
2018 part 1
Azlan
Parti tahun baru bising sangat, anak-anak semuanya bising, jadi aku duduk di pejabat seorang diri.
Beginilah habit aku setiap kali ada malam tahun baru, atau jamuan hari raya, atau apa-apa sambutan. Aku suka dalam keadaan walaupun aku takde di situ, orang ramai rasa aku di situ.
Walaupun aku tak turun ke bawah untuk majlis sambutan tahun baru, tetapi semua tetamu yang hadir tu dapat merasai seolah-olah diri aku berada di situ. Apabila mereka berada di 2 Jalan Cendana, di mana-mana pun, aku mendengar, aku melihat, dan aku mencium bau.
Sejak kematian Jimmy, dan Adilah dibicarakan atas tuduhan cubaan menggulingkan kerajaan, aku jadi bosan. Aku rasa perasaan ini seperti Bayern Munich dalam Bundesliga, atau Amerika Syarikat dalam United Nations.
Sejak aku menjadi Pengerusi MKKP dari tahun 2014, aku sudah bertemu dengan banyak pemimpin dunia. Obama, Cameron, Jokowi, semua dah pernah datang ke 2 Jalan Cendana.
Aku rasa aku perlu pergi ke next level, politik antarabangsa. Dan sebab ini aku sering bertemu dengan penganalisis geopolitik seperti Peter Zeihan, George Friedman, atau Tim Marshall, aku mula mempelajari kembali buku-buku falsafah Timur, Barat dan Islam, dan aku mula membaca buku biografi pemimpin dunia seperti Erdogan, Khamenei, Al-Sisi, Xi Jinping, Shinzo Abe dan Angela Merkel.
Aku membaca buku mereka bukanlah sebab aku kagum dengan mereka, most of them sama je dengan aku, tapi aku mengkaji psikologi mereka.
Umpamanya, aku sedang membaca buku The Art of the Deal, buku Presiden Donald Trump. Aku akan ke Amerika, dan mahu membuat pelaburan dengan membeli gandum dan jagung yang tersidai di pelabuhan akibat trade war Amerika dan Kwantung.
Kenapa aku nak beli jagung dan gandum Amerika sedangkan aku boleh je invest duit negara ni untuk membangunkan industri padi kat sini?
Aku buat move ni sebab kapal perang Kwantung dah mula berlegar di sekitar laut Wijaya, dan mengacau kapal nelayan Gelanggayu dan mencari pasal.
Kalau dulu, situasi macam ni, call je White House, tak ada masalah. Kejap lagi kapal aircraft carrier dari Okinawa atau Guam akan datang cover.
Dengan si jambul bernama Trump ni, everything is transactional. Dasar American First nya tidak mahu terlibat dalam hal konflik kecuali kita beli sesuatu dengannya.
Dengan banyak negara di sekeliling Asia ni mula melihat Kwantung sebagai satu ancaman, termasuk Gelanggayu - aku terpaksa memikirkan satu strategi agar dapat mengelakkan negara ini terjebak dengan konflik.
You see, kompleksnya geopolitik ini ialah kerana semua negara dalam dunia ini mempunyai kepentingannya sendiri. Pernah tanya kenapa UK nak keluar dari Eropah, kenapa Kwantung nak buat Road and Belt, kenapa Bharat berperang dengan Pakistan berebut Kashmir, dan kenapa Gelanggayu perlu jadi kuasa besar di rantau ini. Tak perlu jadi kuasa dunia, nanti serabut macam semua presiden Amerika Syarikat.
Tak percaya, cuba kau bandingkan rambut Barack Obama masa dia baru angkat sumpah masa 2009, dengan masa dia letak jawatan bila Donald Trump angkat sumpah pada tahun 2017.
Merlina pun cakap rambut aku dah start beruban. Alang-alang beruban, biar handsome macam Richard Gere.
Aku baca buku The Art of the Deal, kemudian aku mengkaji macam mana Donald Trump berfikir. Sebab sudah tentu dalam power showcase, penduduk dunia akan mengenali Donald Trump daripada aku yang hanya pemimpin negara dunia ketiga berhampiran Khatulistiwa.
Tetapi aku ada the other game I want to play.
Ekonomi Kwantung dikatakan sedang mengembang dan bakal menjadi superpower menewaskan Amerika. Daripada dulu lagi aku dah tolak cakap-cakap ni.
Orang yang cakap Kwantung ni bakal jadi superpower, mesti dia tak kaji tentang walaupun ada 400 juta middle class di negara komunis tu, tapi ada 1 billion lagi orang yang hidup di bawah paras kemiskinan.
How do you want to be powerful when you're so poor? Act like you're rich and powerful while actually you're not. Kwantung bina pelabuhan di sana sini, serang kapal tentera laut Gelanggayu, Dai Viet, Arroyo dan mengaku Laut Wijaya di depan bandaraya ini, sebagai milik mereka.
Mereka mahu menggertak negara-negara Pentas Sunda, nak buat kita takut dengan mereka. Padahal mereka lebih perlukan kita sebab kapal dagang mereka perlu lalu kawasan kita, dan kalau kita nak Amerika tolong block kapal-kapal Kwantung, ekonomi mereka boleh jatuh teruk.
Mereka bina keretapi laju sampai naik ke gunung Himalaya di Tibet, tapi berapa ramai rakyat Kwantung yang mampu naik keretapi laju ni? Balik modal ke?
I tell you what's wrong.
Hampir semua projek mereka ini dibina untuk memastikan rakyat mereka ada peluang pekerjaan. Jadi mereka binalah projek yang menghala ke gunung Himalaya tu, bina projek di mana-mana di seluruh dunia, dan kalau perasan, antara syarat mereka ialah wang itu modal mereka, pekerja mereka, barang mereka. Penduduk tempatan nganga, tak dapat apa-apa.
Tanah tergadai, berhutang pula dengan projek yang tak beri keuntungan ekonomi kepada orang tempatan.
Macam Sri Lanka, mereka terpaksa menggadaikan kedaulatan negara mereka sebab tak mampu nak bayar hutang pembinaan pelabuhan mereka.
Aku tak nak Gelanggayu jadi macam tu.
Masa cabinet meeting tentang Road and Belt ni, aku cakap awal-awal yang aku akan veto mana-mana deal yang berbunyi macam ni.
Kalau rakyat mereka tidak ada kerja, rakyat mereka akan memberontak. Jadi Kwantung perlukan tanah jajahan baru untuk menyambung hasrat imperialismenya, atau kalau tak ada kerja, rakyat akan bangkit memberontak dan mereka akan terlibat dengan perang saudara.
Dalam 2,000 tahun sejarah tamadun mereka, begitulah ceritanya ulang-ulang.
Mereka cuma nak jaminan bahawa kapal mereka akan lalu dengan tenang dari Shanghai ke Suez dan dari Hormuz ke Hong Kong.
Dalam erti kata lain, Kwantung sedang menggertak negara-negara Asia Tenggara supaya menerima dana projek Road and Belt.
Aku sedar aku sedang berurusan dengan satu kuasa besar, but let's not showing to them that we are not afraid to them.
Masa aku cakap aku akan veto tu, Natasha cakap dengan aku, "Alan, kita ni ikan bilis, dorang tu ikan yu."
Aku cuma balas, "well, let's find another shark and he will fight for us. Let's be friend with another shark."
Aku faham cara pemikiran Natasha. Seorang yang berfikiran think like a book. Mengidolakan Hillary Clinton, mengidolakan Angela Merkel, respect dengan Theresa May yang walaupun dia tu tak ada apa pun yang nak dibanggakan, buat error strategy, bubarkan kerajaan yang dah sedia stabil dan ending up kalah banyak seats walaupun kekal jadi kerajaan.
Tetapi aku sedar dalam permainan powerplay ini. Dalam buku Sun Tzu, The Art of War, satu benda yang harus diingat ialah kalau dalam keadaan yang lemah, tunjuk kuat. Kalau dalam keadaan yang kuat, tunjuk lemah.
"Woi, apahal kau terbaring kat kerusi ni? Kau okay tak?" tanya Merlina sebaik sahaja countdown new year lagi seminit.
"Mer, aku rasa aku perlu jumpa psikiatris."
"Kenapa? Kau dah gila ke?"
Aku bangun dan memandang tepat ke mata Merlina. Dia seperti rasa aku ni pelik, jadi pemimpin dan selalu tayang extrovert, tapi hakikatnya aku ni seorang yang introvert.
"Aku tak pernah minat nak jadi pemimpin negara, sebab terus terang, aku tak suka sebenarnya nak jumpa orang. Orang yang bukan aku selesa ni, meletihkan."
"Habis tu, kau nak jadi apa?"
"Jujur cakap, aku tak pernah ada cita-cita macam zaman korang sekolah dulu. Cita-cita aku dah ditetapkan orang."
"Tapi apa yang sebenarnya kau nak jadi masa kau kecik dulu?"
"Aku cuma nak temankan ayah aku memancing."
"Kau stress sangat ni, Lan. Kau boleh go ke tak tugas ni?" tanya Merlina.
"Memang takdir aku."
Merlina peluk aku.
"Aku tahu, kau perlukan cuti, Lan. Cuma, ibu kan pesan pada kita, kalau buat kerja, buat sampai siap."
"Ye lah, betul lah tu. Alang-alang menyeluk pekasam. Jomlah, turun."
"10, 9, 8, 7, 6, 5, 4, 3, 2, 1! Jugra loves Mili!"
"Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"
Merlina ketawa.
"Kenapa kau gelak?"
"Sejak peristiwa tahun lepas, Jugra loves Mili ni dah macam slogan tahun baru kat rumah ni."
Aku tutup lampu office, dan aku berjalan turun ke bawah. Jugra pasang lagu disko dalam rumah.
"Sedap la beat lagu ni. Kau tau lagu apa ni, Alan?" tanya Merlina.
"One Kiss. Calvin Harris featuring Dua Lipa. Kau dah tua la, Mer. Lagu Dua Lipa pun tak tahu."
"Diamlah! Cubit kau karang!"
"Aaaaa!"
Tu la Merlina, ada app Shazam, tak nak guna.
--
Mahkamah Melaut jatuhkan hukuman hudud ke atas bekas Gabenor
KUALA MELAUT - Bekas Gabenor Melaut, Amar Hamzah dijatuhkan hukuman potong tangan kirinya kerana didapati bersalah menyeleweng dana rakyat berjumlah RG300 juta yang diperuntukkan untuk membina jeti di Teluk Tenang.
Mahkamah Syariah Melaut memutuskan keputusan itu berdasarkan bukti-bukti serta keterangan saksi yang telah disediakan Peguam Negeri Melaut.
Amar, merupakan Gabenor Melaut dari tahun 2000 hingga 2009, dikatakan menyeleweng wang dana tersebut yang diluluskan pada tahun 2006 oleh Kementerian Kewangan pada ketika itu.
Jeti Teluk Tenang, yang siap dibina pada tahun 2007, runtuh pada tahun 2009 akibat bahan binaan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan.
--
Tiba-tiba nama Amar diperjuangkan oleh golongan Henderson bubble. Ada yang menuduh Azlan membawa Gelanggayu ke era zaman batu.
Kesatuan Eropah, Duta Amerika Syarikat, dan banyak negara-negara menyelar tindakan kerajaan ini dan menyifatkannya sebagai 'zalim'.
Ada ramai yang terkejut dengan keputusan ini, menyebabkan nama negeri Melaut mula disebut dan menjadi tular di media sosial.
Maka berlakulah protes sekumpulan aktivis hak asasi manusia berhimpun di hadapan 2 Jalan Cendana membantah tindakan kerajaan Melaut.
"Siapa Azlan ni? Aku tak undi dia!" kata Ketua Wanita Parti GUDA yang pakai inhaler memekak depan rumah.
"Kami bantah hukuman zaman batu!" kata penyokong-penyokong aktivis yang berambut warna merah dan memakai lencana pelangi di hadapan rumah.
"Ini adalah satu penindasan!" kata seorang lagi aktivis yang rambut ungu pula.
--
"Memekaknyaaaaa!" kata Julia, yang tak senang nak berniaga durian crepe Nilam secara online.
Jugra yang baru habis SPG, jadi tertekan bila nampak ada orang ramai berkumpul depan rumah.
"Mama Mer, asal pulak ada orang berdemo depan rumah pulak ni?" tanya Jugra, dah jadi serabut.
"Kau ingat aku tak serabut ke?"
Jugra naik ke bilik ayahnya, dan nampak ayahnya dari atas balkoni, duduk di kerusi sambil makan kerepek pisang dan memerhatikan dari atas himpunan golongan woke berdemo di depan rumahnya.
"Kitorang semua rasa serabut, daddy boleh makan kerepek pisang tengok dorang ni?" tanya Jugra.
Azlan hulurkan balang kerepek pisang pada Jugra.
"Daddy, daddy tak risau ke benda ni bakal menjatuhkan reputasi daddy?" tanya Jugra.
"Lebih baik jatuh reputasi aku di dunia, daripada aku nak menjawab dengan Allah, kenapa bila aku jadi penguasa di negara Islam, tapi aku tak laksanakan undang-undang Islam," kata Azlan.
"Tapi Amerika, EU, semua kutuk daddy buat undang-undang ni."
"Tiada kuasa yang lebih besar daripada Allah," kata Azlan.
Sekumpulan skuad bertopeng hitam, yang merupakan skuad Sayap Hitam, mengepung depan jalan dan menangkap semua pendemo di hadapan rumahnya.
"Daddy...apa daddy buat ni?"
"Sebab tu aku pelawa kau makan kerepek pisang, wayang dah nak start," kata Azlan.
Pendemo dikenakan tazer, dan tangan mereka digari dan dibawa ke lori.
--
Azlan
Gempar seluruh dunia yang aku ni bakal membawa undang-undang zaman purba ke era zaman moden ni.
Ramai pelabur yang bising pada Merlina dan ugut akan keluarkan pelaburan mereka dari Gelanggayu.
Aku tak takut. Keluarkanlah segala duit korang. Tak ada apa yang lebih berat selain menegakkan hukum Allah.
Aku percaya rakyat Melaut bersetuju dengan perkara ini. Buktinya, hari ini apabila aku tiba di Kuala Melaut, aku disambut oleh ratusan ribu rakyat yang memberi sokongan kepada aku untuk meneruskan hukuman hudud.
Sepanduk besar tertulis "Allah Selamatkan Tuan Pengerusi Azlan" dibawa oleh orang ramai ketika menyambut aku apabila aku tiba di Melaut.
Aku nak bagi statement kepada dunia, keputusan mengembalikan undang-undang Islam ini adalah demokratik, sejajar dengan kehendak rakyat.
Pada tahun lalu ketika referendum Perkara 5 diadakan, Melaut juga memilih untuk Gelanggayu menjadi negara persekutuan. Dan sebagai negara persekutuan, undang-undang negeri digubal oleh kerajaan negeri.
Dan kerajaan negeri Melaut meluluskan untuk melaksanakan undang-undang Islam dengan menjalankan hudud dan qisas.
Sekarang, kalau kau dengar pendapat orang yang jahil, dia kata aku ni jahat sebab aku menindas Amar. Sebagai pemimpin negara, apakah aku harus membela orang yang mencuri duit rakyat demi kesenangan diri, sehingga ada yang terkorban?
Aku dah beri arahan kepada hakim-hakim di Mahkamah Agung Gelanggayu, undang-undang ini tidak melanggar Perlembagaan, sebab aku dah pinda sebelum Perkara 5 dimasukkan.
Menerusi orang-orang aku dalam Parlimen, Parlimen mengundi untuk menyerahkan undang-undang negeri terletak di tangan kerajaan negeri. Kerajaan persekutuan akan campurtangan dalam hal pertahanan, pendidikan dan kewangan.
Maknanya kau nak jadi libertarian, kau boleh duduk di Teknojaya. Kalau kau nak negeri yang laksanakan syariat Islam, bolehlah duduk di Melaut.
Lagipun Melaut ni sebelah Acheh, yang dah laksanakan undang-undang ini. Mestilah kita pun laksanakan juga.
Aku takkan hukum potong tangan kepada pencopet miskin yang jenis kecil-kecilan ni. Aku hanya hukum orang yang salahguna kuasa. Aku tak rasa apa yang aku buat ni salah. Inilah cara untuk basmikan rasuah, korupsi dan penyelewengan dana awam.
Lepas tangan Amar kena potong, percayalah cakap aku, takkan ada sorang pun yang akan berani menyonglap duit rakyat lagi. Lagipun ini undang-undang Islam.
--
"Alan, you better stop this madness!" kata Natasha dalam telefon.
"Madness? What madness?"
"You gila ke nak potong tangan Amar tu?"
"Dia songlap duit rakyat! Jeti kat Teluk Tenang tu runtuh sebab dia pakai barang murah. You jugak sendiri yang kata, you nak hapuskan penyelewengan kuasa?"
"But not this way, Alan!"
"This is the only way. Ini hukum Allah. Surah al-Maidah ayat 38."
"Alan, this is not constitutional."
"Aku dah pinda Perlembagaan tu. Kerajaan negeri berhak tentukan undang-undang itu sendiri tanpa campurtangan Persekutuan. Kau tak dapat memo ke?"
"Alan, investors lari kalau macam ni."
"Investors tu nanti tolong aku ke tak depan Allah bila aku disoal kenapa aku tak laksanakan hukuman hudud dan qisas?"
"Susahlah nak cakap dengan you ni!"
Natasha terus letak telefon.
Walaupun aku dikritik oleh masyarakat di Barat, tapi aku peduli apa. Britain dah huru-hara dengan isu Brexit. Di Amerika golongan Black Lives Matters merusuh dan membakar bandaraya. Perancis ada demo vest kuning yang membantah kenaikan harga bahan api. Kenapalah aku nak kena ikut undang-undang negara Barat yang huru-hara ni?
Kau rasa Donald Trump atau Theresa May berani ke nak sound aku? Donald ada kat White House tu pun sebab Ali. Theresa May pulak tengah pening kepala sebab huru-hara Brexit.
Kesatuan Eropah boikot produk kelapa sawit Gelanggayu dah lama pun, sebelum ni lagi. Nak boikot barangan yang lain, tak ada masalah.
Melalui Sayap Hitam dan jaringan gangster yang Ali bina, kita bawa masuk imigran secara haram dan secara sistematik menghancurkan ketamadunan mereka dari dalam.
Kau ingat aku takut ke dengan semua orang ni? Aku cuma takut kepada Allah je. Insya-Allah kalau aku bertegas tegakkan syariat Islam, Allah aku melindungi aku dan Gelanggayu.
--
"Takbir!"
"Allahuakbar! Allahuakbar!"
Azlan berdiri di atas pentas di dalam Masjid Jamek Kuala Melaut, selepas solat Jumaat di masjid demikian.
Ribuan rakyat Melaut mahu bertemu dengan Azlan, yang membenarkan pelaksanaan hukum hudud di negeri Melaut.
Para wartawan berasak-asak untuk mendapatkan rakaman atau video ucapan Azlan di masjid tersebut.
"Adalah menjadi amanah dan tanggungjawab saya, sebagai pemimpin yang dipilih oleh umat Islam di negara ini, untuk saya menegakkan syariat Islam. Hukum hudud ini adalah benteng kepada keimanan dan ketakwaan kita terhadap Allah s.w.t. Dalam surah al-Maidah, ayat 38, Allah telah berfirman; Adapun orang lelaki mahu pun perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan atas perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."
"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!"
--
"Alan, boleh aku tanya kau something tak?" tanya Merlina semasa di dalam kereta.
"Tanyalah."
"Kenapa kau beriya sangat nak pertahankan benda ni?"
"Benda ni? Mer, hukum hudud ni bukan perkara yang main-main. Ini undang-undang yang Allah turunkan."
"Ya, aku tau. Tapi aku faham sangat kau ni. Setiap tindakan kau ada political move."
"Aku nak buat public statement. Kalau kau dapat kuasa dan kau korup, inilah hukumannya. Supaya takkan ada orang lagi yang berani lagi buat kesalahan ni. Ada sebabnya mengapa Allah letakkan undang-undang hudud ni dalam Quran."
"Okay, fine. Tapi aku nak jawab apa dengan investors?"
"Kenapa nak takut sangat undang-undang hudud ni? Kau tak songlap duit rakyat, janganlah takut. Berniaga je lah macam biasa. Kau pun tau kan Arab Saudi pun laksanakan hukum hudud. Apasal takde pulak orang pertikaikan tu? Orang masih beli minyak dari Arab, orang masih pergi haji."
--
Untuk menenangkan situasi, aku menjemput wartawan berita dari Temasik, Channel News Asia untuk aku menerangkan tentang hukum hudud.
Kenapa aku jemput wartawan dari Temasik? Sebab investors dari Temasik adalah yang kedua terbesar selepas Kwantong. Jadi kalau aku terangkan perkara ini kepada mereka dalam bahasa Inggeris, ia akan disiarkan juga ke negara lain.
Benda ni panas sekejap je, nanti lepas tu bila investors dapat keuntungan, dia tak akan peduli benda ni lagi.
--
Wartawan CNA: Behind all the controversies, tell us why you're insist to implementing the Islamic hudud law in Gelanggayu and are you thinking about the consequences?
Azlan: In Islam, hudud law is mentioned in the teachings of the Quran. This is because stealing is a bad habit and it must be punished. Regarding the notion that the law oppresses the poor, as a Muslim, I don't think the law is oppressive.
In Islam, those who are poor should be helped through sadaqah or zakat. Those who should be punished are those who are rich but still want to steal the people's property by committing fraud and abuse of power. People who abuse this power should be punished so that it teaches a lesson to those who have been entrusted with the power that has been given."
Wartawan CNA: As a person from Temasik, we managed to control corruption and corruption prevention in our country is the best in the world. Why doesn't Gelanggayu emulate us in this regard?
Azlan: I admit that corruption prevention in Temasik is the best in the world. Well done for being able to eradicate the symptoms of corruption.
However, each country has its own way of controlling corruption. In Temasik, the Muslim population is less than 10%, so there is no need to do that.
In Gelanggayu, almost 80% of the country's population is Muslim. Therefore we feel it is important for us to be obedient to the command that God has given.
Regarding those who are not Muslims, it is certain that they do not need to worry about this law because they will not be affected by this law, only the corruption laws in this country have been tightened, some even say stricter than in Temasik.
This shows that we are serious about eradicating corruption regardless of the person's background.
--
Azlan
Selepas temubual itu selesai, ibu datang ke rumah untuk berbual dengan aku. Aku salam cium tangan pada ibu.
"Baguslah kau nak tegakkan undang-undang Islam kat negara ni. Tapi aku harap kau berlaku adil lah. Janganlah kau potong tangan orang miskin, sebaliknya kau bantulah mereka."
"Yang kena potong tangan ni bukan orang miskin, ibu. Tapi orang yang ada kuasa untuk jaga harta rakyat, tapi diselewengkan demi kepentingan diri."
"Aku faham, Lan. Orang luar yang tak faham. Lagipun, aku tahu kau buat macam ni, supaya kau dapat solidify sokongan Ayam Hitam kepada kau. Sejak Ali meninggal, tak ada jaminan lagi yang mereka ni akan setia dengan kau. Tapi kalau kau dah buat macam ni, dorang takkan berani langgar kau macam mana Amir dan Amar cuba langgar kau."
"Ibu jangan risau. Alan akan sentiasa ingat, walau macam mana berkuasa pun Alan di negara ni, Allah yang Maha Berkuasa. Alan cuma laksanakan undang-undang ini supaya Gelanggayu ini berkat dalam pentadbiran negara ini."
"Insya-Allah, Lan. Ibu sentiasa doakan untuk kau."
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro