
2018 part 4
Dalam bas PKN, Jugra, Alif, Mili dan Rachel dengan pakaian seragam, menikmati perjalanan menuju ke kem.
"Kau rasa nanti kita dapat bawak drone hari tu ke masa latihan?" tanya Alif kepada Jugra.
"Sshhh! Daddy aku cakap tu rahsia kerajaan," kata Jugra, berbisik.
Mili dan Rachel terpaksa meninggalkan media sosial untuk sepanjang latihan. Dalam kem ini tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan elektronik. Perkembangan Mili akan diupdate oleh Jessica di media sosialnya, dan Rachel akan diupdate oleh pegawai Natasha ketika melawat mereka di kem.
Mereka tiba di Kem Jugra, kem Program Khidmat Negara.
"Hahaha, nama kem pun nama kau. Bapak kau ni pandai troll kau la," kata Alif kepada Jugra.
"Mili, cuba tengok signboard tu?"
"Waaahh! Jugra, nama awak la!"
Jugra dah facepalm.
"The perks of having a powerful dad and he loves to troll his own son," Jugra redho sahaja dengan perangai bapak dia.
Difahamkan, kem Jugra ini dinamakan sempena nama panglima Sultan Alauddin, Sultan Gelanggayu yang ketika itu berdepan dengan serangan Suvarnabhumi pada 1463, iaitu Panglima Jugra Alam, yang berani menikam jeneral Suvarnabhumi dalam perang itu.
"Wow, tak sangka nama kau ni nama pahlawan," kata Alif.
"Diam ah. Komander pandang," kata Jugra, berbisik.
Mereka sedang berdiri di tapak perhimpunan, sambil mendengar taklimat dari Komander PKN. Selepas ucapan tamat, lagu kebangsaan dimainkan.
Mari kita rakyat Gelanggayu
Sama-sama kita bersatu
Cita-cita bangsa yang maju
Bersatu Gelanggayu
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
--
"Sunyi pulak takde Jugra kat dalam rumah ni," kata Azlan sambil menonton Netflix bersama Merlina. Mereka berdua menonton Stranger Things, sambil Azlan bernostalgia dengan zaman 80an dulu.
"Masa dia ada, kau jugak cakap, bising. Ni dah takde, cakap sunyi pulak."
"Haaa, rasanya macam baru je dukung Jugra dan Rachel. Azan telinga Jugra, qamat telinga Rachel. Kejap je dah 18 tahun."
"Masa tu aku baru ambik job advertising kau, doh! Tahun 2000! Buat advertising anti buli kau, guna Jessica jadi duta anti buli kau. Kau ni memang dari dulu suka guna budak-budak untuk propa! Teruk la kau!"
"Berkesan, kan?"
"Gunakan Jessica untuk Akta anti buli, gunakan Julia untuk kempen pilihanraya, gunakan Jugra untuk Khidmat Negara. Rachel..."
"Sukan gimnastik dapat emas Olimpik, bangga la. Haha!"
"Kau hantar Jugra kat kem mana?"
"Kem Jugra."
"Hah? Nama kem tu, Kem Jugra?"
"Haah."
"Dah tu, kau letak Jugra kat Kem Jugra? Wei bodo, tak baik la troll anak sendiri. Mesti dia tension kat dalam kem tu."
Azlan ketawa.
"Jugra tu nama panglima Bugis yang berperang mewakili Sultan Alauddin menentang raja Suvarnabhumi. Zaman purba dulu la."
"Wow, siapa yang pilih nama?"
"Mina. Aku sebenarnya nak namakan anak aku nama biasa je. Tapi bila Mina terangkan nama tu, aku rasa, macam nama purba, macam rare je."
"Alan, aku hairan la, kenapa kau masih nak berbaik dengan Hafiz dengan Saiful? Dorang kan dulu terang-terang tikam kau dari belakang dulu," Merlina mengubah cerita.
Azlan menyandar.
"Aku boleh je biarkan dorang ni mereput. Tapi sejak Ali meninggal, aku rasa aku dah makin tak ada kawan. I need a friend. Kalau orang nak berdamai, apa salahnya? Cuma aku akan berhati-hati lah. Macam Hafiz tu, dia dah takde fikir lain dah. Dia dah tak lama dah tu."
"Kau percaya, Saiful takkan balas dendam apa yang berlaku?" tanya Merlina.
"Tak jugak. Sifat dendam ni memang ada dalam manusia. Tapi sebelum sifat dendam tu mula jadi barah, baik aku rawat hubungan tu dengan berdamai. Be kind to others. Aku sedar, kedudukan aku ni powerful. Aku boleh musnahkan hidup dorang macam aku penyek semut je. Tapi aku tak nak jadi kejam. Apa yang mereka dah buat, semua dah lepas. Aku dah hukum dorang, dah la."
"Aku dengar semua hakim nak hukum Adilah gantung sampai mati. Kau, macam mana?"
"Kes dia ni berat. Kantoi busuk. Aku nak tolong pun tak boleh. Aku boleh mintak ringan macam hukuman penjara seumur hidup. Macam bunuh orang, boleh lagi. Macam Kimi kena dulu, walaupun PM, tapi dianggap membunuh orang jugak. Tapi nak menggulingkan kerajaan ni memang hukumnya macam tu. Tu kalau Yahya kalah perang saudara dengan Sultan Norman, dia kena tu gantung sampai mati. Natasha pun kena jugak sebab terlibat. Republik menang, jadi keluarga al-Daulah la yang kena. Tu yang Ali sorokkan Tengku Danish dan Dania kat Perth. Dorang tak salah. Sampailah dah ada perjanjian damai antara kerajaan republik dengan keluarga al-Daulah, barulah dorang boleh balik. Pasal Adilah ni, aku tak boleh nak buat apa. Kes masih berjalan lagi kan?"
"Belum sabit lagi. Tapi kakak aku pun cakap takde harapan," kata Merlina.
"Serius, aku sebenarnya boleh campurtangan. Tapi kalau tu aku buat, aku dah salahguna kuasa. Nanti orang pertikai aku sebagai Pengerusi MKKP. Aku fikir jugak Alif dan Mili, tu kan mak dia."
"Ye lah. Kalau aku jadi kau pun, aku pun jadi serba salah."
"Sebelum dia kena hukum gantung, aku bawak la budak dua orang tu jumpa dia. Aku tak zalim macam dia."
--
Kecik dan Hidayah sama-sama memunggah bekalan barangan dapur untuk dihantar ke kem Khidmat Negara. Hidayah menerima tender untuk menghantar barangan dapur ke kem-kem Khidmat Negara sejak tahun lepas, dari Azlan.
Dan tender tu adalah syarikat bersama pegawai kanan Jeneral Firdaus, yang mendapat share dari kontrak ini.
Dengan cara ini Azlan mengikat kesetiaan orang bawahnya. Prinsip Azlan, kronisme berdasarkan kebolehan adalah tidak salah. Sebab ada je kroni Azlan yang tak perform, dia terminate je.
Jadi, Hidayah kena mengikut SOP dan standard kebersihan yang ditetapkan. Bekalan makanan haruslah segar dan berkualiti tinggi, kena pulak macam kalau kena hantar ke Kem Jugra, kem untuk anak-anak menteri.
Mereka juga kena kawad, dan pegang senjata, tapi mereka ada pembelajaran dalam pentadbiran kerajaan. Ada pelajaran yang agak kompleks sikitlah berbanding kem yang lain.
"Nah, ni bilnya. Nanti kau bagi kat kem sana tu ya?" kata Hidayah kepada Kecik.
"Baik, Kak Yong. Saya pergi dulu."
"Hati-hati bawak lori. Baca bismillah."
"Baik, saya pergi dulu Kak Yong."
Lias duduk di sebelahnya, sebagai pemandu kedua, sementara Joni tidur di belakang bakul sayur dalam lori sementara nak tunggu sampai ke kem.
"Amboi, amboi, kemain lagi mengadjas Kak Yong!" kata Lias.
"Kau ni cukup-cukup la memfitnah aku, Lias."
"Ala, kau mengaku je la kau suka kat dia."
"Aku hormat dia la. Dia kan balu arwah Ali. Kena la hormat."
"Aku rasa arwah Ali pun okay je lah."
"Kau ni, main rasa-rasa. Buatnya roh dia tiba-tiba stunner aku, tak mampos aku?"
"Ala Kecik. Rambut panjang macam Undertaker. Tapi takut hantu, amende entah!"
--
Seawal 5 pagi lagi, peserta-peserta PKN sudah bangun dan solat Subuh sebelum memakai uniform untuk berbaris dan berkawad pada jam 6 pagi. Mereka berkawad hingga jam 8 pagi sebelum mereka sarapan pagi.
Lori Kecik tiba di Kem Jugra jam 7:45 pagi.
"Kahkahkah, tak boleh blah nama kem dia," kata Lias.
"Haah la. Mesti Bro Alan letak Jugra dalam ni."
"Haha kalau betul memang lawak la!"
Mereka tiba di kantin kem, ketika semua sedang berkawad.
"Weh, tu Jugra kan?" tanya Kecik.
"Haah la! Sah Bro Alan troll dia."
"Kejap, kejap. Kita tunggu dorang habis berkawad. Kejap lagi kita sergah dia," kata Kecik.
Selepas berkawad, semua peserta terus ke kantin.
"Weh, Jugra! Apasal nama kem ni nama kau?" tanya Kecik sambil peluk Jugra.
"Saya rasa daddy troll saya la, Abang Kecik."
"Masa nak masuk dalam kem tu, kitorang barai tergelak nama kau!" kata Lias.
"Korang buat apa kat sini?"
"Hantar barang la! Takde kitorang, korang semua tak makan!" kata Kecik.
"Weh, tu ke awek kau tu?" tanya Lias.
"Eh, kan abang Lias pernah jumpa dia?"
"Tu..yang gymnast tu! Nurul Rachel! Yang kau pancitkan kereta mak dia sebab kau nak mengorat dia dulu!" kata Lias lagi.
"Asal kau dah tak mengorat dia lagi? Confirm ni, kena reject. Ke kau tak berani confess?" kata Kecik.
"Ah kau, Kecik. Sembang power. Minat Kak Yong tapi tak nak mengaku."
"Mana ada la! Aku hormat dia sebagai balu arwah Ali la. Weh, asal budak-budak tu pandang slack je dengan kita?" Kecik berbisik pada Jugra.
"Dorang ni anak menteri, anak VVIP. Kitorang dapat kem khas."
"Celaka betul, Khidmat Negara pun pakai kasta jugak," kata Lias.
"Nak buat macam mana. Daddy pun perlukan bapak-bapak dorang untuk berkuasa. Jadi dorang terpaksa la pisahkan kitorang dengan kem rakyat biasa."
"Ni kem kelas kayangan la ni. Patut la hantar barang dapur pun yang bermutu tinggi," kata Kecik.
"Terpaksa la," kata Jugra.
"Weh, kitorang angkat barang dulu la. Saja je nak jumpa kau. Lepas ni nak hantar ke kem lain pulak," kata Kecik sambil tengok jam.
"Saya makan dulu ya bang Kecik, bang Lias."
"Ha, ye lah."
--
Selepas sarapan pagi di kantin kem, peserta PKN masuk ke kelas kenegaraan dari pukul 9 sampai 11. Kemudian mereka ada masa untuk berehat selama sejam sebelum makanan tengah hari disediakan pada jam 12 tengah hari.
Kemudian solat zuhur, pukul 2 petang hingga pukul 4 adalah kelas pembinaan karektor, kemudian solat Asar. Jam 5 sampai 7 ialah aktiviti riadah, kemudian solat maghrib, kemudian makan malam pada jam 8 malam, kemudian solat Isyak, sebelum aktiviti taklimat dari komander serta tayangan video patriotik dari jam 9-11 malam.
Jam 11 malam ialah minum malam sebelum masuk tidur dan bangun pagi jam 5 pagi keesokan harinya.
Pada setiap hari Sabtu dan Ahad, aktiviti riadah ditukar kepada pembelajaran guna senjata dan latihan tentera.
--
"Weh, Jugra."
"Hmmm."
"Tak sabar aku nak tunggu hari Sabtu."
"Kenapa?"
"Dapat pegang senapang doh."
"Kau ingat minggu pertama terus dapat pegang senjata ke? Haha, kau tengok la nanti, penyek tak penyek kau nanti."
"Asal?"
"Kau tak nampak ke, latihan tentera dalam jadual tu? Apa kau tak pernah tengok ke Full Metal Jacket?"
"Latihan tentera? Macam mana tu?"
"Kau tunggu je lah. Weh, aku penyek nak tido ni. Besok kena bangun pukul 5 pagi."
"Kau ni cepat betul la nak tidur, Jugra. Teman la aku borak kejap."
"Malaaaaasssssss...."
"Ala Jugra, jom la borak. Kau tau, tadi kan, aku nampak Rachel nak pergi mandi, selamba je dia berkemban..."
"Kau masuk kem perempuan buat apa? Kantoi, padan muka. Dah la, aku nak tidur."
--
Ketika Rachel sedang berjalan menuju ke biliknya, dia dengar ada budak lelaki sedang praktis rapping di tepi koridor.
Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau
Ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau
Mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau
Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau
Makin hari makin resah jiwa yang cuba ditenang
Tewas juga hujung hari lepas hari baru menang
Nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang
Bila jauh jadi abdi Masuth puji pakai tendang
Murrah gelakkan kau aku kita kerna dah berjaya
Lumrah gerakan si alpa mudah lena lepas kaya
Bukan harta atau benda di kejar nya hanya batu
Bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar
Hanya Satu (Allahuakbar Allahuakbar)
"Wow! Terrornya you rap!"
Budak lelaki tu terkejut bila ternampak Rachel yang tegur dia. Kena pulak di luar dari kem ni, Rachel seorang yang popular.
Lelaki tu jadi malu, dan terus lari dari Rachel.
"Hey, I serius puji you la! You're a great rapper!"
--
"Mili, you kenal tak lelaki yang selalu rap kat koridor tu?"
"Rap? Siapa ek?"
"Alaaa, yang selalu rap tu."
"Selalu? Rachel, kita baru ada kat sini dua hari. Apa yang selalunya? Kenapa?" tanya Mili.
"Takdelah, tadi I tegur dia. Tapi dia lari dari I."
"Dia malu kot dengan awak tu, Rachel. Maklumlah, awak kan popular."
"Popular pun kentut busuk gak."
"Eiii, awak kentut ke, Rachel? Tak senonohnya!"
"Macam la you tak pernah kentut!"
"Ehhh, kalau saya kentut pun saya cover la sikit!"
"Kenapa nak kena cover pulak? Normal la kita kan manusia!"
"Eiiiii!"
Mili baling bantal ke arah muka Rachel.
--
Azam
Ya Allah, malunya aku! Apasal la dia boleh tegur aku masa aku tengah rap lagu Gong Nekara tu? Kalau orang lain yang tegur, takpe lagi. Ni dia yang tegur aku!
Aku duduk termenung seorang diri dekat tangga bilik asrama aku. Aku risaukan mak. Saleha tu boleh ke tak jaga mak? Dia sendiri pun tengah sekolah.
Pengerusi Azlan dah berjanji dengan aku, bukan sebagai pemimpin kepada rakyat, tapi kawan kepada kawan. Dia janji dia hantar orang tolong jaga mak dan Leha sepanjang aku kat Khidmat Negara.
Entah kenapalah Pengerusi Azlan selalu ajak aku pergi memancing? Aku nak tanya soalan ni pada Jugra, tapi aku takut.
Tadi nampak Jugra dengan Ayahanda Joni dan Ayahanda Lias tu macam gurau-gurau member. Bayangkan taraf dia dengan aku, memang langit dengan bumi.
Tak berani nak tegur dia. Walaupun Pengerusi Azlan tu seorang yang humble sebab masih boleh ajak budak flat macam aku ni pergi memancing, anak dia aku tak tau pulak macam mana.
Nampak badan pun sado macam Aaron Aziz. Jalan pun berkepak je. Takut!
Lepas tu nampak pulak dia rapat dengan Rachel, anak Perdana Menteri. Lepas tu Alif dan Mili tu anak Presiden Hafiz.
Aku ni siapalah kan. Anak penjual nasi lemak je.
Tidurlah dulu. Besok pukul 4:30 pagi dah nak kena bangun.
--
Jugra bangun awal, dan terus capai tuala untuk mandi.
"Weh, Lep. Bangun!"
Krohhhh kreeehhhh dengkuran Alif.
"Aduh, Lep. Cepatlah. Kau ni asal pagi je bangun lambat," kata Jugra.
Punyalah Jugra bengang, tengah sedap Alif berdengkur tu, Jugra buat chokeslam.
"Woi, kau nak bunuh aku ke?" kata Alif.
"Bukanlah, gila! Bangun la! Kejap lagi dah nak subuh. Kau nak kena marah dengan komander macam semalam ke?" kata Jugra.
"Badan aku letih ni..."
"Aduhhh, pishang la aku jadi roommate kalau kau liat bangun Subuh camni Leppp!" Jugra terus capai berus gigi dan body lotion.
--
Azlan
Terminal bas baru yang bakal bersambung dengan stesen kereta api laju dan kereta api elektrik Timur-Barat yang diberi nama Terminal Bas Wijayapura Pusat ni sebenarnya mencontohi apa yang dibuat di Shinjuku Station di Tokyo.
Projek hub pengangkutan awam ni pada mulanya nak dimulakan oleh Gabenor Izzuddin pada tahun 2012 tapi delayed kerana lokasi dia nak bina tu tak strategik, serta ada pelbagai masalah lain.
Projek ni kemudiannya dibuat oleh Din Tapa di Padang Bata, sebab dulu sejarahnya tempat ni British bina kilang batu-bata. Dan akibat kilang batu-bata ni dah terbiar lama, kemudian menjadi runtuh dan buruk dan menjadi tempat semak lalang di tengah kota Wijayapura, pada tahun 2014 aku dapat tahu yang tanah ini dimiliki oleh Desford Brick and Cladding, yang berpusat di Leicestershire.
Bila aku hantar wakil untuk beli tanah tu, tuan syarikat tu pun tak tahu yang mereka ada tanah kat situ sebab yang buat kilang tu ialah atok nenek moyang mereka yang terkorban akibat Perang Dunia Kedua.
Bila wakil aku cakap macam tu pada aku, aku macam 'serius aaahh kau tak tau tanah ni atok kau punya', dan aku suruh dia cakap tempat ni jadi tempat orang hisap gam, ada ular berbisa dan tempat nyamuk aedes membiak.
Mereka jual tanah tu pada aku dengan harga £2.4 juta (RG12.72 juta) padahal harga sebenar ialah RG972.60 per kaki persegi, sebab masa atok dorang beli tahun 1916 macam tu, harganya lebih kurang £6,000 macam tu. So kalau ikut inflasi, pada dia dah cukup mahal dah tu.
Saiz tanah tu ialah lebih kurang 92 ekar (memandangkan kawasan ni banyak tanah liat untuk dia korek dan buat batu bata).
Satu ekar tanah ialah 43,560 kaki persegi. Kalau 92 ekar? Campur dengan wang pengurusan tu semua, RG3.9 billion (£704 juta) nilai tanah ni.
Jadi pada tahun 2015, sempena hari kelahiran Merlina yang ke-35, aku hadiahkan lot tanah ni untuk dia serta kontrak untuk dia bina Terminal Wijayapura Pusat yang terdiri dari kereta api elektrik, kereta api laju, Transit Aliran Massa dan dijangka akan bina tiga lagi laluan nanti dengan kos belanja RG2.2 billion, dengan beberapa syarikat lain nak bina bangunan dan plot tanah yang Merlina jual dengan harga nilai semasa.
Dan sekarang, stesen basnya dah siap, dengan dah ada laluan MRT yang stesennya akan dibuka dua bulan lagi. Stesen kereta api elektrik dan kereta api laju masih dalam pembinaan lagi, begitu juga dengan hotel-hotel seperti Hilton, St. Regis, dan banyak lagi pejabat nak dibuka di sini.
Walaupun begitu, hasil duit semua ni akan dizakatkan untuk membantu golongan miskin, kerana mengeluarkan rakyat dari kemiskinan adalah jihad aku untuk rakyat Gelanggayu.
--
Fazrul dan Marina datang ke sel penjara Adilah. Fazrul datang membawa dulang dengan tudung saji menutup dulang itu.
Adilah sudah berada di dalam bilik soalsiasat itu.
Fazrul masuk dan letak dulang tersebut di depan Adilah. Baunya sedap, seperti bau daging panggang.
"Faz..."
"Apa Faz Faz? Kau ingat aku ni Fazz Ahmad ke?" kata Fazrul sambil lempar surat khabar di sebelah dulang itu.
"Tu aku masak untuk kau. Dulu kau jugak cakap, kau suka lelaki yang masakkan untuk perempuan. Sweet la kononnya, padahal masa tu kau tengah jealous sebab Cindy cerita Alan masakkan untuk Nat," kata Fazrul.
"Kenapa Faz marahkan Kak Dila? Kan kakak layan je dengan elok? Dulu Faz cakap Faz nak jadi adik angkak Kak Dila, kakak tak kisah. Sebab kakak cakap kita tak mungkin menyatu?"
Fazrul senyum, tapi diam.
Akhbar Utusan Gelanggayu itu tertulis 'Amar Hamzah dipotong tangan kiri hari ini'.
Adilah bukak dulang itu, dan ada daging bentuk tangan siap dengan ada bawang yang caramelized lengkap dengan rempah-rempah.
Terkejut beruk Adilah bila dia nampak hidangan makanannya ialah berbentuk tangan - yang kebetulan berita Gabenor Amar yang telah dipotong tangannya.
"Lepas fresh potong tu, aku gaul dengan black pepper, serbuk cayenne, mustard seeds, thyme dengan olive oil, perah lemon, lepas tu perap dua jam, lepas tu aku bakar. Rasa lah," kata Fazrul.
"Awak ni psiko!" jerit Adilah yang terkejut beruk tengok ada tangan panggang di depan matanya.
Marina pulak yang masuk dalam bilik soal siasat.
"Tu daging burger, wrapped dengan chicken bacon je lah. Yang kuku tu almond je. Bodoh la kau ni, Fazrul. Terus hijau muka dia. Kenapalah kau gigih buat benda bukan-bukan ni," kata Marina. Fazrul dah ketawa terbahak-bahak.
Fazrul capai pisau dan garfu dan memotong daging bentuk tangan itu. Ternyata ia cuma daging lembu kisar yang dibalut dengan chicken bacon.
Barulah Adilah berani memotong dan memakan daging tersebut.
"Kau mesti ingat ni tangan Amar, kan? Bodoh la kau ni. Tulang pun takde. Kau macam la tak kenal perangai Fazrul ni," kata Marina pula.
"Mar, anak-anak aku macam mana?" tanya Adilah kepada Marina.
"Kau jangan risau la. Anak-anak kau kat Khidmat Negara. Jessica dengan Kecik dah uruskan semuanya."
"Mana kau belajar buat meatloaf bentuk tangan ni, Fazrul?" tanya Marina.
"Helloween's Cookbook," jawab Fazrul.
"Betul ke Amar dah kena potong tangan?" tanya Adilah.
Fazrul capai phonenya dan tunjukkan video tangan Fazrul dipotong depan mata ahli Ayam Hitam.
"Nampaknya takkan ada orang yang berani lawan Azlan lagi. Dan takkan ada lagi orang yang boleh lawan dia di Gelanggayu ni, kecuali dia bawa kuasa luar," kata Adilah.
"Kau tau kan yang Donald Trump ni asalnya puppet Ali?" Marina tanya Adilah.
"Aku tau. Tapi boleh jadi Kwantong," kata Adilah.
Fazrul dan Marina berpandangan sesama sendiri.
"Kitorang nak tahu apa deal kau dengan KPC," kata Marina.
"Mar, Faz. At that time, my mission is to defend my family at all cost. Norman nak bunuh ayah, bunuh aku, bunuh anak-anak aku."
"Sebab kau side Jimmy, simple je," kata Fazrul.
"I have to defend my family, Faz."
"Apa deal kau dengan KPC?" tanya Marina.
"Deal vaksin. KPC tengah develop sejenis biological weapon yang berbentuk virus, dan sepatutnya syarikat aku Kencana Consortium yang develop vaksin tu dengan duit dari KPC. Tapi semua tu tak sempat nak buat, dan aku tak tahu apa lagi lepas tu."
"Kau tau tak Azlan yang jumpa dokumen kau punya deal tu, lepas tu spy Taipei-Formosa NSB pergi sana untuk dapatkan formula nak buat vaksin tu, dan sekarang Azlan dah jual formula tu pada CIA?"
Terkebil-kebil Adilah mendengarnya.
"Jadi, kalau Kwantong lepaskan virus tu, Amerika dah ada vaksinnya?" tanya Adilah.
"Vaksinnya masih dalam penyelidikan lagi. Infrastruktur untuk itu pun belum siap. Tahun depan baru dah ada semua tu," kata Marina.
"Azlan dah prepare pun untuk tu. Cuma, kitorang nak tau, sejauh mana lagi penglibatan kau dengan KCP," kata Fazrul.
"Apa-apa pun, tolong jangan apa-apakan anak aku."
"Eh, kau yang buat salah! Apasal pulak anak kau nak kena pulak?" tanya Fazrul.
"Aku dah menyerah pada Azlan. Tolong jangan apa-apakan anak aku. Aku janji aku akan beri kerjasama," kata Adilah.
"Masalahnya kau ni pandai berlakon, Dila. Susah aku nak percaya dengan kau ni," kata Fazrul.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro