Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2017 part 8

Keesokan harinya, Jugra seperti biasa pergi sekolah dengan dihantar oleh Encik Murad.

Ketika di kafetaria, dia nampak Alif berjalan menuju ke arahnya.

"Kau gaduh dengan kakak aku ek?"
"Mana kau tau?"
"Haha, aku dah agak dah!"
"Kakak kau tu, marah benda yang tak patut-patut! Ada ke patut dia marah aku sebab mak kau kena hukum? Manalah aku tau, aku ni budak Form 5 je."
"Kau jangan peduli la. Mama aku tu dari dulu aku jaki dengan dia. Biarkan dia. Kalau boleh aku nak tengok dia kena hukum gantung!"
"Hish kau ni, ada pulak macam tu. Weh, aku sebenarnya serba salah ni, Lep."
"Asal?"
"Aysha anak Duta Palestin tu, mak dia baru bukak kedai makan. Kedai nasi Arab la tu. Dia ajak aku, tapi aku segan la datang sorang."
"Wei! Nak ikut!"
"Dia tak cakap pulak boleh bawak kawan ke tak."
"Tak brotherhood la tak bawak member!"

--

Disebabkan 'brotherhood' tersebut, Jugra terpaksa ajak Alif makan sekali. Tetapi Alif ni mulutnya kecoh dan beritahu semua orang, menyebabkan Jugra terpaksa bawa satu geng wrestling seperti Fendi Orton, Haris Hearst Hemsley dan geng-geng ragbi Jugra yang lain.

Sudahnya, Jugra terkedu bila sampai 15 orang ikut dia untuk makan nasi Arab.

Nasib baiklah majlis pembukaan ni memang semua makanan free. Makanan yang disajikan ialah seperti manakish, iaitu roti yang dimasak bersama keju dan daging kisar, shawarma, dolma, tabbouleh dan maqluba.

"Assalamualaikum, Jugra. I hope you and your friends will enjoy our food," kata Aysha, tersenyum.

"Waalaikumsalam, Aysha. Very delicious. Thank you."
"Which one is your favorite?" tanya Aysha.
"I like all, but my favorite is baklava. My stepmom always want to eat this after she went to Istanbul."
"We call this kanafeh."
"Ooo, I like it. Thank you for your hospitality, Aysha."
"You're always welcome to come here, Jugra."

"Peeehhh, Jugra sekarang dengan gadis Arab," kata Haris Hearst Hemsley.
"Kau jangan curang dengan Mili! Aku report dia karang," kata Alif.
"Mana ada, aku cakap aku suka makanan dorang je. Kau ingat aku ni cepat goyang dengan chinggey macam kau ke Lep?" kata Jugra.

--

Sampai di rumah, dia nampak Mili cekak pinggang depan rumah.

"Mana awak pergi tadi?" tanya Mili.
"Makan, dengan Alif. Tak caya tanya Alif," kata Jugra.
"Awak makan kat restoran orang Palestin tu kan? Mesti sebab perempuan tu yang ajak!"
"Memang pun. Ajak makan je pun, bukannya romen-romen."
"Ye la, hari ni makan. Besok romen-romen! Mana nak tau kan?"
"Eh awak ni, cubalah jangan emosi. Cuba jadi tenang dan cool macam Mama Mer...daddy makan kat mana pun dia rilek je," kata Jugra.

Merlina sedang ajar Julia matematik di luar, terus pandang Jugra.

"Kau gaduh dengan makwe kau, jangan libatkan aku, anak setan!" kata Merlina.
"Takde la, Mili ni, kuat jealous sangat! Orang pergi makan je pun nak marah. Makan pun dengan kawan lelaki."
"Ala, Mili tengah test kau je tu. Dia cakap dengan aku tadi," kata Merlina.
"Ala aunty ni, janganlah bocor rahsia. Tengok, dah tak jadi dah rancangan Mili."

"Abang Jugwa pun kalau dah makan-makan, bukannya nak bawak balik bungkus! Mewajuk la!" kata Julia pula.

"Alah adik aku ni, asal perempuan ni memeningkan kepala Jugra aarrgghh...."

--

Mili dan Jugra dulu berdua di tepi tasik sambil memandang burung-burung berterbangan.

"Jugra, kenapa awak langsung tak peduli saya hari ni?"
"La, dah semalam awak marah saya."
"Saya marah tu sebab saya sedih."
"Lepas tu, saya kena marah?"
"Sebab saya nak awak pujuk saya."
"Saya tak pandai la pujuk perempuan. Daddy pandai la."
"Betul ke, awak takde apa-apa dengan perempuan Palestin tu?"
"Laaaa, saya nak cakap Arab pun tak reti. Takat baca ayat Quran tu boleh la. Nak karang puisi cinta bahasa Arab mana la saya reti. Awak ni pun, cemburu tak bertempat betul."
"Kenapa awak tak ajak saya?"
"Dah awak sejak semalam asyik muncung je muka bila nampak saya, saya tak ajak la. Saya pergi pun dengan Alif. Kalau saya niat nak curang, takdenya saya ajak adik awak. Cuba rilek."
"Saya bukan apa. Sejak mama hilang, papa pulak sakit, jiwa saya tertekan."
"Ye lah kalau awak tertekan, awak tak boleh la menekan orang lain. Apa yang saya boleh buat pun?"
"Sorry sebab saya marah awak, Jugra."
"Takde apa la. Macam ni lah, disebabkan awak sedih, saya bawak awak kanafeh."

Jugra keluarkan kanafeh dalam kotak yang disimpan dalam beg.

"Sedapnya...."

Tiba-tiba ada suara budak kecik berdehem.

"Ooo, dengan Kak Mili, Abang Jugwa bungkuskan. Dengan Julia langsung tak ingat!"
"Alaaaa sayang Julia ni! Meh, kongsi dengan Kak Mili..."
"Tengok, tak susah pun pujuk pewempuan ni, Abang Jugwa! Abang Jugwa je wasa complicated! Cuba tengok daddy tu, sebab tu la dia dah umur 48 tahun pun masih jadi buwuan pawa gadis!"
"Hek kau la! Mama Mer nak letak mana?"
"Mommy dia pandai business, pandai buat duit, lepas tu funny. Sebab tu daddy setia dengan dia!"

"Comel la Julia ni!" Mili peluk Julia sambil berkongsi kanafeh.

--

Lagu The Zookeeper's Boy dari kumpulan Mew berkumandang di Urbanscapes yang dipenuhi dengan mat-mat hipster yang sedang layan LSD dan ganja.

Jugra dan Mili datang bersama Art Ardan dan Jessica yang kini sedang sarat mengandung. Tapi disebabkan Jessica ni dapat backstage pass, dia duduk di belakang je.

Jugra dan Mili berjalan mengikut Art Ardan yang sedang berjalan, memimpin isterinya ke backstage.

"Awak tak perform ke?" tanya Jugra.
"Tak la, ni bukan crowd saya. Saya kan nyanyi lagu pop."
"Ooohh, macam tu."

Kedengaran ada siren polis berbunyi membuatkan ramai para stoner terus jadi panik.

"Siapa pulak panggil polis pulak ni? Terkejut la stoner kat sini," kata Jessica.
"Bro Alan dah sampai dengan escort dia la tu. Dia kan perform untuk Digital Tribe," kata Art Ardan.

Semua ahli kumpulan Digital Tribe tergelak bila dengar respon Art Ardan. Maklumlah, ahli band mereka kini dah jadi orang yang paling penting di Gelanggayu. Kena la ada polis pengiring yang mengiringi mereka.

"What's up, guys?"
"Azlan!" ramai-ramai semua bersalaman dengan Azlan.

Jugra tercengang melihat imej rockstar ayahnya. Pakai leather jacket, baju band New Order, seluar skinny jeans ketat dan kasut high cut.

"Daddy pinjam helmet ni kejap," kata Azlan.
"Tu kan helmet daddy, pakai je lah."

Mili tercengang bila nampak Azlan terus memimpin band Digital Tribe ke pentas.

"Mat Dangeeerrrrrr! We love youuuuu!"

Mereka bermain lagu-lagu lama mereka, dan peminat semua bersorak semasa persembahan.

Mat Danger bermain keyboard lagu ikonik itu menyebabkan semua orang menari dan bersorak.

"Cool siot daddy. Dengan helmet dia tu, fuuhhhh!"
"Yes, dia lagi famous dari penyanyi dia, kelakar kan?" kata Mili.
"Rupanya sebelum Daft Punk wujud, ayah aku dah main muzik pakai helmet dulu rupanya..."

"Okay, this evening, is a great relevation. The mystery, the enigma, the secret behind the helmet, ladies and gentlemen, Mat Dangeeerrrrrrrr!"

Azlan terus capai gitar dari gitarisnya, kemudian berbisik dengan bassist, vokalis dan drummer.

"Lagu Reapers, Muse. Macam kita jamming hari tu."
"Ooo album baru tu ya? Cun cun!"

Azlan terus menggoreng gitar sambil melompat dan buat gaya macam Matt Bellamy dan berlari hujung ke hujung pentas, kemudian membuat slide dengan lutut sambil menggoreng di depan penonton yang dah histeria, sebelum dia bangun dan dia lompat sekali lagi.

Penonton dah naik sheikh sampai moshpit sampai ke tepi pentas, sebelum Mat Danger membuka helmetnya dan akhirnya semua orang tahu yang Mat Danger ni Azlan Muhammad Niat, Pengerusi MKKP.

Semua orang teruja dan menjerit nama Azlan. Azlan senyum, sebelum membuat bow sebagai tanda terima kasih kepada peminat mereka sejak mereka di bangku sekolah lagi.

"Aku dah cakap dah, Mat Danger ni Azlan!"
"Peeehhh 35 tahun dorang ni simpan identiti Mat Danger ni! Akhirnyaaaa!"
"Azlan! Azlan! Azlan! Azlan!"

Jugra dari tepi stage tergamam melihat aura ayahnya yang lain macam.

Azlan memanggil Jugra untuk ke stage.

"Awak, daddy awak panggil awak tu."
"Ish, segan la."
"Pergi je lah."
"Gila betul daddy ni. Ingat umur dia masih 20an lagi ke apa?"

Mili terus menolak Jugra ke stage. Menyebabkan Jugra terpinga-pinga.

Azlan kemudian capai mikrofon.

"He is my son, Jugra Azlan! Follow him on Twitter, Instagram! Cheers!"

"Daddy?"

Azlan memeluk bahu Jugra sambil melambai tangan ke arah penonton yang sudah melompat gembira.

"I love you Azlan!" jerit seorang perempuan yang buka bra dalam kalangan penonton.

Azlan tutup matanya, kemudian tutup mata anaknya, sambil berjalan ke belakang menuju ke backstage.

"Adeh, adeh, damage kaki aku," kata Azlan.
"Weh, you ni dah level uncle, tau tak?" Jessica cekak pinggang.
"Tapi perform power kan?" tanya Azlan.
"Bukan power, tu gila namanya. Matt Bellamy pun fikir dua kali kalau umur dia dah macam umur you ni Alan!"
"Alright, guys! Aku kena balik dulu. Sorry geng, aku ada kerja lain lepas ni. Thank you korang semua!"

Ahli kumpulan Digital Tribe berpelukan dan bersalaman sebelum Azlan berlari menuju ke parking belakang untuk menaiki keretanya, untuk menghadiri sebuah majlis.

"Satu-satunya politician Gelanggayu yang bertaraf rock star," kata Joni, drummer gantian Digital Tribe, kemudian Jessica, Art Ardan, Jugra dan Mili semua mengangguk tanda bersetuju.

--

"Oh my God, Jugra! Daddy is trending in Gelanggayu!" kata Rachel yang kejar Jugra dan Mili di belakang stage.

"Peh, 1.2 million people talking about him kat Twitter..." kata Jugra.

"And still tengah naik. Cuba tengok berapa orang retweet tweet I ni.

cleorachel : IT'S OFFICIAL! MAT DANGER IS @AzlanNiat! #AzlanIsMatDanger

"Fvcking hell, dah 20k setengah jam lepas. Daddy ni Rajinikanth ke apa?"

"Mili pun takkan capai ke tahap macam tu. Gila lah!"
"I told you, our daddy is the coolest dad ever!" kata Rachel pada Jugra.
"Belum pernah ada perempuan sanggup bukak bra depan aku, tapi bapak aku dah nak dekat 50 tahun tu pun ada lagi. Perempuan muda pulak tu."
"Seriously? Oh my God, I gotta tell mom! Yes, memang daddy ni awesome gila!"

"Our daddy?" Mili bertanya seorang diri.

Mili tahu, dulu Jugra kejar sangat pada Rachel. Tapi tiba-tiba dia rasa Jugra dah tak nak kejar lagi Rachel, sebaliknya mereka berdua macam melayan sesama sendiri macam dia layan Alif. Macam adik beradik.

Mili rasa pelik, sebab banyak kali Rachel tekankan yang Azlan tu 'daddy' dia. Bukan ke nama dia Nurul Hilda Cleo Rachel binti Luqman?

Dari jauh, Iman Alyssa nampak Jugra bersama Rachel dan Mili, dan dia merasakan dua orang ni menjadi batu penghalangnya untuk mendekati Jugra.

--

Dalam kereta Jessica, Mili cuba memikirkan balik semua perbualan Rachel dan Jugra. Bukan sahaja perbualan di Urbanscapes, tapi sebelum-sebelum ini.

Dia dapat melihat ada satu perbezaan dari mula-mula Jugra kenal Rachel, dengan bila sekarang ni. Jugra sekarang panggil Rachel, "woi" je. Berbanding dulu I-you. Cuma mungkin Rachel masih I-you, sebab cara brought up Rachel yang kebaratan.

Kemudian dia teringat yang dia pernah terbaca tulisan FB teori konspirasi yang Nurul Rachel ni anak kepada Azlan, bukan Luqman.

Tulisan itu mengaitkan penglibatan ayah Azlan, Muhammad Niat dalam kegiatan Masonik, bersama Jeneral Yahya dan ayah Natasha, Datuk Abdullah.

Teori konspirasi yang Azlan ini Dajjal sementara Natasha pula seorang Lucifer.

Tapi baru setengah jam, post tu sudah dipadamkan. Dan tukang post tu terus masuk penjara.

Walaupun tulisan tu tak sempat nak viral, Mili sempat membacanya.

"Entah-entah, Uncle Alan muka dia sentiasa muda tu, sebab dia amalkan ritual minum darah budak-budak macam dalam teori konspirasi pasal Freemason tu kot? Uncle Alan ni, Freemason ke?"

"Kenapa, Mili?" tanya Jessica.
"Tak, Mili pernah terbaca satu tulisan yang mengaitkan Azlan dengan Rachel. Dia cakap Azlan ni Dajjal, Aunty Nat tu Lucifer, melahirkan anak yang evil. Buktinya, Nurul Rachel ni mengkhayalkan manusia dengan aurat. Lepas tu, dia cakap Uncle Alan ni Freemason."
"Hish, benda merepek apa kau baca ni? Total nonsense!" kata Jessica.

Art Ardan yang tengah drive, terus tergelak.

"Hisap batu sambil tulis tu," kata Art Ardan sambil bagi signal belok ke kanan.

Jessica tahu, pasal kebenaran Nurul Rachel. Tapi sengaja Jessica cakap macam tu, sebab tak nak orang ramai tahu cerita sebenar.

Mili masih tak berpuas hati. Mungkin part Freemason, Lucifer, Dajjal tu berlebihan, dari Mili cuma nak fokuskan kepada soalan, adakah Rachel tu anak kepada Azlan?

Mili sebenarnya mulai faham, konflik sebenar antara keluarganya dengan Azlan. Mili faham sebenarnya mamanya bukan macam tu pada awalnya.

Dalam keluarga sebelah Pak Wan, mereka sesama sepupu ada puak-puak tertentu. Sepupu ni tak ngam dengan sepupu tu. Makcik ni tak suka makcik tu. Persaingan dalam keluarga tu macam keluarga diraja juga, cuma lebih kecil.

Disebabkan Alif selalu dipulau, dan Mili selalu dibuli oleh sepupu, kalau cuti balik kampung, macam raya, atau apa-apa majlis, mereka berdua berkubu di perpustakaan atoknya.

Mamanya dulu cakap perlahan, tapi sejak papanya jadi kaya raya, perangainya mula berubah. Suara nak tinggi je.

Dia rasa Pak Wan dia yang menukarkan mamanya jadi jahat.

Ada banyak purba Melayu dalam tulisan Jawi yang dia tak faham nak baca di perpustakaan atoknya. Maklumlah, dia masuk sekolah je, dah perang saudara. Lepas tu kerajaan republik tak kasi ajar tulisan Jawi, kerana dianggap subversif pada era awal Republik dulu.

Hanya selepas Azlan jadi Pengerusi MKKP sahaja, tulisan jawi dibenarkan, azan dibenarkan, siaran agama dibenarkan kembali.

Walaupun macam mana mat rock sekalipun Azlan, orang kampung semua puja Azlan macam dia ni penyelamat bangsa dan agama. Sebab tu Azlan tak kisah untuk perform untuk Digital Tribe, dan dia pulun habis main gitar gaya macam orang muda.

Mili perhatikan semua ini sebab dia mula berminat dalam politik. Masa malam pilihanraya, dia baru faham istilah-istilah basic pilihanraya macam 'majoriti', 'undi rosak', '2/3 majoriti', dan 'kerajaan tergantung'.

Dan baru dia faham, kenapa Iman Alyssa betul-betul nak kejar Jugra. Ayahnya, Azizan, dari Parti Demokrat, parti yang dah kalah teruk kemudian takde duit. Azlan, dari Parti Nasionalis, parti yang sekarang ni jadi fanboy Azlan. Siapa fanboy Azlan, confirm masuk parti dia.

"Tak boleh jadi ni! Must double down effort!" Mili bermonolog dalaman.

--

"Mama Mer, daddy mana?" tanya Jugra sambil melihat Merlina sedang santai pegang remote control tengok TV. Julia pula sedang baca novel Harry Potter, hadiah yang Jessica belikan untuk dia.

"Ada meeting."

Jugra capai baklava di piring Merlina.

"Mama Mer, daddy tu minum darah budak ke, tenaga dia lain macam je? Jugra ada terbaca teori konspirasi."
"Ada kau nampak daddy kau bawak mayat budak tak?" tanya Merlina.
"Bodoh gila teori konspirasi tu."
"Tu mak si Mili la tu. Dah gila meroyan kejarkan daddy kau!"
"Hah? Kenapa sampai macam tu?"
"Ada sebab kenapa bapak dorang gaduh dengan daddy kau. Panjang cerita."
"Tapi nampak daddy macam dah okay sikit dengan papa Mili?" tanya Jugra.
"Hmm, payah betul nak terangkan konflik keluarga aristokrat ni. Nantilah, aku nak tengok TV pun tak senang. Hah! Hah! Berdesup kau Cristiano Ronaldo!"

Jugra kecewa sebab tak ada jawapan yang menjawab persoalannya, naik ke tangga dan ke biliknya.

"Cis, budak ni main makan je space baklava aku! Mampos aku, budak bawah umur stoned! Matilanak! Lantak kau la! Makan tak tanya lagi."

--

Kementerian Komunikasi dan Multimedia hari ini memandang serius gejala online dating dari laman web seperti Ashley Madison dan Tinder, yang dikatakan menggalakkan hubungan maksiat yang membimbangkan.

Kenyataan Mufti Gelanggayu, Haji Syaaban Ramadhan mengatakan bahawa laman sosial online dating adalah haram di sisi agama Islam, disamping berlaku gejala kurang sihat seperti seks bawah umur dan pelacuran juga agak membimbangkan.

--

Azlan

Hari ini aku bertemu dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Azrul Daud (Nasionalis) dan Mufti Gelanggayu bertaraf Menteri, Haji Syaaban (Demokrat) di 3 Jalan Cendana.

Aku rasa adalah perlu untuk kita ada kawalan terhadap internet. Supaya apabila 5G siap nanti, kita ada 'lebuhraya maklumat yang laju tetapi tidak disalahgunakan'.

Antara yang aku bincangkan dengan Azrul ialah tentang firewall bagi memastikan laman web yang merosakkan akhlak generasi muda tidak akan sampai di Gelanggayu. Dalam masa sama aku tak nak lah jadikan budak-budak ni bosan.

Antaranya ialah aku akan ban laman sosial online dating seperti Tinder dan Ashley Madison. Laman web lucah dan yang bersifat ganas juga aku akan sekat.

Beberapa laman web pro geng huruf-huruf juga aku akan sekat, serta mana-mana content yang melampaui batas dan memecahbelahkan masyarakat, serta melanggar tatasusila agama dan budaya negara ini juga aku akan halang.

Aku juga melihat demografi Gelanggayu ini juga, sementara belum membimbangkan seperti Kwantong, Ryukyu, Goryeo Selatan, Taipei-Formosa, Suvarnabhumi dan Temasik, aku mahu meningkatkan generasi muda di negara ini.

Sebab untuk apa aku invest billion ringgit untuk Khidmat Negara kalau orang muda makin sikit?

Jadi aku minta buah fikiran Haji Syaaban bagaimana untuk menggalakkan orang muda untuk berkahwin awal dan beranak lebih awal dan lebih ramai supaya ekonomi Gelanggayu makmur di masa depan.

Haji Syaaban berkata, antara punca utama mengapa orang muda takut nak berkahwin, ialah kerana faktor wang hantaran yang tinggi yang dikenakan oleh ibu bapa.

Lalu aku bertanya, adakah wang hantaran ini selari dengan ajaran Islam? Maka jawapannya ialah hanya mahar, dan mahar ada dua iaitu mahar muqaddam dan mahar mu'akhar, iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

Memandangkan aku pun ada masa yang pendek, aku nak benda yang mudah untuk tarik orang muda kahwin awal, dan polisi yang buat orang muda suka dan sokong aku.

Ha, datang dah akal bergeliga aku!

Aku terus call Ustaz Bakar.

"Ustaz, kalau kita buat tabung untuk orang muda kahwin awal, okay tak? Takde salahnya kan? Bagus, bagus. Baiklah, nak confirmkan je, terima kasih, Ustaz."

Aku mencadangkan dalam manifesto referendum Perkara 5 nanti, setiap negeri akan diperuntukkan tabung untuk dana perkahwinan orang muda. Dan setiap negeri akan bergantung kepada keadaan ekonomi wilayah masing-masing.

Aku tak nak la semua benda kerajaan pusat kena fikir. Benda macam ni biarlah kerajaan negeri yang luluskan kalau referendum tu menang nanti.

Haji Syaaban terbeliak mata bila dengar idea aku.

"Tuan Pengerusi, idea ni sangat bagus!"

"Kalau orang susah nak kahwin sebab duit, kerajaan bantu."

Lepas tu kalau beranak lebih dari tiga orang, kita akan bagi pengecualian cukai kepada mereka yang ada anak di bawah 5 tahun. Lepas tu pelepasan cukai yuran taska, tadika dan pusat asuhan. Cukai GST dikecualikan ke atas barangan bayi, susu formula, perabot dan sebagainya. Dengan cara ni kita boleh naikkan populasi.

Dengan cara ni aku boleh pastikan Gelanggayu ada 150 juta penduduk menjelang 2050, jadi dari segi keselamatan, negara kita akan jadi kuat memandangkan generasi pertama PLKN sejak 2004, mereka yang lahir tahun 1986.

Tahun 2050 mereka 66 tahun. Tapi bawah mereka (kecuali 2007-2010 kerana perang saudara) semuanya menerima latihan senjata di kem Khidmat Negara.

Maknanya mereka tahu menggunakan senjata jika ada musuh menyerang negara ini.

Menjelang 2050 aku berusia 81 tahun. Aku mungkin dah tak ada, atau terlalu tua untuk memerintah. Masa ni, Jugra akan memimpin negara ini dengan warganegara yang kuat.

Aku ada perancangan untuk dia bila dia masuk ke Latihan Khidmat Negara tahun hadapan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro