
2018 part 12
Jeneral Firdaus hari ini membuat pengumuman di televisyen, bahawa roadmap untuk kembali ke demokrasi akan dilaksanakan, untuk menyakinkan para pelabur.
Dan sebagai menghormati pemergian Presiden Republik, Hafiz Samsudin, Jeneral Firdaus mengisytiharkan cuti peristiwa selama tiga hari, dan berkabung selama 21 hari dengan bendera Republik Gelanggayu dan negeri-negeri lain akan dikibarkan separuh tiang.
Situasi semasa amat membimbangkan pasaran semasa, menyebabkan Indeks RAYA, bursa saham Wijayapura ini merosot hingga 13% hari ini. Ini adalah penurunan paling teruk sejak perang saudara. Perang dagang dengan Kwantong pun tak macam ni.
Tapi Merlina dah diberitahu awal-awal tentang perkara ini. Maka sehari sebelum kudeta, kebetulan dua hari sebelum saham Facebook jatuh teruk sehingga kehilangan $160 billion, Merlina awal-awal dah dapat maklumat dan jual saham tersebut sebelum dia kerugian.
Maknanya Merlina sempat buat untung sebelum saham-saham jatuh.
Sementara itu, jenazah Hafiz telah dikapankan dan Alif, selaku anak lelaki kepada Hafiz (walaupun bukan anak kandung), diberi penghormatan oleh Azlan untuk mengimamkan solat jenazah papanya.
Selepas solat, jenazah Hafiz dibawa oleh van jenazah dengan Azlan menguruskan pengebumian Hafiz di kebun kobisnya di Air Putih.
Pada keranda Hafiz, diletakkan bendera Republik Gelanggayu, dengan Alif dan Azlan mengetuai di depan mengusung jenazah ke van.
--
"Alif..."
"Ya, Uncle Alan?"
"Lepas ni, Alif kena jadi ketua keluarga. Uncle nak Alif lepas ni jadi kuat."
"Faham, Uncle."
"Harta papa tu gunakan seeloknya. Banyak harta tu."
"Baik, Uncle."
Beberapa saat lepas tu Alif terus menangis, dan Azlan memeluknya.
"Alif tak sempat nak kenal daddy betul-betul, tapi daddy dah pergi dulu."
Azlan menggosokkan belakang Alif dan memeluknya.
"Sabar, Alif. Kau kena jadi kuat. Aku pernah kehilangan bapak. Aku faham perasaan kau."
Tembakan ke udara oleh Tentera Republik Gelanggayu berserta dengan upacara istiadat pengebumian pemimpin negara berlangsung di tanah Hafiz.
--
Adilah
Koibito,
Saya sedar, yang saya tak layak untuk ada berhampiran pun dengan kubur awak. Tapi saya gagahkan diri saya untuk melihat awak kali yang terakhir, sebelum awak pergi.
Saya sedar, saya tak pernah melayan awak dengan baik. Saya curang di belakang awak, dan saya selalu melayan awak dengan teruk.
Ini semua salah saya. Disebabkan saya, ramai orang terseksa, dan ramai yang telah mati.
Saya ingat, saya buat semua ini untuk kita semua. Ayah telah menjanjikan segalanya pada kita bila kita dapat naikkan Jimmy sebagai Sultan. Malangnya, saya cuai dalam rancangan saya dan akhirnya kita semua telah menderita.
Rupanya saya dipergunakan. Saya fikir saya bijak, dengan strategi yang disusun Tok Aki kepada saya sejak dulu lagi, hanya untuk menjadikan Jimmy berkuasa, padahal dia langsung tak buat apa-apa pun untuk kita.
Koibito,
Saya sedar yang saya tak layak untuk memohon maaf atas segala kesalahan saya pada awak. Dosa saya sebagai isteri yang curang tak mungkin dapat awak ampunkan.
Tetapi, saya merayu, sebelum saya dihukum gantung nanti, maafkanlah saya atas segala apa yang saya telah lakukan pada awak.
Semuanya terpulang kepada Azlan. Kalau dia kata saya kena hukum gantung, saya kena lah. Saya tak berharap sangat. Mungkin ada lagi sisa masa saya untuk bertaubat.
Selamat jalan, koibito. Maafkan saya, kerana saya, cinta awak tak sempurna seperti yang awak harapkan.
--
Azlan memanggil semua ketua-ketua parti politik yang menyertai MKKP sebelum dibubarkan Jeneral Firdaus, ke 2 Jalan Cendana.
Rahman dan Natasha rasa pelik sebab semua dimaklumkan yang MKKP telah dibubarkan, kenapa ada meeting lagi?
Tapi mereka datang juga, bersama ketua parti yang lain.
Sebaik sahaja mereka tiba, mereka nampak Azlan duduk dengan kaki bersilang di kerusi ruang tamu, dan kucing bernama Lion-O sedang baring di ribanya, dan di jari manis sebelah kirinya, cincin zamrud kelihatan, sambil Jeneral Firdaus berdiri di belakang.
"Duduk," kata Azlan.
Semua pemimpin parti politik MKKP terketar-ketar melihat gaya Azlan yang tidak mempunyai sebarang emosi.
"Bukan ke MKKP telah dibubarkan?" tanya Rahman.
"Tuan pengerusi?" tanya Hassan Adli, Presiden Parti Melaut Merdeka. Hassan Adli ni merupakan adik ipar kepada Osman Kasim, ketua pemberontak Gerakan Melaut Merdeka yang merupakan pakcik kepada Azlan.
Natasha diam, sebab dia dah tahu apa kesudahannya. Disebabkan Azlan memberi syarikatnya kontrak membuat dedak ayam, maka dia diamkan sahaja.
"Pertama, tujuan kita berkumpul di sini ialah untuk kita memperingati pemergian Allahyarham Hafiz Samsudin, Presiden Republik. Kita semua baca al-Fatihah sebelum memulakan perbincangan ini."
Masing-masing membaca Al-Fatihah untuk disedekahkan kepada arwah Hafiz.
Selepas baca Al-Fatihah, Azlan bangun dari kerusinya sambil menyerahkan Lion-O ke tangan Jeneral Firdaus.
"Kedua, Jeneral Firdaus, sila cakap?"
"Pihak tentera mahu menganugerahkan pingat darjat kebesaran Penaung Republik Gelanggayu (PRG), sebagai anugerah tertinggi kerajaan republik, kepada Tun Hafiz Samsudin, yang dianugerahkan secara posthumous, dan Tun Natasha Abdullah, sebagai Perdana Menteri Gelanggayu zaman Republik yang pertama. Jasa kedua-dua pemimpin ini tidak akan dilupakan oleh kerajaan. Selain itu, ketua Ayam Hitam, Ali juga akan diberikan Tun secara posthumous."
"Wait, what? I thought kita dah takde award macam ni zaman repub..."
"Just accept it, Nat," kata Azlan.
Natasha mengangguk dengan patuh.
"Yang ketiga, pilihanraya akan dilangsungkan pada bulan Mac tahun hadapan. Sekarang, seperti yang kita tahu, semua parti-parti tidak mempunyai banyak dana untuk mengadakan pilihanraya. Jadi, aku arrange macam ni. Parti Nasionalis akan ambik 90 kerusi, Republikan 60 kerusi, Demokrat 60 kerusi, parti-parti negeri tak disediakan kerusi Parlimen, tetapi mereka akan pegang kerusi Gabenor dan Dewan Negeri masing-masing, sejajar dengan Perkara 5 yang diluluskan melalui referendum 2017. Parti Pertiwi, yang walaupun sudah bergabung dengan Nasionalis, akan diberi kerusi sebanyak 60 kerusi."
"Macam mana dengan parti ULAP?" tanya George yang merupakan presiden United Lamas Association Party.
"Bertanding dalam Dewan Negeri," jawab Azlan.
"Kau tak boleh decide macam tu, Alan? Demokrat nak bertanding semua kerusi..."
"Kalau kau nak Demokrat bertanding semua kerusi, silakan. Tapi jangan marah dengan aku kalau ahli parti kau diisytiharkan muflis dan tak boleh bertanding pilihanraya."
Rahman terdiam.
"So, we are not fighting each other? That's mean, kita cuma lawan GUDA je?" tanya Natasha.
"Ya, Nat. You dah tamat term. You tak boleh bertanding lagi. Lepas ni giliran parti Demokrat pulak jadi Perdana Menteri. Rahman, you know you're next PM kan? So, jangan membantah dengan keputusan aku," kata Azlan.
"Baik, Pengerusi. Bagaimana dengan jawatan Presiden?" tanya Rahman.
"Jeneral Firdaus akan menjawat jawatan Presiden."
"Habis tu, you?" tanya Natasha.
"Pengerusi kepada semua ketua parti, Menteri Dalam Negeri, Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara. Timbalan PM bagi Din Tapa."
"Macam MKKP?"
"Yes, macam biasa."
"Same law? Tapi surat perjanjian MKKP tu kata one term je? If we don't want to sign?" tanya Rahman.
"Then pulangkan balik apa yang kau dah dapat lah. Kalau tak..."
Azlan jeling ke Jeneral Firdaus, kemudian dia 'krak-krik' jari jemarinya.
"Azlan, this is not constitutional, I risau court order..." kata Rahman.
"Apa jadahnya constitutional ni? Perlembagaan dah kena gantung."
Natasha dah nampak semua ni, dan lagipun lepas ni dia dah bersara dan uruskan kilang buat dedak ayam dan lembu je, dia terus je bersetuju. Dah malas nak fikir pasal human rights dan demokrasi. Bukan dapat apa pun. Dia pun dah dapat Tun. Maknanya dalam Gelanggayu, cuma ada tiga orang je yang ada Tun pada zaman Republik, dan dua orang dah mati.
Pangkat zaman al-Daulah dulu dah dimansuhkan dan tak digunapakai. Termasuklah jawatan Tan Sri Jabbar sebenarnya, tapi orang dah biasa sebut nama dia macam tu, panggilan tu kekal.
"Okay, I sign," Natasha terus tandatangan tanpa mahu membantah.
Dan Rahman baru sedar yang Azlan dah buat perangkap debt trap policy kepada Parti Demokrat. Dan offer menjadi Perdana Menteri menang tanpa bertanding, adalah satu offer yang dia tak boleh nak resist.
"GUDA is relatively a new party. Berapa je modal yang dorang ada? Berapa banyak kerusi je dorang boleh bertanding? Kalau dah itu je lawan kita, maknanya kita dah boleh tubuh kerajaan sebelum ada pilihanraya umum lah?" tanya Rahman.
"Tengok lah, kalau ada orang nak bertanding bebas, ada la pilihanraya tu. Kalau cukup 136 kerusi kita semua menang tanpa bertanding, bolehlah tubuh kerajaan tanpa adakan pilihanraya umum."
"Okaylah, I sign jugak," kata Rahman, diikuti dengan sign Hassan Adli mewakili semua parti-parti negeri, George dari ULAP dan Jeneral Firdaus, mewakili Parti Pertiwi.
"Last but not least, I don't want this deal to be leaked. Make sure it doesn't leak. Understand?"
"Baik, Pengerusi."
--
"Eiii, menyampah la Kak Yong bukak TV asyik tayang muka si Hafiz ni! Dah mati tu mati je lah!" kata Hidayah sambil tukar channel TV.
Lias dan Joni hanya rilek duduk berdua main Mobile Legends.
"Semalam satu hari TV asyik baca Yasin, lepas tu muka dia je. Dah macam takde orang lain!"
"Apa Kak Yong ni marah-marah. Kak Yong tutup je la TV tu. Bukan susah pun. Youtube kan ada, TikTok pun dah ada," kata Joni yang sedang buat triple kill.
"Entah. Daripada Kak Yong bebel je, bukannya owner syarikat televisyen tu dengar," kata Lias.
"Weh, owner Wijaya TV, bro Alan la. Kau ni pun."
"Ye ke? Aku ingat dulu owner dia Tengku apa ek..., Joni?"
"Tengku Ipin kot. Alah, yang anak dia mix Perancis tu," kata Joni.
"Weh, tu bini bro Alan la. Tengku Aminah."
"Ya, ya. Bini first dia," kata Joni.
"Dulu kan, masa dia muda, kan selalu keluar TV Tengku Mina tu. Aku buat modal dooo..."
"Wei, Lias. Kau jangan cakap macam tu depan bro Fidot. Dia dengar ni, mampos kena lempang dengan dia. Hari tu ada budak kita kena lempang dengan bro Fidot sebab cakap pasal bentuk badan Rachel. Pelempang bro Fidot jangan main-main wei..."
"Bila fikir balik, Tengku Mina tu, mak Jugra dooohhhhh! Aaarrrggghhh tidaaaakkkk!"
Kecik masuk ke dalam kedai kek, sambil angkat tepung gandum.
"Pelik la Kak Yong, harga tepung gandum ni macam dah jatuh je," kata Kecik.
"Ye ke?"
"Dulu, sekampit tepung gandum, RG2.80 sekilo. 10 kilo RG25.00. Sekarang dah turun RG2.50 sekilo, 10 kilo, RG23.00. Pelik betul," kata Kecik.
"Kau ni Kecik, kau tak follow berita ke? Kan hari tu PM Natasha sign kontrak beli gandum dengan Donald Trump. Kau takkan tak mengikuti perkembangan semasa?" tanya Hidayah.
"Hehehe, saya ni kutu je, Kak Yong."
Lias dengan Joni terus facepalm.
"Masalah self esteem betul la," kata Lias.
"Entah. Tak tau ke lagu Kristal, kau cinta, ku cinta, nak tunggu apa? Apa nak jadi, jadi! Live and let it be!"
"Betul tu. Zaman kini serba pantas, lambat sikit kita akan dipintas
takkan nak sampai mimpi, baru nak kau pasti!"
"Sama-samaaaaaa! Dalam seikat daun sirih mana boleh tak boleh jumpa sehelai sireh bertemu uraaaattt!"
--
Azlan
Pelan aku seterusnya ialah roadmap yang aku telah sediakan untuk menyiapkan Kedatuan Gelanggayu seperti aku dan Merlina dah rancangkan dulu.
Pilihanraya ini, Parti Nasionalis, Parti Republikan, Parti Demokrat, Parti Pertiwi dan parti-parti lain akan diberi kerusi agar tidak bertembung sesama sendiri. Ini mengakibatkan akan berlaku banyak kerusi yang akan menang tanpa bertanding.
Kemudian, Rahman akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Natasha. Dan Azizan aku bagi dia pegang Gabenor, menggantikan ibu yang dah tua. Umur dia dah 75 tahun dah tu. Bagilah dia bersara dengan aman.
Aku tahu lagi setahun, mungkin dua tahun, supervirus itu akan merebak ke seluruh dunia, yang akan mengakibatkan seluruh dunia terpaksa menghentikan kegiatan ekonomi.
Aku akan biarkan negara ini kucar-kacir di bawah kepimpinan dua orang anak Azmi ni sampai rakyat memberontak dan mendesak aku membuat keputusan.
Aku rasa tahun ni aku akan berhenti bertanding sebagai ahli Parlimen Puncak Jaya, dan bagi jawatan ini pada Din Tapa.
Untuk kerusi Gabenor Wijayapura, Kecik berminat nak bertanding. Jadi aku bagi kerusi tu pada dia.
Selepas itu, Parti Nasionalis, Parti Demokrat, Parti Pertiwi, dan parti-parti lain, semuanya akan disatukan ke dalam sebuah parti bernama Kongres Gelanggayu (sebab nama Kongres Melayu Gelanggayu atau Kongmegayu adalah nama parti lama, yang akan bertindih pendaftaran dengan ROS).
Aku akan jatuhkan keluarga Azmi ni, dan naikkan keluarga Pak Harun, anaknya Dalilah Harun yang akan jadi pemimpinnya nanti.
Maka selepas itu, Dinasti Cendana secara rasmi memerintah Kedatuan Gelanggayu, sistem politik yang memang dicipta oleh orang Melayu, daripada orang Melayu, untuk orang Melayu.
By the time lepas ni, kita tak perlu lagi ikut corak pemerintahan gaya Barat yang menyebabkan negara ini berantakan selama bergenerasi lamanya.
Dirgahayu Kedatuan Gelanggayu!
--
Aku melawat lagi Adilah di penjara. Aku terkejut dengan penampilan terbaru dia.
"Cantik tak aku pakai tudung?" tanya Adilah.
"Subahanallah, alhamdulillah."
"Aku tanya, kau berzikir pulak."
"Ya, kau cantik pakai tudung."
"Aku gurau je lah. Aku faham."
Pegawai penjara letakkan baklava di depan meja bersama seteko teh dan dua cawan.
"Uuuhhh, baklava!"
"Isteri aku yang buat."
"Untunglah, ada bini pandai buat baklava."
"Kau pandai masak?"
"Of course. Perempuan Sepetang mesti kena pandai masak. Aku ni satu-satunya pembaca berita TV Wijaya yang masih buat sambal belacan pakai batu lesung tau. Takkan kau tak ingat, masa aku kerja dengan kau kat Radio Universiti dulu, aku ada masakkan korang laksa Sepetang tu?"
"Jap, aku tak ingat ni."
"Ada! Masa tu kau kat office kau, lepas tu aku letak laksa kat atas meja kau. Lepas tu kau keluar sebab Jeneral Yahya nak ajak kau jumpa dengan Presiden IMF," kata Adilah.
"Oh, ya. Sorry sebab aku tak sempat nak jamah laksa kau masak," kata aku.
Adilah senyum, tapi senyuman tu macam seperti kecewa.
Aku rasa bersalah pulak bila Adilah buat muka macam tu.
"Aku dengar dari pegawai-pegawai kat sini, kau dah beberapa hari tak nak makan. Kenapa ni?"
"Kau jangan salah anggap pulak. Aku bukanlah mogok ke, atau nak kata makanan dalam penjara ni tak sedap. Tapi sejak Hafiz meninggal, aku rasa bersalah. Aku tahu, dia takkan ampunkan dosa yang aku buat pada dia. Dia tu baik sebenarnya, selalu utamakan aku dulu berbanding diri dia sendiri."
"Aku housemate dia, Dila. Aku tahu la dia tu macam mana."
"Aku minta maaf, sebab aku punca kematian Faiz. Dah dua orang team kita dah mati. Eh, Din macam mana?" tanya Adilah.
"Din jadi pegawai kementerian. Dulu dia pendidikan, sekarang dia pergi kementerian pendidikan tinggi."
"Bila aku kena hukuman nanti, tinggal kau berdua je lah?"
Bukak cerita lama ni, jadi sebak pulak. Teringat zaman Radio Universiti, Suara Kampus masa zaman universiti dulu. Bila Adilah cakap tu, macam baru lepas potong bawang pulak.
Muka Adilah senyum bila makan baklava.
"Sedap?" tanya aku.
"Pandainya bini kau buat ni. Dia ada darah Turki ke?"
"Tak silap aku mak dia separuh Minang, separuh Yahudi Turki."
"Patutlah pandai bisnes..."
"Pasal Kencana Corporation, aku dah serahkan pada Alif dan Mili. Cuma buat masa ni, biar isteri aku tolong jaga dulu."
"Bagilah mereka belajar dulu. Terutamanya Alif. Mili tu aku tak risau sangat."
"Aku akan jaga mereka berdua, kau jangan risau."
Aku nak jumpa dia ni bukanlah aku nak korek rahsia, tapi sekadar nak berbual.
"Alan, aku nak request something, boleh?" tanya Adilah.
"Apa dia?"
"Boleh tak kau bawakkan aku bahan bacaan?"
"Bahan bacaan yang macam mana tu?"
"Macam novel ke, skrip drama ke."
"Fiksyen?"
Adilah mengangguk.
"Kau suka cerita yang macam mana?" tanya aku.
"Aku semua boleh kecuali sci-fi. Aku tak boleh masuk genre tu."
"Pengawal, nanti sediakan rak dalam bilik tahanan dia ni. Selasa ni, saya akan hantar dia buku. Buku komik boleh tak?" tanya aku.
"Kalau komik, aku nak Archie's."
"Nanti aku cari. Tak sangka kau ni macam ni ek?"
"Macam ni apa?"
"Book nerd. Macam aku jugak."
"Itulah kau, terkejar-kejar perpustakawati Perpustakaan Negara tu sampai tak nampak aku."
"Hanis?"
"Kau curang dengan Nat kan masa tu?"
"Masa tu aku cam boring sikit dengan perangai dia. Sejak Luqman bawak game Nintendo tu, dia menghadap game je, sampai lupakan aku."
"Yang Hanis mati terbakar tu, walaupun aku tak terlibat, aku tahu tu memang kerja Mina. Sebab ye lah, Hanis tu pun makwe Jimmy. Jimmy kawtim dengan Mina masa tu."
Aku menyandar kemudian memandang ke arah siling.
"Alan, aku minta maaf sebab aku punca Mina meninggal. Kau pun tau kan, FSB rival dengan SVR?"
"Kau ada connection dengan Moscow?"
"Ya, kan dulu Hafiz yang pasang internet kat sana masa awal-awal dulu."
"Bini aku dengan mak aku nak ke Moscow. Tengok World Cup kat sana."
"Kau kan minat benda culture. Pergi St Petersburg la."
"Aku tak pergi. Biar ibu dengan Mer je pergi."
"Kenapa?"
"Aku phobia sikit Rusia ni sejak kes video VodkaOverdosed dulu."
"Aku tengok video tu. Kemain handal kau handle dua perempuan Slavik. Perempuan Slavik ni dah la nafsu kuda. Bangga anak Melayu Gelanggayu!"
"Aku tak nak bangga dengan dosa, Dila. Sebab benda tu la Mina mati. Aku menyesal."
"Ye lah. Betul lah apa kau cakap tu."
Aku tengok jam aku. Aku kena balik 2 Jalan Cendana cepat ni.
"Aku ada hal lepas ni dengan Duta Ryukyu. Terima kasih kerana sudi berborak dengan aku."
"Kau tu, Sang Penguasa. Aku cuma banduan je. Aku yang patut terima kasih pada kau, Alan."
"Aku pergi dulu, assalamualaikum."
"Waalaikumsalam."
--
Tahun ni adalah tahun terakhir duta besar Ryukyu ke Gelanggayu, Makio Miyagawa bertugas. Lepas ni dia nak bersara. Dalam delegasi ni, dia bawa beberapa CEO syarikat dari Ryukyu yang nak melabur di negara ini.
Maka aku selaku Pengerusi Petrogayu bercadang untuk bina pusat LNG di Sepetang. Disebabkan itu, aku jemput abang saudara Mili, Wan Faris untuk membentangkan proposal.
Memandangkan Mili fasih berbahasa Ryukyu, maka dia yang jadi penterjemah untuk abang saudaranya.
Ryukyu adalah pengimport terbesar gas asli dunia, dengan 12.1% import dunia. Jadi mereka memang sangat berminat dengan projek ini.
Tentang Laut Wijaya, Ryukyu mengajak Gelanggayu untuk mengadakan latihan tentera laut secara bersama dengan Dai Viet. Ryukyu dan Dai Viet sudah menandatangani pakatan pertahanan pada tahun ini, dan mereka menyampaikan jemputan lawatan negara ke Tokyo tahun depan.
Kebetulan tahun depan pun World Cup ragbi di Ryukyu, mesti Jugra suka kalau aku bawa dia ke sana.
--
Merlina bertemu dengan wakil pengarah syarikat kedai runcit kedua terbesar di Ryukyu, Family Mart.
Mereka bercadang untuk membuka Family Mart di Gelanggayu. Maka Merlina melalui anak syarikatnya J-Mart Resources Bhd, akan menguruskan Family Mart.
Atas kertas nama CEO ialah Aidil Fitrah Julia Azlan.
Selepas wakil Family Mart, Merlina dan Julia menandatangani perjanjian, mereka akan membuka cawangan pertama di Puncak Jaya tahun depan.
Walaupun nama atas kertas ialah nama Julia, tapi yang menguruskan syarikat ini ialah Fadzillah Khamis, seorang tokoh korporat merangkap kakak kepada Fazrul.
--
"Mommy, maknanya sekawang, Julia dah jadi CEO lah?"
"Masuk ni dah dua belas kali kau tanya."
"Dowang tak pewtikai ke Julia ni bawu dawjah dua?"
"Berani orang pertikai anak Pengerusi Azlan?"
"Eh, janganlah macam tu. Julia ni manusia biasa jugak. Lagipun mana la Julia pandai bidang kowpowat ni."
"Tu nanti Aunty Fad la yang akan uruskan. Kau belajar la sikit-sikit dengan dia."
"Tak wasa ni kwonisme dan nepotisme ke?"
"Well, if it's good for us, it's good for us. Daddy kau uruskan kuasa, mommy uruskan duit. Itu je yang penting."
"Nanti bila Julia besar, Julia uwuskan duit, abang Jugwa uwuskan kuasa la?"
"Ya, macam tu. Tahun depan, kau ikut daddy pergi Tokyo."
"Yaaayyy boleh jumpa Altewomennnn!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro