Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2017 part 4

Dulu Adilah sentiasa memakai baju-baju yang mahal-mahal, wangian import Eropah, dan sentiasa keluar di majalah atau akhbar.

Hari ini, dengan baju lusuh, rambut pun dah tak sikat, muka pun comot, pakai kain batik pun koyak-koyak, makan pun tak cukup.

Macam mana dalam masa 12, 13 tahun, segalanya telah berubah? Kimi tak boleh nak faham. Paling dia tak faham, macam mana ex girlfriend dia Merlina kahwin dengan Azlan?

Masa berhenti di restoran sebelum sampai ke sini, Kimi makan bersama Tan Sri Jabbar, Kimi tengok TV, dan tengok bekas kekasihnya, Merlina di kaca TV, bersama anaknya dalam segmen Gelanggayu Hari Ini, bercakap tentang produk Ayamas.

Dia nampak nama Merlina Hashim, kemudian di bawah namanya tertulis Isteri Pengerusi MKKP, dan anaknya, Aidil Fitrah Julia Azlan, duta Ayamas.

Dia nampak Merlina seperti bahagia dengan Azlan, tidak seperti masa bersama dia dulu.

Keadaan dah jauh berubah berbanding kali terakhir dia berada di luar penjara. Dia dengar muzik zaman sekarang pun dia rasa dia dah sakit telinga.

Dia dengar lagu Ismail Izzani, dia rasa seperti dia lost idea apa yang best lagu ni. Mungkin generasi muda suka la, tapi untuk orang yang dah masuk penjara 12 tahun, tiba-tiba keluar, tentulah dia rasa pelik atas semua benda.

Tan Sri Jabbar kata padanya, dia hanya dapat tiket flight ke Rio lepas dia bunuh Pak Wan Radzi masa dalam kereta.

Dan bila dia tengok Aunty Dila duduk di rumah buruk yang takde elektrik serta hidup dalam daif dan ketakutan, dia tak boleh nak fikir semua ni boleh berlaku.

"Kita kena cari jalan, macam mana nak lepas dari sini. Kalau tak, kita terus terperangkap," kata Tengku Ahmad sambil makan nasi.

"Kimi, maafkan aunty sebab tak dapat nak keluarkan Kimi dari penjara. Semuanya sebab Hafiz tu khianat kita semua."
"Takpe, aunty Dila. Mujur Tan Sri Jabbar lepaskan."
"Kau ada lubang macam mana nak lari dari sini, Kimi?" tanya Tengku Ahmad.
"Ada, cuma nak jumpa dia tu, tak tau lagi, bila."
"Kita dapat je keluar dari sini, aku nak jumpa pakcik sedara aku yang jauh, Tengku Hisham nama dia. Lepas tu, aku nak jumpa Danish, Dania, untuk sign dokumen harta keluarga aku yang ada kat tangan Norman. Aku akan ugut dorang untuk sign. Hanya dengan cara tu, aku boleh dapatkan harta keluarga al-Daulah, dan aku boleh jatuhkan dia," kata Tengku Ahmad.

--

Azlan

Aku ke Perth untuk bertemu dengan Tengku Danish dan Tengku Dania. Kali ni aku nak uruskan urusan aku yang tak selesai dengan keluarga al-Daulah.

Sebagai janji aku sebagai wakil kerajaan republik, aku berjanji yang keluarga waris al-Daulah akan dilindungi oleh kerajaan, kecuali jika dia terlibat untuk menganggu gugat ketenteraman awam serta cuba menggulingkan kerajaan.

Dengan ini, maka keluarga al-Daulah secara rasminya akan menyerah kalah kepada kerajaan republik yang dipimpin oleh aku. Bahagian harta untuk keluarga al-Daulah juga seperti rumah dan kediaman mereka di Bukit Istana juga adalah menjadi milik mereka.

Cuma harta yang melibatkan aset negara tu aku akan masih pegang.

Selepas ini aku perlu ke Barbados, dan bertemu dengan pemimpin Barbados Labour Party, Mia Mottley, yang menjadi ketua pembangkang di sini.

Aku dapat contact ni dari Hafiz, yang ada connection dari semua parti politik di Barbados.

Kenapa aku tak contact kerajaan sekarang? Sebab menurut maklumat yang aku terima, kerajaan yang sekarang ni bakal kalah, jadi baik aku deal dengan ketua pembangkang, supaya bila dia menang nanti, confirm dia jadi Perdana Menteri.

Tujuannya, aku nak dia tutup Melaut Report yang melaporkan berita-berita buruk tentang Gelanggayu. Memang la makcik kampung dan pakcik kedai kopi tak baca, tapi ia melibatkan business and trade community around the world.

Sejak jatuhnya Adilah dan Jimmy dan terperap mendap di rumah tinggal tepi sawit di Melaut, Melaut Report memang dah tak ada duit nak bayar gaji pekerja. Elok melingkup je lah.

Tujuan kedua, ialah aku nak ajar sikit dengan Putera Charles yang aku ni siapa. Hari tu, masa MI6 bawa aku bincang dengan wakil dia dari Clarence House, wakil dia kata yang dia kata ini semua 'rubbish' untuk biarkan aset-aset dan segala maklumat perisikan MI6 kepada Sayap Kuning.

Dia masih budak kecik lagi masa Sayap Kuning selamatkan Britain dari plot Soviet nak bom London dari kena bom nuklear. Sampai atok Mili dapat Sir.

Tak serik orang putih ni kena game dengan Melayu Gelanggayu. Tahun 1981 Jeneral Yahya dengan pakar ekonomi bernama Khalid Ibrahim buat Serangan Subuh, beli semua syarikat perladangan British yang masih ada di Gelanggayu macam Guthrie dengan Sime Darby.

Masa merdeka dulu, Yahya cerita dengan aku, yang dia ugut menteri kabinet untuk sebar gambar bogel dia dengan skandal, untuk dapat kemerdekaan.

Baca buku ilmu Sayap Kuning ni, banyak pulak rahsia-rahsia kabel-kabel ni.

Aku nak fund Mia Mottley ni untuk buat movement republikanisme, buat referendum untuk declare Barbados jadi republik, sekaligus bebas dari keluarga Windsor.

Sekarang ni, Barbados masih mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai Ratu Barbados. Pendek cerita, Barbados ni adalah naungan Commonwealth of Realms, negara berdaulat tapi mengiktiraf Ratu atau Raja England sebagai ketua negara.

Sedangkan pilihanraya Amerika Syarikat yang ada 150 juta pengundi tu pun aku atur bagi Trump menang, Gelanggayu yang ada 40 juta pengundi tu pun aku boleh main pecah-pecah undi sampai aku jadi Pengerusi MKKP, inikan lagi Barbados yang ada 250,000 orang ni je. Yang ni nanti aku bagi test kat Mili dulu lah sebelum dia nak jadi apprentice aku.

Dari London, aku ke Barbados. Aku bawa Mili dan ini adalah tugasan pertama aku kepada dia. Aku boleh katakan ini tryout dia lah. Kalau dia boleh pullout kerja ni, maknanya dia memang study ilmu Sayap Kuning yang power tu.

Rasa macam Emperor Palpatine pulak ada apprentice ni.

Selepas berjumpa dan dapat deal dengan Mia Mottley, aku berlepas ke New York untuk berbincang dengan JP Morgan, Goldman Sachs, Morgan Stanley dan bank-bank yang telah memberi pinjaman kepada Gelanggayu sebaik sahaja tamat perang saudara dulu.

Melihat kepada rekod Gelanggayu yang cantik dalam peningkatan ekonomi, S&P, Moody's dan Fitch mula menaikkan credit rating Gelanggayu, jadi melihat rekod cantik dari pentadbiran Natasha, maka lebih ramai pelabur akan melabur di Gelanggayu.

S&P baru-baru ni naikkan rating Gelanggayu dari BBB+ ke A-.

Natasha pun dapat untung, aku pun tak kena marah dengan akar umbi Parti Pertiwi kalau projek Amerika ni fokus di Teknojaya.

Kemudian aku ke Washington DC, dan bertemu dengan Steve Bannon, ketua strategi kepada Presiden Donald Trump.

Aku pun sembang kencang pasal retorik nasionalis populis dan dia pun suka mendengarnya. Aku tanya dia adakah dia anti Islam macam mana yang dikhabarkan oleh internet. Dia jawab, itu semua retorik untuk pengundi Evangelist.

"You know, politics aren't supposed to be straight forward, right?"

Selepas bersetuju untuk bekerjasama, dari Washington DC, aku ke Houston, Texas, dan mewakili Hafiz untuk menjual segala aset-aset yang dia ada.

Semua duit tu aku dump ke akaun fixed deposit Alif dan Mili, serta sebahagiannya aku masukkan ke akaun bank Tapau untuk Alif memulakan syarikat appnya.

Alif dan Mili sekarang kat rumah Hafiz kat Barbados, untuk jalankan projek republikanisme di sana. Bila hilang satu tanah jajahan, baru si Charles ni ada akal. Main-main lagi dengan aku.

Lepas tu aku sengaja makan brisket beef steak yang selalu Merlina tonton dalam rancangan masakan dan aku post gambar ke Merlina. Saja nak buat dia jealous.

Bila dah sampai Texas ni, aku sewa kereta, dan memandu roadtrip dari Houston, bandaraya terbesar di Texas dengan penduduk 4 juta orang, kemudian merayau ke San Antonio, yang jaraknya lebih kurang 300 kilometer.

Memang impian aku untuk roadtrip di Route 66 sejak aku kecik lagi. Tapi highway ni bukan highway yang itu, yang ini namanya Interstate 10.

Jadilah daripada tak pernah langsung. Dengan memandu kereta Ford Mustang 1968 convertible, aku pasang lagu band classic rock yang popular zaman aku besar Julia dulu, band dari Houston, ZZ Top.

Aku pakai Rayban Aviator, dan biarkan rambut aku berkibaran ditiup angin sambil memandu.

Ada la masa kat traffic light, dua tiga orang awek Latino usha aku masa aku tengah memandu. Aku cuma senyum je bila mereka melambai kat aku, kemudian aku tunjuk cincin kahwin aku.

Mereka kata 'awww' kemudian roll balik cermin kereta.

Sorry, girls. Kalau zaman aku muda dulu aku on je. Sekarang, tak boleh dah. Ada je mata yang akan memerhati ni.

Entah kenapa aku rasa macam ayah aku duduk di sebelah aku, dan tersenyum sambil layan lagu ZZ Top ni. Masa aku kecik dulu, dia selalu bawak aku naik kereta sambil dengar lagu classic rock.

Jadi dengan membawa kereta Mustang classic ni, sambil dengar classic rock, dan memandu di highway Amerika, childhood dreams aku dah tercapai.

Sepanjang aku menjadi Pengerusi MKKP tiga tahun ni, ini pertama kali aku ambik cuti. Walaupun aku bercuti, aku masih lagi mengambil tahu apa yang terjadi di Gelanggayu.

Aku tiba di The Alamo, iaitu sebuah kubu pertahanan missionary Roman Katolik Sepanyol, tempat pemberontak Texas berkubu menentang penjajahan Mexico.

Dengan masih pakai suit, aku kemudian bergambar dengan duduk di hood kereta.

Kemudian aku hantar gambar ke Merlina. Merlina terus call aku.

"Cibai! Kau jangan macam-macam kat sana!"
"Amacam, macam Steve McQueen tak?"
"Merembeslah hormon anak-anak dara, janda, bini orang dan nenek orang bila tengok gambar kau ni, Alan. Kejap, aku edit gambar ni punya hue and saturation kejap, lepas tu aku buat profile picture Twitter, FB dengan Instagram."
"Kau memang steady, Mer."
"Dengan gambar ni, kau dah kunci 70% pengundi wanita. Apasal kau ni makin lama makin nampak muda? Kau ni Benjamin Button ke?"
"Haha, got to go."
"Enjoy your roadtrip. Have fun, but not too much. Ingat, kau dah ada bini dengan anak kat sini."
"Ye lah. Aku sayang kau la, bongok."

Kehadiran aku ke Texas ni sebenarnya ada banyak perkara aku nak buat. Pertamanya aku nak selesaikan penjualan aset harta-harta Hafiz untuk modal Alif. Aku dah selesai.

Kemudian aku dapat tahu yang George Friedman tinggal di Austin, Texas. Peter Zeihan pun tinggal di Austin, tapi sedang prepare nak cari pengkalan baru di Colorado. Memandangkan Peter sama baya dengan aku, dan George ni baya macam ibu, aku jumpa Peter dulu.

Peter sedang sibuk menyiapkan buku terbarunya, The Absent Superpower, iaitu bagaimana keadaan geopolitik dunia selepas Amerika kembali ke era isolationist selepas ini. Aku ada buku pertamanya, iaitu Accidental Superpower, iaitu bagaimana Amerika Syarikat menjadi kuasa dunia.

Peter berpendapat Gelanggayu dan negara-negara lain di Asia Tenggara bakal menerima limpahan modal dari banyak syarikat yang mahu lari dari kejatuhan Kwantong pada masa akan datang. Kenapa?

Sebab polisi One Child Policy Parti Komunis Kwantong akan mengakibatkan demografi negara itu menjadi semakin menua dengan cepat.

Selain itu, yuan Kwantong sebenarnya telah dimanipulasi nilainya dan dicetak empat kali ganda lebih banyak daripada dolar Amerika, tetapi 90% dari wang itu hanya berada di Kwantong.

Itu sebab mereka ada banyak projek bandar metropolis yang tak ada penduduk sebab polisi Parti Komunis Kwantong membina projek bukan untuk tujuan ekonomi tapi lebih kepada politik.

Ketiga, Kwantong hanya menjadi ekonomi kedua terbesar dunia apabila Amerika Syarikat melabur di negara itu sejak Richard Nixon berjumpa dengan Mao Zedong pada tahun 1972, kerana Mao bersetuju untuk tidak bersekutu dengan Soviet Union.

Aku tahu perkara ni sebab kawan baik Pengetua, Henry Kissinger yang buat deal ni dengan contact Pengetua yang ada dengan Parti Komunis Kwantong.

Dalam erti kata lain, Peter berpendapat bahawa Kwantong bakal jatuh dan berpecah-belah dalam kancah krisis paling buruk.

Selain itu Peter berpendapat jika Argentina dan Turki dapat menstabilkan ekonominya, mereka akan jadi kuasa besar, selain Amerika Syarikat dan Perancis, yang akan menjajah koloninya di Afrika.

Gelanggayu dan negara-negara rantau Pentas Sunda bersama Australia pula akan menerima limpahan daripada kejatuhan Kwantong.

Memang susah nak bayangkan sekarang, tapi bila supervirus tu merebak nanti, seluruh dunia akan mula mempertikai tindakan Kwantong.

Dengan George pula, dia lebih bercakap tentang kitaran ekonomi, bahawa setiap 80 tahun, ekonomi akan berkitar dari kekayaan ke krisis, dan setiap 50 tahun ada kitaran teknologi baru.

George memberi contoh pada tahun 1820, berlakunya Revolusi Industri apabila enjin stim mula dicipta. 1870 pula apabila elektrik tercipta. 1920 adalah zaman automobil dan teknologi enjin yang menggunakan bahan bakar fosil, dan 1970 pula adalah mikrochip dan semiconductor.

Aku memberi pendapat yang tahun 2020, industri kesihatan akan melonjak naik, memandangkan Peter pun kata demografi dunia bakal merosot akibat manusia kurang melahirkan anak, maka masyarakat semakin menua.

Dan George rasa dia faham sebab apa tiga tahun lepas aku memberitahu CIA tentang rancangan Kwantong menyebarkan supervirus ini.

Perbincangan George dan Peter di Austin memberi aku sedikit input bagaimana keadaan geopolitik semasa, dan bagaimana Gelanggayu sebagai sebuah negara bakal mencapai kekuatan dan kekayaan yang belum pernah dicapai oleh bangsa ini sejak Raja Gautama mendirikan kerajaan di Wijayapura seribu tahun yang lepas.

--

Esoknya, aku pulang ke Houston, naik private jet aku kembali, menuju ke Madrid, dan bertemu dengan Donita.

"Buenos dias, Uncle Alan!"

Donita nak berpeluk, tapi aku hanya selesa untuk bersalaman. Aku tahu mungkin ada mata yang memerhati.

"Okay, dah tak wild macam dulu lagi. Shake hands?" kata Donita.
"Yang tu okay."

--

"I saw your new Instagram profile picture dengan Mustang. Kat mana tu?" tanya Donita.
"San Antonio, Texas."
"Settlekan semua harta Hafiz?"
"That was at Houston. Lepas tu roadtrip ke San Antonio. Then ada some work to do in Austin."

Donita tersenyum je bila pandang aku. Macam ada perasaan berbunga-bunga. Gigit bibir pulak tu dia ni.

"Kenapa?"
"I don't know, but Hafiz was trying so hard to copy you, but he will never able to replicate your style."
"I know. Dia sendiri mengaku pasal tu."
"So, ni semua dokumen harta Hafiz. Sorry, I dah terpakai around $5 million. Anggap je la tu bayaran ganti rugi mental I jadi teruk sebab mission you ni," kata Donita sambil menghulurkan segala dokumen kepada aku.
"Aku tau sangat perangai kau ni. Hmm, takpelah, aku nak kena cepat balik ni."

Aku terus bangun dari kerusi. Donita terus capai tangan aku, tarik tangan aku, kemudian terus cuba cium aku, tapi aku menolak dan menepis tangan aku. Aku pasti akan ada mata yang memerhatikan aku.

"No, Donita. Damn, it was weird. Cium kawan Jessica."
"Sorry, I tak boleh resist la tengok gambar profile picture you tu."
"See you, Donita."

Sial lah! Pakkal je aku kenangkan si Merlina, kalau zaman aku muda ni, memang dah jalan ke bilik hotel dengan minah ni. Tapi mengenangkan macam mana karier politik Hafiz ni jatuh disebabkan chinggey bernama Donita ni, tak memasal, tak payah!

Power, money, great car and great suit, memang magnet wanita.

--

"Aduh bro Fazrul! Kalau jadi hantu galah ke, toyol ke, takpe lagi. Ni jadi orang minyak ni, takut orang kampung pelangkung saya je," kata Lias.

"Toyol tak boleh, Lias. Badan kau besar macam Kane. Kalau kecik macam bro Kecik je, Joni ke, boleh la. Tu pun kau kena botak," kata Fazrul.

"Ala rilek la, Lias. Aku jadi pocong, takde hal pun," kata Joni sambil minum kopi o.

"Lagipun kalau kau jadi orang minyak, dalam gelap mana orang cam muka kau," kata Fazrul.

"Takde cara lain ke nak psiko dia?" tanya Lias kepada mereka berdua.

"Kau ni tak sporting la, Lias. Kau tengok Joni, rilek je jadi hantu pocong malam Jumaat," kata Fazrul.

"Jadi lain la. Saya geli la minyak hitam ni."
"Alaaaa ye la ye la. Jap, aku fikir jap," kata Fazrul.

Lama jugak dia termenung hantu apa yang sesuai untuk Lias ni.

"Jadi hantu langsuir la," kata Joni.
"Tak sesuai. Dia badan besar," kata Fazrul.
"Alaaa, Joni! Kau ingat tak dulu hantu gemuk yang kau jumpa masa kita tanam mangsa perang dulu tu?" kata Lias.
"Tu gemuk obese, Lias. Kau ni okay lagi," kata Joni sambil kunyah karipap.
"Hantu tentera Ryukyu la," kata Lias.
"Haah, macam cerita P. Ramlee tu!" kata Joni.
"Kau reti bahasa Ryukyu?" tanya Fazrul.
"Tau sikit-sikit je la. Saya suka cerita One Piece," kata Lias.
"Tak boleh, tak boleh, tak boleh. Adilah fasih bahasa Ryukyu. Takut kantoi je nanti," kata Fazrul.
"Jin tanah la," kata Lias.
"Mahal la nak design costume. Alaaaa kalau kau tak nak aku cari orang lain je la," kata Fazrul.
"Okay, okay, orang minyak," kata Lias memandangkan Fazrul offer nak bayar kat Joni.

Fazrul bayar sedap untuk kerja bodoh macam ni.

"Haaa, malam ni kau pergi jadi orang minyak kat rumah dia."

--

Malam itu, Lias mandi minyak hitam dan kemudiannya berjalan menuju ke rumah itu. Ketika berjalan ke arah rumah itu, dia nampak Kimi sedang ambik angin di luar.

"Alamak! Salah orang la pulak!"
"Woi orang minyak!" jerit Kimi, kemudian dia capai kayu dan mengejar Lias.
"Alamak, mampos aku! Mampos!"

--

"Sedap lagu ni, band apa kau dengar ni?" tanya Fazrul sambil tarik bong.
"Ni band Jugra."
"Jugra anak Pengerusi Azlan? Dia main lagu punk jugak ke?"
"Dia lebih ke metal dulu. Ada dark satanic of infinite darkness. Tapi sekarang sejak dia berkawan dengan tauke char kuey teow tu, dia mula ke arah punk rock. Ni lagu cover ni."
"Lagu band mana?"
"Band Australia. The Chats. Jugra tu kan cenderung ke arah sana."
"Ye lah, masa sekolah rendah kan dia sekolah sana. Laaa, lagu ni pasal hisap rokok je rupanya," kata Fazrul.

Kelam kabut Lias mencicit lari menuju ke kereta.

"Apahal pulak Lias tu?"

Dia nampak Lias kena kejar dengan seorang lelaki yang bawa kayu dan mengejarnya sekuat hati.

"Nasib baik kau tak kunci, Joni! Bawak cepat!" kata Lias.

Lekas-lekas Joni memecut kereta dan meninggalkan rumah itu.

"Aduhhh, jahanam seat belakang kereta aku!" kata Fazrul.
"Hah! Jangan nak merungut. Ni idea bro Fazrul jugak ni," kata Lias yang badannya penuh dengan minyak.
"Kau duduk tepi sikit! Kotor gak seat aku ni."
"Nak berhenti mana ni, bro Fazrul?" tanya Joni.
"Tu, stesen minyak Petrogayu kat simpang tu!"

Mereka berhenti di stesen minyak itu dan Joni terus menuju ke adik manis yang jaga kaunter.

"Dik, isi full ya. Tangki 3," kata Joni.

Tiba-tiba Lias keluar dari kereta, dan adik manis jaga kaunter menjerit histeria.

"Orang minyaaaaakkk! Orang minyaaaaaakkk! Tolonggggg!"

"Aik, at least bagi tank full macam brader hari tu. Ni blah macam tu je?" kata Joni geleng kepala.

--

"Ni semua bro Fazrul punya idea. Aduhh kena kejar pulak dengan orang," kata Lias yang baru selesai mandi thinner untuk hilangkan minyak hitam di badan.

"Idea ni tak berapa nak menjadi la, bro Fazrul. Mana idea gila-gila bro Fazrul macam dajal si tua dulu tu," kata Joni pula.

"Ala, tabur baja taik ayam tu dah boring dah, Joni. Buat masa sekarang, kita balik Wijayapura dulu, lepas tu fikirkan apa trick yang kena buat. Lagipun, kan kita tak nak dorang tau yang Pengerusi Azlan dah tau dorang ada kat situ. Kita kena pakai trick yang berlainan," kata Fazrul.

"Haaa, bro Fazrul kan in charge imigresen!" kata Joni.
"Apa idea kau?"

Joni berbisik pada Fazrul.

"Ish, melampau sangat idea kau tu."
"Come on la bro Fazrul! Tak NWO la macam ni!" kata Joni.
"Kau jangan. Walau macam mana pun, dia tu mak kepada Mili. Mili tu bakal kahwin dengan Jugra. Kau nak mampos kalau kantoi benda ni?" kata Fazrul.
"Apa idea dia, bro Fazrul?" tanya Lias.
"Ada ke patut suruh hantar Bangla ramai-ramai gangbang dia. Aku tak rasa Pengerusi Azlan setuju. Kita dajal tu janganlah sampai camtu."
"Saya ada idea lagi bernas," kata Lias.
"Apa dia?"
"Tikus kalau membiak berapa lama nak bagi ramai?"
"Jap, aku Google."

Fazrul google dan mendapati tikus boleh membiak sebanyak 1,250 ekor dalam masa satu bulan.

"Tikus ni makan apa?" tanya Joni.
"Tu, buah sawit."
"Nanti orang kampung sini marah sebab banyak tikus?" tanya Fazrul kepada Lias.
"Alaaa, tu nanti sub la kat kitorang. Kitorang kan ada business pest control. Bagi la kontrak kat kitorang," kata Lias, ketawa.
"Celaka betul kau ni. Nak buat duit tepi rupanya. Tapi Adilah ni penggeli sikit bab makhluk berbulu ni. Kucing pun dia takut," kata Fazrul.
"Cantik!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro