Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2019 part 2

Azlan

Aku sengaja arahkan SPR untuk letak hari pernamaan calon pada hari lahir aku yang ke-50.

Belum pernah lagi berlaku dalam sejarah, tapi aku orang pertama yang melakukan perkara ni.

Parti-parti yang join MKKP dah menang 262 daripada 270 kerusi tanpa bertanding. GUDA hanya mampu bertanding 8 kerusi sahaja, dan yang lain, semua dah menang, sebab kami semua dah siap bahagi kerusi awal-awal.

Yang kata 56 tu saja je sembang. Ye lah, dah yang bagi duitnya aku, takkan la aku nak bagi duit banyak kat pembangkang banyak-banyak?

Sikit-sikit cukuplah. Cukuplah untuk membuktikan Gelanggayu under aku ada demokrasi.

Aku tak bertanding dalam pilihan raya ni. Sebab buat apa aku nak bertanding kalau aku boleh control semua tanpa aku perlu di dalam Parlimen atau dalam kerajaan?

Dorang yang kena jumpa aku, bukan aku yang jumpa dorang.

Rahman menang tanpa bertanding. Begitu juga dengan ketua-ketua parti yang setia dengan aku. Kalau Tun Natasha pun masih aktif dalam politik, dia, pun akan menang tanpa bertanding.

Daripada 10 kerusi Gabenor, 9 dah confirm menang tanpa bertanding. Cuma Gabenor Wijayapura sahaja yang ada pertandingan. Cindy bertanding jadi calon GUDA, aku cuma letak Muhammad Fayshal Alias, atau korang kenali sebagai Lil Faysh.

Kecik tarik diri saat akhir sebab dia nak fokus kepada projek incinerator yang dah nak hampir siap tu.

Jadi aku kena turun bagi sokongan untuk kempen Lil Faysh. Tapi kau tau la, siapa nak undi Cindy ni kecuali orang Bukit Henderson je.

Jeneral Firdaus menang tanpa bertanding sebagai Presiden.

Media antarabangsa melaporkan Gelanggayu sebagai "backsliding democracy" atau "the rise of strongman in Asia."

Sebenarnya konsep macam ni, Presiden Majapahit zaman 50an dulu, Sukarjo pernah nak buat. Dia panggil Demokrasi Terpimpin. Aku panggil MKKP.

Aku cuma perfectkan je art dictatorship dia.

Kan aku dah janji pada Merlina dulu, pilihanraya akan datang adalah pilihanraya yang paling membosankan dan paling menjimatkan duit yang pernah dibuat.

Lagipun aku dah mainkan propaganda dah, belanja untuk pilihanraya ni paling koman RG5 billion. Membazir duit je. Dan rakyat rata-rata menyokong apa yang propaganda yang dibuat oleh media yang dikawal oleh aku.

Awal-awal lagi, 2 Jalan Cendana dah buat majlis kesyukuran ke atas kemenangan pada perlawanan yang tidak berlangsung.

Semua pemimpin parti-parti MKKP dah berseronok di ruang tamu, tapi aku masih lagi merancang di dalam pejabat.

Shahril, tarik diri di saat akhir, letak jawatan Presiden GUDA, dan tak nak bertanding sehari sebelum pilihanraya. Selepas sudah menarik semua golongan anti-MKKP dalam Parti Republikan keluar, Republikan menang tanpa bertanding di 56 daripada 60 kerusi yang dipertandingkan.

Pertiwi menang semua 60 kerusi yang dipertandingkan. Demokrat pun menang tanpa bertanding di semua 60 kerusi.

Nasionalis menang tanpa bertanding 88 daripada 90 kerusi. Sebab kerusi semua dah diagih-agihkan tanpa berebut. Nak ada pertandingan buat apa lagi?

"Azlan, cepat sikit, wartawan-wartawan semua dah nak interview kau tu," kata Merlina dari pintu pejabat aku.

Aku keluar dari pejabat, kemudian aku terus turun ke rumah, sambil semua ketua-ketua parti MKKP memberi guard of honour kepada aku menuju ke podium di depan rumah aku untuk aku berucap.

Dalam ucapan aku, negara Gelanggayu masih lagi sebuah negara demokrasi. Tetapi demokrasi tak semestinya kena bertanding pilihanraya dan memecahbelahkan rakyat.

Rakyat dah terlalu penat dengan karenah politik dan pertelingkahan ideologi yang sampai ke sudah tak ada penyelesaian.

Penyelesaian aku, satukan semua pemimpin-pemimpin parti untuk setia kepada aku, dan aku akan agihkan segala habuan yang mereka mahukan. Tapi mereka akan balas dengan kesetiaan kepada aku.

Macam syarikat Coca-Cola yang ada pelbagai jenama dan jenis air, tapi semuanya di bawah syarikat yang sama.

Hakikatnya, politik Gelanggayu adalah politik kabilah. Dengan menyatukan semua kabilah-kabilah yang ada, tak perlulah ada perang, kan?

Democracy is overrated.

--

Selepas majlis kesyukuran itu, aku nampak Kecik sedang membantu Kak Yong mengemas pinggan untuk dihantar ke tukang cuci pinggan. Kak Yong sekarang ada syarikat katering, syarikat supply barang, restoran dan akan datang, akan buat kek dan pastri untuk McDonald's di seluruh Gelanggayu.

Apa yang Kak Yong ada hari ini adalah hasil usaha Ali selama ni.

"Fidot, kau panggil Kecik kejap."
"Baik, bro Alan."

Aku duduk di kerusi rotan, sambil minum kopi madu, dan santai membaca komen golongan SJW sedang meroyan sebab parti liberal GUDA mereka cuma mampu bertanding 8 kerusi sahaja.

Dah parti tu pun aku yang bagi dana, lagi nak banyak bunyi.

Nanti aku bagi la sikit habuan kat budak Shahril ni. Aku nak dia senyap dulu, dan bagi dia reda dulu dalam politik, sebelum aku gilap dia. Dia ni muda lagi.

"Ya, bro Alan? Saya tengah kemas meja..."
"...duduk," jari aku tunjuk ke arah kerusi di depan aku.

Kecik terketar-ketar, kemudian duduk.

"Kau bos, kau biarkan je budak kau buat. Rilek. Aku nak tanya kau soalan."
"Apa dia, bro Alan?"
"Betul ke, kau minat dengan Kak Yong?"
"Hish, bro Alan ni...dia kan balu bro Ali..."
"Aku tau la dia balu bro Ali. Aku rasa baik kau hantar meminang je kat Kak Yong tu kalau hati dah suka."
"Tapi..."
"Kau rasa Kak Yong dah move on ke belum?"
"Belum lagi kot..."
"Macam tu, kau tunggu dia move on. Tapi kitorang semua dah tahu, kau suka kat Kak Yong..."
"Bro Alan, saya tak ada niat nak..."
"Rilek. Aku rasa Ali tak marah kau lah. Lagipun kalau kau boleh jaga dia, elok la."
"Bro Alan..."
"Kecik, rilek. Kalau cinta, katakan saja. Kalau tak, sampai bila-bila kau forever alone. Umur kau berapa sekarang?"
"41 tahun..."
"41 tahun masih bujang lagi. Come on la. Make a move. Kalau betul kau suka dia, buat move. Tapi rilek dulu, Mer tengah pujuk Kak Yong kau tu."
"Mer cakap apa dengan Kak Yong?"
"Kau jangan risau. Kak Mer ni pakar psikologi. 99% analisa dia pasal pemikiran orang selalu tepat."

Aku bangun dari kerusi, kemudian menepuk bahu Kecik.

"Walaupun kau follow Ali sejak kau remaja lagi, tapi sekarang Ali dah takde. Kau kena keluar dari bayangan dia. Aku rasa Ali pun nak kau jadi lebih berani. Ini demi Ayam Hitam jugak. Kalau kau takde keberanian, aku bimbang tak ada orang akan respect pada kau. Kau faham cakap aku?"
"Faham, bro Alan."

--

"Kak Yong, Mer nak tanya la pasal resipi sambal belacan Kak Yong tu. Lain macam dia punya bisa dia," tanya Merlina.
"Ooo, Kak Yong letak pekasam jeruk sikit, sikit je, nak bagi rasa dia terbit sikit. Lepas tu belacan tu jangan lupa dibakar."
"Kak Yong, sekarang ni business Kak Yong dah makin besar. Macam mana Kak Yong handle? Bab bab logistik tu semua?"
"Kecik yang banyak tolong Kak Yong. Kalau takde dia, tak menang tangan jadinya. Rajin dia tu."
"Sebab tu bro Ali percaya dengan Kecik."
"Dari dulu lagi dia setia dengan arwah abang Ali. Mengikut je mana abang Ali pergi. Sejak pasangan jahanam dua ekor tu dapat kuasa, Ali terpaksa lari ke luar negara, Ali suruh Kecik tolong tengokkan Kak Yong."

Merlina tahu cerita tentang Hafiz dan Hidayah hidup berjiran dulu. Mungkin Hidayah memendam dendam pada Adilah, atau mungkin rasa sakit hati sebab terpaksa berpisah dengan Ali kerana kes yang lepas. Merlina tak nak tanya soalan tu.

"Kak Yong tak nak kahwin lagi ke?" tanya Merlina.
"Hish, umur Kak Yong ni dah 45 tahun dah. Kalau zaman 90an dulu boleh la lagi, masih vogue dan ayu."
"Ish, Kak Yong ni. Kak Yong masih vogue dan ayu la. Pandai berniaga pulak. Mesti ada orang nakkan Kak Yong."
"Hahaha, ingat Kak Yong ni macam Vida ke, janda melaram? Hahaha!"
"Vida tu buat apa Kak Yong. Kak Yong punya ayu lagi natural beauty."
"Kak Yong rasa, Natasha lagi cantik. Dah umur 50 tahun pun maintain je. Macam Audrey Hepburn, Sophia Lauren. Haaa gitu."
"Ala Kak Yong, sama je lah Kak Yong dengan Nat. Saya percaya ada orang yang nakkan Kak Yong."

Tiba-tiba Kecik datang.

"Kak Yong, semua barang-barang dah masuk dalam lori."
"Nah, kunci lori, Kecik."

Merlina sengih pandang Kecik.

"Panjang umur, Kak Yong."
"Siapa yang panjang umur?"
"Orang yang minat dengan Kak Yong la, Kecik! Larikkkkk!"

--

Ketika semua orang sudah pulang ke rumah, Rachel dan Tun Natasha masih lagi duduk di sofa, menunggu Azlan melayan soalan wartawan dan ketua-ketua parti politik.

Azlan beritahu mereka berdua yang ada sesuatu untuk dicakapkan.

Selepas lama menunggu, barulah Azlan masuk ke rumahnya.

"You won an election without a fight, Alan. Landslide."
"It's not that easy. But a win is a win. Even without a fight."
"How long you nak teruskan politik jenis macam ni? Can you keep this forever?"
"Nothing last forever, Nat. One day, akan ada juga pembangkang. At this moment, takde pembangkang. So, okay lah kalau macam ni. Rachel, ikut daddy kejap."

Rachel terus berjalan mengikut belakang Azlan, menuju ke pejabatnya.

"Ada apa daddy? Daddy cakap daddy ada something nak cakap?"

Azlan terus letak kunci di atas meja.

"Ini kunci pintu restoran St Pierre. It's yours now..."
"Tapi, kan Rachel cakap Rachel ada plan dengan Alif..."
"Tau, and I told Mama Mer about your plan nak buat channel Youtube. Tapi Mama Mer cakap viewer sejarah sukan ni sikit. Tak ramai yang minat nak tengok sejarah sukan unless kalau bolasepak. Tu pun dah ada banyak channel bola kat Youtube and Facebook. So, since you nak buat channel Youtube, why not you buat food recipe and review with Stephane?"
"Stephane owner St Pierre tu?"
"For your information I dah beli half of his company, and I nak you uruskan his restaurant."
"But I'm just 19 years old..."
"You seems keen to learn cooking from me, kan?"
"Yes, but..."
"Better belajar dengan Stephane. It's your restaurant now, take care."
"Kejap, I tanya mommy."

Rachel terus turun ke bawah dah bercakap dengan Natasha tentang kunci St Pierre, kemudian Natasha terus naik ke atas.

"What do you mean you beli St Pierre?"
"Yes, I beli St Pierre from Stephane."
"What?"
"Yes. I also bought Paragon Mall so dorang tak runtuhkan mall tu. As long as I still around, Paragon Mall is here to stay."
"Why you want to buy an old shopping mall? Mana ada orang nak pergi ke situ lagi?"
"Some investment, are not because of money, Nat. I bought it because I fond with our memories. You can have 50% of Paragon's share, and Rachel will have 50% share of St Pierre's share."
"Kelakar la you ni. Beli shopping mall yang dah nak padam jangka hayat dia. I nak buat apa dengan Paragon Mall ni? Orang sekarang beli pun online."
"Habis tu kalau semua beli online, barang tu semua letak kat mana, Nat? Dalam hard disk? Dalam server room? Just because mall is dead, tak semestinya tak boleh repurpose. Boleh je buat community centre, buat pusat restoran ke, or buat je education centre. Public transportation, baik bas, LRT, MRT, semua lalu kawasan ni. You renovate je balik, tapi kekalkan identiti Paragon Mall tu. Orang sekarang suka vaporwave. See, Rachel is smiling..."
"Vaporwave tu apa?" tanya Natasha.
"Vaporwave ni mommy, an art movement yang glorified 80s and 90s nostalgia. Our generation never know lives before 21st century, so kitorang suka aesthetic tu."
"Ala Nat, sama la macam when kita remaja zaman 80s dulu. Kita fascinate pasal 50s and 60s. Anyway, just because orang suka beli barang online, tak semestinya semua mall akan lenyap. Kalau pandai adapt, Paragon Mall akan survive."
"Ni mesti Merlina yang cadangkan kat you ni kan? Otak dia tu memang otak business!"

--

Jugra, Rachel, Mili dan Alif berkumpul di padang tepi tasik 2 Jalan Cendana.

"Tak sangka kita semua tak lama lagi nak masuk tahun 2020. Macam cepat je semua berlalu," kata Mili.
"Entah. I masih ingat Gangnam Style tu masih baru lagi."
"What Does The Fox Says..."
"Harlem Shake..."

Semua bergelak ketawa.

"Alif, apa plan kau lepas ni?" tanya Jugra.
"Aku dengan app Tapau aku tu la. Tapi sekarang ni kan, aku dah masuk Universiti Teknojaya, dah belajar pasal data and AI management. Kerja aku lepas ni macam mak tiri kau la, kerja collect data orang. Mak tiri kau suruh aku develop app yang boleh kumpul data orang, bila ada penyakit, kena movement control."
"Macam mana tu?" tanya Rachel.
"Macam misalkata la, ada biological weapon meletus ke negara kita, atau wabak berjangkit, lepas tu Mama Mer suruh I cipta app yang boleh kumpul data orang. Macam behavior orang tu la, dia pergi mana, makan apa, jumpa siapa."
"Ish, peliknya. Bukan benda macam tu breach privacy ke?" kata Rachel.
"Tapi Mama Mer cakap kalau misalkata ada wabak berjangkit merebak, benda tu berguna, Rachel."
"Ya tak ya jugak. You pulak, Jugra, you macam mana?" tanya Rachel.
"Well, I sambung Khidmat Negara peringkat kedua...."
"Oh noooo...." kata Mili.
"I setahun kena kerja jadi auxiliary police," kata Jugra.
"Kat mana?" tanya Mili.
"1 Jalan Cendana."

Alif terbahak-bahak gelak. 1 Jalan Cendana tu tempat anggota keselamatan dan polis bantuan punya pejabat dalam kompleks Jalan Cendana ni.

"Hahaha, auxiliary police tu pak guard la. Bapak kau ni memang troll kau kaw-kaw! Ada ke dia suruh kau jadi pak guard rumah sendiri? Hahahaha!" Alif terguling-guling gelak.
"Dulu dah letak aku kat Kem Jugra. Ni dia suruh aku jadi pak guard rumah sendiri. Daddy punya troll ni boleh tahan gampang jugak..."
"Takpelah, senang sikit saya nak jumpa awak nanti," kata Mili.
"Sesuatuuuuuuu!" Alif dan Rachel menyahut.
"Awak pulak, Mili, macam mana?" tanya Jugra.
"Kerja dengan Aunty Jessie kat Purnama Media. Awak pulak, Rachel?"

Rachel tunjukkan kunci.

"Kunci apa tu?" tanya Jugra.
"I sekarang jadi co-owner St Pierre!"
"Peehhhh!" Alif dan Jugra terkejut.
"Oh my God, Rachel! Bestnya!" kata Mili.
"Tapi Mama Mer cadang nak I buat channel masakan kat YouTube. So lepas ni I nak jadi foodie traveller, macam Lonely Planet atau Anthony Bourdain."
"Nak ikut!" Mili memegang bahu Rachel.
"Cool doh!" kata Jugra.
"Eh korang, jom kita pergi St Pierre! I belanja korang makan!" kata Rachel.
"Mentang-mentang dah jadi owner kedai..." kata Jugra.

--

Mili

Pengerusi Azlan tak benarkan aku beritahu sesiapa pun kerja-kerja aku ni. Kalau Jugra tanya aku pun, aku akan jawab 'ada kerja dengan Aunty Jessie atau Aunty Mer'. Dia mesti tak banyak tanya punya.

Selepas kejayaan aku menukarkan kerajaan Barbados, proses republikanisme yang aku rancang sedang berjalan.

Tuan-tuan tanah mat saleh yang menjajah Barbados sekian lama mula menjual tanah mereka sebab polisi Mia Mottley ke arah republikanisme tu kuat.

Dan Aunty Mer yang beli tanah tu, dengan Mia Mottley uruskan syarikat tu bagi pihak kami. Kami collect untung dan perkara ini akan lebih mudah bila mereka sudah jadi republik nanti.

Rancangan aku selepas ini ialah Jamaica. Formula yang lebih kurang macam Barbados, tapi yang ini aku akan mulakan nanti. Tapi aku dah mula berhubung dengan dua parti terbesar mereka, Jamaica Labour's Party dan People National Party.

Tahun depan Jamaica akan pilihan raya. Aku dengar Perdana Menteri dia, Andrew Holness ada contact dengan orang-orang Mottley di Barbados.

Kalau Charles tak nampak lagi, tak tahulah apa nak cakap. Tunggu lepas Ratu mangkat nanti baru dia nampak agaknya.

--

Azlan

"Menang besar nampaknya kau, Alan?" kata Adilah, tersenyum bila aku sampai.
"Bukan menang besar, tapi menang tanpa bertanding pun."
"Aku dah nampak dah kau akan buat macam ni masa mula-mula kau tubuhkan MKKP dulu. Aku dah boleh agak dah."

Sepotong kek red velvet dengan air teh madu lemon dihidangkan untuk Adilah.

"Kek?"
"Semalam birthday aku yang ke-50."
"Eh, dah 50 tahun dah umur kau?"
"Dah tu, aku lahir tahun 1969. Sekarang dah tahun 2019. Tak 50 ke tu?"
"Dah separuh abad dah kau ni. Jubli emas."
"Aku dah kira masuk dalam kategori warga emas la ni sekarang?"
"Tapi kau masih nampak muda lagi, Alan. Kau ni macam cerita Brad Pitt yang dari tua jadi muda tu..."
"Benjamin Button?"
"Ya! Apa rahsia kau ya?"
"Cut off sugar, exercise, jaga solat, jaga makan."

Adilah terus makan kek. Comot tepi bibirnya bila makan kek tu.

"Dila, pipi kau tu, comot," aku hulurkan tisu.
"Kau ingat tak birthday kau yang ke-21?"
"Kenapa ya?"
"Bukan main lagi kau dengan Mastura kat office tu, ya?"
"Oh, yang tu. Ah, malas la cakap benda yang berdosa, Dila."

Aku malas nak cakap pasal tu, sebab setiap kali melibatkan Izham, mesti melibatkan benda-benda yang macam tu.

"Okay la, Dila. Aku datang sebab nak bawak kek ni untuk kau. Aku kena naik kapal terbang nak ke Bharat, kemudian ke UAE, Qatar dan Kuwait. Mer nak tarik investors ke sini."
"Terima kasih sebab sudi datang melawat aku. Kau sorang je yang melawat aku kat dalam penjara ni."
"Kita semua kan sahabat zaman universiti."
"Walaupun apa yang aku dah buat pada kau?"
"Kau buat macam tu sebab kedudukan keluarga kau menentang keluarga aku. Kalau tak kerana konflik beratus tahun tu, aku rasa kau okay je dengan aku. Aku pergi dulu, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."

--

Rahman Azmi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Gelanggayu yang yang ke-10 di hadapan Jeneral Firdaus di Istana Presiden, pagi ini.

Beliau merupakan anak kepada Perdana Menteri keempat, Datuk Seri Azmi Ibrahim. Beliau berusia 67 tahun dan merupakan Presiden Parti Demokrat.

--

"Hah, aku dah cakap dengan kau dah Zizan! Tak guna kau nak ajak aku join parti jongos kawan baik kau si Cindy tu. Si Shahril anak Shahrizal Hamdi yang tubuh GUDA tu pun chow!"

Azizan diam sahaja, memandangkan kini abangnya sudah menjadi Perdana Menteri.

"Kau rasa apa label yang sesuai untuk aku ni? PM10? Boring. Haaa, guna nombor Latin la. PMX! Haha!" kata Rahman, ketawa berdekah-dekah.

Azizan buat muka menyampah, dan rasa abangnya terlalu bangang untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

"Kau kenapa ni, Zizan? Monyok je? Gini, si Faridah dah nak letak jawatan. Memandangkan kau ada degree dalam bidang finance, aku nak lantik kau sebagai Gabenor Bank Negara yang baru. Kau on tak?"

Azizan diam lagi, tak bercakap apa-apa.

"Kau nak tak jadi Gabenor ni? Kerja sedap ni. Sign kau ada pada duit!"
"Bang Man, abang tak risau ke yang abang ni dikelilingi orang-orang Azlan?"
"Kenapa pulak? I'm a fvcking Prime Minister right now! Nak takut Azlan apa pulak lagi ni? Dia pun tak bertanding, dah bersara, apa kau nak takut?"
"Dia masih Pengerusi Majlis Keselamatan Negara."
"Alah takat jadi Pengerusi kat majlis macam tu pun kau takut sangat, dah kenapa? Asalkan dia tak kacau kita, sudah la."
"Bang Man sedar tak yang parti kita berhutang dengan dia?"
"Ya la, sebab tu aku nak lantik kau jadi Gabenor Bank Negara. Boleh la kau cari dana untuk parti kita."

Azizan menyandar, kemudian berfikir panjang.

"Kau nak tak? Aku ada kuasa nak lantik sesiapa yang aku suka. Aku sekarang dah jadi PM," kata Rahman.
"Baik, saya ikut cakap Bang Man."
"Haaa, bagus. Lagi baik daripada kau ikut cakap kawan kau si Cindy tu. Entah apa-apa nasihat kau ni. Sekarang, aku dah jadi PM. Kau jadi Gabenor. Macam ni la baru boleh kita kembalikan nama arwah ayah."
"Baiklah, Bang Man. Saya ikut abang."

Azizan dan abangnya bersalaman tanda bersetuju untuk bekerjasama.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro