
2019 part 1
Azlan
Jeneral Firdaus menganugerahkan anugerah Tun kepada Natasha. Masa sebelum acara tu, aku sempat bisikkan pada dia, 'ingat, dulu masa kau kecik, kau pernah kena pelempang dengan bro Ali sebab komen pasal dia punya tu'.
Jeneral Firdaus tergelak, tapi dia masih ingat pelempang padu Ali dulu. Masih terasa berbirat, katanya. Sejak pelempang Ali tu, Jeneral Firdaus belajar bagaimana untuk menghormati wanita.
Jadi masa dia nak pinkan pingat Tun di dada Natasha, dia nampak macam teragak-agak. Akhirnya Natasha sendiri yang kena kepilkan sendiri sebab tangan Jeneral Firdaus terketar-ketar.
Ali, Natasha dan Hafiz merupakan tiga orang pertama yang terima pangkat darjah kebesaran ni.
Jadi, aku nak pastikan pangkat darjah kebesaran ni tidak mudah untuk didapati dan bersepah-sepah. Dalam sepuluh tahun mungkin sorang dua je yang ada ni. Untuk jadikan bilangan penerima ni sikit dan berharga.
Dalam ucapannya, Tun Natasha mengucapkan terima kasih kepada semua pihak kerana mengiktiraf peranannya sebagai Perdana Menteri wanita pertama, di samping Perdana Menteri di zaman republik pertama di Gelanggayu.
Selepas 9 tahun menjadi Perdana Menteri sejak 2009, Tun Natasha rasa cukuplah penglibatannya dalam politik.
Alif dan Mili, mewakili arwah Hafiz untuk mengambil pingat Tun itu. Hidayah, Rozana dan Nilam menjadi wakil Ali.
Ada juga yang tanya pada aku, bagaimana anugerah pingat ni akan diberikan. Jawapan aku, anugerah ini akan diundi dalam MKKP, atau sebenarnya dorang kena ikut cakap aku. Siapa je yang aku rasa layak terima anugerah ni, aku akan bagi.
Senang cerita, aku sultan Gelanggayu tanpa tengkolok. Final say ialah datang dari mulut aku.
Ketika sidang media, ada seorang wartawan woke SJW yang celupar bertanya kenapa ikon feminis seperti Tun Natasha, sanggup bekerjasama dengan lelaki seksis macam Azlan. Aku la tu.
"You want this piece of meat?" tanya Natasha, ketika aku berdiri di belakangnya.
"No, go for it."
"Sebab Azlan lebih banyak membantu wanita terutamanya wanita di kampung, dengan mewujudkan dana Yayasan Tengku Aminah yang memberikan skim pinjaman kredit untuk membantu golongan wanita untuk memulakan perniagaan, Azlan juga telah melantik lebih ramai hakim dan kakitangan awam wanita berbanding pentadbiran sebelum ini, serta membantu ibu-ibu tunggal dalam skim bantuan untuk golongan tersebut. Apa alasan awak untuk kata dia seorang yang seksis?"
"He attacks LGBTQ community, discredit transgender movement and also supports patriachy..."
"Boleh saya jawab?" tanya aku, yang berdiri kat belakang Natasha.
"You're homophobic, shame on you, Azlan! You're canceled!"
"Kita tengok nanti pilihanraya nanti, siapa yang kena cancel," aku senyum je.
"Are you against LGBTQ community, Azlan?" tanya seorang lagi wartawan.
"Surah Al-Qamar, ayat 33-37. Itu respon saya."
"Are you trying to denounce the human rights charter in United Nations, which is saying that LGBTQ rights are included inside the charter?"
"Setahu saya semua ahli OIC menolak perkara tu. 57 ahli OIC menolak usul itu, dan Gelanggayu juga salah satu daripada negara itu. Kami percaya bahawa ini adalah kepercayaan dan budaya kami, dan kami menolak paksaan dari pemikiran Barat sebagai fahaman universal."
"But GUDA has announced that they support LGBT rights..."
"Tu parti mereka. Bukan parti Nasionalis," rilek beb. Wartawan ni memang Shahril yang cari dan aku yang bayar untuk cari pasal pun. Kalau tak, macam mana boleh lepas? Aku punya kerja la semua ni.
Aku tahu, media antarabangsa terutamanya di Barat sudah mula mengecam kenyataan-kenyataan anti-woke aku.
Aku like tweet gambar perjanjian jagung dan gandum kat account @realDonaldTump pun kena kecam. Padahal gambar tu ada kaitan dengan kerajaan Gelanggayu. Urusniaga je kot.
Tetapi memang aku sengaja bakar line. Sementara aku suruh Shahril terus main politik woke culture dan mengambil fahaman far-left, bahkan sampai ke tahap memanggil aku sebagai 'Nazi' dalam satu sidang media.
Jeneral Firdaus sampai baran dan rasa macam nak bunuh Shahril ni, tapi aku cuma cakap, 'rileks, aku yang suruh dia buat macam tu'.
Tujuannya mudah. Untuk menunjukkan yang Gelanggayu masih lagi ada demokrasi. Maknanya walaupun orang panggil aku diktator, strongman, atau autoritarian, tapi aku masih beri kebebasan bersuara kepada orang ramai mengkritik aku.
Dan selepas dapat Tun, dan kenyang makan duit dedak, Natasha pun dah tak peduli lagi dengan pendapat Henderson bubble ni lagi. Dia tahu ramai cakap-cakap di Teknojaya mengatakan banyak syarikat dari golongan liberal mahu meninggalkan Teknojaya selepas Natasha dilihat pro-aku, aku terus bangunkan Teknojaya dengan kepakaran anak watan Gelanggayu dan rantau Pentas Sunda.
Ye lah, kan dulu aku dah buat strategi TVET sejak 2015 lepas.
Natasha juga melalui kementerian Pendidikan telah membuka sebuah universiti iaitu Universiti Teknojaya, iaitu universiti yang memberi fokus terhadap teknologi dan multimedia.
Tenaga pengajar aku guna orang Bharat dan orang Rusia.
Kenapa orang Barat ni tak sudah-sudah nak suruh kita ikut dia je? Kita dah merdeka la. Rakyat kita majoriti umat Islam, terima la hakikat benda ni direject.
Tapi aku suka benda ni. Ia memberi modal kepada aku untuk mempunyai pembangkang yang mampu aku kawal, supaya bila orang kata Gelanggayu di bawah aku sebagai Pengerusi ni takde demokrasi, aku cakap la okay je nak kritik aku.
Dan memang Gelanggayu ada pelbagai parti, asalkan parti itu setia dengan aku.
Lagi satu, tahun 2018, sebelum Hafiz meninggal dan sebelum Jeneral Firdaus lancarkan kudeta, Parlimen turunkan umur layak mengundi kepada umur 18 tahun daripada 21 tahun. Kedengaran progresif dan baik, tapi ada udang di sebalik spaghetti olio.
Dan warga yang berusia 18 tahun, semuanya tengah dibrainwash oleh modul Khidmat Negara yang aku buat, dan mereka baru 'fresh'.
Kau fikir generasi muda Gelanggayu ni, yang aku larang bawak phone dan barangan elektronik perhubungan dalam kem, dan tak baca benda-benda woke ni, akan undi siapa?
Wokeness ni sebenarnya datang dari perangai moralist, yang mahu menunjukkan mereka lebih baik daripada semua orang. Penindasan moral ni daripada zaman dulu lagi dah wujud, tapi zaman post modern macam sekarang ni kan dah tandus spiritual, jadi mereka perlukan sesuatu untuk mereka percaya.
Of course la aku ni tak benci golongan huruf-huruf ni. Aku lepak dengan Tengku Danish kot. Sometimes si Nora pun tanya aku, "asal kau macam anti golongan aku je nyah", aku cuma balas, "Nora, it's just politics."
The point is, aku telah menjadikan golongan woke dan SJW ni sebagai boogeyman. Boogeyman dalam politik ni macam hantu untuk rakyat rasa takut. Zaman dulu, komunis. Sekarang, golongan woke liberal ni la.
Aku berani cakap majoriti pengguna internet dunia - 90% , tak suka woke culture ni. Tapi mereka takut mereka hilang kerja, mereka kena ban dari media sosial, atau kena kecam.
Golongan woke ni biasanya berada di dalam golongan yang berpengaruh. Selebriti, pembaca berita, pelakon filem. Mereka juga menguasai dunia korporat dengan menyusup ke dalam badan-badan ini sejak lewat 90an lagi.
Sekarang mereka nak kita, majoriti 90% ni untuk terima norma kehidupan progresif yang 10% ni je boleh terima.
Aku tak peduli pun dengan geng huruf-huruf ni punya perjuangan. They just the same people macam dulu. Cuma sebagai seorang ahli politik, tugas aku ialah memungut keresahan orang awam, dan aku jadikan ia manifesto politik aku.
Dengan cara aku highlight golongan woke ni, semua rakyat akan sokong parti Nasionalis atau parti-parti satelit macam Demokrat, Pertiwi atau Republikan.
Tambah pulak, aku telah mewujudkan satu generasi yang dilarang bawak phone ke dalam Khidmat Negara yang wajib ke atas semua orang. 6 bulan paling kurang tak pegang phone. Dalam masa 6 bulan asyik dengar pasal nasionalisme, cintakan negara, tolak anasir luar yang merosakkan jatidiri dan the fun part, pegang senjata dan belajar menembak.
Dan generasi tu semua dah boleh mengundi.
Kau fikir apa outcome keputusan pilihan raya nanti?
Kalaulah Donald Trump tahu method aku ni untuk padamkan golongan woke kat Amerika, dah lama dia nak lepak dengan aku.
Demokrasi memang memberi ilusi yang kita ni kononnya ada pilihan. Tapi mana ada kebebasan yang sebenar pun.
Tak sabar malam pilihanraya aku nak bukak Twitter tengok macam mana geng ni meroyan.
--
Selepas Natasha dapat Tun, Jeneral Firdaus pun mengumumkan bahawa pembubaran parlimen akan diadakan dan seterusnya akan berlangsung pilihanraya.
Setiap strongman dalam dunia ni menggunakan taktik licik untuk mengelak halangan-halangan di depannya.
Macam dalam drama bersiri Netflix House of Cards, Frank Underwood lakonan Kevin Spacey menggunakan isterinya untuk mengelak term limit, disamping strategi-strategi jahat mereka.
Vladimir Putin jadi Perdana Menteri Rusia selama sepenggal untuk elak term limit dua tahun Presiden, dan meletakkan bonekanya Dimitry Medvedev sebagai Presiden.
Dan aku tak nak jadi Presiden atau Perdana Menteri sebab ada term limit dalam Perlembagaan Republik ni. Pengetua letakkan benda tu supaya nak jadikan negara ni demokratik.
Memandangkan aku anak murid dia, aku mesti tahu cara nak mengelak segala undang-undang yang dia cipta dalam Perlembagaan. Dulu masa aku sekolah pun, dia nak check urine aku pun aku tau mengelak.
--
"Parti Ikatan Demokratik Gelanggayu atau GUDA umum nak bertanding sebanyak 56 kerusi. Dia cakap dia nak jemput parti lain untuk join coalition dia," kata Merlina sambil edit laporan berita.
"Shahril cakap macam tu?"
"Ya. Kau nak suruh Shahril ni bertanding kat sekitar Wijayapura je ke?"
"Lebih kurang. Cuma cara aku fikirkan ialah pastikan Republikan akan ada kelebihan di kawasan tu."
"So, kau kawal semua parti dalam negara ni, walaupun GUDA ni nampak macam tak?"
Aku biarkan je soalan Merlina tu sebab aku tau dia boleh fikir sendiri jawapan tu. Cuma aku perasan, sejak Tun Natasha dapat kontrak buat dedak, dia pun dah berubah. Dan sejak dia masuk penjara, Adilah pun dah berubah.
Dan Merlina, sejak aku jadi Pengerusi ni, dia pun dah berubah. Siapa yang baca dari awal buku ni, akan perasan, semua orang dah berubah. Aku sedar diri aku pun dah berubah.
Korang yang baca novel ni dari awal, dan kenal tentang betapa sweet dan innocentnya Jugra, Mili, Rachel, Alif, dan Julia, mungkin bila mereka jadi dewasa nanti, cerita mereka tidak lagi jadi innocent.
Bila aku lihat mata Jugra masa kat kem Khidmat Negara tempoh hari, aku nampak diri aku sendiri back in 1987. Masih baru nak mengenal diri.
Aku masih ingat lagi masa tu, aku lari naik lori Tok Aki, dan ke Teluk Tenang sejak kali terakhir ke situ masa aku masih kecil.
Masa sebelum Natasha dapat Tun, aku dan Natasha ada slow talk, heart to heart dalam bilik, dalam keadaan yang privasi, takde siapa yang akan mendengar.
Aku tanya dia soalan, 'why sudden change'? Dia cakap, apa dia yang berubah.
Aku cakap la kenapa sejak dia terima kontrak dedak lembu dan ayam ni, dia dah tak meleter lagi pasal demokrasi dan hak asasi?
--
Natasha
Because I dah sedar yang dalam politik ni, we have no room for such imbecile kids punya dreams. We want to change the world to be a better place, but as we grow older, memang tak boleh pun. Dah memang macam ni sejak dulu.
Azlan offer I contract yang I boleh buat keuntungan sampai RG4 billion, siapa tak nak, kan? I mean, the younger version of me akan despises me to her guts, sebab daripada kecik lagi I fikir, one day when I'm on the top, I nak basmikan kronisme dan rasuah.
Let me tell you frank. What makes Azlan such a successful politician? He built his image since the beginning, dari zaman Myspace. Zaman Myspace lagi. He build his enigma and his persona that creates his own cult.
Masa mengundi nanti, orang dah tak fikir lagi dia nak undi sebab falsafah apa. Orang mengundi sebab dia suka siapa.
10 million followers on Twitter, 12 million followers on Instagram, 6.5 million on TikTok walaupun yang dia selalu update cuma ucapan pendek dia je.
For a social media manager standard, Merlina is a bad ass. Ada banyak firm dalam dan luar nak service and strategy dia jaga media sosial.
Second, he make sure orang keliling dia tak tikam dia dari belakang. Dia bagi kontrak, like me - under the clause that dia boleh tarik je benda tu bila-bila dia suka.
Like dia bagi kontrak dedak lembu dan ayam kat I. Okay, kalau you jadi I, you nak fikirkan soal prinsip or 4 billion ringgit richer?
I percaya Rahman and Azizan pun banyak benda dia tak setuju dengan Azlan, but the offer he gave to them are too good to be true.
Macam Don Vito cakaplah, offer we can't resist.
Ketiga, Azlan tak tamak harta, dia cuma tamak kuasa.
Kevin Spacey dalam cerita Netflix, ada cakap, "duit ni macam rumah buruk yang menanti masa nak runtuh, tapi kuasa macam bangunan batu yang bertahan berkurun lamanya.
Dengan menabur dedak (kalau I, dia bagi literally), Demokrat, Republikan, Pertiwi dan parti kecil semua setia pada dia.
Dan Parti Nasionalis dah jadi kultus Azlan. I mean, ni among I dengan Zizan la joking, penyokong Parti Nasionalis ni semua kultus Azlan.
Mungkin agaknya macam tu kot DNA politik Gelanggayu. Sebab beribu tahun keturunan Raja Gautama, lepas tu keluarga al-Daulah memerintah dan rakyat semua taat setia, mungkin orang Gelanggayu tak sesuai dengan sistem republik.
--
"GUDA sudah mulaaaaaaa..."
Lagu tema parti GUDA berkumandang di dewan sambil presiden parti, Shahril bersama timbalannya Cindy Wong menuju ke pentas.
Cindy yang mengumumkan keluar Parti Republikan, telah menjadi Timbalan Presiden GUDA, berkempen untuk mengembalikan demokrasi dari diktator Azlan.
"Assalamualaikum, salam sejahtera, ta chia hao, nandri vannekem!" kata Shahril Shahrizal atau kini dikenali sebagai SS.
"Tuan-tuan dan puan-puan, kita adalah barisan terakhir demokrasi di negara ini. Sekiranya tuan-tuan dan puan-puan mahu melawan penindasan, demi hak bersuara kita, jika tuan-tuan dan puan-puan mahukan negara kita menentang kerajaan kudeta yang merampas kuasa ini, sokonglah GUDA!"
"GUDA sudah mulaaaaaaa!"
--
Selepas rapat umum parti GUDA, Shahril menaiki sebuah kereta misteri dan menuju ke rumah banglo yang dimiliki oleh Marina.
Di situ, Azlan sedang menunggu Shahril.
"Sedap cara kau berucap ni, Ril. Tapi gaya kau cakap ni macam kau tiru aku pulak," kata Azlan, ketawa sambil menonton ceramah parti GUDA di TikTok.
"Saya dari awal pun belajar dengan bro Alan juga," kata Shahril, sebelum mencium tangan Azlan.
Parti GUDA ni tanpa semua ahli mengetahuinya, adalah 'parti pembangkang' yang dibiayai oleh Azlan. Ini untuk menunjukkan yang Gelanggayu masih lagi demokratik, walaupun yang melawan Azlan adalah sebuah parti yang lemah.
"Nah, duit beli jajan," kata Azlan sambil menghulurkan cek bernilai RG2 juta.
"Terima kasih, bro Alan."
"Best lakonan kau ni. Sampai hari tu Jeneral Firdaus dah nak arahkan orang suruh bunuh kau. Tapi aku tak kasi. Kalau kau kena bunuh, habis la program aku."
"Laaa, kan bro Fidot ada masa kita rancang semua ni," kata Shahril.
"Dah kau panggil aku Nazi, menyiraplah dia. Ala, dia jenis tak tengok wrestling. Kalau arwah Ali ada ni, berdekah-dekah dia gelakkan si Fidot ni."
"Bro Alan, bila agaknya saya boleh join Parti Nasionalis balik?"
"Sabar, kau rilek dulu."
"Bukan apa, ramai orang kat kampung saya di Kebun Teh tu tak suka saya dengan parti GUDA ni. Kalah saya nanti."
"Yang tu kau jangan risau. Kau akan menang kat situ nanti, dan kau akan join kembali Parti Nasionalis ni."
"Macam mana? Kan ada Akta Lompat Parti?"
"Kau bubarkan je la parti tu, lepas tu join la balik. Biar je la orang Cindy tu tak berparti. Tujuan aku buat ni sebab nak halau budak-budak woke dalam Parti Republikan je."
"Tapi bro, apa endgame dia?"
Azlan berfikir, dan menghirup kopi madunya.
"Kau tak perlu fikir endgame dulu, kita habiskan PRU ni, lepas tu barulah kita fikir pasal endgame. Sekarang, kau kekalkan imej rambut sikat tepi kau ni. GUDA sudah mula!"
--
"Bang Man, saya sarankan kita tubuhkan gabungan dengan GUDA," kata Azizan kepada Rahman.
"Nak buat apa join parti budak-budak jongos tu? Kau fikir base kita suka dengan budak-budak rambut warna-warna sokong LGBT tu?" kata Rahman.
"Bang Man, Parti Demokrat tak boleh lawan Azlan sorang-sorang. Kita kena bergabung."
"Dah kenapa aku nak lawan Azlan? Azlan dah janji aku jadi PM lepas ni. Natasha dah habis term dia. Kenapa pulak aku nak bodoh pergi join parti budak-budak belum akil baligh macam GUDA tu?"
"Bang Man, nanti Parti Demokrat ni kena telan dengan Azlan! Dia ni nak jadi diktator!"
"Kau ni apa masalah kau dengan Azlan, Zan? Kalau setakat masalah cinta hati zaman sekolah kau kena sailang jadi punca kau berdendam dengan dia, kau toksahlah join politik."
"Eiii karang kalau saya cakap abang ni bodoh, abang marah pulak! Dia nak jadikan abang sebagai boneka dia je!"
"Dia pun dah kata dia tak nak bertanding PRU ni, kau ni risau sangat dah kenapa?"
"Abang ni memang bodoh! Bodoh!"
"Habis tu kau punya cadangan untuk buat gabungan dengan budak jongos macam GUDA tu, bagus sangat la? Zan, aku ni, abah yang didik aku dalam politik ni. Abah ajar, kita kena jadi realistik. Kau kalau gabung dengan GUDA ni, kau fikir, orang kampung akan sokong kita ke? Kena la sedar base party kita ni orang Melayu konservatif. Kau fikir Melayu konservatif ni nak ke sokong parti yang secara terang-terang sokong hak untuk meliwat ni?"
"Cakap dengan abang ni, memang tak akan masuk punyalah!"
"Aku nak kau berfikir secara waras, Zizan. Kenapa kau rasa join GUDA tu satu tindakan yang bagus? Kau fikir akar umbi akan sokong ke?"
"Kita kena buat langkah ni bang. Kalau tak, kena pijak kita nanti!"
"Kalau join GUDA lagi la melingkup!"
Azizan tak puas hati, terus dia hempas pintu.
"Bodoh, dasar kepala budak!" jerit Rahman.
--
Tun Natasha tiba di sebuah butik tudung Bokitta, dan dia ke situ untuk membeli tudung.
"Selamat datang, Tun Natasha. Ada apa yang boleh saya bantu?" tanya pembantu kedai tudung itu.
"Saya nak beli tudung..."
"Untuk siapa?"
"Saya."
"Alhamdulillah...akhirnya Tun terbuka hati untuk pakai tudung."
Sejak bersara ni, Tun Natasha ada banyak masa terluang, dan dia menghabiskan masa terluangnya dengan memandu kereta sekitar Wijayapura.
Dia tergerak hati untuk bertudung pada satu petang waktu Asar, ketika dia sedang beli pisang goreng, dan dia nampak semua orang meninggalkan gerai masing-masing untuk ke masjid dan solat Asar berjemaah.
Ada budak-budak yang main di taman permainan pun berhenti bermain dan berjalan menuju ke masjid. Dia terpinga-pinga seorang diri di depan gerai itu sambil menanti penjual pisang goreng itu untuk kembali.
Dia rasa pada masa itu, dia telah menerima hidayah dari Allah. Dia nampak betapa patuhnya umat Islam dengan syariat yang ditetapkan Allah.
Natasha sedar Azlan telah membimbing Gelanggayu menuju ke sebuah negara Islam. Dan negara Islam yang didirikan ini tidak ganas seperti Taliban atau ISIS, tetapi sebuah masyarakat Melayu-Islam yang dibina atas ketamadunan (Hadharrah Islamiyyah).
"Laaaa, kau pun nak beli tudung kat sini jugak ke?" tanya Merlina yang membawa anaknya Julia ke butik tudung.
"Eh, Mer. Beli tudung kat sini jugak?"
"Aku nak belikan tudung untuk anak aku ni."
"Aunty Nat, lepas ni jomlah kita pewgi Family Mawt. Nanti Julia belanja Aunty Nat makan oden!" kata Julia.
"Eh, Julia nak belanja aunty?"
"Ye la, lagi best kalau bawak Kak Wachel!"
Di sebelah kedai tudung Bokitta ni, ada Family Mart. Disebabkan Julia ni adalah CEO nama atas kertas dalam Family Mart Gelanggayu, maka share saham ni pergi ke akaun bank Julia juga.
Tapi Julia ni walaupun Family Mart ni dia punya, dia ambil barang pun dia bayar. Ini nilai yang diajar oleh Merlina supaya jaga perniagaan dengan baik.
Family Mart kini adalah tumpuan golongan muda untuk membeli barangan runcit, sebab tarikan utamanya ialah oden dan ramen dari Ryukyu.
Sejak perang dagang Gelanggayu-Kwantong tahun lepas, Ryukyu dan Goryeo banyak melabur di Gelanggayu. Terbaru, ada shopping mall iaitu Mitsui Shopping Park yang sedang dibina.
Selain itu, syarikat AEON juga membuka cawangan di banyak bandar-bandar baru yang mula tumbuh bak cendawan. Bandar-bandar baru ini adalah projek Merlina untuk melengkapi projek kereta api laju dan kereta api elektrik yang dibina oleh syarikat Goryeo dan Ryukyu.
Dengan cara ni barulah dapat merancakkan ekonomi Gelanggayu, bukan sahaja di Wijayapura tapi ke tempat yang lain.
Perindustrian di Gelanggayu ni bermula pada tahun 70an, tetapi hanya di sekitar Wijayapura sahaja. Menjelang 90an, Teknojaya dibangunkan.
Tetapi banyak tempat yang masih belum membangun, dan kesan perang saudara dahulu pun melambatkan perindustrian di Gelanggayu.
Sejak Azlan menjadi Pengerusi MKKP, pembangunan kini berkembang secara menyeluruh. Tetapi perang dagang dengan Kwantong memperlahankan kerancakan ekonomi itu, maka kerana itu Ryukyu dan Goryeo Selatan meluaskan pelaburannya di sini, selain di Dai Viet.
"Gelanggayu dah lain sejak 10 years ago," kata Natasha sambil makan oden.
"Ye lah, dulu kawasan ni teruk kena bom," kata Merlina.
"Agak cepat kita recover sebenarnya," kata Natasha.
"Kau jugak jadi PM masa tu."
"Nahhh, semua orang tahu ni kerja Azlan and you."
"Ah, siapa-siapa pun yang bangunkan Gelanggayu ni, tak kisahlah. Janji rakyat makin senang, ekonomi naik, aku okay je."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro