Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2018 part 8

"Pencuri! Pencuri! Ada pencuri kat dalam kem!" jerit Iman Alyssa di dalam kem.

Sebagai ketua kem di kem wanita, Rachel terus ambil maklum tentang apa yang sedang berlaku.

"Ada pencuri?" tanya Rachel.
"Ya, ada MP3 player, dan duit RG200 dalam wallet yang kena curi," kata Nina, salah seorang daripada peserta Khidmat Negara itu melaporkan kepada Rachel.

Rachel terus berlari menuju ke pejabat Komander.

"Tuan komander, ada kes kecurian di dalam kem!" kata Rachel kepada Kapten Roslan.

"Komander Fatimah!"
"Ya, tuan!"
"Pergi periksa kat kem wanita."

Komander Fatimah berjalan pantas ke arah kem wanita.

"Ketua kem wanita!"
"Bersedia, komander!" jerit Rachel.
"Kumpulkan semua pelajar di tapak perhimpunan!"
"Bersedia, peserta, gerak! Kiri, kanan, kiri, kanan!"

Komander Fatimah terus bertanya kepada Iman Alyssa.

"Barang apa yang hilang tu?"
"MP3 player dengan duit RG200, Komander."
"Kan dah cakap, mana boleh bawak gajet elektronik."
"Saya tak boleh tidur malam kalau tak dengar lagu. Sebab tu papa kasi bawak."
"Komander Hasnita, Komander Lydia?"
"Ya, puan!"
"Panggil ketua kem ke sini?"
"Baik, puan!"

Beberapa saat kemudian, Rachel datang.

"Ya, komander?"
"Sila bantu Komander Hasnita dan Komander Lydia mencari barang yang hilang."
"Baik, puan!"

Rachel bersama dua komander tu terus mencari barang Iman yang telah hilang.

Tiba masanya Rachel check beg Mili, Rachel terjumpa MP3 player dan wallet Iman.

"Seriously, Mili? No...."

Memikirkan tanggungjawab lebih tinggi yang perlu dipikulnya, Rachel menyerahkan MP3 player dan wallet tersebut kepada Komander Hasnita.

"Yang ni ke?" tanya Komander Hasnita.
"Ya," jawab Iman Alyssa.

Rachel dah facepalm. Of all people, dia ni jugak wallet dan MP3 player yang hilang. Dan of all people, barang ni dijumpai dalam beg Mili.

"Dalam beg siapa, Rachel?"

Mulut Rachel berat nak menjawab, tetapi dengan tugas yang diamanahkan, dia terus sahaja sebut nama sahabatnya itu.

"Dalam beg Mili Adrina, puan."
"Kita ke tapak perhimpunan."

Rachel terus berjalan sambil tunduk. Dia masih terkejut dan tidak percaya dengan apa yang ditemui.

Dan lebih parah lagi, kem lelaki juga diminta turun oleh Komander Fatimah.

Jugra mengumpulkan semua peserta lelaki untuk berjalan menuju ke tapak perhimpunan.

"Ada berlaku kes kecurian dalam kem wanita."

Semua orang terkejut dengan situasi yang sedang berlaku di dalam kem.

"Saya nak pesan kepada semua di sini. Barang elektronik seperti telefon, pemain CD, walkman, atau pemain MP3 seperti ini, adalah barang larangan dalam kem. Iman Alyssa!"

Iman Alyssa berjalan menuju ke depan.

"Pihak pengurusan akan merampas MP3 player ini supaya kamu tidak mengulangi perkara ini lagi, faham?"
"Faham, komander!"

Komander Fatimah menyerahkan wallet yang ada wang RG200.

"Dan barang milik Iman Alyssa ini, ditemui dalam beg Mili Adrina!"

Muka Mili merah padam terkejut. Dia tidak tahu apa-apa tentang kejadian ini.

"Mili Adrina, ke depan!"

Semua mata terpandang ke arah Mili. Mili seperti tergamam dan tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Tadi, ketua kem, Nurul Rachel jumpa barang ini dalam beg kamu."
"Rachel, saya tak buat! Saya tak tahu apa-apa!"
"Then macam mana barang ni boleh ada dalam beg you, Mili?" kata Rachel.
"No, not me! Saya tak tahu apa-apa."
"Iman, Rachel, Mili, ikut kami ke pejabat kapten."

--

"Mili Adrina, macam mana barang Iman Alyssa ni boleh ada dalam beg kamu?"
"Saya tak tahu, tuan!"
"Iman, yang kamu bawa barangan berharga macam ni dalam kem, buat apa? Kan tak boleh bawa MP3 player ni?" tanya Kapten Roslan.
"Papa cakap boleh, sebab saya tak boleh tidur malam tanpa muzik."
"Tak boleh macam tu. Ini peraturan dalam kem. Mili, saya hubungi Puan Jessica sebab dia penjaga kamu."

--

"I can't believe this, Mili. Kita kawan sejak 4 years old. How could you do this? You roommate I! How can I trust you kalau dah jadi benda macam ni?" kata Rachel.
"Demi Allah, Rachel! Saya tak curi barang dia."
"Jangan tunggang agama, Mili. I found it inside your bag? How can you explain that? Kantoi teruk la, Mili."
"No, Rachel. Saya tak tahu apa-apa. Betul! Pernah tak saya curi barang awak, Rachel? Tak pernah pun!"
"Then you expect apa? MP3 tu berjalan ke dalam beg you? Macam tu ke?"
"Tadi masa Mili mandi, Mili tak bukak pun beg tu."
"No, Mili. Komander Hasnita pun nampak barang tu dalam beg you. You ni disappointing me la, Mili. Dah la, I request minta pindah bilik. I tak boleh lah satu roommate dengan pencuri."

Rachel terus keluar dari bilik dengan begnya, dan menuju ke bilik baru.

Mili menangis seorang diri, terasa seperti semua orang tidak mahu percaya kepadanya.

Dia terus menangis sehingga Alif dari blok sebelah, memanggil Mili.

--

"Weh, apa cerita?" tanya Alif.
"Bukan Mili yang buat."
"Habis tu, kau rasa, Iman yang letak MP3 tu dalam beg kau?" kata Alif.
"Mili pergi mandi, lepas mandi tu memang langsung tak bukak beg. Tiba-tiba je ada dalam beg tu."
"Siapa jumpa?"
"Rachel. Lepas tu dia terus minta pindah bilik sebab dia tak percaya kat Mili lagi."
"Aduuuuh, Rachel ni pun pembaris jugak la. Benda macam ni takkan tak boleh fikir?" kata Alif.
"Alif, Jugra kata apa?"
"Kejap, kejap. Jap lagi Jugra datang."
"Jugra pergi mana?"
"Haaaa, into the rabbit hole."

Beberapa minit kemudian, Jugra datang membawa kerepek sour cream and onion, kerepek Cacho's perisa BBQ dan air tin.

"Haaaa! Sampai pun. Jom, ikut kitorang kat port lepak."
"Korang ada port lepak?" tanya Mili.
"Ada laaaa," kata Jugra.

--

"Sumpah, Jugra! Mili tak usik pun MP3 player bodoh dia tu!"
"Ye la, masuk ni dah lapan kali awak ulang."
"Saya takut awak dah tak percaya lagi pada saya."
"Benda macam ni biasa dalam kem ragbi, Mili. Ada orang letak barang, lepas tu tuduh mencuri, lepas tu bertumbuk. Benda dah biasa. Saya faham sangat," kata Jugra sambil mengunyah potato chips onion and sour cream.
"Kau rasa, Iman yang letak ke?" tanya Alif.
"Aku dengan Iman ni, ada satu masalah. Kau tau kan, ayah dia tu, adik kepada ketua parti Demokrat. Datuk dia bekas Perdana Menteri pulak tu. Daddy aku ni perlukan sokongan parti dia untuk berkuasa. Aku sebenarnya rimas dengan Iman ni, tapi aku kena fikirkan daddy aku dengan ayah dia macam mana."
"Tapi Iman tu berniat jahat pada saya, Jugra..."
"Saya tahu, Mili. Saya percaya cakap awak. Tapi faham kan situasi keluarga saya ni sangat complicated?"
"Butoh la Iman! Perangai macam syaiton!" kata Alif.
"Mentang-mentanglah papa kita sakit, mama kita dalam penjara, dia buat macam ni pada saya."
"Takpe, takpe. Tadi, masa lepak kat 7E depan ni, saya lepak dengan brader cashier tu. Dia bagi pinjam telefon. Tadi call Abang Kecik. Saya dah cakap pasal ni kat dia."
"Apa je Bro Kecik boleh buat?" tanya Alif.
"Haaaa! Bro Kecik ni taiko besar wei! Kau jangan main-main! Dia cakap besok dia bawak geng The Jackals."
"The Jackals? Geng apa tu?" tanya Alif sambil kunyah Cacho's.
"Haaa, dia ni geng pendajal paling power. So legendary, sampai Amin Kob Noblurs pun menulis kepoweran mereka dalam novel Kantan Perdana."
"Kejap, kejap! Bro Adli Margera ke?"
"Haaa laaa! Aku dulu dapat kibarkan bendera Palestin masa Obama datang dulu tu pasal geng dia la."
"Wei, kabel kau ni power, Jugra."
"Jadi Mili, relaks. At least kitorang percaya kat awak. Tentang Rachel tu, pandai la saya cakap dengan dia," Jugra menepuk bahu Mili.

Mili terus tersenyum bila Jugra menepuk bahunya.

"Ingat, kita semua apa? Kita brotherhood!" kata Jugra, sambil fistbump kepada Alif dan Mili.
"Steady la, Jugra!"
"Dah, korang semua, jom masuk ke dalam kem sebelum komander nampak. Sekarang dah nak pukul 1 pagi. Kita kena bangun sebelum pukul 5 pagi, faham?"
"Faham!"
"Mili, relax okay. Okay korang, sampah kumpul kat sini. Besok sebelum kawad, kita kena kemas. Jangan tinggalkan sebarang kesan."
"Baik, Jugra."

--

Lori Kecik tiba bersama Adli Margera dan Ziel-O.

"Siapa buli awek kau doh? Eiii geram pulak aku," kata Ziel-O mencekak pinggang.
"Payah sikit ni, kak Ziel-O. Anak Menteri Kewangan."
"Tapi awek kau bukan ke si gymnast tu?"
"Bukan! Bukan! Ni Mili Adrina."
"Oooo awek yang menari TikTok tu ke? Yang bukan-bukan je awek kau ni," kata Adli, sambil kunyah karipap sardin.
"Aduh, aku geram betul orang menganiaya macam ni. Besok kalau dah jadi menteri, jadi jahat la!" kata Ziel-O.
"Kita kena rancang sesuatu ni. Bro Kecik, ada idea tak?" tanya Adli Margera.
"Kau tanya aku pulak. Dalam Kantan Perdana bukan main hebat lagi. Berapa kau bayar Amin Kob Noblurs tu untuk buat propaganda pasal kau ni?"
"Char kuey teow je," kata Adli Margera.
"Takpe, camni. Aku akan menyamar jadi kontraktor pembersih tandas. Lepas tu, kau suruh awek kau, tunjuk bilik anak menteri tu. Pandai la aku settlekannya," kata Ziel-O sambil menepuk bahu Jugra.
"Okay weh, gerak dulu. Thanks sebab datang sini," kata Jugra.
"Wei, kejap," Adli Margera seluk poketnya.

"Ni, mercun bola. Ni mercun papan. Ni, lighter. Gunakan mercun ni dengan sebijaknya," Adli Margera menghulurkan senjata kepada Jugra.

"Steady!"
"Mili ni adik member kau yang mata dia buta sebelah tu ke?" tanya Ziel-O.
"Eh, kakak dia. Yang Alif tu adik."
"Tu anak murid kesayangan arwah bro Ali tu. Memang tak boleh jadi!" kata Adli Margera.

--

"Hey Mili, kau dengar sini ya? Stay away from Jugra, okay? He's mine. Dah la mak pengkhianat negara, bapak pulak kena HIV. Keturunan tak guna!" kata Iman ketika Mili sedang makan sarapan pagi.

"Apa masalah kau ni, sial!" jerit Alif.
"Takde masalah. Cuma aku allergik dengan golongan keturunan sial macam korang ni. Mak korang dah la pengkhianat negara, sekarang dah viral dia menyundal dengan Tengku Jimmy."

Alif nak bagi penumbuk, tapi Mili tahan tangannya.

"Last warning ya, Mili."

"Kimak punya betina!" kata Alif.
"Sabar, Alif. Jom ikut Mili."

Mili nampak Iman cuba nak membodek Rachel untuk menjadi kawannya. Dalam beberapa minit lagi, kelas kenegaraan akan bermula. Jadi Mili dan Alif terus ke pejabat dan merembat gam.

Mili kemudiannya mengambil gam tersebut dan masukkan ke dalam plastik.

"Kau hisap gam ke, Mili?"
"Tak lah. Awak main jahat dengan saya kan, Iman. Awak cuba nak rosakkan imej saya depan Jugra kan?"

Mili letak gam kayu yang baunya cukup tengik, dan letakkan di dalam beg Iman. Kemudian, plastik yang berisi gam itu dia letak di dalam beg Iman.

"Jom, cepat lari!"

Alif dan Mili terus berlari ke koridor lain, sementara peserta lain baru nak menuju ke kelas kenegaraan.

"Bau apa ni?" tanya salah seorang peserta Khidmat Negara.

Rachel pun rasa tak senang duduk dengan bau tengik gam kayu ni.

Encik Rafi masuk ke dalam kelas.

"Bangun! Selamat sejahtera Encik Rafi!" kata Jugra selaku ketua kelas.
"Selamat sejahtera, Encik Rafi!"
"Duduk."

Encik Rafi jadi tak senang bila terbau gam kayu yang kuat.

"Bau apa ni?" tanya encik Rafi.
"Eiii...teruknya bau ni."

Iman rasa pelik sebab bau tu datang dari tempat dia.

"Jugra!"
"Ya, encik Rafi."
"Check beg semua orang."
"Rachel, tolong check beg sekali."

Jugra dan Rachel pun memeriksa beg semua orang. Dan bila Jugra buka beg Iman, Iman tersenyum melihat crushnya menyentuh begnya.

"Weh, kau hisap gam ke, Iman Alyssa?" kata Jugra.
"Hah!"

Rachel periksa meja Iman, dan ada plastik berisi gam.

"Iman Alyssa Azizan! Berdiri di depan!" jerit Encik Rafi.

"Maaf, encik Rafi. Saya tak tahu macam mana ada gam dalam beg saya."
"Awak hisap gam ke? Lailahaillallah! Rosak otak, awak tau tak! Jugra, Rachel!"
"Ya, encik Rafi."
"Bawa Iman Alyssa ke Komander Fatimah."
"Baik."

Sambil mengiring Iman, Jugra pandang Mili yang buat-buat tenang.

Jugra buat isyarat ibu jari tanda menyokong tindakan Mili. Sebenarnya sebelum Adli Margera naik lori, dia berbisik pada Jugra.

"Kau cari gam kayu, rembat kat bengkel ke, pejabat ke..."
"Ooo ok ok, saya tau tu bro Adli Margera!"
"Kau letak dalam plastik sirap tu, letak bawah meja dia. Orang akan tuduh dia kaki hisap gam!"

Tapi Jugra tak boleh dilihat bias, sebab tu dia suruh Mili ambil gam tu dalam pejabat.

--

Selepas menghantar Iman ke bilik komander, Jugra dan Rachel berjalan kembali menuju ke kelas kenegaraan.

"I tak sangka Iman Alyssa tu sniffing glue. Eiii, rosak otak kalau macam tu."
"No, Iman tak hisap gam pun."
"You tak nampak ke gam tu dalam beg dia? Dalam plastik tu ada gam?"
"Rachel, cuba jangan jadi pembaris."
"Then siapa yang letak gam dalam beg dia?"

Jugra hanya mendiamkan diri, kemudian tersenyum.

"You tau ke siapa yang letak gam dalam beg Iman?"
"I tau siapa yang letak gam dalam beg Iman, dan I tau siapa yang letak MP3 player dengan wallet Iman dalam beg Mili. Tapi kalau pembaris, susah nak faham game ni."
"Stop calling me pembaris, okay?" kata Rachel.
"And stop behaving like one."

--

Mili

Macam aku selalu cakap, aku ada seribu satu cara untuk kenakan si Iman Alyssa ni. Aku nak buat dia ending macam cerita Final Destination pun aku mampu buat sebenarnya.

Aku dah tahu sebenarnya yang Iman ni nak perdajal aku, dari dulu lagi. Setakat mp3 bodoh dia, buat apa? Kita bukannya di zaman 2000an nak pakai mp3 player.

Setakat RG200, cheh, ingat aku hairan ke? Aku keluar dari kem ni, aku dah memiliki sebuah pulau di Carribean. Dia, ada apa? Takat RG200 aku nak curi, ingat aku ni bangsat sangat ke?

Pengerusi Azlan dah lantik aku sebagai apprentice dia, apa aku nak takut?

Aku biarkan sebab aku nak tengok, Jugra akan lindungi aku atau tak. Rachel memang perangai dia, macam mak dia jugak. Pembaris. Aku tak salahkan Rachel dalam hal ni pun.

Mujur Jugra ni melindungi kekasihnya. Jadi aku rasa worth it untuk aku jadi apprentice Pengerusi Azlan dan bakal melindungi dia.

Disebabkan itu aku kena berlakon berpura-pura jadi lemah, sebab kalau Jugra tak lindungi aku, aku ada plan B, C, D sampai Z. Aku tak bodoh, cuma aku nak tengok sejauh mana Jugra ni mahu melindungi aku.

Cuma aku rasa ada unusual suspect. Antara tiga orang ni, aku kenal tiga-tiga perangai. Cuma Jugra ni dia masih kabur lagi tentang apa dia perlu buat. Tapi kejap lagi, aku tengok dia macam mana handle aku. Jugra ni calm, tapi ada masa datang sengal dia.

Rachel, dia ni pembaris. Dia ni bagus kalau jadi peguam negara atau bahagian undang-undang.

Tapi Alif ni, dia lemah sikit terutamanya bab emosi. Hari ni mungkin dia nak tumbuk Iman Alyssa, besok kalau dah kena mengorat?

Dan dia ni dari hari tu nak mengorat Rachel. Kalau dia tak dapat Rachel, adakah dia akan lemah dengan godaan perempuan lain?

Setakat ni aku percayalah adik aku ni. Akan datang kita tak tau. Just saying.

Apapun, aku hadap je lah hari bodoh ni.

--

Selepas solat Zuhur, Jugra panggil Mili, Rachel dan Iman, serta Kapten Roslan dan Komander Fatimah untuk mesyuarat tergempar.

Iman dan Mili berdiri di depan, sementara Kapten Roslan dan Komander Fatimah duduk di tepi.

"Semalam, Rachel jumpa MP3 player dan wallet Iman dalam beg Mili, jadi apa pendapat Komander Fatimah?" tanya Jugra.

"Mili curi barang Iman," kata Komander Fatimah.
"Baik. Hari ni saya dan Rachel jumpa gam di dalam beg dan meja Iman. Apa pendapat Kapten Roslan?" tanya Jugra lagi.
"Iman hisap gam?"

Jugra terus mundar-mandir.

"Dua-dua salah. Jawapannya, Iman letak barang dia dalam beg Mili, dan disebabkan Mili rasa malu dengan apa yang berlaku semalam, Mili letak gam dalam beg Iman," kata Jugra.

"Kamu bercakap ni macam Detective Conan pulak," kata Kapten Roslan.

"Sekarang, saya nak tanya Iman. Apa tujuan awak letak MP3 player dan wallet awak dalam beg Mili?" tanya Jugra.

"Mili ni pencuri, Jugra. Jangan percaya dengan dia," kata Iman.
"Ye la, Jugra. I sendiri yang jumpa barang tu dalam beg Mili," kata Rachel.
"So, by that logic, adakah Iman hisap gam?" tanya Jugra.

Kapten Roslan, Komander Fatimah dan Rachel berpandangan sesama sendiri. Jugra teruskan berjalan mundar-mandir sambil pegang pembaris kayu di tangannya.

"Of course not. Tapi semua orang kat sini tak pernah jumpa orang yang hisap gam, atau kenal macam mana rupa seorang pencuri. Kapten, masalah dalam pengurusan disiplin dalam kem ni, ialah semua orang macam pembaris. Lurus betul. Jumpa MP3 Iman dalam beg Mili, tuduh Mili pencuri. Jumpa gam dalam beg Iman, tuduh Iman hisap gam. Sekarang, Mili kawan saya, Iman pun kawan saya. Dua-dua pun saya kenal mereka secara peribadi. Kalau Iman ni hisap gam, dah lama muka dia cengkung lepas tu muka dia dah rosak teruk. Cakap pun merepek je. Dan Mili, bertahun-tahun dia lepak rumah saya, rumah you, Rachel. Tapi satu barang pun tak pernah hilang."
"Jadi, apa motifnya?" tanya Rachel.
"Tu yang saya nak tanya Iman. Kalau Mili saya dah tahu dah. Sebab dia nak balas dendam apa yang Iman buat pada dia semalam."

Kapten Roslan bangun dari kerusi.

"Jugra, rasanya saya dah faham dengan apa yang kamu cuba sampaikan."

Jugra terus berjalan ke depan Kapten Roslan, dan pandang tepat ke mata Kapten Roslan, sehingga dia terus duduk kembali.

"Kapten, sebagai ketua peserta dalam kem ni, saya bertanggungjawab untuk memberi keadilan kepada semua. Itu apa yang ayah saya ajar pada saya. Sebelum menghukum, dengar semua pihak bersuara dulu. Tapi saya rasa, Kapten dan Komander Fatimah, terlalu cepat nak menghukum," kata Jugra.
"Kenapa korang berdua ni gaduh?" tanya Komander Fatimah.
"Daripada kat sekolah lagi dia ni suka cari pasal dengan saya, Komander!" kata Mili.
"Eh kau ni Mili! Bila masa aku kacau kau!"
"Pagi tadi kau ugut aku, kan? Tak caya, panggil Alif. Dia saksi."
"Saksi kau tak boleh pakai! Adik beradik sama je! Dah la mak pengkhianat negara!"

Jugra perhatikan pergaduhan antara Mili dan Iman sambil berpeluk tubuh.

"Diam!" kata Kapten Roslan.
"Jugra, kamu ada apa nak cakap?" tanya Komander Fatimah.

"Mili, Iman, kita ni semua alumni Kolej Melayu Wijayapura. Sekolah kita ni ada prestij. Walaupun kita dah habis sekolah, kita bawa nama sekolah kita sampai ke tua. Iman, kita berkawan dah lama, kan?" kata Jugra.

"Ya, Jugra."
"Mili, kita dah berkawan dari sekolah rendah lagi."

Mili hanya tunduk bila Jugra kata macam tu.

"Iman, kenapa buat Mili macam tu?" kata Jugra.

Jugra kemudian kembali ke kerusinya.

"Iman, Mili. Tolong jangan malukan nama Kolej Melayu. Kita kena jaga imej sekolah kita sampai akhir hayat kita. Saya nak kamu berdua bermaafan. Saya tak suka la kalau kita semua bergaduh macam ni. Saya faham, mama Mili kini dihadapkan ke mahkamah atas kes-kes tu. Tapi awak tak boleh cakap Mili ni pengkhianat negara, Iman. Cuba awak tengok, dalam kelas kenegaraan, siapa paling cemerlang antara semua?" tanya Jugra.

"Mili..." kata Iman.
"Dah tu, macam mana orang yang pandai dalam kelas kenegaraan, boleh jadi pengkhianat negara? Berat tuduhan awak ni, Iman. Lagipun, yang mama Mili buat, awak janganlah sabit kesalahan tu pada Alif dan Mili. Karang kalau saya cakap pasal kes datuk awak masa jadi PM dulu ada kes salahguna kuasa terhadap Datuk Rahizan masa tahun 1998 dulu, awak suka kalau saya cakap awak ni gila kuasa? Tak suka, kan?"

Kapten Roslan terkejut bila tengok Jugra tahu pasal konflik politik tahun yang dia belum lahir lagi. Dia dan Komander Fatimah terus kagum melihat kepimpinan Jugra yang macam ayahnya juga.

"Saya cadang, Iman dan Mili berbaik-baik. Dua-dua pun saya kawan. Dua-dua ayah mereka pun kawan ayah saya. Saya cuma nak keharmonian dalam kem ni. Macam mana, Kapten Roslan? Komander Fatimah?"
"Saya setuju dengan pendapat Jugra tu. Iman, Mili, salam dan minta maaf," kata Komander Fatimah.
"Baik, Komander."

Mili dan Iman bersalaman, tapi mata seperti masih menyampah antara satu sama lain.

"Okay, rasanya semua dah boleh ke kelas pembentukan karektor. Saya tak mahu lagi isu macam ni berlaku lagi, faham?" kata Kapten Roslan.
"Faham, kapten."
"Masuk kelas."
"Jugra, Rachel. Ke sini."

Jugra dan Rachel berdiri di depan Kapten Roslan.

"Syabas, awak berdua dah menunjukkan kepimpinan yang baik. Rachel tunjukkan yang dia tegas dan tak pilih bulu, tapi Jugra memberikan rasional dalam memberi keadilan kepada kedua-dua pihak. Syabas kami ucapkan. Ada apa-apa kamu nak cakap?"

Rachel menggeleng kepala.

"Kamu, Jugra?"
"Kapten Roslan, saya harap hal ni tak perlu diperbesarkan sampai ibu bapa mereka tahu tentang perkara ini. Saya tak nak sebab mereka berdua ni gaduh kerana melibatkan saya, sampai ayah saya pula kena panggil semua orang. Dan dah tentu Kapten tak nak ayah saya panggil sebab perkara macam ni," kata Jugra.
"Baik Jugra, saya maklum. Baiklah, kamu berdua, masuk kelas."
"Baik, kapten!"

Jugra dan Rachel berjalan menuju ke kelas pembentukan karektor.

"Dua-dua ikut perangai mak, perangai ayah," kata Komander Fatimah.
"Ni yang mencabarnya jaga kem elit macam Kem Jugra ni. Nak dakwa pun kena hati-hati. Mujurlah Jugra ni perangai dia macam ayah dia. Susah nak dapat kepimpinan yang macam ni."
"Tapi takutlah Kapten bila dia tenung mata kita macam tu."
"Awak pun boleh rasa kan perasaan saya tadi, Komander Fatimah?"

--

"How did you know all of this, Jugra?" tanya Rachel.
"Daddy cakap, benda pertama untuk buat pernilaian, ialah guna mata dengan secekapnya. Lepas tu, guna telinga untuk dengar pendapat kedua-duanya pihak. Lepas tu guna mata lagi untuk perhatikan pihak mana bercakap benar, yang mana bohong. Lepas tu, barulah kita guna mulut untuk bercakap."
"I cuba untuk berlaku adil, Jugra. Tapi kalau you kat situasi I semalam, mesti you susah nak buat keputusan. Kena pulak Mili tu kawan I sejak I umur 4 tahun."
"Sebab you dah kawan dengan dia lamalah, judgment you patut boleh tau macam mana. Tapi you ni pembaris, Rachel."
"Stop call me that."
"Then stop behave like that. I tengok sekali imbas je I dah tau motif masing-masing. It wasn't that hard pun. Mili girlfriend I, and Iman crush dengan I. Iman cuba discredit Mili so that I akan accept dia as his girlfriend. Tak susah nak faham motif."
"Tau la hot stuff," kata Rachel.
"No, I bukan hot stuff. Reason Iman buat macam tu pun, sebab nama I Jugra bin Azlan. Kalau I anak orang lain, she wouldn't do like that."
"Macam mana you boleh tau gaya orang hisap gam?"
"Rajin berkawan dengan semua orang, Rachel. I dengan anak orang elit pun I kawan, dengan rempit flat pun I kawan. Jangan pilih kelas kita je untuk berkawan. Tu apa yang daddy ajar, apa yang arwah Uncle Ali ajar."
"You will be great leader bila ganti daddy nanti."
"No lah, I tak minat pun politik. I minat nak belajar F1 engineering sebenarnya. Atau belajar pasal enjin kereta. Politik ni, full of mess."
"I think daddy akan letak you jugak jadi politicians nanti. Percayalah."
"I tak nak. You nak jadi politician, you jadi la. Cuma jangan jadi pembaris."
"Stop call me that! Eiii!"
"I nak you minta maaf kat Mili apa yang you cakap pada dia semalam."
"Yeah, you're right. I shouldn't scold her last night."

--

Jugra berjalan di belakang Rachel, sambil tangan di belakang, memerhatikan Mili yang sedang berseronok dengan kawan-kawan bermain bola jaring dalam acara riadah.

"Go ahead," kata Jugra.
"I nak cakap apa dengan Mili?"
"Say sorry. Say like you mean it."
"I really mean it! Tapi I tak tau macam mana nak cakap."
"Mili!" Jugra menjerit panggil Mili yang sedang nak shoot bola ke jaring. Memandangkan Jugra yang panggil, semua orang hentikan permainan.

"Ada apa ni?"
"Rachel ada benda nak cakap dengan awak."

Mili letak bola ke padang.

"Ada apa, Rachel?"

Rachel yang dibaluti rasa bersalah malam semalam, terkial-kial nak cakap. Tangannya berpeluh sejuk, sebab cara Jugra peluk tubuh dan memandangnya macam gaya badan daddynya bila nak tekankan kuasa dan pengaruhnya.

"Cakaplah, Rachel. Ada lagi lima minit ni sebelum masa riadah nak habis," kata Mili.
"I'm so sorry for what I said to you last night. I know I was wrongfully accusing you for something you didn't commit. I'm so sorry," kata Rachel.

"Tunduk Ryukyu," kata Jugra.

Rachel terus tunduk Ryukyu kepada Mili.

"It's okay lah, Rachel. Kita dah kawan since kita 4 tahun kan? Takkan sebab ni kita nak putus kawan?" kata Mili.
"I know I was wrong, tapi I nak you faham, actually masa I jumpa barang Iman tu, I memang takut nak cakap. Tapi I terpaksa."
"It's okay, Rachel. Kita kan kawan."
"You maafkan I?"
"Saya tak kisah pun. Awak pun dalam keadaan yang susah nak buat keputusan masa tu. Tanggungjawab jadi ketua kem wanita kan berat."

Mili terus peluk Rachel.

"Thanks, Mili. Lepas maghrib, I pindah balik ke bilik you tau?"
"Okay, saya nak sambung main bola jaring ni!"

Mili masukkan bola ke jaring sambil rakan-rakan semua berlari bermain semula.

"See, tak susah pun minta maaf, Rach."
"When I look at your eyes, I can see daddy is inside you. Patutlah mommy cintakan daddy sampai sekarang."
"Ingat apa moto sekolah Kolej Melayu Wijayapura. Berlaku adil dan saksama. Ni bukan soal I ni anak daddy. Ini apa yang sekolah kita ajar. That's our school credo. Fair and justice. Daddy pun sekolah situ, sebab tu dia pegang prinsip yang sama."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro