
2019 part 9
"I tak faham lah, why susah sangat your brother nak keluar je dari coalition tu, Zizan?" tanya Cindy.
"Sebab Democrats owes Azlan a lot of money."
"Abang you jadi PM kan, takkan tak reti buat duit tepi?"
"Macam mana? Orang-orang dalam MOF pun orang Azlan. You tak faham Cindy, sebab you orang luar."
"Macam ni, you tau kan, PMO kan ada peruntukan for budget nak buat sovereign fund, kan?"
"Tapi benda tu boleh jadi hanya kalau MOF approve, Cindy. Faham tak, MOF tu semua orang dia?"
"Macam ni, I ada la, orang kata, macam partner la jugak kan. Dia ni billionaire. Nama dia Joe Lau."
"Okay, I think I pernah jumpa dia."
"Apa kata you bawak abang you jumpa dengan Joe. Tapi jangan kat sini, bahaya. You know la takut dia punya Special Branch perhatikan you. Plan I, as Prime Minister, abang you akan lancarkan sovereign fund, lepas tu I akan panggil Joe Lau untuk jadi advisor kepada abang you punya sovereign fund ni. From there, kita loan duit dari Goldman Sachs around $2-3 billion, and duit tu masuk dalam sovereign fund tu, then Joe akan invest duit tu, and the next election, abang you punya parti dah ada duit dah nak lawan Azlan."
"Wow, you're so smart. Tapi okay ke Joe Lau ni, I bukan apa, my dad's name reputation ni. Nama Tun Azmi Ibrahim kitorang carry ni."
"Relax, Joe Lau ni investor yang bagus. Merata dia invest. Jangan risau la."
--
Perdana Menteri, Rahman Azmi melancarkan One Gelanggayu Development Berhad, iaitu syarikat milik kerajaan untuk pelaburan strategik.
Dengan mendapatkan modal dari pembelian bon sebanyak $3 billion dari Goldman Sachs, wang itu akan digunakan sebagai modal untuk One Gelanggayu membeli aset-aset.
Sebagai penasihat, Joe Lau akan menilai aset mana yang benar-benar boleh menaikkan nilai pelaburan One Gelanggayu.
Dengan wang ini, bolehlah Rahman membawa keluar partinya dari cengkaman Azlan dengan menyelesaikan hutangnya.
--
Azlan
Aku dan Merlina berdekah ketawa bila tengok move terbaru dari Rahman, adiknya Azizan dan Cindy ni. Dari kalangan billionaire dan para investors, kami semua tahu yang Joe Lau ni scammer.
Okay, modus operandi dia ialah dia akan cari hartanah yang undervalue, kemudian dia akan mark up pada investor yang harga dia 4-5 kali ganda daripada nilai yang sebenar.
Investor yang bodoh akan bayar je duit tu, dan dia akan rembat 50%, 25% tu lagi dia bagi komisen kat kawan-kawan dia yang tolong cari tanah tu.
Merata dia scam orang, tapi dia ni pandai. Dia buat shell companies, kemudian set up office yang nampak macam legit, lepas tu dia akan yakinkan investor tu untuk melabur kat tempat yang dia dah beli tu. Kemudian bila tak balik modal, investor tu jugak yang terpaksa menanggung hutang dengan aset yang langsung tak berbaloi.
Merlina cerita dengan aku pasal Joe Lau ni, sebab dia banyak kali nak try trick Merlina ni. Merlina pulak dia pandai baca sentimen dan market, dan dia tau perangai Joe Lau ni kaki mengencing.
Aku sebenarnya boleh suruh je Jeneral Firdaus stopkan Rahman, supaya negara tak rosak. Tapi aku nak cari point. Kalau aku takde point, aku tak boleh buat move ni.
Kita rilek dulu, sambil tunggu supervirus ni keluar. Lepas tu memang semua investment dia akan rugi.
Merlina sekarang dah stop investing dah, kecuali dekat sektor kesihatan, makanan, baja dan tenaga. Hartanah ke, shopping mall ke apa ni memang tak payah.
Tahun depan confirm Federal Reserve dan semua bank-bank negara dunia akan cetak duit berlambak-lambak untuk 'stimulus package'. Merlina masa kat Turkiye hari tu dah beli banyak lombong Rusia dengan Turkiye jadi orang tengah.
Cindy, kelakar la kau ni. Kau ni dari kat sekolah dulu, kau ingat kau pandai, tapi kau bodoh. Kau ingat aku tak tau ke ni kerja kau?
Masuk KMW pun sebab bapak bayar.
--
Cindy dan Joe Lau bertemu dengan Azizan dan abangnya, Rahman di sebuah kapal mewah yang diberi nama Equinox. Mereka berparti di dalam kapal mewah tersebut selepas berjaya mendapatkan wang dari Goldman Sachs sebanyak $3 billion (RG10.4 billion).
Kapal Equinox ini asalnya milik seorang jutawan British di Cayman Island, tetapi akibat dia mahu mengelakkan diri dari disabit kesalahan mengelak cukai selepas viral namanya di Panama Paper, maka dia jual kapal ini kepada Joe Lau, dan Joe Lau menggunakan wang One Gelanggayu untuk membeli kapal ini.
Kapal ini dibeli untuk memikat hati beberapa selebriti terkemuka seperti Miranda Kerr, Margot Robbie dan Britney Spears, tapi last-last yang melekat dengan Joe Lau ni cuma Cindy. Agaknya Joe Lau ni dah kesedapan perkena maggi asam laksa dia kot.
Jadi Joe membeli kapal mewah berharga $600 juta ini untuk Cindy. Mereka berparti dengan duit Goldman Sachs sehingga esok pagi.
Tetapi sementara Rahman dan adiknya berparti, Marina dan Jabatan Peguam Negara sudahpun buat kerja untuk mengumpul bukti tentang apa yang sedang dilakukan oleh Rahman dan adiknya.
Bahkan kesalahan dari zaman arwah ayahnya yang melibatkan mereka juga pun Marina jumpa lepas mengkorek fail.
Buat masa sekarang ni, bagi mereka berparti dulu.
--
Konsert mega G-pop telahpun tiba. Karnival dua hari ini berlangsung di Stadium Nasional Puncak Jaya, dan dijangka 100,000 orang dari pelbagai negara akan datang.
Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama di Kota Warisan penuh dengan peminat-peminat G-pop dari merata tempat di seluruh Pentas Sunda.
"Aduh, boringnya kena pergi sini ni, Mama Mer. Baik suruh Jugra bertugas je," kata Jugra.
"Eh, awek kau perform la."
"Boring la. Jugra mana suka G-pop."
Muka Jugra macam terpaksa sebab dia memang tak minat dengan G-pop.
"Abang Jugwa jangan la moncong je. Cuba enjoy-enjoy."
"Aku tak suka lagu G-pop la, Julia."
"Cuba cakap dengan Julia, kenapa Abang Jugwa tak suka G-pop? Sebab abang Jugwa wasa abang Jugwa punya lagu je best? Sekawang Kak Nilam suka tengok One Piece, Julia suka tengok Ultwaman, enjoy je kitowang tengok sama-sama?"
"Entah! Wise words, Julia. Wise words," kata Merlina.
"Entah apa-apa la G-pop! Muzik macam tak best!"
"Kalau tak best, cuba explain apa yang tak best? Kenapa dia tak best? Mesti ada sebab, kan?" kata Julia.
"Orang kalau muzik mesti kena ada gitar, muzik rock, kena ganas."
"Kalau Julia cakap taste muzik abang Jugwa entah apa-apa, abang Jugwa mawah tak?"
Jugra terdiam dan pandang adik tirinya yang berusia 9 tahun yang masih lagi lidah pelat R dari kecik.
"Kita ni hidup kena ada kepelbagaian. Kalau pun tak suka, janganlah sebab tu kita nak membenci. Bawulah hidup kita akan sentiasa aman dan tentewam, kan mommy!"
"Exactly! Kau tak payah nak poyo-poyo la, Jugra. Apa kata kau rilek je," Merlina tenang makan potato chips onion and sour cream.
"Atau sebenanye, Abang Jugwa jealous Akak Mili nyanyi dengan penyanyi G-pop! Julia dah agak dah!"
Mili keluar ke pentas dan berduet menyanyi dengan ahli kumpulan Shinee yang kini dalam Super M, Taemin.
Jugra seperti cemburu, tetapi Merlina di sebelah berbisik dengannya.
"Kau belajar bertenang macam aku, ayah kau dulu jangankan menyanyi, lebih daripada ni pun aku tahu. Tapi sebab ketenangan aku, aku boleh rilek."
--
Jugra pulang ke rumah dengan muka muncung, seperti tak nak bercakap dengan sesiapa.
Azlan sedang menonton bola sepak pasukan Liverpool yang masih belum kalah dan berada di puncak liga, terkejut kenapa Jugra hempas pintu.
"Tu kenapa pulak tu?" tanya Azlan kepada Jugra.
"Jealous Mili nyanyi dengan penyanyi G-pop. Bodoh gila kan?"
"Ikut perangai mak dia la tu," Azlan malas nak layan.
Julia terus duduk kat peha ayahnya.
"Daddy, daddy! Liwepool power kan!"
"Eh, kau jangan macam-macam, Julia. Kau tu anak aku. Kau kena sokong Manchester United," kata Merlina.
"Macam mana la Julia nak sokong Manchester United, Mer. Lawan Bournemouth hari tu pun sangkut. Kena la dia sokong pasukan tak terkalah macam Liverpool ni. Dah la juara Eropah, juara dunia pulak. Ni bakal menang EPL pulak."
"Kau diam la, Liverpool. EPL pun tak pernah menang lagi," kata Merlina.
Azlan hanya ketawa sahaja. Biasa la banter bola ni.
"Julia suka Liwepool sebab Julia suka tengok Salah. Dia comel!"
Merlina buat muka menyampah.
Beberapa minit kemudian, kereta Alfa Romeo tiba di hadapan rumah Azlan.
"Fidot dah sampai. Kau nak dengar apa apa benda kelakar lagi yang Rahman and the gang buat?"
"Haha, jap lagi aku nak join. Aku buat kopi dulu."
--
"Ini gambar kapal Equinox, kapal yang dibeli oleh Joe Lau dari Sir Robert James."
"Nama dia ni ada kat Panama Paper," kata Merlina.
"Haah, sebab elak cukai. Yang ni ialah semua hartanah yang One Gelanggayu Development beli di New York, London, dan Paris."
Azlan dan Merlina tengok fail-fail yang diberikan oleh Jeneral Firdaus.
"Aku tau la kau beli kondominium kat New York, tapi ni bukan kat Manhattan kau beli harga macam ni. Ni kat Bronx ni. Tengok jalan aku dah tau," tanya Merlina.
"Maksud kau?" tanya Azlan.
"Okay, biasanya tipikal rumah macam ni kat Bronx, belah-belah 222nd Street, 223rd Street East ni. Biasanya kawasan ni harga tipikal around $700k. Tapi kau tengok berapa Joe Lau tolak kat si One Gelanggayu ni, berapa. $3 million. Kepala hotak dia. Memang kena scam teruk ni."
"Mer, apa sebenarnya kerja Joe Lau ni?" tanya Jeneral Firdaus.
"Kalau dalam bahasa business, orang panggil dia speculator."
Merlina buka fail dan tunjukkan nombor.
"Kau tengok harga apartment ni, dia kata kat One Gelanggayu $3 juta kan?" tanya Merlina.
"Haaa..."
"Kau tengok harga sebenarnya, $724k. Lagi $2.2 juta lebih ni ke mana?" tanya Merlina.
"Ke akaun Joe Lau la," jawab Jeneral Firdaus.
"Ye la, sekarang ni, One Gelanggayu loan dengan Goldman Sachs. Goldman Sachs ni managing director yang approve ni, siapa?"
"John Lesnar."
"John Lesnar ni dengan Joe Lau ni member. Dah tentu dua-dua kawtim. Sorang tukang approve loan, sorang tukang jack harga, lepas tu bila harga sampai $3 juta kat neighborhood macam Bronx ni, sape nak beli, sial?" kata Merlina.
"Kemudian, saya dengar kan, nama kapal Equinox ni nama Cindy..."
"Paaaappp!" Azlan tepuk meja, kemudian ketawa. Merlina dan Jeneral Firdaus terkejut.
"Kau dah kenapa?" Merlina sound Azlan.
"Sekarang ni kau arahkan orang kau, suruh hubungi FBI, dapatkan bukti pembelian ni dengan Sir Robert James. Kau ada kan contact FBI?"
"Ada, bro Alan."
"Kau contact dia, lepas tu FBI confirm akan tangkap Sir Robert ni atas sebab mengelak cukai. Nama dia ada kat Panama Paper. Lepas tu minta kerjasama FBI untuk paksa Sir Robert bagi bukti pembelian kapal tu. Kalau betul nama kapal tu nama Cindy, boom! Kau tunggu. Sekor-sekor lari tak cukup tanah nanti."
"Kejap, ni saya nak tanya bro Alan dengan Mer lah. Kenapa bro Alan tak kantoi nama Panama Paper tu? Banyak kot harta bro kat merata tempat," tanya Jeneral Firdaus.
"Sebab Panama Paper tu aku punya kerja la. Well, sebenarnya aku bayar hacker ni, orang Austria untuk hack dokumen Mossack Fonseca kat Panama tu. Dan aku suruh dia leak kat paper Jerman, Suddeutche Zeitung. Kalau leak kat New York Times ke Washington Post, dorang akan cover nama ramai orang."
"Ooo, jadi nama bro Alan dengan akak tak ada la?"
"Nama semua geng kita la takde dalam tu. Sekarang ni, aku yang pegang semua 11.5 juta fail dokumen, jumlah semua 2.6 terabyte. Dengan benda ni, Alan dan akak pegang tengkuk sorang-sorang dalam seluruh dunia ni. Asalkan kau tak sentuh kitorang, kau simpan je harta kau tu," kata Merlina.
"Power gila ni Mer, bro Alan."
"Data ni, Fidot, sekarang benda paling bernilai dalam dunia. Dan lepas ni, aku dengan Alan nak buat satu lagi projek pengkalan data yang besar. Projek ni antara aku dengan Alif. Alif tu nanti, kau latih dia jadi orang kanan Jugra. Kalau jadi projek ni, kita akan pegang semua data-data rakyat Gelanggayu daripada rekod jenayah, rekod bank, rekod kesihatan, rekod kecenderungan politik, sampai makanan kegemaran pun kitorang boleh tau," kata Merlina.
"Fuh, gila lah!"
"Dot, nanti, tentera akan dapat bajet RG1 billion untuk setupkan cyber division untuk tentera. Kau tarik Jugra dan Alif dalam team ni."
"Besar bajet tu, bro Alan."
"Maka besarlah tanggungjawab kau membangunkan divisyen ni. Aku nak Jugra start belajar hacking macam mak tiri dia ni. Tapi dalam masa sama kau ajar la dia jugak combat operation tu semua."
"Faham, bro Alan."
"Okay, kalau takde apa-apa hal lagi, aku nak sambung tengok Liverpool. Thanks Fidot pasal info ni."
--
Azlan
Dalam politik, kau kena tahu bila kau kena kawan, dan bila kau kena lawan. Dah hampir 20 tahun aku dalam sepak terajang politik ni.
Umpamanya Bang Iz, kau bayangkan masa aku muda, macam mana aku ikut dia. Sampai aku jadi Timbalan Perdana Menteri.
Lepas tu dia, atau Kamal, yang bagi arahan tembak aku masa demo tu.
Sekarang ni, aku tengah nak gerakkan move dalam Parti Demokrat untuk lawan Rahman. Sekarang aku tengah tunggu ketibaan Pak Harun dan anaknya, Dalilah. Dalilah sekarang ni Ketua Wanita Parti Demokrat.
Macam mana aku nak naikkan seorang wanita dalam parti yang penuh dengan konservatif ni?
Semua orang dalam zaman moden ni sukakan duit. Dan untuk mendapatkan duit, kau kena ada tiga cara yang paling utama: 1) scam orang macam Joe Lau 2) kerja memburuh makan gaji 3) bisnes.
Ada jugak cara-cara lain tapi yang tu tak utama sangat. So, aku sumbatkan modal ke Ayam Goreng Harun, dan rebranding jenama tu ke Aaron's Chicken dan aku buka di Nigeria. So random kan? Tapi kenapa Nigeria?
Nigeria adalah negara kelima populasi terbesar di dunia. Nombor satu Kwantong, tapi susah nak masuk. Nombor dua Bharat, ramai persaingan. Nombor tiga Amerika Syarikat, kau jangan sembang nak masuk sini kalau takde modal kencang dan nombor empat ialah Majapahit, yang walaupun negara berjiran, tapi mereka ni patriotik dan jarang sangat nak makan brand luar.
Jadi, Merlina nampak Nigeria ni adalah tempat yang paling ramai orang yang takde orang tap business opportunity kat sini.
Daripada 206 juta orang tu, hanya 27% sahaja orang yang memiliki smartphone ialah 55 juta orang. Maknanya M40 dan T20 Nigeria ialah seramai penduduk negara Perancis lebih kurang.
Jadi, Merlina arahkan orang dia untuk bayar menteri komunikasi dia untuk letakkan app Tapau Nigeria di sana. Market jenama Mer Phone pun banyak kitorang dah start market kat situ. Lagi murah dari smartphone dari Kwantong.
Satu naira (matawang Nigeria) bersamaan satu sen ringgit Gelanggayu. Harga seekor ayam di Nigeria ialah 600 naira atau RG6.
Kalau jual satu bahagian 200 naira, masih laku. Dan aku minta Tun Natasha jadi supplier ayam ke sana dengan aku subsidi lagi.
Jadi Dalilah tak payah pinjam Goldman Sachs dan jual hartanah overpriced kat kawasan ghetto macam Bronx tu pun dah boleh kaya dah.
Rahman ni kena scam dengan Joe Lau, dan Dalilah buat duit di Nigeria. Pemilihan Parti Demokrat akan berlangsung pada tahun 2020, yang aku jangka akan ditangguhkan disebabkan supervirus, dan akan dibawa ke tahun 2021.
Tahun 2021 bila orang dah start menyampah dengan Rahman, bila ekonomi dah makin teruk disebabkan supervirus ni, masa tu lah aku akan reveal skandal Joe Lau ni.
Dalilah akan jadi Presiden Parti Demokrat, dan aku akan satukan semua parti di bawah satu bumbung iaitu Kongres Gelanggayu.
--
"Waka waka ehh ehhh, waka waka ehh ehh, tsamina mina zangalewa, this time is for Afwica!" nyanyi Julia bila dapat tahu kapal terbang kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nnamdi Akiziwe di ibu negara Nigeria, Abuja.
Aku bersama Merlina, Julia, Mili serta menteri kewangan, Dalilah Harun disambut oleh Setiausaha Kerajaan Persekutuan, Babagana Kingibe dan disambut dengan meriah.
Lawatan ke Nigeria ini adalah kerana 'sumbangan' terbesar Merlina dan Dalilah ke negara itu, yang sebenarnya membantu memberi dana untuk kempen pilihanraya presiden, Muhammadu Buhari pada Februari lepas.
Ikutkan sebenarnya dia ni dah tak popular sebab dia ni 1) dah tua sangat, umur 76 tahun 2) banyak janji pilihanraya yang lepas bila dia lawan Goodluck Johnathan dulu yang dia tak tunaikan.
Tapi benda boleh susun. Sedangkan pilihanraya Amerika pun boleh diadjas, inikan lagi Nigeria.
Buhari ni ada bini yang muda, tapi muda ni baya macam Marina lah. Aisha Halilu namanya. Dia ni sebelum kahwin dengan Presiden, dia ada bisnes kosmetik di Nigeria.
Aisha ni Merlina kenal masa persidangan OIC di Istanbul masa aku pergi dulu. Jadi dalam ramai-ramai bini pemimpin negara yang pergi tu, Merlina boleh ngam dengan dia ni sebab dua-dua kepala business minded.
Merlina kemudian pass ke Dalilah, dan sejak 2016 perdagangan antara Nigeria dan Gelanggayu pun meningkat.
Dalam fikiran Merlina, dia fikir nak bukak kilang je sebab Nigeria ni ada 206 juta orang. Gaji minima mereka di sini ialah 30,000 naira, atau RG350 sebulan.
Buat masa sekarang ni, Nigeria dalam fasa nak menamatkan kemiskinan makanan, jadi mereka nak mengembangkan sektor pertanian mereka untuk food security negara mereka.
Nigeria berminat nak belajar dengan Gelanggayu macam mana nak buat food security macam dasar arwah Shahrizal yang aku teruskan semasa aku Timbalan PM dulu.
Kalau kita nampak kat Nigeria ni, mi segera sedang berkembang pesat, dan Majapahit menerusi Majamee dah bertapak di sini.
Merlina bercadang nak buka kilang susu tepung, sebab Aisha kata kadar malnutrisi di Nigeria terutamanya di luar bandar memang teruk.
Selain itu Merlina juga nak buka kilang tepung ubinya, sebab sejak dia dah buka kilang bobanya di Medan tu, dah mencapai kapasiti penuh. Kilang tersebut bakal dibina di Ibadan, bandaraya ketiga terbesar di Nigeria.
Dia nak start trend minum boba tea kat Nigeria pulak! Asal boleh buat duit je, dia buat!
Dari segi geopolitik, Nigeria ni bersaing dengan pengaruh Perancis di rantau Afrika Barat ni. Sebab negara-negara jiran mereka yang merupakan bekas tanah jajahan Perancis macam Niger, Chad, dan Benin, serta empat negara Afrika Barat macam Cote D'Ivoire, Burkina Faso, Mali, Senegal dan Togo menggunakan West African franc sebagai matawang mereka, yang dikawal oleh bank pusat Perancis di Paris.
Persaingan kuasa geopolitik di Afrika Barat ni dulu antara British dan Perancis semasa Nigeria menjadi jajahan British, tapi masa Nigeria sedang berdepan dengan perang saudara dengan puak Igbo di Biafra, Buhari ni terima khidmat nasihat Yahya untuk menentang pemberontakan di wilayah tu.
UK dan Amerika sokong Nigeria sebab geng Buhari ni janji bawa investment terutamanya hal carigali minyak dan gas asli, dan Perancis dan Israel sokong Biafra sebab kedudukan geopolitik.
Siapa cakap Amerika dan Israel sentiasa bersama dalam segala hal?
Buhari ni orang tentera, jadi tak terkejutlah kalau dia kenal Yahya. Jadi kehadiran aku ni bila Buhari dengar Gelanggayu je, dia ingat Jeneral Yahya. Dan Jeneral Yahya selalu sebut pasal aku bila jumpa Buhari.
Selepas lawatan rasmi itu, Julia cakap pada aku yang dia ada hajat. Aku tanya dia, dia nak apa.
"Julia nak sedekahkan keuntungan syawikat Julia pada pelajar pewempuan Nigewia yang miskin, biar dowang nanti jadi pandai dalam pelajawan."
"Dah tanya Aunty Fad?"
"Dah, Julia sedekahkan buku tulis, alat tulis, buku-buku pembelajawan, dan paling penting, buku mommy ni!"
Julia tunjuk buku Merlina yang bertajuk "How To Manage Money For Kids". Yang ni versi terjemahan bahasa Inggeris, yang asalnya dalam bahasa Melayu dan dah jadi bahan bacaan utama sekolah rendah di Gelanggayu.
Setiap anak-anak yang mula masuk sekolah rendah sejak 2014 telah diajar bagaimana untuk menguruskan wang dengan betul, dan subjek Pengurusan Kewangan ada dalam pembelajaran di setiap sekolah.
"Kenapa Julia nak tolong dorang?"
"Sebab bila dowang pandai, dowang akan dapat meningkatkan tawaf hidup dowang. Lepas tu, dengan buku mommy ni, dowang boleh jadi kaya-raya dan akan ingat, eh masa kecik dulu, kami baca buku owang Gelanggayu untuk uwus wang. Kami nanti pun nak melabur di Gelanggayu!"
Bijak anak aku sorang ni. Tapi lidah pelat R dia kadang-kadang buat aku confused jugak dengan apa dia nak cakap. Aku dengar tawaf hidup tu, aku lagging jugak tadi. Rupanya taraf hidup. Julia, Julia!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro