
2018 part 7
Jugra
Dah hampir dua minggu aku kat kem Khidmat Negara. Dua minggu aku tak nampak muka daddy, Mama Mer, Encik Murad, Julia, atau Mony.
Aku mengaku aku agak homesick, tapi daddy pesan pada aku, ini adalah demi negara. Jadi aku pendam segala kerinduan aku pada rumah dengan fokus kepada latihan dan kelas kenegaraan dan pembentukan karektor.
Aku dipilih sebagai ketua kem lelaki, dan Rachel dipilih sebagai ketua kem wanita. Dan sebagai ketua kem lelaki, aku dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan kem, untuk menjaga disiplin peserta dan menjaga keharmonian dalam kem.
Disebabkan dorang ni anak menteri, dorang ni agak spoil brat sikit. Tapi mendengar nama anak Azlan je dah buat mereka gentar. Mesti daddy dah lalui banyak perkara sampai orang jadi cuak bila dengar nama dia, selain daripada kena tembak dua kali, yang aku tahu.
Walaupun roll call bangun pagi jam 5 pagi, tapi aku selalunya biasakan diri bangun jam 4.40 pagi, 20 minit lebih awal daripada sepatutnya. Sebab menurut Mama Mer, kalau kau selalu dikejutkan dari tidur dalam keadaan terkejut, lama-lama kau senang kena serangan jantung.
Selepas solat Subuh, kami semua tukar baju dan pakai uniform kawad kami. Setiap pagi kami berkawad. Selain itu kami juga berlari sejauh 2 kilometer setiap pagi untuk memastikan fitness kami terus maintain.
Setiap pagi, Kapten Roslan akan memeriksa perbarisan kami. Dengar cerita Kapten Roslan ni dulu berkhidmat di bawah Jeneral Firdaus masa dia masih Kolonel.
Khidmat Negara di Gelanggayu adalah wajib bagi semua warganegara Gelanggayu berusia 18 tahun, kecuali mereka yang mempunyai surat doktor pengecualian.
Macam Alif, disebabkan mata dia buta sebelah, dia boleh je tak masuk aktiviti lasak. Tapi bab kawad atau berlari tu dia kena lah join.
Macam aku, kena merangkak dalam lumpur, panjat tembok, lari bawak guni berisi batu. Macam tentera betul lah.
Dalam Khidmat Negara Gelanggayu, ada tiga peringkat iaitu peringkat asas, peringkat kedua dan peringkat ketiga.
Peringkat asas, latihan dalam masa 6 bulan, dan bila dah keluar dari latihan, dapat certificate dari PKN, boleh masuk universiti, dapat elaun RG250 sebulan dan itu sahaja.
Peringkat kedua, latihan dalam masa satu tahun, dan dapat elaun RG500 untuk setiap bulan. Latihan peringkat kedua ni, kira jadi macam intern lah, akan diserapkan ke jabatan bomba, polis peringkat bawahan (auxiliary police) atau bahagian kecemasan di hospital-hospital.
Peringkat ketiga ni bila dah lepas peringkat kedua, dan tambah lagi setahun, maknanya 2 tahunlah Khidmat Negara. Dapat berkhidmat dalam tentera. Yang ini dapat elaun RG1,000 sebulan, dan belajar mengendalikan senjata yang lebih berat.
Kalau peringkat asas pegang M16, tapi yang peringkat ketiga ni, pegang rocket propelled grenade, pegang sniper rifle, atau belajar mengendalikan meriam howitzer.
Tapi yang ini memerlukan ujian ketahanan yang dipanggil Individual Physical Proficiency Test (IPPT), yang memerlukan peserta peringkat ketiga untuk lulus.
Dan lepas keluar je daripada yang ini, maka terus dapat pangkat Lans Koperal dalam tentera. Maknanya kalau nak teruskan kerjaya dalam tentera, dah tak payah masuk dari bawah macam Prebet.
Daddy pesan dengan aku, supaya cuba ke peringkat ketiga, sebab bila aku habis nanti, Jeneral Firdaus nak hantar aku ke Kolej Tentera, untuk latihan di sana selama dua tahun, untuk belajar military tactic dan combat operation.
Jeneral Firdaus cerita, lepas dia ada misi ke Somalia, bos dia dulu hantar dia ke situ juga dan sekarang, dia dah jadi Jeneral. Tapi daddy bukanlah nak aku jadi macam Jeneral Firdaus, tapi untuk kuatkan resume.
Lagipun masa aku kecik sebelum sekolah dulu, sebelum perang, aku suka main game Command and Conquer Zero Hour, dan bila aku pandang Pengetua daddy, dia nampak segak dan berani, jadi sebab tu daddy pun macam tu.
Dalam aktiviti kenegaraan, kami semua belajar tentang sistem kenegaraan. Dalam kelas ni aku sangat kagum dengan pengetahuan Milipedia. Dia tahu dan hafal akta-akta, serta dia memang berminat nak belajar tentang politik.
Sampai Encik Rafi, tutor kami tu pun, panggil Mili ni, political nerd. Bayangkan, Mili ni boleh tahu sejarah tentang Parti Persekutuan, yang dah takde sejak kitorang lahir lagi. Patutlah daddy nak Mili kerja dengan dia.
Sebab tu kalau kelas kenegaraan ni, aku memang suka duduk sebelah Mili. Kalau tutor tanya pasal sejarah politik je, mesti Mili angkat tangan.
Walaupun dalam kem ni, orang selalu ejek Alif dan Mili sebab apa yang mama mereka buat, dan reputasi papa mereka yang dikatakan menghidap HIV, tapi dorang tak berani ejek Alif dan Mili depan aku atau Rachel, sebab kami best friend mereka.
Selalu juga dengan Iman Alyssa dan kawan-kawan dia perli-perli Mili, tapi sebab Mili jadi roommate Rachel, terselamatlah Mili. Mili selalu makan hati sebab aku baik dengan Iman. Nak buat macam mana kan, dia kan anak kawan baik daddy. Susah pulak nanti daddy dengan Uncle Zizan.
Lagi apa nak cerita pasal Khidmat Negara ni ya? Hmmm, bab kelas pembentukan karektor. Kelas ni dia ajar kita untuk basuh baju sendiri, belajar mengemas rumah, belajar masak. Lepas tu dalam masa seminggu sekali, kami kena keluar naik bas dan tolong bersihkan rumah orang-orang tua, atau tolong di rumah anak-anak yatim.
Yang ni juga kami pergi ke kawasan kampung untuk membantu penduduk kampung dalam aktiviti gotong-royong dan tolong hantar bantuan kalau ada bencana.
Dalam bab ni Rachel paling berdikari sekali, sebab dia cakap Aunty Nat dah train dia hidup independent sejak dia kecik lagi.
Sebelah malam pula, ada syarahan, atau kesenian patriotik, macam kena tulis puisi cintakan tanah air, atau berlakon teater, menyanyi lagu-lagu patriotik, atau menonton filem-filem patriotik dan filem perang.
Ada sekali tu Komander Razali boleh bukak pulak Bridge At The River Kwai. Sampai tiga jam filem perang tu. Alif dah tak tahan sampai dia tertidur, tapi sebab aku minat cerita perang, aku layan sampai habis.
Lagi apa ya? Makan! Sarapan pagi mi goreng, atau mihun sup, dengan kuih (selalunya karipap atau kuih badak), dengan teh o.
Makan tengah hari pula nasi putih, ayam atau ikan, selalunya kari, masak lemak atau sambal, dengan sayur, sama ada kobis atau kacang panjang.
Minum petang pula selalunya kuih ketayap, karipap atau cekodok pisang, dengan teh susu, dan makan malam pula ialah lauk yang berlawanan dengan lauk siang tadi. Kalau siang ayam, malam ikan. Kalau siang ikan, malam ayam.
Minum malam pula biasanya kuih petang tadi, dia recycle balik dan teh o.
Kapten Roslan ada beritahu, dalam hujung bulan, daddy nak datang, jadi kami semua kena berlatih berkawad hormat pada daddy selaku Pengerusi.
Dengar cerita, semua modul program Khidmat Negara ni, dirancang oleh Pengetua, Perdana Menteri Shahrizal, Menteri Pertahanan, Izham Syafie Izzat, Jeneral Abu Bakar, dan daddy.
Dan sejak daddy jadi Pengerusi MKKP tahun 2014, daddy yang banyak mengawal selia semua aspek, termasuklah upgrade fasiliti kem.
Lagi apa ya nak cakap? Oh, macam cuti sekolah, kami pun ada cuti juga. Dipanggil cuti khidmat. Cuti ni macam cuti sekolah lah, setiap dua bulan, ada semester break. Boleh balik rumah untuk dua minggu.
Kalau cuti raya dia bagi sebulan, antara tengah bulan puasa sampai tengah bulan raya. Kalau untuk Krismas pun, peserta Kristian dapat cuti sebulan, tapi time raya dia dapat cuti dua minggu je lah.
Tapi pada aku, aku buat ni bukan sebab elaun, tapi sebab daddy cakap, ada sesuatu untuk aku di masa depan. Sebab lepas habis je dua tahun, daddy cakap aku kena ikut Jeneral Firdaus.
Mungkin macam dia juga ikut Pengetua yang dulu seorang Jeneral, aku pun kena ikut Jeneral jugak lah. Ah gitu.
Okaylah geng, aku nak kiwi kasut but aku dulu. Nanti aku cerita lagi.
--
Rachel nampak Azam makan sorang-sorang di kafetaria. Rachel nak tegur, dan duduk dengan dia, tapi dalam masa sama Mili, Alif dan Jugra dah ajak makan sekali satu table.
Mata Rachel asyik terpandang-pandang ke arah lelaki itu, tapi dia buat-buat cover pandang ke arah lain bila ada Alif dan Mili di sebelahnya.
"Jugra mana?" tanya Rachel.
"Solat dhuha," kata Alif.
"Wow, solat wajib pun kita miss-miss, dia solat dhuha?" kata Rachel.
"Dia cakap, solat dhuha ni kunci untuk murah rezeki," kata Mili.
Telinga Rachel mendengar, tapi matanya melirik ke arah lelaki itu.
"Rachel?" Alif tegur.
"Oh ya, kenapa, Alif?"
"You pandang siapa tu?"
"Oh, tak. Tu, kucing. Comelnya."
Kebetulan ada kucing yang memang dibela oleh tuan kafetaria lalu lalang di situ.
"Encik Murad beritahu sekarang Mony tengah sakit. Sedihnya," kata Mili.
"Ala, kucing-kucing yang lain kan ada. Tu, Cheetara, Lion-O tu," kata Alif.
"Ye la tapi tak sama macam Mony. Kan kita jumpa dia masa tepi jalan dulu," kata Mili.
Jugra datang dengan muka bersinar nur baru habis solat dhuha.
"Breakfast apa hari ni?"
"Roti canai."
"Sempoi. Tunggu jap, aku nak pergi beratur ambik makanan!"
--
"Pak Jamil, ini bahagian untuk Pak Jamil..."
"Tak payahlah, Azlan. Pada Pak Jamil, cukuplah Pak Jamil sempurnakan permintaan almarhum Tuanku Sultan Norman. Sebab almarhum tahu, Azlan mampu jadikan Gelanggayu tempat yang lebih baik. Hari ni, Gelanggayu pun bertambah makmur, dah tak macam sepuluh tahun lepas masa tamat perang saudara. Untuk Pak Jamil, asalkan orang Melayu hidup tak merempat di bumi sendiri, cukuplah."
"Apa yang Pak Jamil cakap pada saya pasal kaum Noongar dulu bagi kesedaran mendalam pada saya betapa pentingnya mempertahankan kedaulatan bangsa dan agama."
"Azlan, kau datang sini nak jumpa ayah mertua kau kan?"
"Ya, tapi nak jumpa Pak Jamil juga."
Pak Jamil senyum sambil memandang Azlan.
"Aku fikirkan ramalan Sayyid Muluk itu memusnahkan, tetapi bila kau yang jadi lelaki terpilih tu, aku rasa bersyukur Gelanggayu kini lebih baik."
--
Selepas memberi kontrak untuk menternak lembu jenis angus dam wagyu kepada Danish dan Dania, aku pulang dengan rasa lapang dan lega hati. Semua orang puas hati dengan pembahagian kekayaan ini.
Dari Australia aku ke Majapahit, dan membalas kunjungan Presiden Jokowi ke Wijayapura tempoh hari.
Antara perbincangan aku dengan Jokowi ialah soal kemandirian negara-negara Pentas Sunda, dalam berdepan dengan perang dagang Amerika Syarikat-Kwantung dan apa yang perlu dilakukan.
Aku memberi pendapat agar dua negara besar dalam Nusantara ini bekerjasama dalam memastikan kemakmuran bersama. Aku kata, walaupun penjajah British-Belanda membelah dua pentas benua ini semasa era imperialisme, dan kini Gelanggayu dan Majapahit menjadi dua buah negara, tidak bererti ia jadi penghalang untuk bekerjasama.
Antaranya ialah projek pembinaan ibu negara baru Majapahit yang berhampiran dengan pusat teknologi Gelanggayu iaitu di Teknojaya. Rancangan membina kereta api elektrik akan merancakkan ekonomi kedua-dua buah negara.
Cadangan untuk membangunkan sektor tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin dan hidro serta ombak laut juga dibincangkan.
Aku dan Jokowi juga menandatangani perjanjian perdagangan bebas tarif, kerana jumlah perdagangan kedua-dua belah negara bernilai $15.2 billion (RG48 billion).
Dari segi pelancongan, PergiMana dan Traveloka akan meneroka lebih banyak lagi tempat pelancongan di kedua-dua belah negara.
Merlina juga bercadang untuk buat kedai mi segera tanpa pekerja (manless ramen noodles shop) yang kini menjadi konsep yang popular di Ryukyu, Goryeo dan Taipei-Formosa.
Untuk sementara waktu, kedai ini akan dibuka di kawasan universiti dan di kawasan pusat khidmat negara seluruh Gelanggayu, dan Merlina berbincang dengan anak kepada pemilik syarikat Majamie, Mira Salim Welirang untuk menjadi pengimport utama Majamie ke Gelanggayu.
Selepas mesyuarat dan segala deal sudah selesai, Natasha pulang ke Gelanggayu, sementara aku dan Merlina berjalan-jalan untuk melihat tapak kerajaan lama di Borubudur.
--
"Kau tau tak, Alan, apa nama sistem politik purba alam Nusantara?"
"Hmmm, mandala?"
"Yes. Tapi mandala tu bahasa Sanskrit. Dalam bahasa Melayu, dipanggil kedatuan."
Merlina tunjukkan pada aku buku yang dia sedang baca tentang peradaban di Pentas Sunda sebelum abad ke-15. Kata Merlina, antara kerajaan-kerajaan purba dahulu macam Srivijaya dan Wijayapura, sebelum ditukar nama jadi Gelanggayu, tetapi nama ibu negara kekal sama.
"Kalau kau nak Melayu rasa kerajaan yang kau dirikan ni unik, kau kena tukar nama negara ni daripada republik ke kedatuan Gelanggayu."
"Dan pemerintahnya ialah Pengerusi?"
"Kenapa kau suka title tu? Kenapa kau tak nak title macam Emir ke, Sultan ke, Raja ke. Amirul Mukminin ke. Pengerusi macam nama jawatan persatuan sekolah. Macam nama jawatan JKKK taman, kau tau tak?" kata Merlina.
"Entah, aku rasa title tu modest. Nampak sederhana."
"Kau memang tak suka grandeur ek?"
"Ada sebab kenapa aku larang mak aku cetak muka aku kat duit. Aku tak nak Gelanggayu jadi idolastic society. Aku tak nak rakyat sembah aku. Aku tak nak jadi berhala. Aku nak rakyat aku menyembah kepada Tuhan. Aku cuma menjalankan tugas sahaja di bumi ni sementara aku hidup ni."
"Jadi...sistem yang kau nak buat ni, dia macam monarki, tapi tak ambik perangai monarki? Macam tu?"
"Hegemoni politik, ya, tapi bukan ke tahap idolasi. Aku tak nak jadi Firaun. Sebab tu aku suka title Pengerusi tu. Jawatannya kedengaran sederhana, dan memang menggambarkan kerja aku. Kerja aku mempengerusikan perbincangan tentang negara. Apa pendapat yang baik, dari kiri, kanan, tengah, aku ambik. Yang mana buruk dan bercanggah dengan nilai-nilai agama dan budaya, aku buang."
"Tapi kau setuju nama Kedatuan Gelanggayu ni?"
"Yang tu aku setuju, tapi apa yang nama Sanskrit tu?"
"Mandala?"
"Aku ingat aku nak gabungkan Kota Warisan dan Bandar Tun Zairi Abu Bakar, jadikan satu negeri baru. Dan aku nak kembalikan fungsi Wijayapura sebagai ibu negara. Sebab Kota Warisan ni legasi Norman."
"Habis tu dah bina projek ibu negara berbilion, rugi macam tu je?"
"Bukan. Kota Warisan kekal jadi pusat pentadbiran, tapi ibu negara kekal Wijayapura. Dan nama kepada negeri yang gabung Kota Warisan dan Bandar Tun Zairi tu, aku namakan....Mandala Wijayapura."
"Wow...nama antik sangat."
"Maksudnya, keliling kota yang berjaya."
"Tapi redundant la. Apa kata Mandala Wijaya. Barulah boleh naikkan harga hartanah pakai nama klasik. Ini balik-balik nama English. Victoria Peak, Henderson Heights, Ainsdale City, Mid Valley. Macam tak ada identiti langsung."
"Lepas ni, setiap nama bangunan kita panggil ia wisma. Kalau bandar kita panggil pura."
"Orang Melayu kalau dengar cadangan kau ni, mesti dorang respek kau punya, Lan."
"Supaya orang Melayu tak akan rasa bangsa mereka bangsa yang lemah lagi, Mer."
--
"Tuan Pengerusi..." Encik Murad datang ke arah aku dan Merlina yang baru tiba di rumah, dan mencium tangan kami.
"Ya, Murad. Ada apa?"
"Kucing Tuan Jugra sakit teruk semalam. Pagi ni dia mati."
"Hmm, call Jugra, Mili dan Alif. Beri mereka peluang untuk tengok kucing kesayangan mereka buat kali terakhir."
"Baik, Tuan Pengerusi."
--
Mili dan Jugra bersama-sama menanam Mony sambil mereka berdua mengelap air mata. Alif pula hanya memerhatikan kucing kesayangan mereka ditanam selepas sakit teruk.
"Tak sangka kan, Mony yang kita jumpa tepi jalan dulu, dapat hidup lapan tahun," kata Alif.
Mili mengelap air mata.
"Dah la tu, Mili. Setiap yang hidup pasti akan mati," kata Jugra.
"Mony ni saya jumpa dia sejak saya darjah empat. Walaupun keluarga awak yang jaga, tapi saya selalu anggap Mony ni kucing saya juga," kata Mili.
"Kita bertiga yang jumpa kucing ni, kucing kita bertiga la," kata Jugra.
--
Ketika Alif, Mili dan Jugra dibenarkan keluar, Rachel memerhatikan Azam yang sedang membaca buku kamus di perpustakaan.
"Kenapa dia ada habit suka baca kamus? Susah nak cari lelaki yang suka baca buku, let alone suka baca kamus," bisik hatinya seorang diri.
Nak tegur, tapi rasa malu.
Nampak macam Azam sedang menulis sesuatu.
Bunyi loceng menandakan waktu rehat berakhir, dan masa untuk ke kelas kenegaraan.
Hari ini kelas akan belajar tentang penulisan puisi patriotik sempena Hari Kebangsaan.
Rachel duduk di depan sekali, membacakan puisi yang dia tulis. Tetapi dia rasa puisi yang dia tulis tu biasa-biasa sahaja.
Begitu juga dengan puisi kawan-kawan yang lain, semuanya kedengaran tipikal dan macam puisi yang biasa didengar di sekolah.
"Azam bin Ismail..."
Giliran Azam pula yang membaca puisi.
"Apa nama puisi awak ni?" tanya Encik Rafi kepada Azam.
"Pemuda Bangsa," kata Azam.
"Baik, silakan."
Setiap butir pasir di bumi yang dipijak
Adalah ikatan yang mengikat persaudaraan sesama kita
Dari dasar lautan hingga ke gunung di puncak,
Indahnya pepohon melambai dengan alunan suara margasatwa
Aku pemuda bangsa yang terus menjulang
Walau peluru menembus tulang
Tidak sekali-kali aku akan jadi petualang
Biar darahku mengalir hingga ke nafas terakhirku, aku terus berjuang
Agar maruah bangsaku kekal teratas di bintang-bintang.
Rachel pandang kiri dan kanan.
"Eh, what is petualang? What is margasat...hah?" tanya Rachel kepada kawan sebelahnya, Nina.
Nina angkat bahu tak tahu.
Rachel rasa perkataan tu macam deep sangat. Macam kata-kata yang digunakan oleh para sasterawan.
Selepas kelas kenegaraan itu, semua ke aktiviti rekreasi dan bersukan. Tetapi Rachel tidak dapat fokus dengan aktiviti bersukan, dia hanya duduk di kafetaria sahaja.
"Rachel, kenapa kamu tak bersukan?" tanya Komander Fatimah.
"Maaf, Komander. Badan saya macam tak berapa nak sihat."
"Tak apalah, awak rehat sini dulu. Kalau tak sihat lagi sampai maghrib, nanti saya akan panggil doktor peribadi awak ya?"
"Eh, tak apa. Saya demam sikit je ni."
--
Sejak mendengar puisi Azam, Rachel jadi gundah-gulana. Dia asyik memikirkan tentang Azam. Dia jadi berdebar-debar, dan runsing memikirkan perasaannya ini.
Dia keliru kerana dia belum pernah mengalami perasaan yang seperti ini. Azam ada ciri-ciri yang membuatkan jantungnya berdegup kencang.
Ramai lelaki yang cuba mendekatinya, dan ramai yang cuba menjadikan dirinya kekasih mereka - tapi Rachel menolak sebab tak ada vibe yang dia mahukan.
Tapi dengan lelaki bernama Azam lain sikit. Entah kenapa dia rasa tak tentu arah. Hilang keruan dibuatnya.
Dia cuba untuk menulis puisi banyak kali, namun tak ada satu pun yang membuatkan dia berpuas hati.
Rachel terduduk di kerusi itu sampailah Mili pulang. Mili masih dalam keadaan sedih sejak pagi tadi kerana masih lagi teringatkan kucingnya bernama Mony.
"Mili, you dah balik? Lamanya," kata Rachel.
"Uncle Alan ajak kitorang semua pergi makan. Sorry, tak ajak awak. Hari ni kita belajar apa je?"
"Tulis puisi."
"Alaaaa! Saya suka puisi. Awak tulis puisi juga ke?" tanya Mili.
"I wish! Tapi I tak tau banyak perkataan Melayu."
"Contohnya?"
"Mergas...haaa"
"Margasatwa?"
"Yes! Yes! That word!"
"Oooh, tu maksudnya haiwan-haiwan kat dalam hutan. Burung-burung, harimau, monyet..."
"You mean, like fauna?"
"Haah. Tapi kita sekarang guna perkataan flora dan fauna je, senang je. Kenapa ya?"
"I don't know. I kinda like that word. Marga..."
"Margasatwa!"
"Yeah, yeah! Ish, nama je anak Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan, perkataan tu pun tak tau."
"Okay Rachel, saya keluar dulu ya!"
"Nak pergi mana?"
"Err, jumpa kawan?"
"Kawan? Mili, your friend is my friend too! Jumpa siapa?"
"See you later, Rachel!"
"Ish dia ni!"
Rachel terus termenung dan menjadi resah, kenapa lelaki tadi asyik membuatkan dia terus memikirkan tentangnya?
"What would Taylor Swift write a song if she had the same feeling as I am right now?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro