
2019 part 6
Azlan
Alhamdulillah, kami semua disajikan dengan makanan sedap-sedap dari restoran Palestin di Istanbul ni. Bila aku insist nak bayar, dia menolak sebab menurut dia, aku ni antara pemimpin Islam yang berani bersuara dalam isu Palestin.
Bagi aku, isu Palestin ni dah jadi soft power untuk Gelanggayu. Terutamanya Jugra, dia ni popular dari kalangan gadis-gadis Palestin menurut cerita owner restoran ni.
Sejak isu dia kibar bendera Palestin masa lawatan Barack Obama yang viral satu dunia dulu, kerap juga si Jugra ni dapat followers awek Palestin.
Disebabkan Israel telah menutup ruang udara Gaza, maka kapal terbang aku tak boleh masuk. Memang tak ada rezeki aku nak ke sana.
Selepas makan, kami semua tumpang solat jemaah Isyak di restoran itu sebelum kami pulang ke vila yang Mr Selcuk bagi tumpang.
Zaman mula-mula jadi Pengerusi dulu duduk hotel lah, lama-lama dah kumpul ramai kabel antarabangsa, dah tak duduk hotel lagi dah. Duduk vila yang ada butler (walaupun ada kalanya aku memang insist tak nak menyusahkan butler tu).
--
"Tuan Pengerusi, bukan ke kita kena pergi London untuk rancangan kita tu?" Mili tanya Azlan.
"Tak apa, benda tu aku dah hantar wakil dah untuk uruskan."
"Siapa, tuan?"
"Aziz dah ke UK sejak Liverpool angkat piala kelmarin."
Haaa, selama ni korang semua memandang rendah kepada kemampuan abang sebelah ibu aku, Aziz kan? Selama ni kau hanya nampak kehebatan abang sebelah ayah aku, Ali.
Aziz ni walaupun nampak selenga dan tak berkarisma, tapi dia ni ada otak ibu. Antara punca mengapa pertanian Gelanggayu berjaya di bawahnya adalah sebab dia punya planning memang master.
Kalau aku yang pergi, MI6 dah tentu tahu aku buat move ni untuk push Sayap Hitam untuk dapatkan teknologi dan intel tu semua. Aziz, dengan background pertanian dia, tak ada siapa yang akan suspect dia.
Tapi Aziz bukanlah key player, tapi a messenger. Masa dia nak ke UK, aku hantar encrypted message kepada Nigel Farage melalui wakilnya yang kebetulan berada di Liverpool untuk menyaksikan perarakan julang piala Eropah.
Mesej aku: 'let the boy have the ball'.
Biarkan Boris Johnson menang. Sebab Brexit Party dah menang pilihanraya Kesatuan Eropah baru-baru ini.
Taktik kali ini nampak mudah, tapi perlukan perancangan yang teliti. Menerusi kabel-kabel Ali dan Tengku Hisham yang kini aku pegang, mereka yang akan buat operation.
Pecahkan undi golongan kelas pekerja di kawasan kilang, pecahkan undi penyokong 'Remain' kepada Parti Buruh dan Liberal Demokrat, satukan semua pengundi 'Leave' ke Boris Johnson dengan slogan 'Get Brexit Done', kemudian UK akan tinggalkan Kesatuan Eropah sebelum Februari 2020.
Boris ni barai. Dia ni anak golongan aristokrat Eton yang dapat jawatan tinggi sebab dia keturunan atasan. Dia takkan mampu menguruskan supervirus dengan baik.
United Kingdom akan mengalami masalah yang teruk, ditambah dengan kebaraian Boris ini.
Plan aku, ialah buat kebaraian ini long enough sampai Ratu Elizabeth terlalu lemah dan berada di penghujung nyawa.
Parti Konservatif akan berpecah belah, kemudian akan adakan usul tak percaya, menyebabkan Boris terpaksa letak jawatan, dan akan diganti oleh Perdana Menteri yang baru, yang bakal berdepan masalah yang begitu besar dari segi ekonomi akibat supervirus ini, serta apabila harga tenaga melonjak apabila Rusia menyerang Ukraine.
Oh, takkanlah Putin cuma nakkan Crimea sahaja?
Masa ini, Charles akan naik takhta dalam keadaan United Kingdom paling lemah, lepas tu barulah aku lepaskan Mili untuk buat move dia.
Apa dia idea kau, Mili? Terangkan.
--
Mili
Idea saya adalah untuk memastikan Sayap Hitam mengawal gerakan pro-monarki dan pro-republikanisme di semua Commonwealth of Realms.
Caranya ialah untuk menekan MI6 menyerahkan kepakaran dan teknologi mereka kepada Sayap Hitam, untuk pihak Sayap Hitam gunakan bagi mengekang golongan pro-republikanisme di negara-negara ini.
Selepas berjaya mengawal Barbados, sasaran saya seterusnya ialah Jamaica, kemudian Bahamas dan mungkin Antigua and Barbuda. Grenada, Saint Kitts and Nevis, Saint Lucia, Saint Vincent and the Grenadines, dan Belize akan datang kemudian.
Secara tidak langsung, kepulauan Carribean ini akan dikawal oleh Sayap Hitam.
Selain itu, Australia, Kanada, New Zealand, Papua New Guinea, Solomon Island dan Tuvalu juga kita akan kawal di kedua-dua belah pihak.
Apabila Tuan Pengerusi buat move di UK, dan melemahkan politik negara itu, dalam kekalutan Brexit, kemudiannya mencetuskan krisis dengan memasang perangkap kepada Putera Harry dengan menghantar social justice warrior bernama Meghan Markle, yang merupakan pelakon siri drama Suits, yang mana executive producer iaitu Dave Bartis, dari NBC yang memiliki HBO, yang mana Puan Pengerusi Merlina ada saham di dalam syarikat itu.
Dengan menghantar Meghan ke Putera Harry, dan Putera Harry akan mengalami krisis identiti apabila pertembungan nilai woke Meghan akan berlawanan dengan keluarga diraja Windsor, ini akan sekaligus menjatuhkan prestij keluarga ini dari kalangan penduduk di negara-negara Commonwealth Realms.
Selepas brainstorming dengan Tuan Pengerusi, nama operasi ini adalah Operasi Serangan Zuhur (sebab nama Operasi Serangan Subuh dah digunakan oleh Jeneral Yahya dan pakar ekonomi bernama Khalid Ibrahim apabila mengambil alih saham syarikat-syarikat ladang Britain yang memiliki tanah di Gelanggayu pada tahun 1981).
Operasi Serangan Asar pula akan dilaksanakan oleh Puan Pengerusi Merlina dengan mengambil alih aset media penting seperti SkyNews dan ITV, akhbar-akhbar utama, sementara Operasi Serangan Maghrib pula apabila semua sudut dari segi ekonomi, politik, perisikan, dan semua yang ada di UK telah dikawal secara langsung atau tidak langsung oleh Sayap Hitam dan keluarga Cendana.
Operasi Serangan Isyak tak ada, sebab apabila semuanya sudah berada dalam tangan kami, codeword kami adalah 'Britain dah masuk waktu Isyak', iaitu zaman gelap.
Sebab Isyak adalah bila cahaya merah kejinggaan dari waktu maghrib telah hilang dari penglihatan.
--
Azlan
Keesokan harinya, kami semua dari Istanbul menuju ke Incheon, Goryeo Selatan.
Rupanya Goryeo Selatan sedang sibuk untuk mempersiapkan negaranya untuk menerima kunjungan lawatan Presiden Donald Trump ke Seoul untuk pertemuan tiga pemimpin antara Amerika Syarikat dengan pemimpin Goryeo Utara, Kim Jong un dan Selatan, Moon Jae in.
Tapi hari ni Presiden Moon ada masa lapang selama 20 minit dengan aku, dan memandangkan aku tau yang Mili belajar bahasa Goryeo (berdasarkan video TikToknya), aku minta dia jadi wakil penterjemah aku.
Yang aku tahu Mili ni boleh berbahasa Ryukyu, Mandarin dan Suvarnabhumi, selain Melayu dan Inggeris lah.
--
"Apa, daddy mintak awak jadi penterjemah bahasa Goryeo?" tanya Jugra. Mili seronok dan mengangguk.
"Peh, Mili! Hebat gila kau!" kata Alif.
"I'm proud of you, Mili," kata Rachel.
"Mili macam tak sangka bila Uncle Alan cakap macam tu. Nanti muka Mili keluar berita semua sebab Mama Mer cakap, Wijaya TV pun akan hantar wakil untuk cover story."
Tak sia-sia Mili hafal lagu BTS dan Blackpink.
--
Azlan, Merlina dan Mili disambut oleh Presiden Goryeo Selatan, Moon Jae in dan isterinya, Kim Jung sook di Cheong Wa Dae atau Rumah Biru dalam bahasa Goryeo.
Pertemuan Azlan dan Moon kali ini ingin membincangkan pelbagai perkara terutamanya dari segi perdagangan dan isu-isu ekonomi dan pertahanan.
Antara yang dibincangkan ialah tentang projek kereta api elektrik 1,800 kilometer yang sedang dibina di Gelanggayu.
Goryeo Selatan akan membuka kilang kereta elektrik Hyundai Ioniq di Kenidiri yang bernilai $250 juta (RG1.1 billion, 324 billion won), dan Gelanggayu akan membeli peralatan elektrik dan elektronik dari Goryeo Selatan bernilai RG1.5 billion.
Selain itu, potongan cukai konsert untuk artis-artis Goryeo Selatan apabila datang ke Gelanggayu.
Azlan tahu, base peminat G-pop ni ramai dan sebaik sahaja dia dapat deal tu, dia meminta Presiden Moon untuk menghubungi syarikat recording label artis ini untuk Azlan dan Mili bertemu dengan bintang G-pop ini.
Antara artis-artis G-pop yang Azlan dan Mili jumpa ialah Red Velvet, Hwasa, IU, Apink, Twice, Everglow dan yang paling top, Blackpink. BTS sedang tour di Amerika, jadi tak berkesempatan.
Satu pos gambar di Twitter dan IG Azlan dengan gambar-gambar artis G-pop ini sahaja, berserta mengumumkan akan menaja konsert mega G-pop di Stadium Nasional Puncak Jaya, menyebabkan likes di media sosial Azlan mencanak-canak.
Mili, yang tumpang dari populariti Azlan, turut mendapat limpahan populariti dari orang ramai. Tak cukup dengan itu, Azlan dan Mili menari di TikTok bersama artis G-pop menyebabkan nama Azlan terus jadi di ranking nombor satu trending Twitter rantau Pentas Sunda.
--
"Gila babi followers kau mencanak-canak ni, Azlan. Wei! Kau sedar tak apa kau buat ni, setan?" Merlina dok scroll Twitter dari tadi.
"Aik, masa kat Istanbul kau cakap algorithm aku dah slow. Ni laju balik pun kau bising. Kau nak apa ni sebenarnya?"
"Weh ramai weh! Gila babi! Kau serius ke nak buat konsert G-pop besar-besaran ni, Lan?" tanya Merlina.
"Sebelum supervirus melanda, baik kita buat ni dulu. Mer, kau boleh check tak, ada berapa juta peminat G-pop kat rantau Pentas Sunda?"
"Weh, beratus juta weh. Sumpah. Majapahit je dah nak berpuluh juta."
Azlan senyum. Dia 'pinjam' soft power Goryeo Selatan untuk populariti dirinya dan menaikkan soft power Gelanggayu.
"100,000 orang tak lari kalau buat konsert kat Stadium Nasional, kan?"
"Weh, confirm sesak weh!"
"Kau handle ticketing?"
"Aku handle? Aku nak 5% profit!"
"Deal."
--
"Mili, you punya followers sekarang dah naik gila! Kak Jessie cakap tadi nak try you featuring dengan SuperM. Taemin ada tak? I dah la minat dia masa dia dekat Shinee!"
"Awak pun senyap-senyap minat G-pop ke Rachel? Waahh!"
Perbualan tentang G-pop antara Rachel dan Mili memualkan Jugra. Jugra mula rasa tak selesa dengan ayahnya yang tiba-tiba macam nak naikkan Mili. Dia terus sumbatkan telinganya dengan earbud iPhonenya dan pasang lagu Welcome To The Jungle.
--
"Bencinya aku kat Goryeo ni. Makanan entah apa-apa. Tak lalu tekak aku," Jugra tolak mangkuk nasinya, kemudian memeluk tubuhnya.
Semua orang pandang Jugra, tetapi Jugra tidak mempedulikan semua. Dia rasa tidak selesa bila ayahnya asyik beri perhatian kepada Mili. Lagi pula kini Mili dapat perhatian dari media selepas menjadi juruterjemah bahasa kepada Azlan ketika berbual dengan Presiden Goryeo Selatan.
"Kau tak suka, kau tak perlu buat macam tu, Jugra," kata Azlan.
Semua orang diam bila Azlan bersuara.
Pelayan tu nak membersihkan meja, tetapi Azlan halang.
"Aku nak kau bersihkan sisa makanan yang kau buang tu. Aku tak ajar kau macam ni, kau dengar tak cakap aku?"
Jugra masih mahu memberontak.
"Okay, fine."
--
Keesokan harinya, tanpa mengejutkan Jugra, semua orang dah tak ada kat rumah. Beg pun dah tak ada. Lagi parah, di atas meja, Azlan letak 1000 won dan letak nota di atas meja.
"Kitorang balik. Duduk la kau kat situ sorang-sorang. Duit 1000 won tu pandai-pandai kau hidup."
Jugra dah jadi cuak. Lagi bertambah cuak, Azlan telah block bank accountnya untuk dia gunakan.
Jugra ingat ayah dia troll. Dia tengok barang orang lain semua dah tak ada.
Dia mula panik. Lagi panik dia telefon semua orang, tapi semua orang off telefon.
"Daddyyyyy jangan buat Jugra macam niiiiiii!"
Jugra jadi panik dan keluar dari rumah penginapan, dan berjalan di tengah bandar Seoul. Malangnya dia tak tahu bahasa Goryeo.
Dia check nilai 1000 won cuma 3 ringgit.
"Aku nak makan apa 3 ringgit ni! Jahatnyaaaaa!"
Jugra menggelupur. Nak tanya orang, tak faham bahasa Goryeo. Dia patah balik ke rumah, dan menggelupur cari jalan macam mana nak balik.
Dia telefon kedutaan Gelanggayu ke Goryeo Selatan, dengan harapan dapat membantunya.
--
"Maaf dik, kalau tertinggal kapal terbang, pihak kami tak boleh buat apa-apa."
"Tapi ayah saya tinggalkan saya ni."
"Siapa ayah kamu?"
"Azlan. Azlan Muhammad Niat."
"Pengerusi Azlan?"
"Ya! Tolong la cik."
"Setahu saya, Pengerusi Azlan datang ke Goryeo ni naik private jet."
"Ya, betul lah tu."
"Maaf, kalau penerbangan private, kami tak tahu nak bantu macam mana. Kalau naik Gelanggayu Airlines ke, Air Gelanggayu ke, boleh kami hubungi pihak syarikat. Kalau private jet ni kami tak dapat bantu. Maaf ya. Apa kata encik tunggu sahaja kapal terbang Pengerusi Azlan mendarat lepas tu call dia dari sana."
"Ya Allah bapak aku ni! Dia punya gurau memang kasar!"
--
Rupa-rupanya Azlan bawa semua untuk melawat tempat bersejarah Goryeo iaitu di Pulau Ganghwa sebab Mili teringin nak pakai baju tradisional Goryeo.
Kemudian mereka merayau dan berjalan-jalan di Seocho, Gangnam, Shincheon dan Jayangdong, kerana Merlina nak melihat sendiri bagaimana automated ramen beroperasi.
Merlina juga berjumpa dengan CEO Samyang untuk menjadi pengeksport utama ramen selepas dapat deal dengan Majamie.
Dah larut malam barulah Azlan dan yang lain pulang ke rumah, dan nampak Jugra tengah menangis sambil terbaring kelaparan di atas sofa.
"Daddy...daddy pergi manaaaaa...."
"La, kata tak suka makanan Goryeo. Kitorang jalan-jalan je."
"Daddy cakap daddy balik Gelanggayu. Dah la tinggalkan 1000 won je. Boleh makan apa..."
"Itu lah, buat perangai macam semalam, macam tu la daddy buat."
"Mintak ampun daddy, Jugra tak buat lagiii...."
Azlan ketawa.
"Sedangkan daddy kau punya troll pun kau tak boleh nak lawan, apatah lagi kalau ayah kau betul-betul marah," kata Merlina.
"Kitorang tak lupa awak la, Jugra. Nah, ni ayam Bonchon untuk awak," kata Mili.
"Teruk gila muka kebulur Jugra," kata Jessie.
"Lain kali, jangan buat perangai depan daddy!" Rachel piat telinga Jugra.
--
Mili temankan Jugra makan dengan begitu lahapnya ayam goreng Bonchon akibat kelaparan dari pagi tadi.
"Boleh saya tahu kenapa awak marah-marah semalam?" tanya Mili.
"Saya jealous awak famous. Cara awak sebut artis G-pop tu, buat saya cemburu."
"Laaa, kenapa awak nak cemburu pulak?"
"Ye la, nanti awak nak berduet dengan artis Goryeo, saya insecure la."
"Kelakar la awak ni."
"Kenapa?"
"Awak tak ingat ke, masa kita mula-mula kenal dulu. Saya yang kejar awak. Sampai sanggup jadi perpustakawan."
"Tu masa dulu. Sekarang awak dah menari TikTok dengan artis G-pop."
"Daddy awak pun sama."
"Daddy lain. Dia pakai topi sawah padi pun dia handsome."
"Kenapa awak nak rasa insecure? Kan hati saya ada pada awak? Buat apa saya nak kejar lelaki yang pakai makeup? Saya ada Jugra, yang gagah perkasa, yang sado macam Goldberg, yang hebat di ranjang..."
"Aippp..."
"Risau la Rachel dah tau."
"Awak la hari tu, tak sabar-sabar nak menerpa."
"Siapa suruh masa hari tu awak tayang abs awak. Kan dah buat saya berahi."
"Sekarang berahi tak?"
"Tak. Sebab tadi awak cengeng depan daddy awak. Lelaki cengeng, turn off."
"Cuba kalau awak diberi 1000 won pastu semua orang lesap camtu, awak panik tak?"
"Kalau kat Seoul, tak. Sebab saya boleh cakap bahasa Goryeo!"
--
Merlina dan Alif sedang menghadap laptop masing-masing.
"Okay, Lep. Sekarang ni, kau faham tak sistem automated dia camana?"
"Okay, Alif datang kedai tu, lepas tu pilih la nak ramen apa, nak topping apa, lepas tu scan pakai kad ATM atau scan QR code pakai phone, lepas tu scan baru boleh ambik maggi tu. Lepas tu baru boleh masak air."
"Okay, sekarang ni kau tau tak macam mana nak buat AI untuk collect data seluruh kawasan jenama apa paling laku untuk orang kat gudang topupkan?"
"Baik, aunty Mer nak Alif buat yang tu ek?"
"Haah. Lepas tu yang aku suruh buat tu, macam mana?"
"Yang kawalan masa penyakit berjangkit tu? Yang tu Alif punya team tengah buat."
"Bagus. Sebab yang penting aku nak collect data, sebab sekarang ni, Facebook, Google, semua tech companies dah kumpul data. TikTok pun Kwantong punya, collect data. Jadi kita at least kena ada data untuk citizen kita, supaya kita tau apa dorang suka, apa dorang tak suka. Faham kan?"
"Faham, aunty."
"Aunty bagi lagi RG20 juta untuk projek ni, cukup untuk Alif buat? Aunty bagi masa 6 bulan."
Alif garu-garu kepala.
"Hah, hah. Uncle Alan dah angkat Mili, kau jangan buat slack dengan aku pulak. Aku kena jaga kau ni. Kau faham tak?"
"Faham, faham. Aunty Mer. Tapi kita perlu bina tempat server baru. Sebab nak collect berjuta orang kan?"
"Kau pakai je gudang arwah uncle Ali sementara tu. Nanti gudang server baru tu dah siap, baru aku beli server baru. Lagi satu, kau balik nanti, contact dengan Abang Kecik. Cakap dengan dia pasal incinerator dia tu, kita nak kumpul data tentang sampah yang orang Wijayapura buat setiap hari. From there kita boleh kaji behavior penduduk, lepas tu baru kita boleh bagi service apa yang dorang nak. Maknanya dah tak payah buat survey ke apa lagi dah."
"Aunty, kalau macam tu, kita dah tau semua benda tentang rakyat nak, dan kita bagi je berdasarkan AI, nanti dah tak payah la buat pilihan raya lagi? Sebab apa pun choice, kita yang tahu dulu."
"Memang la. Database ni nanti untuk kepentingan Uncle Alan jugak."
"Ooo macam tu."
"Kita dah kat abad ke-21 dah ni. Bertindak tu biar bijak sikit."
"Baik, aunty Mer."
--
Azlan
Aku baru nampak Alif punya talent, dia lebih ke pengumpulan data dan AI. Dalam app Tapau dia tu pun, berapa banyak data orang yang dia kumpul. Dia akan tau kau selalu makan apa, kau selalu makan pukul berapa, dan apa pilihan yang kau akan pilih.
Aku tengok Rachel berminat dalam hal makanan. Macam tadi dia bukan main kaji lagi pasal food culture di Seoul, sebelum tu di Mallorca dan di Istanbul.
Mili ni aku mula nampak dia mula seronok buat kerja-kerja diplomasi. Tapi sementara waktu ni, aku nak dia popular macam mama dia dulu. Cuma bezanya, mama dia pembaca berita, dia penyanyi.
See, orang baik, walaupun mak dia dulu banyak buat jahat pada aku, aku layan dia baik. Yang penting kau jujur, rajin dan kuat semangat, macam Alif dan Mili ni.
Aku harap aku dah tunaikan amanah arwah Hafiz dengan baik, Insya-Allah.
--
Aku membawa Jugra ke Pusat Islam Goryeo di Itaewon, di tengah bandaraya Seoul ini.
Masjid ini dibiayai oleh arwah datuk saudara aku, Tun Iskandar ketika pertama kali Gelanggayu membuka kedutaan di sini. Sebelum itu, orang Goryeo yang beragama Islam bersolat di Imun-dong, iaitu sebuah rumah yang dahulunya pusat pasukan tentera Turki ketika Perang Goryeo.
"Eh, ada masjid kat sini rupanya?" tanya Jugra kepada aku.
"Ya, masjid ni arwah moyang saudara Jugra juga yang bina."
"Moyang saudara?" Jugra garu kepala.
Aku tunjuk ke arah sebuah gambar Tun Iskandar di situ.
"Tun Iskandar ni ke?"
"Tun Iskandar ni adik kepada Tun Ismail, ayah kepada Nek Idah."
"Ooo...wow, keturunan Jugra ni ada yang jadi Sultan, ada yang jadi Perdana Menteri, ada yang jadi Gabenor Bank Negara..."
"Sekarang kau faham kan kenapa tugas aku macam ni?"
Jugra mengangguk.
Ada 200,000 orang Islam di Goryeo Selatan ni, kebanyakannya tinggal di bandaraya Seoul ni. 70% daripadanya ialah warga asing, jadi dalam 60,000 orang merupakan orang Islam yang memang asal dari Goryeo.
Sejarah Islam di Goryeo ni panjang sebenarnya, seawal abad ke-11 ketika zaman kegemilangan Islam lagi, sebelum Empayar Mongol menakluk Goryeo dan Khorasan.
Aku menghulurkan sumbangan berbentuk wang, naskhah al-Quran serta kitab-kitab ilmuwan Islam kepada Persatuan Islam Goryeo (GMF) dari Yayasan Azlan dan Merlina.
Alhamdulillah.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro