
2017 part 13
Azlan dan Natasha duduk berdua di depan rumah villa lamanya, dan memandang pencakar langit yang mencanak-canak di Teknojaya.
"Impressive, kan? I mean, 30 years ago masa kita duduk rumah ni dulu, semua ni kawasan kampung nelayan je. Sekarang dah macam-macam bangunan dah ada kat situ," kata Natasha.
Azlan diam sahaja.
"Kenapa you diam?" tanya Natasha.
Azlan pandang Natasha, kemudian senyum.
"I know that look. The look that will bash my opinions," kata Natasha.
"I tak cakap apa-apa pun."
"Okay, what do you think about Teknojaya?" tanya Natasha.
Azlan bakar blunt di jarinya, kemudian dia hembus ke udara.
"Soul crushing," kata Azlan.
"What do you mean by that?"
"Pernah pergi Hong Kong, then ke Shenzhen?"
"I went to Hong Kong many times but never go to Shenzhen," kata Natasha.
"Samalah dua-dua pun. Soul crushing. Orang duduk rumah bersempit-sempit, hidup penuh dengan tekanan. Jadi corporate slave. You tau tak, tadi kat Teknojaya, I nak solat maghrib pun tak ada tempat. At the end, I solat kat sidewalks."
"Takkanlah sebab tu pun you nak kata soul crushing?"
"Yes. Sebab roh kita ini adalah milik Allah. Kalau kita nak beribadah pun susah kat bandaraya Teknojaya ni, manalah I tak cakap yang bandar yang you bina ni, soul crushing."
"Kita dah ada space untuk bina kompleks rumah ibadat kat Seksyen 6 nanti. Nanti semua boleh pergi situ," kata Natasha.
"Nat, when you ever learn?" kata Azlan.
"Alan, I faham apa yang you maksudkan. Tapi you pun tau kan, macam mana Pengetua ajar kita? I sedar, betapa pentingnya hubungan kita dengan Tuhan, tapi I tak tahu, macam mana. Until one day, I dengar Rachel mengaji al-Quran."
Azlan pandang mata Natasha.
"You marah ke I ajar Rachel mengaji Quran?" Azlan tanya Natasha.
"No, no. Really. I found it peaceful. Cuma I tak tahu macam mana nak betulkan kesilapan ni semua. I knew, despite ramai investors melabur kat sini, tapi when weekend je, semua orang leave the town. Bandar ni jadi kosong sebab semua orang cari something yang bandar ni tak boleh nak offer. Sampailah I dengar Rachel mengaji, I fikir panjang tentang ni."
"So, apa yang you nak buat untuk betulkan kesilapan you ni?" Azlan tanya Natasha.
"I wish I know," kata Natasha.
"Ginilah. Nak dirikan pusat ibadat ni, tak semestinya kena bina masjid as if bentuk masjid. Mana-mana office lot atau shop lot yang vacant tu, buatlah pusat agama. Bangunan tinggi-tinggi tu takkan la takde office kosong? Insya-Allah perlahan-lahan, kekosongan tu akan terisi."
"Alan, what makes you change?" tanya Natasha.
"It's a funny story, but it makes me realized, that I have been wrong. Kisahnya, Jugra bakar padang bentuk pentagram untuk panggil kuasa dark satanic of infinite darkness."
"You mean, macam satanic cult yang selalu orang kaitkan dengan black metal tu ke?"
Azlan mengangguk. Natasha ketawa.
"Tapi tu buat I insaflah. I am his father. I kena bentuk dia jadi seorang Muslim yang baik. Sebab itulah I berubah. Kalau I nak ajar anak I moral yang baik, I kena ubah diri I dulu."
"You're right. Okaylah, Alan. I got to go. Borak lama sangat nanti, apa pulak Mer cakap nanti. See you at Wijayapura tomorrow," kata Natasha.
"Assalamualaikum..."
"Wa...waalaikumsalam."
--
"Ya Allah kau ni, Jessica. Kau pun tiru aku jugak ke, lahir anak malam raya?" kata Merlina yang melawatnya di hospital.
"Mana I nak tau Kak Mer! Masa tengah nak kacau rendang tu la dia nak keluar," kata Jessica.
"Anak kau, lelaki ke perempuan?" tanya Merlina.
"Lelaki."
Kejap lagi Azlan, Jugra, Rachel dan Julia masuk ke dalam wad. Kemudian Azlan pun senyum pada Art Ardan.
"Kau dah jadi bapak," kata Azlan, sambil tepuk bahu Art Ardan.
"Mintak bro Alan, tunjuk ajar macam mana nak jadi bapak."
"Setiap lelaki dalam dunia ni, bila first time jadi ayah, mereka clueless apa yang nak dibuat. Aku masa first time baby aku lahir pun, aku tak tau apa aku nak buat," kata Azlan sambil memegang bahu Rachel.
"Aunty Jessie, dulu aunty Jessie namakan Rachel, kan? Sekarang turn Rachel pulak letak nama anak aunty Jessie, boleh tak?"
"Tu kena tanya Uncle Art dulu," kata Jessie.
"Ala, apa salahnya letak dua tiga nama, macam Rachel dulu kan aunty letak nama?" kata Rachel.
"Ok je, tapi aunty Jessie dengan uncle dah setuju letak nama dia ni Syawal. Rachel nak letak nama apa?"
"Nama pemimpin Gelanggayu paling hebat, Azlan."
Azlan pandang Rachel.
"Nanti confused orang dalam rumah. Panggil Azlan, dua orang menyahut nanti," kata Azlan.
"Cenggini la, Jessie, kau yang beranak, kau takkan takde idea nama anak kau? Bukan hari tu kau nak letak nama Aurora ke?"
"Jessie memang nak letak nama anak ikut nama bulan kalendar Islam. Sama ada Ramadan atau Syawal. Tapi memandangkan dia lahir masa malam raya, panggil Syawal la."
"Dan kau Art, tak kisah nama Syawal tu?"
"Eh, Jessie yang nak letak nama tu. Saya on je."
"Muhammad Syawal Azlan bin Fuad?" kata Jugra.
"Okay je kot nama tu," kata Azlan.
Azlan terus melangkah keluar dari wad, dan terus teks Tan Sri Jabbar.
"Belikan dua orang tu lemang dan rendang. Selamat hari raya."
"Baik, tuan pengerusi."
Aku tak guna perkataan beruk tu hari ini sebab hari ni hari mulia.
--
Adilah termenung di luar rumah sambil mendengar orang kampung bermain meriam buluh pada malam raya.
Pada masa ini, dia rindukan anak-anaknya, Alif dan Mili yang kini jauh dari mata. Dalam hatinya juga, dia merindukan Hafiz. Tetapi memandangkan jalan yang dia pilih adalah jalan yang tak mungkin terampun, jadi dia pendamkan sahaja perasaan itu.
Apa yang berlaku padanya hari ini adalah kesilapan dirinya yang mahu membuktikan kepada ayahnya, bahawa dia mampu untuk menarik Azlan menjadi sebahagian daripada ahli Sayap Kuning, sekaligus menjadikan kumpulan ini terus mendominasi politik deep state Gelanggayu.
Segala apa yang dirancang oleh ayahnya dan Tok Aki, semuanya telah gagal dan kini, dia hidup keseorangan dalam buangan.
"Dila! Cepatlah! Tan Sri Jabbar bawak lemang dengan rendang! Habis karang you jugak menangis!" kata Jimmy.
Tapi pada Adilah, apa yang dia mahukan untuk hari raya ini adalah kemaafan dari Hafiz dan anak-anaknya, walaupun dia tahu itu perkara yang amat sukar.
--
Acara sambutan Hari Raya Aidilfitri di 2 Jalan Cendana dihadiri oleh semua ahli MKKP, menteri kabinet, ahli parlimen yang pro kepada Azlan serta golongan billionaire yang menyokong Azlan, serta kehadiran Tengku Danish dan Tengku Dania memeriahkan suasana.
"Seriuslah! Jessica baru lahirkan anak! Tak sangka kau nyah, aku dah ada anak angkat!" kata Tengku Danish.
"Eh, tolong sikit. Masa Jessie kat Perth dulu, dia rapat dengan I tau?" kata Tengku Dania.
Merlina hanya geleng kepala sahaja melihat gelagat dua orang anak Sultan Norman ni.
"Lega, dah boleh balik Gelanggayu. Kalau tak, tak tahu la sampai bila kena duduk kat Australia tu," kata Tengku Dania.
"Kata orang, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, elok lagi di negeri sendiri!" kata Tengku Danish.
Dalam keramaian itu, Azlan duduk di meja paling hujung, memerhatikan semua orang. Dengan sepiring ketupat dan rendang, dia makan, tapi dia perhatikan semua orang di khemah atas padang tu.
Tapi matanya paling lama memandang Tan Sri Jabbar.
Yang duduk di sebelahnya, ialah Jeneral Firdaus.
"Bro Alan, apa rancangan kita lepas ni?" tanya Jeneral Firdaus.
"Aku rasa kau dah boleh hantar orang kau kat Kampung Bacang, tapi belum masanya untuk laksanakan apa yang aku suruh buat tu. Lepas tu, keep your eyes on Tan Sri Jabbar. Ali tak suka dia, tapi aku terpaksa gunakan dia untuk tangkap dua ekor tu."
"Rasanya bro Ali faham apa yang bro Alan buat."
"Cuba kau tengok body language dia."
"Dia nampak kekok. Nampak canggung dengan semua crowd."
"Sebab nasib anak lelaki dia ada kat tangan aku. Aku percaya, orang yang sanggup khianat kawan baik dia demi aku, satu hari nanti dia akan khianati aku."
"Bro Alan nak suruh saya buat apa?"
"Sekarang belum masanya lagi. Tapi kau faham kan apa yang aku nak?"
Azlan memandang mata Jeneral Firdaus.
"Faham, bro Alan."
"Kalau nampak ular, kita perhatikan dulu dia tu macam mana. Sebelum dia patuk kita, dan kita menerima bisanya, kita kena buat apa?"
Jeneral Firdaus hanya mengangguk. Dia tahu, Azlan memerhatikan semua orang, termasuk dirinya. Tapi sebagai ahli Ayam Hitam yang sudah berba'iah kepada Azlan, dia taat kepada arahan Azlan.
"Fidot, kau panggil Alif dan Mili kejap, aku ada benda nak cakap dengan dorang."
--
"Alif, Mili, duduk. Uncle nak cakap sesuatu," kata Azlan di bilik pejabatnya. Azlan kemudian membuka dua butang baju Melayu yang dibeli di kedai Haji Tarmimi, kedai baju Melayu eksklusif untuk golongan elit.
"Ada apa ni, Uncle Alan?" tanya Mili.
"Tahun depan, korang berumur 18 tahun, kan?"
"Ya," kata Alif.
"Papa korang minta aku uruskan sesuatu untuk korang."
"Kenapa dengan papa?" tanya Mili.
"Papa korang ada masa yang sedikit je lagi. Tak lama lagi, dia akan meninggal dunia."
"Biarlah dia, Uncle. Alif dah tak nak ada kena mengena dengan dia lagi."
"Alif..." Mili singgung lengan Alif.
"Okay, kalau macam tu, semua harta papa ni, Uncle bagi pada Mili sorang."
Muka Alif berubah bila Azlan bercakap tentang tu.
Azlan keluarkan dokumen harta-harta Hafiz yang telah dipulangkan kembali.
"Tak banyak, ada dalam $16 billion. Semua dah dipulangkan. Tapi sebab Alif cakap dia dah takde kena mengena, semua ni pergi ke Mili."
"Uncle gurau je kan?"
"No, I'm dead serious."
Renungan mata Azlan kepada Alif membuatkan Alif kecut perut.
"Mili, sign kat sini."
Mili ambil pen dari tangan Azlan, dan tandatangan kertas dokumen itu.
"Okay, lebih kurang 6 bulan daripada sekarang, semua harta ni dah pergi ke Mili Adrina. Tu je uncle nak beritahu."
"Uncle, jangan buat macam ni. Alif minta maaf."
"Oh ya, projek Tapau yang aunty Merlina plan hari tu, Uncle cancel."
"Uncle...."
"No, Alif. With your attitude, you don't deserve any help from me. You disrespect your father, and you disrespect me."
"Alif hormat Uncle, Alif minta maaf. Uncle..."
Alif melutut kepada Azlan.
"No, you don't deserve anything from him or from me. Mili, jom ikut Uncle pergi Kota Warisan, jumpa papa."
"Uncle, Mili nak jumpa papa, tapi Uncle janganlah buat macam ni pada Alif."
"Alif minta maaf, Uncle. Okay, Alif nak jumpa papa."
"No, Alif. Alif sendiri cakap yang Alif tak nak ada kaitan dengan papa."
"Alif, berapa kali kakak cakap dengan Alif, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Alif pun tahu kan yang Uncle Alan ni kalau dia serius, dia betul-betul serius."
"Uncle, Alif minta maaf sebab Alif tersalah cakap. Alif nak minta maaf dengan papa."
"No! Mili, jom ikut Uncle. Murad?"
"Ya, tuan pengerusi?"
"Panggil Merlina kejap. Ada benda penting nak cakap."
Encik Murad berjalan keluar dari bilik, dan mengarahkan orangnya untuk memanggil Merlina masuk ke dalam bilik.
Alif sedang menangis teresak-esak sementara Mili tak tahu apa dia nak respon daripada apa yang sedang berlaku.
"Amende kau ni? Raya-raya pun kerja. Aku nak bergosip dengan Nora pun tak boleh la," kata Merlina.
"Pasal pelan kau lima tahun untuk Tapau tu, cancel. I don't want to fund it anymore."
"Apasal wei? Ni dah kenapa sampai melutut ni?" tanya Merlina pada Alif.
"Dia cakap dia tak nak ada kaitan dengan Hafiz. So, Hafiz tu, walau macam mana pun perkara lepas yang dibuat pada aku, dia tetap kawan aku. Dan aku diamanahkan jaga dua orang ni. Tapi kalau sorang ni tak nak mengaku dia ni anak Hafiz, macam mana aku nak transfer harta Hafiz ni? Dan kenapa aku nak tolong stranger?" kata Azlan.
"Alan...budak-budak. Janganlah serius sangat," Merlina menggosok bahu Azlan.
"Sebab dia budak-budak la dia tak boleh pegang harta sebanyak ni! Kurang ajar!" Azlan terus campak pen ke meja dan melantun jatuh ke lantai.
Semua orang terdiam.
"Kau tau tak, hari ni kau mampu buat app Tapau sebab apa? Sebab apa?" Azlan tenung mata Alif, tapi Alif takut nak tenung mata Azlan.
"Alif, jawablah soalan Uncle tu," kata Merlina.
"Sebab Alif pandai buat coding."
"Siapa ajar Alif buat coding tu?" tanya Azlan.
"Papa."
"Bila dia ajar Alif?"
"Masa Alif umur 4 tahun."
"Haaa, tau pun!" Azlan menepuk meja kayu walnutnya. Tersentak semua orang.
Alif dah menangis teresak-esak, sementara Mili memeluk adik kembarnya.
"Kau marah papa kau sebab apa? Sebab muka kau kena bom? Kau nak tau sebab apa kereta papa kau kena bom? Sebab atok Pak Wan kau, dengan mama kau, nak kenakan Uncle Ali! Sebab tu Uncle Ali terpaksa larikan diri! Papa kau takde kena mengena dalam hal ni! Kau faham tak?"
"Faham, Uncle!"
Jugra masuk ke dalam bilik pejabat Azlan, sebab nak menyibuk dengan drama terkini.
"Kenapa ni?" tanya Jugra.
"Jugra, out!"
"Okay, sorry daddy."
"Uncle Ali ada bagi baju silat papa kat kau, kau letak mana baju tu?"
Alif terus menangis.
"Uncle tanya, mana kau letak baju tu? Jawablah."
"Weh, dah dah la marah budak tu," Merlina cuba memujuk Azlan.
"Kau tau kenapa Uncle Ali bagi baju tu pada kau? Sebab dia nak kau hormat papa kau. Tapi mana kau campak baju tu? Aku jumpa kat celah-celah besi kat gym tu. Macam tu kau cakap kau hormat Uncle Ali, macam tu kau cakap, kau hormat aku?"
"Alif minta maaf, Uncle Alan."
Azlan ambil baju silat Hafiz yang dia jumpa di gym, kemudian dia letak di atas mejanya.
"Kau tau tak, aku takde ayah masa umur aku baru nak masuk darjah satu. Sepanjang aku membesar, aku tak ada ayah. Sebab tu pantang aku kalau orang tak hormat mak ayah. Mama kau mungkin bermusuh dengan aku, tapi sekalipun aku tak pernah ajar korang untuk kurang ajar dengan dia. Kau faham tak?"
"Faham, Uncle."
"Aku nak kau ikut aku, lepas tu kau bagi baju ni pada papa kau. Lepas tu aku nak kau cium tangan dia, peluk dia, sebab masa dia ada ni dah tak lama, kau faham tak cakap aku, Alif?"
"Faham."
"Dah, dua-dua ikut aku. Alif, lepas kau minta maaf dengan papa kau, baru aku kasi kau sign ni."
"Kau ni garang sangat la, Azlan," kata Merlina.
"Amacam, cara aku marah tu, ada nampak real tak?" Azlan tergelak.
"Cibet! Kau berdrama rupanya..."
"Budak Alif ni kena diajar sikit. Saja aku pilih hari raya ni untuk ajar dia."
"Serius kau punya method acting ni. Macam Rahim Razali!"
"Aaah, dah. Bawak dua kereta. Aku, kau, Julia, dengan Murad, naik satu kereta. Alif, Mili, Jugra dan Rachel naik satu kereta. Kita beraya dengan Hafiz. Kesian dia raya sorang-sorang."
Mendayu suara meniti angkasa
Alunan takbir mengulit pagi
Insan tersenyum tanda gembira
Lebaran mulia menjelma lagi, kali ini
Di hari lebaran mulia ini
Jangan pula membuat dosa
Begitulah hakikatnya hari raya
Bergembira tanpa melupakannya, Allah Yang Esa
Indah suasana dalam senyuman
Seluruh alam turut raikan
Mengucapkan syukur pada Tuhan
Atas nikmat yang datang, limpahannya
Ikhlaskan hati mohon kemaafan
Leburlah dosa di tapak tangan
Lupakan segala silap dan salah
Insan bersatu membina ummah
--
"Papa, Alif minta maaf dengan papa! Alif banyak dosa dengan papa! Ampunkan Alif, halalkan segala makan minum Alif!"
Alif terus melutut ke peha Hafiz yang berkerusi roda. Hafiz pegang tangan Alif, dan Alif terus mencium tangan Hafiz.
"Papa dah maafkan Alif, lama dah."
Mili dah menitis air mata. Rachel dan Jugra di belakang berbisik.
"Teruk doh daddy maki Alif tadi."
"Ye ke? Tu yang sampai menangis-nangis tu."
Hafiz pandang kepada Azlan, kemudian tersenyum sambil membelai rambut Alif yang sedang menangis.
Azlan cuma senyum, sambil menjeling kepada Merlina.
"Ala kowang ni! Asal waya je, kena nangis! Waya kena la fun! Selamat hawi waya, hawi untuk kita bersuka wia! Selamat kami ucapkan, untuk kita hingga sampai tahun depaaaaaannn! Selamaaaat hawiiiiiiii wayaaaaaa! Deng deng de deng de deng deng!"
Julia berjoget kat tengah orang ramai membuatkan semua orang tergelak.
--
Ketika semua orang sedang menjamu selera, Azlan dan Mili berbincang tentang hal Barbados.
"Tuan Pengerusi pernah dengar tak, weaponization of money?"
"Of course," kata Azlan, sambil cicah baulu dalam sirap.
"Saya ada grand masterplan untuk gunakan ini, Tuan Pengerusi."
Azlan hirup sirap dalam gelasnya, kemudian dia pandang Mili, dan bersedia untuk mendengar cadangannya.
"Sejak Donald Trump menang pilihanraya Presiden..."
"Which is air tangan dari arwah Ali."
"...dan juga Brexit di Britain..."
"Pun air tangan dia juga..."
"Saya nampak ketamadunan Barat sekarang ni sedang menuju kehancuran. Jadi, apa kata kita start gunakan duit yang ada untuk mula mendapatkan aset-aset yang berharga yang mereka ada?" tanya Mili.
"Sekarang belum masanya lagi, Mili. Tapi bagus juga kau petik benda ni awal-awal. Kita fokus negara kecik dulu, macam Barbados ni. Lepas tu barulah kita fikirkan yang lain."
"Tapi, Tuan Pengerusi, saya ada satu kebimbangan."
"Apa dia?"
"Kwantong. Ekonomi mereka semakin membesar dan mereka sedang cuba menguasai dunia. Seluruh rantau Asia Tenggara ni dah banyak syarikat mereka mula menabur modal, termasuk di negara kita juga."
"Yang tu dari zaman Izham lagi, tak boleh nak buat apa. Dia tu banyak sangat main duit dengan Kwantong tu sebab dia ada connection dengan warlord KCP dan gangster di Shanghai. Tambah pulak masa tu Sultan Norman memang fonding dengan Kwantong ni. Tu yang kita susah nak elak."
"Macam mana sekarang ni?" tanya Mili.
"Rileks dulu. Kalau aku beritahu kau sekarang, kau tak boleh fokus kerja di Barbados ni. Sebab apa yang kau buat di Barbados ni, is part of the plan."
Mili tak faham apa yang Azlan cuba sampaikan.
"Saya kurang faham apa yang Tuan Pengerusi maksudkan?"
"Satu hari, satu tragedi besar melanda satu dunia, dan sekarang aku dan Merlina sedang mempersiapkan untuk berdepan dengan perkara malapetaka yang dicetuskan oleh Parti Komunis Kwantong ni. Dan kau, kau ada tugas besar untuk ini. Tapi sekarang, banyak lagi kau kena belajar. Sebab kalau kau nak buat benda ni, benda ni susah. Even arwah Ali cannot do this."
"Tuan Pengerusi nak jatuhkan Parti Komunis Kwantong? Impossible!"
"Nothing last forever, Mili. Although itu bukanlah misi aku. After all, kalau Tuhan dah tahu yang syaitan ini mencipta kejahatan, kenapa Dia ciptakan syaitan juga? We need villains, to be heroes. Without villains, there are no heroes."
"Tuan Pengerusi, adakah mama seorang villain di mata Tuan?"
"Buat masa sekarang, yes. Tapi masa akan datang, kita tak tahu. You, as her daughter, can change her. Macam Luke Skywalker pujuk ayahnya Darth Vader to turn to the light side."
"Saya faham. Tuan Pengerusi, tolong jangan apa-apakan mama. Saya merayu sekali lagi. Saya akan lakukan apa sahaja untuk selamatkan mama."
Azlan memandang mata Mili yang berharap.
"Aku perlukan mama kau, Mili. Dia je yang tahu tentang tragedi malapetaka yang bakal berlaku nanti. Tapi aku tak perlukan atok kau, dan aku tak perlukan Jimmy. Are we clear?"
"Ya, Tuan Pengerusi. Terima kasih."
"Dah, pergilah beraya. Karang boring pulak Jugra nanti. Ada ke girlfriend dia lepak dengan ayah dia pulak tengah raya macam ni."
Mili senyum, sebab dia tahu yang Azlan tidak akan apa-apakan ibunya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro