
2019 part 5
"Macam tak berbaloi la Salt Bae ni. Makan steak harga beribu-ribu," kata Merlina bila baca review dari internet.
"Eh, Mer. Steak ribu-ribu pun kau nak berkira ke? Kau billionaire kan?" tanya Azlan.
"Aku mampu je makan. Tapi macam overrated pulak bila aku baca review ni. Macam la resipi steak tu special sangat pun. Eh makan tempat lain je la," kata Merlina.
"Dah sampai Istanbul ni baru kau nak cakap."
Jet peribadi Azlan mendarat di sebuah lapangan terbang pinggir Istanbul, dan tiga kereta telah menanti untuk menjemput mereka.
Azlan dah agak dah mesti Merlina takkan nak makan dekat Salt Bae ni. Dia ni popular sebab dia jadi internet meme je.
Jadi dia dah hubungi awal-awal Selcuk Bayraktar, pemilik syarikat Baykar, pembuat drone tentera dan juga menantu kepada Recip Tayyip Erdogan. Memandangkan Erdogan di Ankara, jadi agak jauh dan jumpa Selcuk sahaja.
Selcuk bawa mereka semua makan tengah hari di sebuah restoran di kawasan bandar lama Istanbul di daerah Fatih.
Azlan sebenarnya berhasrat untuk menambah lagi UAV dari Turki, selepas membeli Bayraktar TB2, sejenis UAV dengan teknologi laser guided missile. Pada kali pertama ketika tahun 2016, Azlan dah beli dua buah, kali ini dia berhasrat untuk membeli lagi tiga.
Azlan faham perbelanjaan ketenteraan sangat besar dan perlu dibelanjakan memandangkan banyak senjata yang telah musnah sejak perang saudara dahulu.
Tapi dalam masa yang sama Azlan perlu berjimat dalam berdepan supervirus yang bakal melanda pada tahun hadapan, kerana perbelanjaan dari sudut vaksin, dari segi kerugian akibat terhentinya kegiatan ekonomi serta teknologi yang perlu dicipta dalam menangani supervirus itu.
Harta keluarga al-Daulah yang sudah mencecah $800 billion, haruslah dibelanjakan dengan berhemah. Nilai wang merosot dari $1 trillion kepada $800 billion akibat perang dagang dengan Kwantong tahun lalu, walaupun Kwantong rugi jauh lebih teruk akibat boikot dari banyak negara-negara pro Amerika yang lain.
--
"Hi mommy! Rachel dekat Istanbul sekarang! Cuba tengok, tu Hagia Sophia!"
Rachel sedang videocall ibunya, Tun Natasha yang kini menjadi penasihat kepada Perbadanan Teknojaya.
"Daddy mana?"
"Daddy tengah busy, discuss dengan Mr Selcuk."
"Okaylah, have fun!"
"Bye mommy! I love you!"
Alif yang datang sebelah hanya dengar 'I love you' tanpa tahu dengan siapa Rachel berbual.
"Siapa tu?" tanya Alif seperti nak marah.
"My mom. Kenapa you tanya I macam nak makan I je?"
"Ye ke your mom? Entah-entah you memang dah ada boyfriend."
"Ya Allah dia ni..."
Rachel tunjuk last videocall nombor telefon yang bertulis 'Mommy'.
"Mana tau you sengaja letak nama Mommy sebab nak elak Mili or Jugra jumpa your phone?"
"What is your problem, Alif? You ni kan, I tak kisah kalau nak berkawan dengan orang mata buta sebelah macam you ni. Tapi I memang tak suka dengan orang buta hati ni."
Rachel terus blah dari Alif.
Jugra dan Mili sedang nak beli aiskrim dari seorang tukang jual aiskrim. Jugra tengah stress sebab tiap kali dia nak ambik aiskrim tu, mesti dia acah-acah nak bagi, sebelum dia bagi aiskrim tu kat Mili.
Mili pun acah-acah nak bagi duit juga. Tapi akhirnya semua pun ketawa.
"Sekarang baru saya faham kenapa Mama Mer ni suka Istanbul. Cantik la tempat ni," kata Jugra sambil memandang ke arah kapal yang sedang melalui Selat Bosphorus.
"Tu kenapa pulak Alif tu? Termenung sorang je tu?" tanya Mili.
Mereka berdua berjalan ke arah Alif.
"Wei, kau ni apahal? Mana Rachel?"
"Tak tau aku! Dia terus je blah. Dah ada pakwe nak sorok-sorok."
"Hah? Rachel dah ada pakwe? Seriuslah?" Mili terkejut.
"Aku dengar dia cakap 'I love you' lepas tu bila nampak aku, dia terus letak."
"Dia cakap dengan mak dia kot," kata Jugra.
"Cakap dengan mak je. Takkan nak I love you."
"Sebab kau memang tak sayang mak kau, Alif."
"Kau ada cakap I love you kat Mama Mer kau?"
"Aku cakap je, cuma Mama Mer ni jenis geli tak suka orang cakap I love you. Dengan daddy pun dia tak macam tu. Tapi dulu masa arwah mommy aku hidup, setiap hari aku cakap I love you kat ibu aku. Kau takkan tau apa perasaannya bila satu hari nanti ibu kau dah takde, Alif."
"Aaahhh, mama aku memalukan negara!"
"Alif! Tak baik cakap mama macam tu."
"Sebab mama la papa mati."
"Alif!"
Mili terus meninggalkan Alif, kemudian dia telefon Rachel.
"Perlu ke aku terlibat dalam drama macam ni?" Jugra dah pening kepala.
--
"Ya Allah, Mili. Bodoh gila Alif tu. Dia cakap I dah ada boyfriend, sebab I cakap I love you. I cakap I love you tu kat my mom. Nampak ni," Rachel tunjuk telefonnya pada Mili.
"Betul la kata Jugra tu. Dia takkan faham awak cakap I love you kat mommy awak sebab dia sendiri tak pernah sayangkan mama."
"I faham, dulu Alif tu macam selalu kena mentally abused dengan mama awak, tapi orang lain tak sama kan? Cuba tengok Mama Mer dengan Jugra, dengan Julia, baik je."
"Haah, sayanglah Julia tak ikut sebab dia sekolah. Kalau tak, mesti meriah kita punya vacation ni," kata Mili.
"Ala, jadi anak Pengerusi ni dah tak heran pun jalan-jalan oversea ni. Silap-silap nanti Julia cuti sekolah, Jugra habis cuti khidmat, dia pun bawak Julia jalan-jalan agaknya. Kampung dia pun kat Australia, apa nak heran!"
--
Jugra dan Alif pulak sedang berbual di tepi Selat Bosphorus tentang peristiwa tadi.
"Kau kalau nak mengorat Rachel, kau tak boleh main menerpa macam tu je, Lip. Kau kena rilek-rilek."
"Ala, dulu kau pun nak ngorat dia gak. Tapi main gaduh-gaduh jugak."
"Eh bodoh, tu cerita dulu. Sekarang ni, aku dengan kakak kau. Kau dah kenapa bengong sangat?"
"Excuse me?"
Tiba-tiba ada seorang perempuan datang ke arah Jugra.
"Yes?"
"Are you Jugra Azlan, that boy who waving the Palestinian flag in front of Obama?"
"That's the old story. Even Obama himself no longer a president."
"My name is Zulaikha, I'm Aysha's cousin. Do you remember her?"
"Aysha the Palestinian ambassador daughter?"
"Yes, yes! Anyway my family has a restaurant nearby Taksim Square. Here's his card. Is your father around here?"
"He's busy. You know, meeting people."
"Tell him that my father admires him. If your family came to our restaurant, we will treat all of you like our family."
"I'll tell him afterwards, Insya-Allah."
"Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
Alif tercengang bila kat Turki pun ada awek tegur dia.
"Weh, wanginya dia weh. Aku rasa dia nak mengorat kau tu."
"Hotak kau! Dia jemput daddy aku makan kat restoran ayah dia la. Kau ni selalu salah faham."
"Apa lagi, kau ayat la dia. Baru playboy!"
"Lep, aku dah couple dengan kakak kau la, gila!"
"Jugra, ajar la aku camana nak mengorat makwe."
"Daddy cakap kena ada tiga perkara; penampilan, keyakinan dan ilmu pengetahuan. Cukup tiga ni, kau boleh mengorat sesiapa je."
"Aku ngorat Rachel tak dapat pun."
"Sebab kau annoying bila depan makwe. Kau buat muka menerpa kejarkan dia. Memang la makwe tak suka. Cuba rilek. Ni baru dia cakap I love you, kau dah tuduh dia dah ada boyfriend."
"Aku dengan mama aku mana rapat, mana aku tau korang cakap I love you dengan mak masing-masing."
"Mama kau tu kes anomali. Tapi orang lain, cara lain. Mama Mer lain, mommy lain, mama kau pun lain. Kau faham?"
"Faham."
--
"Aku rasa kan, sejak kau dah tak berapa aktif dengan politik ni, kau punya algorithm dah slow la, Lan. Kau punya followers ni tak naik-naik je," kata Merlina.
"Rilek la."
"Lepas tu kau pos gambar pun tak ramai. Sekarang ni kalau kau pos gambar, likes pun 50k je. Dulu sampai 300k."
"Rilek, kau rilek."
"Tak boleh rilek sangat, Lan. Nanti lari momentum. Nak kejar balik payah."
"Sekarang ni, kita kasi chance kat Rahman dulu. Kau tengok je game aku."
"Apa game kau?"
"Sekarang takleh la cakap. Kau tunggu la bila supervirus merebak nanti."
"Eh, kau ni apa pulak lagi ni, Lan?"
"Kan kita plan pasal Kedatuan tu."
"Ye la, tapi macam mana kau nak buat?"
"Kau rilek je. Sekarang ni masa kita vacation. Rilek la, nak sembang hal kerja dah kenapa?"
"Daddy, daddy!" Jugra tiba-tiba datang ke arah Azlan.
"Apa dia?"
"Ada orang jemput datang makan dinner kat restoran dia malam ni."
"Kena call dulu ni. Mana tau, penuh. Istanbul ni selalu meja kena book dulu," kata Merlina.
Merlina telefon kedai tu dan beritahu yang Azlan nak datang.
"Okay, 8 o'clock alright?"
--
Azlan
Aku sedar apa yang Merlina cakapkan tu, tapi dalam permainan politik ni, dia kena ada tiga perkara. Virtu, fortuna dan neccesita. Tiga ni kena complete, barulah kau boleh menang.
Virtu tu kau punya keberanian. Kau punya guts dalam berdepan dengan cabaran. Contohnya macam masa aku jadi Pengerusi MKKP dulu, disebabkan aku berani panggil Donald Trump untuk aku ada deal beli jagung dia untuk dia letak aircraft carrier dia di Laut Wijaya, Kwantong bagi serangan perang dagang ke atas Gelanggayu.
Aku tau Gelanggayu akan ada damage, sampai ramai peneroka sawit yang rugi besar sebab market Kwantong besar.
Tapi aku tak takut. Aku lawan lagi, dan lagi best aku sengaja offer banyak benda kat musuh-musuh geopolitik Kwantong macam Ryukyu, Goryeo Selatan atau Taipei-Formosa.
Dan kemudian, Kwantong boikot soya Amerika, nak beli kat Brazil, aku aturkan orang aku, Leonardo untuk aku deal dengan calon Presiden, Jair Bolsonaro. Sekarang dia dah jadi Presiden, dia batalkan kontrak dari zaman Presiden lama, soya tu aku beli. Sekarang kalau Kwantong nak beli soya Brazil aku tu, dia kena bayar tiga kali ganda daripada harga asal.
Dan aku baru dapat info dari salah seorang menteri kabinet yang Kwantong setuju nak beli dengan harga tu dengan Gelanggayu.
Gelanggayu ni bukan pengeluar soya, tapi aku potong deal Kwantong dengan Brazil, divert ke Gelanggayu, dan Gelanggayu makan duit soya tiga kali ganda dari harga asal dengan Kwantong. Dan aku mintak upfront, kau bagi duit dulu baru aku bagi kacang soya yang kau nak tu.
Barulah Beijing terkial-kial nak hantar wakil dia Li Keqiang untuk call aku untuk jumpa di 2 Jalan Cendana bulan depan.
Virtu aku jugak yang buat Barack Obama tunduk dengan kehendak aku tak nak sign TPPA dan tak upsetkan ally paling utama aku, Ali.
Virtu penting untuk pemimpin. Barulah rakyat nampak yang kau ni pemimpin negara yang tak boleh diperkotak-katikkan negara besar macam Kwantong.
Necessita ialah keperluan. Apa yang kau buat, kau buat yang perlu je. Yang tak perlu, kau tak payah buat. Macam sekarang, aku deal dengan Turki sebab nak beli drone ni, sebab memang Gelanggayu perlukan teknologi ni. Tapi lagi penting sebab Turki ni bakal jadi kuasa yang besar.
Perkara ni memang George Friedman pun cakap, Peter Zeihan pun cakap. Sebab lokasi dan kedudukannya antara Eropah dan Asia menjadikan ia sebuah negara yang penting.
Lagi satu, fortuna. Ni orang cakap, nasib kena baik. Aku rasa kalau aku la jadi Perdana Menteri time supervirus tu, tu memang takde fortuna langsung. Kelam kabut nanti.
Aku tunggu Rahman dan Azizan kelam kabut dulu, lepas tu aku akan push anak Pak Harun, Dalilah untuk lawan Rahman. Tapi, masalahnya, Demokrat ni parti orang konservatif. Konservatif ni boleh ke naikkan wanita?
Aku nak push Haji Syaaban pun dah tua sangat. Nanti dulu aku fikirkan ni.
Sebab semua orang masih ingat Perlembagaan Republik tu masih guna lagi. Padahal, Jeneral Firdaus masih tak tarik lagi penggantungan sejak kudeta dulu.
Aku buat kerja ni berfasa. Sekarang, tengah plan fasa baru yang baru aku rancang hari tu. Tapi yang lebih penting, aku kena rancangkan untuk Jugra juga.
Cuma aku rasa, aku perlu rapat dengan Mili. Hari tu Kapten Roslan, pelatih Khidmat Negara dia jumpa aku, dan cakap yang Mili ni pandai dalam pengetahuan am dan politik.
Mili ni aku rasa dia bijak macam mak dia. Aku tak nafikan Adilah tu bijak. Tapi salahguna dan salah pilih team. Tak boleh nak laksanakan semua tugas.
Jadi kalau Mili ni kahwin dengan Jugra, dia selamat. Tapi aku kena train dia dulu.
Alif ni, nanti dulu. Aku masih tak nampak kelebihan dia. Rachel macam ikut perangai mak dia.
Tujuan aku bawa mereka berempat ni sebab aku nak tengok macam mana dorang boleh work out as a team. Bukannya aku tak tahu pun kenapa Jugra tak nak ikut pergi wedding. Aku tau la, dulu aku dengan Natasha pun macam tu jugak baya-baya dia ni.
Tapi aku biarkan semua sebab aku nak perhatikan mereka ni. Sebab satu hari nanti, aku akan tua. Mereka ini juga yang akan ganti posisi ramai orang-orang aku kat sini.
Kenapa aku tak bawak Julia? Sebab selain dia sekolah, masa dia belum lagi. Dia ni pun bila dah besar, ada posisi dia. Lagipun dia tengah belajar dengan Fadzillah kakak Fazrul selok-belok perniagaan.
Setiap benda yang aku buat ada sebab. Ada banyak benda yang Merlina tak faham kenapa aku nak rilek dulu, dan tak nak terlalu ke tengah sangat dalam politik buat masa sekarang. Ada sebabnya. Belum masa lagi.
Sebab tak ada neccesita lagi, dan belum sampai lagi fortunanya. Dah sampai tu barulah aku akan guna virtu untuk claim tempat aku.
Rileks. Kita jalan-jalan liburan dulu!
Kejap, aku dapat info dari intel MI6 yang headquarters kat Gibraltar. Apa, Donita mati accident? Wow, kepala otak si Mili ni, memang kepala otak Wan Demang!
--
Mili
Tuan Pengerusi panggil aku untuk bercakap di beranda menghadap Laut Bosphorus.
Kelihatan dia sedang mengunyah chewing gum nikotin, dengan muka yang macam suspek aku buat sesuatu.
Aku kena bertenang.
"Duduk kat kerusi tu kejap, aku nak berfikir," kata Tuan Pengerusi yang memandang ke arah tingkap menghadap laut. Kemudian dia terus menoleh kepada aku. Pandangan mata dia amat mendebarkan hati, tapi aku tak boleh nak gabra macam Jugra.
"Aku nak kau jujur dengan aku, aku tak nak kau bohong dengan aku. Kalau sekali kau bohong dengan aku, cium bau kasut Jugra pun kau tak layak. Kau faham?"
"Faham, Tuan Pengerusi."
"Betul ke kau guna kabel Frente Polisario Sahara Barat dari kenalan aku, untuk lancarkan sabotaj kepada kereta Donita?"
Aku berdiri tegak, tanpa rasa takut dan memandang ke arah Tuan Pengerusi.
"Benar, Tuan Pengerusi."
"Aku dapat tahu benda ni dari MI6. Sekarang aku kena menjawab dengan Raja Maghribi dan ramai anggota OIC tanya aku. Erdogan tanya aku, adakah aku support Western Sahara."
"Tuan Pengerusi marah saya ke?"
"Kau ni bijak, Mili. Sebab tu aku pilih kau untuk jadi Ace aku. Walaupun Jugra tu anak aku, dia tak ada kemampuan untuk buat kerja sejahat ni. Benda paling nakal pun dia dengan kawan dia Adli Margera tu. Kau tu level lain, Mili."
"Soalan saya, Tuan Pengerusi marah saya ke?"
"Aku tak marah, tapi aku rasa kesal dengan apa yang kau buat ni, Mili. Ya, aku faham kau berdendam dengan Donita."
"Perempuan tu dah malukan keluarga saya. Nama Wan Demang dan Salleh Perang. Tuan kena ingat, saya ada maruah keluarga yang perlu saya jaga. Pantang anak Melayu derhaka dengan keluarga sendiri."
"Betul, kau bukan seorang yang derhaka, tapi aku nak kau faham, kuasa yang kau ada, bukan digunakan untuk dendam, tapi untuk tanggungjawab kau terhadap negara ni. Faham tak? Sekarang, jenuh aku nak jawab semua ni. Kalau tak, hancur hubungan diplomatik yang terjalin. Nak tak nak, aku kena tabur duit dan projek kat negara-negara ni supaya mereka maafkan kita."
"Boleh saya tanya, Tuan Pengerusi?"
"Shoot."
"Kenapa Tuan Pengerusi ada hubungan dengan terrorist ni?"
"Aku bina kabel aku dengan Frente Polisario masa aku umur 20 tahun. Masa tu ada Piala Dunia di Itali. Aku dihantar untuk hantar duit CIA untuk geng teroris ni buat kacau. Masa tu aku bodoh, aku ikut je cakap Pengetua Jeneral Yahya tu."
"Jadi ini kebodohan saya?" tanya aku kepada Tuan Pengerusi.
Tuan Pengerusi duduk, kemudian dia merenung mata aku.
"Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar. Surah al-Nahl, ayat 126. Sebab ayat inilah, aku rasa tiada gunanya untuk berdendam."
"Tapi Tuan Pengerusi masih tak tarik lagi hukuman gantung sampai mati pada mama..."
"Aku cuba, okay. Aku cuba pujuk semua pihak, terutamanya Ayam Hitam dan keluarga arwah Ali. Aku janji pada kau, aku cuba pujuk mereka. Tapi kau harus berjanji kepada aku. Jangan buat macam ni lagi."
"Baik, Tuan Pengerusi."
"Kalau kita nak menghukum, kita kena lakukan dengan hikmah. Bukan ikut dendam. Mama kau, adalah sahabat aku masa aku di universiti. Walaupun dia dah tikam aku, tapi aku tetap kenang perkara baik dalam diri dia. Sebab tu aku jaga korang berdua."
"Jangan beritahu aunty Jessie ya?"
"Dah kau block semua search engine nama Donita Ramos, macam mana dia nak tahu?"
"Macam mana uncle boleh tahu Mili yang organise ni?"
"Oh, my young apprentice. You have a lot of things to learn, my young Padawan."
"Uncle ni, kejap apprentice, kejap Padawan. Uncle ni Sith ke Jedi?"
"Dua-dua tak suka. Uncle suka Hans Solo dengan Chewbacca. The coolest smugglers in the universe."
Aku pandang Tuan Pengerusi dengan penuh rasa kesal kerana dah susahkan dia. Aku perlu memohon maaf.
"Mianhamida."
Tuan Pengerusi pandang aku.
"Mianhae sudah. Tak perlu formal sangat minta maaf dengan aku. Kau tu bakal menantu aku."
Aku dah terloncat seronok. Nampaknya aku dah berjaya menawan hati bakal ayah mertua aku!
"Tapi kau kena behave, Mili. Aku tak nak kau buat macam ni lagi. I'm covering your ass depan leaders OIC dengan kerajaan Morocco ni. Lain kali jangan gunakan kabel aku tanpa kebenaran aku, faham?"
"Faham, Tuan Pengerusi."
"Panggil uncle je kalau informal."
"Kalau daddy?"
"Kau belum nikah dengan Jugra. We'll see."
--
Aku solat jamak takhir di Masjid Suleymaniye bersama Jugra dan Alif, sebelum kami ke sebuah gecekondu di Kasimpasa. Kasimpasa ni tempat Presiden Turkiye, Recip Tayyip Erdogan membesar.
Gecekondu tu dalam bahasa Turki bermaksud 'dibina semalaman'.
Kawasan ni kawasan setinggan. Tujuan aku ke sini sebenarnya pun nak melawat kawasan orang miskin di sini, dan menghantar bantuan zakat.
Mana-mana negara Islam yang aku pergi, aku akan bagi bantuan ke kawasan orang miskin. Ini adalah cara diplomasi aku kepada orang Islam di luar Gelanggayu.
Dan kalau aku ke negara bukan Islam, tapi ada komuniti Islam juga, aku akan menghantar bantuan jika ada keizinan dari negara terbabit.
Ini kali kedua aku ke Kasimpasa, selepas kali pertama aku datang Istanbul pada tahun 2016.
Kali ini Jugra jadi wakil aku. Aku perhatikan sahaja dia menghantar barang-barang berbentuk makanan, alat tulis dan buku latihan yang ada bendera Turki dan Gelanggayu untuk pembelajaran mereka.
Duit zakat ni amanah dari umat Islam di Gelanggayu kepada umat Islam yang lain. Insya-Allah kalau ada rezeki, kita akan ke tempat lain membantu saudara seagama.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro