
2018 part 5
Merlina tiba di pejabat Perdana Menteri di Kota Warisan, dan terus bersalam dengan Natasha sedang berada di mejanya.
"Hai, Merlina. Tak pernah-pernah datang sini?" tanya Natasha.
"Pernah je kerja kat office ni dulu, masa Azlan jadi TPM zaman Izham dulu. Saja jumpa kawan-kawan lama kat sini. Kebetulan lawat tapak projek HSR kat Kota Warisan. So, aku dengar kau ada kat sini. Jadi, aku datang lah."
"I see. Tak tengok Jugra kat kem Khidmat Negara ke?"
"Azlan kata jangan datang kerap, nanti dia naik lemak."
"I thought so. So, ada benda yang you nak cakap?"
"Yes, yes. Are you going to Washington DC and following us?"
"Me? No. Korang je lah pergi. My party base will not like to see me shaking hand with Donald Trump..."
"Yes, you have to come. Azlan yang suruh."
"But why?"
"Because you are the Prime Minister of Gelanggayu," kata Merlina.
"Bukan ke jawatan Pengerusi MKKP lagi tinggi daripada semua? I ni jadi wayang pacak je untuk dia, kan?"
Merlina mula membaca psikologi Natasha. Dia rasakan ada satu perasaan marah dari Natasha kepada Azlan, tentang pemusatan kuasa ke tangan Pengerusi MKKP.
"Puan, tadi puan ada order McDonald's ke?" tanya Maria, assistant kepada Natasha.
"No? Siapa order?"
"I yang order. Maria, bawak dua pinggan ke sini," kata Merlina, kemudian Merlina hulurkan duit kepada Maria.
"Mer, Maria ni assistant I..."
"...aku cuma nak ajak kau makan je, Nat."
"Baik, Puan Merlina," kata Maria.
Natasha rasa macam Merlina nak tunjuk perangai bos kat sini.
"Are you trying to stepping over my head?"
"Nat, aku tak suka la kau ni asyik hostile dengan aku dan Azlan. We are friends, right?"
"Well, first of all, you kena salahkan Alan. You sedar tak, apa dia buat ni dah jadi dictatorship? Ini bukan Republik Gelanggayu yang I fought dulu. Mana separation of power? Semua hakim pun orang dia, semua ketua jabatan pun orang dia."
"Kita duduk situ kejap, Nat. Kita makan."
--
"Sejak aku tengok iklan Ayam Goreng McD tu, aku macam teringin nak makan. Pandai Art Ardan buat iklan. Memang rangup dan pedas ayam goreng McD ni," kata Merlina, yang secara subtle jack diri sendiri. Bukan semua orang tau yang idea tu idea dia sendiri.
"Iklan yang orang makan ayam berpeluh-peluh tu idea Art Ardan ke? Iklan tu tunjuk orang makan ayam je, tapi terus buat orang teringin."
"Sedap ke Ayam Goreng McD tu, Nat?"
"Entah, ayam goreng je kot. Tapi sebab advertising, you pun jadi terpengaruh nak beli and I pun terpengaruh nak makan."
"Nat, aku faham kau tak suka cara Alan handle kuasa. Tapi kalau dia tak buat macam tu, somebody else will do the same."
"Masa diasaskan Republik Gelanggayu dulu, apa prinsipal asalnya? Untuk mewujudkan masyarakat yang liberal dan demokratik. But now, semua di bawah telunjuk Azlan. Azlan's order here and there."
"Tapi masa dulu pun di bawah telunjuk siapa, Nat? Masa kau jadi PM, before Azlan jadi Pengerusi, kau dengar cakap siapa?"
Natasha diam.
"Kau dengar cakap Jeneral Yahya. Nat, aku percaya yang tak semua negara boleh mengamalkan demokrasi penuh. Sebab setiap negara ada latar belakang sejarahnya yang menyebabkan ada banyak keterbatasannya. Negara ni jadi republik tahun 2008. Baru 10 tahun. Gelanggayu ni dah berapa tahun?" tanya Merlina.
"69 tahun merdeka."
"Yes, tapi kerajaan Gelanggayu ni wujud sejak bila?"
"Entah, zaman Raja Gautama lah?"
Merlina letakkan ayamnya di pinggan.
"Apa Azlan tengah buat ialah sedang cuba meredakan kemarahan rakyat lepas republik dah buat dasar-dasar yang bercanggah dengan kehendak golongan majoriti, iaitu orang Melayu-Islam. Azlan cuba juga bawa elemen-elemen yang you nak. Orang tuduh dia sexist, but by far his government has more women representation than anyone. Perdana Menteri wanita, Menteri Kewangan wanita, menteri MITI pun wanita. Banyak powerful portfolio dia bagi pada wanita. Orang tuduh dia racist, tapi dia jugak buat Akta Perlindungan Hak Orang Lamas 2016, Akta Kebebasan Beragama 2015. Kau nampak dia macam diktator sebab semua benda berpusat pada dia. Sebab kalau tak ada berpusat macam tu, memang sampai bila-bila masalah tak selesai. Kalau bagi kau, jadi Perdana Menteri, boleh ke kau handle difference of opinions dalam satu grand coalition macam MKKP? Ada right wing macam Pertiwi, ada Demokrat ada moderate dengan religious wing, dalam Republikan ada left wing progressive, dan Nasionalis kena main peranan dengar semua pandangan. Kau cuba tengok negara lain. US punya polarization macam mana. UK punya polarization macam mana. Azlan tak nak negara republik yang baru umur 10 tahun ni berpecah dan berperang saudara lagi. Sebab tu dia kembalikan Perkara 5, supaya negeri-negeri kembali ada kuasa mereka sendiri, dan tingkatkan autonomi mereka supaya mereka tidak memberontak kepada kerajaan pusat. Semua yang Azlan buat ni, walaupun authoritarian, tapi dia terpaksa buat."
"Tapi Mer, sistem MKKP ni menyebabkan kita tak ada pembangkang. No check and balance. Of course lah GUDA tu dia tak nak masuk MKKP sebab dorang lawan Azlan. Kalau tak ada GUDA, kita memang langsung takde pembangkang," kata Natasha.
"Memang sistem yang Azlan design ni takde pembangkang, sebab semua parti, tak kira apa ideologi pun, dijemput masuk dalam MKKP. Sebab dengan MKKP ni, kita dapat kurangkan polarisasi dan segala pergaduhan dan perdebatan antara parti dilakukan dalam keadaan closed door, kat Jalan Cendana. Tak payah orang umum tau. Orang umum ni kita beritahu pasal kerja dah la. Kurang politicking. Azlan sebenarnya tengah selamatkan your legacy. Tahu tak, rakyat rata-rata suka dengan sistem MKKP ni sebab semua suara, tak kira dari side mana, ada dalam kerajaan. Kurang pertelingkahan dalam politik, lebih fokus membangunkan rakyat. Tu paradoksnya, Nat. Idea Azlan ialah memastikan semua orang, tak kira apa pun ideologinya, terlibat dalam kerajaan. Sebab ideologi ni buang masa je nak berdebat. Ini bukan Europe, Nat."
"I risaulah Merlina, takut dia berubah jadi macam HitIer, Stalin tu semua. I tak nak negara ni jadi dictatorship."
"Aku ada kat sebelah dia. After all, aku yang bentuk imej dia. You worried too much, Nat. So, you ikut kitorang pergi White House ya?"
"Why? I tak nak jumpa Donald Trump. What would my party members cakap nanti? Me, shaking hands with a fascist demagogue like Trump?"
"Okay, aku tanya kau satu soalan. Kau nak yang mana, kau nak salam fascist demagogue bernama Donald Trump ni, atau kau nak kapal pengebom Komunis Kwantung terus menceroboh perairan Gelanggayu?"
Natasha merenung mata Merlina.
"Deal dia, kita beli jagung dan gandum dia yang tak terjual sebab trade war dia tu, daripada petani dia rugi, dia dapat duit dari kita. In return dia hantar kapal aircraft carrier untuk lindungi kita. Industri pertanian Amerika tak berapa nak rugi, dan kita tak perlu beli kapal perang baru untuk berdepan dengan Kwantung. Dengan jagung dan gandum tu, Azlan nak buat dedak untuk bangunkan industri penternakan negara. Kau ingat Azlan tak fikir ke ni semua? Nanti dia nak pergi Palestin lagi. Trump tu dah la pro-Israel sampai benarkan Israel jadikan Baitulmuqaddis tu ibu negara dia."
"Susahlah geopolitik ni kalau kita try nak convince dengan rakyat, especially kalau base party macam Parti Republikan ni."
"Sebab tu la dia jadi Pengerusi, Nat. Dia pandai handle benda ni, kau pandai handle administration. Kalau korang kerjasama and forget about ideology and politicking, dah lama banyak kerja akan siap."
"But Merlina, you kena tahu jugak yang party members I takkan suka ni..."
Merlina terus lap tangan dengan tisu, kemudian hulurkan envelop dari begnya.
"Apa ni?"
"Your company akan dapat kontrak untuk proses gandum dan jagung tu jadi dedak. Kilang pemproses pun dia dah beli. Ada kilang gula lama yang dah tutup, dah renovate balik. Well, kalau you nak jual gandum tu kat kilang roti pun apa salahnya."
"Satu tan jagung harganya RG660. Kita beli 1.25 juta tan. So, RG825 juta lah? And harga satu tan gandum, RG620. Kita beli 3 juta tan. RG1.86 billion. Jumlah semuanya RG2.68 billion."
"Ya, tapi harga dedak lembu kat pasaran RG40 per 50 kilogram. Kalau dedak lembu ni, 50% je kandungan jagung. Jadi cuba kira berapa company kau untung bila dedak ni dah dibeli. Dan Kementerian Pertanian dah sign dah kontrak ni, untuk syarikat kau dapat tender buat 2.5 juta tan dedak untuk dibekalkan kepada semua penternak lembu, ayam, kambing di Gelanggayu. From this deal, company you akan untung RG2 billion, before tax, before GST. Lepas tu kau ada lebihan 1.75 juta tan gandum. Yang tu kau nak jual kat kilang roti ke, kilang biskut ke, ikut kau. Aku sarankan, kau proses gandum ni, buat tepung."
"Mer, I cannot accept this. Ni kronisme. Kalau I kantoi ni, mampos I."
"Nak risau apa? You kan dah second term. Habis dari jadi PM, takkan nak jadi macam Saiful? Harap duit pencen government je. Mana nak cukup?"
Natasha tengok, buta-buta je syarikat dia akan untuk RG2 billion dari kontrak ni.
"Kalau tak nak, I cakap je dengan Azlan, bagi kat orang lain," kata Merlina sambil lap tangannya dengan tisu.
Secara tak langsung, Merlina telah menghulurkan offer yang Natasha tak boleh nak refused.
Hanya sebab deal nak minta aircraft carrier Amerika membantu Gelanggayu mengawal perairan daripada Komunis Kwantung, dan dengan modal pun dari kerajaan, dapat kontrak buat dedak, Natasha buat untung RG2 billion sebelum cukai dan GST, dan ada 1.75 juta tan gandum yang boleh diproses untuk jadi tepung.
Tu belum nak uruskan kontrak nak uruskan lembu tu lagi. Dengan melantik Aziz, abangnya sebagai Pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Gelanggayu (GARDI), kemudian projek-projek hiliran kilang burger, kilang makanan dalam tin, kilang daging beku dan banyak lagi, dijangkakan sektor penternakan akan menyumbang hampir RG10-15 billion hanya dengan deal ini.
"Benda ni boleh bagi peluang pekerjaan kat penduduk luar bandar..." kata Natasha.
"Exactly. Bukan daging lembu je, ayam, kambing pun kita buat sekali," kata Merlina.
"By the way, kenapa tiba-tiba you belanja I McD ni?" tanya Natasha.
"Sebab I owner francais McD Gelanggayu. So senang la I nak dapatkan supply daging dan ayam kalau deal ni jadi."
Natasha tercengang. Macam mana Azlan boleh terfikir satu deal dengan Donald Trump boleh bertukar macam-macam peluang ekonomi untuk Gelanggayu.
"And why I yang kena cakap dengan Donald Trump? I paling risau my reputation among my party, walaupun next year I akan bersara."
"First, next year will be your last year. Kalau your party members tak suka pun, you bukannya bertanding lagi. Unless kalau you nak jadi Presiden. Second, kitorang memang research psikologi Donald Trump ni. And dia memang suka perempuan cantik. So walaupun you dah nak dekat 50 tahun, you considered masih cantik lagi. Dia akan setuju punya untuk accept deal ni. Tak payah la fikir sentimen your voters tu sangat. You bukannya kena berdepan dengan pilihan raya lagi."
Natasha tergelak.
"Bagus jugak Trump menang ni," kata Natasha.
"You see, Azlan main 3D chess. Mungkin la nampak pelik kenapa dia nak deal dengan Trump ni, memandangkan perangai dia macam tu. Tapi kalau ia memberi keuntungan kepada negara, why not kan? Daripada negara nak beli satu aircraft carrier? $12.8 billion. Convert to RG dah 40 billion. Lepas tu kena beli kapal pengiring dia lagi, nak beli submarine nak protect dia lagi. Koman-koman $100 billion. Dah RG320 billion. Ni kita bayar RG2.68 billion je dan beli jagung dan gandum, lepas tu jagung dan gandum ni kita buat dedak, ternak lembu, lepas tu boleh proses macam-macam. Aku rasa no-brainer la untuk kau reject deal ni. Lepas makan ni, jom ikut aku, aku nak lawat tapak projek aku kat sini."
--
Merlina bawa Natasha ke sebuah tapak pembinaan projek terbarunya.
"Ni projek baru you ke?" tanya Natasha.
"Haah. Dekat situ, bangunan Baitulmal Zakat yang baru. Lepas tu yang kat sana tu, Azlan nak buat institut pemikiran. Dekat sebelah institut pemikiran tu, adalah perpustakaan negara."
"Dari dulu kawasan ni macam terbiar je. Dulu ni projek Adilah kan?"
"Ya, projek Media City. Tapi dia tak berjaya nak siapkan. Jadi lepas aku took over syarikat dorang ni, aku revamp structure korporat dia, lepas tu projek yang terbengkalai tu aku sambungkan balik. Kat sini nanti bakal jadi Islamic financial hub terbesar di dunia, Insya-Allah."
"So, Kota Warisan ni will not be boring after all sebab dah ada sumber duit dari Islamic financial sector. Takde la harap duit kerajaan je."
"Yes. Haa, yang kat hujung sekali tu, kilang al-Quran kedua terbesar di dunia. Yang ni pun sumber kewangan juga ni. Aku faham, kau takut kalau Gelanggayu ni jadi negara Islam, Gelanggayu akan jadi Taliban. Sebab tu la dua side ekstrem dalam negara ni dia cantas. Kau jangan risau lah, yang penting, negara ni mendapat keberkatan dari Allah."
--
Azlan
Komunis Kwantong ni makin lama makin melampau.
Makin hari makin kurang ajar. Kau tengok sahajalah video orang Kwantong yang kurang ajar dengan orang tua akibat ajaran gila Mao Zedong dalam Revolusi Budaya.
Kalau dengan orang tua mereka sendiri pun mereka kurang ajar, apatah lagi dengan negara jiran.
Sebab tu aku suka bila Donald Trump melancarkan perang dagang dengan Kwantong ni. Bila Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross dan Pengarah Majlis Perdagangan Negara White House, Peter Navarro membuat ucapan melancarkan perang dagang dengan Kwantong, aku tepuk tangan.
Apa yang dijangkakan oleh George Friedman dan Peter Zeihan tu memang benar berlaku. Mereka ni dah cakap perkara macam ni pada aku seawal tahun 2008 lagi, sebelum Obama jadi Presiden.
Bayangkan advantage Gelanggayu bila negara-negara lain tak tahu pun apa yang mereka kena buat bila perkara ni berlaku. Ni aku belum cerita hal supervirus yang aku dah tahu lama dulu ni.
Bermula dengan kenaikan tarif solar panel dan mesin basuh, lepas tu besi keluli, Kwantong balas balik dengan naikkan tarif kacang soya dan jagung, aluminum dan kapal terbang, Trump balas balik flat screen TV, bateri telefon dan paling aku tunggu-tunggu, medical equipment.
Bila Trump umum medical equipment dia naikkan tarif sampai 25%, aku melompat gembira macam Mohamed Salah jaringkan gol untuk Liverpool.
Sebabnya Teknojaya dah mula sedikit demi sedikit jadi hab industri kesihatan rantau ni.
Elephant fight elephant, grass suffers. But you don't have to be grass. Kau cuma tengok dari jauh dan makan popcorn.
--
Mili
Aku sedang beratur untuk mendapatkan makan malam di kem ini.
Tiba-tiba aku dengar Iman dan kawan-kawan dia seperti sedang mengumpat aku.
"Ye la, ada orang tu kan, mak dia penyangak, pembunuh, nak gulingkan Pengerusi Azlan. Anak dia pulak sibuk je mengendeng dengan anak dia. Kenapa ek?"
Kalau dah bitch tu, memang bitch jugak lah.
"Kalau aku la jadi Jugra tu, takdenyalah aku nak bercinta dengan anak pengkhianat negara tu. Entah-entah dah kena mandrem. Maklumlah, keturunan Wan Demang kan suka main santau ni hahaha!"
"Baik-baik Alyssa, nanti awak yang kena santau nanti."
"Dengan I tak lut. I keturunan Datuk Seri Azmi kot, bekas Perdana Menteri."
Menyampah betul aku. Aku kalau nak kenakan kau, ada seribu satu cara. Aku malas je, sebab aku ada banyak lagi benda aku kena fikir.
Aku baru capai nasi aku, tiba-tiba dia tolaknya pinggan aku.
"Oops, tak sengaja!"
Sabar. Jangan mengamuk. Sebab kalau aku mengamuk, memang satu kem ni merasa amukan aku.
"Kenapa? Nak marah aku ke, Mili? Uweekkk, mak kau penyangak, bapak kau sakit AIDS!"
Bagus jugak ada Iman ni. Kat sini aku boleh uji kesetiaan Jugra macam mana.
--
"Awak sure ke line clear ni?" tanya Jugra sambil sarung bajunya.
Mili terhendap-hendap kiri kanan.
"Suara saya tak kuat, kan?" tanya Mili.
"Takut ada orang dengar je. Ni saya first time ni. Awak pernah buat ke benda ni sebelum ni?"
"Hish, sama la first time! Ingat saya sundal ke?"
Jugra pergi ke arah sinki dan membasahkan rambutnya.
"Ni kalau daddy tau, mampos. Dah la Gelanggayu sekarang dah amalkan hukum hudud," kata Jugra.
"Daddy awak potong tangan musuh ahli politik dia je. Dia cuma gunakan retorik tu untuk perkukuhkan kedudukan dia je."
"Hish, hukum hudud ni bukan potong tangan je tau. Kalau berzina, kena sebat tau."
"Juggie, percayalah cakap saya. Daddy awak potong tangan Gabenor Amar tu pun sebab nak takutkan musuh politik dia, sebab sekarang ni ada banyak kuasa besar yang mula nak jatuhkan daddy awak. Dia nak rakyat terutamanya orang Melayu sokong dia je."
"Awak ni cakap macam faham je politik ayah saya macam mana."
"Juggie, walaupun awak ni anak daddy awak, tapi tang politik ni, saya anak murid dia. Saya faham sangat. Buktinya, saya dan daddy awak telah rancang kemenangan Mia Mottley di Barbados."
"Ye lah ye lah, awak ni macam perangai mama awak la."
"Dah saya keturunan Wan Demang, kena la saya teruskan tradisi keluarga."
Jugra dan Mili baru first time 'berendek' di kawasan semak di kawasan Kem Jugra ni. Walaupun cuak takut kantoi, namun ia sangat mengujakan dua-duanya.
"Okaylah, saya balik bilik saya dulu. Nanti Rachel tanya macam-macam pulak. Jumpa esok," kata Mili sambil cium pipi Jugra.
Jugra terus berjalan ke biliknya, dan terkenang apa yang berlaku tadi.
"I lost my virginity to Milipedia the librarian. Tak sangka awek yang aku tak nak masa aku kecik dulu, jadi orang pertama."
--
Marina jumpa dengan Adilah, untuk kawtim satu perkara.
"Aku sebenarnya boleh je bebaskan kau, atau ringankan hukuman kau, Dila. Kau pun senior RPM, jadi aku consider juga nak jaga kau ni," kata Marina.
"What's the catch?" tanya Adilah.
"Aku nak kau rahsiakan hal aku perkenalkan kau dengan agen Mossad tu. Kau pun tau, aku terpaksa buat semua ni. Hanya dengan cara ini, Ayam Hitam tak terlalu dominan dalam deep state."
Adilah tersenyum.
"Aku faham, Mar. Kita berdua nak singkirkan Ali supaya Azlan jadi dominan. Dan kau gunakan aku untuk bunuh dia, dengan perkenalkan aku dengan agen Mossad tu."
"Aku tak suruh kau bunuh Ali, let's clear over here."
"Mar, dunia kita ni, memang kejam. It's a dog eats dog world. Kita berdua memang tak nak ada Ali lagi, walau apa pun alasannya. Tak payah berlakon innocent."
"Aku boleh mintak Fazrul bagi kau penjara yang ada air cond, yang ada internet."
Adilah pandang tepat ke arah Marina.
"Aku tak nak apa-apa keistimewaan pun, Mar. Aku dah tak kisah dah apa-apa pun. Cerita kau settingkan agen Mossad dengan aku tu, aku tak perlu buka cerita. Misi kau dan aku dah selesai. Tak akan ada lagi ancaman dari dalam negara untuk melawan Azlan lagi. Azlan dah jadi pemimpin Gelanggayu palint kuat dalam sejarah sejak Raja Gautama. Paling kuat melawan dia sekarang pun siapa? Cindy? Haha, Cindy tu lemah sangat," kata Adilah.
"Jadi, apa aku boleh buat untuk kau?"
"Jaga anak-anak aku. Aku dengar, Mili dah jadi apprentice kepada Azlan. Dan aku dapat tahu yang Azlan dah berdamai dengan keluarga Wan Demang. Alif pulak, adik kau dah bantu dia buat start up company. Aku tak nak mereka diapa-apakan. Itu je yang aku minta."
"Kau ada jaminan dari aku, Dila. Kita budak RPM. Walau macam mana bitch sekalipun, sisterhood kita kena jaga."
"Yeah, sebab tu aku kesal apa yang aku buat pada Mina," kata Adilah, yang bersalam dengan secret handshake kepada Marina.
"Azlan dan Fazrul tak perlu tahu tentang semua ni tau. Ni kawtim kita je."
Adilah mengangguk. Di sebalik cerita kematian Ali, rupanya ada pakatan rahsia Marina dan Adilah.
Marina terpaksa susun begini untuk memastikan Fazrul tak menjadi out of favor dalam Ayam Hitam. Sejak cerita silam hubungan Fazrul dan Adilah masa zaman remaja dipetik oleh Ali satu masa dulu, menyebabkan Azlan bertanya tentang perkara itu, Marina terpaksa merancang semua ini untuk memastikan keselamatan suaminya.
Cuma Faridah, ibu kepada Azlan sahaja yang dapat menghidu rancangan Marina ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro