
2017 part 11
Sudah beberapa hari, Adilah dan Jimmy hanya dibekalkan portable rice cooker, beras, kicap dan garam sebagai sumber makanan.
Tan Sri Jabbar selalu beritahu mereka berdua, yang pergerakannya kini mula dipantau oleh Azlan, jadi orang-orangnya tak boleh selalu masuk ke Kampung Bachang.
Pada mulanya mereka buat pisang muda tu sebagai lauk untuk makan nasi selain kicap dan garam, tapi lama-lama pun pisang pun habis, mereka tidak ada lauk lain.
Ada masa dan ketika, powerbank dah habis dan orang-orang Tan Sri Jabbar tak datang untuk charge. Setiap hari Adilah menangis dan merindukan keluarganya, sementara Jimmy pula rasa geram dengan Azlan atas seksaan psikologi yang dia buat kepadanya.
Dan ketika kelaparan makin meruncing, mereka berdua bekerjasama untuk menangkap tikus di kawasan kelapa sawit yang berhampiran.
Dengan lighter di koceknya, dia cuba buat unggun api, mujurlah Jimmy pernah belajar survival skills semasa di sekolah tentera.
Adilah pula menyiang tikus-tikus tersebut untuk dipanggang dan dimakan oleh mereka berdua.
Ada masanya mereka bergaduh, ada masanya mereka berpelukan kerana ketakutan, ada masanya mereka berbual, ada masanya Jimmy melepaskan geram dengan memukul Adilah, ada masanya mereka berasmara dalam keadaan Adilah merasakan terpaksa, kalau tak Jimmy akan pukul.
Daripada dua hari sekali, bantuan dari Tan Sri Jabbar semakin hari semakin lambat. Daripada dua kepada tiga, dan ada satu masa, pernah seminggu hanya sekali sahaja bantuan masuk.
Tan Sri Jabbar tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa mengikut arahan Azlan. Kalau Azlan hantar mesej, "bagi beruk makan", barulah Tan Sri Jabbar hantarkan orang-orangnya dengan bantuan yang limited.
Kedua-duanya mengalami kesusutan berat badan yang serius, terutamanya Adilah. Ini kerana ada masa-masa anginnya, Jimmy ni datang perangai pentingkan diri sendiri dan merampas nasi bungkus Adilah.
Orang-orang Tan Sri Jabbar tidak dibenarkan campur tangan dalam pergaduhan mereka berdua, kecuali kalau dah melibatkan nyawa. Azlan mahu kedua-duanya hidup sebelum hari untuk Jeneral Firdaus ke sana dan memburu mereka berdua.
Ada sekali bila Jimmy sakit, Azlan akan berikan seorang doktor untuk dirawat. Dan Azlan pun fikir isu-isu kesihatan wanita macam pad Adilah untuk haid dan sebagainya.
Pendek kata, memang nyawa mereka berdua bergantung kepada persetujuan Azlan, dan Tan Sri Jabbar tak boleh bagi lebih daripada apa yang Azlan benarkan.
Dan kalau Tan Sri Jabbar beri lebih bantuan daripada yang dibenarkan, fail kes jenayah anak Tan Sri Jabbar akan dibuka.
Ini memberikan tekanan kepada Tan Sri Jabbar sendiri, nak kesiankan mereka berdua, atau anak sendiri masuk penjara. Tan Sri Jabbar ni pun diperhatikan oleh orang-orang Azlan yang diketuai oleh Bunyamin selaku Ketua Polis Negara.
Dalam penderitaan itu, Adilah terus merindui anak-anaknya. Dia rindu Alif, Mili, dan rindukan pada Hafiz, dan dia rasa menyesal dengan apa yang dilakukan kepadanya.
Mental Adilah dah betul-betul koyak. Lagi dia koyak, bila masa dia makan nasi, kertas suratkhabar bungkus nasi tu ada artikel tentang kejayaan single Mili dan ada artikel Alif sebagai CEO remaja kebanggaan negara.
Mengikut pengetahuan Adilah, kedua-dua anaknya dijaga oleh Natasha, sebab itu kali terakhir tentang Alif dan Mili yang dia tahu. Dia tidak tahu yang Azlan memberikan kedua-dua anaknya kepada Kecik dan Jessica, dan sejak Alif menjadi CEO, Merlina pula diberikan tempat sebagai mentor kepada Alif.
Apa yang berlaku kepada mereka berdua, adalah satu "social experiment" Azlan. Cara seksaan Azlan terhadap mereka berdua bukanlah dengan menggunakan cara fizikal, tetapi seksaan cara mental.
Jimmy juga dikoyakkan mentalnya dengan laporan berita dari kertas akhbar pembungkus nasi bungkusnya ialah berita tentang perjanjian damai antara kerajaan republik dan keluarga al-Daulah.
Menurut laporan akhbar itu, keluarga al-Daulah dibenarkan pulang, dengan Tengku Danish sebagai ketua keluarga yang baru. Mereka juga dibenarkan tinggal di istana lama, harta-harta peribadi yang disita kerajaan republik juga dipulangkan.
Dan sebagai ganti, Tengku Danish dan Tengku Dania bersetuju untuk menyerahkan kuasanya dan harta-harta negara yang dimilikinya kepada kerajaan republik.
Gambar Tengku Danish mewakili keluarga al-Daulah dan gambar Hafiz selaku Presiden Republik bersalaman sambil Azlan di tengah-tengah menepuk tangan, memang menyiat hati dan perasaannya.
Dan dari gambar itu, Jimmy tahu, peluangnya untuk menjadi Sultan, sudah ditutup kemas oleh Azlan. Dia terpaksa lupakan cita-cita itu, dan hanya fikirkan survival diri.
--
Adilah
Aku termenung di luar rumah, mengambil angin. Aku fikir, apa yang sedang koibito buat sekarang? Adakah kesihatannya semakin teruk?
Aku nampak gambar di akhbar, dia mula berkerusi roda dan rambutnya pun telah gugur.
Aku nampak Alif lebih berjaya sekarang. Mili pun sudah jadi artis yang popular.
Mesti sekarang mereka berdua malu nak mengaku aku ni mama mereka.
Bantuan nasi bungkus datang tak menentu. Kadang-kadang sehari tiga kali, ada sekali tu seminggu cuma sekali. Tan Sri Jabbar memberi bantuan seminimum yang mungkin.
Daripada dulu nasi bungkus ada ikan goreng dan sayur kobis goreng, kepada ikan rebus dan bendi celur. Daripada ikan rebus, jadi tak ada ikan, cuma hanya bendi celur sahaja.
Dan apabila bantuan makanan tak kunjung tiba, aku dan Jimmy terpaksa mencari tikus di ladang kelapa sawit untuk dipanggang dan dimakan.
Kami dah tak peduli tikus tu membawa penyakit lagi, asal kami boleh makan, kami makan.
Kami berdua sedar, kami dah tak berupaya lagi untuk melawan Azlan. Dia sudah menang, jadi sebab itu semua keadaan ini berlaku. Tan Sri Jabbar cuba membantu kami dalam apa yang dia boleh, sebab dia cakap dia sendiri pun mengalami masalah.
Ahli keluarga lain langsung tak boleh membantu. Saiful sejak melepaskan jawatan dari Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, memang tak dapat nak membantu langsung.
Tan Sri Jabbar cakap dirinya sendiri pun diekori oleh orang-orang Azlan. Azlan juga hantar orang-orangnya untuk pantau ahli keluarga kami yang lain.
Tak lama lagi dah nak bulan puasa. Harap-harap Azlan tak zalim sampai kami kena berbuka puasa lauk tikus.
--
Azlan
Ramadhan sudah kembali. Maka Ayam Hitam merancang untuk melakukan amal jariah di beberapa kawasan dan daerah di dua provinsi utama, di Air Putih dan Sri Kencanapuri.
Maka aku dan Merlina aktiflah ke daerah-daerah di provinsi ini untuk memberi bantuan. Selain itu, kami juga berkempen tentang Referendum Perkara 5 tentang betapa pentingnya sistem persekutuan dikembalikan.
"Makcik duduk di Kampung Mengkuang ni, nak minta bantuan kerajaan, selalu pergi ke mana?" tanya Merlina sambil menghulurkan beras dan barangan dapur kepada seorang rakyat yang menerima bantuan kami.
"Susah, puan Merlina. Kami orang kampung kalau nak minta bantuan je, kena ada wakil nak ke Kota Warisan tu, pergi Jabatan Kebajikan Masyarakat kat sana. Pejabat daerah ni bila kita mintak, cakap Gabenor kena dengar arahan pusat. Dulu zaman sebelum Sultan Norman, boleh je minta di pejabat daerah."
"Haaa, sebab tu pentingnya masa pilihanraya Referendum nanti, makcik undi Ya untuk Persekutuan. Bila jadi Perkara 5 ni, makcik akan mudah menerima bantuan, sebab semua benda diuruskan peringkat negeri, daerah, mukim. Sebab kuasa tu dah diagihkan ke bawah. Takdelah sikit-sikit nak kena pergi Kota Warisan. Jauh tu," kata Merlina sambil menghulurkan bakul beras dan bekalan dapur disamping pamplet menyokong Perkara 5 dalam bakulnya.
Di Facebook pula, kempen Perkara 5 sedang berjalan giat, dengan menghantar FB ads, serta mencipta group-group FB daerah yang menyokong Perkara 5.
Parti-parti yang menyokong Ya Kepada Persekutuan ialah parti-parti provinsi, Parti Pertiwi, dan Parti Nasionalis (kecuali kelompok Shahril yang aku plant untuk tarik akar umbi Parti Republikan yang cuba menikam Natasha), Parti Demokrat dan United Lamas Association Party, sebuah parti pro-puak Lamas yang beragama Kristian.
Parti yang menyokong Tidak Kepada Perkara 5, atau Federalism Corrupts, adalah golongan yang menentang Perkara 5, dan kebanyakan penyokongnya ialah Parti Republikan, terutamanya yang menentang MKKP, dan geng Shahril yang aku dah plant dalam movement social justice ni.
Tujuan dia, ialah untuk asingkan yang mana sokong Natasha, dan yang mana yang jadi social justice warrior dan leftist students yang jadi duri dalam daging dalam masyarakat Gelanggayu.
Yang ini aku nak si Shahril, menjadi peniup seruling untuk ular-ular ni keluar sebelum aku ketuk sekor-sekor kepala mereka.
Antara point-point yang aku suruh Shahril cakap, ialah sistem persekutuan lebih mudah berlaku korupsi sebab kerajaan negeri akan bertindak macam orang tengah, dan bukan diuruskan kerajaan pusat.
Selain itu, point aku bagi untuk geng Tidak ni, ialah ia melicinkan birokrasi dan mengurangkan cukai.
Senang cerita, dua-dua pihak dalam referendum ni, aku taja. Macam apa yang Palpatine buat dalam Clone Wars. Sebelah separatist pun letak duit, sebelah republic army pun letak duit.
Disebabkan Merlina ni head of communication untuk kempen Ya Untuk Persekutuan, kali ni giliran aku pulak naikkan nama dia sebagai 'wanita pertama'.
Aku ambil gambar Merlina sedang memberi beras kepada penduduk kampung, sambil up ke semua media sosial. Walaupun Merlina cuma ada 778k followers je, tapi nampaklah Merlina ni jenis yang suka turun padang dan bukan bini pemimpin negara yang tipikal.
Memang dia bukan bini pemimpin negara yang tipikal suka pakai emas permata, beg Birkin mahal macam Adilah selalu buat tu, tapi sebab Merlina bukan jenis tu lah, aku nak highlightkan dia.
So takdelah Merlina ni anggap semua ni pasal aku je. Aku pun naikkan imej dia jugak.
Disebabkan Julia ni kelakar dan suka buat lawak, aku bawa Julia sekali untuk menghiburkan staf-staf yang sedang mengagihkan barang. Tambah pulak dengan dia menjadi duta Ayamas sekarang, CEO Ayamas nak buat promosi je, dia call Merlina.
Merlina juga mula setup Tapau di beberapa bandar kecil di daerah-daerah, dan PergiMana pun kini dah diversify untuk perkhidmatan teksi macam Uber, dan Merlina pun dah beli syer Shopee Gelanggayu yang turut dikongsi bersama Kencana Consortium, GLC yang dipimpin Perdana Menteri, iaitu Natasha.
Disebabkan Saiful gagal nak memberikan presentation yang bagus, aku menerima syarikat Temasik untuk membangunkan infrastruktur internet berkelajuan tinggi di kampung-kampung.
Untuk menutup kemarahan akar umbi Parti Pertiwi, syarikat Temasik itu bergantung kepada pekerja-pekerja syarikat yang aku buat untuk Jeneral Firdaus, Blitz Holdings, yang CEOnya ialah isterinya, Nooryana.
Aku ada plan untuk Jeneral Firdaus ni, tapi aku tunggu Hafiz mati dulu. Aku tak nak la dia mati cepat, tapi dokumen dalam beg yang aku bagi pada Jeneral Firdaus masa hari Ali mati tu, adalah direct order daripada aku untuk tentera takeover istana Presiden, sekiranya orang-orang Sayap Kuning yang masih ada tersisa untuk angkat Kamarulzaman sebagai Presiden.
Dan aku tau dia belum bukak, sebab nombor pin security beg tu hanya aku sahaja yang tahu. Dan kalau dia cuba bukak pun, aku tau. Sebab dalam beg tu, aku plan device untuk track ke mana beg tu pergi.
Ini cara aku untuk menguji kesetiaan Jeneral Firdaus. Ternyata Ali memang menerapkan nilai brotherhood dan kesetiaan dalam Ayam Hitam. Tapi, sejak aku tau ada orang jenis Amir, aku kena sentiasa berjaga-jaga.
Selalu kena ingat, kalau kau lalai, bila-bila masa orang lain boleh tikam kau dari belakang.
--
"Alhamdulillah, selesai zakat fitrah dan harta untuk tahun ni," aku menadah tangan bersyukur. Tahun ni wang dari keluarga al-Daulah ni aku nak set up food bank di setiap ceruk kampung, supaya tidak ada orang yang kelaparan.
Yayasan Tengku Aminah, yang memberi bantuan kewangan kepada golongan ibu tunggal dan warga tua, kini diperluaskan ke demografi lain seperti pelajar sekolah dan kanak-kanak.
Kini pelajar sekolah yang nak kelengkapan sekolah, boleh memohon bantuan kepada Yayasan Tengku Aminah, supaya kemiskinan itu tak jadi penghalang kepada peluang memajukan diri dan negara.
Di Kampung Mengkuang ini, Merlina datang ke sekolah mereka dan memberi ceramah tentang kepentingan untuk mempelajari pengurusan wang.
Dalam sidang media, Merlina yang sejak dari awal berkata tentang kecelikan kewangan, gembira melihat dasar pendidikan negara yang meletakkan pengurusan kewangan dalam subjek pendidikan sekolah.
"Zaman saya sekolah dulu takde subjek ni, tapi atas initiatif Perdana Menteri, Natasha Abdullah, subjek ini kini mula diterapkan di sekolah. Dan hari ini, anak-anak kita tahu bagaimana mahu menguruskan wang," kata Merlina yang menjawab soalan wartawan.
Sebenarnya Merlina yang cadangkan pada Natasha masa dia mula-mula menjawat jawatan Menteri Pendidikan tahun 2004 dulu, dan sampai sekarang subjek itu dikekalkan.
Tapi Merlina pun main politik juga ni, dia sebut juga nama Natasha walaupun dia sendiri yang cadangkan perkara tu. Nampaknya Merlina sendiri pun dah pandai main politik.
--
Dalam kapal terbang, Merlina tunjuk aku kerja-kerja membina laluan kereta api laju yang dah berjalan. Baru nak mula buka kawasan.
Tetapi aku lebih nak utamakan laluan kereta api dari Teknojaya ke Wijayapura tu, sebab aku tau kalau yang tu siap dulu, dengan projek kilang-kilang farmaseutikal untuk buat vaksin tu siap, ia akan memudahkan penghantaran vaksin ke seluruh dunia apabila supervirus tu merebak nanti.
Menurut perjanjian yang aku atur dengan syarikat-syarikat farma ni, disebabkan aku dan Merlina yang bongkarkan kerja jahat deal antara syarikat Kencana Consortium yang dikendalikan oleh Adilah dulu dengan kerajaan komunis Kwantong tentang nak sebarkan supervirus ni dulu, dan suami Claudia yang ambik risiko ambik resipi vaksin ni dari lab Wuhan untuk diberikan kepada aku, sebelum aku bawa ke sini, maka tuntutan aku ialah Gelanggayu dapat half price beli vaksin (bukan percuma ya) berbanding negara lain.
Dan kilang-kilang tu untuk buat vaksin tu aku benarkan ia dibina di Teknojaya, sekaligus Gelanggayu akan menjadi distributor kepada vaksin bila supervirus tu merebak seluruh dunia nanti.
Sebab tu aku nak keutamaan di sebelah sana tu siap dulu.
"Belah sana pun dah start bina, Lan. Kau rilek je, nanti kau photo op je la letak batu asas ke apa."
Aku harap at least kat sebelah sana siap sebelum 2020. Jadi aku tak nak ada pertukaran kerajaan atau apa-apa. Aku dah fikirkan benda ni sejak aku dapat tahu yang Hafiz kena AIDS.
Benda ni aku dah rancang dengan Ali sebelum dia meninggal. Ini untuk mengukuhkan kedudukan aku dalam politik sebab kalau orang lain ni, aku tak rasa mereka boleh handle skala sebesar ni.
Sebab aku ni anak murid Pengetua. Walaupun Nat pun anak murid Pengetua, dia tu jenis straight by the book. Dia tak pandai belok-belok ni. Lagipun 2019 nanti term limit dia dah habis.
Pengerusi tak ada term limit. Dan aku akan pastikan itu akan kekal.
--
Petang ni, aku ada aktiviti memasak bubur lambuk di Masjid Puncak Tropika. Beberapa ahli JKK Masjid juga turut membantu kami dalam menyediakan dan memberi bubur lambuk kepada penduduk sekitar di sini.
Aku faham dalam politik ni kena 'mencapub' lebih sikit, tapi aku tak suka ahli politik yang suka tepek muka pada bantuan. Tu nilai-nilai dalam Parti Nasionalis yang aku cuba terapkan kepada orang-orang bawah aku.
Nak bagi bantuan ni kena datang tayang muka kepada rakyat, bukan tepek muka kat beras. Aku nak rakyat yang menerima bantuan ni tahu yang aku bagi beras ni, tapi tak payahlah muka aku ditepekkan ke plastik beras.
Lainlah kalau aku bukak company beras Cap Azlan.
Amalan dan budaya menepek muka kat kampit beras ni dah berlangsung sejak zaman Parti Persekutuan di bawah Tun Azmi lagi. Zaman Izham dulu, segala benda, beras, sabun basuh, gula dia nak tepek muka dia.
Kalau zaman aku sekarang, takdenya nak buat macam tu. Budaya bodoh tampal muka ahli politik kat beras, gula dan sabun basuh ni aku dah lama tamatkan. Instead, cara aku ialah meletakkan gambar aku di Facebook. Ini caranya untuk target audience sebelah luar bandar.
Aktiviti aku kat surau ke, masjid ke, bagi bantuan banjir ke, semua kat Facebook.
Kalau aku tengah jamming main gitar ke, atau konsert rock ke, tengah main piano ke, atau tengah surfing, atau minum kopi mahal di kafe hipster dengan suit macam filem Kingsman tu, aku up gambar kat Twitter dan Instagram. Sekali sekala aku buat live kat Instagram dan Facebook, dan buat sesi soal jawab bersama rakyat.
Senang cerita, gambar-gambar aku, aku up ikut crowd. Untuk golongan luar bandar, golongan bukan millennial, dan untuk pakcik dan makcik boomer, aku up kat Facebook.
Untuk golongan urban, orang muda, aku up kat Twitter dan Instagram.
Dalam majlis ni, Jeneral Firdaus mewakili tentera pun datang untuk membantu pihak masjid. Jadi, aku dan Jeneral Firdaus mengacau bubur lambuk sementara menanti waktu Asar, sebelum nak diedarkan kepada orang ramai.
Dalam masa sama, mata aku memerhatikan Kecik. Memang la dia rajin, angkat barang, tolong masukkan bubur dalam plastik, tolong potong bawang, carrot tu semua, tapi dia punya rajin tu macam nak tolong Hidayah lebih daripada orang lain.
Bukanlah dia tak tolong orang lain, tapi Hidayah ni macam dia tolong lebih sikit.
"Bro Alan," tegur Jeneral Firdaus.
"Apa dia?" kata aku.
"Perasan tak, Kecik ni ada sesuatuuuu je dengan Kak Yong?"
"Aku perasan."
"Bro Alan rasa, dorang ni ada skandal ke?"
"Kemungkinan. Yang tu kita kena siasat. Kalau dorang ni curang, sebelum Ali meninggal, hati-hati sikit."
Jeneral Firdaus mengangguk tanda bersetuju.
Aku perhatikan gelagat dua orang kanannya, Lias dan Joni, serta anak-anak buah Kecik.
"Fidot..."
"Ada apa, bro Alan?"
"Bukan sekarang, tapi lepas buka puasa ni, kau suruh Lias dan Joni ni jumpa aku kejap. Aku ada benda nak tanya dorang ni."
"Baik, bro Alan."
Suasana menjelang ke maghrib di masjid ni bertambah meriah. Merlina bersama-sama dengan pekerja-pekerja Kecik semua mengagihkan bubur lambuk kepada penduduk setempat.
Bila orang ramai tahu yang aku ada kat masjid, maka semua nak datang untuk solat terawih secara berjemaah.
Sempena bulan Ramadhan ni, aku ringankan sikit la hukuman aku kat dua beruk kat Kampung Bacang tu. Aku dengar dari mulut Tan Sri Jabbar, dorang berdua ni sampai makan tikus untuk teruskan hidup.
Jadi bulan Ramadhan ni, aku bagilah mereka ni dapur minyak tanah dengan sedikit makanan yang bernutrisi macam sardin atau telur. Sayur kobis dari kebun aku tu, dengan bawang, minyak masak, cili kering.
Sampai makan tikus jadinya, aku risau mereka ni mati sebelum rancangan aku ni. Aku perlukan mereka untuk terus hidup dalam keadaan paling minima.
Aku akan pastikan yang mereka ni dapat melangsungkan ibadah puasa dengan baik, walaupun kalau dorang tak puasa. Kalau dorang tak puasa, tu antara dia dengan Tuhan. Aku tak nak la membebankan lagi dorang dalam keadaan berpuasa. Aku pulak nanti yang berdosa.
Aku ni bukan zalim sangat.
--
"Bulan puasa ni, Tan Sri Jabbar bagi makanan sedap-sedap lah," kata Jimmy sambil menambah nasik lauk sardin yang Adilah masak.
"Ye lah, takdelah asyik nak kena makan tikus."
"Harap-harap raya ni dia bagilah rendang ke apa."
"Hish, you ni! Dapat makan macam ni pun dah elok sangat dah. Daripada zaman makan tikus tu, teruk sangat dah tu."
Lepas makan, Adilah merenung gambar anak-anaknya, Alif dan Mili pada kertas surat khabar pembungkus nasi bungkus yang dia simpan.
"Dah berjaya, jangan lupakan mama ya?" bisik hati Adilah sambil menangis melihat gambar dua orang anaknya.
Jimmy mula perasan yang dia asyik menangis melihat gambar anak-anaknya.
"You rindu dengan Hafiz ke?" tanya Jimmy.
"Jimmy, dua orang ni, anak you. Bukan anak Hafiz."
Muka Jimmy berubah.
"Habis tu, Hafiz tau ke selama ni yang Alif and Mili tu bukan anak dia?"
"Dia baru tahu."
Jimmy menampar-nampar mukanya bila baru dia tahu tentang Alif dan Mili.
--
"Bro Alan, ni Lias dengan Joni datang," kata Jeneral Firdaus.
"Kecik tau ke ni?" tanya Azlan.
"Tak, bro Alan," kata Jeneral Firdaus.
"Ada apa ni, bro Alan?" tanya Lias.
"Duduk," kata Azlan sambil menghulurkan kerusi plastik merah masjid kepada kedua-dua pengikut Kecik tu.
"Kecik mana?"
"Abang Kecik tolong Kak Yong kemas pinggan mangkuk, cuci semua."
Azlan jeling kepada Jeneral Firdaus, Jeneral Firdaus mengangguk.
"Dah berapa lama si Kecik ni asyik tolong Kak Yong ni, Lias?" tanya Azlan.
"Dari zaman bro Ali kat Kyrgyzstan lagi," jawab Lias.
Azlan sekali lagi menjeling ke arah Jeneral Firdaus. Tapi Joni dapat tangkap jelingan tu.
"Tapi bro Alan janganlah salah sangka. Kecik dengan Kak Yong takde skandal kat belakang bro Ali. Kak Yong setia dengan bro Ali, Kecik pun takde pun nak sailang Kak Yong," kata Joni.
"Habis tu, kenapa dia asyik nak menepek je dengan Kak Yong?" tanya Azlan.
"Sebab dia memang crush dengan Kak Yong, tapi sebab dia tu isteri bro Ali, dia tak melawan la."
"Ooooo....kitorang ingatkan dorang ada skandal tadi!" kata Jeneral Firdaus.
"Takde bang Fidot, bro Alan. Sumpah, abang Kecik tu baik. Cuma sejak bro Ali dah takde, abang Kecik rajin la tolong Kak Yong. Kesian dia susah sorang-sorang," kata Joni.
Azlan mengangguk faham.
"Masalahnya Abang Kecik takut nak confess dengan Kak Yong, sebab Kak Yong pun lima tahun lagi tua daripada dia. Lagi pulak dia tu balu bro Ali," kata Lias.
"Masalah self esteem Abang Kecik ni, bro Alan! Kalau boleh, bro Alan kan kacak bergaya, ajarlah dia handsome sikit supaya Kak Yong terpikat," kata Joni pula.
"Hmmmm, macam tu kisahnya. Kalau macam tu, biar aku je yang cakap dengan Kecik. Tapi kalau boleh, tunggu la Kak Yong move on dulu, betul tak?" kata Azlan.
"Betul tu, bro Fidot dengan bro Alan jangan la saspek abang Kecik bukan-bukan. Dorang takde skandal, cuma abang Kecik ni dia pemalu sikit, hati mahu tapi malu," kata Lias.
"Nak mengorat ni kena pakai strategi. Ni aku tengok cara dia ni macam terlalu nak mengejar," kata Azlan.
"Setuju," kata Jeneral Firdaus.
"Haih, susahlah kalau nak mengorat pun nak kena aku ajar, haih Kecik..." Azlan menggaru-garu kepala.
"Bro Alan dah tak ada apa lagi ke?"
"Oh ya, jangan beritahu Kecik aku tanya ni. Kecik hati si Kecik ni karang. Biar aku je yang slow talk," kata Azlan.
"Baik, bro Alan!"
Azlan pandang Jeneral Firdaus, kemudian dua-dua tergelak.
--
Balik je dari rumah, dia tengok Jugra sedang keletihan dan tidur di meja dapur sambil membuat latihan ulangkaji matematik.
"Jugra...bangun," kata Azlan.
"Dah sahur ke?" budak Jugra ni mengigau.
"Tak, kau tidur kat meja makan ni," kata Azlan sambil buka bubur lambuk dan panaskan di microwave. Kemudian dia mengambil mangkuk untuk hidangkan kepada Jugra.
"Ooo...daddy baru balik ke?" tanya Jugra.
"Haah. Kat masjid ada gotong royong."
"Daddy tak letih ke?"
"Kenalah pandai gunakan tenaga ni. Guna benda yang perlu je. Benda yang buang tenaga, daddy tak buat."
"Daddy..." Jugra gosok-gosok matanya.
"Apa dia?"
"Jugra nak tanya something."
"Pasal apa?"
"Jugra ada terbaca pasal teori konspirasi yang daddy ni ahli Freemason dan ada ritual minum darah budak, betul ke?" tanya Jugra.
Azlan senyum je. Dia dah agak dah sejak teori konspirasi tu keluar, semua orang pun tak banyak sikit, bercakap pasal benda ni.
"Betul la tu. Daddy minum darah budak, darah anak dara dengan sembelih dorang kat altar pentagram sambil buka lagu Dimmu Burgir untuk memanggil dark satanic of infinite darkness."
Ayat 'dark satanic of infinite darkness' ni dah jadi meme untuk bahan Jugra dah. Tiap kali aku cakap macam tu, Jugra mesti tarik muka tahan malu.
"Daddy layan black metal jugak ke? Tapi betul ke daddy buat benda macam tu?"
"Hmm kalau daddy buat, masa kau baby lagi aku dah minum darah kau. Benda macam ni pun kau boleh percaya. Kau pun tau hidup daddy ni macam mana. Nah, ambik bubur lambuk ni."
"Macam mana daddy boleh sentiasa kekal aktif je? Macam kat Urbanscapes tu, sampai meloncat-loncat. Lepas tu boleh pergi mesyuarat, boleh pulak beri bantuan apa semua."
"Daddy makan vitamin la. Makan makanan seimbang, jaga badan. Kurang minum minuman manis. Apa la Jugra ni."
Jugra senyum je bila pandang Azlan.
"Daddy?"
"Ya?"
"Yang urine test tu, betul la, Jugra tak sangkut. Macam mana daddy tau benda ni?"
"Dalam aspirin, ada satu chemical yang dipanggil salicylates. Salicylates ni dalam tumbuhan, dan dalam aspirin tu ada asid yang diasaskan dari salicylates, dipanggil acetylsalicylic acid. Benda tu bila masuk dalam pundi kencing, dia akan tutup chemical ganja yang dipanggil tetrahydrocannabinol, orang panggil THC je. Tapi benda tu temporary, sebab tu kalau kau ada urine test, 2 minggu sebelum tu, kau jangan hisap ganja."
"Tapi termakan Mama Mer punya baklava tu."
"Okay, apa pengajaran kau dapat kat sini, Jugra?" tanya Azlan sambil pegang bahu anaknya.
"Jangan makan baklava Mama Mer?"
"Bukan, sebelum nak makan tu, tanya dulu. Jangan makan orang punya makanan sesuka hati je. Mama Mer kan buat asing. Yang kosong tu makan la. Kecuali kalau kau memang nak stoned."
"Daddy tak marah ke?"
"Daddy tak marah. Daddy sendiri pun guna. Cuma daddy gunakan benda tu sebagai ubat. Semua dadah dalam dunia ni, adalah ubat. Dia start jadi salah bila kita salahgunakan benda tu. Macam tengok beza antara mat pet duduk bawah jambatan tu, dia salah gunakan dadah. Mama Mer gunakan benda tu sebab kerja dia sehari suntuk kena fikir idea kreatif, jadi dia perlukan benda tu. Daddy kena fikir strategi, kena fikir pelan, otak daddy stress hari-hari. Jadi daddy gunakan benda tu untuk kurangkan stress. Dia yang salah, kalau sakit takde, apa pun takde, nak stoned. Yang tu, salah."
"Ooohhh, kalau macam tu, orang hisap gam tu macam mana pulak?"
"Kau jangan hisap gam. Aku tampar kau karang. Tu buat rosak otak je."
"Tapi kalau ganja?"
"Untuk perubatan la. Janganlah kau guna sebab kau nak enjoy-enjoy. Benda ni asalnya herba, guna untuk sakit. Sama macam ketum, benda tu guna untuk sakit badan. Tapi tak sakit badan pun nak minum, lepas tu campur ubat gegat, ubat nyamuk, tu mengarut dah tu. Haih, aku tak sangka kau dah besar, dan aku kena terangkan semua ni pada kau. Zaman aku dulu ni, kalau kantoi dengan Pengetua, memang makan pelempang aku ni. Zaman sekarang, dah berubah. Masyarakat makin depressed, jadi perlulah kaji benda ni untuk anti-depressants."
Memang Azlan dan Merlina perlahan-lahan sudah mulakan penyelidikan terhadap daun ini. Antaranya syarikat Merlina dah belanjakan sejumlah RG30 juta untuk penyelidikan herba-herba untuk dijadikan perubatan, termasuklah ganja.
Selain itu, Azlan dan Merlina juga bercadang untuk bina Pusat Vaksin Negara (PVN), yang dicadangkan untuk dibina di Teknojaya, mana la tahu kalau ada penyakit berjangkit pada masa depan, negara dapat berdepan masalah dengan lebih rapi persediaannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro