
2017 part 7
Setiap sekali minggu, Azlan pasti cuba untuk melawat Hafiz. Walaupun dia sibuk menguruskan negara, tetapi dia cuba untuk meluangkan masa untuk menemani sahabatnya yang sedang mendepani hari-hari akhirnya itu.
"Hafiz!"
"Azlan! Pengawal, tolong beritahu pada chef, sediakan minum petang."
"Baik, tuan Presiden."
"Buat teh cukup la. Kuih tak payah. Isteri aku buat baklava untuk kau," kata Azlan sambil membawa kotak yang berisi kuih tradisional Turki yang kini menjadi kegemaran isterinya tu.
"Baik, Tuan Pengerusi."
"Isteri kau buat ni? Banyak masa dia?" tanya Hafiz.
"Work from home. Boring-boring dia buat la kuih ni. Sejak dia balik dari Istanbul, dia bukan main suka benda ni. Sampai aku kena import seguni kacang pistachio sebab dia. Zaman dah teknologi canggih, tak lama lagi kita semua kerja kat rumah je. Kau sendiri jugak yang cakap ni kat aku masa kat universiti dulu."
Hafiz mengangguk kemudian tersenyum.
"Kau sentiasa beruntung bila pasal perempuan ni, Azlan," kata Hafiz.
Azlan buka kotak yang berisi baklava tu, kemudian pengawal Presiden tuang air teh kepada cawan mereka berdua.
Azlan kemudian menghulurkan sebatang joint kepada Hafiz.
"Selalu sangat kau bagi aku ni, Lan?"
"Ala, benda kalau ada kita kongsi."
Hafiz membakar joint itu, dan menghembus asap ke udara.
"Huihhhh! Dia punya padu diaaaa..."
"Nama baka daun ni, Jedi's Death Star. Masa aku dari Madrid nak ke Gelanggayu, private jet aku singgah ke Amsterdam. Aku cuba biakkan species ni kat rumah aku."
"Kau tanam sendiri kat dalam rumah? Jahat betul kau ni," kata Hafiz.
Azlan ketawa.
"Habis tu, Presiden Republik hisap ganja, macam mana pulak?"
"Hahaha, semua orang tahu alamat 2 Jalan Cendana lebih berkuasa daripada Bukit Istana sekarang."
"Yang lebih berkuasa sebenarnya..." Azlan tunjuk jari ke atas, merujuk kepada Tuhan.
"Eh, baklava ni pun ada barang rahsia jugak ke?"
"Anything that make you happy, bro."
Hafiz tersenyum, kemudian dia termenung jauh.
"Kalaulah aku tak jatuh cinta dengan Adilah dulu, aku bercinta je dengan Hidayah. Ikut je cakap mak aku dulu, takde aku jadi macam ni."
"Nak jadi sebab, Fiz. Aku pun, kalau la tak bawak tunang kau ke hotel masa malam tu, perkara ni takkan berlaku."
"Semua yang berlaku ada sebab musababnya."
"Exactly, my friend," Azlan capai sekeping lagi baklava.
Azlan seluk walletnya, kemudian dia hulurkan business card Tapau pada Hafiz.
"Ni business card Alif. Aku nak kau simpan ni," kata Azlan.
Hafiz pandang kad tu, kemudian dia tersenyum, sebelum dia menangis.
"Alan, thank you sebab kau tolong Alif. Walaupun Alif dan Mili tu bukan darah daging aku, tapi aku anggap mereka ni macam anak aku sendiri. Aku rasa aku macam tak berguna untuk mereka berdua..."
"Aduh, hisap ganja pun nak menangis. Kau paranoid ke apa? Nak potong ke? Nak potong aku suruh pegawai kau suruh dapur buat air limau."
"Thank you, Alan. Thank you for helping them."
--
Perasmian PergiMana, app untuk pelancongan dan Tapau, app untuk penghantaran makanan dilancarkan di pejabatnya di Teknojaya.
Alif tersenyum-senyum berdiri di sebelah Merlina, sambil melihat dirinya yang baru berusia 17 tahun, dah ada syarikat sendiri.
Lagu Hang Pi Mana dari kumpulan Khalifah, yang dimainkan dalam iklan PergiMana di televisyen, dimainkan semasa merasmikan logo kedua-dua syarikat.
"Alif, lepas ni tak payah pergi sekolah lagi la. Kau dah kaya gila kot. Orang lain kena belajar masuk universiti untuk dapat sijil untuk dapat kerja, kau tak payah masuk universiti pun dah ada syarikat," kata Jugra.
"Kau pun sama, bapak kau confirm la dah tentukan kau dapat job apa nanti."
"Aku kalau politik ni, aku tak minat la, Alif."
"Habis tu, kau minat apa?"
"Aku minat nak belajar engineering. Nak jadi engineer F1."
"Silap-silap bapak kau dah copkan kau kerusi parlimen."
"Aku tolak kot. Bagi kat Rachel ke?"
"Rachel? Kenapa Rachel pulak?"
"Err..."
"Majlis mempersilakan Perdana Menteri, Natasha Abdullah untuk menyampaikan ucapan."
"Sebab mak dia Perdana Menteri!" kata Jugra. Alif mengangguk saja pendapat Jugra tu.
--
Dalam majlis itu, ketika Jugra sedang rilek-rilek makan samosa kambing sambil minum jus mangga, tiba-tiba Iman Alyssa datang ke mejanya.
"Hi Jugra!"
"Oh, Iman Adalah Mutiara."
"Hah? Kenapa saya ni mutiara?"
"Ala, kan dulu ada lagu nasyid. Iman adalaaahhh...mutiaraaaa...di dalam hati manusiaaaa...."
"Oooh, lagu tu macam dah lama je kan? Kita belum lahir lagi lagu tu dah famous. Awak tak nak duduk dengan family saya? Tu papa saya," kata Iman Alyssa sambil melambaikan tangannya pada Azizan yang sedang mendengar ucapan Natasha.
"Takpelah, segan lah. Lagipun kejap lagi Alif nak duduk dengan saya."
"Okaylah. Jugra."
"Ya?"
"Sudi tak awak temankan saya pergi Urbanscapes Sabtu depan?"
"Urbanscapes? Awak ni hipster ke?"
"Taklah, saya bukan hipster. Sebab hipster sejati takkan mengaku diri dia hipster. Datanglah, ada Mew, Space Gambus Experiment, ada Troye Sivan. Okay?"
"Yeah, okay."
Iman Alyssa pun picit pipi Jugra, dan Jugra rasa pelik.
--
"Kimi, kau nak jumpa orang tu malam ni ke?" tanya Pak Wan Radzi.
"Ya, Pak Wan. Pak Wan ikutlah sekali."
"Dila dengan Jimmy tak payah ikut?"
"Baru nak berurusan, tak payahlah. Nanti bila kapal sampai, barulah dorang bersiap. Kapalnya pun lagi dua minggu baru sampai sini."
"Okay, aku ikut kau."
Jip Pajero dipandu oleh Kimi, dengan Pak Wan Radzi duduk di belakang. Kimi memandu dengan perlahan, menghala ke Pelabuhan Melaut.
Sampai di lintasan kereta api, Kimi berhenti. Kemudian dia kunci pintu kereta supaya dua-dua tak boleh keluar.
"Kenapa kau berhenti tengah laluan keretapi ni, Kimi? Kau dah gila ke?" kata Pak Wan Radzi.
"Ya, Pak Wan. Saya dah gila. Tapi Pak Wan lagi gila. Marilah kita akhiri kegilaan ni malam ni."
"Kimi! Kau jangan buat gila! Dalam poket aku ada pistol ni!"
"Kalau macam tu, tembak je saya. Hidup saya pun bukannya ada maknanya lagi."
"Kimi! Aku warning kau ni! Jangan cari pasal dengan aku, aku ni..."
Bunyi amaran untuk pagar kereta api tutup mula berbunyi. Pagar kereta api mula ditutup.
"Kimi! Jalan la, bodoh! Kalau kau nak mampos, kau mampos sorang-sorang!"
"Kita mati bersama malam ni, Pak Wan."
"Kimi!"
Bunyi kereta api semakin menghampiri Pajero itu.
"Sial, kau pun bersama dorang jugak! Jahanam!" Pak Wan Radzi terus keluarkan pistol dan tembak kepala Kimi.
Tetapi dalam masa sama kereta api pun terus melanggar Pajero itu dan Pak Wan Radzi pun menemui ajalnya di situ.
--
Azlan
Astaghfirullah al azim, Kimi. Bukan macam ni yang aku suruh kau buat. Aku tak tahu la dah berapa banyak sangat dadah yang kau hisap, sampai kau dah tak boleh function.
Aku suruh kau bunuh Wan Radzi, bukan dengan kau sekali pergi bunuh diri.
Entah apa yang aku kena jawab dengan Leonardo ni. Nampaknya aku kena cancel deal aku dengan Brazil ni. Menyusahkan orang betul.
Aku suruh media massa supaya tak melaporkan siapa yang mati dalam kereta tu, dan aku suruh polis tutup je kes ni.
Mujur keretapi tu keretapi angkut barang, bukan penumpang. Cuma banyaklah gantirugi yang perlu dibayar sebab si sial ni.
Nak marah pun tak guna, dah mati pun.
Buat masa ini, perkhidmatan kereta api ke Kuala Melaut dan Teluk Tenang dihentikan disebabkan kerosakan teruk pada trek kereta api ni.
Tak apalah, alang-alang nak bina trek kereta api elektrik baru tu, tutup lah sekali.
"Lan, we're in big trouble," kata Merlina yang tiba-tiba pegang phone dan tunjukkan kat aku.
Cerita dia Jugra dan band dia, Electric Emotion lancarkan single terbaru kat Youtube. Lepas tu masa dorang rakam tu, ada orang cam helmet Mat Danger berada di tepi meja Jugra.
Ini honest mistake Jugra, tapi aku nak dia jawab tentang perkara ni.
"Hello? Jugra kat mana? Datang sini, daddy nak cakap something."
--
"Alamak, mampos la aku! Confirm daddy marah aku!" kata Jugra.
"Kenapa pulak nak marah? You tak buat salah pun," kata Rachel.
"Ni, kau nampak ni. Helmet Mat Danger ni dia punya. Kalau orang tau dia Mat Danger, dia mesti marah aku punya lah!"
"Takpe, biar I jadi peguambela you macam Aunty Marina jadi peguambela daddy!"
Muka Jugra dah pucat lesi bila nampak muka ayahnya dah tegak semacam.
"Rachel, go."
"But I want to explain..."
"I want to talk with Jugra..."
"But daddy! It was me who shoot the camera, bukan Jugra!"
Jugra jeling ke arah Rachel.
"Mana Jugra dapat helmet biru ni?" tanya Azlan.
"Jumpa kat rumah Rachel."
"Tau tak siapa Mat Danger ni?"
"Daddy."
"Sekarang ni orang dah start cakap pasal Mat Danger kat internet pasal video ni. Macam mana aku nak jawab?" tanya Azlan.
"Daddy, mengaku je lah daddy ni Mat Danger! Apa susah sangat pun?" kata Rachel.
"Entah, aku sokong pandangan Rachel dalam hal ni. Apa kau nak malu, benda ni cool gila kot," kata Merlina.
"Aku ni Pengerusi MKKP. Takkan orang nak terima yang aku ni Mat Danger main muzik rock tu?"
"Alah, biar je lah. Apa kata kau buat je Digital Tribe Reunion ni, main kat Urbanscapes. Jap, aku call event manager dia," Merlina terus tekan pada telefon pintarnya.
"Satu kerja pulak aku kena perform main gitar kat konsert pulak," Azlan menggaru kepalanya.
--
Ketika Joe Kambing sedang tenang menyediakan chicken chop untuk pelanggannya, dia terkejut tiba-tiba ada kereta hitam dengan dua motor polis parking kat depan warungnya.
"VIP mana pulak nak makan kat restoran cikai aku ni," Joe Kambing menggarukan kepala.
Azlan keluar dari kereta.
"Alamak, Pengerusi Azlan! Dah kenapa dia nak makan kat tempat aku ni?"
Orang ramai yang sedang makan terus datang dan berkerumun untuk bergambar dan melihat dengan lebih dekat wajah Pengerusi yang mereka sanjungi.
Kelihatan Joe Kambing seperti tersengih tapi kaget tak tahu nak respon apa.
"Joe, apa cerita kau sekarang?" kata Azlan.
"Tuan Pengerusi kenal Joe Kambing ke?" tanya salah seorang pelanggan.
"Apa pulak tak kenal, ni member lama satu band ni, dulu! Apa khabar, Joe?"
"Khabar baik, Tuan Pengerusi."
"Eh tak payah Pengerusi la, panggil Alan je, macam dulu. Aku ada benda nak bincang ni," kata Azlan.
"Sebelum tu, bagi saya siapkan order orang dulu, boleh? Karang hangus pulak makanan dorang ni."
"Silakan."
"Tuan, err, Alan..nak order ke?"
"Bagi aku french fries dengan kopi o."
--
"Ada apa ni, Tuan?"
"Kau ni, asyik panggil aku tuan je. Aku kan kawan kau. Panggil aku Alan je."
"Ye la dulu kau kan perangai kau lain sikit. Cam sombong sikit."
Azlan ketawa.
"Itu dulu masa sekolah."
"Ada apa, Lan?"
"Abu Kidal, Jamal, Acap apa cerita?"
"Jamal dah meninggal bro, kena bom perang saudara dulu. Abu Kidal ada lagi, main busking kat medan selera PR Bukit Pagar."
"Acap?"
"Entahlah bro. Dia kerja tukar-tukar. Dah kahwin, cerai. Kerja dengan aku, ponteng kerja. Sekarang ni dia kerja kat recycling centre. Umur dah tua macam tu angkat berat-berat macam tu, aku tak rasa lama tu."
"Aku cadang nak buat Digital Tribe Reunion. Dekat Urbanscapes ni nanti."
"Digital Tribe Reunion? Mana kitorang nak ada tempat main jamming lagi dah. Zaman sekarang orang dah tak buat business studio jamming lagi dah."
"Rumah aku."
"Rumah kau ada studio jamming? Eh, mestilah, kau Pengerusi MKKP."
"Kau on tak?"
"Eh, on la Lan! Cuma aku risau pulak aku nak melompat lebih-lebih ni. Aku ni baru baik sakit gout ni."
Azlan tepuk bahu Joe Kambing.
"Jaga diri, bro. Kau panggil semua orang, nanti orang aku datang ambik kau."
"Terima kasih, Lan. Kau tak lupakan kitorang walaupun Acap perangai dia macam tu."
"Brothers will be brothers, bro. Pasal drummer, aku panggil budak aku je lah ganti arwah Jamal."
"Baik, bro."
"Berapa ringgit ni?"
"Eh takpe, takpe. Aku belanja."
Joe Kambing tersenyum, tapi rasa malu dengan Azlan, mengenangkan betapa jauhnya beza nasib anggota Digital Tribe sejak berpecah dulu.
--
Azlan
Alhamdulillah, sejak aku suruh Din Tapa selesaikan masalah haiwan perosak macam lipas dan tikus di bandaraya Wijayapura ni, masalah ni makin berkurangan.
Operasi yang dijalankan Dewan Bandaraya Wijayapura dan Majlis Perbandaran Puncak Jaya ni nampaknya begitu berkesan.
Kalau peniaga yang tak jaga kebersihan, denda yang berat akan menanti.
Hisap rokok kat tempat awam, denda RG2,000. Buang sampah merata-rata, denda RG2,000. Ludah merata-rata, denda RG1,500. Makan dalam TAM atau TAR, denda RG1,000. Kencing merata, denda RG3,000. Buang sampah dari kereta, RG2,000.
Kalau tak bayar, nama kena blacklist. Nak renew roadtax pun tak boleh. Nak buat loan bank pun tak boleh. Nak keluar negara pun tak boleh.
Memang aku mengikut contoh Lim Kuan Yau di Temasik dalam bab kebersihan ni supaya Wijayapura ni bersih.
Tahun lepas je DBW dah pungut denda sebanyak RG300 juta. Tahun ni nampak kurang sikit, mengikut rekod yang aku dapat dari Din Tapa, dalam RG25 juta je.
Orang Asia ni memang kena terapkan nilai-nilai disiplin, baru boleh kekalkan social order.
Tetapi yang paling penting adalah pendidikan. Aku percaya untuk menjadikan rakyat berdisiplin, ia harus diterapkan dari bangku sekolah.
Setiap hujung bulan, semua pelajar sekolah diwajibkan membersihkan sekolah dan persekitarannya. Setiap bulan juga, semua penghuni PPR diwajibkan adakan program gotong-royong di kawasan masing-masing.
Dalam Parlimen, Bukit Henderson mengkritik aku kerana mengamalkan sikap authoritarian serta meletakkan denda yang tinggi yang membebankan rakyat.
Jawapan aku dalam Parlimen, mudah je. Kalau tak nak kena denda, jangan buat sampah. Eh, bapak dia pun berasal dari Temasik, yang dah amalkan undang-undang macam ni sejak 1968, kenapa Wijayapura tak boleh buat pulak?
Asal nak gain political brownies je, semua pun dia sebat.
--
Aku kemudiannya ke Pelabuhan Tanjung Kapur untuk melihat pelabuhan yang lebih besar sedang dibina.
Pelabuhan yang lama boleh kendalikan dalam 15 juta TEU, yang baru ni kita bina dengan lebih besar iaitu dengan 37 juta TEU, lebih dua kali ganda besarnya.
Cuma peringkat pertama akan siap pada tahun 2019, dengan kemampuan kendalian 15 juta TEU, dan selebihnya akan siap pada tahun 2024.
Pelabuhan yang lama ni nanti masih lagi digunakan, cuma Pelabuhan Tanjung Kapur ni jadi pelabuhan yang lebih besar sebab dah bina benteng laut bagi menghalang air laut masuk ke dalam Wijayapura.
Walaupun belum berlaku lagi, baik buat persediaan awal sebelum perubahan iklim ni menyebabkan kenaikan aras laut nanti.
Ketika aku melalui jalan di Tanjung Kapur, ingatan aku terlintas kepada Hanis, yang telah lama meninggal dunia akibat tragedi yang lama dulu. Tapi aku tak ada kesempatan, maka lain kali sahaja aku akan melawat kuburnya.
--
Sempena lawatan aku ke provinsi Ketil, aku melawat sawah padi di Kampung Seroja, Alor Sembilang.
Ketua kampungnya berkata, masalah utama ialah masalah tikus yang berleluasa di kawasan padi ni.
Aku sebenarnya dah tahu perangai Lias ni - dia kutip tikus-tikus kat Wijayapura tu, kemudian dia sebar kat kampung-kampung. Sebab dia ada syarikat pest control.
Tapi memandangkan benda tu boleh mendatangkan keuntungan, dan menjana ekonomi, maka aku biarkan benda tu berlaku.
Dan aku tau dia yang sebarkan tikus kat Kampung Bacang sampai abang aku Aziz komplen dengan aku, memandangkan ramai penduduk mengadu dengan dia tentang masalah kebanjiran tikus di kawasan tu.
Tapi takpelah, baguslah dia buat macam tu. Dia lepaskan tikus kat situ, lepas tu dia lepaskan ular, last sekali dia lepaskan burung hantu atau burung helang untuk habiskan ular tu.
Kata Lias, cara ni cara yang tradisional yang dia buat dari datuk dia kat kampung. Cuma style dia ialah dia import tikus ke tempat lain. Dia yang cetuskan masalah, dia sendiri yang selesaikan masalah tu untuk keuntungan.
Apa-apa hal biar Lias je yang selesaikan masalah ni. Pandai-pandai la budak ni buat duit tepi.
--
"Apasal banyak sangat tikus ni?" Adilah jadi takut.
"Entah, masa mula-mula takde pulak banyak macam ni."
"Ni mesti ada orang lepaskan tikus!" kata Adilah.
"Kimi dengan Pak Wan ni kata nak jumpa orang yang boleh lepaskan kita, dari semalam tak balik-balik lagi! Jangan-jangan dorang dah lari!" kata Jimmy.
"You jangan nak syak wasangka kat my father dengan my nephew, Jimmy!"
"Habis tu you syak wasangka dengan Jabbar?"
"Ye lah, dia tak datang! Mana dorang ni!"
"Jabbar pun satu, dah lapar ni..."
"Eiiii tikus ni!"
Dalam kelaparan dan ketakutan, Adilah dan Jimmy menanti Kimi, Pak Wan Radzi dan Tan Sri Jabbar yang tak muncul-muncul.
--
"Mili, kenapa awak monyok ni?" tanya Jugra.
"Saya risau dengan mama saya. Dah berapa bulan tak ada khabar berita pun. Entah makan ke tidak dia tu."
"Mama awak pun satu. Dia buat salah yang memang cari pasal."
"Saya tahu lah! Cuba kalau mommy awak kena benda yang sama?"
"Mommy saya dah meninggal sebab kena racun! Mama awak yang rancang!"
"Awak ada bukti ke nak cakap macam tu?"
"Mili, tak payah nak nafikan apa yang mama awak dah buat! Awak jangan nak tegakkan benang yang basah."
Mili menangis dan merajuk.
"Ah, chinggey! Main sentimen pulak!" jerit Jugra dengan perasaan marah.
--
Balik dari sekolah, Jugra terus duduk di kerusi rotan sebelah swimming pool. Azlan sedang membaca fail-fail kerajaan di tempat kegemarannya.
"Letih betul memikir pasal perempuan!" kata Jugra.
"Dah kenapa pulak kau ni?" tanya Azlan.
"Mili tu! Tiba-tiba je merajuk! Dia cakap dia risau dengan mama dia, lepas tu dia tiba-tiba marahkan Jugra."
Azlan tarik nafas, kemudian dia lepaskan nafas panjang.
"Daddy akan cuba selesaikan benda tu, nanti daddy cakap pada Mili. Cuma, apa yang mama Mili buat tu, susah nak dimaafkan. Kita cakap tentang Uncle Ali. Kita cakap tentang hal negara," kata Azlan.
"Dah la, malas betul nak memikir hal chinggey ni! Jugra nak main game kejap! Stress!" kata Jugra.
Azlan geleng kepala melihat perangai anak bujangnya yang sudah remaja.
"Baru fikir soal makwe, dah stress. Belum lagi fikir masalah negara lagi," kata Azlan, ketawa.
--
Jugra sedang sedap main game Call of Duty, tiba-tiba dia dapat satu panggilan telefon.
"Siapa pulak ni?"
Jugra angkat telefon.
"Hello?"
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumsalam..."
Fuh, suara gadis. Lembut pulak tu.
"Siapa ni?"
"Hi, I'm Aysha. Remember me?"
"Palestinian ambassador?"
"That's my father, I'm his daughter."
"Yeah, yeah. Sorry..."
"That's okay. So, are you free tomorrow? My mother is opening her new restaurant here in Jalan Ros Merah in Wijayapura. Would you like to come?"
"Tomorrow at when?"
"Lunch hour."
"Alright, thank you Aysha."
"You're welcome."
Jugra terfikir nak bawa Mili, tapi Mili tengah perang dingin dengan dia.
"Patut ke aku pergi sorang je? Gadis ni, gadisssss!" kata Jugra bermonolog seorang diri.
Dia mundar mandir sambil berfikir apakah dia patut ke restoran milik duta Palestin itu seorang diri, atau dia ajak Mili.
"Curang ni melanggar prinsipal hidup aku ni. Tapi Aysha ni gadissss. Eh tak boleh, tak boleh. Aku kena kekal berprinsip. Mommy ajar aku kena setia. Tapi, Mili ni pun ada perangai yang menjengkelkan. Ah, pening laaaa ada makwe ni. Kenapalah aku nak kena ada makwe ni, jadi single kan best! Tak payah fikir benda yang sebegini berat!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro