
2018 part 11
Jugra
Kami semua dah bersedia untuk menunggu kereta Pengerusi untuk tiba dengan uniform Khidmat Negara kami.
Rasa pelik kan, panggil daddy sendiri, Pengerusi? Tapi untuk sementara waktu ini, aku kena anggap yang daddy ni bukan daddy, tapi Pengerusi yang memimpin negara ini.
Sebagai ketua peserta Khidmat Negara Kem Jugra, aku jadi ketua perbarisan, sambil diiringi oleh pemain muzik brass band dari pelajar-pelajar Kolej Melayu Wijayapura.
Kenderaan Pengerusi tiba di tapak perhimpunan kem, sambil disambut dengan tabik hormat oleh Kapten Roslan, yang menyambut kehadiran Jeneral Firdaus yang keluar bersama Pengerusi.
"Peserta, sediaaaaaaa! Tabik hormat!"
Pengerusi berjalan di atas permaidani merah yang dibentangkan sehingga ke khemah yang disediakan di depan tapak perhimpunan.
"Peserta, sediaaaaaaa! Ke kiri, jaga sedia!"
Semua memandang ke arah khemah, di mana Pengerusi (daddy) dan isteri (Mama Mer sambil memimpin Julia), Jeneral Firdaus dan isteri yang memimpin anak lelakinya, bersalaman dengan Kapten Roslan, Komander Fatimah dan tenaga pengajar kami.
Lagu Scipio dimainkan, sebab Pengerusi merupakan peminat sejarah Rom. Scipio adalah jeneral Rom yang memimpin tentera Rom ketika menentang Carthage semasa Perang Punik Kedua, dan dianggap antara jeneral terhebat dalam sejarah.
"Majlis mempersilakan ketua peserta, Jugra bin Azlan mengiringi Pengerusi untuk memeriksa perbarisan."
Rasa janggal pulak jalan dengan daddy dalam keadaan berkawad macam ni. Daddy pulak buat muka ketat pandang satu demi satu muka peserta.
Masa lalu depan Rachel, nampak macam Rachel nak tersenyum sikit. Tapi lepas tu dia buat muka serius.
Lepas dah habis periksa, aku kena berjalan menuju ke arah khemah mengiringi Pengerusi. Nampak Mama Mer ambil gambar aku dan daddy.
Sampai je di khemah, daddy terus pegang bahu aku.
"I'm proud of you, Jugra."
--
Mari kita rakyat Gelanggayu
Sama-sama kita bersatu
Cita-cita bangsa yang maju
Bersatu Gelanggayu
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
Pengerusi berucap pada pagi ini, bercakap tentang betapa pentingnya pembentukan karektor diri yang patriotik untuk negara.
Apabila semua individu mempunyai karektor yang patriotik, maka negara akan memiliki masyarakat yang kuat, bagai akar halus yang banyak menyokong sebuah pohon yang besar.
Pengerusi juga mengutuk golongan social justice warrior yang membawa elemen yang mampu melemahkan negara. Sehubungan itu, Pengerusi memberitahu bahawa kerajaan telah mengharamkan fahaman ini dari bertapak di negara ini.
"Mana-mana fahaman yang bercanggah dengan agama, budaya dan adat resam masyarakat negara ini, yang kita sifatkan sebagai subversif dan membahayakan, akan diharamkan dari diedarkan di negara ini. Sebarang cetakan atau tulisan di laman web dari domain negara ini berkenaan ideologi-ideologi songsang ini, akan didakwa di bawah Akta Mesin Cetak 1948, Akta Kawalan Bahan Bacaan Luar 1958, Akta Penyebaran Maklumat 2014, Akta Hasutan 1948, dan jika perlu, Akta Keselamatan Dalam Negeri 1946."
Peeeehhh...daddy hafal akta siap tahun ni tak payah pakai skrip pun.
Baru-baru ni timbul kontroversi seorang pensyarah yang mengajar gender studies telah ditahan kerana memperjuangkan Pride Month, dan benda ini jelas salah dari segi agama dan norma masyarakat. Encik Rafi pun ada buka topik macam ni masa kelas kenegaraan hari tu.
"Menerusi Khidmat Negara ini, kita akan membentuk sahsiah diri yang lebih kuat jatidirinya, dan mampu menangkis daripada ajaran-ajaran yang meruntuhkan tamadun seperti social justice warrior ini.
Selepas tamat ucapan, majlis makan tengah hari berlangsung di kantin. Hari ni makan sedap sebab daddy datang.
Nasi minyak, ayam masak merah, kurma daging, dan air oren. Rare betul dapat makan sedap macam ni sepanjang di dalam kem. First time ni.
Masa berjalan menuju ke kantin, daddy terus paut lengan ke bahu aku.
"Steady la, Jugra!"
"Daddy, kenapa daddy letak Jugra kat kem Jugra? Daddy memang nak troll Jugra ya?"
Daddy senyum.
"Pandang kamera," kata daddy.
Wartawan-wartawan semua mengambil gambar daddy dan aku.
"No questions today, I just want to have a good time with my son, thank you!"
Daddy terus berjalan sambil paut bahu aku.
"Woi, tadi kau betul-betul muka ketat!" kata Mama Mer.
"2 minggu berlatih kawad, kena la serius, Mama Mer."
"Abang Jugwa, Abang Jugwa! Tadi masa Abang Jugwa jalan dengan daddy tadi, Abang Jugwa tahan kentut ek? Muka macam tahan kentut je!"
Eiii adik aku sorang ni. Sejak dah masuk sekolah ni, bukan main becok dia. Pelat 'r' dia tak hilang lagi tu.
"Rachel, come here!" jerit Azlan.
Rachel datang ke arah kami dan salam cium tangan pada daddy dan Mama Mer.
"Jugra, panggil Alif dan Mili? Kita semua makan satu meja."
"Baik, daddy."
--
Lepas makan, daddy panggil aku untuk berborak in private.
"Keputusan SPG kau dah sampai," kata daddy, dia hulurkan sampul surat.
"Daddy dah tengok ke?"
Daddy geleng kepala.
"Tipu?"
"Daddy boleh je tanya Aunty Nat sebagai Menteri Pendidikan untuk korek result kau. Tapi daddy malas. Daddy nak kau bukak result SPG kau depan daddy."
Berpeluh sejuk, dan cuak bila nak bukak sampul surat depan daddy ni. Lagi pulak daddy adalah orang yang paling berkuasa dalam Gelanggayu dan antara yang berpengaruh dalam Pentas Sunda ni.
"9A1 1B."
"Hmm, yang B tu apa?"
"Matematik."
"Faham. Okay la tu."
"Daddy, Jugra tak nak jadi ahli politik macam daddy, boleh tak? Jugra tak minat la politik ni."
"Daddy faham. Dulu pun daddy tak minat pun dalam politik ni. Tapi memandangkan yang jaga Daddy ni Pengetua, daddy ikut je dia. Jugra nak jadi apa?"
"Jugra nak jadi engineer F1, daddy."
Daddy pandang aku dengan reaksi yang pelik. Kemudian dia ambik kertas result aku dan dia tengok keputusan SPG aku.
"Weh, monyet. Kau pun ambik course sastera, ni ambik geografi, ekonomi, haaa, ni kesusasteraan Melayu, jadahnya kau nak jadi engineer F1?" tanya daddy.
"Eh, tak boleh ke? Mili cakap boleh?"
"Senang sangat kena tipu dengan perempuan, kau ni. SPG ni basic. Karang kau nak masuk universiti, sijil ni jugak kau bawak. Macam mana kau nak ambik engineering kalau tak ambik fizik, tak ambik add math, tak ambik kimia tu semua. Hish!"
"Laaa, Mili tipu Jugra ke?"
"Mili tu, dia cakap dengan daddy, selain jadi penyanyi, dia nak ambil bidang IR. International relations. Jauh beza dengan kau yang nak jadi engineer F1. Yang kau ni tak boleh nak berfikir ni dah kenapa? Dah la, lupakan je angan-angan kau jadi engineer F1. Kau ambik je course yang boleh ambik dengan kelas sastera kau ni."
"Daddy tak boleh tolong ke?"
"Banyaklah aku nak tolong. Kau yang salah ambik course, aku pulak nak menolong. Kau minat kerja bengkel kan?"
Aku mengangguk.
"Macam tu, kau bertahan dalam Khidmat Negara ni sampai 2020. Lepas tu kau masuk Maktab Tentera, kau belajar pasal enjin kat situ. Besok, kau graduate, kau reti la repair kereta kebal ke, kereta perisai ke, repair meriam ke. Repair drone ke, tu rasanya dah ada kat Maktab Tentera."
"Seriuslah! Wooo, repair drone!"
"Tapi tu kau punya paper elektif je, sebab paper core kau tetap kena berdasarkan result SPG kau ni. Kau kena ambik paper kenegaraan, administration, macam daddy masa besar kau dulu la."
"Nanti Jugra jadi macam Jeneral Firdaus la?"
"Jeneral Firdaus akan tolong kau," kata daddy. Lepas tu dia peluk aku.
"Congratulation, son. You're getting older now. Hati-hati, jadi dewasa ni tak fun. Banyak orang kiri kanan penuh helah. You have to be strong. Okay?"
"Baik, daddy."
Rachel datang ke arah daddy.
"Rachel, your mom send regards to you. Dia tak dapat datang hari ni. Here's your SPG's result."
"10A1s! Yaaayyy!"
"Lepas habis gymnast ni, Rachel nak jadi apa?"
"Kalau Rachel cakap, daddy jangan marah tau?"
"Cakap la."
"Rachel nak jadi Youtuber. But not just Youtuber yang cakap benda merapu je. Rachel nak travel lepas tu buat dokumentari pasal semua jenis sukan dalam dunia. You know, every sports in the world has history, kan? Contohnya Rachel nak buat video pasal sejarah taekwando di Goryeo, or macam mana dari ragbi boleh jadi American football, or maybe traditional sports macam tengteng or konda-kondi. I ada plan nak collab dengan Alif after this. He do all the technical things, and I become the face of my channel."
Daddy pandang Rachel, kemudian dia pandang aku.
"Kau nampak tak beza antara Rachel dengan kau?"
"Why daddy?" tanya Rachel.
"Mamat ni. Nak jadi engineer F1, tapi ambik course sastera. Entah mende-mende."
Rachel dah facepalm kemudian geleng-geleng kepala.
"Okay, daddy dah nak balik ni. Korang semua have a great day kat kem ni, okay?"
Tiba-tiba Encik Murad cuit lengan daddy.
"Tuan Pengerusi?"
"Ya, saya?"
"Kami baru dapat berita dari istana Presiden. Presiden Hafiz sedang tenat dan dikejarkan ke hospital."
Muka daddy terus berubah.
"Jugra, panggil Mili dan Alif. Suruh dia ikut daddy."
"Baik, daddy."
Daddy terus bergegas ke kereta, kemudian Alif dan Mili seperti terpinga-pinga naik ke dalam kereta daddy.
--
"Uncle Alan, papa kat hospital tengah tenat ke?" tanya Mili.
"Ya, dengar cerita sedang bernafas pakai alat pernafasan. Jeneral Firdaus?"
"Ya, bro Alan?"
"Briefcase hari tu ada kat kau?"
"Sentiasa ada pada saya, tapi selagi bro tak bagi arahan, selagi tu saya tak buka."
"Okay, aku nak kau bersedia. Aku bagi kau pin number, kau bukak, dan laksanakan terus."
"Baik, bro Alan."
Azlan terus call Encik Murad yang berada di kereta belakang.
"Murad?"
"Ya tuan?"
"Lepaskan Adilah untuk melawat Hafiz."
"Baik tuan pengerusi."
"Uncle Alan...mama datang ke?" tanya Alif.
"Ya, dia kena datang."
--
"Doktor, macam mana keadaan Presiden?" tanya Azlan kepada doktor yang bertugas.
"Paru-paru kirinya sudah gagal, beliau kini terpaksa menerima bantuan dengan alat pernafasan."
"Boleh anak-anaknya melawat, doktor?"
"Belum boleh lagi. Dia belum lagi stabil."
Mili hanya menjenguk Hafiz dalam keadaan yang sangat lemah. Alif sudah menangis dalam keadaan terduduk.
"Maafkan Alif, papa. Maafkan Alif. Papa, Alif banyak buat salah dengan papa. Papa jangan tinggalkan Alif. Alif minta maaf...."
Mili duduk di sebelah Alif, dan baca surah-surah lazim yang dia hafal.
"Fidot?"
"Ya, bro Alan?"
"Standby kat office kau. Anytime from now, bila aku bagi pincode briefcase tu, kau bukak, lepas tu laksanakan arahan pada kertas dalam beg tu.
"Baik, bro Alan."
Jeneral Firdaus dengan briefcase tu terus berjalan menuju ke kereta dengan briefcase warna coklat yang Azlan bagi dari dulu lagi. Memang dia tak pernah cuba untuk buka. Menjaga amanah Azlan adalah prioritinya.
Beberapa minit kemudian, Adilah dengan tangan bergari dan dikawal pegawai penjara dan polis tiba.
"Koibito? Koibito! Koibito!" Adilah mula menangis bila melihat Hafiz dengan alat pernafasannya.
"Ini semua mama punya pasal! Mama derhaka dengan papa, lepas tu papa jadi sakit! Mama jahat!" jerit Alif.
Adilah terus menangis di tepi pintu.
"Alif, hormat mama," kata Azlan.
"Alif...daripada cari pasal, baik baca doa, baca surah-surah ke. Selawat ke. Jangan macam ni," Mili berbisik dari tepi.
Azlan mundar-mandir. Dia tahu masa Hafiz sudah semakin hampir. Tetapi dalam masa yang sama, walau macam mana keadaan Hafiz sekarang, dia perlu ambil tahu, kerana dia perlu bertindak cepat.
Azlan panggil doktor yang bertugas, kemudian bisikkan sesuatu ketika ketiga-tiga ahli keluarga mereka sedang tertekan dengan keadaan semasa.
"Baik, pengerusi."
Doktor itu kemudian memejamkan matanya, kemudian mengucap dua kalimah syahadah.
"Maafkan saya, Tuan Presiden. Time to go."
Doktor itu memadamkan suis alat pernafasan itu, sebelum denyutan jantung Hafiz pada mesin menjadi garisan tegak.
Saat doktor menutup wajah Hafiz dengan selimut, mereka bertiga terus menangis.
"Koibito...."
"Papa..."
Dari jauh di hujung koridor, Azlan menghantar mesej kepada Jeneral Firdaus.
"0660"
Azlan kemudiannya menggaru-garukan dahinya, dan berbisik seorang diri.
"Maafkan aku, sahabat. Aku perlu buat ni demi kestabilan negara. Aku harap kau faham. Terima kasih kerana maafkan dosa aku pada kau selama ni, Hafiz."
--
"Kosong...enam...enam...kosong..."
Briefcase yang dipegang selama ini akhirnya dibuka.
Ada sekeping kertas dengan arahan ringkas.
Jeneral Firdaus, arahkan semua tentera untuk mengepung Istana Presiden, Parlimen, dan Mahkamah Agung. Ambil alih semua rangkaian komunikasi (televisyen, radio dan internet). Arahkan semua tentera bertindak.
Ada tandatangan Azlan dan Ali pada kertas itu. Ali sempat tandatangan surat arahan itu sebelum dia meninggal dulu.
"Baik, bro Alan, bro Ali," Jeneral Firdaus simpan kertas arahan itu dalam kocek dan berikan arahan kepada semua pegawainya untuk melaksanakan arahan tersebut.
Beberapa minit kemudian, trak tentera mula mengepung istana presiden, parlimen, bangunan mahkamah, serta anggota tentera mula memasuki bangunan di Wijaya TV.
"Arahan rampasan kuasa dari Jeneral Firdaus. Jangan halang pihak tentera menjalankan tugas!"
Semua kuasa eksekutif digantung, termasuk jawatan Perdana Menteri.
Apabila bangunan Seri Bendahara dimasuki tentera semasa Natasha di dalam pejabat, Natasha sudah mengagak, Azlan sudah membuat final movenya.
Natasha dapat tahu yang Presiden Hafiz telah meninggal dunia.
"So long, and goodbye, democracy."
--
Azlan
Walaupun aku telah melepaskan jawatan Pengerusi MKKP, tapi aku kini masih memegang jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara. Secara teknikalnya, aku masih lagi seorang Pengerusi.
Arahannya mudah, walaupun Jeneral Firdaus telahpun melancarkan kudeta ke atas kerajaan, Jeneral Firdaus masih mendengar arahan aku. Aku masih lagi berkuasa.
Golongan aktivis hak asasi manusia kata tindakan ini melanggar Perlembagaan Republik. La, dah nama pun kudeta, mestilah melanggar perlembagaan.
Jeneral Firdaus bertindak menggantung Perlembagaan baru sehingga perlembagaan yang baru akan dibentuk. Perlembagaan yang baru nanti akan disusun mengikut kehendak aku, bukan kehendak Jeneral Yahya lagi.
Sekarang kau faham kan kenapa hari tu aku bagi Mili tugas baca Perlembagaan?
Di dalam televisyen, Jeneral Firdaus menerangkan bahawa kudeta ini diperlukan untuk menstabilkan republik yang tidak ada ganti selepas kematian Presiden Hafiz. Walaupun ada konsensus mengatakan Speaker Dewan yang sepatutnya menggantikan Presiden, namun perkara itu tidak tercatat dalam Perlembagaan.
Pengetua ni pun satu. Buat perlembagaan tapi cacat. Dia ni ingat agaknya dia boleh hidup selamanya ke apa?
Jeneral Firdaus berkata lagi, pilihanraya umum akan diadakan pada tahun hadapan untuk melantik ahli-ahli dewan yang baru, dan transisi akan kembali ke demokrasi selepas kestabilan dapat dibentuk.
Transisi ke demokrasi? Kahkahkah baik punya kelentong.
--
Jugra pulang ke rumah dan nampak ayahnya bersama-sama Kecik, Joni dan Lias berjamming sambil buat record live.
Kenapa Azlan buat macam tu? Supaya semua orang tidak syak yang move kudeta yang sedang berjalan oleh pihak tentera yang diketuai Jeneral Firdaus datang dari arahan Azlan.
Azlan berjamming lagu Wa Caya Lu dari kumpulan Sweetass dan buat live di TikTok, Twitch, Facebook Live, IG Live dan Vimeo.
Wa caya sama lu
Lu caya sama wa
Wa kasi lu tahu
Wa caya sama lu
Ku rasa raksasa
Raksasa rasaku
Mentadak mentadu
Kasi roger dulu!
Gorengan gitar Azlan dan kumpulan itu terus viral ketika kumpulan tentera sedang menduduki pejabat kerajaan dan stesen televisyen.
"Steady la daddy, abang Kecik, abang Joni, abang Lias!" kata Jugra tepuk tangan.
--
Pihak tentera telah mengepung seluruh ibu negara, Kota Warisan. Jalan-jalan menuju ke ibu negara telah ditutup.
Berita kematian Presiden disamping ketiadaan pengganti Presiden telah menyebabkan kerajaan Republik menjadi lumpuh.
Orang ramai terutamanya di ibu negara Kota Warisan semuanya terkejut melihat ada ramai unit tentera beruniform mula berkumpul di istana Presiden.
Jeneral Firdaus kemudian muncul di kaca televisyen jam lapan malam, mengumumkan bahawa pihak tentera telah mengambil alih kerajaan kerana kematian Presiden Republik, Hafiz Samsudin.
Ini kerana dalam Perlembagaan Republik, tidak ada peruntukan tentang siapa yang bakal menjadi Presiden Republik sekiranya berlaku kematian kepada penyandang. Maka bagi untuk mengelakkan sebarang masalah dan huru-hara, maka pihak tentera melancarkan kudeta bagi memastikan perjalanan pentadbiran berjalan lancar.
Parlimen telah digantung, begitu juga dengan institusi kerajaan yang lain.
Selepas sepuluh tahun kerajaan republik ini diasaskan oleh Jeneral Yahya, kerajaan ini telah ditumbangkan oleh Jeneral Firdaus.
--
Azlan
Power grows out of the barrels of a gun. Kata-kata ini telah diungkapkan oleh pemimpin KCP yang pertama, Mao Zedong.
Dalam keadaan sekarang, negara sedang ketiadaan kerajaan yang absah (legitimate). Seorang Presiden telah mati, dan kini berlaku vacuum of power.
Semasa Jeneral Yahya mendraf Perlembagaan, tidak ditulis bagaimana succession atau perpindahan kuasa sekiranya berlaku kematian. Perkara ini dia tak fikir, atau mungkin dia tidak cakna.
Tetapi dalam kalangan rakyat, terutamanya orang Melayu, kerajaan republik ini memang tidak sah sejak awal lagi. Hanya selepas aku menjadi Pengerusi MKKP, ia tidak lagi kedengaran sebab propaganda tu memang aku yang rancang.
Jeneral Firdaus datang ke 2 Jalan Cendana, dan briefing kepada aku tentang perjalanan kudeta. Dan rancangan aku ialah perlu satu pengstrukturan semula sistem kerajaan ini untuk kestabilan negara ini.
Investors ramai yang telefon Merlina dan bertanya apa yang sedang berlaku, dan dia beri jawapan standard, iaitu Presiden Republik telah mati, maka tidak ada succession, jadi pihak tentera bertindak menggulingkan kerajaan untuk menstabilkan semula negara.
Selain itu, Jeneral Firdaus memberi jaminan tidak akan berlakunya pemiliknegaraan, sebaliknya para pelabur bebas untuk mengekalkan tanah mereka dan akan memberikan kerjasama dengan para pelabur seperti biasa.
Perkara ini biasa di negara macam Suvarnabhumi, cuma di Gelanggayu ni sejak perang saudara, orang jadi takut bila nampak tentera sudah mula mengawal ibu negara.
Sebenarnya Jeneral Firdaus pun tak tahu nak buat apa kecuali hanya mendengar arahan aku. Maka Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan oleh aku masih kekal.
Walaupun aku tidak menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri, tapi menjadi Pengerusi Majlis Keselamatan Negara dah cover semua tugas-tugas tu.
Lepas ni aku kena jumpa ibu. Nak bincangkan apa langkah seterusnya.
--
Aku dan Merlina tiba di rumah ibu jam 8 pagi dengan baju Melayu teluk belanga putih Haji Tarmimi untuk bersama-sama menghadiri upacara pengebumian Hafiz.
"Ibu..." aku cium tangan ibu, diikuti oleh Merlina, Jugra dan Julia. Beberapa minit kemudian, kereta Alfa Romeo Jeneral Firdaus tiba dan dia bersama-sama dengan isterinya dan anak-anaknya.
Fazrul tiba dengan kedua isterinya dan dua orang anaknya. Lepas tu abang aku, Aziz dan keluarga tiba di perkarangan rumah ibu. Pak Harun dan anaknya, Dalilah, Menteri Kewangan pun ada datang.
Ibu ada taklimat untuk kami semua sebelum berlepas ke Rusia dan Qatar. Dia dengan Merlina nak ke sana untuk menonton Piala Dunia yang dirancang mereka, di Rusia dan melihat tapak projek di Qatar untuk tengok perkembangan.
--
"Hari ini adalah hari kematian Republik Gelanggayu," kata ibu. Dan ibu menegaskan bahawa dia tak tersasul. Kematian Hafiz adalah petanda kuasa semua sudah dipusatkan kepada pihak kami.
Rancangan selepas kudeta ini pada ibu adalah penting, sebab dalam masa lima tahun dari sekarang, Kedatuan Gelanggayu akan diasaskan.
Tahun depan ada pilihanraya umum, dan aku mengambil keputusan untuk tidak bertanding. Bukan apa, sebab ibu nak persiapkan aku untuk membentuk kedatuan.
"Dua tahun dari sekarang, dunia akan dilanda bencana supervirus. Aku dapat info ni dari kawan aku kat sana. Mereka nak unleash virus ini, dan kita bakal mengalami krisis ekonomi yang serius. Jadi, aku nak team ni solid. Azlan..."
"Ya, ibu."
"Aku nak kau terus mainkan retorik Kwantong ni. Mengikut firasat aku, dari segi financial, Kwantong akan mengalami capital flight yang serius. Jack Ma nak letak duit dia $100 billion dalam bank-bank Merlina, dan ramai lagi billionaire mereka akan menyusul. Nanti aku akan susun macam mana kau nak berdamai dengan mereka. Aku nak jumpa Putin ni, nak bincang macam mana nak buat jaringan ekonomi bawah tanah, untuk memastikan Rusia selamat bila kena economic sanction bila mereka full swing attack Ukraine. Rusia akan perlukan market Kwantong, dan Kwantong perlukan legitimacy di kawasan Timur Tengah. Aku akan ajar kau macam mana nak jadi mediator."
"Baik, ibu."
"Jeneral Firdaus..."
"Ya, Aunty Idah?"
"Buat masa ni, gerakkan polis rahsia dalam Sayap Hitam dan letakkan dalam GUDA."
"Yang itu Tuan Pengerusi Azlan dah minta Shahril tolong selitkan," kata Jeneral Firdaus.
"Aku nak team ni solid dalam masa genting macam ni. Walaupun Adilah dan Pak Wan Radzi dah jatuh, tapi kita masih ada ancaman lagi. Buat masa ni, nasib baik Ali dah letak Donald Trump di White House dan Britain huru-hara sebab Brexit. Sekurang-kurangnya Barat tak larat nak fokus kacau kita. Mereka ada Rusia dan Kwantong untuk mereka kacau. Kita kena cipta ilusi yang kita tengah gaduh dengan Kwantong supaya Amerika terus melihat kita sebagai ally, buat masa ni. Ni sebab kita nak pertahankan Laut Wijaya. Lepas supervirus ni, baru kita fikirkan macam mana nak susun. In time, republik ini dah terlalu lemah tetapi kedatuan kita akan mendapat legitimacy dari rakyat. Masa tu, kita kena expand sebagai sebuah kuasa perdagangan maritim macam bangsa kita selalu buat sejak zaman Raja Gautama."
"Takbir!" jerit Jeneral Firdaus.
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"
Ternyata ibu adalah seorang pencatur politik yang hebat. Jeneral Yahya pun boleh kena lipat dengan dia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro