Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2018 part 3

"Kau nak ke jumpa Donald Trump tu, Lan? Aku tak rasa kau boleh masuk dengan dia punya. Dengan Obama pun kau tak boleh blah."
"Aku perlu jumpa dia untuk mintak tolong tentera Amerika kawal perairan Laut Wijaya daripada dimasuk Kwantung. Kita mana ada aircraft carrier. Sebagai deal, aku cakap la Gelanggayu akan beli gandum dengan jagung dia yang tersidai kat port Los Angeles tu sebab trade war dengan Kwantung. So bila kita bawak gandum dan jagung tu ke sini, kita boleh buat dedak untuk ayam dan lembu, kita boleh upgrade diet permakanan negara. Nak harap beras je, tak cukup."
"Alan, aku tau tu semua. Tapi maksud aku, it's not you who do the talking."
"Habis tu siapa? Natasha?"

Merlina senyum dan mengangguk.

"Eiii nak ke dia tu jumpa Trump? Dia tu dah la peminat Hillary tegar."
"Soal dia peminat tegar Hillary tu aku peduli apa, Lan. Kau pun bukan peminat Obama, tapi kau jumpa je dia. Dah kerja. Tapi, aku nak Natasha yang cakap sebab Trump ni pantang tengok perempuan cantik. Nat tu, walaupun tahun depan dah nak masuk 50, tapi nampak la hot lagi."
"Kau nak suruh Nat mengorat Trump? Hotak kau!"

Merlina ketawa.

"Bukan, camni. Kalau kau yang cakap, dia ni ada kepala ego. Nanti macam pertemuan kau dengan Xi Jinping. Dua-dua tak nak berganjak. Karang tak jadi apa pulak. Kalau Nat, kau pun tau kan suara dia tu kan macam lembut walaupun nyaring."

"Jadi, aku buat apa?"
"Kau mastermind dari belakang je lah."
"Aku tak rasa Natasha nak. Dia ni selalu fikir akar umbi parti dia je."
"Akar umbi parti dia pun dah ramai lari ke GUDA. Lagipun tahun depan pun dia punya last term. Apa lagi dia nak fikir?"
"You do the talking, Mer."
"Aik? Tu kan ex girlfriend kau. Takkan aku kena cakap?"
"Dia tengah dingin dengan aku."
"Sebab apa?"
"Dia panggil aku diktator. Dia cakap semua benda berpusat kat aku. Lepas tu bila aku buat hukuman hudud, dia panggil aku Taliban."
"Laaaa. Takpelah, aku yang cakap dengan dia. Pandai la aku goreng macam mana."

Merlina pakai gincu bibir, kemudian bersolek.

--

Meeting dengan board of directors hari ini membincangkan tentang Wijaya TV nak buat streaming service iaitu Gflix, iaitu rangkaian untuk local content.

Disebabkan Netflix mendominasi streaming content, serta demografi penonton dari golongan millennial dan Gen Z kurang menonton TV, maka Wijaya TV perlu mengubah hala tujunya untuk terus berdaya saing.

Gflix akan menyiarkan drama-drama dan filem-filem tempatan Gelanggayu, serta dokumentari dalam bahasa Melayu.

Sebagai Pengerusi Wijaya TV, Azlan bersetuju dengan pendapat board of directors untuk mengembangkan sektor streaming service dan memberi saingan kepada Netflix, Hulu dan CuriosityStream.

Dan di sinilah Azlan mahu membantu Art Ardan, yang daripada dulu lagi dia teringin nak buat filem, tapi tak ada ruang untuknya.

Azlan merancang untuk buat sebuah drama bersiri macam House of Cards, iaitu siri drama politik kegemarannya, cuma dia mengaku dia tak ada bakat untuk mengarah filem atau drama.

--

"Driver, ada idea nak makan kat mana?" tanya Azlan.
"Tu hari kawan saya cakap, bekas Perdana Menteri, Tun Saiful, dia sekarang dah bukak restoran mi udang. Nak cuba kat situ?"

Azlan termenung dan teringat peristiwa dia memecat Saiful dari Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia tahun lepas.

"Kedai dia kat mana? Tau dulu kedai pakcik dia kat Jalan Jaafar. Dah lama dah tutup."
"Kedai tu pindah kat Puncak Jaya, bos."
"Aik? Agaknya ada banyak shoplot kat kawasan aku, aku sendiri tak larat nak tengok semua shoplot. Kau nak makan mi udang?" tanya Azlan pada Merlina.
"Entah. Cuba je lah."

--

Saat kereta Azlan dan beberapa orang polis pengiring berhenti di kedai mi udang Sepetang Saiful, semua pekerja di situ seperti tergamam.

Pekerja dari beberapa kedai di sebelah turut datang mengambil gambar Azlan dan Merlina yang singgah ke kedai Saiful.

Saiful terkejut bila nampak Azlan datang ke kedainya.

"Apa khabar?" Azlan hulurkan tangan untuk bersalam dengan Saiful. Saiful terus bersalam dengan Azlan.

"Baru bukak ke kedai ni? Dulu kedai mi udang pakcik kau kat Jalan Jaafar kan?"
"Tu tahun 1995 dah tutup. Krisis ekonomi. Pindah ke sini, lepas tu tutup tahun 2016 sebab Pak Wan dah tak bagi duit lagi. Yang ni aku bukak balik dengan duit pencen pengerusi suruhanjaya."
"Bagus, bagus. Aku nak mi udang, teh madu. Mer?"
"Mi udang dengan teh o ais. Kurang manis."

Azlan menepuk bahu Saiful.

"Aku minta maaf sebab hari tu aku terlalu berkeras dengan kau. Sebab aku betul-betul kecewa masa tu."
"Tak apalah, bukan rezeki aku, Lan. Cuma sekarang, aku sedih. Pak Wan Radzi meninggal accident dengan Kimi, Jimmy kena tembak dengan askar, dan Adilah sedang kena bicara. Hari-hari keluar cerita yang memalukan pasal dia. Aku harap kau maafkanlah dia," kata Saiful.

Azlan pandang sekeliling kedai. Meja pun meja lipat plastik, kerusi merah.

"Satu hari customer datang berapa ramai?" tanya Azlan.
"Kadang-kadang 10, kadang-kadang 5. Nak buat bunting, nak buat signboard, aku tak mampu. Duit pencen aku tu, separuh je bayar hutang."
"Maaf, boleh menyampuk tak, Saiful?" kata Merlina.
"Silakan."
"Macam ni, encik Saiful ada nama, bekas perdana menteri. Perkara ni sepatutnya tak susah pun. Katakan encik Saiful call je press, confirm dorang datang. Lagi satu, encik Saiful buat je la akaun Instagram, Facebook. Kedai ni dah la tersorok, orang pun tak tahu. At least kalau ada orang review kat Yelp, Waze atau Google Place, senang la sikit nak cari. Lagi satu, mana-mana kedai, yang Azlan datang, dia selfie dengan owner je, confirm penuh lepas tu. Tau tak kedai sate Abang Lokman?"
"Tahu, famous sampai nampak la hari tu Mili promote kedai tu."
"Haaaa! Sebelum Azlan datang, kedai tu sendu. Tapi kena perform la. Kalau tak sedap, Azlan takkan promote. Follower IG dia sekarang dah 8 juta followers," kata Merlina.
"Deko kedai kau ni, kurang menarik la, Saiful. Aku faham kau takde duit. Macam ni la, aku akan call interior designer kawan Merlina tu, tengok-tengok kedai kau. Lepas tu, sementara kedai kau renovate, aku bagi kau sikit duit. Sementara nak tunggu kedai kau siap, kau anak bini kena makan jugak, betul tak?" kata Azlan.
"Betul, betul."
"Kau ni bekas perdana menteri, Pul. Kalau kau ni orang biasa, aku faham. Kau berhutang apa sampai kau takde duit langsung ni? Tapi aku tak tahu la, kau berhutang banyak pasal apa, tapi aku cuba bantu kau ni. Masa aku pecat kau dari pengerusi suruhanjaya komunikasi dan multimedia tu, bukan niat aku nak jadi kejam, tapi aku nak kau tau, aku ni berkhidmat untuk rakyat, dan aku cuma nak sampai yang terbaik untuk rakyat."
"Aku faham, Lan."
"Lepas ni kita selfie la dengan Saiful, promote kedai dia. Nanti kasi alamat, aku promote. Lagipun kedai kau ni dalam kawasan parlimen aku. Kena la aku jaga."
"Terima kasih, Alan. Kau banyak tolong aku, sejak zaman kau kat universiti lagi. Aku je yang menyusahkan kau."
"Kita brother, Pul. Kita brother. Eh, aku makan dulu mi udang ni," kata Azlan.
"Kejap, kejap! Aku nak ambik gambar dulu! Nak post kat Twitter, FB dengan Instagram," kata Merlina.
"Kau dah buat akaun TikTok?" tanya Azlan.
"Macam Mili buat tu? Asal, kau nak menari kat TikTok ke, Lan?"

Azlan ketawa.

"I'm too old for TikTok, Mer. Mungkin generasi Mili je lah."
"Never too late la, Lan. Buat je account TikTok. Pandailah budak aku jadi admin kau," kata Merlina.
"Mili sekarang dah popular jadi penyanyi sekarang," kata Saiful.
"Jessica yang jaga dia. Cepat la dia naik."

--

Jugra mengemas begnya untuk ke Khidmat Negara, program yang dilaksanakan sejak 2004, dan tertangguh sementara pada tahun 2007 sebelum dikembalikan semula selepas tamat perang saudara, atas saranan Pengetua.

Program Khidmat Negara di Gelanggayu digunakan oleh Pengetua untuk membentuk national unity dalam republik baru selepas perang saudara. Tetapi apabila zaman Azlan menjadi Pengerusi MKKP, Azlan menerapkan nasionalisme, jati diri serta menentang elemen leftism yang sedang berleluasa di media sosial.

Azlan melihat sementara hak kesamarataan wanita adalah perkara yang patut, tetapi setiap wanita harus mempunyai merit dan bukan dilantik berdasarkan kuota representasi.

--

Azlan menghantar Jugra ke Program Khidmat Negara, ia memberi signal kepada rakyat yang anak Pengerusi MKKP pun kena angkat senjata.

Gambar Azlan dan Jugra yang lengkap berpakaian uniform Khidmat Negara, di hadapan pagar 2 Jalan Cendana, viral di media sosial dan di dada akhbar.

Sebenarnya Jugra tak menerima latihan yang sama macam anak-anak lain. Jugra akan dipantau oleh Jeneral Firdaus dan pegawai-pegawainya.

Jugra, Mili, Alif dan Rachel juga menerima kem khas bersama dengan anak-anak menteri yang lain, untuk Azlan mewujudkan barisan pelapis yang baru.

Dengan cara ini, Azlan dapat membendung generasi muda daripada terjebak dengan anasir-anasir leftist dari SJW ini.

Sebab masa Shahrizal jadi Perdana Menteri dan Izham Menteri Pertahanan, masa Program Khidmat Negara ini mula dibentangkan, Azlan yang jadi think tank isi kandungan Program Khidmat Negara ni.

Sekarang, dia tinggal sambung je apa yang dia dah buat masa dia, Izham dan Shahrizal membentuk pakatan trifecta menggulingkan Saiful dulu.

Dia dah fikir pasal SJW dan gerakan kiri ni dari zaman tu lagi.

--

Azlan

Aku tau 'extremely moderate' tu oxymoron, tapi maknanya aku memang betul-betul tak ada ideologi.

Aku memang nak mendaulatkan Islam, tapi aku bagi ruang untuk peminat G-pop untuk ada konsert. Aku nak syarikat-syarikat negara aku peroleh keuntungan melalui kapitalisme, tapi aku nak keuntungan mereka membayar zakat untuk kesenangan rakyat terbawah.

Aku pragmatik. Mana-mana yang okay, aku ikut. Yang tak sesuai dengan pemikiran masyarakat setempat dan terlalu ekstrem, macam ISIS atau woke, aku ban.

Gelanggayu tak ada ruang untuk golongan ekstremis.

--

Ketika Mili sedang bersiap-siap untuk ke Khidmat Negara, dia mendapat panggilan telefon dari +1246. Kod telefon dari Barbados.

Mili dapat tahu parti yang ditaja oleh Merlina, Barbados Labour Party telah menang semua 30 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negara tersebut.

Parti pemerintah dahulu, Democratic Labour Party, kalah semua kerusi, termasuklah Perdana Menteri, Freundel Stuart.

Sebaik sahaja dia letakkan telefon, dia terus menelefon pejabat 2 Jalan Cendana untuk memberitahu maklumat tersebut.

"Uncle, Mia Mottley menang pilihanraya!"
"Dah menang?"
"Menang semua kerusi!"
"Semua kerusi? Takde satu pun Dems menang ke?"
"Ya, uncle! Cuba uncle check kat Google."

Azlan buka laptopnya kemudian melihat keputusan pilihan raya Barbados.

"Dia kasi tapau semua 30 kerusi takde pembangkang. Ni senang ni kalau nak lulus legislation, Tuan Pengerusi."
"Mili, habis Khidmat Negara ni, sambung kerja dengan uncle kat office ni."
"Baik, Tuan Pengerusi!"

Azlan kemudiannya memanggil Merlina.

"Amende kau ni, Lan?" tanya Merlina yang sedang sibuk memantau kedudukan bursa saham yang sedang mencanak naik, disamping Bitcoinnya yang menaik mendadak.

"Ni kerja Mili," kata Azlan.
"Eh, takkan 30 kerusi je Barbados ni?"
"Kau ingat Barbados ni macam Gelanggayu ke negara luas? Penduduk dia lagi sikit dari Puncak Jaya kau tau tak?"
"Hmmm, penduduk sikit patutlah matawang tinggi sebab ada sumber gas asli. Tapikan Lan, kalau macam ni, semua MP ni, kita yang bayar ke?"

Azlan mengangguk.

"Wow, jahat jugak si Mili ni. Baru belas-belas tahun dah manipulasi keputusan pilihan raya."
"Lepas ni, kita akan hantar Petrogayu kat situ untuk carigali minyak dan gas. Tunggu aku call ucap tahniah kat PM dia dulu. Lepas tu baru kita cakap pasal semua ni."
"Kita pergi Barbados dulu sebelum ke Washington jumpa Trump kan?"
"Ya, macam tu lah."
"Macam tu, Nat pun kena ikut la?"
"Ya, memang Nat pun kena ikut. Dia Perdana Menteri. Aku duduk kat belakang jadi master of puppets je."
"Jahat betul otak kau ni, Alan."
"Ni projek Mili. Aku approve je."
"Kira Mili tu bakal jadi anak murid kau la?"
"Supaya bila dia kahwin dengan Jugra nanti, dia protect Jugra. Tapi, Jugra pun kena proof yang dia worth to be a leader. Umur dah 18 tahun dah tu."

--

Azlan ke flat rumah Azam hari ni, untuk ajak memancing sebelum Azam ke Khidmat Negara.

"Bro Alan, kat Khidmat Negara ada pegang senapang tak?" tanya Azam dalam kereta.
"Itu yang kau nak fikirkan ke? Kat Khidmat Negara ni patutnya kau buatlah kawan baru. Ini kau nak pegang senapang dulu pulak."
"Ala, takde ke?"
"Memang la ada. Tapi itu bukan tujuan utama aku buat Khidmat Negara ni. Kalau aku nak jadikan pegang senapang ni perkara utama, baik aku buat kem training terrorist macam kat Afghanistan tu."
"Saya takut la, kat sana nanti mesti ada ramai anak orang kaya yang akan berlagak dengan saya."
"Kalau ada orang buli kau, kau beritahu pegawai kat situ, dorang akan report kat Jeneral Firdaus."

Azam pandang ke arah Azlan.

"Sebenarnya ikutkan hati saya, saya tak nak pergi Khidmat Negara ni. Sebab siapa yang nak jaga mak dan adik saya? Saya percaya bukan saya sorang je yang takde ayah. Ramai orang terkorban akibat perang saudara dulu," kata Azam.
"Sebab aku nak elak dari perang saudara berlaku lagilah, aku buat macam ni, Zam. Khidmat Negara ni ialah kau berkhidmat untuk negara. Besok kalau negara kita kena serang dengan musuh, dorang bukan sahaja perlu berdepan dengan askar, tapi rakyat macam kau juga. Tentang mak dan adik kau tu, janganlah risau. Aku akan minta tolong Joni atau Lias tolong jagakan. Tapi aku faham maksud kau. Ramai orang yang macam kau ni."

Kereta tiba di tasik lombong tempat mereka biasa memancing.

"Besok kau lapor diri kat mana?" tanya Azlan.
"Kem Jugra. Eh, nama kem tu macam nama anak Bro Alan je."
"Aku yang troll anak aku tu. Sebenarnya Jugra tu nama panglima zaman dulu-dulu. Jadi, aku letak je la nama kem tu nama tu."
"Saya ada jumpa Jugra hari tu."
"Kau tegur dia tak?"

Azam geleng kepala.

"Apasal?" tanya Azlan.
"Takutlah. Badan sado, lengan besar. Lepas tu kapten ragbi pasukan negara bawah 21 tahun pulak tu. Sekali dia angkat saya, patah riuk saya nanti. Saya ni dah la kerempeng je. Badan tak cukup kalsium."
"Ah kau ni, Jugra tu badan je macam tu. Tapi dia tu hati baik."
"Itulah tu. Hari tu saya tengok la gambar dengan video dia kat Instagram dan TikTok, dia hantar bantuan kat gelandangan dan orang miskin. Banyak betul tempat dia hantar tu," kata Azam.
"Itulah gunanya badan sado dia tu. Nak mengangkat-angkat barang tu, senang la sikit orang nak buat kerja kebajikan."
"Bro Alan, kalau saya kena masuk Khidmat Negara kat Kem Jugra, maknanya Jugra pun ada kat situ jugak lah?"
"Ye lah. Aku nak troll anak aku, sebab tu aku namakan kem tu nama dia."
"Alamak..."
"Kenapa?"
"Takde apa."
"Kau takyah takut la dengan Jugra."
"Cleo Rachel pun kat Kem Jugra ke?"

Azlan pandang ke arah Azam.

"Kau syok kat dia ke, Zam?"
"Eh, eh. Takde la. Tanya je. Lagipun dia kan anak Perdana Menteri. Seganlah, saya ni budak flat je."
"Kau ni takkan tak dengar lagu Aman Ra Budak Flat, Zam? Budak flat, bangun!"
"Bro Alan pun dengar lagu hiphop Melayu ke?"
"Mestilah aku dengar."

--

"Julia, kan cikgu dah cakap, sini bukan pasar malam. Yang kamu bawak segala barang nak niaga ni, dah kenapa?" tanya Cikgu Balakrishnan cekak pinggang.

"Alaaa cikgu ni. Bagi la anak muwid cikgu ni belajar niaga. Lagipun, cuba cikgu fikir, hawga segelas boba tea kat Xing Fu Tang bewapa? Satu gelas dah RG12.90. Kalau cikgu beli boba tea ni, hawga sebungkus ni bawu RG8.50. Cikgu boleh buat 50 gelas! Lagi jimat!"

"Tapi Julia, boba tea ni kandungan gulanya tinggi. Bahaya untuk kesihatan."
"Cewita sekawang cikgu, dalam business, mommy ajar kalau ada demand, akan ada supply. Saya cuma supply apa yang mawket demand. Dowang yang nak boba tea, saya nak duit dowang je. Dengan duit ni, saya boleh beli mainan Altwomen banyak-banyak tanpa minta pada mommy. Saya nak usaha kumpul duit pun cikgu nak mawah. Apa lah."

"Saya tahu la daddy awak tu Pengerusi MKKP. Janganlah salah guna kelebihan awak tu."

"Mana ada saya salah guna. Saya niaga je. Kalau saya salah guna kelebihan yang saya ada, saya dah wasuah cikgu dah."

Geleng kepala cikgu Balakrishnan bila tengok perangai Julia yang suka mengambil kesempatan berniaga dalam sekolah.

"Saya beritahu ibu awak nanti, Julia."
"Bewitahu la! Saya tak takut pun. Saya cawi duit halal je, bukannya saya jual mawuah. Saya jual boba je. Macam ni lah, cikgu nak buat duit lebih tak?"
"Hish kamu ni Julia!"
"Alaaa, Thaipusam dah nak dekat ni. Kakak angkat saya, Kak Nilam, mak dia supply kelapa. Selalu kalau beli kelapa sebiji sewinggit kan? Beli dengan saya, saya jual lapan posen. Lepas tu cikgu jual la kat owang hawga pasawan. Kalau sewatus biji, cikgu dah untung doploh winggit."
"Macam-macam la kamu ni Julia!"

--

"Julia, apasal kat sekolah, cikgu Balakrishnan call aku tadi? Kau buat hal apa kat sekolah?" tanya Merlina.
"Julia tak buat salah apa pun. Julia niaga boba je. Kawan-kawan Julia yang nak beli. Dah dowang nak, Julia jual la."
"Kau betul ke minat berniaga ni? Kalau kau minat niaga, aku cari shoplot untuk kau niaga boba. Tak payahlah kau bawak boba tu pergi sekolah. Kau ni pun, nak berniaga pun tak strategik."
"Mommy mawah Julia ke?"
"Takde la marah. Aku masa darjah satu dulu pun macam kau jugak. Ni kira okay la Cikgu Balakrishnan tak rampas barang kau. Zaman aku dulu, ustazah sampai rampas barang niaga aku."
"Mommy jual apa sampai ustazah wampas tu?"
"Sticker band metal. Modal aku seposen je, jual kat orang, seringgit sekeping. Profit margin aku besar. Banyak kau kena menuntut ilmu dengan aku ni."
"Patut la mommy kaya. Kepala otak macam Yahudi."
"Kau pun sama la Julia! Nanti aku carikan tempat untuk kau berniaga. Cuma aku nasihatkan kau la, niaga boba ni setahun dua je lah. Sebab benda ni trend je. Nanti bila trend ni jatuh, kau jugak rugi."
"Niaga apa yang tak jatuh twend, mommy?"
"Kau niaga barang makanan asas. Jual beras, jual tepung gandum, jual sayur, jual ayam. Yang tu demand akan sentiasa ada zaman berzaman."
"Macam tu, Julia nak bukak kedai wuncit! Julia nak namakan kedai wuncit Julia tu, J-Mawt. J-Mawt, pasaraya yang menjimatkan!"
"Haah ek, masuk akal jugak idea kau ni, Julia! Memandangkan kau nak bukak kedai runcit, nanti aku kawtim dengan Kak Dayah. Dia tu supplier barang makanan. Kau boleh ke bukak supermarket ni?"
"Mommy masa umur Julia, mommy niaga apa?"
"Kedai photostat. Lepas tu print sticker. Lepas tu aku invest kat bursa saham. Ekonomi tengah sedap masa tu, asyik naik je. Tu yang aku umur sembilan tahun dah beli tanah."
"Julia nak invest kat hawtanah boleh tak?"
"Nanti aku ajar kau. Tapi baik kau start dulu business supermarket ni. Tapi kau buat betul-betul, jangan sekerat jalan! Dah banyak duit baru aku ajar kau business properties pulak."
"Sayang mommy! Mommy memang memahami cita-cita Julia!"
"Kau ni klon aku, Julia. Faham sangat dah kau ni."

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro