Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2017 part 9

"Weh, kenapa jantung aku ni berdebar-debar, weh!" Jugra terus menutup mukanya. Dia mula rasa yang sel otak-otaknya pergi ke tempat lain yang tak pernah dipergi.

Lepas tu dia dengar bunyi ketukan pintu. Dia jadi takut dan berdebar.

"Mama Mer ni, buka pintu!"

Jugra buka pintu, dan dia rasa lega bila nampak muka Merlina. Merlina nampak muka Jugra jadi pucat dan ketakutan.

"Lain kali, sebelum kau makan tu, beritahu la aku. Baklava kosong, kat dapur tu. Yang aku makan ni, aku letak ubat herba, ngertik?"
"Hah! Mama Mer letak ganja ke dalam baklava tu?"
"Haaa laaaa! Habis tu kau ingat, tak letih ke kepala otak aku berfikir pasal masalah negara? Bapak kau ke sana, ke sini, buat kerja, aku buat laporan, fikir research, fikir strategi. Semua tu memerlukan dadah yang mampu menjana sel-sel otak sebelah kreativiti!"
"Mama Mer took drugs?"
"Drug ni untuk creativity."
"Patutlah! Jugra nampak macam semua benda macam 3D, macam videoclip Gorillaz!"
"Tu kalau cendawan nak jumpa kucing boleh bercakap, bongok! Takat dam je, kecoh ah kau ni."
"Cendawan jumpa kucing boleh bercakap?"
"Tak payahlah try yang tu. Yang ni pun kau dah kena panic attack."
"Tak sangka Mama Mer hisap ganja."
"Dah kau, budak skema. Nak acah ranggi dengan aku konon."
"Alamak, esok Jugra kena doping! Mampos la Jugra kena urine test! Tak dapat jadi wakil Gelanggayu la macam ni. Lepas tu kalau kantoi ganja, confirm kena ban dari ambik STG! Alamak!"
"Dia dah start dah paranoid dia. Ish, sini la, aku kasi potong! Ikut aku pergi dapur."

Muka Jugra dan tunduk sahaja mengenangkan masa depannya.

"Sini, Jugra. Kau ambik garam ni. Kau kemam garam tu. Ambik limau masam ni, kau hisap limau tu. Kasi potong."

Jugra baru rasa lega bila perasaan berdebar-debar tu semakin berkurangan.

"Kau paranoid lebih je ni. Kejap lagi daddy kau sampai. Daddy kau tau macam mana nak elak urine kantoi."

Jugra menekup mukanya yang paranoid tadi sambil menahan menangis. Dia takut kalau dia kantoi ganja, jadi berita sensasi yang bakal merosakkan nama ayahnya.

Azlan tiba di rumah, kemudian buka pintu, nampak Jugra yang sedang sugul duduk di sofa.

"Kenapa budak ni, Mer?" tanya Azlan.
"Makan space baklava aku, tak cakap. Lepas tu paranoid. Lepas tu, besok dia ada doping. Takut urine test."
"Haih, sini kau kejap."

Jugra jalan menunduk dengan perasaan malu.

"Takde apa ah. Sini, ikut aku."

Azlan terus berjalan ke bilik ubat, dan bertanya nurse yang sedang bertugas.

"Cik Noraini, aspirin ada?"
"Tuan pengerusi nak yang mana? Bayer ke Alka-Seltzer?"
"Alka-Seltzer."

Jururawat itu menghulurkan kepada Azlan.

"Terima kasih, Cik Noraini."
"Sama-sama, tuan pengerusi."

Azlan terus berjalan menuju ke dapur, kemudian keluarkan vape dalam kocek dada suitnya, melonggarkan tali lehernya, membuka suitnya, sangkut di kerusi, kemudian dia menggulungkan lengan bajunya, kemudian dia ambil sebiji pil, sebelum dia tuang air, dan telan pil aspirin tu.

Jugra memerhatikan sahaja mata ayahnya. Dia rasa takut sebab ayahnya seperti tidak memberi sebarang reaksi.

"Bila kau urine?" tanya Azlan.
"Esok."
"Pukul berapa?"
"8 pagi."

Azlan tengok jam pusaka ayahnya yang dia tetap pakai sejak Pengetua menghadiahkannya pada usia 21 tahun.

"Pukul 1 pagi. More or less 7 jam lagi. Kau nampak water filter tu tak?" tanya Azlan.
"Ya, daddy."

Azlan bagi gelas.

"Dalam masa enam jam, kau minum je air filter tu sebanyak yang mungkin."
"Kalau terkencing?"
"Kencing je. Kau pergi la toilet tu sampai kencing kau jadi putih. Tapi tu belum jaminan urine kau takkan sangkut. Tu mengurangkan bendalah chemical tu dalam badan kau."
"Okay."
"Sejam sebelum kau pergi urine, kau ambik dua bijik aspirin ni, lepas tu kemungkinan besar urine kau akan negatif. Tapi ada sikit possibilities kau akan sangkut. Kalau kau sangkut, kau call aku. Pandai aku menguruskannya."
"Thank you, daddy."
"Tapi dengan syarat, kau buat je apa aku suruh. Kalau kau tak buat, aku hantar kau mahkamah juvana."
"Tapi bukannya Jugra sengaja!" Jugra mula berteriak nak menangis.
"Jangan menangis. Kau rilek, chill. Sekarang, kau buat apa aku suruh."
"Baik, daddy."
"Jangan tidur! Enam jam ni, kau minum je air tu, kencing je kat toilet banyak kali. Faham?"
"Faham, daddy."

Azlan kemudiannya memeluk Jugra, dan membelai-belai rambut Jugra.

"Aku pun pernah takut macam kau jugak. Lagi pulak, yang spotcheck aku, seorang Jeneral bersara paling terkemuka dalam negara ni. Aku faham perasaan kau. Dah la, takde apa lah. I survived, you must survive too. Kau anak ayah," Azlan memeluk erat bahu Jugra.

--

Sepanjang malam tu dia google alternatif lain untuk mengelak kantoi dari sangkut urine ganja. Kemudian dia mula ke FB Bani Tenang dan mencari bagaimana untuk mengelak sangkut urine.

Girlfriend dia, Mili, ajak videocall.

"Hai, Jugra! Kenapa muka awak pucat je."
"Termakan baklava Mama Mer?"
"Laaa, takkan pasal baklava pun Mama Mer nak marah?"
"Bukan dia marah, tapi dalam tu ada...err..."
"Ada apa? Awak ada allergic ke?"

Dia cuba memikirkan cara untuk cakap berlapik.

"Ada Wiz Khalifa!"
"Hah?" Mili tak faham.
"Ada Snoop Dogg. Bob Marley!"
"Ooohhh! Habis tu, awak tak apa-apa ke?"
"Daddy dah terangkan macam mana nak elak sangkut."
"Alah, takde apa la. Saya pun kalau kena senggugut, saya makan benda tu. Rachel selalu ada butterscotch cookies. Dia beli dengan Aunty El. Awak tau, penulis novel Kantan Perdana, Awek Jack Purcell, Amin Kob Noblurs tu pun pembeli tegar biskut tu."
"Ooo, tadi saya baca, benda tu untuk kreativiti. Patutlah Mama Mer punya design semua cantik-cantik. Menarik betul benda ni. Kalau tak kerana urine test besok ni, takde la kisah sangat. Kejap ek, nak pergi toilet."

Ni dah kali kelima dia pergi toilet.

"Haaa, ok dah."
"Daddy awak cool lah, Jugra. Patutlah mama pun gila-gilakan dia."
"Kadang-kadang terkejut jugak, budak baya kita pun gilakan my daddy. Tadi kan, sampai ada teenager tu bukak bra kat Urbanscapes kat depan daddy."
"Hah? Serious lah?"
"Haah, lepas tu daddy tutup mata saya."
"Nasib baiklah Uncle Alan tutup mata awak."
"Terkejut la, daddy punyalah popular sampai ada awek sanggup tunjuk benda tu depan dia. Kalau saya la, memang takde kot?"
"Ada lah."
"Siapa?"
"Saya."

Mili buka baju dia, kemudian dia tunjuk pada video call dengan Jugra.

Muka Jugra terus berubah.

"Mili, stop! Nanti kena rakam!"
"Alamak!"

Mili terus sarung bajunya tadi.

"Kejap ya, nak pergi tandas."

--

Kat atas katil, Azlan sedang menonton CNN sambil cuba memahami politik dunia. Tapi berita memanjang pasal Trump.

"Tak bosan ke hari-hari kutuk Trump? Jenis media sekarang tak subtle langsung," kata Azlan.

Dia kalih rancangan, buka rancangan dokumentari.

"Viral teruk kau tadi. Kau tengok followers kau dah berapa juta dah?" Merlina tunjuk ke Azlan.

"7.4 juta? Dulu berapa?"
"Semalam 6.9 juta. Naik setengah juta followers. Tapi followers kau banyak kat oversea. Kau dah kena start tweet dua bahasa ni. Macam Justin Trudeau."
"Justin Trudeau berapa?"
"4.6 juta."
"Hekeleh. Tu je? Aku lagi ramai?"
"Penduduk Kanada 30 juta. Penduduk Gelanggayu 67 juta. Kau ni," kata Merlina.
"Paling tinggi masih Obama?"
"Yup, 107 juta."
"Trump?"
"63 juta. Ala, kau banding dengan Amerika, buat apa? Dah tentu dorang yang cipta Twitter. Kejap, aku bandingkan kau dengaaaannn...."

Merlina search Jokowi.

"Kau sekarang saing-saing Jokowi. Jokowi 7.5 juta. Kau 7.4 juta."
"Kalau dengan Nat?"
"Nat jauh. 2.2 juta je. Lim Sian Long, 603k. Hafiz..."
"Hekeleh, takyahla..."
"23k je. Boleh la, untuk seorang politician. Penting tau followers Twitter untuk orang macam kau ni. Kejap, aku nak search Cristiano Ronaldo. Hmm, 73 juta. Paling tinggi dalam kalangan ahli sukan. Memandangkan kau dah buat pasal kat Urbanscapes ni, besok aku tanya Jessica, boleh tak kau tunjuk muka kat video Oh Purnama."
"Kenapa?"
"Ini apa yang aku panggil, dalam taktik perang media sosial, attacking mode."
"Attacking mode?" tanya Azlan.
"Aku akan suruh Jessica tanya pasal Perkara 5, kenapa ia penting. Most of kids ni tak tau satu apa jadah pun pasal benda ni. Jugra umur tiga tahun masa Perkara 5 ni dimansuhkan. Ni untuk dapatkan your new, fresh young blood voters. First timer voters dijangka berjumlah 7 juta orang. Kalau kau dapat pegang undi ni, fuh, kerusi kau dah stabil dah."

Azlan terus peluk Merlina.

"Kau dah kenapa, jantan?" Merlina pukul muka Azlan dengan bantal.
"La, peluk bini pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh. Tapi bagi la signal dulu. Apa Nat tak pernah cakap ke?"
"Entah, dengan aku dulu dia tak melawan."
"Cheh, acah feminis. Okay la to be fair dia pun membesar tahun 80an. Zaman tu benda gini takde benda."
"Jap, kau ni woke ke, Mer?"

Merlina letak bantal ke tepi.

"Woke tu dah tahap taksub, Lan. Tapi isu wanita ni aku setuju je dengan dorang. Lagi-lagi #MeToo tu. Perempuan rasa sejak mereka masuk dalam workforce, lelaki patriarki menindas mereka, macam sexual harassment tu, benda tu betul berlaku."
"So, kau nak aku buat macam mana?"
"Respect. Untuk respect aku, kau kena faham aku macam mana. Aku okay je kalau kau nak peluk aku, tapi aku tak suka kau main peluk je. Tak selesa. Walaupun kau dah jadi laki aku sejak 8 tahun lepas, tapi kau ni jadi bos aku sejak 1998. Dah nak 20 tahun dah. Jadi keterbiasaan kau jadi bos aku tu lagi lama daripada kau jadi laki aku, ngertik?"
"Okay, aku faham."
"Kau jangan salah faham pulak, aku sayang kau."

Azlan mengangguk.

"Aku nak tanya kau pendapat, boleh tak?"
"Apa dia?" kata Merlina sambil makan baklava.
"Kau rasa Gelanggayu dah ready ke belum untuk legalization? Ha, kasi kunyah tu dulu baru cakap."

Merlina gelengkan kepala.

"Walaupun aku stoner, tapi aku tak setuju kalau kau legalized. Aku hanya akan setuju untuk tujuan medical. Dan kalau kau nak luluskan medical weed, first kau kena melihat mental health sebagai krisis. Aku tak suka jadi macam Amsterdam. Amsterdam tu lain, Wijayapura ni kalau kau legalize, alamatnya semua orang melepak kat kafe weed tu tak buat apa. Orang ambik weed kena ikut dos yang disyorkan."
"Tapi kau pun tanam kat basement."
"Sebab kalau kau dah luluskan medical marijuana, kau dah regulate semua, aku nak try tanam dekat dekat Teknojaya tu."
"Yang tempat kilang farmaseutikal tu?"
"Yang tu kena tunggu supervirus. Bila dorang dah jana profit berpuluh billion nanti, aku tanam pun dorang takkan bising. Tapi benda ni tak boleh mendadak. Apa kata, kita pergi Colorado, kita tengok sendiri macam mana dorang buat?"
"Eh, ye tak ye. Aku kena pergi Iowa sebenarnya nanti. Kena uruskan semua tanah-tanah Pengetua. Pindah ke nama aku. Nama aku ada dalam wasiat dia."
"Dia ada tanah kat sana ke?"
"Ada. Yang tanam gandum, jagung tu semua sewa tanah dia. Alah, tahun 60an dulu kan Jeneral Yahya tu Duta Gelanggayu kat US. Dia punya tanah banyak kat situ."
"Aku ingat al-Daulah je yang ada tanah kat situ."
"Bukan apa, aku risau nanti bila krisis supervirus tu merebak satu dunia tu nanti, confirm kita akan ada masalah supply chain. Kalau kita boleh secure gandum dan jagung, kita takde masalah kekurangan dedak ayam."
"Fikir jauh jugak kau ni."
"Ahli politik biasanya buat berfikir dalam tempoh penggal dia je. Tapi kalau dah jadi Pengerusi macam aku ni, aku akan fikir jangka panjang, supaya tak kalut nanti."

--

Temuramah eksklusif aku dan Jessica di Oh Purnama secara langsung dari 2 Jalan Cendana tentang referendum Perkara 5 mendapat perhatian ramai orang, terutamanya yang join chat di Facebook Live dan IG Live.

Nampak macam orang ramai nak tahu apa yang pentingnya referendum ni. Aku menerangkan bahawa polisi kerajaan haruslah bersifat 'tempatan', jadi kerajaan negeri dan PBT ada lebih banyak kuasa berbanding kerajaan pusat di Kota Warisan.

Ada yang tanya soal cukai, dan aku jawab, cukai masih lagi sama, cuma kerajaan persekutuan akan ambik bahagian yang kurang daripada sekarang.

Lagipun dah memang secara naturalnya Gelanggayu ni negeri-negerinya bernaung di bawah pemerintahan pusat, seperti sistem kedatuan atau mandala masa zaman purba dulu.

Dan point aku paling utama ialah kerajaan pusat tak boleh bagi tumpuan kat semua tempat, maka kerajaan negeri perlu wujud untuk liputan yang lebih baik untuk perkhidmatan rakyat.

Selepas temuramah, aku dan Merlina terus bersiap untuk menaiki kapal terbang ke San Francisco, sebelum dari situ ke Denver.

--

Dari Denver, Peter pakar geopolitik jemput aku untuk ke rumah barunya di Morrison, pinggir bandar Denver. Kemudian aku dijemput untuk ke pejabatnya, dia kini buat geopolitic firm iaitu Zeihan in Geopolitics.

Aku tanya la dia, kenapa tak nak kekal kat Stratfor je dengan George, dia jawab 'semua orang pun lama-lama nak jadi bos'. Aku faham, sebab lama sangat kena dengar cakap Yahta.

Menurut yang aku faham, Colorado legalize medical marijuana sejak tahun 2000, hanya pada 2012 ia jadi legalize untuk recreational. Maknanya dah lima tahun.

Tetapi memandangkan Colorado yang ada di atas gunung ni, memerlukan kau untuk jadi seorang yang chill. Benda macam ni pun makan tahun juga untuk diterima masyarakat.

Aku ada berbual juga dengan Perdana Menteri Suvarnabhumi, Prayut Chan-ocha yang bercadang nak legalize marijuana. Kalau seorang jeneral tentera macam tu pun boleh nak legalize, takkan aku yang memang stoner ni tak nak buat pulak?

Cuma macam Merlina cakap, benda ni kena berperingkat dulu. Mungkin mulai 2020, Teknojaya dah ada dispensary clinic untuk benda ni, dan hanya orang yang ada prescription doktor je yang boleh guna.

Masalahnya, 2020 tu supervirus akan berlaku, sempat ke nak buat semua ni? Tapi bagus juga, aku faham kalau dah supervirus, mesti ada perintah berkurung.

Kalau kena kurung lama-lama, depression jugak nanti.

Merlina cakap dia nak company dia yang pegang konsesi untuk tanam pokok ni. Dengar cerita pasaran pokok ni bernilai $200 billion lagi sepuluh tahun lagi.

Betul la cakap George, dekad akan datang ialah tentang health industry.

--

Selepas bertemu Peter di Colorado, aku ke New York untuk berucap di persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Biasanya yang akan memberi ucapan ni ialah Perdana Menteri, dan selama ni pun memang Natasha yang beri ucapan.

Tapi disebabkan Natasha mengambil cuti untuk bercuti dengan Rachel, untuk bertemu dengan Mrs Birgitt di Copenhagen, maka aku yang mengambil tanggungjawab tersebut.

Aku mengambil keputusan untuk berucap dalam bahasa Melayu - sesuatu yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin Gelanggayu sebelum ini. Sebelum ini, mereka berucap dalam bahasa Inggeris.

--

Bismillahirahmanirahim, assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera kepada warga dunia.

Berdirinya saya di sini mewakili 80 juta warga Gelanggayu, untuk menyampaikan hasrat kami bahawa kami warga yang mahukan keamanan kepada semua.

Sejak 1945 apabila pertubuhan dunia ini ditubuhkan, dunia secara relatifnya lebih aman daripada sebelum pertubuhan ini ditubuhkan.

Selama beribu tahun ketamadunan manusia, hanya sejak 1945 konflik dunia dapat dikurangkan, kadar kemiskinan dapat dikurangkan, dan perdagangan antarabangsa dapat dipertingkatkan dan dipermudahkan.

Pun begitu, dari segi struktur, pertubuhan ini boleh saya sifatkan sebagai ketinggalan dan sudah lapuk dek zaman. Majlis Keselamatan Pertubuhan ini misalnya, mempunyai 15 ahli, 10 tidak tetap dan 5 ahli tetap yang memiliki kuasa veto.

Negara-negara yang memiliki kuasa veto tersebut ialah Amerika Syarikat, Rusia, Kwantong, Perancis dan Britain, dan kelima-lima negara ini mempunyai agenda mereka tersendiri sekaligus menolak kepentingan majoriti negara-negara dunia yang lain.

Amerika Syarikat misalnya, antara negara yang paling banyak menggunakan veto untuk mempertahankan tindakan ganas Israel terhadap Palestin.

Rusia juga menggunakan kuasa veto mereka dengan sewenang-wenangnya, apabila mereka menghalang keadilan kepada Gelanggayu dalam menyiasat kes kejadian terhempasnya kapal terbang GH17 di Ukraine.

Kwantong juga menggunakan kuasa veto untuk menolak keputusan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Antarabangsa di The Hague, Belanda, berkenaan sempadan serta kawasan zon ekonomi eksklusif negara-negara Asia Tenggara seperti Gelanggayu, disamping negara lain seperti Arroyo dan Dai Viet.

Saya difahamkan bahawa kuasa veto ini penting untuk memastikan kestabilan dunia dapat dijamin agar kuasa jahat fasisme tidak dapat dihidupkan lagi.

Bahkan peperangan yang berlaku itu tujuannya untuk menentang pemimpin yang jahat seperti HitIer daripada mengulangi kekejaman yang sama.

Namun begitu, kuasa-kuasa besar ini perlu mempunyai kuasa pengimbang yang mampu menghalang mereka dari terus bermaharajalela.

Bagi pihak Gelanggayu, kami tidak ada masalah untuk berdamai dengan kuasa-kuasa besar ini bahkan kami berbesar hati untuk bersama-sama bekerjasama dengan mereka.

Amerika Syarikat misalnya, adalah negara yang banyak membantu Gelanggayu terutamanya dalam bidang pertahanan. Britain juga, merupakan negara yang banyak membantu kami terutamanya selepas kemerdekaan.

Kwantong pula merupakan negara yang terbesar berdagang dengan kami, Rusia pula membantu kami dalam membangunkan sains dan teknologi angkasa, antaranya membantu kami untuk menjadi negara yang berjaya menghantar angkasawan ke Pusat Angkasa Antarabangsa.

Perancis juga merupakan negara yang kami banyak mengadakan hubungan perdagangan, melalui Kesatuan Eropah, dan banyak manfaat yang diberikan kepada kami.

Tetapi kami berharap kuasa-kuasa ini akan terus sedar bahawa kepentingan negara seperti Gelanggayu juga perlu difikirkan demi keamanan sejagat.

Sidang warga dunia yang dihormati,

Kita juga haruslah memikirkan tentang perubahan iklim yang bakal menggugat kehidupan kita di atas bumi ini.

Gelanggayu dengan ini akan terus menyokong Perjanjian Copenhagen di COP15, Protokol Kyoto, dan Perjanjian Paris dalam usaha menangani pemanasan global.

Pun begitu, bagi negara yang sedang membangun seperti Gelanggayu, kami meminta agar negara-negara maju juga memainkan peranan dalam memastikan kita dapat mencapai sasaran kita untuk mengawal pemanasan global ini.

Kami sedar, sekiranya pemanasan global ini tidak ditangani dengan tuntas, negara seperti Gelanggayu yang bakal menerima kesan yang buruk.

Warga dunia yang dihormati,

Gelanggayu adalah sebuah negara yang cintakan keamanan. Gelanggayu mengalu-alukan dialog antara negara-negara di dunia ini dalam usaha untuk menyelesaikan konflik, dan tidak ada platform yang lebih sesuai selain Pertubuhan ini.

Kami bersedia untuk adakan kerjasama dari segi ekonomi, pertahanan atau apa jua isu yang melibatkan skala global, dan kami juga meminta agar dunia perlu bersatu untuk memastikan anak cucu kita pada generasi akan datang dapat menikmati perjuangan kita dalam menangani krisis yang sedia ada.

Gelanggayu mohon kerjasama kepada seluruh warga dunia, terima kasih.

--

"Lain macam betul ucapan kau dalam bahasa Melayu, Lan. Orang kampung kalau tengok ni, mesti bangga dengan kau," kata Merlina.

Memang itu pun tujuannya. Nak tunjuk kepada orang kampung yang bahasa Melayu juga boleh digunakan sebagai pengantara dalam sidang dunia.

Selepas ucapan itu, aku bertemu dengan beberapa pemimpin dunia seperti dari Mexico, Colombia, Nigeria, Chile, Turki, UAE, Qatar, Bharat dan Ryukyu.

Disebabkan Merlina ada hubungan rapat dengan keluarga diraja Qatar, kerajaan Qatar bercadang untuk melabur sebanyak $20 billion terutamanya dalam sektor pendidikan dan IT.

UAE pula bercadang untuk melabur sebanyak $30 billion dalam sektor perbankan Islam, memandangkan Gelanggayu merupakan negara yang memiliki sistem perbankan Islam terbesar di dunia.

Mereka juga berminat untuk mengembangkan dalam sektor makanan halal, yang selama ini diusahakan oleh Merlina.

Tapi yang paling diminati oleh Menteri Kewangan, Dalilah, ialah Nigeria. Katanya Nigeria kini mempunyai 193 juta penduduk, dan bakal mencapai 200 juta penduduk pada tahun 2020.

Nigeria bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang pesat memandangkan era perindustrian mereka baru nak bermula.

Semua ini perlu diusahakan bagi memastikan Gelanggayu bakal menjadi makmur selepas mengalami peperangan 10 tahun yang lalu, kini semakin maju dan berpengaruh.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro