingat lupa. Masa tu wedding Tengku Ariffin dan Suzaine, dan mengikut cerita ibu, itu first time aku jumpa dia. Aku terlalu kecik nak ingat, tapi dia seluk tangan dia kat seluar aku, menyebabkan aku menangis.

Aku tanya Aziz untuk dia sahkan cerita ni, dia kata benda tu berlaku masa kitorang satu family dekat Perancis. Ada ayah, ibu, aku dan Aziz, kemudian kami ke Itali dan aku terserempak dengan hantu Niccolo Machiavelli semasa kami melancong di Florence.

Mungkin masa umur aku tiga tahun tu aku dah dirasuk hantu roh Machiavelli.

Dan masa aku kecik pun, aku selalu dapat surat secret admirer dari budak RPM, dan aku tahu itu adalah dia. Aku tak pernah layan dia ni, sehinggalah dia main calit minyak senyonyong kat leher aku.

Sebenarnya aku sengaja bagi peruntukan lebih kat penjara tu sebab dia. Ye lah, hampir setahun makan tak cukup, sampai makan tikus, jadi malnutrisi terus.

Masa dia kena tangkap tu, memang badan dia nampak macam tengkorak hidup. Memang muka tak cukup makan. Macam jerangkung.

Aku tahu masa tu adalah masa-masa paling getir buat Alif dan Mili. Sudahlah masa tu Hafiz tengah sakit tenat. Walaupun dorang ni anak Jimmy, tapi Hafiz tetap anggap mereka ni anak dia.

Lepas dia masuk penjara tu, slow slow dia kembali rapatkan dirinya dengan Tuhan. Aku bersyukur sebab dia dah insaf, cuma bila aku kenang balik cara aku seksa dia tu, memang menakutkan.

Masa dia kat Radio Universiti dulu, Adilah ni seorang yang cekap. Dia ni bijak, dan aku masih ingat lagi masa dia dan Hafiz buat assignment iklan Ayam Goreng Harun dulu.

Kalaulah masa tu Merlina baya kami, mungkin lebih perfect iklan tu agaknya. Tapi sayang, lepas habis keluar universiti, entah apa silapnya, jadi kami bertiga jadi gaduh teruk.

Pemandu aku ni dia suka bukak radio Sinar FM. Jadi selalu la dengar lagu zaman kami di universiti dulu. Tiba-tiba lagu Ella, Layar Impian berkumandang.

"Kuat sikit bunyi lagu tu," kata aku.
"Baik tuan Pengerusi."

Jika mimpi masa silam
Bisa kusimpan dalam kaca
Jadi perhiasan
Pasti aku abadikan
Zaman riang kanak-kanak
Pabila hujan mengundang
Suasana bahagia
Dalam hidup yang seindah
Mimpi yang tidak pernah
Melukakan perasaan

Tapi kini bila dewasa
Aku mula sedar betapa mimpi
Hanyalah suatu permainan
Jiwa insan dalam kesepian

"Ni lagu favorite uncle Alan jugak ke?" tanya Mili.
"Ni lagu favorite mama awak."

Mili mengangguk.

"Kalau Mili cover lagu ni nanti, okay tak?"
"Tanyalah penyanyi dia, Ella."
"Ella? Ella Standing In The Eyes Of The World?"

"Ya, tapi dia popular lagu ni dulu. Lagu yang tu sebab Sukan Komanwel."
"Sometimes kan orang muda macam Mili ni selalu wonder macam mana hidup di zaman abad ke-20. Macam Rachel terutamanya, dia suka sangat pergi Paragon Mall. Jugra pun dia macam curious jugak. Alif dia macam tak berapa sangat. Dia lagi suka bab teknologi ni."
"Entahlah. Macam uncle, internet ni muncul masa uncle umur 24, 25. Arwah papa memang pakar internet. Dia lah pengasas internet negara ni. Dia asaskan syarikat Fizzy Technologies, yang pasang internet dari tahun 1994 sampai tahun 1998 macam tu lah. Dia jadi kaya dan kahwin dengan mama."
"Mama dulu cintakan uncle ya?"
"Dari dulu. Tapi uncle takde hati dengan dia."
"Kenapa?"
"Sebab...."
"Mili tau! Sebab uncle dengan mommy Rachel kan? Patut la, dia tu cantik."
"Mama Mili pun cantik."
"Tapi kenapa uncle tak tertarik dengan mama?"
"Sebab dia budak RPM. Uncle kan budak Kolej Melayu. Budak RPM ni gedik dia semacam."
"Ya Allah, betul ke dari dulu macam tu? Betul la tu, ada satu budak perempuan ni, Iman Alyssa, anak Azizan Azmi. Dia tu asal RPM tau, lepas tu entah kenapa ayah dia pindahkan ke Kolej Melayu..."
"Sebab ayah dia memang budak Kolej Melayu pun. Dia satu kelas dengan mommy Rachel."
"Masa tu tahun berapa Uncle?"
"1984, 1985? Ke 1986? Time gitu la."
"Cool gila uncle, mama, mommy Rachel semua jadi remaja tahun 80an. Macam Stranger Things je."
"More to Ali Setan or Gila Gila Remaja sebenarnya," kata aku.
"Eh tapi kan, Aunty Jessie pun RPM jugak kan?"
"Haah, last-last tukar ke Kolej Melayu."
"Kenapa dia tak gedik?"
"Sebab dia masa sekolah dulu dia tak bergaul dengan orang."
"Mama Mer sekolah mana?"
"Kalau tak silap, sekolah dia sekolah biasa je. Sekolah Rendah Puncak Jaya rasanya. Menengah pun Sekolah Menengah Puncak Jaya Selatan."
"Tapi dia pandai je. Macam mana tu?"
"Mama Mer ni kes budak pandai yang tak jumpa peluang, macam kami. Sebab kami ni keluarga golongan atasan. Golongan kayangan la katakan. Ayah Mama Mer kerja pegawai istana biasa-biasa je. Cuma ibu dia dulu bekas pelakon zaman P Ramlee dulu. Tapi sebab ayah Mama Mer kawan dengan ayah, dan kenal dengan ibu uncle, jadi tolong punya tolong, hari ni dia jadi wanita paling berkuasa di Gelanggayu."
"Mama Mer tu otak dia bijak sangat, sebab kecik-kecik dia cakap dia minum..."
"....susu Dumex!" serentak aku dan Mili bercakap.

Dalam gelak-gelak ni, aku risau jugak ni. Dah ada first case virus Wuhan ni di Gelanggayu, dia cross sempadan dari Temasik dan kini ada kes di Air Putih.

Aku melepaskan nafas yang panjang.

--

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Hashim Abdullah bersama-sama dengan Menteri Kesihatan, Dr Adam Yahya (Demokrat) mengumumkan kes pertama itu secara langsung.

"Kes pertama coronavirus dikesan di sempadan Temasik dan Gelanggayu, di Air Putih dari seorang pelancong yang datang ke negara ini. Kami meminta agar rakyat tidak panik, kerana kerajaan menjamin mampu untuk mengawal, berdasarkan pengalaman kerajaan mengawal wabak SARS pada tahun 2003 dan 2009," kata Dr Adam dalam satu kenyataan di televisyen.

--

Adilah menonton televisyen sambil membaca buku terjemahan al-Quran di kantin penjara. Dia kemudiannya menggelengkan kepalanya.

"Benda alah ni tak sama macam SARS lah! Jadi menteri pun bodoh!" getus hati Adilah.

Sebagai salah seorang yang terlibat dalam penciptaan virus tersebut sejak awal penyelidikan sejak tahun 2007, Adilah tahu kesan coronavirus ini bila dia merebak, macam mana nanti. Memang takkan cukup hospital, memang takkan cukup kelengkapan dan perubatan (walaupun Azlan kata dia dah bina kilang untuk itu semua sejak lima tahun yang lepas).

Dalam masa sama, Adilah sedar yang dia seorang banduan. Kalau dia nak cakap dengan Azlan pun, tunggu Azlan untuk datang.

Dia sedar dia dah banyak buat kerosakan kepada Gelanggayu, dan coronavirus ini pun dari pelaburan syarikat dia juga pada awalnya, sebelum Apex Corporation bungkus.

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah SWT hendak mereka merasakan sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."

- Surah Ar-Rum, ayat 41.

Adilah membaca ayat tersebut, kemudian dia memeluk kitab al-Quran itu.

"Ya Allah, aku terlibat dalam penghasilan penyakit coronavirus ini. Akan ramai yang akan mati kerana penyakit ini. Aku dah cetuskan kerosakan yang teruk pada dunia ini. Kau ampunilah aku, ya Allah! Terlalu besar dosa aku ni."

Air mata Adilah menitis ke kulit kitab terjemahan al-Quran itu, sebelum dia kembali ke selnya.

--

Keadaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changli di Temasik huru-hara. Kes yang dikesan di lapangan terbang utama dunia itu menyebabkan kerajaan Temasik terpaksa menutup pintu antarabangsa negara itu.

Perdana Menteri, Lim Sian Long mengumumkan langkah yang lebih ketat untuk mengawal seluruh bandaraya dari penyakit ini terus merebak.

Hospital-hospital di Temasik mula dalam keadaan panik, kerana ramai orang yang datang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changli mula merasakan simptom-simptom dari virus Wuhan itu.

--

"Yo, Ken. What's up?"
"Alan, we are on red alert. We're running out of PPEs. We are also running out of oxygen tankers."
"Okay, send me the details to Merlina and we will send it right away."

Merlina terus datang ke arah Azlan.

"Lan, Goryeo Selatan mintak 50,000 set PPE."
"Temasik baru nak order PPE. Ken baru call aku. Kau call Kecik, buat 200,000 set. Negara lain akan mintak ni."
"Baik, Lan."

--

Kilang-kilang milik syarikat Kecik mula mendapat tempahan untuk membuat PPE yang menerima pesanan dari seluruh dunia.

Mesin-mesin sarung tangan getah terus bergerak tanpa henti. Pekerja-pekerja terus bekerja membungkus, meletakkan ke dalam kotak, dan meletakkan ke dalam lori.

Ada lebih dari 100 buah lori yang dari tadi berulang-alik dari kilang ke pelabuhan untuk menghantar barangan yang dipesan ke kapal-kapal yang sudah beratur di pelabuhan Teknojaya dan Tanjung Kapur.

--

"Uncle, Kwantong pesan 100,000 unit PPE untuk dihantar ke Shanghai," kata Mili kepada Azlan.
"Call Uncle Kecik."
"Ryukyu order 25,000."

Kecik jadi terlalu sibuk menerima tempahan untuk PPE sampai dia terpaksa memberikan kontrak kepada pengilang-pengilang di bawahnya untuk menyiapkan pesanan PPE dari luar negara.

Nasib baiklah Azlan dah bersedia untuk perkara ini sejak 2014. Cuma apabila pesanan luar negara ni datang dalam keadaan mendadak, ia mencipta supply shock.

"Memang aku kena naikkan harga ni," kata Kecik sambil gulung rokok daun.
"Masyuk la kau," kata Fazrul pula.
"Alah Faz, kau tu supplier tenaga buruh. Kau pun masyuk jugak tu," kata Jeneral Firdaus.
"Macam mana la Pengerusi Azlan dah tau pasal ni lebih awal lagi," kata Kecik.
"Tu la tu. Mer pun dah beli saham syarikat farmaseutikal awal-awal. Dorang macam dah tau dulu benda ni," kata Jeneral Firdaus.
"Yang untungnya kita la, sebab kita ikut dia," kata Fazrul, sambil hulur rokok daun pada Jeneral Firdaus.

Kecik ada kilang, Fazrul supply tenaga buruh, Jeneral Firdaus jaga keselamatan. Tiga orang kuat Ayam Hitam ni semua berkhidmat untuk Pengerusi Azlan.

--

Virus mula dikesan di Paris, selepas salah seorang penumpang dari Shanghai ke Temasik telah menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle.

Keadaan mula jadi haru-biru di hospital di Paris.

Keadaan yang sama juga berlaku di London, Berlin, Rom, Madrid, Barcelona, Krakow, Warsaw, Frankfurt, Milan dan Manchester.

Di Amerika Syarikat, kes COVID-19 sudah mula muncul di Los Angeles dan New York, dua bandaraya utama di negara tersebut.

Badan Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang diketuai oleh Dr Anthony Fauci, mengesahkan keadaan hospital di bandar-bandar utama sudah mula sesak.

Ketua Pengarah WHO, Dr Tedros Adhanom ke Beijing untuk memantau kejadian dari sana.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menuduh Kwantong memulakan serangan ini sebagai senjata biologi, namun kenyataan yang dikeluarkan beliau dianggap sebagai 'racist' dan tidak berasas.

Padahal memang ini rancangan KCP untuk menguasai dunia - dengan melemahkan sistem kewangan antarabangsa yang diterajui Amerika Syarikat dan menggantikan sistem baru.

Benda ni dah dirancang sejak 2007 lagi bila Adilah dan pegawai-pegawai KCP rancang dulu, sebelum Azlan dan Merlina menggodam komputer Adilah untuk mendapatkan dokumen itu.

Selepas membantu Taipei-Formosa untuk menukarkan formula untuk vaksin di Wuhan dan mengambil formula asal pada tahun 2014, Azlan kemudiannya menjual formula tersebut kepada CIA dan membuat persiapan untuk barangan penting hospital seperti PPE dan bahan-bahan perubatan yang lain.

Ketika dunia sedang mengalami musibah yang teruk akibat penyakit virus ini, Azlan sebenarnya yang paling beruntung kerana mendapat peluang untuk membuat keuntungan yang tinggi.

Atas sebab keterdesakan kerajaan-kerajaan dunia untuk PPE, Kecik terpaksa menaikkan harga lima kali ganda akibat permintaan yang terlalu tinggi untuk kilang-kilangnya menghasilkan semua permintaan tersebut.

Dah naik lima kali ganda dari harga asal pun permintaan terus melonjak-lonjak. Kecik untung sampai RG200 juta untuk sehari.

Sekarang kes ni dah jadi kes worldwide. Kecik baru dapat order PPE dari Dubai, Paris, Rom, dan Dublin. Order yang dari yang lama pun bertambah lagi.

Kecik mengarahkan mana-mana ahli Ayam Hitam yang memiliki kilang agar menukarkan kepada pengeluaran PPE, dengan Kecik akan memberi wang untuk membeli mesin-mesin untuk memproses barangan tersebut.

Kilang tudung muslimah yang dimiliki oleh Hidayah kini bertukar jadi kilang topeng muka, kilang buat besi untuk perabot kini ditukarkan untuk buat tangki oksigen, kilang pasang motor kini dijadikan kilang membuat ventilator untuk hospital membantu pesakit bernafas.

Fazrul pula mengimport pekerja-pekerja dari wilayah bergolak seperti Rohingya untuk bekerja di kilang-kilang Kecik ini, sementara Jeneral Firdaus membekalkan tentera untuk menjaga pekerja-pekerja tanpa dokumen sah ini supaya tidak keluar dari kawasan perindustrian.

Saham-saham syarikat-syarikat Merlina mula mencanak-canak, dan pengaruh Azlan di peringkat dunia mula meningkat.

"Lan, kita dapat banyak duit ni dari PPE je ni. Belum cerita vaksin yang tengah nak buat ni," kata Merlina.
"Masa semua bursa saham tengah jatuh, kau raid semua harta yang kau boleh dapat."
"Jahatnya otak kau ni."
"Kita kena berterima kasih pada Dania sebab tolong kita hack komputer Adilah dulu."
"Kalau kita tak hack dulu, agaknya Adilah yang tengah kaya dengan Hafiz sekarang."
"Plan asal plan dia, tapi kita yang sempurnakan. Sebab tu kena berterima kasih dengan Adilah."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro