
2019 part 3
"Daddy ni, suka troll Jugra tau!" Jugra datang bermuka moncong depan Azlan yang sedang bersarapan dengan Merlina dan Julia.
"Troll apanya?" Azlan sedang menyapu roti bakar dengan jem strawberi.
"Ada ke kasi Jugra jadi pak guard kat rumah sendiri?"
Merlina pandang Azlan.
"Hah? Pak guard?" kata Merlina yang sedang makan roti dengan serawa durian.
"Ye la, Mama Mer. Kan Jugra sambung Khidmat Negara bahagian kedua tu. Daddy pergi letak Jugra jadi pak guard kat 1 Jalan Cendana tu."
"Auxiliary police la," kata Azlan.
"Pak guard la tu!"
"Pak guard pakai uniform putih. Gaji tak sama. Auxiliary police ada buat paperwork. Ada elaun latihan. Ada peruntukan dalam Akta Polis 1967 Seksyen 47 sampai 50. Ada senjata api."
"Ye ke?" Jugra pandang Azlan, terkejut.
"Betul la. Kalau takat jadi pak guard, kau tak jaga Jalan Cendana. Kau jaga shopping mall, jaga kedai emas, jaga bank. Faham?"
"Oooo...."
"Ala abang Jugwa ni, daddy suruh abang Jugwa jadi polis bantuan tu sebab daddy windu abang Jugwa. Kiwa bersyukuwlah, owang lain tak dapat tempat dekat tau. Ni sebelah je, kan daddy?" Julia menyampuk.
Barulah Jugra diam dan bersarapan sekali satu keluarga.
"Jugra kagum la, daddy boleh hafal nama akta siap sebut tahun tak tengok buku. Daddy macam hafal je?"
"Daddy dulu besar Julia ni dah hafal dah Perlembagaan," kata Azlan.
"Bohong la, agak-agak la daddy."
"Ye la, zaman daddy, internet tak ada. Video game pun tak ada. Ada buku je. Daddy baca la sampai hafal."
Muka Jugra pucat bila dengar Azlan kata begitu.
"Jugra masa kat Khidmat Negara tu pun dah buntu tak ada internet. Macam mana daddy boleh hidup tanpa internet? Nak ajak kawan keluar macam mana kalau takde Whatsapp?"
"Naik basikal, pergi rumah dia, panggil nama dia."
"Rumah tak ada telefon ke?"
"Telefon bila remaja je. Masa awal-awal tak ada."
"Kalau nak order pizza?"
"Pizza? Apa tu?"
"Pizza la. Takkan zaman daddy masa kecik tak ada pizza?"
"KFC tahun 1975. McDonald's 1982. Pizza Hut 1987. Domino's 1998."
"Habis tu masa daddy kecik, takkan tak ada fast food?"
"Arwah atok masak ayam, fuhhh! Sedap! Resipi tu Pak Harun pegang sebab dia pembantu chef atok."
"Weh, kejap? Resipi Ayam Goreng Harun yang buttermilk chicken tu, resipi ayah kau?" Merlina terkejut.
"Ye lah. Ayah aku dulu kerja dekat restoran blacks dekat US. Jeneral Yahya yang suruh dia kerja kat situ. Aku tau resipi dia."
"Serius?" tanya Jugra.
"Nak daddy masak tak?"
"Nak! Nak!" Jugra dan Julia melompat gembira kerana ayahnya nak masak.
"Daddy, kalau panggil Rachel, Alif dengan Mili, boleh tak?" tanya Jugra.
"Eh boleh je!"
--
Azlan
Presiden Republik sekarang ni Jeneral Firdaus. Perdana Menteri Rahman Azmi. Menteri Dalam Negeri aku bagi Fazrul dan Ahli Parlimen Puncak Jaya ialah Din Tapa.
Tapi aku masih lagi presiden Parti Nasionalis, parti terbesar dalam kerajaan. Dan aku masih lagi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara.
Jadi macam mana aku mainkan role aku sebab aku tak memegang jawatan apa-apa pun dalam kerajaan kecuali Pengerusi Majlis Keselamatan Negara?
Okay, contohnya hari ini Rahman nak buat projek penambahbaikan air dengan membina empangan baru di Sepetang. Menteri Kerja Raya Daud Abdullah (Nasionalis) bentangkan benda tu dalam mesyuarat kabinet.
Kemudian selepas bacaan pertama, usul tu akan dibincangkan dalam jawatankuasa dalam Parlimen, kemudian bacaan kedua, dah lulus, Rahman akan bawa benda ni ke Jeneral Firdaus, dan Jeneral Firdaus akan bawa kepada aku. Aku kata okay baru Jeneral Firdaus kata okay, baru projek tu jalan.
Mestilah orang akan cakap aku ni macam tak ada apa pun, kan? Nanti dulu. Mengikut convention wisdom, pengagihan kuasa antara Perdana Menteri dan Presiden ialah Perdana Menteri uruskan hal domestik sementara Presiden uruskan hal antarabangsa, keselamatan dan ketenteraan. Dalam kewangan dua-dua akan ada kuasa bersama.
Tapi Jeneral Firdaus takkan bertindak kalau aku tak kata ya atau tak. Senang cerita aku masih lagi mengekalkan polisi yang dah berjalan, cuma posisi aku kali ni lebih chill.
Aku masih ada lagi dalam function. Umpamanya merasmikan Transit Aliran Massa dan hab pengangkutan Tun Ali Abdullah itu hari.
Nama stesen tu masih lagi Wijayapura Pusat, tapi nama keseluruhan kompleks tu aku letak nama Ali. Aku anugerahkan pangkat Ali Tun atas jasanya yang cukup besar pada negara semasa perang saudara. Jeneral Firdaus selaku presiden memberikannya secara posthumous kepada Kak Dayah dalam satu upacara simbolik Ayam Hitam, yang mana aku hadir selaku Pengerusi persatuan tu.
Jadi kerja aku ni ringan la sikit berbanding dulu, banyak jawatan aku nak kena pegang dan aku nak kena uruskan. Tapi sekarang ni aku nak rileks dan bersama keluarga.
Sengaja aku bagi Jugra jadi auxiliary police dalam Khidmat Negara di 1 Jalan Cendana, sebab dalam masa setahun sebelum supervirus besar yang akan melanda ni, aku nak bersama-sama keluarga dulu.
Memang betul la kata Jugra yang kerja sebagai auxiliary police ni tak ubah macam pak guard je, cuma kalau dia duty dekat tempat lain, susahlah aku nak ajak dia jalan-jalan satu family.
Tapi memang aku suka troll dia pun. Perasaan bertugas jadi 'pak guard' kat rumah sendiri ni, dia tengok jenis orang. Kalau aku la jadi Jugra, aku seronok je. Tempat latihan jalan kaki je, tak payah jalan jauh dari rumah sendiri.
Jugra masa peringkat kedua Khidmat Negara ini akan dilatih oleh assistant Encik Murad iaitu Taufik. Taufik ni yang akan mengawalselia pegawai-pegawai yang bertugas.
Senang cerita peringkat kedua Khidmat Negara ni ialah internship untuk orang-orang yang berminat untuk jadi badan beruniform lah. Dan peringkat ketiga ialah orang yang nak jadi tentera. Peringkat pertama, semua warga Gelanggayu.
Jadi aku ada masa lapang, aku bolehlah jadi tukang masak sekali sekala walaupun aku dah ada chef yang dah tolong masak.
"Daddy, daddy! Daddy dah start masak ke?" jerit Jugra.
"Tengah nak keluarkan barang."
"Rachel suruh daddy tunggu!"
Aku perhatikan Rachel ni walaupun dia ni atlet gimnas, tapi dia suka betul tengok aku memasak. Agaknya masa aku masak untuk pujuk Nat dulu memberi impak kepada dia.
Lagipun dia sekarang pun belajar dengan Stephane masak di St Pierre sekarang walaupun dia banyak buat content video di IG, TikTok dan Youtube.
"Daddy jangan start masak dulu! I nak belajar masak dengan daddy! Daddy nak masak apa ni!"
"Daddy nak masak fried chicken, resipi ni dari arwah ayah daddy."
"Arwah ayah daddy? Atok la!" kata Rachel.
"Yes. Atok dulu dia kerja jadi tukang masak dekat black restaurant in 1960s America. Dia duduk kat sana masa tu. Dia belajar masakan ni dari orang Virginia."
"Ni kira authentic la ni."
"Yes. Rachel nak tolong?"
"Nak! Nak! Wait! I want to wash my hands first. You mind if I make IG live?"
"Ala kak Wachel ni, nanti lambat la kalau kak Wachel buat live! Julia dah lapar ni!" Julia dari tepi dapur sound kakak dia.
Julia ni kalau dia dah lapar, dia akan berperangai macam mak dia.
--
Kami semua berpiknik di padang sebelah tasik. Sejak Mony dah mati, kucing yang bernama Cheetara ni yang duduk sini bersama dengan kucing yang bernama Joan Jett (tapi Nilam panggil dia Jojet je, so we go along), Cobain (Kobeng) dan Liam. Batch anak Cheetara ni Merlina bagi nama.
Dia cakap batch keturunan pertama nama Thundercats, dan kedua nama rock star.
"Terima kasih tau Uncle Alan sebab jemput kitorang makan. Sedap!" kata Alif.
"Uncle Alan, ini buah tangan dari kami berdua untuk Uncle Alan. Harap Uncle Alan sudi terima," kata Mili.
Mereka bagi aku piala kecil yang bertulis 'Greatest Uncle Ever'. Aku tergelak dan cakap terima kasih je lah.
"Nanti uncle letak kat meja office."
"Uncle Alan, Uncle Alan macam tak buat apa je sekarang ni?" kata Alif.
"Cuti la kejap. Lagipun, bulan 5 ni Uncle genap 50 tahun."
"Ya ke? Apa kata kita semua pergi roadtrip and vacation?" kata Rachel.
"Dekat mana?" tanya aku.
"Okay, Rachel tak ada cadangan. Tapi tanya Uncle Alan dengan Mama Mer dulu."
Aku angkat bahu, Mama Mer angkat tangan.
"Aku nak Turki!"
"Mili?"
"Mili nak Goryeo boleh?" tanya Mili.
"Goryeo Utara ke?" Jugra menyampuk.
"Kat situ elok aku campak kau kat sana kalau kau buat perangai, Jugra," kata aku, menyelit.
"Alif?"
"Dulu arwah ayah kan ada rumah kat Barbados? Pergi situ orait gak."
"Jugra?"
"Entahlah, kalau kau tanya aku, aku ni patriotik. Aku nak melancong kat tanah air sendiri je."
"Chewaaahh! Julia, Julia nak pergi mana?"
"Julia nak pergi planet yang ada Ultwaman!"
"Macam ni la..." aku menyampuk.
Semua pandang aku.
"Memandangkan semua orang ada cadangan dan tak ada kesepakatan, apa kata Uncle menggunakan keputusan Uncle selaku Pengerusi. Disebabkan Uncle dan Uncle Aziz fan Liverpool, dan Liverpool masuk final yang lawan kat Madrid, kita semua ke Spain."
"Nice jugak weh!" kata Merlina.
"Mer, kau call Jessie. Dia kena datang jugak."
"Hah? Apasal?"
"Kawan baik dia, Donita. Dia dah settle down."
"Donita?"
Mendengar nama Donita, Mili terus tarik muka. Sebab perempuan tu yang hancurkan keluarganya.
--
"Korang ikutlah pergi Spain. Mili tak nak ikut," kata Mili kepada Jugra, Rachel dan Alif.
"Asal lak? Spain best apa?" kata Alif.
"Why, Mili? You macam tak seronok je."
"Mili tak suka perempuan yang nama Donita tu. Dia punca kenapa keluarga kitorang berpecah," kata Mili.
"Habis tu mama pun perangai macam mana pulak? Kau pun, fikir la camana," kata Alif.
"Mili tak kisah mama dengan papa perangai macam mana, tapi Donita tu hancurkan family Mili."
Jugra mengangguk faham, kemudian dia terus berjalan ke arah ayahnya.
"Daddy, boleh kita cakap kejap?" kata Jugra.
"Sure," kata Azlan.
Jugra berjalan menuju ke sebatang pokok tepi tasik.
"Yes, ada apa?"
"About pergi Spain tu, ada orang tak setuju."
"Siapa?"
"Mili."
"Kenapa?"
"Dia tak suka Aunty Donita. Aunty Donita punca family dia berpecah."
"Ooohhh...faham."
"Jadi, macam mana?"
"Let me talk to her."
Azlan dan Jugra berjalan menuju ke arah Alif dan Rachel yang memujuk Mili.
"Mili, sini jap, Uncle nak cakap something?"
Mili bangun, dengan matanya yang sedikit berair.
Azlan berjalan ke arah yang pokok tadi.
"Mili, uncle minta maaf kalau uncle buat Mili marah."
"Mili tak marah uncle. Mili cuma tak suka perempuan tu. Dia punca kenapa arwah papa dengan mama gaduh."
"Alif tak cakap apa?"
"Alif tak kisah. Dia tu jenis tak kisah mama dalam penjara ke, papa sakit ke. Lepas uncle ugut tak nak bagi harta papa kat dia barulah dia kisah dengan papa."
Azlan mengangguk faham.
"It's okay, Uncle Alan. Kalau korang nak pergi Spain, pergi lah."
"You don't have to go to wedding, tapi kita still boleh jalan-jalan sama-sama kan?" tanya Azlan.
"Tapi tak best la, pergi tak sama dengan korang."
"You know..." Azlan keluarkan chewing gum nikotin dari poketnya.
Azlan mengunyah chewing gum itu, kemudian memandang ke arah Mili.
"Setiap hari, kerja uncle adalah mendengar pendapat semua orang. Adakalanya, ada orang tak puas hati dengan keputusan majoriti. Macam Mili sekarang ni lah. Jadi orang macam Uncle ni, kena buat minor adjustment untuk semua orang happy. Okay, Mili suka pergi mana?"
"Mili suka Goryeo."
"Goryeo, nak pergi mana?"
"Mili suka pergi kat tempat bersejarah dia, sebab Mili tengok cerita G-drama..."
"Haechi ya?"
"Ya! Ya! Uncle tengok drama tu ya?"
"Mestilah uncle tengok. Uncle kat Pengerusi Terhormat Persatuan Peminat G-pop dan G-drama Gelanggayu."
Mili tersenyum. Memang pandai betul Azlan pujuk hati dia.
"Macam ni, lepas pergi Spain, uncle kena jumpa dengan Presiden Moon jae-in. Ada la nak discuss pasal trade, business. Lepas tu Aunty Merlina pun nak tengok business model untuk projek automated ramen shop tu. Jadi, kalau Mili setuju pergi Spain, tapi tak payah pergi wedding tu, then kita pergi Goryeo. Ingat tau, yang ni jangan cakap dengan dorang. Sebab uncle yang arrange ni untuk Mili."
Mili mengangguk.
"Dah, jangan nangis lagi."
"You're the best uncle, ever."
Azlan tersenyum. Bila Mili senyum dan berjalan ke arah mereka, Jugra nampak Azlan mampu menyelesaikan konflik yang sebegini.
"Daddy, daddy. Macam mana daddy pujuk Mili?" tanya Jugra.
"Kalau kau nak tau, inilah kerja aku hari-hari. Dengar pandangan semua orang, dengar orang bertengkar, bertekak. Majoriti memilih minoriti tak suka, kena pujuk minoriti, kena tarik dia sokong. Inilah politik."
"Tapi macam mana daddy buat?"
"Trust me, Jugra, kalau kau kerja macam aku, kau pun kena dengar pendapat semua orang supaya semua orang dengar pendapat kau. Ada masanya, kau kena tegas. Benda yang fundemental dan tak boleh diubah, kau kena tegakkan. Tapi kalau benda-benda kecik tu, untuk semua orang berpuas hati, yang tu kena tolak ansur."
"Selama ni Jugra pandang rendah pada ahli politik. Kerja gaduh je kat Parlimen. Tapi kalau daddy, lain. Daddy kalau berucap je, semua orang nak dengar."
"Sebab tu kita kena banyak mendengar, dan ada masanya kita kita buat silap, kita akui kesilapan tu dan betulkan. Barulah kita boleh jadi pemimpin."
--
"Tuan Pengerusi," kata Mili, memandang Azlan.
"Yes?"
"Tentang lawatan ke Goryeo Selatan tu, boleh tak saya jadi translator kepada Tuan Pengerusi?"
"Moon Jae-in faham bahasa Inggeris."
"Tapi mereka lebih selesa cakap bahasa tempatan, kan?"
"Betul."
"Jadi ini satu soft power untuk kita orang Gelanggayu masuk dalam politik Goryeo Selatan."
Azlan menyandar.
"Good. Selepas Barbados, nak masuk Goryeo Selatan ke? Agak-agak lah."
"Yang tu saya ada rancangan lain."
"Rancangan apa pulak tu?"
"Begini, Jamaica akan melangsungkan pilihanraya pada tahun depan, sebab dah memang term mereka habis masa tu."
"Jadi, nak masuk Jamaica pula? Apa yang kau tau politik di sana?"
"Dua-dua parti pun nak republik juga. Tapi biasalah, MI6 berjaya halang. Parti PNP kata nak laksanakan referendum republik lagi 18 bulan."
Azlan diam dan berfikir.
"JLP punya polisi?"
"Mereka nak republik, tapi mereka prefer tunggu Elizabeth mangkat."
Azlan tahu, tahun depan supervirus akan melanda, dan kerajaan sekarang ialah kerajaan Jamaica Labour Party. Tak mungkin PNP boleh menang, sebab advantage ada pada JLP.
"Macam mana kau nak susun orang kat sana?" tanya Azlan kepada Mili.
"Orang-orang Mottley yang saya susun dulu di Barbados, ada kenal orang Andrew Holness di JLP."
Azlan menyandar, kemudian tuang air suam ke dalam gelasnya.
"Kena ingat, politik Jamaica ni tak sama macam Barbados. Golongan elit mereka ramai yang Anglophile lagi. Susah nak pujuk mereka. Golongan republikanisme dah berjuang sejak 1980an lagi, tapi macam kau cakap tadilah, digagalkan oleh MI6. Sama macam Australia tahun 1999. Benda ni Malcolm Turnbull beritahu aku."
"Jadi, macam mana nak kalahkan MI6 ni?"
"Aku akan bawa kau ke London. Tapi kau kena ikut kami ke Spain dulu."
"Apa rancangan Tuan Pengerusi?"
"Sekarang ni politik Britain selepas Brexit dalam keadaan huru-hara. Dalam Parti Konservatif, ada dua puak iaitu puak David Cameron dan puak Boris Johnson. Theresa May basically orang Cameron yang cuba gagalkan Brexit. Satu lagi kelompok dalam Tories ni, orang macam Jacob Rees-Mogg, mereka pro-Brexit..."
"Johnson pun pro-Brexit, Tuan Pengerusi."
"Betul. Tapi kena ingat ada satu lagi iaitu UKIP, yang diketuai oleh Nigel Farage. Sekarang ni kita nak dia tubuhkan parti baru, Brexit Party, untuk kita jadikan leverage kepada Johnson. Johnson akan menyatukan semua kabilah ni, untuk keluar dari EU, ada deal atau tak, dan Brexit Party akan bertanding di kawasan Parti Buruh yang kuat di kawasan macam Manchester, Leeds, Sheffield tu semua untuk pecahkan undi golongan B40 di sana. Boris Johnson menang besar, tapi pengaruh Britain akan semakin lemah. MI6 takkan boleh buat apa-apa lepas tu kalau kita buat move di Jamaica."
Mili mengangguk faham.
"Tapi di Jamaica ni, kita nak sokong JLP? Tapi PNP ni kata 18 bulan mereka nak adakan referendum?"
"Sokong JLP. Ramai orang yang masih sayangkan Elizabeth sebab sentimental value. Mereka tak ada perasaan yang sama terhadap Charles."
"Baik, Tuan Pengerusi."
--
"Julia, kita ni nak rasmikan Family Mart. Yang kau pakai macam rock star ni dah kenapa?"
"Ni bukan wock star la, mommy. Ni gaya Billie Eilish! Imma baaddddd guyyyy...duh!"
Merlina geleng kepala tengok perangai anak dia yang tiru Billie Eilish yang pakai hoodie warna kuning dengan rambut palsu warna hijau.
"Alaaaaannn! Kau tengok perangai anak kau ni!" jerit Merlina.
Azlan yang pakai baju suit dengan necktie untuk rasmikan Family Mart pun nak tergelak dengan dress up Julia.
"Rambut palsu mana yang dia pakai tu?" tanya Azlan kepada Merlina.
"Dia beli kat Shopee."
"Astaghfirullah al azim. Julia..."
"Ya, daddy?"
"Camana ek nak cakap? Hmm, Julia, Julia serius ke nak jadi CEO Family Mart Gelanggayu ni?"
"Ye lah!"
"Kalau nak jadi CEO, tak boleh pakai macam ni. Kalau nak jadi macam Billie Eilish, boleh la."
"Tapi Julia suka jadi Billie Eilish, daddy!"
"Daddy pun sendiri pernah jadi rock star. Masa atas stage daddy dress up la macam rock star. Masa kat pejabat, kalau daddy pakai macam tu, pemimpin dunia pun takkan ambik serius dengan daddy."
Julia muncungkan muka.
"Pakai baju corporate attire yang mommy dah bagi tu, kalau Julia nak jadi CEO. Kalau nak jadi Billie Eilish, takleh rasmi Family Mart."
"Hmmm...alaaaa daddy...."
"Please, janganlah malukan mommy."
Azlan besarkan mata dia dan buat puppy eyes merayu pada Julia.
"Comel la daddy buat macam tu. Okaylah, Julia ikut cakap daddy."
Julia pergi ke arah biliknya dan pakai baju korporat yang telah disediakan oleh Merlina.
"Cakap aku tak nak dengar. Cakap kau dia dengar pulak, eiii!" rungut Merlina.
"Ala, dengan budak-budak ni ada psikologinya."
"Mula-mula aku cakap elok-elok la. Dia berkeras nak pakai baju hoodie gitu. Masuk kau je, terus ikut."
"Well...nak buat macam mana. Bab-bab dealing dengan orang ni memang tugas aku sejak azali."
--
Azlan merasmikan Family Mart pertama di Gelanggayu, iaitu di Puncak Jaya. Walaupun dah bukak sebulan awal sebelum ni, tapi hari ini adalah perasmiannya.
Orang ramai berpusu-pusu dan beratur panjang untuk makan oden dan soft ice-cream perisa matcha yang popular di Ryukyu.
"Nampak gayanya kan, Fad, kau kena bukak banyak cawangan ni," kata Merlina.
"Nampaknya macam tu lah."
"7 Eleven masih Vincent Lau punya kan?" tanya Merlina.
"Haah, Berjaya Corporation. Kenapa?"
"Aku ingat nak beli. Tak beli semua pun beli syer dia sikit la, dapat letak orang aku kat BOD pun okay dah."
"Banyaknya Mer nak beli kedai runcit ni!"
"Kita nak control market kan. Tapi lepas ni Azlan nak ke Ryukyu, dan dia nak bawak Dawson ke sini."
"Dawson pun? Eh banyak persaingan ni."
"Baguslah banyak persaingan. Baru ada innovation. Kalau satu je nanti takde persaingan. Tapi aku yang jadi owner ni, kita tengok je la persaingan kedai runcit ni, akhirnya duit semua pergi ke aku jugak. Korang bersaing la, hahaha!" kata Merlina sambil kipas mukanya yang dah berpeluh.
Lagu Bad Guy dari Billie Eilish dipasang atas permintaan Julia. Walaupun hari ni tak dapat pakai gaya macam idolanya, tapi dia happy sebab kedainya buka lagu kegemarannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro