
2017 part 14
Keputusan referendum 2017 Gelanggayu
Soalan: Adakah anda menyokong untuk Perkara 5 Perlembagaan Gelanggayu, iaitu hak-hak negeri dalam Persekutuan Gelanggayu dikembalikan?
Jumlah pengundi: 37,466,569
Ya Untuk Persekutuan: 26,301,531 (70.2%)
Tidak Untuk Perkara 5: 11,164,037
(29.7%)
Undi rosak: 1,001 (0.1%)
Suasana di 2 Jalan Cendana meriah dengan parti-parti provinsi kerana perjuangan mereka untuk mengembalikan semula Dewan Negeri telah berjaya. Satu relik dari zaman Sultan Norman akhirnya berjaya dipadamkan.
Tetapi Azlan hanya duduk, dan menonton televisyen melihat keputusan. Para wartawan semuanya berpusu-pusu di depan rumah Azlan untuk memberi respon.
Pemimpin-pemimpin parti kecil semuanya ke depan untuk bercakap depan kamera siaran langsung.
Sedang semua orang dalam parti-parti yang menyokong Perkara 5 sedang bergembira, Azlan sedang menganalisis kawasan-kawasan yang menyokong Tidak. Antaranya ialah Bukit Henderson, Teknojaya dan kawasan-kawasan kubu kuat Parti Republikan.
Dia terus call Shahril.
"Shahril, time to move. Do what I told you."
"Baik, Pengerusi."
Tujuan Azlan buat begini ialah untuk memastikan 11 juta orang yang masih menyokong Tidak ini berpecah kepada dua.
Shahril, yang memainkan peranan sebagai peniup seruling untuk mengeluarkan ular-ular liberal ini dalam Parti Republikan, umum keluar parti Nasionalis beberapa jam selepas keputusan penuh dikeluarkan, dan menubuhkan Parti Ikatan Demokratik Gelanggayu atau nama Inggerisnya Gelanggayu United Democratic Alliance (GUDA).
Bagaimanapun, Akta Lompat Parti menghalang ahli parlimen dari melompat, sebaliknya perlu meletakkan jawatan. Proses ini akan dirancang dengan Shahril sebelum parlimen dibubarkan.
Next PRU, Natasha dah tak bertanding lagi memandangkan dia dah jadi Perdana Menteri selama dua penggal, tempoh yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Republik yang baru.
"Alan, wartawan cari kau tu," kata Merlina.
"Kejap lagi aku datang. Suruh dorang interview parti-parti kecik ni dulu. Aku nak buat kerja matematik kejap."
Azlan menaiki tangga, dan kemudian ke pejabatnya.
Dia menganalisis keputusan pilihan raya, dan mengenalpasti kawasan-kawasan parlimen yang dianggap sebagai 'hitam' untuk ditewaskan.
Azlan bertindak seperti pemerintah imperialis British, menukar sempadan kawasan parlimen, membahagi dua kawasan-kawasan yang pro kepadanya, dan menghimpitkan kawasan yang anti dengannya dengan kawasan 50-50 atau tipis.
Selain itu, dia juga mendraf penggubalan Akta Pilihanraya 1948, yang menghalang dana luar diberikan kepada parti-parti politik, untuk menghalang geng-geng Henderson bubble daripada dapat duit George Soros atau badan-badan luar.
Ini je sebenarnya tujuan Azlan adakan referendum ni, selain untuk memberi parti-parti kecil yang terdiri daripada bekas Ahli Dewan Negeri sebelum 2003 dulu untuk 'cari makan'.
Tapi grand strategy Azlan sebenarnya adalah satu - untuk total dominance. Dengan melakukan penukaran sempadan atau dikenali dalam istilah politik sebagai gerrymandering, kelompok parti yang menyokongnya akan dijamin menang.
Dan rancangan Azlan ialah Parti Nasionalis-Pertiwi bertanding cuma 90 kerusi sahaja. Parti Demokrat, Parti Republikan dan parti-parti kecil yang lain akan bertanding dengan angka yang lebih kecil.
Dengan cara ini, parti-parti kecil ini akan setia dengan grand coalition MKKP Azlan, dan pilihanraya akan datang, kalau yang lawan mereka cuma GUDA, parti pembangkang yang dia sendiri tubuhkan, akan banyak wujud kerusi yang menang tanpa bertanding.
Dalam erti kata lain, dia mahu parti pembangkang 'membangkang dengan mengikut perintahnya'.
"Segalanya dah selesai. Jalankan semua rancangan kita."
"Baik, Pengerusi."
--
Satu demi satu cawangan dan bahagian Parti Republikan dibubarkan, dan menyertai GUDA. Natasha merasakan partinya semakin mengecil kerana akar umbinya menentangnya.
Kenderaan beliau tiba di 2 Jalan Cendana, untuk menghantar surat perletakan jawatan, sekaligus menjadikan Azlan sebagai Perdana Menteri yang baru.
Azlan sudah jangka yang Natasha mahu melepaskan jawatan dari awal lagi, jadi dia sudah bersedia.
Natasha tiba di pintu pejabatnya, dan masuk menghadap. Dia meletakkan surat perletakan jawatannya.
Azlan tidak membuka sampul surat itu, sebaliknya menolak kembali sampul surat itu ke Natasha.
"My party has lost the referendum, therefore I want to resign. There's a lot of party members resigning. Cawangan parti pun dah banyak ditutup."
"I refused," kata Azlan.
"What do you mean?"
Mony melompat ke peha Azlan, dan Azlan membelai-belai kucingnya di atas ribanya. Seperti Vito Corleone, dia membelai kucingnya, sebelum dia serahkan kepada Murad.
"I veto your decision to resign."
"You cannot veto my decision to resign!"
"Yes I can. Baca balik terms MKKP tu. Ada point I tulis pasal perletakan jawatan dan perlantikan, semua terletak di tangan Pengerusi."
"Why don't you je jadi Perdana Menteri?"
"Because I have a better plan."
"You tak boleh buat macam ni, Azlan! I'm not your slave! We are not your slaves!"
"You tak baca terms and conditions masa you sign dulu tu betul-betul, dan tu bukan salah I. Dalam perjanjian dengan semua wakil parti, you included - I ada cakap, setiap perlantikan dan perletakan jawatan harus diluluskan oleh Pengerusi MKKP. Therefore, I veto you from resigning. You kena jadi PM until parlimen dibubarkan."
"Why?"
"I tak nak lantik seorang Theresa May yang hanya menguruskan kucar-kacir. I want you to handle this government until the end of your term. Get it?"
"You nak buat apa lagi? 30 of Parti Republikan MPs dah letak jawatan dan join GUDA."
"Biarkan mereka mampos. Mereka nak sokong GUDA, mereka perlu bertanding semula. Karier politik mereka akan mati," kata Azlan.
"What?"
"They will die. Therefore, don't join them to commit political suicide. I nak you bersara dengan aman dan tenang, sebagai seorang negarawan, not just another forgettable Prime Minister. Ini untuk legacy you jugak."
Azlan keluarkan lighter Zippo dari laci mejanya, kemudian dia bakar surat perletakan jawatan Natasha.
"Kurang dari dua tahun je sebelum term you tamat. Tak lama pun. Bagi masa Rahman untuk siap sedia."
"You nak bagi Rahman? Habis tu, you nak jadi Presiden?"
"Nope. I don't want to be anything inside the Constitution."
Natasha tak faham apa pelan dan strategi Azlan. Tapi dia mula dapat menghidu apa yang Azlan mahu.
"Azlan, this is unconstitutional."
"I know. Tapi dalam Constitution yang orang tua ni design pun, ada loophole dia."
Dalam Perlembagaan Republik Gelanggayu yang baru, jawatan Presiden dan Perdana Menteri Gelanggayu dihadkan kepada 2 penggal seperti di Amerika Syarikat.
Bermakna kalau Hafiz nak bertanding lagi, kalau dia tak sakit, dia boleh lagi bertanding satu penggal.
Tetapi tidak ada peruntukan untuk mengehadkan jawatan Pengerusi MKKP ini, kerana jawatan ini dicipta khas oleh Azlan untuk dirinya.
Jadi dia boleh pegang kuasa ini seberapa lama yang dia suka, asalkan dia menjadi pemimpin Parti Nasionalis sebagai kerusi terbesar dalam Parlimen.
Dengan Parti Demokrat yang berhutang banyak dengan Azlan, parti-parti kecil yang bergantung kepada duitnya, dan Parti Republikan yang semakin mengecil, parti-parti ini cuma jadi parti komponen kepada MKKP sahaja.
"This is why I'm afraid with the way you handle power, but tak apalah, lepas ni, I nak retired for good."
"You handle GLC Kencana Consortium, Nat. You're still part of this."
"Why are you doing this? Azlan?"
"If I didn't do this, somebody else who can see this loophole can do this."
"You're a deceving, manipulative Machiavellian!"
"I take it as a compliment," kata Azlan.
Natasha berjalan keluar ke arah pintu pejabat Azlan, kemudian menoleh ke arah Azlan.
"Mana pergi Azlan yang I pernah cinta dulu? This is more heartbreaking than been dumped," kata Natasha.
"Sebab you tak pernah kena dumped, sebab tu you cakap macam tu," kata Azlan.
"Anggaplah I tak pernah bercinta dengan you, Azlan. I bercinta dengan Azlan yang dulu, before he knows the taste of unlimited power on his hands!"
Natasha terus keluar dari 2 Jalan Cendana, sambil melihat bagaimana Azlan dengan kuku besinya, mencengkam dan membunuh demokrasi.
"Like always, it will be me to save you. Daripada dulu lagi. One day you will thank me for this," kata Azlan, sambil meneliti draf persempadanan semula yang dilakukan oleh pegawai-pegawai SPR yang diketuai Muhammad Amin.
--
Sukan Asia Tenggara 2017 dilangsungkan di Stadium Nasional Puncak Jaya dalam upacara pembukaan yang gilang gemilang.
Lebih 80,000 orang penonton menyaksikan upacara pembukaan tersebut.
Sebagai pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio, Nurul Hilda Cleo Rachel akan diberikan penghormatan sebagai pemegang bendera untuk Gelanggayu.
"Fuyoo, pegang bendera!" kata Jugra dari tepi.
"Diam lah, Jugra! I ketuk kepala you dengan tiang bendera ni karang. Dah la berat!"
"Weh, kau kawan dengan Nurul Rachel ke?" tanya Khalis, di sebelah Jugra.
"Hari-hari aku lepak rumah dia, dia lepak rumah aku."
"Peeeehhh! Kasi kenal la dengan aku!"
"Khalis, Rachel ni lesbian."
"Ah, kau saja je nak cockblock aku. Kau dah ada awek. Kasi la aku kenal dia."
"Jangan, karang sia-sia je kau kena reject. Baik kau try awek lain."
"Camni member, ada kenal awek cantik tak nak kenal..."
Jugra hanya senyum sahaja sambil menanti untuk masuk ke stadium dalam upacara perbarisan para atlet.
"Dipersilakan, atlet dari Gelanggayu! Ladies and gentleman, athletes from Gelanggayu!"
Sorakan meriah dari 80,000 orang dalam stadium sebaik sahaja Rachel masuk membawa bendera Gelanggayu.
Dari atas, Natasha melambai bendera kecil Gelanggayu sambil tersenyum bangga, anaknya membawa bendera negara ke acara Sukan Asia Tenggara.
Azlan di belakangnya, tersenyum bangga sambil bertepuk tangan.
"Semua diminta berdiri untuk menyanyikan lagu kebangsaan Republik Gelanggayu!"
Mari kita rakyat Gelanggayu
Sama-sama kita bersatu
Cita-cita bangsa yang maju
Bersatu Gelanggayu
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!
Presiden Republik, Hafiz Samsudin mengisytiharkan pembukaan Sukan Asia Tenggara, dengan seluruh stadium boo kepada Hafiz.
"Bini kau pengkhianat!"
"Gay boy!"
"Hafiz masuk acara lawan pedang!"
Azlan cuma menggeleng-gelengkan kepalanya, dan menghantar teks kepada Jeneral Firdaus.
"Dot, beruk jantan dan ular kat kebun bacang."
"Baik, Pengerusi."
--
Ketika Tan Sri Jabbar sedang tenang menonton acara pembukaan di TV seorang diri, seorang lelaki memasuki ruang tamunya, dan mencucuk racun Viper X di belakangnya, sebelum menjerutnya dengan wayar.
Tan Sri Jabbar menggelupur sampai dia menghembuskan nafas terakhirnya.
Sementara itu, di Kampung Bacang, 5 orang Unit Komando, diarahkan oleh Jeneral Firdaus, untuk membunuh Jimmy.
Melalui pintu belakang dapur, mereka memecah masuk dan mencari di mana Jimmy dan Adilah.
Jimmy tersedar, dan capai pisau di sebelah bantalnya.
"Azlan hantar kau kan, lahanat! Mati kau!"
Adilah yang tidur di sebelahnya, terbangun.
"Jimmy, siapa tu?"
Bunyi dua das tembakan tepat di dahi dan dada menembusi tubuh Jimmy.
Adilah menjerit terkejut.
"Jimmy! Jimmy! Jimmyyyyyy! Jangan tinggalkan I!"
"Puan Adilah, ikut kami ke berek tentera untuk soal siasat."
"Kenapa kau bunuh Jimmy? Kenapa? Kami dah tak ada apa-apa lagi nak dilawankan lagi!"
"Komando, ikat tangannya dengan cable tie."
"Baik, tuan."
"Baik kau bunuh je aku! Bunuh je akuuuuu! Bangsaaaaatttt!"
--
Adilah ditahan di dalam sel lokap Balai Polis Ulu Melaut. Keadaan lokap yang simennya retak-retak, dan air yang berkarat.
Adilah menangis seorang diri. Jimmy yang menemaninya, walaupun suka rampas nasi bungkusnya pun dah ditembak mati.
Kini dia seorang diri, dan dia tahu bila dia dibicarakan nanti, dia pasti akan didapati bersalah walau macam mana sekalipun dia cuba bertahan. Sebab hakim-hakim di Gelanggayu pun di dalam tapak tangan Azlan.
Dia dah tak mampu lagi untuk melawan Azlan. Azlan kini sudah jadi terlalu kuat untuk mana-mana ahli politik untuk dilawan. Baik kehakiman, baik legislatif, baik eksekutif, baik ketenteraan, semuanya di bawahnya.
Kalau Azlan kata ya, seluruh jentera kerajaan akan cakap ya. Dia jadi lebih kuat daripada mana-mana Sultan dari keluarga al-Daulah, dan Sultan-Sultan itu hanya mampu bermimpi sahaja untuk mendapatkan ketaatan dan kesetiaan bukan sahaja dari jentera kerajaan, bahkan rakyat macam Azlan ada sekarang.
Kedinginan dinding dan simen lokap menemani Adilah, yang kini hanya mampu menangis kerana kini dia keseorangan.
--
Fazrul masuk ke dalam bilik soal siasat Balai Polis Ulu Melaut dan ketawa berdekah-dekah bila nampak Adilah memakai baju banduan.
"Ha ha ha ha ha ha ho heh ho heh and I thought my jokes are funny," kata Fazrul sambil melihat Adilah yang tangannya digari dengan rambut serabai akibat hampir setahun dikurung dalam rumah puaka tu. Fazrul gelak dengan guna ayat Joker dalam filem Dark Knight.
"Faz, tolong Kak Dila..."
"Kau ingat kau comel cakap gaya macam tu kat aku? Tahun 1988 boleh la. Sekarang ni kau dah rupa macam jerangkung dalam almari. Kau ingat aku berselera ke tengok kau ni, hah?" kata Fazrul, sambil duduk dan letakkan kakinya pada meja.
"Faz, Kak Dila sanggup bagi apa saja asalkan Faz tolong Kak Dila."
"Kau nak bagi p*pek masam kau ke, jerangkung tanah? Apa je yang kau ada sekarang? Pundamauneh betul kau ni."
"Faz ada dendam dengan Kak Dila ke?"
"Oh yeah, memang aku berdendam dengan kau. Apa yang kau buat pada aku dulu, menjatuhkan maruah aku. Tapi takpe, sebab aku ni percaya pada lagu Alicia Keys. What goes around comes around, what goes up must comes down. Sekarang kau dah jatuh, dan nasib kau bergantung kepada apa yang Pengerusi arahkan pada aku."
"Faz, tolonglah Kak Dila. Kak Dila menyerah kalah. Faz dengan Azlan dah menang."
"Kau ingat aku nak terpedaya ke dengan tipu helah kau, Dila?"
"Tolonglah, Faz. Jangan apa-apakan Alif dan Mili. Itu je yang Kak Dila nak. Apa yang Kak Dila buat selama ini, adalah untuk melindungi keluarga Wan Demang, itu sahaja."
"Aku tak peduli. Semua benda, kau tunggu je lah Pengerusi Azlan yang tentukan."
--
Mili
Tuan Pengerusi beritahu aku yang mama sekarang dalam perjalanan ke penjara. Dia pujuk aku, dan berkata, 'jangan risau, everything will be alright'.
Of course aku risau. Dia mama aku. Dan Tuan Pengerusi dah berjanji untuk selamatkan mama.
Tan Sri Jabbar dan Tengku Ahmad telah mati, tinggal mama sahaja. Tapi bila aku tanya pada Pengerusi, 'mama nanti kena hukum gantung ke?', dia tak nak jawab.
Aku harap aku tak kena game dengan Tuan Pengerusi. Sebab walau macam mana sekalipun, aku tetap akan cuba selamatkan mama.
Mama, walau apa pun orang cakap, Mili tetap sayangkan mama. Mama baik-baik je di sana. Mili doakan mama dapat diselamatkan.
--
Azlan
Selepas aku dapat tahu yang Jimmy sudah mati, aku arahkan pemandu aku untuk ke Tanjung Kapur. Pada mulanya dia rasa pelik, sebab hari ini aku telah batalkan pertemuan aku dengan Duta Besar Dai Viet, membatalkan mesyuarat menteri-menteri kabinet, dan acara rasmi yang lain.
Semua orang tanya Merlina kenapa aku tiba-tiba je batalkan semua, jawapan aku cuma dua patah perkataan: urusan peribadi.
Aku tiba di tanah perkuburan tempat di mana arwah Hanis dikuburkan.
Aku tak pernah lupakan Hanis. Walaupun aku jarang bercakap tentang dia, dalam sepanjang kau baca cerita aku ini.
Dia adalah mangsa Jimmy, dan dia juga adalah mangsa kepada permainan Jeneral Yahya demi kuasa dia. She's just a pawn for this political game.
Semasa aku dalam usia remaja, dalam umur 17 tahun, ketika itu malam pilihanraya, dia datang ke sebelah aku dan mencium pipi aku di depan Natasha. Mengamuk Natasha kepada aku pada masa tu.
Dia kemudian jadi semakin rapat masa hari lahir Natasha ke-18, dan kemudiannya dua-dua bercinta secara sorok-sorok.
Dia adalah orang yang bertanggungjawab memperkenalkan aku terhadap teknologi internet, alongside dengan semua Geng Hackers.
Ketika aku sedang membaca talkin, aku dengar sebuah lagi kereta tiba di tanah perkuburan. Kemudian aku nampak Presiden Hafiz, yang menaiki kerusi roda, ditolak oleh pemandunya.
"Eh, kau ada sini jugak, Lan?" tanya Hafiz.
"Aku tak pernah lupakan Hanis, Hafiz."
"Sedih sebenarnya bila mengenangkan geng Hackers kita ni," kata Hafiz.
"Yeah. Hanis mati kebakaran dalam studio, Faiz pulak..."
"Aku minta maaf, pada semua. Aku sepatutnya halang Adilah dari awal lagi."
"Masa Faiz mati, kau dah kat dalam penjara, Hafiz. Jangan salahkan diri kau."
"Semuanya salah aku, Alan. Sebab aku terlalu mengejar cinta."
"Tak salah mengejar cinta, Hafiz. Tapi yang paling penting, mengejar cinta terhadap Pencipta kita."
"Tak sangka aku kena ceramah agama dengan seorang playboy masa remajanya."
Kami berdua ketawa, kemudian Hafiz menitiskan air matanya. Hati aku pun jadi sebak.
"Hanis ni mangsa keadaan," kata aku.
"Jimmy cakap dia yang cuba selamatkan Hanis dari sindiket pelacuran. Tapi aku baru tahu dia seorang penipu."
"Dah mati pun Jimmy tu."
"Ya, aku tau. Bini aku masuk tahanan lokap pun aku tahu," kata Hafiz. Normal la tu, dia kan seorang Presiden.
"Kau masih cintakan Adilah?"
"Mestilah. Sebab tu aku tak ceraikan dia. Tapi, aku harap sebelum aku mati nanti, dia insaflah, dan minta ampun pada aku. Bertaubatlah."
Aku nampak hari pun dah nak mendung. Aku dan Hafiz bercadang untuk mengopi di sebuah warung. Aku tahu, confirm orang kampung terkejut punya, bila Pengerusi MKKP dan Presiden Republik, mengopi di sebuah warung kampung.
Let's call it a day. Berdamailah sesama sahabat yang dah lama terputus ikatan hubungan itu.
--
Letupan bom berlaku di Manchester Arena, tempat konsert Ariana Grande berlangsung. Salman Abedi, seorang yang menyokong ISIS, telah melancarkan serangan ini, menyebabkan 23 orang termasuk dirinya mati.
1,017 orang lagi cedera dalam kejadian itu.
Aku bila Manchester kena bom ni, ia mengingatkan aku kepada diri aku sendiri semasa aku menjadi mangsa pengeboman di situ pada Euro '96 dulu.
Maka selepas mendengar kejadian tersebut, aku berlepas ke London dan bertemu dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May dan Menteri Dalam Negeri mereka, Amber Rudd.
Turut sama, aku bawa Mili sekali walaupun sebenarnya dia ada peperiksaan. Tapi disebabkan ini misi penting untuk Sayap Hitam, aku minta agar peperiksaan dia ditangguhkan.
Terdapat banyak serangan pengganas yang berlaku di Britain sejak Ali mati di London tahun lepas.
Dua bulan sebelum ni, seorang pengganas telah melanggar orang ramai di Jambatan Westminster, serta kejadian jenayah yang melibatkan tikaman menyebabkan enam orang mati dan 50 orang cedera.
Dua minggu sebelum ni, jenayah yang sama berlaku di London Bridge dan Borough Market.
Serangan juga kerap berlaku di Paris, Berlin, Brussels dan Marseille. Dalam pemikiran orang Barat ni, ini adalah serangan dari ISIS.
Tapi peningkatan ini sebenarnya datang dari mereka yang telah ba'iah kepada Ali, yang terkorban tahun lalu di London. Maka keganasan ini memuncak pada tahun 2017.
Kerajaan Theresa May sedang kelam kabut dan berdepan dengan keadaan yang sukar selepas referendum Brexit, hasil buah tangan Ali juga.
Maka kehadiran aku dan Mili ni sekadar nak mengingatkan kata-kata aku kepada MI6 tahun lepas tentang sejarah Sayap Kuning yang kini menjadi Sayap Hitam.
Kita yang ajar mereka tentang perisikan, maka mereka kena dengar cakap kita. Tanpa Sayap Kuning, MI6 pun takkan wujud. Kita adalah organisasi agensi perisikan yang dah wujud sejak 1408.
Aku dengar Theresa May nak bubarkan Parlimen, sebab nak dapatkan majoriti untuk luluskan Brexit dalam Parlimen.
Aku akan pastikan Theresa May menang, tapi dalam keadaan yang goyah. Maka dengan ini, aku melancarkan propaganda dengan menggunakan muzik ska untuk lemahkan kerajaan May.
Lagu Captain Ska berjudul She's A Liar adalah lagu yang popular. Dan menerusi orang-orang Sayap Hitam, kamilah yang mempopularkan lagu ini di Britain.
Sebab makin lemah, makin senang kena pegang. Tapi kalau kalah, susah untuk aku pegang si tua sosialis bernama Jeremy Corbyn ni. Sama macam taktik yang aku gunakan pada Natasha, aku akan gunakan kepada Theresa May.
--
"Ada something yang uncle nak beritahu Mili," bisik Azlan kepada Mili.
"Apa dia?"
"Jeneral Firdaus jumpa mama Mili di dalam sebuah rumah tinggal di Kampung Bacang, Ulu Melaut. Tengku Ahmad serang anggota kita, menyebabkan dia dibunuh. Tapi mama Mili, uncle minta agar dia tak diapa-apakan."
Azlan kemudiannya tunjuk gambar Adilah kepada Mili. Gambar Adilah kurus kering, kulit kusam, muka penuh dengan kotor, rambut kusut masai dan keguguran, memakai baju banduan berwarna oren. Dia kelihatan seperti seorang gelandangan dan penagih dadah di tepi jalan.
"Sampai macam ni jadinya pada mama," kata Mili yang terus jadi sebak.
"Uncle dah suruh pihak KDN untuk uruskan dia untuk ke hospital untuk pemeriksaan. Uncle akan pastikan bahawa mama Mili akan dapat semua haknya, termasuk hak untuk menerima perubatan. Ini janji uncle kepada Mili. Dia akan dapat makanan yang elok, tempat tinggal yang selesa dan selamat. Cuma untuk bebaskan tu, Uncle tak boleh lagi."
"Lagi?" tanya Mili.
"Ya. Uncle faham, Mili sayangkan mama Mili. And you rightly doing so. Cuma buat masa ini, uncle kena deal dulu dengan Ayam Hitam, terutamanya dengan Aunty Dayah. Pengaruh dia kuat, dan dia memang berdendam dengan mama Mili."
"Tau, kalau jumpa Kak Dayah, dia selalu kutuk mama."
"Mili janji dengan uncle, Mili jangan sedih lagi. Uncle dah tolong mama Mili dah ni, walaupun mama Mili cuba nak bunuh uncle."
Mili pandang kepada Azlan.
"What's the catch?" tanya Mili kepada Azlan.
Azlan senyum.
"Kenapa uncle senyum?" Mili tanya lagi.
"You're learning this business really fast. Memang kaulah yang bakal mewarisi kepakaran Wan Demang, memang tidak syak lagi."
"Betul lah, uncle jaga elok mama Mili, orang yang cuba bunuh uncle. Mestilah uncle ada nak sesuatu dari mama? Uncle dah dapat buku rahsia Sayap Kuning, apa lagi yang uncle nak?"
"Tak semua ilmu dibukukan, Mili. Sekarang ni, kau nampak tak apa yang aku sedang buat di UK ni?" tanya Azlan.
"Apa yang saya nampak, Uncle sedang destabilising politik UK sejak referendum Brexit."
"Dan plan Brexit tu pun, Ali yang mulakan sejak 2009."
"Berapa lama sebenarnya Uncle dan Uncle Ali dah rancang semua ni?" tanya Mili.
"Oohhh, lama dah. Tapi ibu Uncle yang banyak buat kerja terdahulu."
"Ooohh, Nek Idah. Jugra ada pernah cerita pasal dia pada Mili dulu."
--
(episod lain)
Pilihanraya UK menyaksikan Parti Konservatif pimpinan Theresa May, tidak mendapat majoriti dalam Parlimen. Sebagai parti yang terbesar dalam Parlimen, Konservatif terpaksa mendapatkan sokongan dari parti Ireland Utara, Democratic Unionist Party (DUP), untuk mencukupkan angka untuk menjadi kerajaan.
DUP adalah parti sayap kanan yang anti kepada perjanjian Good Friday Agreement yang ditandatangani oleh Perdana Menteri UK ketika itu, Tony Blair dengan Ireland serta pemimpin Sinn Fein di Ireland Utara.
Maka DUP menuntut agar Brexit dilangsungkan tanpa 'soft border' seperti Perjanjian Good Friday. Dalam Perjanjian Good Friday, sempadan negara antara Republik Ireland dan Ireland Utara tidak ada jabatan imigresen seperti Schnegen di Kesatuan Eropah.
Masa sebelum Brexit, UK dan Ireland kedua-duanya dalam Schnegen, sebab itu tidak ada checkpoint. Boleh lintas kedua-dua negara tanpa passport.
Tapi bila dah Brexit ni, ada pihak ekstrem kanan yang mahu hard border di sempadan Ireland Utara. Dan di sinilah kekalutan yang bakal berlaku dalam kerajaan ini.
Pound sterling terus melemah, menyebabkan banyak saham-saham Britain mulai jatuh. Syarikat asing terutamanya dari Kesatuan Eropah pula ramai yang keluar dari London dan berpindah ibu pejabat mereka di Dublin.
Kapal terbang Azlan tiba di Dublin dan bertemu dengan Taoiseach baru Ireland, Leo Varadkar.
Taoiseach ni adalah jawatan untuk perdana menteri kalau di Ireland, sama macam Chanselor kalau di Jerman, atau Bendahara kalau di zaman kesultanan Melayu sebelum kedatangan British.
Macam biasalah, Azlan berbincang tentang soal pelaburan dan soal perdagangan. Azlan memberitahu Taoiseach Ireland bahawa universiti-universiti di Gelanggayu berminat nak buat twinning program dengan universiti di Ireland.
Sebab Ireland ni ramai pelajar dari Gelanggayu terutamanya yang belajar dalam bidang perubatan. Azlan juga bercadang untuk membenarkan hospital swasta dari Ireland seperti Blackrock Hospital (bukan syarikat venture capitalist Blackrock, tak ada kaitan) di Wijayapura dan Teknojaya.
Dan disebabkan Kesatuan Eropah melarang anggotanya membeli kelapa sawit kerana 'kerosakan alam', maka Gelanggayu mengalami trade deficit dengan Ireland.
Disebabkan itu, Gelanggayu dan Ireland telah mengadakan double taxation agreement, di mana syarikat Ireland yang melabur di Gelanggayu, tidak perlu bayar income tax di Gelanggayu, kerana sudah membayar cukai di Ireland.
Syarikat Gelanggayu pula (yang paling besar semestinya Merlin Ireland Inc, anak syarikat hartanah Merlin Inc di Ireland) tak perlu bayar tax di Ireland sebab dah bayar tax di Gelanggayu.
Penjualan kelapa sawit dah drop, tapi dari segi hartanah di Dublin, Merlina dah ada tapak di situ. Duit keuntungan dari jual beli hartanah di Dublin, Merlina akan bawa ke Gelanggayu dan bayar pengusaha sawit yang kerugian daripada polisi EU tu.
Azlan akan cari emerging markets yang tak penuh dengan environmentalist freak macam EU ni, macam Turki, Nigeria atau Brazil untuk jual kelapa sawit kita. Tak ada masalah dengan kehilangan pasaran kelapa sawit di Eropah.
Sebab Azlan tahu, sebaik sahaja Vladimir Putin mulakan serangan ke Ukraine, sumber minyak makanan orang Eropah iaitu minyak biji bunga matahari akan hilang.
Ukraine merupakan pengeluar terbesar minyak biji bunga matahari di dunia, dengan 47% pengeluaran dunia. Minyak adalah penting untuk membuat roti. Roti adalah makanan ruji di Eropah.
Kalau Ukraine dah perang nanti, alternatif lain kepada minyak biji bunga matahari nanti adalah kelapa sawit. Maka nanti EU akan kembali merangkak kepada negara pengeluar sawit macam Gelanggayu.
Maka syarikat pengeluar sawit macam Citra Sari yang kini dikawal oleh Natasha akan mendapat keuntungan, dan memandangkan Citra Sari ni GLC, maka kerajaan juga yang akan dapat untungnya.
Selepas bertemu dengan Taoiseach, Azlan dan Mili melawat kawasan hartanah yang kini sudah dimiliki Merlin Ireland.
"Banyaknya tanah Aunty Mer kat sini!" kata Mili, terkejut.
"Ye lah, dia dah boleh agak lama dah. Semua yang dia beli ni, masa krisis ekonomi Eropah tahun 2008-09. Masa tu ekonomi Ireland jatuh teruk, Aunty Mer beli borong. Lepas tu bila dah Brexit, berlambak-lambak syarikat dari London nak pindah ke sini."
"Wow, gila lah Aunty Mer!"
"Dia dah kawtim dengan Uncle Ali masa dulu lagi."
"Uncle Alan, Juggie pesan, kalau kat Dublin, carikan dia jersi ragbi Ireland."
"I thought dia sokong Australia?" tanya Azlan.
"Dia kan suka collect jersi ragbi. Entah kenapalah dia suka kat ragbi tu. Mili risau kalau dia injured teruk macam hari tu."
"Jangan risau lah, kau ni pun. Aku yang bapak dia pun, aku tak risau dia main ragbi."
--
Perlawanan akhir Sukan Asia Tenggara acara ragbi antara Gelanggayu menentang Temasik berlangsung di padang ragbi Kolej Melayu Wijayapura.
"Aku nak korang semua fokus! Lupakan chinggey! Kita kena menang perlawanan ini untuk dapatkan pingat emas yang ke-100 untuk negara!" kata Jugra.
"Aye aye captain!"
Separuh masa pertama menyaksikan penguasaan Gelanggayu apabila berjaya melakukan lima try, lima conversion dan tiga penalti.
Gelanggayu mendahului Temasik dengan 44-14.
Jugra adalah kapten pasukan ragbi kebangsaan. Dia memimpin pasukan Gelanggayu dengan keputusan yang cemerlang.
Membelasah Majapahit 66-10, kemudian menang besar ke atas Arroyo 73-7, dan Laos lunyai apabila kena 120-3 sebelum menewaskan Dai Viet 57-13 pada separuh akhir.
Tinggal lagi beberapa minit lagi sebelum perlawanan tamat. Kelalaian Haris Hearst Hemsley menyebabkan pasukan Temasik berjaya membuat breakaway - iaitu melepasi benteng pertahanan Gelanggayu.
Jugra meluru berlari ke atas pemain Temasik itu dari jauh, dan melakukan tackle, dan menjatuhkan pemain tersebut sebelum pemain itu dapat melakukan try.
Jugra menjerit kepada Haris dengan tunjuk ke arah matanya.
"Fokus Haris, fokus Khalis! Tinggal seminit je lagi! Jangan biarkan dorang dapat buat try!"
Baju ragbi Gelanggayu yang berwarna putih yang Jugra pakai dah habis berwarna lumpur dah.
"Engage!" kata pengadil ketika scrum.
Jugra terus bertarung dan menolak pihak lawan sehinggalah wisel ditiupkan.
"Champions!" jerit Jugra, melompat gembira.
Acara penganugerahan pingat diserahkan oleh Perdana Menteri, Natasha Abdullah, sementara bunga dan patung maskot diberikan oleh Rachel.
Ketika Natasha menyarungkan pingat emas kepada Jugra, Jugra senyum dan pandang pada Rachel.
"I dapat pingat emas!" kata Jugra pada Rachel. Rachel tak sertai Sukan Asia Tenggara sebagai atlet, sebaliknya datang sebagai pegawai. Jadi Rachel tak ada pingat dalam kejohanan ini.
"You dapat pingat emas Asia Tenggara, I dapat pingat emas Olympics. We are not same level, Juggie," kata Rachel sambil serahkan bunga dan patung maskot.
Jugra gelak je sebab tak mungkin Gelanggayu akan menang pingat emas ragbi Olimpik selagi negara macam New Zealand, Afrika Selatan dan Australia masih power main ragbi.
Lagu kebangsaan Gelanggayu dimainkan, dan Jugra menyanyikannya dengan penuh bangga.
--
Azlan videocall dengan Jugra dari Dublin, sambil Jugra menayangkan pingat emasnya.
"Ha, baguslah kau menang. Daddy minta maaf sebab tak dapat tengok kau menang hari ni."
"Wow, hebatnya awak! Tapi awak tak sehebat Rachel. Rachel menang pingat Olimpik," kata Mili.
"Alaaaahhh mana aci main buah Olimpik, Mili! Awak dengan daddy dah belikan jersi Ireland?" tanya Jugra.
"Dah, dah beli. Kitorang belikan jersi Old St Mary's College team lagi," kata Azlan, sambil tayangkan jersi ragbi yang dibeli olehnya untuk Jugra.
"Weh, jersi rare tu daddy! Daddy belikan untuk Jugra ke?"
"Dah kat rumah tu kau sorang je minat ragbi."
"Daddy, tahun depan, Jugra dapat main Sukan Asia kat Betawi."
"Masa Sukan Asia tu nanti, bukan kau kat Khidmat Negara ke?" tanya Azlan.
"Alaaaaa! Lupa la pulak!"
"Nanti aku try mintak pengecualian untuk kau, sebab kau main untuk negara," kata Azlan.
"Ala, daddy tak payah try la. Daddy kan berkuasa dalam negara ni."
"No, Jugra. I don't like you to say like that. Kau akan tetap kena pergi Khidmat Negara juga, no matter what. Tak ada layanan istimewa kepada sesiapa untuk mengelak dari Khidmat Negara."
"Faham, daddy."
--
Azlan
Dublin adalah sebuah bandaraya yang kosmopolitan, tapi tidak seperti di Teknojaya, Dublin masih mengekalkan tradisi orang Ireland.
Kalau jenis kosmopolitan macam ni, aku okay. Sebab nak tak nak, kita dah tak boleh nak etnosentrik sangat.
"Uncle, macam mana Aunty Mer boleh kaya sampai macam ni? Mili kagum la dengan dia," tanya Mili.
"Dia memang pandai buat duit."
"Kat Dublin banyak betul tanah dia. Macam bersepah sana sini."
"Aunty Mer kau beli semua tanah ni masa ekonomi Ireland tengah jatuh dulu. Habit dia, suka tengok harga yang dah jatuh, lepas tu dia beli yang mana berpotensi untuk naik. Dekat Ireland ni je, Aunty Mer buat keuntungan €2 billion setahun."
"Macam mana dia boleh predict harga jatuh harga naik?" tanya Mili.
"Itu skill dia yang paling power. Bayangkan, masa umur dia 9 tahun, dia dah beli tanah kat Australia. Kaya tu."
"Aunty Mer memang idola Mili!"
--
Merlina
Aku dengan kakak aku, Marina, bersama dengan sepupu aku dari Temasik, Lydia ke ladang ubi milik kawan Lydia di daerah Galang di Sumatera Utara, Kundur.
Harga sekilo ubi kayu, kalau di Gelanggayu di pasaran adalah RG5. Tapi kalau beli borong, boleh dapat murah sampai RG3.50 sekilo.
Tapi kalau beli di Kundur, harganya Rp 5,000 atau RG1.46. Kalau borong, dapat beli harga Rp 3,000 atau RG0.88 sekilo.
RG3.50 vs RG0.88, dah margin berapa dah tu? Dah untung empat kali ganda dari aku beli di Gelanggayu.
Ladang ubi kayu kawan Lydia ni boleh hasilkan sehingga 10 tan metrik ubi. 1 tan metrik bersamaan dengan 1,000 kilogram. Maknanya beli ubi di sini semuanya 10,000 kilogram.
Maknanya harga ubi di sini aku beli semuanya Rp 30 juta bersamaan RG8,785.
Tapi kawan Lydia ni ada 35 buah ladang yang macam ni di kawasan Galang ni. Maknanya kos nak beli 350 tan metrik ubi kayu ialah RG307,475 atau Rp 1 milyar atau billion dalam bahasa kita.
Ubi-ubi ini kemudiannya dijual ke sebuah kilang memproses tepung ubi, yang ada usahasama Lydia dengan Claudia Chong di Pusat Pergudangan Deli Serdang.
Harga sekilo tepung ubi ialah RG3, kalau beli secara pukal dari ladang-ladang ubi ni. Jadi, kalau 350 tan metrik tu, dah dapat jual dengan harga RG1.05 juta.
Dari kilang di Medan itu, tepung ini akan dibawa ke Melaut, untuk hasilkan bebola boba, mi segera, dan campuran untuk serbuk perisa mi segera.
Ini kerana tepung ubi adalah pengganti tepung gandum yang harganya lebih mahal sebab import.
Untuk bebola boba tea misalnya, harga pasaran di Gelanggayu adalah RG8.50 sekilo, tapi kalau harga kilang RG6. Kilang memproses boba tea ni milik kawan Abang Aziz, abang mertua aku.
Kalau hasilkan 350 tan metrik boba tea, kawan abang Aziz ni dapat jual dengan harga RG2.1 juta.
Boba tea ini kemudian sama ada dijual di bandaraya besar macam Wijayapura atau Teknojaya, atau dieksport ke negara-negara penggemar boba tea di rantau Asia Pasifik ni.
Contohnya Goryeo Selatan, Ryukyu, Hong Kong, Kwantong, Macau, Arroyo, Dai Viet, Suvarnabhumi, Temasik dan banyak lagi tempat.
Kalau sekilo harga boba ialah RG6 harga kilang, harga di pasaran ialah RG8.50, dan kalau 350 tan metrik ini dijual, ia sudah bernilai RG2.95 juta. Kalau eksport ke negara luar dah harga lain lagi.
Satu kilo boba boleh hasilkan lebih kurang 50 cawan boba tea. Kalau 350 tan metrik atau 350,000 kilogram ni, maknanya boleh hasilkan 17.5 juta cawan boba tea.
Satu cawan boba tea, lain company, lain harga. Coolblog harganya RG3.50 secawan. Chatime RG7.00 secawan. Gong Cha RG7.50 secawan. The Alley harga RG8.00 secawan. Chizu harga RG11.00 secawan. Tiger Sugar RG12.90. Xing Fu Tang RG 12 secawan.
Setiap jenama aku sebut ni paling ciput pun akan ada 10 cawangan di Wijayapura. Kita ambik yang paling murah iaitu Coolblog. Kalau 350,000 kilogram boba tea ni dijual oleh Coolblog, maknanya dah RG61 juta syarikat ni buat duit. Belum cerita Xing Fu Tang atau Tiger Sugar lagi.
Tu kalau di Gelanggayu, kalau kat luar negara macam Temasik dan Taipei-Formosa ni pun ada cawangan juga. Harga secawan boba tea kat sana dah berapa harganya?
Dan syarikat-syarikat ini semuanya aku ada syer. Jadi, dengan sumber jual beli ubi kayu je, aku dah buat duit berpuluh juta ringgit.
Tapi dari keuntungan yang aku buat, aku pulangkan balik kepada rakyat dalam bentuk zakat. Jual beli ubi kayu, tepung ubi dan boba tea je aku dah bayar zakat hampir RG2 juta setiap tahun. Belum lagi barang lain.
Dari supply chain jual boba tea ni je, aku dah ada lebih kurang 40,000 orang pekerja, dari yang kerja kutip ubi kat ladang di Galang, ke pekerja kilang di Pusat Pergudangan Deli Serdang proses tepung ubi tu, ke pekerja kilang proses boba tea di Kuala Melaut sampailah makwe yang jadi cashier kat kedai boba tea tu.
Belum cerita yang kat luar negara punya sales lagi.
Aku nampak bakat Julia ada bakat dalam bab berniaga ni, tapi Julia ni bab digital. Dia main permainan yang diberi nama Minecraft, dan dalam Minecraft tu ada item-item rare yang dia beli, kemudian jual kat kawan-kawan dia.
Memang kepala otak dia ikut aku. Asal ada lubang buat duit je, dia sebat. Tak padan dengan pelat R dia tu.
Hari raya hari tu, dia jual kuih raya kat cikgu-cikgu sekolah. Dia deal beli kuih raya dengan Kak Nilam dia, sebab Kak Dayah jual kuih raya, lepas tu dia dapat untung nak dekat RG7,000. Not bad untuk budak darjah satu.
Punyalah akal kapitalis si Julia ni, dia jual kat cikgu, dia jual kat pak guard, dia jual kat makcik kantin, lepas tu dia buat dropship pulak.
Semua kawan-kawan dia, dia ajak jual kuih raya. Dapatlah dia bayar kawan-kawan dia sorang RG200. Darjah satu dapat RG200 jual biskut raya, mana la tak seronok?
Jadi aku tak faham kenapa orang tak suka kapitalisme ya? Eksploitasi terhadap buruh? Nak buat macam mana, dorang pun setuju dengan harga gaji yang aku bayar tu.
--
Dari Medan aku ke Temasik, dan bertemu dengan billionaire Kwantong, Jack Ma.
Jack Ma ni owner kepada syarikat AliNana, dan AliNana ni bernilai $500 billion. Jack ni rapat la dengan aku memandangkan aku ni selalu ada banyak deal dengan dia.
Masalah sekarang ialah hubungan antara Gelanggayu dan Kwantong tak berapa nak baik sangat sejak Azlan dan Xi Jinping bertegang leher pasal kawasan Laut Wijaya.
Jadi Jack Ma ni aku punya 'brader deal belakang' antara Gelanggayu dan Kwantong. Jack Ma ni pun sebenarnya ada problem dengan KCP sebab Xi Jinping banyak campurtangan dengan business dia.
Jadi aku banyak juga tolong dia dalam hal nak sorokkan kekayaan dia ni di pulau-pulau macam Barbados atau Cayman Islands ni. Aku tolong dia bab sorokkan duit, dia tolong aku untuk dapatkan supply barang murah dari Kwantong.
Jack Ma sekarang tengah buat syarikat Ant Group, iaitu syarikat yang buat payment processor yang bersaing dengan Wechat yang dimiliki Tencent.
Kebetulan dia pun ada di Temasik untuk melawat HQ cawangan Asia Tenggara, jadi aku jumpa la dengan dia.
Dia beritahu aku yang Xi Jinping ni dah kacau ramai tech companies di Kwantong, sebab dia nak control syarikat-syarikat ni.
Katanya, ramai dah billionaire dari Kwantong dah mula nak keluar dari situ, dan kebanyakannya pindahkan wang mereka ke Temasik. Hasilnya, Temasik jadi semakin kaya-raya.
Aku pulak explain pada Jack Ma, yang sebenarnya Azlan ni takde problem pun dengan Kwantong, tapi KCP ni banyak nak campurtangan, dan Azlan tak suka. Isu Laut Wijaya tu pun satu hal lagi.
Aku takde masalah kalau dia nak invest kat Temasik sebab kalau Temasik untung, aku pun untung. Merlin Temasik ada banyak syer dalam bank-bank di sini.
Aku bercadang nak JV dengan Jack Ma untuk bangunkan cashless payment processor di Gelanggayu, dengan Ant Group akan buka cawangan di Teknojaya. Dan untuk elak dari jari-jemari KCP, maka aku akan masuk sebagai pemegang saham terbesar kat situ.
Jack tau yang Xi Jinping nak jahanamkan business dia, jadi kalau untuk pasaran kat Gelanggayu dan Temasik, at least aku dan Lydia boleh tolong jagakan memandangkan kami pun ada syer juga.
Lepas ni aku nak seberang tambak, lepas tu aku nak pergi tengok ladang Musang King aku di Air Putih. Ni kalau eksport ni aku boleh jual harga tiga kali lipat dan orang masih nak beli lagi.
Sambil tu tarik la sikit untuk jual durian ke Kwantong ni. Orang Kwantong ni memang suka makan Musang King. Kalau aku jual RG250 sekilo pun dorang akan sanggup beli.
Masyuk lagi poket aku, fuh!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro