
2018 part 10
Sebaik sahaja mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama, Kota Warisan, Azlan dan Merlina diserbu oleh wartawan-wartawan yang nak bertanyakan soalan.
"Kita beri amaran kepada Kwantong agar tidak menceroboh perairan kita di Laut Wijaya dan mengganggu nelayan-nelayan kita memungut hasil di zon ekonomi eksklusif Gelanggayu."
Dalam masa Azlan bercakap tentang perkara itu, sebuah kapal aircraft carrier USS Abraham Lincoln, dua kapal missile cruiser iaitu USS Mobile Bay dan USS Lake Champlain, empat kapal destroyer iaitu USS Dewey, USS Spruance, USS Decatur dan USS Stockdale, dari Guam tiba di Laut Wijaya dan menghalau angkatan laut Kwantong dari menghampiri perairan Gelanggayu.
Perbuatan Azlan itu menyebabkan Presiden Xi Jinping telah menaikkan tarif untuk barangan yang diimport dari Gelanggayu seperti kelapa sawit dan produk lain, dan memilih kelapa sawit dari Majapahit atau Suvarnabhumi sebagai pilihan mereka.
Secara tidak langsung, Gelanggayu sudah masuk dalam perang dagang dengan Kwantong.
"Alan, this is a dangerous move. Harga sawit dah jatuh ni," kata Natasha dalam telefon.
"I know."
"You cari pasal dengan Kwantong teruk ni."
Azlan letak telefon dan malas nak layan Natasha. Dia tahu apa yang dia nak buat.
--
Selepas kerajaan Kwantong mengumumkan kenaikan tarif itu, Gelanggayu mengambil keputusan untuk menjual sawit dengan harga murah di beberapa buah negara lain seperti Ryukyu, Goryeo Selatan dan Australia, walaupun tidak dapat mengawal kerugian yang besar dari kehilangan eksport yang banyak dari Kwantong.
Negara-negara jiran rantau Asia Tenggara terkejut dengan keberanian Azlan yang mencabar Kwantong dengan memanggil Amerika Syarikat ke Laut Wijaya. Tindakan Azlan ini seolah-olah seperti berani mati.
Tapi Azlan bertindak lebih berani lagi dengan menghantar kapal peronda dan menangkap nelayan Kwantong yang memasuki kawasan Laut Wijaya.
Tak cukup dengan itu, Azlan mengharamkan dua syarikat telefon iaitu Huawei dan ZTE daripada menjual produk mereka di Gelanggayu, dan menambah permintaan telefon dari Taipei-Formosa, iaitu BenQ dan HTC.
Dalam masa berbulan juga perang dagang antara Gelanggayu dan Kwantong berlangsung, menyebabkan negara-negara lain melihat Gelanggayu sebagai berani mati.
Ini menyebabkan ramai golongan peneroka sawit mula mengeluh hasil mereka semakin berkurangan. Tambahan pula, agensi berita Kwantong, Xinhua mula mengungkit isu GH370 dan mengajak orang Kwantong agar memboikot Gelanggayu.
--
"Lan, hati kau keras dengan Kwantong ni. Apa kau nak jawab ni?" tanya Merlina melihat harga sawit yang menjunam makin parah.
Azlan diam sahaja. Dalam beberapa bulan ini, ramai pihak mengkritik Azlan kerana 'bermain dengan api' memandangkan Kwantong adalah rakan dagangan yang terbesar.
Tetapi bagi Azlan, kedaulatan negara adalah perkara yang tidak boleh dibuat main. Kwantong mesti menghormati sempadan zon ekonomi eksklusif Gelanggayu, dan itu matlamatnya.
Melihat Bharat juga tidak gemarkan Kwantong, Azlan terus menelefon Perdana Menteri Bharat, Narendra Modi untuk mengadakan pertemuan.
--
Azlan dan Perdana Menteri Bharat, Narendra Modi bertemu di kediamannya di 7 Lok Kaylan Marg. Modi memberitahu Azlan bahawa Bharat bersedia untuk menjadi rakan dagang Gelanggayu sekiranya Kwantong mahu memboikot sawit dari Gelanggayu.
Tetapi Gelanggayu haruslah menyokong Bharat dalam konflik Kashmir dan bukannya menyokong Pakistan.
Buat masa sekarang, perdagangan Gelanggayu dan Bharat ialah $8 billion.
Kehilangan dari pasaran Kwantong ialah $38 billion. Agak besar untuk diganti.
Tetapi jika Gelanggayu menyokong Bharat dalam konflik Kashmir, pengaruh Gelanggayu dalam OIC akan merosot kerana Pakistan mempunyai pengaruh yang amat kuat.
Azlan bertindak untuk mencari alternatif lain, iaitu Brazil. Jadi malam itu juga, jet peribadi Azlan dari New Delhi menuju ke Rio de Janeiro.
--
Merlina tak pernah tengok Azlan begini punya nekad. Dia rasa dalam banyak-banyak isu, isu Kwantong ini yang paling Azlan keras kepala.
"Boleh aku tanya kau soalan tak? Kenapa kau ni macam kurang gemar dengan Kwantong ni?"
"Sebab dia komunis, Mer."
"Come on, aku rasa kau boleh cut the deal...Dai Viet yang komunis tu kau boleh pulak baik?"
"No! Bacaan aku, supervirus akan datang nanti, akan menjadi punca Kwantong akan jatuh."
"Lan, jatuh teruk ni nanti. Kalau ekonomi kita teruk kau jugak yang rugi secara politik. Aku rugi teruk, harta keturunan mak Jugra ni hilang, fikirkanlah sikit."
"Aku takkan biarkan Gelanggayu kena buli dengan Kwantong."
"Tapi kau tak kisah kalau kau minta tolong bantuan negara lain?"
"Kau ingat tak dulu, macam mana aku halang TPPA? Hari ni kau tengok apa jadi pada Amerika."
Merlina geleng-geleng kepala.
"Kau ni bila datang degil kau, kau memang tak nak dengar cakap aku kan? Kau sedar tak company kita dah banyak rugi pasal ni?" Merlina tinggikan suara.
"Kau sedar tak yang kita ni sekarang tengah kena buli? Masa kau kat sekolah dulu, kau kena buli, kau diam ke, kau melawan?" Azlan balas balik.
"Aku diam sebab aku tak ramai kawan, Lan. Aku harapkan kawan-kawan kakak aku je lah, sebab kakak aku budak RPM. Alpha female's school."
"Sebab tu lah aku cari alpha lain untuk lawan dorang ni."
Merlina jadi migrain, dia terus sandar kepalanya ke kerusi.
"Kita nak pergi Brazil ni, nak buat apa? Kau nak suruh dorang beli sawit kita? Dah tentu dorang pun keluarkan sawit juga."
"Bukanlah. Yang tu aku tau."
"Habis tu, kau datang sini nak buat apa?"
Azlan dapat tahu yang calon Presiden Brazil, Jair Bolsonaro berada di hospital akibat ditikam oleh penyokong pihak lawan. Dia kemudian berhubung dengan Leonardo, rakan Ali di Brazil untuk menguruskan pertemuan dengan Flavo, anak kepada Jair.
--
Azlan tahu yang kempen Jair ialah anti-komunis kerana lawannya, Fernando Haddad merupakan calon dari Parti Pekerja, yang terlibat dalam skandal kewangan terbesar di dunia iaitu Operation Carwash.
Dan Azlan sedar Brazil dan Kwantong adalah rakan dagang yang rapat dalam BRBKS iaitu lima negara ekonomi membangun dunia seperti Brazil, Rusia, Bharat, Kwantong dan Afrika Selatan.
Tapi Azlan tahu macam mana nak pastikan Kwantong tunduk kepada kehendak Gelanggayu - dengan menyokong Bolsonaro, dan membolot kacang soya dari Brazil agar Kwantong tidak ada alternatif lain, kerana mereka sedang berperang dagang dengan Amerika Syarikat.
Azlan tahu ratingnya di Gelanggayu agak jatuh sejak dua menjak ini. Tapi dia kekal tenang, dan dia yakin rancangannya akan berjaya.
Lalu Azlan mengarahkan Merlina untuk membeli kesemua ladang-ladang kacang soya di Brazil.
"Kau nak business tempe ke beli banyak-banyak ni, Lan?" Merlina garu kepala.
"Beli je. Aku akan buat Maharaja Kwantong ni untuk hormat kawasan negara kita. Aku akan buat dia melutut pada kita!"
"Kita timun, mana boleh lawan durian, Lan! Fikirlah sikit orang lain!"
"Jangan bantah aku pasal ni, Mer."
"Fine. Aku ikut cakap kau. Aku ni nasihatkan kau je."
--
Di dalam kapal terbang, selepas solat jamak, dia berdiam diri. Dirinya kelihatan amat penat, tapi dia benar-benar dalam keadaan bertahan.
Dia dapat tahu tunjuk perasaan oleh golongan peneroka sawit akibat penurunan harga komoditi itu sudah mula dirancang. Kali ini walaupun tanpa Adilah, dia berdepan dengan kesukaran juga.
Di media massa, Azlan main cara propaganda halus. Dia arahkan berita-berita menyiarkan keganasan Parti Komunis Kwantong terhadap umat Islam Uighur, dimana mereka secara sistematiknya dibunuh beramai-ramai secara kejam.
Maka orang ramai pun melihat yang keputusan Azlan menentang Kwantong ini sebagai 'solidariti bersama umat Islam Uighur', di samping mempertahankan kedaulatan negara.
Kesatuan Eropah pula masih memboikot sawit Gelanggayu dengan alasan 'alam sekitar', membuatkan Azlan dalam keadaan tersepit.
Jika dia mahu kembali pembelian sawit Gelanggayu oleh Kwantong yang mempunyai penduduk seramai 1.4 billion itu, dia mesti kendurkan perang dagang ini.
--
Sebaik sahaja mendarat ke lapangan terbang, Azlan seperti biasa diserbu oleh para wartawan dan bertanya tentang isu semasa, terutamanya kemerosotan bursa saham Wijayapura akibat perang dagang dengan Kwantong.
Tetapi kali ini, Azlan mengelak dari wartawan dan masuk ke dalam surau. Di dalam surau, dia mengambil wuduk, kemudian menunaikan solat Asar, sebelum melakukan solat istikharah.
Azlan menadah tangannya, menitiskan air mata.
"Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya aku insan yang lemah, dan aku meminta petunjuk dariMu agar kedaulatan negara ini dapat dipertahankan. Berikan aku kekuatan, berikan aku jalan, terangkan akal fikiran, agar aku dapat memimpin negara ini ke jalan kebenaran."
Azlan mendapat tahu sekiranya diadakan pilihanraya akan datang, Parti Nasionalis mungkin akan merosot atau mungkin kehilangan pengaruhnya, memandangkan kedudukan ekonomi Gelanggayu yang menguncup pada ketika ini.
--
Azlan tiba di penjara, melawat Adilah, sebab dia tergerak hati untuk ke sana.
"Dua puluh tahun last kita jumpa, sekarang dah dua kali kau nak jumpa aku?" tanya Adilah.
"Aku pelik la dengan kau ni, Dila. Kejap saya, kejap aku. Kau ada dual personality ke? Macam Two Face dalam cerita Batman tu?" tanya Azlan dengan perasaan ingin tahu.
"Aku memang ada DID pun. Dissociative Identity Disorder. Kadang-kadang aku perempuan yang suci innocent, kadang-kadang aku bitchest of the bitches."
Azlan tenang merenung mata Adilah.
"Kau judge aku?" tanya Adilah.
"Tak. Aku percaya setiap manusia ada defect dia yang tersendiri. Aku sendiri pun ada perangai aku yang tersendiri."
Pegawai penjara hidangkan durian crepe di atas meja bersama kopi dari Brazil.
"Biji kopi ni aku beli masa aku pergi Brazil. Kau mesti dah lama tak minum kopi yang macam ni," kata Azlan.
"Ha'ah. Sejak aku dah pandai minum air hujan dan makan tikus kat rumah puaka tu, aku dah lupa rasanya makanan-makanan import ni. Eh, ni kuih serawa durian kan?" tanya Adilah.
"Sekarang orang panggil durian crepe," kata Azlan.
"Kau ni tahu je makanan kegemaran aku. Aku ajak couple dulu, kau tak nak," kata Adilah.
Azlan ketawa.
"Hafiz kan roommate aku."
"Dia hidup lagi ke, Lan?"
"Dah nak hujung dah tu. Aku sedih, Dila."
Adilah tunduk.
"Aku harap aku dapat minta ampun dari dia sebelum dia meninggal. Aku isteri yang berdosa. Mili dan Alif sihat?"
"Mereka ada di Khidmat Negara. Jangan risau, aku jaga anak kau macam aku jaga anak aku sendiri."
"Aku dah buat jahat pada kau pun, kau buat baik balik."
Azlan tuang kopi ke cawan Adilah.
"Kau letak madu?"
Azlan mengangguk.
"Aku sekarang dah kurang minum pakai gula ni sebenarnya. Dah empat tahun dah. Rokok pun aku dah berhenti dah."
"Patutlah makin nampak muda lagi kau ni. Macam Tom Cruise."
Azlan ketawa bila Adilah puji wajahnya yang masih belum dimamah usia walaupun dah nak hampir 50 tahun.
"Aku sebenarnya nak tanya kau ni, Dila. Memandangkan kau pernah deal dengan Kwantong ni, kau tahu macam mana nak ajar Xi Jinping ni?" tanya Azlan.
"Dia ni KCP princeling, Lan. Macam kau. Dia ni anak kepada ahli politburo yang hebat iaitu Xi Zhongxun. Kau golden boy kepada pengikut Jeneral Yahya."
"Sebab tu aku susah dengan dia ni. Kepala pun dua-dua keras."
"Kau kena faham, dalam KCP pun ada faction dia. Dalam tu pun ada warlord dia. Macam apa yang kau buat di Gelanggayu, Xi Jinping pun buat benda yang sama. Aku boleh tolong kau dan team kau, macam mana nak deal dengan Kwantong ni. Tapi in return, aku nak kau tolong anak aku."
"Aku dah memang tolong dorang pun, Dila."
"Retorik kau ni, takat yang aku baca, bagus. Walaupun ekonomi jatuh merudum sekarang sebab trade war ni, tapi dari segi politik rantau Pentas Sunda ni, semua orang nampak kau pemimpin NEMCA yang berani lawan Kwantong. Jokowi, nampak dia cuba main dua kolam. Prayut, nampak macam dia cenderung ke Kwantong sebab geng pro-Thaksin disokong Amerika. Lao dan Khmer memang terang-terang Kwantong. Duterte, memang nampak macam Trump untuk Kwantong. Tinggal kau dan Dai Viet je lah yang betul-betul lawan. Temasik pun, tak berapa nak lawan sangat. Jadi, nasihat aku, buat masa ni, kau gang up dengan Dai Viet dulu. Lagipun Dai Viet adalah negara yang pernah kalahkan Kwantong dalam perang."
"Dan dengan Amerika."
"Ya, dan dengan Perancis. Dien Bien Phu. Ayah aku cakap, kalau tak kerana komunis, memang arwah atok aku nak kawtim dengan Ho Chi Minh. Bijak betul dia tu. Tapi kau tau lah, masa tu Cold War dan kita sangat bergantung kepada Amerika."
"Kau ada idea?" tanya Azlan.
"Aku rasa bini kau kenal Jack Ma. Dia tu tengah nak lawan Xi Jinping tu. Apa kata kau suruh dia park 80% duit dia kat bank bini kau sebelum Xi Jinping rampas semua duit tu. Lepas tu kau letak jugak kat offshore kat Barbados. Aku ada rumah kat situ, suruh dia pakai alamat rumah aku."
"Cakap pasal Barbados, kau tau Mili dah control dah pulau tu."
"Mili tu bijak orangnya. Cuma, dia ni cunning. Macam aku."
"Aku tahu. Pandailah aku jaga dia, Dila. Eh, kalau kau nak apa-apa, kau tanya je pegawai penjara, Insya-Allah dia akan tolong kau."
"Lan, bagi aku senaskhah al-Quran. Aku nak belajar balik. Aku rasa aku dah banyak lupa. Dulu, Tok Aki yang ajar aku. Aku kena belajar balik."
Azlan angkat tangan dan pegawai penjara tu datang ke arah Azlan.
"Ya, Tuan Pengerusi?"
"Berikan Adilah al-Quran dan seorang guru untuk mengajarnya."
"Dalam penjara ni Ustazah Adibah yang in charge bab agama."
"Beritahu Ustazah Adibah pasal ni."
"Baik, Tuan Pengerusi."
--
Donald Trump isytihar naikkan tarif barangan Kwantong bernilai $220 billion, menjadikan jumlah nilai perdagangan yang dinaikkan tarif menjadi $700 billion.
Antara yang dinaikkan tarif adalah seperti barangan elektrik dan papan litar elektronik, dan Donald Trump memilih Gelanggayu, Temasik dan Dai Viet sebagai ganti.
Gelanggayu misalnya menerima $60 billion dari kenaikan tarif Kwantong ini.
--
Azlan melompat dan menjerit bagai Sadio Mane menjaringkan gol untuk Liverpool apabila mendapat panggilan telefon dari Setiausaha Perdagangan AS, Wilbur Ross bahawa Amerika akan membeli lebih banyak lagi produk elektrik dan papan litar elektronik dari Gelanggayu.
Dengan wang itu, barulah Azlan membayar wang elaun sementara kepada para peneroka sawit yang sudah kerugian banyak akibat perang dagang.
"Ya Allah kau ni, Lan! Macam beruk!" kata Merlina melihat gelagat Azlan yang berjaya mendapatkan wang yang kerugian akibat perang dagang dengan Kwantong.
"Tak sia-sia aku baca buku ni!" kata Azlan menunjukkan buku Donald Trump, The Art of the Deal.
Merlina senyum. Dalam masa sama dia rasa gembira sebab Azlan berjaya mengatasi kemerosotan nilai bursa saham di Wijayapura. Kalau tak dalam beberapa bulan ni, wajah Azlan seperti murung kerana pertempuran perdagangan dengan kuasa besar seperti Kwantong.
Selepas melompat gembira, Azlan kembali menenangkan dirinya, kemudian berjalan menuju ke bilik solat, dan melakukan solat syukur ke atas kemenangan kecil ini.
Azlan rasa pelik sebab dalam Donald Trump dengan retorik anti-Islamnya itu, Donald Trump juga yang banyak membantunya dalam berdepan dengan kuasa besar seperti Kwantong ini.
Agaknya inilah kuasa Tuhan yang tak ada siapa yang sangka dapat tahu.
--
Azlan di Parlimen, menjawab soalan dari ahli Dewan tentang apakah polisi beliau dalam memastikan kerugian para peneroka dapat diganti memandangkan beliau bertanggungjawab dalam perang dagang menentang negara yang paling besar berdagang dengan Gelanggayu.
"Puncak Jaya, diminta jawab."
Azlan bangun dan menjawab dengan tenang.
"Tuan Yang Dipertua, tindakan angkatan tentera laut Kwantong yang menghalau nelayan kita, disamping nelayan mereka memasuki zon ekonomi eksklusif (ZEE) Gelanggayu adalah satu tindakan yang mencabar kedaulatan negara. Selaku Pengerusi MKKP, Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara, saya tidak akan membiarkan kedaulatan tanah air kita tergadai walau seinci sekalipun. Walaupun mereka negara yang berdagang paling besar dalam negara ini, tapi saya tidak akan membenarkan mereka sekali-kali naik tocang dan merendah-rendahkan martabat negara kita."
Azlan sedar, ucapannya sedang disiarkan secara langsung dan rakyat sedang mendengar ucapannya.
"Tuan Yang Dipertua, datuk dan nenek kita telah menumpahkan darah dan keringat serta air mata untuk Gelanggayu mencapai kemerdekaan. Ramai antara rakan-rakan dalam MKKP, bahkan penasihat saya sendiri memberitahu, bahawa kita ini ikan bilis, manakan bisa untuk bertarung dengan ikan jerung. Saya jawab, kita bukan ikan bilis tapi kita ikan piranha yang walaupun kecil, tapi bisa melaham seekor kerbau. Pada tahun 2014, saya bertanding dengan platform untuk menentang, dengan izin, Trans Pacific Partnership Agreement (TPPA). Anak saya, Jugra, ditahan polis dan Secret Service kerana mengibarkan bendera Palestin di hadapan Barack Obama."
Azlan capai gelas di meja, dan membasahkan tekaknya.
"Tuan Yang Dipertua, saya tidak menentang Kwantong untuk berdagang di negara ini. Saya menentang Kwantong kerana mereka biadab dengan undang-undang antarabangsa yang telah mengesahkan bahawa dalam perjanjian pada tahun 1982, dengan izin, United Nations Convention on the Law of the Sea atau UNCLOS, mengatakan bahawa Zon Ekonomi Eksklusif Gelanggayu ialah dalam 200 batu nautika di Laut Wijaya, dan perjanjian ini juga ditandatangani oleh Republik Rakyat Kwantong pada 10 Disember 1982. Gelanggayu berhak untuk membawa kes ini ke Mahkamah Tribunal Antarabangsa di The Hague, Belanda, jika pihak Kwantong terus menceroboh wilayah kedaulatan negara kita."
Kata-kata Azlan disahut dengan ketukan meja yang paling kuat yang pernah didengar dalam sidang Parlimen.
"Tuan Yang Dipertua, tentang kerugian para peneroka sawit akibat perang dagang ini, saya mengambil maklum, dan dengan sukacitanya saya mengumumkan bahawa kerajaan akan menyediakan sejumlah wang untuk membayar ganti rugi, yang akan diputuskan dalam mesyuarat MKKP kelak. Kita juga gembira untuk memberitahu bahawa, negara-negara seperti Ryukyu, Goryeo Selatan, Taipei-Formosa dan Temasik mahu menambah lagi pembelian sawit bagi menggantikan pasaran Kwantong yang telah hilang. Tuan Yang Dipertua, saya ada serangkap pantun, patah tumbuh hilang berganti, Kwantong mahu gaduh, Gelanggayu tak rugi!"
"Hidup Azlan! Hidup Azlan! Hidup Azlan!" jerit ahli-ahli parlimen Parti Pertiwi.
--
"Yo man your dad is fvcking chad, man!"
"He got balls of titanium. Other beta leaders will cave in, but not our leader!"
Jugra dengar pujian dari kawan-kawan satu kemnya bila dia berada di perpustakaan menyaksikan perdebatan Parlimen di televisyen.
Mata Rachel bersinar-sinar bila nampak Azlan berucap dengan penuh keberanian dan langsung tidak gentar dengan boikot dan tarif dari Kwantong. Baginya, ayahnya adalah pemimpin paling terbaik dalam dunia sekarang ini.
Tetapi Jugra rasa gerun. Menjadi anak Azlan Muhammad Niat adalah seperti berdiri di atas bahu gergasi. Dia rasa dia tahu, satu hari nanti, walau di mana dia pergi, dia akan dibandingkan dengan ayahnya.
Jugra tahu, ke mana sahaja dia pergi, nama Azlan akan dibawanya. Seperti terlalu besar untuk dipikul nama itu.
Jugra duduk seorang diri, termenung.
"Hey, Jugra! Kenapa you monyok je ni?" tanya Rachel.
"Nothing."
"Rindu Mili ek?"
Alif dan Mili meminta kebenaran untuk pulang untuk menemani ayahnya yang sedang sakit.
"Bukan sebab tu pun."
"Habis tu?"
"Apa pendapat you tentang daddy?"
"He's the greatest leader in the world right now! For me, dia tahap macam Napoleon, Alexander The Great, Augustus Caesar, George Washington!"
Jugra diam, tak menunjukkan reaksi.
"Why? You tau tak betapa beruntungnya you ada bin Azlan tu? Kalau ikutkan hati I, I nak je tukar nama I bin Azlan. Tapi tak boleh. You pun tau kan how much I adore him."
"I wish I ni anak orang biasa-biasa je."
"Why? Orang lain bangga tau dapat pemimpin macam daddy?"
"Wherever I go, orang bagi I special treatment because of daddy. I tak nak macam tu. I nak orang accept I as I really am. I nak orang kenal I sebagai Jugra, bukan sebagai anak Azlan Muhammad Niat."
Rachel memeluk bahu Jugra.
"One day you too will be a great person. Don't you worry about it. Dekat Khidmat Negara ni pun, orang nampak your leadership. Pelatih kita pun cakap you cepat matang. Jangan risaulah, okay?"
"Alright, sis."
"Eiiii!" Rachel cubit Jugra.
Biasalah tu, anak orang hebat akan rasa tergugat dengan ayah sendiri.
--
Shahril bertemu dengan Cindy dan Azizan untuk bertujuan memperkukuhkan puak liberal dan beberapa sisa puak anti Azlan.
"We must stand united, otherwise Azlan will wipe away our democratic institutions," kata Cindy.
"Tapi kita kena hati-hati, silap-silap GUDA dia ni pun kena ban," kata Azizan.
"I think you guys jangan lompat dulu. Tunggu sampai next year bila Parlimen dibubarkan," kata Shahril.
"But do you have money? I mean, kita nak lawan Azlan ni. He has big machine behind him," kata Azizan.
"Since Nat pun dah consolidate power dia dalam Parti Republikan, I dah tak boleh buat apa lagi dah. Lepas tu, Adilah pun dah masuk penjara. Nak tak nak, kita kena seludup duit dari Soros," kata Cindy.
"I don't think Soros nak biayai kalau kita tak boleh nak convince dia yang kita boleh menang," kata Shahril.
"Kita mesti menang, Shahril. Otherwise Azlan akan bermaharajalela!" kata Azizan sambil pegang bahu Shahril.
"Kita try mintak from the Democrats kat US?" tanya Cindy.
"Dorang pun tengah nak midterm tu. I don't think dorang nak hulurkan kita duit at this moment," kata Shahril.
Selepas Shahril meninggalkan mereka, Azizan dan Cindy berbincang berdua di Cafe Emanuel.
"You percaya ke Shahril ni?" tanya Azizan.
"Kenapa?"
"Kenapa dia break rank lawan Azlan sejak referendum Perkara 5 tu? I takut dia game kita balik je," kata Azizan.
"Dia tu anak Shahrizal Hamdi. Ada weight, arwah ayah dia pun ramai penyokong," kata Cindy.
"Kita tengok la GUDA ni macam mana. Tapi I kena stay dalam Demokrat dulu, sebab I nak kena control Rahman ni. Cuma yang I pelik, bukan dulu Shahril ni Ketua Pemuda Parti Nasionalis yang dipilih Azlan ke? I risau kalau kita ni, kena tipu."
"You rilek je lah, Zizan. I rasa kita boleh gerak dengan GUDA ni," kata Cindy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro