
2016 part 7
"Fokus, Danial! Fokus! Aku passing bola, kau jangan la khayal!" jerit Jugra.
"Sorry, kapten."
"Ragbi ni, satu rantai defense terputus, susah kita nak gain ground. Dah tak memasal kena scrum kalau match ni. Imran!"
"Aye, captain."
"Panggil semua."
"Aye, captain!"
"Okay semua, berkumpul. Sementara coach belum sampai, aku nak cakap sesuatu," kata Jugra sambil pegang bola ragbi.
Semua pemain patuh dengan arahan Jugra.
"Ada tiga perkara dalam dunia ni yang akan merosakkan negara. Apa tiga perkara tu? Naim! Nombor satu apa?"
"Rasuah!" jerit Naim.
"Baik. Nombor dua, Haris Hearst Hemsley!"
"Tak menepati masa!"
"Okay, yang ketiga apa, Fendi Orton!"
"Chinggey!"
"Haaaa! Tang chinggey ni kita kena jaga sikit. Chinggey ni yang akan membezakan kau terror, dengan tak terror. Terror, tak terror. Yang tak terror ni pasal chinggey la!" kata Jugra.
"Tapi kalau takde chinggey, hidup kita tak berseri, Jugra," kata Imran.
"Dia macam ni. Kalau nak gadis, kita kena terror. Sebelum kau nak mengorat gadis, kau kena tanya diri kau, kau terror ke tak? Tak terror, fokus dulu. Dah terror macam Dan Carter, dah terror macam Pietersen, dah terror macam Julian Huxley, masa tu kau nak jadi playboy pun aku tak marah la! Ingat, kita kena lawan dengan Sekolah Sukan Bukit Jalal hujung minggu ni. Tu rival besar kita tu. Lencana di dada ni, kita kena proud. Kita wakil sekolah. Kau tau, semua sekolah lain bila dengar nama Kolej Melayu Wijayapura, bergegar lutut. Jadi jangan la tunjuk yang kita lemah dengan chinggey. Karang musuh hantar chinggey je, terus kalah kena belasah. Faham?"
"Aye, aye, captain!"
"Bagus, sambung training balik."
Jurulatih ragbi sekolah, Encik Hassan melihat kepimpinan Jugra dengan bangga.
"Macam ayah dia jugak bila pegang politik."
--
Lawatan Presiden Majapahit, Jokowi ke rumah Azlan disambut dengan mesra. Presiden Jokowi bersalaman dengan Azlan berhadapan dengan pihak media.
Tetapi perjumpaan kali ini sebenarnya ada misi terselindung antara kedua-dua pemimpin.
Presiden Majapahit itu cuba untuk membasmi rasuah serta pengubahan wang haram yang dilakukan oleh Gunawan. Malangnya, Gunawan ini suami kepada Perdana Menteri Gelanggayu, Natasha Abdullah.
Merlina dan isteri Jokowi, Iriana bersalaman dan berbual di taman bersebelahan padang.
Lagu kebangsaan Majapahit berkumandang di rumah Azlan, dengan perbarisan tentera di padang berhadapan rumah Azlan.
Jeneral Firdaus, selaku Laksamana Jeneral Republik Gelanggayu, bertemu dengan Jeneral Mulyono bagi membincangkan kedudukan semasa tentera kedua-dua buah negara berdepan dengan tuntutan Nine Dash Line Kwantung.
Merlina mengajukan kerjasama antara syarikat unicorn Majapahit, Traveloka dengan syarikatnya, PergiMana, untuk meningkatkan perlancongan bagi kedua-dua negara.
Dan untuk kerjasama kedua-dua buah negara, sebuah kawasan zon bebas di sempadan kedua-dua negara akan dibina untuk perindustrian ketenteraan yang dibina oleh Majapahit dan Gelanggayu.
Azlan memikirkan cadangan Jokowi ini selaras dengan projek yang Ken ingin buat - iaitu high speed train dari Temasik ke Wijayapura.
Dan Jokowi pula bercadang mahu mendirikan ibu negara baru Majapahit, yang berhampiran dengan Teknojaya.
Kalau tiga pemimpin negara Pentas Sunda boleh bekerjasama buat projek kereta api keliling Pentas Sunda, bayangkan potensi ekonomi seluruh Pentas Sunda dapat janakan.
Berkenaan kestabilan negara Kundur yang baru tamat perang, Majapahit dan Gelanggayu akan berikan kerjasama dalam membangunkan negara tersebut serta kembali memperkukuhkan negara tetangga.
Projek lebuhraya Trans-Kundur dari Betawi sampai Acheh boleh membangunkan negara tersebut, dan bersambung pula dengan pelabuhan Kuala Melaut untuk perdagangan.
Azlan tahu permintaan Presiden Jokowi itu, dan dia tahu, hubungan Natasha dengan suaminya pun dah tak ke mana. Jadi apabila Presiden Majapahit itu meminta Azlan untuk mengarahkan polis menahan Gunawan, Azlan terus kata, "siap, Pak Jokowi. Siap!"
Azlan tahu, dengan populasi Majapahit yang ramai, dan sumber asli Gelanggayu yang banyak, kerjasama dua negara ini akan menjadikan Pentas Sunda sebagai rantau yang berdaya saing dan mampu menyaingi Kwantung dari segi ekonomi di rantau Asia.
--
Polis Cawangan Khas dengan kerjasama Polrem, polis Majapahit, telah menyerbu rumah Gunawan di Teknojaya.
Pejabat Widjaja Holdings di Majapahit juga diserbu oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Gelanggayu bersama Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK) menyita semua fail dan peralatan elektronik di pejabatnya.
Gunawan ditangkap oleh Polrem dan terus dibawa ke Betawi bagi menghadapi perbicaraan di sana.
Berita penahanan Gunawan itu dilaporkan oleh pihak media, dan semua menuju ke pejabat Perdana Menteri, Natasha Abdullah untuk meminta komen.
Natasha cuma kata no comment, sebelum menaiki kereta.
Berita penangkapan Gunawan ternyata viral, dan ramai yang menyerang akaun Twitter dan Facebook Natasha kerana perkara itu, kononnya Natasha terlibat dalam perkara tersebut.
Natasha tahu perkara ini sukar untuk didepaninya, tetapi dia biarkan sahaja Gunawan ditahan, tanpa menghalang apa-apa.
Ketika di pejabatnya juga, SPRG dan KPK menyoalsiasat Natasha, tetapi Natasha menafikan bahawa beliau terlibat dengan skandal pengubahan wang haram yang dilakukan oleh suaminya.
Natasha tahu, inilah apa yang dimaksudkan Azlan, 'consider it done' masa kali terakhir dia bertemu dengannya.
Dengan berita kematian mengejut Damian dan penangkapan Gunawan, Natasha mula nampak yang Azlan sudah tidak segan silu menggunakan kuasa yang ada padanya untuk memusnahkan musuhnya.
Dia rasa Azlan yang dia lihat hari ini, bukan Azlan yang macam dulu. Azlan hari ini seperti seekor singa yang benar-benar mencengkam sesiapa yang menjadi mangsanya.
Tapi dalam masa sama, dia sedar tindakan Azlan ini adalah mahu mengambil semula syarikat ayahnya yang sekian lama hilang dari tangan keluarganya.
--
Adilah sedar yang dia sudah tidak ada banyak masa lagi untuk menyerang Azlan. Adilah mula merasakan dia sudah mula terperangkap dan tersilap langkah.
Maka langkah yang perlu dilakukan ialah memulakan gerakan anti-republikan dengan menyokong Tengku Ahmad sebagai Sultan Gelanggayu.
Syarikat medianya juga, Suara Gelanggayu diarahkan tutup oleh Kementerian Dalam Negeri kerana menyalahi Akta Penyebaran Maklumat 2014.
Disebabkan itu, Adilah menubuhkan portal berita "Melaut Report" yang akan menyerang korupsi Azlan, dengan berpengkalan di rumah Hafiz di Barbados. Tapi belum apa-apa lagi, Kementerian Komunikasi dan Multimedia dah block IP address alamat laman web itu.
Bagi Adilah, dia perlu menang dalam pertempuran kali ini, untuk menundukkan ego Azlan dan menjadikan Azlan miliknya.
Dia hanya mahu menggunakan Tengku Ahmad untuk mencapai misi tersebut, tetapi semakin hari peluang itu semakin tipis.
--
Azlan
Aku dan Merlina akan ke Istanbul di OIC, sebelum aku akan bertemu Ali di London.
Dia kata ada hal penting dia nak cakap.
Sepatutnya aku bawa Jugra sekali, tapi dia ada tournament ragbi dan dia seorang kapten. Tak apalah, ada rezeki aku bawalah dia.
Lagipun nak ke Gaza pun, keadaan tengah tak berapa nak elok. Aku dinasihatkan Wisma Putra tak ke sana untuk masa ni.
Tapi sebelum ke Istanbul, aku singgah ke Jeddah dan menunaikan umrah di Makkah. Ini kali kedua aku melangsungkan umrah.
Kemudian aku dan Merlina dijemput ke sebuah vila milik Putera Muhammad di Al Wajh, yang terletak di wilayah Tabuk, Arab Saudi.
Putera Muhammad bercadang mahu membina sebuah bandaraya linear baru di sebuah kawasan padang pasir dengan teknologi yang terbaru yang bernama NEOM.
Aku hanya puji depan dia, sebab aku perlu untuk boost ego dia. Dah kenapa kau labur $500 billion di tengah tempat yang takde orang macam tu? Sebab ego orang Arab ni lain macam sikit.
Aku gunalah jargon-jargon macam 'futuristic', 'cutting-edge' dan 'technological marvel' padahal aku rasa projek ni buang duit je. Aku tak nampak apa impak terhadap projek macam ni kepada rakyat.
Infrastruktur yang hebat di tengah padang pasir yang tak ada orang nak duduk, aku pun tak faham. Tapi dia ada la tujuan dia. Mungkin dia nak mengawal laluan kat Laut Merah untuk bersaing dengan Israel yang kuasai kawasan tu.
Aku ajak dia join venture dalam membina projek kilang farmaseutikal di Teknojaya, memandangkan ada lagi empat tahun lagi sebelum supervirus itu disiapkan oleh Parti Komunis Kwantong.
Tapi entahlah, dia macam tak berminat je. Mungkin tak cukup 'cutting-edge' dan 'technological marvel' kot. Tapi nanti bila tiba supervirus tu, memang kau kena beli la dengan aku.
Atau bagi kuota haji lebih sikit.
--
"Weh Lan, aku tengok dia cam tak berminat je?" kata Merlina.
"Ye lah tu. Tak apa lah."
"Habis tu, kau nak ajak siapa join venture projek ni?"
"Selain AstraZeneca dengan Pfizer, ada sesiapa lagi?" tanya aku.
"J&J," kata Merlina.
"Semua US je kan?"
"Astra tu Europe. British-Swedish joint venture."
"Jadi kita kena pilih kem Barat lagi la ni. Payah nak main retorik kalau asyik macam ni, Mer."
"Nak buat macam mana, dah dorang ada teknologi tu. Takkan kau nak Kwantong pulak? Dorang yang hasilkan supervirus tu kat lab."
Aku teringat yang Claudia pun laki dia spy kepada Taipei-Formosa, pulau yang menentang Kwantong. Kalau aku tanya syarikat dari situ, pun bagus juga. Yang tu banyak link dengan Ryukyu.
Aku kena rancang semua ni sebelum supervirus ni merebak. Tapi ikut apa yang aku faham, aku kena benarkan virus ni merebak dalam Gelanggayu, supaya semua orang ambil vaksin ni, dan kemudiannya mewujudkan herd immunity.
Sebab kalau kita tutup sempadan macam Goryeo Utara, sekali kalau terlepas, antibodi manusia terus lemah kena supervirus ni sebab memang ia highly evolved.
Itu apa yang aku faham pasal supervirus ni, setakat ni.
Merlina pula cakap kalau projek kereta api dari pelabuhan Melaut sampai Wijayapura tu disambung ke Teknojaya, kita boleh punggah phosphate dari Lingga, atau bahan chemical yang lain dari Melaut ke Teknojaya dengan pantas.
Gelanggayu ni umpama semut yang sedang mengumpul makanan ketika dapat tahu tak lama lagi hari nak hujan. Sedangkan negara-negara lain masih bersifat macam belalang yang enjoy tanpa menyedari dunia bakal berdepan dengan deglobalisasi macam yang Peter Zeihan dan George Friedman cakap dalam seminar geopolitiknya.
--
Aku dan Merlina disambut oleh Presiden Turki, Recip Tayyip Erdogan yang Datuk Rahizan suka claim 'best friend' dia.
Ini pertama kali aku melawat Turki, dan macam-macam aku pernah dengar cerita dari arwah adik atok aku, Tun Iskandar terhadap Turki.
Dia cerita dulu arwah ayah aku pernah lawan pertandingan catur di Izmir, Turki pada tahun 1954, dan finalnya lawan ibu Natasha, Mrs Birgitt.
Ada masa aku ke sana lah. Paying homage to ayah. Sekarang aku ada kerja OIC.
Merlina tertarik dengan kota Istanbul. Dia merasakan kota Istanbul ni sangat mistik - sebab dia ada elemen timur dan elemen barat. Ia adalah sebuah kota yang berada di sebuah persimpangan budaya, falsafah Eropah dan Asia.
Benda pertama yang Merlina nak buat ialah dia teringin nak pergi spa Turkish dan nak pergi mengurut dan betulkan postur badannya akibat kerap duduk berdepan dengan komputer.
Lagipun dia selalu mengadu yang badan dia sakit-sakit sejak beranak Julia. Entah, budak tu dah besar pun suka melompat-lompat. Aktif betul dia terutamanya bila dia dengan Kak Nilam dia tu.
Julia sekarang ni pun dijaga Rozana, yang sekarang menjadi cikgu tuisyen untuk sekolah rendah, projek Hidayah untuk golongan ibu-ibu untuk menambahkan pendapatan dalam Yayasan Tengku Aminah.
Oklah, kat situ ada sepupu dia, Nilam.
Cuma aku rasa agak kesal sebab tak dapat tengok match ragbi Jugra hari ni. Aku harap Jugra fahamlah kat sana.
--
"Tak lut la, Dila! Ali masih nak Ayam Hitam ikut cakap Azlan lagi. Lepas tu dia suruh Amar pulangkan balik RG300 juta tu. Tak cukup tu, dia lempang saya!" kata Amir kepada Adilah.
"Kau tak reti pujuk Ali," kata Adilah, ketawa.
"Habis tu, kalau awak reti sangat, awak pujuk la dia!" kata Amir.
"Tenang, tenang. Relax. Sekarang ni, Adilah dah report pada CIA yang Ali bakal buat kerja jahat untuk sabotaj pilihanraya Presiden Amerika. Aku pun dah susun orang nak bunuh dia. Cuma, kita kena pujuk dia lagi sekali. Jabbar, kau ikut aku. Kita sendiri pergi rumah Ali, untuk dia khianat Azlan," kata Pak Wan Radzi.
"Dia pun dah lama tak bayar bil air tu, hehe!" kata Adilah, tersenyum.
--
Perang maklumat antara Hillary Clinton dan Donald Trump makin rancak. Melalui Wikileaks, Donald Trump dedah kejahatan Hillary Clinton dalam skandal Benghazi.
Hillary Clinton pula menggunakan media massa yang dikuasai Demokrat untuk mendedahkan video tape Donald Trump berkata lucah secara terbuka.
Ali mengupah anak-anak muda yang edgy dan anti-establishment dengan membuat meme membahan Obama, Hillary dan meme menyokong Trump.
Ternyata taktik meme ini terlalu kuat untuk ditangkis mainstream media. Lagi teruk, di pihak Demokrat ramai pekerja kempen Hillary ni jenis skema dan masih ketinggalan dalam dunia internet.
Selepas hampir berjaya di Scotland, berjaya dalam referendum Brexit, dan kejayaan meletakkan Donald Trump sebagai Presiden Amerika adalah langkah akhir sebelum ke peringkat mengawal sistem dari dalam.
Taktik Kolonel Mahadi melemahkan CIA dari dalam serta memadam jejak Ali menyebabkan pihak CIA keliru bagaimana untuk bertindak menentang Ali.
Tetapi CIA telah meminta bantuan Mossad untuk menangani Ali. Mossad ni pakar membunuh.
--
"Pundek betina ni. Dah sekarang CIA dah tau kerja Ali," kata Fazrul bila dapat maklumat dari Jeneral Firdaus.
"Masalahnya Mossad pun dah join ni. Macam mana ni?" tanya Jeneral Firdaus.
"Kau ada idea tak, Marina? Selalu kau ada je idea," Fazrul tanya Marina, yang sedang kunyah kuih bakar sambil tengok ceramah Ustaz Aumi.
"Hah? Aku?"
"Ye la, kau dengan adik kau memang selalu ada idea cemerlang," kata Fazrul.
"Tapi aku bukan ahli Ayam Hitam."
"Kau kahwin dengan aku tu kira sekali la."
"Apa pulak. Aku tak ada kena mengena. Tapi aku bagi kau pendapat je lah, okay?" kata Marina.
"Okay," serentak kata Fazrul dan Jeneral Firdaus.
"Aku cuma cakap dari sudut organisasi je lah, nothing much sebab aku tak faham korang sangat ni."
Fazrul dan Jeneral Firdaus tarik kerusi ke arah Marina.
"Korang ni terlalu wala' dengan Ali. Dan takut nak persoal Ali. Dan kalau apa-apa jadi pada Ali, korang tak ada figurehead lagi."
"Bro Alan?" tanya Jeneral Firdaus.
"Bro Alan, rakyat jelata sokong dia. Lagipun, kalau kau pertikai bro Alan, dia akan dengar pendapat orang. Aku, Mer, kau berdua pun banyak kali dia dengar. Tapi dalam Ayam Hitam, ramai je yang pandang Azlan sebagai orang luar. Orang-orang macam Amir. Ramai tau pengikut dia. Jenis yang keluar penjara, jual barang seludup. These petty criminals. Dengan orang yang percaya dengan bendalah flatearth macam Ustaz Aumi ni. Kau rasa if something happened to Ali, would they be loyal to Azlan?" tanya Marina.
"Habis tu?"
"Korang kena bersedia untuk Ayam Hitam tanpa Ali. Tapi aku orang luar, aku cuba beri pandangan dari luar je lah."
Semua terkejut dengan kenyataan Marina.
"Kenapa terkejut? Kau rasa Ali tu immortal macam cerita Highlander tu ke?" tanya Marina, buat muka selamba mengunyah kuih bakar.
"Habis tu, macam mana?" tanya Fazrul.
Marina tarik meja, kemudian capai kertas dan pen. Dia lukis petak paling atas, dan dia tulis 'Pengerusi Azlan'.
Kemudian dia buat tiga garis dan tiga petak, kemudian dia lukis tiga petak, dan tulis nama Kecik, Fazrul dan Fidot.
"Kecik in-charge business, dengan Kak Dayah backup dia. Memandangkan business green tech dia tu sedang berkembang pesat, eloklah bab business ni dia handle. Kau Fazrul, handle international relations. Kat sini kau akan jumpa kawan-kawan Ali macam Leonardo, Kenichi, semua tu lah. Kau Fidot, kau handle budak-budak semua. Kau handle pergerakan gangster ni. Memandangkan korang bertiga dah bersama Ali sejak kecik, orang trust kau. Now, tiga-tiga ni akan report pada Pengerusi. Dia cuma boleh bagi nasihat, dan lulus bajet. Dia tak perlu campur tangan dalam ni sebab dia Pengerusi."
"Kau nak Ali mati ke?" tanya Jeneral Firdaus.
"Firdaus, aku tak nak Ali mati. Tapi kalau sampai Mossad cari kepala dia, kau kena prepare kemungkinan apa yang akan jadi. Ada dua organisasi yang ada jaringan assassination yang besar, satu Mossad, lagi satu Sayap Kuning. Kalau CIA je yang tau, aku tak kisah lagi. Ni dah masuk Mossad. Baik korang buat contingency plan sebelum Amir bawak Adilah hijack Ayam Hitam," kata Marina.
"Marina ni dia jenis cakap takde ikut sentimental, Fidot. Betul benda dia cakap tu. Dalam masa sama, kita tak langgar ba'iah. Kita cuma rancang apa yang terbaik untuk Ayam Hitam."
"Faham..."
"Aku cakap benda betul je, okay? Lagipun Ali selalu kat oversea, bukan dia overseeing semua benda kat sini," kata Marina.
"Kita kena rahsiakan discussion ni sampailah bro Alan balik dari London lepas jumpa bro Ali," kata Fazrul.
"Bukan Bro Alan kat mesyuarat OIC kat Istanbul ke?" tanya Jeneral Firdaus.
"Lepas mesyuarat OIC, bro Alan jumpa bro Ali. Nak discuss pasal kes songlap duit si Amar dengan Amir yang kerja dengan Dila ni," kata Fazrul.
"Tapi terus terang, Fazrul. Aku dah mula tak sedap hati ni," kata Jeneral Firdaus.
"Aku pun," kata Fazrul.
Telefon berbunyi.
"Aunty Marina, tolong Jugra ambik Mili kat airport?"
"Haa, jap jap. Aku siap jap! Kau tunggu kat sekolah dengan Alif!"
--
Kapal terbang Goryeo Air mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Warisan.
Dua minggu Mili berada di Seoul, untuk berlatih menari G-pop. Walaupun sekejap, tapi ada banyak ilmu berharga sepanjang di sana.
Rachel tak dapat hadir memandangkan dia berada di kem bina semangat atlet Olimpik, sebagai persediaan untuk ke Rio de Janeiro.
Yang menyambut mereka ialah Marina, Jugra dan Alif.
"Hi korang! Rindu korang semua! Mana Rachel?"
"Rachel kat kem bina semangat. Kan dia tahun ni masuk Olimpik," kata Marina.
"Dah gaya-gaya Goryeo dah kau ni, Mili," kata Alif.
Jugra kat tepi berdiri muncung je muka.
"Kenapa Juggie?"
"Dia kan benci G-pop," kata Marina.
"La, kenapa macam tu?"
"Weh, jom la. Aku dah lapar ni. Korang yang sado, angkat beg Mili. Aku nak drive, aku tak nak tangan aku cramp," kata Marina.
"Uncle Alan dengan Aunty Mer mana?" tanya Mili.
"Istanbul. Ada mesyuarat OIC."
--
Azlan
Sebelum tiba di Istanbul, Presiden Jokowi ajak aku ke Amman, Jordan, untuk bertemu dengan Raja Abdullah II. Raja Abdullah II dari Jordan ni terkenal dengan menjadi mediator kepada konflik di Timur Tengah.
Masa pertemuan pertama kami di Betawi, kami membincangkan usahasama ekonomi antara dua negara Nusantara. Di Jalan Cendana pula kami detailkan perbincangan kami dalam hal teknologi, infrastruktur dan industri.
Dalam pertemuan ketiga ini pula, ia dibawa bersama dengan Raja Abdullah II dari Jordan. Perbincangan kali ini lebih menumpukan soal umat Islam.
Idea Raja Abdullah II, yang merupakan keturunan al-Hashim, keturunan Nabi Muhammad s.a.w, ialah melihat negara-negara Islam bersatu untuk jadi kuasa besar, dengan OIC menjadi tunggaknya.
Idea Jokowi pula ialah melihat negara-negara Islam untuk maju dari segi ekonomi, berlandaskan pengalamannya sebagai pengemudi negara Islam paling ramai penduduk di dunia.
Idea aku pula ialah semua negara-negara Islam secara kolektif membentuk sebuah blok, dengan setiap negara-negara akan ada specialitynya.
Contohnya Arab Saudi dan negara-negara Teluk, mempunyai kekuatan dalam sektor tenaga, Turki dalam pertahanan, Majapahit dan Bangladesh dalam perindustrian, Gelanggayu dalam sistem kewangan Islam, dan cuba bantu negara-negara Islam yang lain untuk menjadi blok yang lebih kuat.
Selain itu, aku juga bercadang untuk ke negara-negara dunia ketiga yang bukan Islam, untuk melabur di sana. Kemudian di situ barulah kita berdakwah dengan menggunakan ekonomi.
Benda yang tak ada beza pun macam Vasco da Gama dan Alfonso D'Albourqueque buat pada era Pax Portuguesa dulu.
Cuma dalam Islam, kita buat cara baiklah dengan berdagang. Macam apabila pedagang-pedagang Arab berdagang di Gelanggayu dengan akhlak yang baik, menyebabkan masyarakat di Gelanggayu dan akhirnya seluruh Nusantara menerima Islam.
Perkara ini memerlukan perancangan yang rapi. Tapi tunggulah Amerika jadi lemah apabila Trump menjadi Presiden nanti.
Amerika akan kelam kabut nak kejar Rusia atau Kwantong. Pada masa itu nanti akan berlakunya krisis, maka pada masa ini, negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Qatar, Turki, Pakistan, Gelanggayu, Majapahit dan lain-lain untuk ketepikan seketika perbezaan, untuk membentuk blok negara Islam yang kuat.
Buat masa ni, negara Islam cuma mewakili 8% daripada ekonomi dunia. Terlalu kecil dan perlu ada saling bantu membantu sesama negara Islam.
Aku juga mencadangkan sistem zakat antarabangsa akan digunakan oleh negara-negara Islam agar dapat mengelakkan dari terperangkap dengan riba yang disediakan IMF dan Bank Dunia.
Tetapi nak buat benda ni, kena Amerika tak jadi unipolar macam sekarang. Kena ada persaingan banyak kuasa, barulah boleh laksanakan benda ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro