
2016 part 8
Cindy rasa gembira dengan berita penahanan suami Natasha, Gunawan yang terlibat dalam penglibatan kes penyelewengan wang.
Dalam satu kenyataan, Cindy berkata, Natasha juga harus disiasat memandangkan suaminya terlibat dalam jenayah itu.
Nampaknya Cindy sudah semakin hampir untuk memenangi pemilihan Parti Republikan ini, kerana lagi tiga hari sebelum pemilihan parti dijalankan, kes ini telah mencemarkan nama Natasha.
Tetapi mengikut Perlembagaan Republik Gelanggayu, seorang Perdana Menteri dilantik berdasarkan ahli parlimen yang mendapat sokongan yang terbanyak.
Dalam hal ini, Parti Nasionalis, parti-parti negeri, Parti Demokrat dan sebahagian dari Parti Pertiwi yang mengikut kata Azlan, menyokong Natasha sebagai Perdana Menteri.
Tetapi dengan menjatuhkan Natasha dalam parti, dapat mengesahkan bahawa Natasha tidak kuat kecuali bersandarkan kekuatan Azlan.
Sedang Cindy merayakan 'kemenangan awal' dengan belanja pizza dan wain di pejabatnya, tiba-tiba datang kurier dan menghantar surat.
Cindy yang masih seronok bergembira, menerima surat itu dan membukanya.
Dia buka surat itu, dan dia nampak surat dari Jabatan Peguam Negara.
"Why Cindy?" tanya Azizan.
Cindy tunjukkan surat itu dan semua orang dalam pejabat jadi terkejut dengan reaksi Cindy.
Rupanya Marina dah buka kes Cindy menerima wang haram dari dana luar, sejajar dengan Akta Pengubahan Wang Haram 2014.
Cindy terus sahaja capai kunci keretanya dan terus menuju ke pejabat Peguam Negara.
--
"Marina, this is not fair! How come Natasha yang suami dia yang kantoi rasuah tu tak kena apa-apa, tapi I pulak kena!" jerit Cindy bila masuk ke dalam pejabat Marina.
Marina pandang muka Cindy, dan senyum.
"You dakwa I, I bawak lawyer I saman you and kerajaan ni!" kata Cindy.
"Siapa lawyer kau? Harjit Singh? Kelvin Yang? Bistamam and co? Kau sedar tak yang aku ni Peguam Negara? Bring it on. Kau nak aku saman kau balik sampai kau tinggal spender pun aku boleh. Kau ingat aku main-main?" kata Marina.
Cindy jadi kaget. Dia tak pernah berdepan dengan Marina sebelum ni.
"Kenapa you nak dakwa I sedangkan lagi tiga hari lagi I nak bertanding Presiden parti? Tapi Natasha you tak nak pulak siasat?"
"First of all, aku bertindak bila Natasha sign. Kau kena ingat, aku ni Peguam Negara. Ikut Perlembagaan, aku tak boleh bertindak tanpa kebenaran PM. Dah tau kau ada kes, kau cari pasal dengan PM, dah kenapa? Kau ambik SPG ke tak ni, dik? Kau sekolah tak?"
Cindy tak faham macam mana Natasha boleh buat move yang macam ni punya Machiavellian, sedangkan dia kenal yang Natasha bukan berperangai macam ni.
"Yang kena tangkap dengan polis Majapahit tu suami dia."
"Tapi dia mesti la terlibat sekali!"
"Woi bangang! Kalau suami kau samun rumah orang, polis tangkap suami sahaja ke, dia tangkap satu keluarga?"
"Tangkap suami sahaja."
"Dah tu? Apasal kau ni bercakap macam budak tak sekolah? Kau budak Kolej Melayu kan? Kau masuk KMW pun pakai kuota non-Malay, lagi kau nak kerek. Bukan aku tak tau kau kat sekolah ni bangang. Bukannya pandai mana pun kau ni."
"You're working for Azlan, kan? That's why you nak sangat lindungi Natasha tu," kata Cindy.
"Cindy, kenapalah kau bebal sangat? Kau yang kena dakwa, apahal kau nak kaitkan dengan Azlan? Gini lah, aku nak kau dan puak-puak kau, tarik diri dari pemilihan ni."
"This is against democracy!"
"Pergi mampos dengan demokrasi kau. Kalau kau tak nak semua kawan-kawan kau masuk penjara sebab terima dana asing, baik kau dengar cakap aku. Kau faham tak? Kau jangan degil cakap aku. Peguam Negara ni, 99% kes selalu menang. Kau jangan lawan aku. Karang bankrap kau nanti, hilang kelayakan jadi MP. Kau nak?"
Cindy terkebil-kebil memberikan jawapan.
"Aku nak kau buat press statement hari ni jugak yang kau dan puak-puak kau akan tarik diri. Ni puak-puak kau ni pun banyak kes jugak ni. Bukan kau punya kes je aku ada fail."
--
Petang itu juga, Cindy Wong membuat pengumuman akan menarik diri dari bertanding sebagai calon Presiden Parti Republikan.
Semua sedang kecut perut dengan Marina.
Dengan sekali 'pancung', Marina telah berjaya mempertahankan Natasha, seterusnya menjadi Presiden Parti Republikan yang baru.
Pemilihan Parti Republikan berakhir dengan keputusan Natasha menang tanpa bertanding.
Dalam masa Natasha lega kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri telah selamat, dia merasakan Parti Republikan semakin hari semakin memerlukan Azlan lebih daripada kehendak akar umbinya tersendiri.
Dengan Presiden Republik, Hafiz Samsudin menjadi semakin jarang keluar di depan TV, serta lebih ramai pemimpin luar mula melihat Azlan sebagai pemimpin yang sebenar, Natasha merasakan demokrasi di Gelanggayu semakin malap.
Dia merasakan kemenangan tanpa bertanding sebagai Presiden parti ini sebagai kemenangan Azlan, dan bukan kemenangannya.
Azlan mula dilihat oleh masyarakat dunia, terutamanya semasa menghadiri mesyuarat OIC.
Gambar Azlan bersalam dengan Presiden Turki, Recip Teyyip Erdogan, seorang lagi strongman dalam politik dunia telah memperlihatkan orde liberal demokrasi yang terbina sejak Perang Dunia Kedua semakin berakhir.
Selepas dua tahun di dalam MKKP, barulah dia faham apa yang dilakukan oleh Azlan masa kempen pilihanraya yang lalu.
Sengaja bertanding 80 kerusi, dan membiarkan parti-parti kecil dan Parti Pertiwi memperkecilkan pengaruh parti-parti yang besar. Cuma Parti Nasionalis jadi parti terbesar dalam Parlimen.
Natasha rasa apa yang Pengetua mahukan, untuk menjadikan republik ini tanah yang subur untuk liberal demokrasi sudah dikuburkan oleh Azlan.
Tapi dia pun sedar, Azlan telah menyelamatkannya daripada malapetaka besar dalam karier politiknya.
"This term will be my last term. Lepas ni I nak retired. Penat dah dengan semua ni. I don't want to care anymore about politics. I just nak jaga my dad's company. Lantaklah semua ni."
--
"Pengkhianat! Awak memang pengkhianat!" jerit Adilah ke muka Hafiz, yang terbaring sedang sakit.
Hafiz hanya berdiam diri, tidak mempedulikan Adilah.
"Mati cepat la, lagi baik! Hidup pun menyusahkan orang!"
Adilah rasa marah. Dia rasa Hafiz berkomplot dengan Azlan untuk menggagalkan rancangannya.
"Rupanya selama ni yang khianati ayah, yang khianati perjuangan kita semua ni, awak la ya? Apa punca awak buat semua ni pada kami? Tabur pasir pada periuk nasi kami? Tak sedar dek untung! Menyusahkan orang! Banyak akta-akta Azlan awak dah luluskan. Awak tak ingat ke apa yang dia buat pada saya dulu? Awak tak ingat? Awak ni memang Melayu mudah lupa! Entah-entah, betina dan jantan yang awak dah main sampai awak kena AIDS ni, dia yang bagi. Lepas tu dia pegang tengkuk awak. Awak pun ikut je macam lembu kena cucuk hidung."
"Dila, sudahlah tu. Tak guna lagi awak nak melawan."
"Awak diam. Awak tau tak, awak dah hancurkan Kencana Consortium yang kita bina bersama. Awak, saya, Jimmy bina sama-sama masa dulu. Awak sedar tak apa yang awak buat? Awak buat keputusan, tak rujuk saya. Sekarang, awak nak cakap pada saya, jangan melawan si sial tu?"
"Tak payah la nak berlakon lagi, Dila. Saya dah tahu dah kes rogol dulu tu memang awak yang rancang. Saya dah tahu segala rancangan jahat awak."
Adilah terus tarik baju Hafiz.
"Dengar sini, bangsat! Awak ada 30 hari untuk pulangkan semua duit syarikat yang awak dah songlap tu, dan bagi pada betina tu. Kalau tak, saya tuntut fasakh, kemudian saya saman awak sampai bankrap! Awak dengar tak? Jangan main-main dengan saya. Biar awak mati AIDS dalam penjara."
Hafiz tak rasa takut. Dia hanya senyum saja melihat gelagat isterinya.
"Mati dalam penjara lebih baik daripada hidup dipenjarakan oleh pemikiran awak ni."
"Baguslah fikir macam tu. Anak-anak awak pun dah benci dengan awak. Tengok Alif memanjang kutuk awak kat FB. Kat Twitter. Awak sedar tak yang orang ramai langsung tak hormat awak sebagai Presiden? Awak sedar tak, anak awak sendiri tak hormat awak sebagai seorang ayah? Awak memang manusia paling tak berguna. Sampah!"
Adilah meninggalkan hospital, sebelum berjalan menuju ke kereta Jimmy.
--
Azlan dan Merlina makan malam bersama dengan delegasi pemimpin-pemimpin negara OIC yang hadir dalam sidang kemuncak ini.
Tetapi makan di majlis rasmi ni membuatkan Merlina rasa tak puas. Dia rasa seperti ada banyak mata memerhatikan.
"Apasal kau tak makan sup tu? Makan lah," kata Azlan.
Merlina rasa seperti serba salah. Dia sebenarnya memang lapar dari tadi, tapi tengah majlis macam ni, dia jadi tekanan pulak.
Selalunya kalau ada majlis macam ni, Azlan sahaja yang datang, dia selalu duduk rumah buat kerja sahaja.
Sudahnya, Merlina pun makan sikit-sikit je. Makanannya pun jenis makanan yang dia rasa macam susah nak faham rasanya macam mana. Macam caviar Laut Hitam yang dimakan keju Comlek bersama roti yang dipotong kecil.
Sup yogurt bernama Yayla Corbasi ni pulak Merlina rasa macam meremang tekaknya sebab rasa macam susu basi. Dan yang dia suka makan cuma satu sahaja iaitu baklava, kuih yang diperbuat daripada kacang pistachio.
Hanya baklava sahaja dia makan dengan nikmat, itu pun dia takut berterabur dan malukan Azlan.
Acara tu sampai pukul 10 malam, dan sampai di kereta, Merlina muncung muka.
"Kau okay ke tak?"
"Maunya nak okay. Aku tak boleh nak makan kat situ tadi."
"Apasal?"
"Tak reti aku. Entah rasa apa benda entah."
"Jadinya tadi kau tak makan lah?"
"Aku tak puas makan la. Aku tak boleh la makan makanan macam tu. Takleh masuk tekak."
Azlan tanya pemandunya.
"Did you know any great food at this hour at the middle of Istanbul old town?"
"Yes, yes. A lot of place. What kind of food you want to eat?"
"I want to eat meat! Like kebab! I'm hungry and I can eat a giraffe right now," jawab Merlina.
"Alright, I will bring you to a very nice place."
Dia bawa kami berdua makan di sebuah kedai kebab di Ahirkapi, yang menghadap Hagia Sophia.
Sekali dia bagi kau kambing, besar peha dia bagi kau makan. Aku hanya temankan Merlina sambil menikmati kopi Turki dan memandang Selat Bosphorus yang kelihatan dari atas bukit ini.
"Aku nak bagi kau teka teki. Apa benda yang kat Gelanggayu haram, kat Turki halal?" tanya Merlina.
"Hah? Boleh ke camtu?"
"Teka-teki la."
"La, mana ada macam tu."
"Jawab la dulu."
"Entah? Daging kuda?"
"Salah! Kat Gelanggayu pun kita boleh makan daging kuda. Walaupun orang rasa pelik la."
"Habis tu?"
"Give up ke?"
Aku dah malas nak meneka.
"Kau nampak tak signboard tu. Kebabi. Nampak tak? Tu la dia. Kebabi!"
"Tu kebab dalam bahasa Turki, bukan babi la, bongok!"
Merlina ketawa berdekah-dekah. Barulah aku nampak dia rupa orang lepas makan kaki kambing bakar ni. Tak padan badan keding remping.
"Lan, kau habiskan, boleh?"
"Hah?"
"Habiskan la."
"Kau yang tadi kata lapar."
"Aku dah nak kenyang dah ni. Sayang la, banyak ni. Lagipun memang jadi tugas suami kan, menghabiskan makanan isteri?"
"Aku gemuk nanti."
"Biar la kau gemuk, nanti takde makwe dah kejar kau."
Kalau kau ada isteri macam Merlina ni, kadang-kadang kau geram jugak dengan perangai dia ni. Aku rasa Julia ni pun jenis mengikut perangai mommy dia. Cuma rambut je curly ikut aku.
Merlina pandang Selat Bosphorus, kemudian pandang Hagia Sophia di atas bukit.
"Lan, habiskan kambing ni? Aku dah kenyang."
Aku tarik muka, tapi kerana sayangkan bini aku sorang ni, aku rela.
--
"Apa pendapat kau terhadap Turki?" Merlina tanya aku.
"Kenapa kau tanya?"
"Saja nak tau pandangan kau."
"Kalau kau perasan, Turki ni keliling di konflik. Sebelah utara, Crimea, perang Ukraine dengan Rusia. Selatan pulak ada Syria dan Kurdis. Sebelah timur ada konflik Armenia-Azerbaijan, kat Nagorno Karabakh. Sebelah barat pulak, ikutkan dorang ni ada krisis dengan Greece pasal Cyprus, tapi sebab Greece pun dalam NATO, sebab tu tak berperang."
"Jadi, kau berpendapat, Turki ni dikelilingi konflik ni, bagus atau tak?" tanya Merlina.
"Bagus untuk kau invest dalam company military dorang. Besok aku akan bawak kau jumpa dengan anak menantu Erdogan untuk kau melabur dalam bidang ketenteraan ni. Ramai ni yang akan nak beli senjata dari Turki. Kau yang melabur pun akan dapat duit. Cuma, Erdogan ni ada satu masalah."
"Apa dia?" tanya Merlina.
"Tentera Turki ni penyokong republik sekular. Macam Gelanggayu dulu, tapi Gelanggayu ni republik sekular ni gagal sebab dalam tentera dah dipasang orang untuk gagalkan benda tu. Turki ni dari zaman Attaturk dulu. Yahya dulu nak tiru Turki, tapi situasi Turki tahun 1923 tu tak sama macam Gelanggayu tahun 2008."
"Macam ni, kau gi borak dengan Erdogan macam mana nak lawan tentera Turki dari gulingkan dia, aku dengan menantu dia discuss pasal defense investment. Nanti mana-mana tentera yang tak berkomplot untuk gulingkan Erdogan tu, kita reward la dia kontrak untuk bina senjata untuk kita. Erdogan dapat pertahankan kerajaan dia, kita pun dapat senjata, dorang pun dapat business."
"Otak kau ni memang otak Yahudi la Mer. Bijak je kau ni susun rancangan kau kat sini."
"Aku kalau pergi trip ni, aku kalau boleh aku tak nak pergi tangan kosong macam kita pergi Timur Leste dengan Papua hari tu, Lan."
--
Perisik Mossad sudah memantau gerak geri Ali sejak beberapa hari ini. Tapi perisik Mossad itu sendiri pun dipantau oleh Sayap Kuning yang pro Ali.
"Bro Ali..."
"Ya, aku tau. Tu Mossad tu. Aku kenal sangat gaya dorang ni. Dorang tengah aim aku ni. Kau buat je macam biasa. Sekarang ni, ada pengkhianat dalam Ayam Hitam."
Ali tahu, pihak Mossad ni datang sebab CIA yang minta tolong dari mereka. Ali tahu, Israel ni rakan sekutu paling kuat untuk Amerika Syarikat.
Jadi, untuk memecahbelahkan mereka, Ali menghubungi Mahadi, dan minta Mahadi lagakan hubungan antara Obama dan Benjamin Netanyahu.
Sebab Ali tahu, sejak 2012 lagi hubungan Obama dan Netanyahu tidak berapa baik sejak satu insiden antara mereka berdua. Ketika itu, kenyataan dari pegawai kanan Obama yang mengatakan Israel adalah sebuah kerajaan apartheid telah menyebabkan dua negara bersekutu ini menjadi renggang.
Tapi, apa yang lebih membuatkan Israel marah dengan Obama ialah apabila Obama bersetuju untuk berbaik-baik dengan Iran, melalui perjanjian nuklear di Vienna pada tahun lepas.
Jadi, untuk menambahkan lagi bara pergaduhan ini, Mahadi bertemu dengan Donald Trump dan berkata agar Trump menggunakan isu Iran ini sebagai isu untuk menembak Demokrat.
Ini untuk memaksa golongan Yahudi yang selama ini cenderung ke arah Demokrat untuk swing undi mereka ke arah Republikan.
Apa-apa jadi pada Ali, dia akan buat hubungan antara CIA dan Mossad jadi renggang.
--
Ali duduk seorang diri di balkoni rumahnya, sambil hisap vape, dan mendengar lagu Nothing Else Matters dari kumpulan Metallica.
Dia sedar nyawanya mungkin akan berakhir bila-bila masa. Sebab dia tahu, kalau dia mati, akan berlakunya pergelutan kuasa dalam Ayam Hitam.
Dia menulis surat, meminta agar seluruh ahli Ayam Hitam untuk memberi ba'iah kepada Azlan. Siapa yang tidak mahu memberi ba'iah kepada Azlan akan dianggap penderhaka dan musuh kepada Ayam Hitam.
Dia kemudiannya menulis wasiat, dan menamakan Kecik dan Jeneral Firdaus sebagai ketua Ayam Hitam bersama jika berlaku apa-apa kepadanya. Dan menjadi tanggungjawab Kecik dan Jeneral Firdaus untuk setia kepada Azlan.
Fazrul akan uruskan hal-hal pentadbiran dalam kerajaan, seperti biasa.
Hartanya pula, dia bahagi tiga: satu pertiga untuk Hidayah, Rozana dan Nilam, satu pertiga untuk Ayam Hitam, dan satu pertiga lagi untuk membina rumah-rumah anak-anak yatim di seluruh Gelanggayu.
Selepas menandatangani semua surat-surat itu, Ali pandang ke langit yang sudah semakin menuju ke malam.
"Dah nak maghrib, solat dulu."
Dia tutup radio, kemudian dia mengambil wuduk, dan solat Maghrib, kemudian dia solat sunat taubat.
Ali dapat merasakan yang dia dah tak lama lagi. Maka dia perlu buat perancangan ini agar perjuangannya selama ini tidak akan hilang bila dia dah tiada nanti.
--
Azlan bertemu dengan Presiden Erdogan di kediaman peribadinya di tepi laut Marmara. Erdogan seperti dapat merasakan yang tentera Turki sedang merancang untuk menggulingkan kerajaannya.
Memandangkan Azlan datang dari Gelanggayu, dan berjaya menjatuhkan republik sekular yang dibina Jeneral Yahya, maka Erdogan mahu meminta pandangan dari Azlan.
Azlan memberitahu Erdogan supaya kenalpasti mana-mana jeneral yang berkuasa, dan cari yang mana boleh dijadikan rakan sekutu. Yang tu nanti Merlina akan tawarkan kontrak bina senjata untuk Gelanggayu.
Turki sedang mengalami konflik di sempadan negaranya dengan Syria, dengan krisis pelarian perang sedang berkumpul di sempadan negaranya.
Erdogan menggunakan pelarian ini sebagai leverage untuk dilepaskan ke Eropah jika Eropah tidak membayar Turki sejumlah wang yang dimahukan.
Taktik ini telah dilakukan oleh Erdogan sejak perang Syria ini berlangsung, mengakibatkan kebanjiran imigran di Eropah hingga berlakunya pergolakan politik di negara Eropah.
Brexit adalah salah satunya.
--
Azam ikut Ayahanda Joni untuk hantar barang ke kem bina semangat untuk atlet Olimpik yang sedang bersiap sedia ke Rio de Janeiro.
"Bang, Syafie Sali ada tak kat sini? Saya nak autograf dia," kata Azam.
"Kepala hotak kau. Gelanggayu mana layak Olimpik kat bola."
"Ooo..."
Azam teringat dengan Cleo Rachel yang berada di rumah Tuan Azlan masa dia kantoi bakar bendera Amerika dulu.
"Cleo Rachel?"
"Wooiiii! Nakal ya kau ni. Kau jangan usik Cleo Rachel tu. Tu makwe Jugra tu."
"Jugra tu apa?" tanya Azam.
"Apa kau cakap? Anak Pengerusi Azlan la."
"Lain macam je nama dia. Oh, dia kan yang kibarkan bendera Palestin kat Obama dulu," kata Azam.
"Haaa, dia la orangnya. Badan sado body ketul-ketul. Kapten ragbi sekolah, tahun depan main untuk negara. Dia kalau sondol kau dengan bahu dia, masuk wad. Kau jangan main-main. Khalis anak Datuk Harry tu dulu patah riuk dikerjakan Jugra tu. Badan besar Ayahanda Lias yang besar Kane tu pun, selamba dia buat jackhammer suplex."
"Apa tu?"
"Angkat badan dia lepas tu hempas ke gelanggang wrestling. Kau takyah la lawan Jugra tu. Sebelum kau dapat jentik dahi dia, bro Ali dah jontos dahi kau dulu. Dia tu anak buah kesayangan bro Ali tu," kata Joni.
Mendengar betapa kuatnya Jugra yang dikatakan pakwe Cleo Rachel, terus jadi takut Azam dibuatnya.
"Dah, kau hantar barang-barang ni kat dewan makan tu."
Dia nampak Cleo Rachel sedang berjogging, dengan rambut ikat ke belakang.
Ayahanda Joni terus sekeh kepala Azam.
"Skodeng Cleo Rachel ya kau!"
"Mana ada Ayahanda Joni. Saya terpandang je."
"Kau ni jangan bukan-bukan. Aku panggil Jugra karang, kau memang kena jackhammer suplex nanti! Seminggu jugak kau kat wad nanti."
Rachel terpandang Azam, yang sedang angkat sayur-sayuran.
"Macam pernah nampak la dia ni. Kat mana ya? I think kat rumah daddy, kot? His worker, but I think he's quite young?"
"Pandang siapa tu, Rach?"
"That guy. I think I pernah jumpa dia dulu."
"Entah-entah delivery food you je kot. Jom lah sambung lari."
"Farah, wait for me!"
--
"Apa plan kita lepas ni, honey?" tanya Jimmy.
"Kekuatan Azlan ada pada satu orang. Orang kanan dia. Orang tu menguasai underworld."
"Siapa? Ali?"
"Ya. Kita buat dia bertikam sesama sendiri."
"Awak nak tarik Ali untuk join kita? Biar betul?"
"Sampai bila dia nak jadi macai kepada Azlan? Hanya Ali saja yang mampu jatuhkan Azlan."
"Fine, kalau you boleh buat, I memang respect la you."
"I ni the best student of Tok Aki. One of the best strategist ever."
"Ye ke? Kalau best strategist, kenapa dia mati kena gantung?"
"You diam, nanti memang I tak nak tolong you lagi."
"Ala, gurau sikit pun nak marah. Ali kat London sekarang kan?"
"Ya. Saya dan ayah saya nak pergi sana, lepas tu deal dengan dia kat sana. Orang Azlan tak ada kat situ."
"You dah contact dengan dia ke, nak jumpa kat sana?"
"Yup!" Adilah senyum.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro