Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

364 - Epilog

Azlan

2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Hari ini saya, selaku Presiden Republik mahu melaporkan keadaan ekonomi negara pada ketika ini.

Walaupun kita dilanda wabak COVID, tetapi atas dasar-dasar kita yang mesra rakyat, kita berjaya mempertahankan kadar KDNK negara kita untuk suku kedua tahun ini, dengan jumlah 2.3 peratus.

Pencapaian ini dikatakan lebih baik dari kebanyakan negara di sekeliling kita, iaitu secara purata cuma 1.7 peratus sahaja.

Semua ini kerana kita melaksanakan dasar fiskal yang mampu menggerakkan ekonomi, walaupun dalam keadaan dunia yang tidak menentu.

Bagaimanapun, ramai dari pihak di sebelah lawan saya, cuba menyalahkan saya atas masalah yang berlaku.

Saya faham, berbanding tahun-tahun sebelum ini, tahun ini kedudukan ekonomi kita tidak segah dahulu. Para pelabur pergi ke negara yang lebih murah kosnya untuk lebih kompetitif.

Situasi dunia tidak seperti dahulu, namun sebagai pemimpin yang anda telah pilih dua tahun yang lalu, saya masih cuba untuk menepati manifesto parti saya, agar kita dapat mencapai ekonomi yang lebih adil.

Antara insentif-insentif yang kita telah lakukan ialah memotong cukai korporat, dari 38 peratus sebelum saya menjadi Presiden kepada 22 peratus.

Langkah ini kita harapkan dapat menarik pelabur-pelabur asing untuk melabur di negara kita, memberi peluang pekerjaan kepada penduduk negara ini, serta dapat menggerakkan ekonomi.

Dari segi infrastruktur, kita telah meluluskan projek-projek seperti lebuhraya dari Tanjung Melaut di barat, ke Bandar Lingga di timur, sejauh 1,700 kilometer.

Pembinaan kereta api berkelajuan tinggi sejauh 360 kilometer, serta menaikkan taraf infrastruktur telekomunikasi jalur lebar untuk penyampaian maklumat dengan lebih baik.

Menerusi langkah-langkah yang dilaksanakan kerajaan ini, kita dapat menambahbaik taraf kehidupan rakyat di negara ini, namun, proses ini tergendala akibat virus COVID19 yang melanda negara kita.

"Sehubungan itu...sehubungan itu..."

Darah mula menitik dari hidung presiden, yang sedang membuat perutusan di kaca televisyen. Kelihatan jelas di wajahnya, mukanya dalam kesakitan.

Jurukamera perasan wajah presiden semakin pucat, dan memutuskan siaran langsung.

Presiden terus rebah dari rostrum, dan pegawal keselamatannya mula mengangkatnya.

Keadaan menjadi kucar-kacir dari Istana Presiden, pejabat Presiden Republik Gelanggayu. Semua menteri kabinet, pegawai khas dan pegawai-pegawai menjadi kelam kabut apabila melihat Presiden terkulai layu dan jatuh di atas lantai.

Permaidani berwarna biru mula kelihatan ada tompok darah yang menitik dari hidung Presiden.

Paramedik kelam-kabut menyelamatkan Presiden dan dengan lekasnya membawa ke hospital berhampiran.

Di hospital, semua para doktor cuba menyelamatkan Presiden. Mereka cuba melihat apa simptomnya, dan mahu memeriksa apa yang membuatkan Presiden terus rebah sedemikian rupa.

Keluarga Presiden bergegas ke hospital. Mereka terkejut kerana sebelum itu, Presiden nampak sihat. Apa yang menyebabkan tiba-tiba dia rebah di hadapan siaran langsung di kaca televisyen?

Isteri Presiden risau, tapi wajahnya kelihatan tenang. Sambil mendengar penerangan dari pakar perubatan, dia juga cuba menenangkan anaknya yang panik dengan situasi semasa.

Seluruh Gelanggayu sedang panik. Bursa saham jatuh menjunam, pemberita sudah berkerumun di hospital untuk melaporkan situasi terkini tentang perkembangan semasa keadaan kesihatan Presiden.

Sementara itu para doktor sedang cuba menyelamatkan nyawa Presiden, dan sedang cuba menyedarkan beliau.

Selepas hampir dua jam, beliau stabil, tetapi masih lemah.

--

Presiden buka matanya dan melihat semua ahli keluarganya berada dekat dengan dirinya. Datuk Rahman yang merupakan Perdana Menteri, berdiri di sebelahnya, tunduk untuk mendengar bisikan yang mungkin amanat terakhir Presiden.

"Man..."
"Ya Tuan Presiden..."
"Jaga negara ni elok-elok. Darling..."

Isterinya rapat ke bibir Perdana Menteri.

"Jaga anak-anak."
"Mengucap, darling. Bawa mengucap."

Perdana Menteri tidak sempat mengucap, tapi dia melafazkan satu perkataan.

"Cleopatra."

Beliau kemudiannya menghembuskan nafas terakhir, dan diakhiri dengan tangisan semua orang di dalam wad itu.

Dalam wasiatnya, beliau mahu kuburnya ditanam di tanah peribadinya di Teluk Tenang. Di sana, beliau mempunyai tanah milik pusaka keluarganya, yang mengusahakan tanaman kobis.

Dia pernah berkata kepada isterinya, "kalau saya mati dulu, tanam saya dekat dengan ladang kobis saya tu."

Dengar seperti permintaan pelik, tapi sebenarnya sebagai homage beliau terhadap Maharaja Rom kegemarannya, Diocletian.

Semua orang terpinga-pinga, siapakah Cleopatra yang disebut oleh Presiden sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir?

--

"Cut! Break 5 minutes!" jerit Art Ardan.

Aku, Merlina dan Jessica duduk tepi sambil melihat perkembangan terkini drama bersiri tajaan Gflix, bertajuk Cleopatra Di Puncak Kuasa.

Aku yang bagi idea cerita ni untuk Amin Kob Noblurs tulis. Pada asalnya tajuk dia bagi entah apa-apa. Sidang Dewan, lepas tu Merlina terus taji si Amin Kob Noblurs tu.

"Kau letak tajuk drama macam tu mana la orang Melayu nak layan, Amin woiii! Kena la letak tajuk tu panjang sikit. Letak Sidang Dewan nanti orang confused dengan siaran Parlimen. Mampos orang tak tengok."

Sebenarnya ni antara projek aku untuk bersihkan nama Hafiz sebagai Presiden Republik negara ni. Watak utama, Presiden Fizul, dilakonkan oleh Asyraf Islam, seorang pelakon berwajah skema yang memang kena dengan karektor Hafiz.

Mira Fazilah pula memainkan watak Dahlia, sebagai kekasih Presiden Fizul dan seorang wartawan. Memang tak nak la letak gadis kacukan Sepanyol nanti orang nampak tersama la pulak.

Watak aku cuma watak sidekick je, pada asalnya dia nak ambik Harun Aziz kerana sama sado, tapi aku cakap tak nak la, nanti orang fokus kat watak sampingan pulak.

Instead, aku ambik Ayman Hakim sebagai Haslan, sementara watak Natalia dilakonkan oleh Amelina Henderson.

Watak isteri Fizul, Fadilah, dilakonkan oleh Ros Rasyid. Haaa, dekat-dekat kan nama dia.

Dalam cerita ni for sure aku buat watak Fizul ni heroik dan watak jahat utamanya aku buat Datuk Amir dan bapak Fadilah, Wan Razak, lakonan Azrin Aman Ramli dan Mustafa Akmal.

Watak Jeneral Yusof dilakonkan oleh Jaliluddin Hashim.

Sweet Qaisara melakonkan watak Jesnita, sementara watak Azli dilakonkan oleh Amirul Effendi.

Ada la beberapa watak lagi yang aku tak ingat.

Shooting drama bersiri ni tergendala seketika masa pandemik mula berlaku sekitar Februari tahun ni, disebabkan lockdown seawal 12 Februari, bila kes pertama timbul, aku selaku Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara mengarahkan lockdown selama tiga bulan untuk menurunkan lekuk kes dari terus meningkat.

Untungnya Gelanggayu sebab aku dan Merlina dah baca laporan makmal dari makmal penyakit Wuhan tu sejak 2007 lagi bila kitorang hack komputer Adilah tentang maklumat pasal plan ni tak lama dulu.

Walaupun ada sedikit pertengkaran dengan Menteri Hal Ehwal Perdagangan Antarabangsa pasal isu ni, yang meremehkan isu COVID ni dengan kata "baru ratus-ratus kes je", aku cuma balas "kalau dah ratus-ratus ribu kes nanti, nak buat macam mana? Nak letak pesakit kat rumah kau ke?"

Dia terus terdiam. Dia bimbang pelabur lari, aku jawab dia nak lari ke mana, semua tempat pun kena COVID jugak. Besok bila kes ni dah reda, tempat paling rendah kes COVID la dia akan datang melabur.

Jenis tak fikir jangka panjang betul. Mujur bukan Parti Nasionalis (psst, Parti Demokrat). Ahli parti Nasionalis mana berani sound aku.

Melihat kejayaan Dai Viet mengawal kes COVID, jadi Gelanggayu pun menggunakan cara yang sama juga iaitu kuku besi dan secara berdisiplin keras.

Sempat juga aku tanya Perdana Menteri Dai Viet, Nguyen Xuan Phuc pasal langkah-langkah lockdown yang berkesan.

Pun begitu, bukan mudah nak jaga negara sebesar Gelanggayu ni. Pintu sempadan dikawal dengan ketat agar penularan penyakit ini tidak merebak luas.

Mujur kerajaan yang ada dalam MKKP ni ada 269 daripada 270 kerusi Parlimen, dan kestabilan kerajaan telah sedikit sebanyak membantu usaha untuk menangani wabak ni.

Cuba korang bayangkan kalau ada ahli parlimen nak melompat, lepas tu kena ada pilihan raya pulak, mesti wabak tersebar teruk dan Gelanggayu akan lumpuh.

Tak sanggup aku nak tengok Gelanggayu ni lumpuh di bawah jagaan aku.

Walaupun macam tu, hasil GST yang banyak memudahkan aku untuk pakej Bantuan Rangsangan Rakyat Republik (BRRR) sejajar dengan meme Brrrr (korang boleh google sendiri).

Idea Merlina nak namakan bantuan rakyat sempena meme. Aku tau ia kelakar, tapi ia catchy. Dan ramai je anak muda menggunakan meme ni dalam media sosial bila bantuan ni masuk dalam akaun bank.

BRRR memberi bantuan RG1,500 untuk golongan yang dah berkeluarga dan RG600 untuk bujang berusia 18 tahun ke atas dan mensasarkan untuk kelompok B40.

Mujurlah ada GST, kalau hari tu ada orang desak aku mansuhkan GST, mana aku nak korek duit? Takkan nak suruh Zizan print duit banyak-banyak jadi duit Venezuela kot?

Aku akui untuk mentadbir dalam suasana COVID ni amatlah susah, tapi kita ahli politik ni kalau boleh janganlah menyusahkan rakyat lagi. Kita kena cakna dengan kesusahan mereka.

Sejak Natasha takeover Paragon Mall, dia mengubah Paragon Mall menjadi medan selera dari pelbagai jenis negara.

Kalau nak makan steak, boleh makan di St Pierre. Kemudian ada restoran Suvarnabhumi iaitu Chulalongkorn Palace, ada restoran Majapahit iaitu Penyet Aja Donk!, dan disebabkan dia orang Denmark, ada restoran yang menyajikan makanan Scandinavia.

Orang cakap meatball kat sini lagi sedap daripada kat IKEA.

Selain itu ada Wendy's, Texas Chicken, Nando's, Kenny Rogers, ada kedai sushi bernama Oishi, kedai makanan Goryeo bernama Oppa Saranghae, ada Subway, KFC, McDonald's, dan Ayam Goreng Harun yang direbrand jadi Harun's Chicks.

Restoran Haji Salleh yang selama ni di Bukit Besar pun dah ada cawangan kat Paragon Mall. Saiful pun ada buka restoran mi udang Sepetang kat sini.

Cuma masa pandemik ni, lengang tu lengang la, tapi penuh la dengan rider Tapau, FoodBeruang, dan GrabMakan. Sebab orang masih mahu makan walaupun pandemik.

Dan mereka ini pun dapat bekalan ayam dan daging pun dari GARDI, yang kini dah dikorporatkan jadi GARDInc, yang dipengerusikan oleh abang (tiri) aku, Aziz.

Dan dia pun dapat dedak dari Natasha. Mana la si Nat tu kalau nampak aku je, terus senyum. Duit tu macam recycle balik pergi ke dia jugak.

Merlina cakap pada aku, aku masih cintakan Nat ke? Dia kata dia ok je kalau aku kahwin lagi satu. Aku dan Natasha dah bersetuju yang kami jadi kawan baik walaupun ex. Kami akan take care pasal Rachel.

Lagipun cliche la cinta lama berkahwin ni. Mungkin dah memang dalam suratan takdir, kami jadi sahabat baik je lah.

Cakap pasal Rachel, dia sekarang dah ada food channel dan kerja dia ialah review semua makanan di Paragon Mall, dalam channel Youtube dia, MakanApaTuRachel.

Disebabkan dia ni anak bekas Perdana Menteri, lepas tu mak dia own pulak Paragon Mall, jadi senang la sikit dia nak buat review makanan terbaru.

Tapi of course la dia akan promote lebih St Pierre sebab 50% share dia punya. Kerja dia makan je, macam balas dendam pulak, dulu jadi gimnas negara tak dapat makan banyak.

Mili sekarang dah jadi penyanyi TikTok yang popular, dan populariti dia dalam TikTok dah mengatasi aku dari segi followers (sebab aku jarang upload TikTok ni. Takkan la aku nak menari-nari lagu Doja Cat Say So).

Twitter dan Instagram aku masih depan daripada dia.

Sejak pandemik, Alif sekarang dah jadi billionaire paling muda di Gelanggayu. Dengar cerita dia masih nak try hard nak ayat Rachel, tapi you know, Rachel ni macam mak dia jugak, play hard.

Sekarang Alif dah ada share dalam Shopee Gelanggayu, Tapau, TapauMart (jual barang runcit), dan kini dia buat app mencari sewa rumah pulak.

Jugra? Hahaha, dia sekarang dah jadi Lans Koperal, selepas berjaya menamatkan latihan Khidmat Negara selama dua tahun, dan sekarang dia tengah belajar di Maktab Tentera dalam bidang pentadbiran. Kulit dah gelap sebab hari-hari berkawad.

Jeneral Firdaus kata anak aku ni minat kepada repair enjin, jadi dia ambik kelas elektif untuk membaiki dan menyelenggara kereta perisai dan kereta kebal.

Jeneral Firdaus walaupun dah jadi Presiden, dia tak berminat nak duduk kat Istana Presiden. Dia dan isterinya, Nooryana pun duduk kat rumah lama mereka.

Pemimpin generasi kitorang, tak suka duduk rumah agam besar. Zaman boomer ye la suka rumah besar macam tu.

Kecik baru je bertunang dengan Hidayah, dan buat kenduri pun kecil-kecilan je. Maklumlah, musim pandemik ni mana boleh ramai sangat yang datang.

Selepas aku berbual sikit dengan Amin Kob Noblurs dan Art Ardan serta krew Cleopatra Di Puncak Kuasa, aku dan Merlina pun berselfie dengan beberapa artis dalam set penggambaran sebelum pulang.

"Amelina, jaga penjarakan sosial tu! Jaga SOP," kata Merlina dari tepi. Dia ni pantang ada artis muda nak berselfie dengan aku, dah kecoh.

"Gerak dulu, semua!" kata aku sebelum melangkah ke dalam kereta, dan bergerak ke 2 Jalan Cendana.

Dalam kereta, berkumandang lagu Life Goes On dari BTS.

"Apa yang sedap sangat G-pop ni? Tak faham betul la aku," kata Merlina.
"Kau dah tua, Mer. BTS pun kau susah nak layan."
"Kau boleh layan G-pop ke, Lan?"
"Eh, fan dorang pengundi utama aku kot."
"Aku ingat la, aku nak join venture dengan BTS ni la. Buat BTS Meal, kau rasa boleh pergi ke?" tanya Merlina.
"Mer, kau punya otak, otak business. Aku otak politik. Kau fikir la sendiri."
"Boleh pergi ni aku rasa. Mesti gila babi untung McDonald's Gelanggayu ni."
"Jom singgah Paragon Mall kejap. Lapar la."
"Nak makan kat kedai Rachel la tu!"
"Support la sikit...."

Selamat datang ke era Pax Azlania, rakyat Gelanggayu. Walaupun dunia sedang berdepan dengan pandemik, satu aku boleh katakan, our fundemental is strong!

One nation under Jalan Cendana.

TAMAT




Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro