
2017 part 12
Keesokan harinya aku, Merlina dan Mili ke Teknojaya untuk melihat sendiri projek prasarana kilang-kilang farmaseutikal untuk menyiapkan vaksin untuk seluruh dunia bagi supervirus tu nanti.
Dalam perancangan Adilah, projek ni sepatutnya dilaksanakan Kencana Consortium bersama Apex Corporation Group, dengan kerjasama syarikat dari Kwantong, yang dimiliki oleh Parti Komunis Kwantong.
Tapi aku sudah rembat idea dia, ditambah pulak suami Claudia pulak spy bagi pihak Taipei-Formosa, yang berperang dingin dengan Kwantong sekarang ni, dapatkan resipi vaksin, tapi disebabkan aku tak percaya kepada Kwantong, aku deal dengan Amerika Syarikat dan Britain.
Masa tahun 2015 ketika negara-negara jiran macam Suvarnabhumi, Khmer, Bagan, Arroyo dan Majapahit dok sibuk kejar projek Xi Jinping Belt and Road Initiative tu, cuma Gelanggayu dan Dai Viet sahaja yang tak nak terlibat.
Projek HSR dan kereta api elektrik ni pun Gelanggayu minta teknologi Goryeo dan Ryukyu, sebab dalam bab geopolitik ni, aku pegang kata George Friedman dan Peter Zeihan.
Kwantong is over, and South East Asia will be the next recipient of economic juggernaut growth. Sebab tu aku nak naikkan populasi Gelanggayu, aku nak bina infrastruktur dan aku nak naiktarafkan pendapatan Gelanggayu, bukan dengan cara artificial macam buat gaji minima atau cetak duit banyak, tapi invest kat benda-benda yang boleh menjana keuntungan.
Memandangkan Peter cakap Kwantong akan jatuh dalam lingkungan 2022-2025 macam tu, maka Gelanggayu kenalah bersiap untuk semua itu sekarang. Dan sebab itu aku akan cuba halang mana-mana pihak daripada cuba ubah polisi kerajaan yang aku dah buat ni.
Aku peduli apa aku tak demokratik. Demokratik kalau rakyat susah, demokrasi apa tu.
--
Natasha menjemput aku, Mili dan Merlina ke villa arwah ayahnya yang aku pernah tinggal di situ, masa tahun 1986.
"Pintu belah sini ketat sikit," kata Natasha.
"I know," kata aku.
"How do you know?"
"I was here in '86."
Natasha terkejut. Dah lupa la tu.
"Oh ya...I baru teringat," kata Natasha.
"Detik KLMJ ke ni?" Merlina tanya aku dan Natasha.
"Apa benda tu?" tanya Natasha.
"Kenangan lama mengusik jiwa!" Merlina tergelak.
Mili memandang ke arah laut. Nampak bangunan-bangunan dengan sinaran lampu neon yang menyinari bandaraya Teknojaya.
"Percaya tak, dulu kawasan kat sana tu perkampungan nelayan? Kat belah sana tu, kawasan paya bakau," kata aku.
"Eh, Uncle Alan pernah ke sini dulu ke?" tanya Mili.
"Dulu, ada competition antara Kota Warisan dengan kawasan ni untuk jadi ibu negara baru Gelanggayu. Ayah Aunty Nat, Datuk Abdullah cuba nak bangunkan kawasan ni. Tapi in 1989, Kota Warisan yang dapat. Jadi kawasan ni terbengkalai until...until bila ya, Nat?"
"1996. 1997 pecah tanah," kata Natasha.
"Teknojaya dah macam Dubai ni...in just 20 years? And we have civil war 10 years ago? That's miracle," kata Mili.
"Memang la, kat sini polisinya tax free for 10 years untuk tech companies masa tech boom in the 90s dulu. Dan kat sini, almost takde intervention sangat from government nak kacau. Agak libertarian la kat kawasan ni," kata Natasha.
"Okaylah, esok kita nak jumpa dengan orang dari ramai tech companies, kita rehat dulu ya," kata aku.
"Alright, anything you want, just let Maria know lah, okay?" kata Natasha.
"Thanks, Nat."
--
Keesokan harinya, aku bertemu dengan delegasi dari syarikat membuat fotolitografi dari Belanda, ASML yang penting untuk industri semikonduktor.
Kat sini kita akan ada sebuah kilang, yang akan menghasilkan komponen untuk menghasilkan mesin fotolitografi yang menghasilkan mikrochip. Takde mesin tu, maka tak boleh nak hasilkan mikrochip.
Kilang ini akan mencipta 1,500 peluang pekerjaan, dan di sinilah aku akan jalinkan kerjasama dengan institut kemahiran yang berlandaskan sistem sekolah vokasional yang aku nak pertingkatkan.
Bayangkan bila Perang Dagang antara Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah lawan Kwantong nanti, mereka akan ke sini. Dan ini aku dah kawtim dengan Presiden Jokowi apabila dia bina ibu negara Majapahit yang baru nanti.
Aku yakin, kerjasama Gelanggayu dan Majapahit di kawasan ini bakal merancakkan ekonomi di sebelah sini. Tak ada masalah kalau ekonomi Majapahit semakin besar sebab kita di Gelanggayu pun semakin besar juga.
Pada aku, aku rasa masalah pemikiran orang Barat terlalu berlandaskan pemikiran Perang Peloponesia - perang antara Sparta dan Athens.
Orang Barat kata tak mungkin dua kuasa besar boleh coexist - mereka akan berperang dalam persaingan. Dalam sejarah Asia, kita nampak ada banyak tamadun yang besar coexist bersama dan tak berperang pun.
Orang Barat ni mentalitinya masih gasar walaupun mereka mengasaskan ekonomi moden, sebab ketamadunan purba mereka iaitu Greek dan Rom dah hancur. Walaupun lepas fall of Rome tu, seribu tahun kemudian ada Renaissance, tapi pemikiran dari era tu baru je dalam 600 tahun, sedangkan Asia tamadunnya dah beribu tahun.
Dari Teknojaya, kami bertiga ke Seri Kenidiri, ibu negeri Kenidiri yang baru dibina. Di sini aku meletakkan batu asas untuk Institut Teknologi Kenidiri, yang bakal melahirkan pakar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.
Natasha, yang juga Menteri Pendidikan, dia beritahu aku yang kawasan ni bakal naik sebab kemasukan modal asing yang banyak di Teknojaya, yang jadi Special Economic Zone sejak 1997.
Pada sebelah petang, aku hadir dalam hi-tea dengan syarikat Citra Sari Corporation dan Merlin Inc, sempena 20 tahun ulangtahun bandaraya Teknojaya diasaskan.
Dalam ucapan majlis itu, aku mengatakan pembangunan teknologi di Teknojaya tidak hanya terhad kepada teknologi IT sahaja, tetapi teknologi kesihatan seperti vaksin dan perubatan yang lain.
Tu sebenarnya aku nak bagi klu kepada ramai investors yang sebenarnya banyak syarikat farmaseutikal macam Pfizer dan J&J mula melabur di Teknojaya. Bayer, syarikat buat aspirin Alka-Seltzer dari Jerman-Amerika pun dah bina kilang di sini.
Kilang buat sarung tangan dan peralatan hospital pun dah mula dibina di sini sejak 2014.
Menurut Fazrul, yang merupakan timbalan aku dalam KDN, dia dapat detect yang ada conspiracy theorist nuts yang mula menyebarkan cerita bahawa aku ada deal dengan syarikat-syarikat farmaseutikal untuk buat vaksin yang ada mikrocip untuk mengawal manusia, sebab projek ni juga.
Padahal aku dah tahu sembilan tahun yang lepas yang supervirus dari makmal di Wuhan akan disebarkan oleh Kwantong untuk mengawal dunia.
Bercakap tentang teori konspirasi, aku sering dikaitkan dengan dikatakan menjadi ahli Freemason.
Well, to tell you the truth, jam tangan yang aku pakai ni hanya ahli Freemason sahaja yang pakai. Jam tangan ni Pengetua bagi aku pada hari lahir aku yang ke-21, dia kata jam tangan ini milik arwah ayah.
Adakah arwah ayah aku ni seorang Freemason? Menurut cerita yang aku faham, Jeneral Yahya pada sekitar awal kemerdekaan, sering ikut almarhum Sultan Jaafar, yang merupakan seorang ahli Freemason.
Masa aku usia remaja dulu pun, aku pernah ikut Yahya, tapi aku tak masuk dalam tu. Arwah ayah juga tak masuk dalam hall tu, tapi arwah ayah lawan catur di luar laman Freemason Hall yang kini dah runtuh akibat perang saudara dulu, dan mereka tak bother nak hidupkan chapter di sini, sebaliknya berpindah ke Temasik.
Jeneral Yahya tak sempat nak hidupkan semula Freemason selepas perang saudara.
Jadi, arwah ayah menang pertandingan catur tu, dan kemudiannya, almarhum Sultan Jaafar menganugerahkan jam ini kepada dia. Tuanku Sultan bertitah pada dia, "simpan jam ni elok-elok, nanti bila kau dah tua, kau bagi kepada anak dan cucu. Jam ni akan bantu mereka dalam hidup."
Ayah tak sempat tua. Dia meninggal pada usia 32 tahun. Dan Jeneral Yahya kenal mayat arwah sebab jam ni. Katanya, jam ni dia jumpa dalam keadaan yang dah hampir pecah teruk.
Dia hantar jam tu kepada pakar di Geneva untuk baiki jam tersebut, sebelum jam ini dihadiahkan kepada aku.
Hari ini, dengan cincin zamrud Raja Gautama dan jam tangan ini, pemimpin dunia terutamanya di sebelah Barat tak pandang aku sebelah mata. Mereka akan tahu aku ni kabel siapa.
--
"Uncle, abang saudara Mili nak jumpa dengan Uncle," kata Mili kepada aku.
"Nak jumpa?"
"Nama dia Wan Faris."
Lain macam bila ahli keluarga Wan Demang nak jumpa dengan aku ni.
"Kata dengan dia, jumpa di restoran Suwon Bulgogi di Little Goryeo Teknojaya. Kita buka puasa kat situ," kata aku.
--
Di Teknojaya, kerana ada ramai expatriate yang tinggal di sini, pemaju di kawasan ni banyak membangunkan kawasan macam Little Goryeo ni. Ada kira-kira 3,000 expats dari Goryeo Selatan yang tinggal di sini.
Ada juga Little Ryukyu untuk expats orang Ryukyu, Little Bharat untuk ramai pakar IT dari negara tersebut, dan Little Latinos memandangkan ada ramai expats dari Mexico, Colombia, Chile dan Brazil yang tinggal di sini.
Mili menjemput dua orang abang saudaranya, iaitu Wan Faris dan Wan Farhan untuk berjumpa dengan aku dan Merlina. Kami berdua bersalaman dan berbual mesra sementara nak tunggu waktu buka puasa.
"Saya tak tahu order makanan Goryeo ni," kata Wan Faris.
"Takpe abang Faris, biar Mili yang order."
Mili kemudiannya menunjukkan kefasihannya berbahasa Goryeo, yang membuatkan pemilik restoran itu kagum dan suka dengan Mili.
Dan kami semua diberitahu yang Mili ni dikenali oleh kawan-kawan anak pemilik restoran ini, sebab tahun lepas Mili viral berlatih menari dengan kumpulan G-pop yang popular seperti BTS dan Blackpink.
Selepas masuk azan maghrib, aku minum secawan air dan sebiji tamar dahulu, dan minta diri dulu untuk bersolat.
"Takpe Lan, aku period. Kau pergi je dulu, aku masakkan bulgogi ni untuk kau," Merlina bisik pada aku.
Tragiknya Teknojaya ni, ialah walaupun dia mempunyai pelbagai kaum, tapi kesan dari polisi sekularisme kerajaan terdahulu menyebabkan tidak ada tempat untuk tuntutan spiritualiti.
Patutlah walaupun ekonomi di sini pesat, orang yang duduk di sini macam mengalami tekanan. Sebab tuntutan spiritual tu ditekan.
Nanti aku bina masjid di sini, dan untuk penganut agama lain, memang diperlukan untuk bina tempat untuk mereka beribadat.
Di tepi jalan, aku bentangkan sejadah aku, dan aku bersolat dengan bodyguard aku.
Selesai solat maghrib, aku kembali ke restoran Goryeo dan nampaknya Wan Faris dan Merlina sedang rancak berborak, siap Wan Faris tunjukkan peta Sepetang.
"Rupanya Lan, kat Sepetang ni, ada 17 trillion cubic meter gas reserves," kata Merlina.
"Dekat Lingga ada 11 trillion je kan?" tanya aku.
"Kalau campur dua ni, kita ada lagi banyak daripada Qatar. Cuma kenapa ya kat Sepetang ni underdeveloped lagi?" tanya Merlina kepada Wan Faris.
"Banyak sebab. Satu, investors tak berani datang sebab dekat dengan Mindanao, ada pemberontak Moro. Lagi satu sebab aktiviti tentera laut Kwantong yang sangat dekat dengan kawasan ni," kata Wan Faris.
"Beb, kau bayangkan, Sepetang ni boleh dikatakan antara Wijayapura dengan Teknojaya. Bayangkan manufacturing kat Sepetang ni bila start industrialized, power with natural gas, maju beb," kata Merlina.
Sambil makan, aku mendengar sahaja rancangan Wan Faris untuk buat konsortium dengan Merlina. Rancangan ini untuk memastikan bahawa kawasan timur Gelanggayu akan rancak pembangunannya.
Gelanggayu mula berindustri sekitar tahun 1970an, apabila penemuan minyak dan gas di Laut Wijaya. Penemuan ni dah lama dah, seawal 1910an lagi, tetapi skala besar tu ditemui pada era Perang Dai Viet, yang mana ketika itu Jeneral Yahya bekerjasama dengan Amerika Syarikat untuk membekalkan petrol kepada tentera mereka.
Tapi dalam masa 40 tahun atau lebih kurang dua generasi ini, perindustrian di Gelanggayu hanya tertumpu di sekitar kawasan Wijayapura sahaja. Pada tahun 1997 barulah kawasan di Teknojaya mula dibina dan ada kawasan perindustrian baru, tapi diganggu oleh perang saudara 2007.
Ada 80 juta penduduk tapi masih belum mencapai potensi yang sepenuhnya akibat terlalu banyak konflik politik sampai berlaku perang saudara.
Potensi banyak, sumber alam pun banyak, tapi masih lebih ramai bekerja di luar seperti di Ryukyu, Taipei-Formosa, Temasik dan negara-negara Teluk.
Aku perlu reverse brain drain ini untuk menyerlahkan potensi Gelanggayu, dan Sepetang ada semua ramuan untuk buat industri berskala besar ni. Dan provinsi ni pun antara dua pusat industri iaitu Wijayapura dan Teknojaya.
Tapi orang yang aku deal ni, ialah Wan Faris. Aku fikir dalam juga memandangkan mereka ni saudara-mara dengan Adilah.
"What's the catch?" aku tanya Wan Faris.
"Mili kata Tuan Pengerusi nak berdamai dengan kami," kata Wan Faris.
"Jadi kami akan bantu Tuan dalam segala hal," kata Wan Farhan pula.
Aku pandang Mili, dan mata Mili macam berharap aku bersetuju.
"Boleh aku tau, korang ni anak siapa ya?" tanya aku.
"Ayah saya Wan Muhammad, sepupu kepada Wan Radzi," kata Wan Faris.
"Cicit kepada Tan Sri Sir Wan Husin?" tanya aku.
"Ya, benar. Tan Sri Sir Wan Husin ada adik, Wan Hamid. Wan Hamid tu, datuk saya," kata Wan Farhan.
"Tahu kan, keluarga kita ni dah berkonflik sejak 1402?" tanya aku lagi.
"Ya, kami faham. Kami pun tahu yang Pengerusi Azlan adalah keturunan Tengku Ishak. Sejak Pak Wan Radzi dan Aunty Dila digelar 'enemy of the state', syarikat kami mengalami masalah kewangan yang serius. Hari tu tuan pecat Uncle Saiful, dan ia memeritkan kami. Kami percaya ramalan Sayyid Muluk tu dah berlaku pun, dan kami pun tak boleh buat apa. Sebab itu kami ajak berdamai dengan Tuan Pengerusi," kata Wan Faris.
"Saya tak ada masalah untuk berdamai dengan keluarga Wan Demang. Ikutkan pun, Mili ni pun keluarga Wan Demang. Tapi apa yang makcik dan datuk saudara buat tu, susah bagi pihak Ayam Hitam nak maafkan."
"Beginilah, Tuan Pengerusi. Kalau Tuan Pengerusi rasa nak hukum Aunty Dila, kalau boleh kami minta pertimbangan Pengerusi sikitlah."
"Boleh dipertimbangkan kalau dia berhenti sokong Tengku Ahmad."
"Yang projek ni?"
"Separate deal. Tak ada kaitan dengan Adilah," kata aku.
Mili tunduk je bila aku cakap macam tu. Aku tau, ini percubaan Mili untuk lepaskan ibunya. Dia cuba mencatur untuk memastikan Adilah bebas.
Tapi aku tak boleh sewenang-wenangnya nak lepaskan Adilah. Sebab kalau aku lepaskan, nanti apa kata orang Ayam Hitam nanti. Aku harap Mili faham.
"Okay, baik. Nanti kami nak jemput Tuan Pengerusi dan Puan Merlina ke negeri kami," kata Wan Farhan.
"Ye lah, negeri yang kau belum pernah lawat lagi sepanjang kau jadi Pengerusi MKKP," kata Merlina.
"Baik, Insya-Allah. Terima kasih, Wan Faris, Wan Farhan, sebab sudi berdamai dengan keluarga Yom Puteh dan Tengku Ishak," kata aku.
Kami bersalaman sebelum kami pulang ke villa kami tinggal di Teknojaya.
--
Dalam perjalanan tu, aku nampak Mili diam je.
"Mili..."
"Uncle cakap Uncle nak berdamai!" kata Mili.
"Proses nak berdamai ni bukannya jalan mudah, Mili. Kena pulak konflik yang dah sampai beratus tahun."
"Buat penat je Mili ajak dorang datang sini. Ingatkan Uncle bolehlah lepaskan mama!"
"Mili, apa yang mama Mili buat, susah untuk dimaafkan. Bukannya uncle tak nak maafkan dia, tapi dia bunuh ketua Ayam Hitam. Perkara tu takkan dapat dimaafkan oleh ahli Ayam Hitam yang ramai jadi tentera, yang menyokong Uncle. Uncle kena fikirkan tu semua."
"Mili cuma nak bebaskan mama je..."
"Tau, tapi mama Mili buat salah. Now, katakan Alif kena dakwa kesalahan jenayah, Mili nak Alif bebas tak, walaupun Mili tau Alif buat salah tu?" tanya aku.
Merlina pegang tangan Mili.
"Negara ni ada undang-undang, Mili. Apa yang uncle buat adalah langkah awal untuk berdamai dengan keturunan Wan Demang. In fact, uncle jaga Mili dengan Alif pun, sebab dia nak berdamai," kata Merlina.
"Mili tau mama buat salah, tapi takkan uncle tak boleh berikan pengampunan?"
"Mili, kuasa pengampunan ada pada Presiden. Papa Mili yang Presiden Republik sekarang. Kalau papa Mili sendiri pun tak boleh apa untuk selamatkan mama, takkan uncle boleh buat apa-apa?" kata aku.
"Uncle, jangan bohong Mili. Uncle Pengerusi MKKP, yang paling kuat dalam semua jawatan. Uncle boleh je veto Aunty Nat, boleh je veto papa."
"Ya, betul. Tapi semua benda ada prosedur. Mama pun hilang entah ke mana. Tunggulah dia dibicarakan dulu, dah jatuh hukum nanti, barulah kita akan bincang pasal pengampunan dia ke apa. Cuma benda ni kena deal dengan Ayam Hitam. Nak tak nak, mama Mili kena hadap benda yang dia dah buat. Faham tak?"
"Sudahlah Mili. Anggap je lah yang uncle dah bagi deal yang terbaik, setakat ni. Mama Mili kena menyerah dulu, baru boleh kita jalankan prosedur," kata Merlina sambil memeluk bahu Mili.
"Perlahan-lahan, okay?"
"Baik, uncle."
--
Ramai yang tidak yakin kepada Mili. Merlina pun kadang-kadang cakap pada aku juga, kenapa aku bagi dia assignment menjatuhkan sebuah keluarga diraja yang popular di sebuah pulau di Carribean?
Walaupun Barbados tu sebuah negara kecil, yang populasinya lagi sikit berbanding Puncak Jaya, tapi dengan menggerakkan republikanisme di situ akan menggoyangkan keluarga Windsor di England.
Sebab lepas Elizabeth ni mangkat nanti, Charles akan ambil alih dan dia ni tak ada aura macam ibunya. Akan berlaku pemberontakan dan gerakan anti monarki.
Sekarang, aku sebagai Pengerusi, dan Sayap Hitam menawarkan perkhidmatan untuk kawal pemberontakan ini dari menjatuhkan keluarga Windsor juga.
Bertahun-tahun MI6 selesa sebab semua orang sukakan Elizabeth, tiba-tiba bila dia mangkat nanti, tak tahu nak kawal penduduk macam mana.
In return kita nak teknologi dan maklumat. Itu sahaja. Lagipun, kan Gelanggayu ni negara Komanwel? Takkan tak percaya dengan kita pulak. Kita offer nak tolong dia, dia nak kekwat dengan kita, kita ajar dia balik.
Tapi Merlina punya concern mesti pasal profit, sebab dia takkan nak invest duit untuk pulau kecik macam Barbados ni.
Aku cakap pada dia, Barbados ni walaupun pulau dia kecik, tapi zon eksklusif ekonomi dia seluas 186,000 km², dan 70,000km² adalah untuk eksplorasi minyak dan gas.
Barbados ni ada syarikat minyak dan gas, Barbados National Oil Company Limited (BNOCL).
Sekarang ni, negara ni ada banyak hutang. Hutang dengan Kwantong, hutang dengan Amerika, hutang dengan Britain. Jadi, dengan kita beli syer syarikat ni dengan menjadikan ia sebagai anak syarikat Petrogayu, dapatlah kurangkan beban kerajaan tu. Dorang pun dapatlah bayar hutang negara tu.
Syarikat-syarikat lain memang terliur nak beli, tapi Fruendel Stuart atau kerajaan terdahulu tak nak jual, sebab syarikat kerajaan ni bekalkan lebih 90,000 buah rumah dengan gas asli. Memang krisis politik kalau jual tu.
Jadi kalau naikkan Mia Mottley, kita akan cakap pada dia, yang syarikat tu akan teruskan penghantaran gas kepada rakyat tu, tapi kerajaan dia bayar kepada kita lah. After all, kita yang akan jadi sponsor dia dalam pilihan raya nanti. Dan kita yang tolong mereka untuk jadi sebuah republik dan bebas dari keluarga Windsor.
Apalah sangat bagi profit sharing dengan Petrogayu? Ah kalau susah sangat, kita bukak offshore banking la. Dapat gak duit orang kaya nak cuci duit.
Dan kalau Mili dapat buat ni, memang aku tak salah orang lagi.
Kenapa aku tak pilih Jugra untuk buat semua ni? Sebab Jugra ni walaupun bijak, dan adil budaknya, tapi dia tak ada cunningness.
Jadi biarlah bila aku dah tak ada nanti, bila Jugra takeover dari aku, bab-bab hantar bantuan beras kat orang miskin, bab tolong-tolong rakyat ni, muka dia lah. Biar rakyat jelata sayang dia.
Bab kerja kotor, kerja jahat untuk hancurkan musuh-musuh keluarga Cendana, aku serahkan pada Mili.
Alif ni aku tak tahu lagi. Aku ingat nak hantar dia ke El Salvador untuk jumpa dengan seorang pemimpin bernama Nayib Bukele. Tengok apa dia boleh buat. Aku harap dia boleh buat benda ni.
Aku tak boleh handle semua benda seorang diri. Dan aku tak nak ikut cara Jeneral Yahya yang berkeras nak ikut style dia. Style aku, buatlah macam mana pun, asalkan mencapai matlamat, aku happy.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro