
2016 part 9
Tanpa Adilah dan Jimmy sedari, perbualan mereka telah dirakam menerusi pepijat yang dipasang oleh orang-orang Tan Sri Jabbar, orang yang sangat dipercayai oleh Pak Wan Radzi sejak sekian lama.
Pepijat itu kemudiannya menghantar transmisi ke telefon bimbit Tan Sri Jabbar, dan Tan Sri Jabbar kemudiannya menghantarnya ke Azlan, yang sedang berada di Istanbul untuk mesyuarat OIC.
Ketika di Istanbul, OIC sedang membincangkan situasi di Syria, di mana pengganas ISIS sedang menguasai kawasan kaum Kurdish bersempadan dengan Turki, Azlan hanya memerhatikan apa yang sedang dilakukan oleh Erdogan.
Azlan tahu situasi politik Turki sebenarnya sedang kucar-kacir. Pihak tentera sebenarnya mahu menggulingkan beliau kerana tindakan beliau yang tidak mengikut prinsip-prinsip sekularisme yang dibina oleh Ataturk.
Dalam mesyuarat yang panjang itu, Azlan yang mewakili Gelanggayu hanya diam dan memerhatikan presiden, sultan atau perdana menteri yang lain, tetapi fokusnya ialah kepada Erdogan.
--
Selepas habis mesyuarat, Azlan mengajak Erdogan untuk berbincang dalam pembelian drone dari Turki, disamping hubungan perdagangan yang lebih erat antara dua negara.
Azlan sedar, Ali sedang menjalankan misinya untuk mengkucar-kacirkan politik Britain dan Amerika Syarikat, seperti referendum Brexit dan pilihan raya Presiden di Amerika.
Dan semua ini dibantu oleh FSB yang dinaungi oleh Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Putin mahukan Syria kerana dia mahu Moscow mempunyai pengaruh di Asia Barat sekaligus bersaing dengan Amerika Syarikat yang sedang bergelut dalam pertempuran perang saudara di Iraq.
Tambahan pula, Iran juga merupakan sekutu Moscow, yang akan memberi persaingan kepada Turki dalam cita-citanya untuk mewujudkan neo-Uthmanniyah di rantau ini.
Dan Azlan tahu, Turki dan Rusia memang dari dulu tidak sebulu. Dari zaman Peter The Great lagi, misi Rusia untuk menguasai selat Bosphorus untuk laluan kapalnya adalah agenda Rusia.
Selepas ini, Azlan akan ke London, kerana Ali sedang sibuk melakukan serangan online kepada akaun-akaun Facebook di Amerika, untuk berkempen menyokong Trump.
Masa Brexit dan Scotland dulu pun Ali dah berjaya pecahbelahkan Britain. Tapi dalam masa sama, yang Azlan bimbang sekarang, kedudukan Ali yang kini sudah mula diintip oleh CIA dan Mossad.
--
"Seronok mesyuarat Wanita Pertama?" tanya Azlan kepada Merlina di suite hotel Four Seasons Istanbul.
"Meh. Macam borak dengan datin-datin. Aku sorang je yang paling muda kat situ," kata Merlina sambil kunyah kacang pistachio.
"Paling muda, tapi paling kaya, Mer."
Azlan buka tali lehernya, kemudian mendengar semula perbualan Jimmy dan Adilah yang dirakam oleh Tan Sri Jabbar di dalam bilik air, dengan menggunakan earphone.
"Khamis ni kan, kita pergi London?" tanya Merlina.
"Haah."
"Aku risau dengan Ali sebenarnya. Dia ni sedar atau tak, yang ada orang dalam Ayam Hitam nak tikam dia dari belakang?"
"Sebab kakak aku dakwa abang dia la, although aku rasa memang dia dah lama ada connection dengan Adilah tu."
"Kau nak mengata Amir ke?"
"Memang ada masalah dengan Ayam Hitam ni dari segi struktur organisasi. Semua benda Ali nak kena handle. Patutnya umur macam ni, Ali dah patut cuci tangan, biar je budak-budak dia buat kerja. Ni semua benda pun kena lalu dia, micromanage sangat."
Telefon berbunyi.
"Ya, Jabbar?"
"Tuan Pengerusi, apa langkah seterusnya?"
"Biar je Adilah jumpa Ali. Tapi aku nak kau ada kat situ."
"Ali kat mana, Pengerusi?"
"London."
"Nak saya hantar orang saya ke sana?"
"Ya, tapi aku ke sana juga Khamis ni. Jadi, sebelum aku sampai, aku nak tahu apa langkah mereka seterusnya."
"Baik, Pengerusi."
Azlan letak telefon.
--
"Kau rasa betul ke langkah kita ni, Amir?" tanya Ali kepada Amir yang merupakan ketua biro politik kepada organisasinya, Ayam Hitam. Amir juga merupakan pangkat yang paling tinggi antara semua ahli parlimen Parti Pertiwi, iaitu Menteri Pertahanan.
Hari tu dah tampar, tapi kali ni Ali terpaksa dengar pendapat Amir yang kawal ramai penyokong-penyokong dalam Parti Pertiwi.
"Pengerusi terlalu bagi muka kepada Natasha. Bro Ali kenalah fikir, kita ni ada misi. Misi untuk menjadikan Gelanggayu ni bebas dan merdeka daripada penjajahan, baik dalam bentuk keras atau bentuk halus."
"Aku faham niat kau, Amir. Tapi dealing dengan Pak Wan Radzi ni adalah perkara last yang aku nak buat. Kau tau kan, aku dengan Azlan tu macam mana?"
"Bro Ali, this is not personal. This is pure political move."
"Kau tengok, kat sini pun aku rasa susah sikit nak terima pendapat kau."
"Tapi ini untuk survival Parti Pertiwi jugak, bro Ali. Kita semua tahu perangai Pengerusi Azlan, lemah dengan perempuan. Kita tahu sejarah dia macam mana. Lagi pulak, kita pun tahu yang Natasha tu bekas kekasih dia. Rachel pulak, anak haram mereka berdua. Bro, kalau kita tak bertindak, satu hari nanti kalau Azlan bertindak melawan kita, macam mana?"
"Aku percaya Azlan takkan buat macam tu pada aku."
"Bro, mungkin bro dah kawan rapat dengan Azlan lama. Sebelum dia dapat kuasa. Selepas dia dapat kuasa, dia dah bukan Azlan yang bro kenal. Bro Ali tak terfikir ke, dia rapat dengan CIA? Entah-entah dia yang panggil Mossad untuk ancam nyawa Bro Ali."
"Aku tak fikir Azlan akan sanggup buat macam tu..."
"Bro Ali, anything can happen. Apa yang saya buat ni, demi Parti Pertiwi, demi Ayam Hitam jugak. Demi perjuangan kita."
"Bro Ali, dorang dah sampai!" kata pengikut Ali yang dah standby depan pintu.
Suasana di Highbury Square agak sejuk, walaupun sudah menghampiri ke musim panas. Hujan lebat di London hari ini.
Pintu dibuka. Adilah, Pak Wan Radzi dan Tan Sri Jabbar masuk ke dalam rumah Ali.
Ali memandang Adilah dengan satu pandangan yang tajam. Dia rasa dia perlu berhati-hati dalam membuat keputusan ini. Dia mahu perjuangannya tercapai, tetapi dia tidak mahu menikam adiknya sendiri dari belakang.
"Ali," Adilah menghulurkan salam.
"Hmm, duduklah."
Ali pandang mata Adilah, kemudian Pak Wan Radzi dan kemudiannya pandang kepada mata Tan Sri Jabbar.
Apa yang Ali nampak di mata Adilah, adalah keyakinan. Apa yang dia nampak pada mata Pak Wan Radzi ialah dia percaya kepada pelan Adilah, jadi dia seperti tak ambik pot sangat dan hanya menyerahkan keputusan kepada Adilah.
Kemudian dia pandang mata Tan Sri Jabbar, dan dia nampak seperti dia gugup.
"Jadi, korang nak apa ni?" tanya Ali.
"Amir, dah beritahu Ali apa yang kita bincangkan dalam telefon hari tu?" tanya Adilah.
"Ya, Amir dah beritahu aku," kata Ali.
"Macam mana? Setuju tak?" tanya Pak Wan Radzi.
"Korang nak aku buat movement untuk naikkan Tengku Ahmad untuk jadi Sultan Gelanggayu, untuk kembalikan semula pemerintahan al-Daulah? Kenapa kau tak suruh Tengku Danish je jadi Sultan? Bukan sepatutnya dia lagi layak ke?"
"Tengku Danish terlalu lemah untuk menjadi Sultan, Ali," kata Pak Wan Radzi.
"Betul. Tapi bukan ke itu yang korang selalu harapkan? Supaya korang dapat ambil kesempatan? Aku tak faham salasilah keluarga al-Daulah ni macam mana politiknya. Maklumlah, aku belajar sampai darjah tiga je," kata Ali.
"Awak lebih bijak daripada Azlan, Ali," kata Adilah.
Ali pandang Amir, kemudian dia tenung mata Tan Sri Jabbar. Tan Sri Jabbar terus memandang kepada Amir. Amir pula pandang mata Adilah, sementara Adilah memandang mata Ali.
Semua sedang membaca bahasa mata dan bahasa badan. Semua sedang mengkaji psikologi semua pihak.
"Amir, apa point kau tadi, sebelum dorang datang?" kata Ali.
"Begini, kita semua tahu yang Azlan ni bekas kekasih Natasha dan mereka sebenarnya masih bercinta. Gunawan dan Merlina tu cuma nak tutup perasaan je. Sebab tu lah Azlan gunakan Akta Syarikat Berkaitan Kerajaan 1974 untuk mengambil alih Kencana Consortium. Kononnya untuk bailout Kencana yang kerugian besar. Padahal kita tahu, Azlan memang nak bagi Natasha syarikat tu."
"Dan Natasha ni ada agenda liberal, yang menghakis hak peribumi. Dia sendiri pun tak mengamalkan gaya hidup orang Timur," kata Adilah.
Ali senyum. Nampak sangat Adilah cuba membodek. Jadi dia play along, sambil memandang mata Tan Sri Jabbar sekali lagi. Ali tahu, Tan Sri Jabbar ini Big Boss Man yang Azlan maksudkan.
"Ada banyak benda yang aku tak setuju dengan Natasha. Dia panggil parti aku ni, fasis. Ada aku kejam macam HitIer ke?" tanya Ali.
"Sebenarnya Azlan yang macam tu, Ali. Dia sedang pusatkan semua kuasa kepadanya. Ali, kita kena buat sesuatu, sebelum pasangan bercinta ni menguasai Gelanggayu sampai akhir hayat kita. You're the only one who can stop them," kata Adilah.
"Macam mana?" tanya Ali.
"Dengan mengapi-apikan rakyat untuk menjatuhkan kerajaan republik ni, dan mengembalikan kesultanan al-Daulah," kata Adilah.
Mata Ali memandang Amir.
"Amir, macam mana?" tanya Ali.
"Kita boleh suruh Jeneral Firdaus adakan kudeta, kemudian kita install Tengku Ahmad sebagai Sultan. Benda ni CIA pernah buat masa nak letakkan Shah Iran dan gulingkan Mossadegh dulu," kata Amir.
"Tapi kena ada gerakan rakyat dulu, Ali. And that's your expertise," kata Adilah.
"Aku nak tanya kau dua soalan," kata Ali kepada Adilah.
"Apa dia?"
"Kenapa dulu kau join Pengetua, untuk gulingkan Sultan Norman?" tanya Ali.
"Sebab Sultan Norman adalah pemimpin yang kejam dan zalim. Ini cuma political move. Lepas dah jadi republik, cuba tengok apa yang Natasha dah buat kepada negara ni. Dasar Darwinism dalam pelajaran sains, sekularisme, memansuhkan Jabatan Agama..."
"Tapi dah ada balik sekarang, kan? Haji Syaaban dah jadi mufti."
"Ini cuma political game Azlan. Semua orang tahu, Parti Demokrat dah bankrap dan Azlan yang bankroll dia," kata Adilah.
Ali duduk menyandar, sambil hisap vape. Kemudian dia pandang sekali lagi mata Tan Sri Jabbar, sebelum kembali memandang ke arah Adilah.
"Soalan kedua aku, kenapa Tengku Ahmad?"
"Sebab dia seorang pemimpin yang berkaliber."
Ali jeling ke arah Tan Sri Jabbar sekali lagi. Dia dengar perkataan 'kaliber' dengan Tengku Ahmad tu pun dia nak ketawa.
"Betul ke tu, Jabbar? Senyap je kau daripada tadi?" Ali melontarkan soalan tu untuk menguji Tan Sri Jabbar.
"Ya, Tengku Ahmad boleh mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap institusi diraja," kata Tan Sri Jabbar. Nada suaranya macam membaca teks ucapan standard.
"Macam mana?" tanya Ali.
"Begini, Ali. Kami memerlukan bantuan kau untuk ini. Sebaik sahaja kami dapat kuasa balik, kami akan beri apa sahaja yang kau nak," kata Pak Wan Radzi.
"Kau nak aku buat apa?" tanya Ali.
"Parti Pertiwi untuk join kami menyokong gerakan monarki," kata Adilah.
Ali pandang kembali pada Amir.
"Ini gerakan yang populis, bro Ali. Ini je cara untuk menjadikan Parti Pertiwi ni relevan," kata Amir.
Ali dapat baca helah Amir. Dan lagi dua hari lagi, dia akan berjumpa Azlan.
Ali kemudiannya bangun, dan berjalan menuju ke balkoni, memandang kepada padang Highbury yang kini sudah menjadi taman.
"Kau tengok bola, Amir?"
"Tengok, bro Ali."
Ali kemudiannya menggosok-gosokkan kepalanya yang botak.
"Kat padang depan kita ni, ada ramai pemain bolasepak yang digelar legends pernah bermain di sini. Dennis Bergkamp, Ian Wright, David Seaman, Ray Parlour, Tony Adams. Tapi yang aku paling minat sebenarnya ialah Pat Rice."
Semua seperti tak faham apa yang Ali cuba sampaikan.
"Pemain bola paling aku tak suka, Ashley Cole, Emanuelle Adebayor, Samir Nasri. Paling benci, Robin van Persie. Yang tu aku memang nak tumbuk muka dia. Terror macam mana pun dorang, aku benci. Aku kalau jumpa dorang ni, jangankan nak ambil autograf atau nak bersalam, lalu tepi dorang ni pun tak ingin. Sebab pada aku, Arsenal is always in my heart, kau faham cakap aku, Amir?"
Amir tak faham dan keliru apa yang dia cuba maksudkan. Kemudian dia hanya mengangguk sahaja dan pura-pura faham.
Ali pandang mata Tan Sri Jabbar.
"Dan kat padang ni jugak, ada player lawan yang pernah beraksi kat sini. Steven Gerrard, Ryan Giggs, Raul Gonzalez. Walaupun dia pihak lawan, tapi aku respect dorang. Kau faham, Jabbar?"
"Maaf, saya tak tengok bola ni."
Adilah jadi tak selesa, sebab Ali sedang melencong kepada topik yang semua orang tak berapa nak faham.
"Ali, boleh tak fokus tentang apa yang kita cuba sampaikan ni? Kenapa cerita pasal bola?"
Ali senyum sambil memandang padang yang sedang dibasahi hujan.
"Arsenal's red and white army! Arsenal's red and white army!" Ali chanting di depan padang.
Semua pelik melihat gelagat Ali yang tiba-tiba bercakap tentang bolasepak.
Ali kemudiannya merenung mata Adilah dalam-dalam. Adilah rasa tak selesa.
"Hafiz macam mana, dia ok ke?"
"Err...kenapa tanya pasal dia?"
"Saja. Dah lama tak jumpa dia."
"Ke..ke..kesihatan dia makin teruk."
Ali mengangguk.
"Aku ada hal ni. Aku nak keluar."
"Macam mana dengan proposal kami..." tanya Pak Wan Radzi.
"Aku fikirkan dulu, Wan Radzi. Okay?"
"Okay..."
"Bagi aku fikir masak-masak dulu. Aku nak lepak luar kejap. Ada hal yang aku kena buat."
"Tapi plan kita macam mana, bro Ali?" tanya Amir.
"Aku cakap aku fikirkan dulu."
"Baiklah, kalau macam tu, kami beransur dulu."
Mereka bertiga bersalaman, dan apabila Tan Sri Jabbar bersalam dengan Ali, Ali tenung mata Tan Sri Jabbar, kemudian dia peluk, dan berbisik.
"Well played, Big Boss Man."
Tan Sri Jabbar mengangguk, dan cuba mengawal reaksi terkejutnya bila dia dapat tahu yang Ali tahu yang dia ni The Mole dalam Sayap Kuning.
Dan tentang mesej yang Ali sampaikan tadi, korang boleh tanyalah peminat Arsenal yang korang kenal untuk faham konteks yang Ali cuba sampaikan.
--
Di Istanbul, Azlan mengarahkan Jeneral Firdaus mengirimkan perisik Sayap Kuning untuk melindungi Ali at all cost.
Jeneral Firdaus kemudiannya menyiapkan lima belas orang yang terbaik dalam misi ini dalam usaha untuk menghalang agen Mossad itu dari membunuh Ali atau Azlan dalam pertemuan mereka di London nanti.
Dari Wijayapura, lima belas orang yang terpilih dalam misi ini terbang menuju ke Moscow, dan dari Moscow mereka menaiki sebuah bas menuju ke Murmansk, yang jaraknya 2,000 kilometer yang memakan masa tiga hari. Dari Murmansk, lima belas orang ini menaiki kapal selam Rusia mengelilingi Semenanjung Skandinavia, melalui Laut Barents dan Laut Norway, dan berhenti di sebuah pulau berhampiran Scotland.
Lima belas orang ini kemudiannya bergerak menggunakan bot yang menyamar sebagai nelayan, dan masuk ke perairan UK melalui Scotland.
Mereka tinggal di Scotland sementara menanti ketibaan agen Mossad dan agen Sayap Kuning pro Pak Wan Radzi untuk tiba di London.
--
Tiga belas orang yang setia dengan Pak Wan Radzi, bersama lapan orang dari Mossad, mula bergerak dari Saint-Nazaire, Perancis, menaiki bot menuju ke pelabuhan Portsmouth, sebelum berehat di Southampton.
Mereka menanti isyarat dari Pak Wan Radzi, yang sedang menunggu ketibaan Azlan di London.
--
Pihak MI6 telah dimaklumkan oleh pihak Mossad bahawa mereka sedang memburu ketua kepada rangkaian pengganas serta yang melakukan serangan siber ke atas United Kingdom ketika referendum Brexit dan Amerika Syarikat ketika kempen pilihanraya Presiden.
Orang tersebut dirujuk sebagai Ali. Pihak MI6 memberi kerjasama kepada Mossad untuk membantu serangan ini.
--
Di Scotland, di sebuah perkampungan kecil di Scrabster, mereka menyewa tiga buah kereta untuk membawa senjata-senjata menuju ke Iverness. Untuk mengelak dari Scotland Yard, mereka bergerak dengan menggunakan tiga jalan yang berlainan, dan berpecah kepada tiga kumpulan.
Dari Iverness, mereka menuju ke England dengan berada di tiga tempat iaitu kumpulan A akan ke Heswall, iaitu berhampiran dengan Liverpool untuk menanti bantuan dari pihak IRA.
Kumpulan B akan bergerak menuju ke Partington, berhampiran dengan Manchester, dan akan bertemu dengan gangster Arab dan Pakistan yang akan membantu mereka.
Kumpulan C akan berhenti di Barton-upon-Humber, berhampiran Hull, sementara menanti bantuan dari pihak SVR dari Rusia.
--
Leonardo dan gangster dari Brazil pula tiba di London dan bertemu dengan Ali di sana. Dalam masa sama, pihak MI5 mengekori orang-orang Leonardo dan mengepung Highbury Apartments di Gillespie Road dan Avenell Road.
Mereka menanti orang-orang Mossad untuk bergerak dari Southampton untuk menuju ke London.
--
Pertempuran pertama antara dua puak ini berlaku di Brixton, antara geng imigran Jamaica yang diupah oleh Leonardo yang dipanggil Yardies menentang geng imigran Ukraine yang dibiayai oleh Mossad.
Tembak menembak berlaku di persimpangan Electric Avenue dengan Brixton Road, yang berhampiran dengan stesen Underground Brixton.
Metropolitan London Police tiba di tempat kejadian, namun kekurangan anggota kerana ada demonstrasi anti Brexit di depan Parlimen.
Yardies yang dibiayai Leonardo itu kemudiannya menghubungi kawan-kawan Leonardo yang tinggal di Streatham Hill, yang merupakan geng penyeludup dadah jenis kokain dari Brazil ke London.
Pertempuran berlaku di depan stesen minyak Esso di Sternhold Avenue, dengan gangster dari Ukraine itu memanggil puak gangster Poland pula untuk campurtangan.
Keganasan di selatan London makin menjadi-jadi, sebelum tibanya 13 orang Sayap Kuning bersama lapan orang Mossad di London.
--
Campurtangan Mossad telah menyebabkan Ali menggunakan hacker Palestin bernama Abu Ammar untuk menghantar malware ke pusat komunikasi Iron Dome di Beershaba menyebabkan puak Hamas melancarkan roket ke arah sekitar Petah Tikva, 11 kilometer timur Tel Aviv.
Selain itu, akaun bank rakyat Israel juga digodam oleh Abu Ammar, sebelum datanya diserahkan kepada Ali.
Ali memberi amaran kepada Ketua Pengarah Mossad, Yossi Cohen agar tidak campur tangan dalam urusan Sayap Kuning. Jika tidak, data rahsia penting Israel akan diberikan kepada pihak Iran.
Kata Ali, Israel tidak ada kaitan dalam hal ini dan jangan masuk campur tentang perkara ini.
Pegawai-pegawai Mossad itu menerima arahan dari Benjamin Netanyahu untuk tidak campurtangan, menyebabkan puak Wan Radzi terpaksa menyusun strategi yang lain.
Untuk sementara waktu, Ali telah berjaya halang orang-orang Pak Wan Radzi yang sedang berada di Southampton untuk mara ke London, memberi ruang kepada Ali untuk menyusun strategi.
--
"Macam mana orang belajar sampai darjah tiga macam Ali tu boleh halang organisasi perisikan macam Mossad?" Adilah tumbuk meja dengan penuh marah.
"Apa-apahal, kita kena balik Wijayapura dulu. Kita kena bersedia bila Ali mati nanti, kita akan guide Amir untuk rampas Ayam Hitam ni," kata Pak Wan Radzi.
"Pelik la ayah. Macam ada orang dalam ni yang bocorkan maklumat kepada Ali. Kalau tak, macam mana Ali boleh bertindak pantas sampai macam tu?" tanya Adilah.
"Jabbar, aku nak kau siasat kebocoran maklumat ni. Susah kita kalau sikit-sikit Ali dapat maklumat ni," kata Pak Wan Radzi.
"Baik, Pak Wan."
"Ali...kau ingat kau hebat sangat ke? Ini Dila la. Kau lawan snooker dengan aku pun kau kalah, inikan lagi dalam spygames macam ni? Aku akan pastikan kau mati!"
"Nampaknya Ali ni ada banyak jaringan gangster underground. Sebelum kita hantar pembunuh upahan kita ke rumah Ali, kita kena tunggu Azlan sampai dulu," kata Wan Radzi.
Wan Radzi menghubungi orangnya untuk berhubung dengan rival Yardies iaitu Northumberland Park Killers (NPK), yang berpusat di Tottenham.
Wan Radzi bersetuju untuk bayar £200,000 kepada mereka jika dapat membunuh ketua Yardies yang mempunyai hubungan dengan Leonardo.
--
Malam itu, berlaku pertempuran antara puak Yardies dengan NPK di Lower Clapton, di padang besar bersebelahan Queensdown Road.
Puak NPK telah menikam ketua Yardies, sebelum kejadian tikam menikam berlaku di sekitar kawasan itu.
Puak Yardies mengejar saki-baki puak NPK sehingga di South Tottenham, sebelum mereka dikepung dengan lebih ramai puak NPK yang lain.
Ini menyebabkan kelompongan dari kawasan Tottenham, dan pembunuh Ali akan serang Highbury Heights dari arah ini.
Dari Southampton, orang-orang Wan Radzi bergerak ke South Tottenham, menunggu ketibaan Azlan.
Sementara itu, kumpulan A yang bergerak dari Liverpool bergerak ke London dan bertemu dengan kumpulan B yang bergerak dari Manchester.
IRA hantar 30 orang, dan gangster Arab di Manchester hantar 40 orang.
Kumpulan C dari Hull pula sedang menuju ke London dan sedang berada di Peterborough, membawa gengster dari Rusia dan Kyrgyzstan seramai 20 orang.
Pertempuran tak mungkin dapat dielakkan lagi. Pertempuran ini akan menentukan siapa yang akan menguasai Ayam Hitam dan Sayap Kuning.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro