Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2016 part 14

Faridah tiba di rumah Azlan, untuk bergerak bersama-sama ke Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Gautama di Kota Warisan, untuk menjemput jenazah Ali sebelum dikebumikan.

Azlan nampak tenang, walaupun masih hiba. Tangannya masih lagi beranduh.

Ketika Faridah tiba, Merlina sedang membutangkan baju teluk belanga hitam Azlan.

"Baru terserlah kemantapan, walaupun tangan kau injured," kata Merlina.

"Ibu dah sampai," kata Azlan.

Azlan dan Merlina cium tangan Faridah.

"Julia! Dah siap ke?" tanya Merlina.
"Dah mommy."

Azlan, Merlina, Faridah, dan Julia semuanya memakai baju Melayu dan baju kurung berwarna hitam. Azlan pakai songkok lilit putih sebagai tanda berkabung.

"Fazrul dengan Kak Marina dah sampai sana dah," kata Merlina sambil tengok telefon.

"Kita gerak sekarang," kata Azlan.

--

Kira-kira 300,000 orang ahli Ayam Hitam berkumpul di lapangan terbang untuk menyambut jenazah Ali. Semuanya memakai baju hitam, walaupun tidak semuanya memakai baju Melayu. Yang pakai songkok lilit riben putih, yang tak pakai songkok lilit kain putih pada lengan.

Terdapat juga gangster yang bukan Melayu dan bukan Islam turut memberi penghormatan kepada Ali.

Sebaik sahaja mendarat kapal terbang, keranda yang membawa jenazah Ali diletakkan bendera Parti Pertiwi yang merupakan bendera hitam dengan lambang ayam memandang matahari, dan diberi tabik hormat oleh Jeneral Firdaus, yang memimpin perbarisan tentera.

Orang ramai berasak-asak untuk melihat Ali buat kali terakhir.

Kenderaan yang membawa jenazah Ali kemudiannya diescort polis peronda bersama-sama kenderaan Azlan dan ahli-ahli terapat keluarga Ali ke Pusat Konvensyen Islam Puncak Tropika.

Disebabkan terlalu ramai yang memenuhi kawasan di sekitar Puncak Tropika, solat jenazah Ali tidak muat untuk dilakukan di dalam masjid utama, jadi majlis solat jenazah dilangsungkan di Pusat Konvensyen Islam yang boleh memuatkan 60,000 orang dalam satu masa.

Pun begitu, masjid Puncak Tropika juga dihadiri oleh jemaah untuk solat jenazah ghaib.

Azlan menjadi imam untuk solat jenazah dua rakaat itu.

--

Selepas solat jenazah, jenazah Ali dibawa ke tanah perkuburan, ribuan pengikut Ali berjalan bersama van jenazah yang bergerak perlahan dari masjid ke tanah perkuburan. Masjid penuh menghadiri solat jenazah Ali.

Jenazah Ali dikebumikan di sebelah kubur arwah Mamat, ayah Azlan seperti permintaan terakhirnya.

Ustaz Bakar mengetuai bacaan Yasin, dan Azlan serta pengikut-pengikut setia seperti Kecik dan rakan-rakannya turut bersama disebelahnya.

Mak Cang sedang menangis bersama Dayah di tepi liang lahadnya, sambil cuba ditenangkan oleh Merlina dan Faridah. Natasha pula hanya mendiamkan diri. Dia rasa bersalah atas tuduhannya kepada Ali dan Parti Pertiwi.

Kematian Ali dirasai segenap sudut orang yang bersamanya. Alif pula duduk di tepi pokok, menangis seorang diri. Dia terasa seperti kehilangan seorang ayah. Dia tak menganggap Hafiz tu ayahnya. Dia selalu mengaku dia malu dengan namanya yang bin Hafiz tu.

Video ibunya yang diviralkan berkomplot, telah menyebabkan dia rasa tertekan. Kini, kematian Ali dikaitkan dengan tindakan Adilah yang mahu menggulingkan kerajaan.

Disebabkan itu, terdapat suara rakyat yang mahu Hafiz sebagai Presiden Republik untuk meletakkan jawatan. Bayangkan, isteri Presiden sendiri berkomplot untuk menjatuhkan kerajaan.

Kenderaan Presiden Republik tiba di tanah perkuburan, dan Hafiz turun dengan kerusi roda, untuk melihat sendiri jasad Ali diletakkan di liang lahad.

Hidayah bangun dari persilaannya, dan terus menyinsingkan lengan baju kurungnya.

"Buat apa lagi kau datang sini lagi, Hafiz? Bukan ni kan kau dengan bini kau nak?" jerit Hidayah ke muka Hafiz.

"Sabar, Kak Yong. Sabar," Kecik cuba menghadang Hidayah dari memukul Hafiz dengan payung.
"Kak Yong, tu kalau kena payung kat Hafiz nanti, kena dakwa pulak pukul Presiden," kata Joni, capai payung di tangan Hidayah.

"Kau dengan bini kau memang bangsat!"
"Kak Dayah, sabar. Ni kat tanah kubur ni," kata Merlina, mengurut bahu Hidayah. Rozana dan Nilam yang berdiri di tepi Merlina dan Julia, hanya memandang Hidayah memaki hamun Hafiz.

Hafiz tidak dapat berkata apa-apa. Bayangkan, perempuan jiran sebelah yang pernah mencintainya sepenuh hati satu masa dulu, hari ini memaki hamunnya. Dia hanya menitiskan air matanya.

"Kau datang sini lagi, buat apa? Kau dah halau dia dari negara ni, kau dah dakwa dia macam-macam, hidup dia merempat merata tempat. Semua sebab kau dengan bini kau yang bangsat tu, kau faham tak! Pergi kau dari sini! Kau tak layak jadi kawan Ali! Kau faham tak?" jerit Hidayah.

"Dah la tu, Kak Yong. Kat kubur ni," Kecik cuba menenangkan Hidayah.

Pegawai istana Presiden menolak kembali kerusi roda Hafiz yang kelihatan lemah, kembali ke kereta.

Azlan pandang muka Hafiz, seperti ada seribu penyesalan atas apa yang berlaku.

"Blah la! Tak payah datang sini lagi! Mulai hari ni, kau bukan bapak aku lagi! Kau faham tak!" jerit Alif ke arah Hafiz.

"Jangan melampau, Alif!" Azlan meninggikan suara.

Alif terkejut, dan takut melihat mata Azlan yang membundar ke arahnya.

"Alif, dia tu kan papa you. Hormatlah sikit," kata Rachel, dari tepi.

Semua sunyi sepi memandang Hafiz yang menggunakan tongkat untuk masuk ke dalam kereta.

"Alamak, terkentut pulak. Nak kena ambik air sembahyang balik. Mommy, macam mana ni?" kata Julia.

Semua yang sunyi sepi tadi terus tergelak bila tengok reaksi Julia yang potong mood melayan drama antara Hafiz dan Hidayah tadi.

"Weh, Julia. Kau ni, eii..orang tengah drama Samarinda ni, kau pulak buat mood potong," kata Merlina.

--

Fazrul mengeluarkan dokumen yang telah ditandatangani oleh Ali sebelum dia ditembak.

"Mengikut wasiat Ali, semua ahli Ayam Hitam wajib ba'iah kepada Pengerusi Azlan. Siapa yang menentang Pengerusi Azlan, dia adalah musuh kepada pergerakan ini. Pun begitu, ketua pergerakan Ayam Hitam kini dipimpin oleh saudara Sulaiman."

Kecik bangun dari kerusi, dan kemudiannya berjalan ke meja untuk menandatangani dokumen ba'iah dan menerima amanah sebagai ketua baru Ayam Hitam.

"Wallahi, wabillahi, watallahi. Saya dengan ini menerima tanggungjawab saya sebagai ketua Ayam Hitam, dengan terus taat setia kepada Pengerusi Azlan," ikrar Kecik di hadapan Azlan.

Kecik akan meneruskan perniagaan yang dijalankan oleh Ayam Hitam, dengan Hidayah dan Rozana sebagai pembantunya.

"Jeneral Firdaus dan Fazrul akan dilantik sebagai Timbalan Setia Ayam Hitam. Jeneral Firdaus akan mengetuai pergerakan tentera, serta organisasi yang digabungkan dengan Sayap Kuning, iaitu Sayap Hitam."

Jeneral Firdaus pula ke meja untuk menandatangani dokumen.

"Wallahi, wabillahi, watallahi. Saya dengan ini menerima tanggungjawab saya sebagai Timbalan Setia Ayam Hitam, dengan terus taat setia kepada Pengerusi Azlan," ikrar Jeneral Firdaus di hadapan Pengerusi Azlan.

"Fazrul akan terus memimpin Ayam Hitam dari dalam pentadbiran awam dan polis, serta jabatan-jabatan yang lain."

Fazrul ke meja dan menandatangani dokumen.

"Wallahi, wabillahi, watallahi. Saya dengan ini menerima tanggungjawab saya sebagai Timbalan Setia Ayam Hitam, dengan terus taat setia kepada Pengerusi Azlan," kata Fazrul.

Selesai majlis penerimaan watikah tersebut, semua ahli Ayam Hitam melaungkan 'Allahuakbar' tiga kali sebelum Azlan meninggalkan dewan.

Fazrul juga melepaskan jawatan Speaker Dewan, untuk menjawat jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.

--

"Tak sangka pulak sampai jadi macam ni," kata Marina ketika berdua dengan Faridah.

"Sepatutnya boleh elak ni, Marina. Ali tak perlu pun mati."

"Yang saya plan, suruh Ali serah jawatan tu, itu je. Tapi yang sampai tembak-tembak ni, luar kawalan saya, Aunty."
"Kau kan sebenarnya yang contact Mossad?" tanya Faridah.
"Tak. Bukan saya. Memang Adilah yang contact. Saya cuma suruh proksi saya untuk aturkan pertemuan antara Adilah dan agen Mossad tu. Tak tau pulak Adilah sampai ke tahap nak membunuh Ali pulak. Saya rancang nak buat drama je, sebab senang nak propa kat ahli Ayam Hitam tu nanti untuk terima arrangement baru ni."

Faridah diam dan berfikir.

"Ali tu budak baik, Marina."
"Tapi nak buat macam mana, aunty. Susah Merlina nak business dengan orang kalau orang tahu yang suami dia ada link dengan Ali. CIA dah tau pelan Ali pasal dia nak letakkan Donald Trump kat White House. Aunty pun tau kan Ali ni kan banyak connection dengan terrorist. Bila kita dah install Trump kat situ, senang sikit kita control dorang. Merlina pun boleh la beli saham Lockheed Martin, Raytheon, Boeing untuk kita kawal military. US akan terus melindungi kita walaupun deglobalized and dedollarized world nanti."
"Kalau Hillary menang, memang sia-sia kerja Ali. Ayah dia tu Ku Klux Klan."
"Benda tu Merlina dah bayar pada Wikileaks untuk lepaskan semua e-mail Hillary Clinton. Cerita 'grab her pussy' tu akan terus padam. Donald Trump akan menang, Aunty. Mark my word," kata Marina.
"Lepas ni kalau Donald Trump jadi Presiden, kau kena pastikan yang dia kena lantik at least tiga hakim Supreme Court. Barulah boleh cetus krisis politik kat Amerika. Dan bila yang tu dah berlaku, barulah Azlan boleh fokus untuk pecahbelahkan Kwantong pula."
"Rusia ni macam mana pulak, Aunty?"
"Mereka akan kena sanction lagi teruk dengan Amerika, dan bank-bank mereka akan kita kawal dengan berikan mereka lebih banyak hutang. Rusia ni demografi dia pun dah makin teruk, jadi baik kita kawal bank dia dulu untuk kita kawal natural resource mereka. Yang tu aku dah ajar Merlina," kata Faridah.
"Nice," kata Marina.
"Laki kau tau pasal ni?" tanya Faridah.
"Dia antara tau dengan tak tau."
"Macam mana tu?"
"Dia tau yang saya cadang supaya Ayam Hitam disusun semula, tapi dia tak tau yang saya ada connection dengan Mossad."
"Pasal Ali tu, nak salahkan kau pun tak boleh. Tapi kau tetap ada saham dalam hal ni, Marina."
"Saya tahu Ali setia dengan Azlan. No doubt about it. Tapi saya tak boleh ambik risiko kalau Ali terus tarik orang macam Amir dan Amar dalam organisasi ni. Tapi yang penting, Adilah dah kena game dengan saya. Sekarang menyorok la dia kat rumah macam reban ayam tu."

--

"Kau bawak aku ke mana pulak ni, Jabbar?" tanya Pak Wan Radzi.
"Buat sementara waktu, ini tempat berlindung korang semua."

Jimmy cekak pinggang dan pandang rumah tu seperti tak puas hati.

"Macam reban ayam je ni," kata Jimmy.
"Kita dah takde tempat lain nak berlindung lagi, jangan komplen sangat la, Jimmy!" kata Adilah.
"Kenapa kita tak lawan balik je Azlan tu?"
"Sebab ramai orang kita dah ikut dia! Sepupu, anak saudara pun dah tikam kita!" kata Adilah.
"Kau juga cakap, kalau bunuh Ali, dia akan lemah! Tapi apasal jadi macam ni? Kau ingat aku nak ke duduk kat dalam reban ayam macam ni?"
"Sukati awak lah! Kalau awak kena tangkap, padan muka!"

"Sudahlah, jangan gaduh. Sementara ni, kita duduk sini dulu. Tengok la apa yang kita boleh buat," kata Pak Wan Radzi meleraikan pergaduhan Jimmy dan Adilah.

--

Tugas pertama Fazrul sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk urusan Ayam Hitam di peringkat antarabangsa ialah bertemu dengan Ducky Chen iaitu ketua kumpulan kongsi gelap Hung Hing.

Azlan mengarahkan Fazrul untuk mendapatkan maklumat yang dikumpulkan oleh badan perisikan Dai Viet yang dibantu oleh Hung Hing.

Menurut Ducky, di Hong Kong sekarang keadaannya makin ramai orang menentang kerajaan yang ada, kerana campurtangan dari Kwantong yang melampau.

Sejak 2014 lagi, gerakan Hung Hing bersama dengan gerakan pro-demokrasi lain, membuat gerakan yang digelar Umbrella Movement - kerana mereka menggunakan payung untuk mengelakkan diri daripada terkena air asid yang disimbah oleh pihak berkuasa.

Ducky kata dia mengenali Ali ketika dia di London, apabila orang-orang pro demokrasi membawanya bertemu dengan Ali pada penghujung 2014. Kemudian, melalui Ali, penyokong pro demokrasi mendapat dana walaupun gerakan mereka sering dapat dihidu oleh KCP.

Ali banyak membantu gerakan ini dalam masa dua tahun ini, dan kematiannya membuatkan ramai rasa sedih.

--

Azlan

Disebabkan Jugra masih belum sembuh kakinya akibat kecederaan lutut, dan Julia ada shooting iklan Ayamas, maka aku dan Merlina sahajalah yang ke Brazil untuk menyaksikan Sukan Olimpik.

Merlina cari vila AirBNB di Grumari, jauh sikit dari pantai yang ramai orang macam Copacabana atau Ipanema. Tak minat aku pergi tempat ramai orang macam tu.

Pantai kat Grumari ni lebih sunyi, dan tak memekak berpesta sangat. Orang sini cakap kalau Copacabana tu untuk orang extrovert, Ipanema untuk selebriti kaya, tapi Grumari ni untuk golongan introvert macam aku.

Aku berlenggeng berjemur depan porch sambil mendengar bunyi burung berkicau dan bunyi laut berderu menghempas pantai.

"Amboi amboi amboi! Cepat la siap, gila! Kau tau tak, nak pergi ke venue gimnastik tu ramai orang? Dengan jem lagi, dengan ramai orang nak ke situ lagi. Kau boleh berjemur kat sini. Kau nak tengok Rachel ke tak ni?" Merlina cekak pinggang depan aku.

"Ye la, ye la. Aku baru nak menikmati panorama indah ni, kau dah bising."
"Panorama kepala hotak kau! Jalan jem kat depan stadium gimnastik tu, gila!"

Sejak aku jadi Pengerusi, semua orang cakap elok-elok dan bersopan dengan aku. Kecuali Merlina. Dia dari mula aku kenal, sampai sekarang, macam tu lah dia. Kahkahkah!

--

Sebenarnya antara Grumari nak ke venue acara gimnastik di Barra de Tijuca ni tak sampai 20 minit pun jaraknya. Memang la jem, tapi aku ni pemimpin negara. Aku pakai je gunakan pas diplomatik dan polis Brazil boleh je nak cargas bagi aku lepas cepat.

Kelam kabut betul Merlina ni. Dah terawal dua jam. Tapi tak apa lah, dekat sini pun ada banyak lagi event lain.

Bersebelahan stadium tertutup yang anjurkan acara gimnastik ni, ada acara hoki. Gelanggayu layak ke Olimpik, tapi jadual hari ni adalah Belanda lawan Goryeo Selatan. Esok baru ada match Gelanggayu lawan Ryukyu.

Nasib baik dengan pas diplomatik ni, aku dan Merlina dapat masuk dekat ruang VIP ni. Ada la refreshment dan lounge yang ada aircond untuk aku melepak.

Aku nampak Rio de Janeiro ni ada satu masalah, iaitu kawasan kaya dan kawasan miskin jurangnya jauh. Macam tempat aku duduk, Grumari atau Barra de Tujico ni memang kawasan orang kaya. Rumah banglo, vila semua kat sini.

Tapi macam belah Rocinha atau Vidigal ni memang kawasan jenayah yang teruk, orang miskin bandar ramai dan pembunuhan selalu berlaku. Aku tahu ni pun dari Leonardo, yang aku dapat contact dari Ali sebelum Ali meninggal.

Aku plan nak bawa Kimi ke sini, supaya dia ada peluang untuk mulakan hidup baru. Walaupun dia dah tikam aku dari belakang dengan rakam video Mauritius tu, aku percaya dia buat keputusan masa tu sebab dia belum matang.

Aku harap dia dapat mulakan hidup baru kat sini. Tak ada siapa pun yang kenal dia kat sini.

--

Rachel menang pingat emas pertama untuk Gelanggayu untuk sejarah Olimpik. Aku rasa bangga sebab tak pernah pun negara ini menang pingat emas.

Orang ramai berdiri dan melihat bendera Gelanggayu berkibar dan lagu kebangsaan republik, Bersatu Gelanggayu berkumandang di acara Olimpik.

Mari kita rakyat Gelanggayu
Sama-sama kita bersatu
Cita-cita bangsa yang maju
Bersatu Gelanggayu

Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!

Marilah kita bersatu
Dengan semangat yang baru
Semua kita berseru
Bersatu Gelanggayu!
Bersatu Gelanggayu!

Aku nampak Rachel menangis kegembiraan sambil mengibarkan bendera Gelanggayu. Sebaik sahaja dia nampak aku dan Merlina menontonnya, Rachel menjerit sekuat hati.

"Daddy!!!!!"

Aku jeling ke Merlina. Merlina mengangguk. Maknanya kalau sebarang perkara yang viral pasal aku dan Rachel, aku nak orang yang 'cakap bukan-bukan dalam media sosial' tu ditahan tanpa bicara. Nak lawan kat court ikut mana pun aku akan pastikan yang aku akan menang.

Aku tak nak disebabkan Rachel panggil aku daddy, habis karier politik Nat dan aku.

Mujurlah apa yang dirakam di Rio de Janeiro ni hanya disiarkan esoknya di Wijayapura. Dan Merlina memang particular dalam jaga imej aku.

What happen in Rio, stays in Rio.

--

"Juggie...."

Mili datang bawa makanan iaitu ayam Kyochon.

"Ala, bau sedap. Tapi doktor cakap pantang makan ayam."
"Laaa, ye ke? Siapa nak makan banyak-banyak ni?"
"Awak la!"
"Karang saya gemuk nanti, awak lari ke awek Palestin tu. Siapa nama dia?"
"Aysha?"
"Oooo ingat je nama dia ya? Ketuk lutut tu karang baru tau!"
"Jangan la, baru nak baik ni. Saya takde apa-apa la dengan dia. Kan saya dah janji nak bersama dengan awak."
"Tau, tapi janji ni kenalah kotakan. Doktor kata bila kaki awak nak baik?"
"Lagi dua minggu ni, okay lah."
"Juggie...nanti bila ayah awak balik dari Brazil, boleh tak awak tolong pujukkan dia?"

Suara Mili seperti mahu memujuk.

"Pujuk dia? Kenapa?"
"Kalau nak tangkap atok atau Uncle Jimmy tu, Mili tak kisah. Tapi tolonglah bebaskan mama."
"Mili, mama awak terlibat dalam percubaan membunuh dia, dan Uncle Ali terbunuh sekali. Awak pun faham kan yang Uncle Ali ni siapa."
"Faham, Mili faham sangat. Cuma, I believe there's still good in her. Berikan mama peluang untuk berubah."
"Susah, Mili. Alif pun cakap memang mama awak kena hukum gantung."
"Alif tu memang macam tu. Dia kutuk papa, kutuk mama, macamlah dia tu Mr Bean yang jatuh dari langit takde mak takde ayah tu. Alif tu kurang ajar sangat. Saya memanglah tak bersetuju dengan politik mama, tapi dia tetap mama saya."

Jugra memandang mata kekasihnya yang benar-benar berharap dia berbuat sesuatu.

"Eh, Rachel menang pingat emas la, awak!" kata Mili sambil tengok Twitter Rachel dengan gambarnya yang diretweet beratus ribu orang. Hari ini nama Rachel viral kerana menjadi orang pertama dari Gelanggayu yang memenangi pingat emas Sukan Olimpik.

"Wow, bangganya kita, ada kawan yang menang pingat emas Olimpik," kata Jugra.

--

Kemenangan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat mengejutkan seluruh dunia, kecuali beberapa orang yang merancang perkara ini.

Walaupun perancang utama sudah tiada, tetapi kumpulan Jalan Cendana sudah menyusun perkara ini sejak 2012 lagi.

Azlan seterusnya menelefon anak lelaki sulung Donald Trump, Donald Trump Jr. dan seterusnya mengucapkan tahniah atas kemenangan ayahnya sebagai Presiden.

Dengan kemenangan Donald Trump, rancangan golongan neoliberal yang didukung oleh Hillary Clinton untuk meneruskan agenda TPPA telah gagal.

"Lan, Lan, Lan! Kau tengok ni!" kata Merlina sambil tunjukkan video pemberita CNN yang tadinya berwajah ceria, kini semakin panik.

"Bila Donald Trump dah menang ni, kita kena jalankan fasa kedua pelan Ali ni. Kau handle belah Demokrat, Mahadi handle sebelah Republikan. Aku akan main diplomatik kat dua-dua pihak."

"Jadi batu api la kita ni, kan?"
"Bukan batu api antara Republikan dan Demokrat je. Batu api antara Barat dan Rusia, Amerika dan Kwantong, Bharat dengan Kwantong. Sambil tu kita rapatkan sesama negara Islam. Tu misi kita."

--

Azlan

Aku bawa Jugra melawat kubur arwah Ali yang bersebelahan dengan kubur arwah ayah.

Jugra tenang membaca Yasin bersebelahan dengan aku.

Selepas menyiram air mawar, kami berdua pulang.

"Kaki kau dah boleh jalan laju dah?"
"Boleh, daddy. Kaki Jugra dah baik."
"ACL tu. Tu dulu pemain bola Manchester United, Alan Smith. Bagus budak tu main, tapi kena ACL terus dah tak boleh main lagi dah. Kau ni nasib baik je kena sikit."
"Enam bulan Jugra takleh jalan, daddy. Nanti kena training balik. Next year ada selection untuk Sukan Asia Tenggara."

Kami berdua masuk kereta.

"Boleh Jugra cakap sesuatu tak?"
"Apa dia?"
"Jugra sebenarnya kagum dengan daddy. Daddy dah kena tembak, kena bom, tapi daddy tetap jadi Pengerusi MKKP. Memang respect la."
"Daddy dulu masa muda pun, daddy macam kau juga."
"Sedihlah, tak dapat jumpa Uncle Ali kali terakhir. Last jumpa dia masa Abang Joni dengan Abang Lias lawan wrestling sebab rebut tiket Summerslam."
"Aduhhh, baru teringat nak beli tiket Summerslam untuk kau hari tu. Dah la Goldberg kesukaan kau lawan dengan Brock Lesnar."
"Ala daddy, kan Jugra injured. Tak boleh jalan pun. Takpelah, tengok kat Youtube pun match tu sekejap sangat."
"Lain kali kita pergi ya?"
"Bila-bila pun takpe. Daddy ada 80 juta orang rakyat Gelanggayu yang harapkan daddy."

Dah besar dah budak ni. Cepat benar masa berlalu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro