Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2018 part 6

Kapal terbang Azlan mendarat di Bridgetown, Barbados untuk lawatan sebelum ke Washington DC. Natasha selaku Perdana Menteri mengadakan kunjung lawatan kepada Perdana Menteri baru Barbados, Mia Mottley.

Antara yang dibincangkan ialah kerjasama dengan Barbados untuk pelaburan Petrogayu di kawasan perairan laut mereka, disamping pelaburan untuk membuka bank pesisir pantai di sini.

Merlina juga berminat untuk melabur dalam bidang pelancongan serta membangunkan aset-aset tanah yang telah dibeli olehnya di sini.

Semuanya di sini sebab Mili tapi Mili sekarang ada di Khidmat Negara. Kalau tak, dia yang akan jumpa ramai orang di sini sebab dia yang banyak buat kerja kat sini.

Selepas pertemuan itu, mereka bertiga menuju ke Amerika Syarikat.

--

Washington DC, USA

"Yuuuuuge deal! Tremendous!" kata Trump ketika bersalaman dengan Natasha di Oval Office. Azlan dan Merlina hanya berdiri di belakang wartawan sambil melihat bagaimana perbincangan Natasha dengan Trump.

Merlina dah agak, Trump mesti setuju punya. Dan lagi best, Trump offer untuk jual 3 juta tan gandum dan 5 juta tan jagung dengan diskaun 40% dari harga pasaran.

Kalau satu tan harga jagung ialah RG660 ($206.25), dan harga satu tan gandum ialah RG620 ($193.75), kalau diskaun 40% dapat RG396 ($123.75) satu tan untuk jagung, dan RG372 ($116.25) satu tan untuk gandum.

Maknanya RG1.188 billion untuk jagung, dan RG1.86 billion untuk gandum, daripada jagung dan gandum tu terbiar di pelabuhan tersidai akibat trade war dengan Kwantung, baik Gelanggayu beli je.

Berbanding RG2.68 billion deal asal untuk 1.25 juta tan jagung dan 3 juta tan gandum, kepada RG2.9 billion untuk 3 juta tan jagung dan 5 juta tan gandum.

"I love capitalism," bisik Azlan di sebelah Merlina bila semua orang tepuk tangan, Trump dan Natasha tandatangan perjanjian pembelian jagung dan gandum tu.

"Pandai kau ambik kesempatan ya? Amerika tengah ada trade war dengan Kwantung, kau menyelit tepi."
"See the leg la, Mer."
"Kau tengok senyuman Nat tu. Senyuman yang penuh dengan dedak lembu dan ayam," kata Merlina.
"Pandai kau deal dengan Nat, ya? Kalau aku yang bercakap, dia asyik nak debat je pasal demokrasi. Bosan betul."
"I told her that I'm going to give her an offer she can't refuse," Merlina senyum.
"Kenapa kau bijak sangat, Mer? Kau masa kecik dulu minum susu Dumex ke?"
"Haha, kepala otak kau pun boleh tahan jahat jugak, Lan. Deal ni memang sedap."
"Ooo, deal ni sikit je. Ada lagi lepas ni. Korang berdua, ikut aku ke Iowa."
"Iowa? Kau nak buat apa pergi situ?"
"Ada laaaa...."

--

"I think you can read his mind, Mer! Memang orang tua gatal betul si jambul tu. I yang dah nak umur 50 ni pun dia senyum-senyum pervert macam tu. Nasib baik la kat White House," kata Natasha dalam kereta.
"Haha, betul tak apa aku cakap hari tu?" kata Merlina.
"Kalau beli 1.25 juta tan jagung, 3 juta tan gandum, harga dia RG2.68 billion. Deal dengan dia 3 juta tan jagung, 5 juta tan gandum, dapat harga RG2.9 billion. Doesn't make any sense!"

Natasha pandang je Azlan senyum.

"Apa senyum-senyum? I yang kena berdepan dengan si jambul pervert tu, bukan you, Alan!" kata Natasha.
"Kalau I yang deal, I tak dapat harga tu, Nat."
"Lepas ni, I've told by Encik Murad, that you guys nak pergi Iowa? Nak buat apa kat situ?" tanya Natasha.
"Entah. Azlan nak ajak ke situ. Ada apa?"
"Sampai situ, I akan cakap," kata Azlan.

Dari White House, mereka menuju ke Ronald Reagan Washington Airport di Arlington, Virginia, menaiki jet kerajaan menuju ke Des Moines, Iowa. Kemudian, menaiki kereta yang disewa kerajaan Gelanggayu ke sebuah pekan kecil Iowa di Belle Plaine, sebelum kereta itu berhenti di sebuah ladang jagung.

Mereka nampak pekerja gudang di ladang jagung tersebut, memakai topi merah Make America Great Again, sambil membajak tanah, dan trektar tu ada sticker sokongan Trump.

"Ladang siapa you pergi ni?" tanya Natasha.
"Asalnya keluarga al-Daulah punya, tapi lepas perjanjian damai, semua ni kerajaan republik Gelanggayu yang punya," kata Azlan.
"Hah? Si tukang pembajak penyokong Trump ni tau ke?"
"Dorang bayar sewa je kepada agen kita selama ni. Dorang tak tahu pun ni tanah kita selama ni."
"Sejak bila kita ada tanah ni?" tanya Merlina.
"Okay, history background. Back in 1966, masa Presiden Lyndon B Johnson datang Gelanggayu, dia perlukan sebuah airbase untuk supply barang kelengkapan tentera dorang di Dai Viet. Jadi, Jeneral Yahya, aka our Pengetua, make a deal with Johnson. Kita beli tanah-tanah ni dengan lower price, dan US boleh pakai base tentera di Gelanggayu sampai 1973. Masa tu, harga tanah pertanian kat sini, average around $280-$350 untuk seekar tanah."
"What?" terkejut muka Natasha bila dengar kenyataan Azlan tu.
"But Pengetua managed to get $180-$250 per acre. Dan tanah-tanah ni semua duit Sultan yang punya, therefore keuntungan dia la yang dapat. Lepas tu tahu kan yang dulu keluarga al-Daulah ni ada kilang roti? You think where the wheat came from?"
"So, ni tanah siapa sekarang?" tanya Natasha.

Azlan dan Merlina tersengih.

"Why are you laughing?" Natasha rasa pelik.
"Kitorang punya," jawab Azlan.
"What?"
"Yup, kitorang punya."
"Where did you get all of those money?" tanya Natasha.

Azlan dan Merlina ketawa lagi.

"Are you saying that you guys take over semua harta keluarga al-Daulah before kerajaan republik found out it was gone?" tanya Natasha.

"Nak beritahu ke tak payah?" tanya Merlina.
"Dah kita kat sini. Beritahu je lah."

Natasha jadi blur bila nampak Azlan dan Merlina ketawa.

"Sebelum Sultan Norman mangkat, dia letak nama Jugra sebagai pewaris harta keluarga al-Daulah. I pulak sebagai custodian dia, dengan Merlina, bertanggungjawab untuk menjaga harta ni," kata Azlan.
"Basically masa Jeneral Yahya kata kerajaan tak ada duit tu, sebab you all dah sapu dulu?" tanya Natasha.
"Ye lah. Kau fikir macam mana kitorang boleh bina macam-macam masa korang takde duit langsung? Cuma Azlan bayar zakat dari harta tu, bolehlah bina rumah, bagi golongan miskin makan sampailah mereka semua hidup senang sekarang," kata Merlina pula.
"So it's a slow coup!"
"You pun dah dapat macam-macam dari kitorang, senyap-senyap dah la," kata Azlan.
"Damn! Seluruh kerajaan republik kena game dengan you, Azlan!"
"You pegang kilang pemprosesan gandum dan jagung ni. Nanti nak deal dengan Dayah untuk dia buat kilang kek dan roti dia. Nanti boleh la bagi tender buat bun burger McD untuk francais Merlina ni. Kek untuk McCafe, buat apple pie ke. Sebab tu I test Dayah ni jadi supplier barang kat kem Khidmat Negara ni dulu, boleh pergi ke tak dia ni," kata Azlan.
"Setiap seringgit anda belanjakan di McDonald's, tiga posen akan masuk ke poket Azlan dan bini," kata Merlina, ketawa.
"So macam ni rupanya you pegang kuasa?" kata Natasha, cekak pinggang.

--

Penerbangan dari Des Moines, Iowa ke San Diego, California selama tiga jam, untuk mengisi minyak. Pada masa ini kelihatan semua pegawai-pegawai, Natasha dan pembantunya, Maria, semuanya sedang tidur.

"Kita jumpa dengan Pak Jamil ke lepas ni?" tanya Merlina.
"Ye lah, lepas tu kita jumpa Tengku Dania kat Perth. Semua orang kena dapat bahagian masing-masing, baru akan datang tak ada pertelingkahan."
"Maksud kau, ada deal lagi ke?"
"Okay, kau dah dapat kan francais McDonald's tu kan? Sekarang aku tanya kau, daging Big Mac yang kau jual tu, datang dari baka mana? Baka tu kau nak ambik kat mana?"
"Hish, aku mana tahu nama baka lembu? Aku bukannya kerja kat Jabatan Veterinar."
"Ada beberapa jenis lembu, tak sesuai duduk di Gelanggayu. Lembu-lembu ni, akan dibela di ladang-ladang keluarga al-Daulah di Australia. Ladang-ladang ni akan biakkan baka lembu yang mahal, macam wagyu atau angus. Dan yang ni, aku nak deal dengan Stephane."
"Untuk Julia kau tak plan ke?"
"Ehhh, mestilah ada. Kau jangan risau. Kau punya portion pun ada."
"Okay, so untuk daging lembu mahal, kau bagi Dania tender import la?"
"Yes, camtu la aku bahagi-bahagikan sumber kekayaan. Supaya besok takde la dorang ni nak melawan aku. Masing-masing dah dapat kan?"
"Kalau dorang melawan jugak?"
"Aku ada letak clause kat situ yang dorang kena loyal dengan aku dan keturunan aku. Kalau tak, aku atau keturunan aku boleh tarik je semua tu."
"Otak kau ni Lan, memang otak penjajah!"
"See the leg la."

--

Azlan

Kami semua tiba di Lapangan Terbang Canberra di ibu negara Australia, bagi pertemuan antara Natasha selaku Perdana Menteri dengan Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull.

Malcolm Turnbull ni pernah mengetuai referendum republik Australia pada tahun 1999, di mana kempen "Ya Untuk Republik" dia gagal untuk menang.

Australia masih lagi sebuah negara monarki di mana Queen Elizabeth menjadi ketua negara.

Masa aku dan Merlina duduk di Perth, ada juga TV Australia nak interview aku pasal perang saudara Gelanggayu antara republik dan monarki al-Daulah. Aku menolak sebab both sides pun ada geng aku.

Jadi kalau Charles masih nak berdegil dengan aku, aku boleh je bagi duit pada Malcolm Turnbull untuk gerakan republikanisme. Masa tahun 1999 tu mereka kalah tipis je tu.

Anyway, aku berdiri di belakang je dan biarkan Natasha sebagai Perdana Menteri yang dapat limelight. Satu dunia tau yang aku lebih berkuasa daripada Presiden Republik atau Perdana Menteri, tapi dalam hal ni, aku bagi je lah Natasha je yang bercakap.

Sebab hal-hal trade ni memang dia pandai berbanding aku. Macam masa Obama dulu datang rumah aku pasal TPPA tu, sebab aku rasa Natasha tak boleh nak handle mamat tu.

Antara yang dibincangkan ialah isu cybersecurity, isu lanun di Lautan Hindi, isu perdagangan dua hala dan isu imigran Gelanggayu yang tinggal di Australia melebihi tempoh visa.

Aku terus je call Pak Jamil, dan cakap aku di Canberra, dan kemudian akan ke Sydney untuk forum perdagangan Australia-Gelanggayu (AGTF). Lepas tu kami akan ke Melbourne untuk menonton Australian Open, atas jemputan duta besar Gelanggayu ke Australia.

Nak tau siapa? Jeng jeng jeng.

Bapak Jessica, dan bekas Ahli Parlimen Puncak Jaya sebelum aku, merangkap suami kepada makcik aku, Daniel Hakim.

Asyik tengok Novak Djokovic dengan Roger Federer kat TV je, nak jugak tengok dorang ni live, ye tak?

Lepas tu barulah aku ke Perth, dan uruskan semua benda untuk Pak Jamil dan Dania.

Kemudian aku akan ke Sidang Kemuncak Asia Tenggara yang berlangsung di Betawi, Majapahit, dan ini adalah lawatan balas aku bila Presiden Jokowi datang melawat 2 Jalan Cendana dua tahun lepas.

--

Marina

Aku jumpa Adilah lagi, sementara Azlan dan adik aku masih lagi berada di luar negara.

Tujuannya untuk aku selesaikan semua benda selepas Ali mati dua tahun yang lepas.

Aku sebenarnya tak ada masalah dengan Ali, dan aku tak nak pun Ali terbunuh. Aku cuma nak Ali 'out of equation' bila bercakap tentang kuasa di Gelanggayu.

Ali memang penting dalam plan Aunty Idah untuk memastikan Azlan berkuasa. Tanpa Ali, Azlan takkan ada cengkaman kuasa yang sebegini kuat, terutamanya dalam tentera.

Aku tak ada masalah dengan Ali. Dari dulu lagi, aku tahu yang Ali ni anak murid Aunty Idah, macam aku dan adik aku.

Tapi ada beberapa sebab kenapa aku nak Ali 'out of equation', dan aku buat begini demi kestabilan politik Gelanggayu juga.

1. Sebab aku nak Azlan menjadi kuasa dominan

Dari awal lagi, kita semua tahu yang Azlan ni dilatih oleh Jeneral Yahya untuk menjadi pemerintah negara ni. Dari awal lagi, dia adalah 'golden boy' Jeneral Yahya.

Walaupun dia berubah posisi secara perlahan-lahan sampailah dia jadi diri dia hari ini, tapi kebanyakan ahli Ayam Hitam melihat Ali sebagai pemimpin utama, bukan Azlan.

Memanglah Ali tak melawan Azlan hingga akhir hayatnya, tapi aku fikir, kalau Ali ni dikelilingi orang macam Amar dan Amir, susah Azlan nak berkuasa nanti.

Orang macam Kecik dan Jeneral Firdaus memang Azlan suka, tapi orang macam Amar dan Amir ni dia memang tak nak. Dorang ni macam adik beradik Izham dan Azham - gangster tapi tak tahu macam mana nak uruskan negara.

Kalau ada Ali dengan Azlan, kau rasa pengikut Ayam Hitam terutamanya tentera nak dengar cakap siapa? Dan kalau ditakdirkan Ali dengan Azlan tak sefahaman, kau rasa jadi apa lepas tu?

Kalau hari tu Ali lepaskan kuasanya dalam Ayam Hitam lepas dia balik Gelanggayu tu, perkara macam ni tak perlu berlaku.

2. Ali dah petik nama Fazrul pasal kisah silam dia

Aku tahu Fazrul dan kisah silamnya dengan Adilah. Seperti Hafiz, Fazrul pun crush dengan Adilah walaupun dua tahun lebih muda.

Tapi Fazrul kena game dengan Adilah, jadi Fazrul rasa marah terhadap apa yang berlaku.

Masa Ali sebut hal lama Fazrul dengan Adilah, aku nampak Ali macam mula nak ketepikan Fazrul. Fazrul ni orang kuat dalam civil servant, termasuklah polis.

Kau rasa kalau polis dengan tentera saling bercanggah, kau rasa jadi apa nanti? Dan benda ni aku risaukan.

3. Kesetiaan ahli Ayam Hitam kepada Ali yang tak berbelah bahagi

Bila kitorang bercakap dengan Azlan, Azlan ni jenis dengar nasihat semua pihak. Dia hanya buat keputusan bila dia dah dengar semua pihak.

Ali tak macam tu. Dan bila Ali ni ada orang macam Amar dan Amir yang korup dan tak tau buat kerja, Ali akan buat keputusan yang salah.

Contohnya masa rusuhan lepas pilihanraya 2009 tu. Kalau masa tu Wan Radzi bertindak suruh Menteri KDN masa tu Hafiz pergi sauk semua ahli-ahli Ayam Hitam, macam mana Azlan nak buat move.

Nasib baik Azlan minta semua orang bertenang dan main long game.

Penyokong-penyokong Ali ni jenis walaun, jenis setia tak bertempat. Macam Azlan ni, masih ada ruang lagi untuk kau tak bersetuju dengan dia, dan dia akan terima pendapat kau.

4. Ali membahayakan Gelanggayu dari sudut geopolitik

Sejak 2006, Ali menggunakan jaringannya untuk misi dia memperluaskan pengaruh Ayam Hitam. Pada tahun 2006, dia gerakkan orang-orang dia bekerjasama dengan junta tentera Suvarnabhumi untuk gulingkan Thaksin Shinawatra.

Pada tahun 2010, dia tolong CIA untuk jatuhkan rejim Kurmanbek Bakiyev di Kyrgyzstan. Dia ingat dengan jatuhkan Bakiyev di situ, dia lemahkan pengaruh KCP kat situ.

Memanglah Bakiyev ni arah tutup kem tentera Amerika, dan buat deal dengan KCP untuk bina stesen janakuasa, tapi bila Ali gerakkan movement jatuhkan Bakiyev, buatkan KCP tambah kekuatan kat sebelah Uzbek dan Kazakh.

Masa Arab Spring, dia jatuhkan Ben Ali, Hosni Mubarak, dan Gaddafi walaupun dia claim dia cuba bantu Gaddafi. Dia juga tolong pemberontak lawan Bashar al-Assad di Syria. Apa jadi lepas tu?

Libya dan Syria perang saudara, El-Sisi jadi pemerintah Mesir, dan Tunisia sahaja yang jadi stabil. Yang lain semuanya barai.

Aku tak nafikan kerja dia menaikkan Trump di Amerika dan Brexit di UK, sebab itu memang berjaya melemahkan Barat. Tapi dalam satu hal, agensi perisikan macam CIA dan MI6 rasa dia ni main dua kolam. Dan Ali ada connection dengan ISIS dan al-Qaeda juga membahayakan. Kena ingat Ali tu anak murid Tok Aki juga.

Sebab tu aku bagi contact Mossad yang aku kenal kepada Adilah, jadi aku tak terlibat sangat dalam hal Ali ni. Adilah nak hapuskan Ali sebab Ali tetap tak nak kerjasama dengan dia, dan kekal bersama Azlan.

5. Aku nak protect business adik aku

Merlin Inc ni multinational corporation. Merlin Inc ni ada di 54 buah negara yang bernilai $480 billion.

Dan Merlin ni adalah sebuah syarikat konglomerat yang dibina oleh adik aku, dan dibantu oleh Aunty Idah, yang gunakan kabel-kabel Jeneral Yahya.

Jadi bila Ali cetuskan ketidakstabilan di sesebuah negara, sudah pastilah ia akan menyusahkan syarikat adik aku.

Apabila aku bagi connection Mossad aku pada Adilah, aku tak ada niat nak bunuh Ali. Aku cuma nak pressure Ali supaya berhenti daripada apa yang dia buat.

Tapi aku tak menyangka yang Adilah akan pergi lebih jauh macam tu. Dan sekarang, kalau Adilah petik cerita ini pada Azlan, habislah aku nanti.

Sebab tu aku kena berbaik dengan Adilah. Tapi macam mana sekalipun, final say masih di tangan Azlan, dan nasib Adilah memang bergantung di tangannya.

Adilah kata dia cuma nak selamatkan keluarga Wan Demang dari diapa-apakan oleh Ayam Hitam. Tapi selepas Mili ajak Azlan dan keluarga Wan Demang berdamai, Adilah dah tak nak lawan Azlan lagi.

Ali ni macam Julius Caesar, seorang warlord yang populis dan ramai penyokong yang sanggup mati kerananya.

Azlan ni macam Augustus, seorang yang mampu menyusun organisasi untuk lebih efisien untuk membina empayar.

Dan adik aku kahwin dengan Azlan. Kalau apa-apa jadi kepada Azlan, apa pula jadi kepada adik aku? Dan apa pula jadi kepada Fazrul?

Masa aku nak buat move ni, aku berfikir panjang, dan aku terpaksa buat semua ni demi kestabilan negara. Dah penat-penat kita keluar dari huru-hara kancah perang saudara, takkan kita nak berlaku lagi perkara yang macam tu?

Kalau orang rasa aku jahat sebab aku bagi contact Mossad dan buat deal rahsia dengan Adilah, aku tak kisah. Janji negara ni stabil dan kuasa besar tidak lagi mengganggu negara ni.

Aunty Idah pun dah tau semua ni, tapi dia cuma kata, Ali sebenarnya tak perlu mati, sebab ada jalannya. Tapi benda pun dah berlaku, tak perlulah kita perpanjangkan perkara ni lagi.

--

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh ramai budak lelaki PKN dalam Kem Jugra - latihan menembak.

Setiap seorang diberi 10 butir peluru yang akan ditembak dengan senapang jenis M16.

Tetapi ketika semua orang terkial-kial nak pasang senapang, Azam dengan selambanya pasang senapang, dan tembak kesemua sepuluh peluru yang dia ada pada sasaran dengan tepat.

Sampai komander pun kagum dengan skil menembak Azam.

"Fuh, lain macam betul skil budak ni," kata komander kepada rakannya.

Budak-budak yang lain turut terkejut melihat kehebatan Azam mengendalikan senjata api.

"Prebet Azam..."
"Ya tuan!"
"Kamu dah biasa kendalikan senjata api?"
"Ya tuan!"
"Macam mana kamu tahu guna senjata api ni?"
"Arwah ayah saya seorang tentera, tuan!"
"Oh, macam tu. Arwah ayah awak terlibat dalam perang saudara?"
"Ya, tuan!"

Komander berbisik-bisik sambil memandang Azam.

"Lain macam grouping peluru dia ni. Skil dia dah macam unit sniper dah ni," kata seorang lagi komander.

Yang lain termasuk Jugra semuanya tembak bersepah. Alif yang mata sebelah lagi bersepah perginya.

--

"Hebatlah dia tu menembak," kata Rachel kepada Mili ketika minum petang di kafetaria.
"Eh, awak cakap kat budak tadi tu ke?"
"Ye lah. Macam mana dia boleh tembak tepat sampai macam tu?"
"Kan tadi dia cakap ayah dia tentera. Mesti dia dah biasa tengok macam mana ayah dia pasang senapang, cara menembak tu semua."

Alif dan Jugra tiba di meja dengan mengambil kuih muih dan air teh tarik.

"Apa la kau, Lep. Tembak bersepah-sepah! Mengarut je kau tembak," kata Jugra sambil ketawa.
"Kau tengok aku tembak kat Call of Duty macam mana..."
"Sembang kat game buat apa, Lep!"

Rachel pandang Azam makan seorang diri, seperti tiada kawan. Ikutkan hati Rachel, dia ingin mendekati Azam.

Pendiamnya tu macam misteri. Siapa dia ni? Kenapa Rachel rasa macam dia pernah jumpa dengan Azam ni? Dan kenapa dia suka menyendiri?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro