
2016 part 13
Presiden Hafiz Samsudin telah menandatangani deklarasi darurat yang dihantar oleh Menteri Dalam Negeri. Dengan tandatangan ini, sesiapa yang menyebelahi pihak Tengku Ahmad dan Adilah akan dianggap sebagai 'enemy of the state'.
Kuasa mutlak untuk menentukan siapa 'enemy of the state' ini terletak di tangan Menteri Dalam Negeri, yang akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1946 yang pernah diluluskan British dahulu.
Dalam sepanjang sejarah Gelanggayu merdeka, Akta ini pernah digunakan tiga kali sahaja. Pertama, semasa menentang gerakan Parti Komunis Gelanggayu dari tahun 1949 hingga 1969, kedua semasa Jeneral Yahya menggulingkan kerajaan Tun Rizal Samad dari tahun 1969 hingga 1970, dan yang ini kali ketiga.
Tun Iskandar tak menggunakannya masa zaman pemerintahannya dari tahun 1970-1981, Tun Azmi pun walaupun berdepan dengan ancaman Gerakan Melaut Merdeka dan Revolusi Nasional, dari zaman 1981 sampai 1999 pentadbirannya, pun tak gunakan juga.
Semasa Sultan Norman berdepan dengan Jeneral Yahya dalam perang saudara, Sultan pernah meminta Izham yang pada ketika itu Perdana Menteri untuk menggunakan Akta ini, tetapi tidak berjaya dilaksanakan kerana tentera terbelah dua.
Jeneral Firdaus pula memecat semua pegawai yang mempunyai kaitan dengan Pak Wan Radzi sejak awal lagi.
Akta ini pernah dicadangkan untuk dimansuhkan pada tahun 2012 oleh Natasha, tetapi Jeneral Yahya masa tu menghalang Natasha daripada melakukannya, kerana itu adalah 'nuclear option' untuk seorang pemimpin untuk menstabilkan negara.
Semasa mengumumkan pengumuman darurat itu, Natasha sebagai Perdana Menteri merasakan betapa ironinya dia terpaksa mengumumkan perkara ini sedangkan dia adalah orang yang mahu memansuhkannya.
Kerana di belakang Natasha, Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi MKKP, Azlan sedang berdiri memerhatikannya.
Akta ini juga meliputi segala aspek komunikasi, dari televisyen, radio, akhbar, portal berita, blog, Facebook, Twitter dan lain-lain media sosial, akan dipantau oleh Azlan selaku Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara.
Rata-rata penganalisis politik berpendapat move terbaru Azlan ini menjadikan beliau sebagai pemimpin Gelanggayu paling kuat sejak Jeneral Yahya Atan menubuhkan MARENA selepas kudeta tahun 1969. Mungkin lebih kuat. Zaman Jeneral Yahya, masih ada Sultan yang boleh hentikan dia. Azlan, tak ada siapa pun boleh hentikan dia, termasuk Presiden Republik.
Selepas pengumuman itu, Natasha terus berjalan, tanpa menoleh ke muka Azlan.
"Nat?"
Bila Azlan panggil, barulah Natasha menoleh.
"Can we talk?" tanya Azlan, memperlihatkan Natasha yang seperti tidak rela dengan pengisytiharan darurat ini.
Azlan mengajak Natasha ke restoran St. Pierre di Paragon Mall, tempat mereka selalu makan.
--
Disebabkan Azlan datang ke restoran itu, seluruh kawasan di Paragon Mall tu dikawal ketat oleh pegawai polis Cawangan Khas dan skuad Risik Tentera Republik.
Natasha merenung mata Azlan, dan dia rasa dia sudah tidak kenal lagi Azlan yang sekarang. Azlan yang sekarang jauh berubah daripada Azlan yang dia kenal semasa kali pertama dia berbual di hotel ketika majlis perkahwinan Izham dulu.
"You nak cakap pasal apa?" tanya Natasha.
"I know, you might think I'm turning to be an evil person."
"Yes, Azlan. The worst part, I cannot do anything about it."
Azlan minum air pada gelas bertangkai di sebelah kanannya. Tangan kirinya masih beranduh, jadi dia terpaksa makan dengan daging steaknya sudah dipotong oleh chef.
"To say, you kill the democracy in Gelanggayu, is understatement. You butchered it. Slaughtered it. You've made this country as your personal state."
"I know."
"Azlan, what is wrong with you? You tau tak apa yang you buat ni, kerja diktator? Stalin, Mussolini, HitIer, Francisco Franco, Sudarto, Marcos? You rule with an iron fist! And the worst part, I yang kena berdepan dengan rakyat. I yang kena berdepan dengan semua ni and you and your people dari belakang tabir, tarik tangan semua orang macam all of us ni boneka untuk you!"
Azlan kunyah daging steak tu perlahan-lahan. Dia dengar je apa yang Natasha ingin sampaikan.
"What would Caesar do, if he rules Gelanggayu?" kata Azlan.
"So, you bajet you ni Julius Caesar lah?"
"I bukan bajet. Memang pun sama macam dia. Cuma dia kat Rom, I kat Gelanggayu."
"Alan, I sedih la tengok you jadi macam ni. When I was with you dulu, I selalu bayangkan you macam Lincoln, macam Kennedy, macam Churchill. Bukan macam HitIer, bukan macam Stalin. Kenapa you jadi sampai macam ni?"
"Ut est rerum omnium magister usus. Pengalaman adalah guru kepada diri kita."
Natasha terkedu bila Azlan gunakan quote Caesar untuk justify apa yang dilakukannya.
"Dalam hidup I, ada banyak pengkhianatan, kehilangan, kesakitan. Pernah kena bom, pernah kena tembak dua kali, ditikam belakang banyak kali. Ayah mati kemalangan, dan dapat tahu Izham yang arahkan pembunuhan tu. Ali died because of someone is betraying him. My late wife, Mina, meninggal diracun. My father in law meninggal kerana letupan bom. I difitnah, dipermainkan, diperkotak-katikkan. How long you dah kenal I? More than 30 years. I know how to endure pain. Pain is all my life. Kalau you ada kat tempat I sekarang, when you gain power, adakah you masih nak berfikir tentang betapa indahnya demokrasi, all of us singing Kumbayah, happy ever after, macam tu?"
"I understand, tapi bukan ke semua ni Pengetua tentang? What he had taught you to against authoritarian?"
"Dia sendiri pun authoritarian. Berapa ribu orang Kwantung dan orang Bharat kat Gelanggayu dulu dia bunuh?"
Natasha mengesat air matanya. Azlan tahu, apa yang Natasha bimbang tu sesuatu yang valid. Tapi dia terpaksa buat semua ini untuk menstabilkan keadaan.
"You nak tengok tak, kat mana I rasa diri I kerdil dan lemah?"
"What do you mean? You are the most powerful person in Gelanggayu right now."
"I'll show you a place lepas makan ni."
--
Selepas makan, Azlan membawa Natasha ke sebuah masjid di Puncak Tropika. Kebetulan, Ustaz Bakar pun ada di situ.
Masjid ini dibina oleh Ali satu masa dulu. Kini dah menjadi tempat aktiviti orang ramai disamping tempat beribadah.
Ali juga bina masjid dan pusat pendidikan anak yatim di Teluk Tenang. Duit yang Ali ada, dia bina masjid, rumah anak-anak yatim, sekolah agama.
"Assalamualaikum, Ustaz Bakar?"
"Waalaikumsalam, Tuan Pengerusi. Bila jenazah Ali akan sampai?"
"Pegawai forensik kat UK baru habis siasat benda ni, dan rasanya pukul 2 petang ni baru jenazah arwah punya flight. Sampai sini dalam pagi esok, Insya Allah."
"Insya Allah, kita semua solat jenazah dan kebumikan Ali kat sini."
Natasha keluar dari kereta. Dia terkejut melihat Azlan tunduk dengan ustaz tu bila dia bercakap.
"Dah Zuhur ke belum?" tanya Ustaz Bakar.
"Belum. Nak solatlah ni. Nat, perkenalkan, ni Ustaz Bakar, kawan Ali."
Natasha rasa kaget di sekelilingnya.
"Puan Natasha, kalau nak bersolat, dalam masjid ada telekung untuk puan."
"Oh, err...okay."
--
Selepas solat Zuhur, Natasha nampak Azlan sujud sebelum menadah tangan dan membaca doa.
"Alan, you sujud apa tu? Lamanya?"
"Sujud sahwi. Sujud untuk memohon keampunan dari Allah. Dia Yang Maha Berkuasa, I ni kecil je. Dia yang mampu mengampunkan segala dosa yang ada."
"I never thought of you are seriously religious now. I ingat masa dulu tu, you tunggang agama untuk politik," kata Natasha.
Azlan senyum.
"Sebesar-besar kerajaan Abbasiyah, atau Uthmaniyyah, pada akhirnya kepada Allah, khalifah ini sujud dan menyembah. Kuasa yang ada pada I ni, besar hama je kalau nak dibandingkan dengan kuasaNya. Jadi, janganlah risau I akan jadi monster tanpa check and balance. Allah akan perhatikan I bila I ada kuasa. I percaya pada tu."
"Puan Natasha, pihak masjid berbesar hati untuk menjemput puan untuk hadir dalam majlis bacaan Yasin untuk arwah Ali esok. Jemput datang, ya?" kata Ustaz Bakar.
"Haa...ya, baik, saya datang."
Natasha terkebil-kebil bila dia dijemput ke majlis tahlil. Dia tarik baju Azlan.
"Alan, I mana tahu baca Yasin?"
"Belajarlah. Tak terlambat untuk belajar. Tuhan tu Maha Pengampun, Maha Penyayang. Esok malam, duduk sebelah Mer, baca dengan dia."
Mereka berdua menaiki kereta, dan driver Azlan buka lagu Ukays, Bila Diri Disayangi dalam perjalanan ke 2 Jalan Cendana.
Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermantera
Bermulanya siang berakhir malamku
Tak akan ku jemu menyebut namamu
Tiada batasan waktu
Tiada tempatmu tertentu
Di gunung, di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa
Keagungan kasih merubah takdir
Bila kusedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru kuucap namamu
Terasa diriku kembali dipandu
Engkau yang pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan, engkaulah cahaya
Izinkanlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayangmu
Ku berserah diri
--
Kereta Azlan tiba di 2 Jalan Cendana. Natasha duduk di sebelah kiri, melihat Merlina sedang mengajar Julia dan Nilam cara-cara untuk menjaga kucing.
"Kucing siapa tu?"
"Kucing Mili. Jugra yang jaga sebab mak dia tak suka kucing."
Natasha ketawa bila Azlan bercakap tentang Adilah yang tak suka kucing. Kemudian berhenti ketawa, dan merenung pasangan ibu dan anaknya bergelak ketawa.
"Jom turun?" tanya Azlan.
"No, no. I nak tengok Mer and Julia. Something yang I tak lalui dengan Rachel. Yang lagi sorang tu siapa?"
"Nur Nilam Sari, anak Ali."
"Oooh. Sedihnya, Ali ada daughter yang masih kids lagi."
Merlina ternampak kereta dan terus melambai kepada Azlan. Azlan terus keluar dari kereta.
"Come on, jom la, kita minum petang," kata Azlan.
Natasha mengangguk.
"Weh, Alan! Next week Jugra dah boleh balik dari rumah dah," kata Merlina.
"Tapi bertongkat la?"
"Haah. Dia rasa ralat tak dapat tengok arwah Ali buat kali terakhir. Tu yang dia sedih tu, hey Nat! Mari la!" Merlina melambai-lambai kepada Natasha.
"Umur Julia berapa tahun?" tanya Natasha.
"6 tahun. Lahir masa raya, haha!"
"Seriously?"
"Haah. Malam raya. Time nak letak beras kat dalam ketupat, time tu la air ketuban pecah," kata Merlina.
"Mommy, mommy! Mony beyak!" kata Julia.
"Biarlah dia berak! Kucing pun ada hak nak berak jugak!"
"Dia beyak kat kain baju mommy!"
"Weeehhhh! Lahanat punya kucing! Aku jual kau kat orang Dai Viet karang, baru kau tau!"
Natasha ketawa melihat gelagat Merlina.
"Kenapa you gelak?"
"She's funny."
"Yeah. She is. Jenis rock-rock. Selalu jugak komplen, boring la event isteri-isteri pemimpin ni. Macam datin-datin."
"I'm sure she's the coolest girlfriend you ever had?" tanya Natasha, sambil tersenyum.
"Susah nak cakap. Dia cool tang lain, my girlfriend back in the 1986 cool tang lain."
"Eleh," Natasha tersenyum.
--
Lagu Menuju Senja dari Payung Teduh berkumandang sambil Azlan, Merlina dan Natasha minum petang di tepi padang rumahnya.
"Baklava lagi? Kau ni dah kenapa, Mer?" tanya Azlan.
"Entah. Sedap doh. Sejak aku makan kat Istanbul tu, aku macam suka makan benda ni. Istanbul ni sebenarnya kalau kena right marketing dia, boleh kalahkan Paris untuk jadi capital city of love," kata Merlina.
Natasha terbeliak bila tengok otak marketing dan advertising Merlina.
"Nanti aku cakap dengan Datuk Bandar Istanbul yang kau nak buat advertising untuk dorang," kata Azlan sambil kacau kopi dengan madu.
"Kau tau tak Lan, masa aku kat old town Istanbul, ada satu bangunan tu, dia asalnya pasar tau, zaman Uthmaniyyah, aku rasa ia dibina tahun 1564 kalau tak silap. Dia modify balik buat shopping mall, cun gila doh!" kata Merlina.
"Itulah tu. Wijayapura ni dah umur 1,000 tahun lebih, tapi bangunan paling lama aku nampak, Paragon Mall," kata Azlan.
Ketawa ketiga-tiga orang.
"Masalah dengan Wijayapura ni, tak ada preservation. Pelancong nak datang pun, balik-balik shopping mall. Tempat bersejarah semua dah lupus dah," kata Natasha, menyampuk.
"Nak preserve apanya Nat. Masa perang saudara hari tu semuanya dah hancur," kata Merlina.
"Bukan nak cakap la, but two biggest construction company dulu Nadi Wijaya and Citra Sari Corperation, okay? Your father jugak involved dalam proses runtuhan bangunan lama tu."
"I know. That's one thing I tak setuju dengan my dad. I rasa kan, memandangkan I dah jadi CEO Kencana Consortium ni, I nak try dalam preservation and cultural la," kata Natasha.
"Haaaa! Aku ada idea untuk kau, Nat! Tahun depan Sukan Asia Tenggara kat Gelanggayu kan?" kata Merlina.
"Yes, kenapa ya?"
"Macam ni. PergiMana, my company nak expend our marketing la kat Asia Tenggara ni. Kitorang nak buat marketing untuk tourism kat Gelanggayu ni. Tapi kitorang networking dengan Traveloka. So, your company nak buat duit tak?"
"Apa dia?"
"Let's do advertising for Kempen Melawat Gelanggayu. Start 2017 up until 2020! Kita buat advertising tempat pelancongan negara kita. Makanan di negara kita. Dalam kepala I, dah dapat tahu dah nak pakai siapa jadi hos rancangan."
"Siapa?"
"Rachel la! I mean she's tall, atlet gymnastic pulak, cantik. Imagine kalau Rachel jadi poster girl for Tourism Gelanggayu! Kita buat rancangan macam Running Man, Amazing Race ke, dia jadi hos rancangan ke?" kata Merlina.
"Jahat betul idea marketing dia, kan?" kata Natasha pada Azlan.
Azlan minum air kopi yang bijinya berasal dari Turki, sepanjang dia berada di Istanbul.
"Buat proposal lah, hantar ke Kementerian Pelancongan. Lepas tu I akan umumkan kat kabinet. Lepas tu kalau kabinet tak luluskan ni, mamat sebelah you tu yang veto," kata Natasha, merujuk pada Azlan.
"Set!" Merlina bagi fistbump. Natasha rasa pelik. Natasha membalas fistbump tu dengan rasa teragak-agak.
"Last sekali I buat fistbump masa umur I Form 4 kot," kata Natasha.
"Never grow old, Nat. Enjoy je life ni seadanya," kata Merlina sambil membelai rambutnya.
--
"Nat..."
"Yes Alan?"
"I nak bincang pasal idea I tentang pendidikan vokasional."
"Sure..."
Memandangkan Natasha juga seorang Menteri Pendidikan, dia terus ambil pen dan buku nota untuk catatkan apa yang Azlan ingin sampaikan.
"The next decade, most of the world economy will be digitalized. Maknanya e-commerce, k-economy and also technology will provide a lot of opportunities. I predict in the next 5 years, Kwantong and USA will be decoupling from international trade. Kalau Hillary menang, dia akan continue dengan Pivot To Asia. Kalau Trump, you know lah..."
Natasha tergelak.
"Hari tu Jokowi and I discussed about Majapahit's new capital city. I cadang dia bina berhampiran dengan Teknojaya. Kawasan tu in the near future will be Silicon Valley for both countries. Jadi, I cadangkan you bina Institut Vokasional dan Teknologi dekat Seri Kenidiri, so that kita boleh supply tenaga mahir untuk technology sector for both sides."
"It will create jobs and opportunities. Tapi you nak vokasional yang macam mana?"
"I nak try tarik pakar teknologi dari Taipei-Formosa, Ryukyu, Goryeo, Jerman, Netherlands. Bila Kwantong gaduh dengan USA, they need a new place for manufacturing semiconductors. Lagipun dekat je dengan Sepetang, yang ada abundance of natural gas."
"Kalau macam tu, ekonomi Teknojaya akan lagi besar dari Wijayapura lah," kata Natasha.
"Wijayapura ni jadi financial centre. Lepas tu since I nak buat dam untuk halang air laut naik kat depan Wijayapura tu, I nak pindahkan pelabuhan dekat Tanjung Kapur, Ketil."
"Is that like, 50 kilometers from Wijayapura?"
"Takpelah. Kan ada highway. Kalau semua benda nak kat Wijayapura, jadi sempit. Dah la dulu masa you jadi Gabenor Wijayapura, you luluskan projek tambak kat kawasan tu."
Natasha garu kepala.
"Bila masa I jadi Gabenor Wijayapura? Luqman lah."
"I bet Luqman tak tau satu apa pun fail dalam office tu berbanding you
So you la Gabenor yang sebenar."
Natasha ketawa. Boleh dikatakan masa tu dia defacto Gabenor Wijayapura masa tu.
"I nak jadikan Pelabuhan Tanjung Kapur tu entreport. Tax free. Kita akan bina or upgrade lima pelabuhan di Lingga, Ketil, Sepetang, Teknojaya and Melaut. Pelabuhan Kuala Melaut akan kita sambungkan laluan keretapi ke terminus Air Putih, easy to deliver ke Temasik."
"Semua ni you jangka kos berapa billion?" tanya Natasha.
"MOF tengah buat research. Nanti Belanjawan 2017, Dalilah akan umumkan dalam Parlimen."
--
"Mer, kau kempen Tahun Melawat Gelanggayu sampai 2020 ni, kau sedar tak tahun 2020 apa akan jadi?"
"Alamak! Supervirus! Aku lupa la, Lan!"
Azlan hanya mampu geleng kepala.
"Tapi takpe la, nampak convincing apa yang kita tak tahu menahu benda ni nanti," kata Merlina.
"2017 sampai 2019 je lah. 2020 tu kau anggap je cancel," kata Azlan sambil hembus vape.
"Lan, untuk supervirus ni, bukan apa la, aku percaya confirm satu dunia akan rasa impact ekonomi teruk punya. Kau dah ready ke apa kena buat?" tanya Merlina.
"Hmmm...." Azlan silang kaki sambil hembus asap vape.
"Kau hmmm je?"
"Nak kata aku bersedia tu, masih banyak lagi yang sedang aku rancang. Cuma aku tengah fikir macam mana keadaan rakyat kalau nak kekang supervirus ni daripada merebak? Takkan kena tutup semua kedai, pejabat, kilang semua? Mampus la ekonomi."
"Memang kena macam tu lah, Lan. Semua orang kena kuarantin. Haa, macam H1N1 kena tutup sekolah dulu?"
"Masa H1N1 tu memang sekolah tutup pun, sebab perang. Kau ni pun," kata Azlan.
"Kita pun tak tau supervirus ni macam mana kesan dia, Lan. Tapi misalkata kena tutup office, industri, ekonomi semua tak jalan, kau kena bagi rakyat duit, Lan. Dorang perlu survive. Dan aku cakap terus terang, kalau benda ni global, confirm investment kita banyak yang rugi. Kecuali kalau kita invest kat health sector la."
"Then kau invest la kat health sector. Syarikat pengeluar peralatan pernafasan, benda-benda tu semua."
"Kan dah JV dengan syarikat farma tu semua. Atau kau nak aku beli syarikat pengeluar equipment hospital tu semua?"
"Jangan la semua, tinggal la sikit untuk orang."
"Hmmm, kau nak bagi duit kat orang pakai duit apa?"
"Zakat kan ada. Berlambak dalam Baitulmal tu. Takkan aku nak suruh rakyat withdraw simpanan hari tua EPF dorang? EPF ni biarlah kita invest kat investment yang berguna. Ada zakat, inilah fungsinya. Saidina Umar dulu selamatkan Madinah, masa ada krisis makanan, dengan zakat la."
"Ye lah. Duit zakat dalam Baitulmal tu pun dah banyak dah tu."
"Tiga tahun ni memang kita kena prepare, Mer. Kita je yang tau benda ni."
--
Mili
Oh no....mama in trouble now. Kalau mama kena tangkap ni, mesti Uncle Alan takkan lepaskan dia. Papa pun gunakan kuasa dia untuk jadikan mama sebagai 'musuh negara'.
Alif macam buat tak tau je bila mama dalam keadaan masalah macam ni. Dia kata, padan muka dia, biar dia rasakan.
Tapi pada aku....tak patut. Bukanlah nak backing mama, sebab apa yang mama buat tu memang salah. Tapi dia mama aku. Aku harus selamatkan dia.
Dalam masa sama, Uncle Alan layan kami berdua dengan baik. Kalau korang dalam situasi aku, apa yang kau akan buat?
Walaupun aku hormat Uncle Alan, dan aku cintakan Jugra sepenuh hati, tapi dia tetap mama aku. Aku tahu mama buat macam tu sebab nak hentikan ramalan Sayyid Muluk tu, tapi mama dah terlambat. Atok pun dah terlambat.
Macam mana sekalipun aku harus selamatkan mama. Mesti ada caranya. Aku akan cuba pujuk Uncle Alan, sebab deep down, mesti dia akan kenang bahawa mama dan papa pernah jadi orang yang rapat dengannya.
Cuma, macam mana ya? Aunty Jessie kata, mama masih ada perasaan kepada Uncle Alan. Dan Uncle Alan, mesti, tak banyak sikit pun, dia akan kenang persahabatan dia dan mama dan papa.
Aku pandang buku sejarah hukuman Sayap Kuning tu. Di situ ada banyak rahsia keluarga Wan Demang. Dah tentu Uncle Alan mahu tahu rahsia keluarga ni.
Aku akan cuba gunakan ini sebagai syarat untuk dia lepaskan mama, dan maafkan mama.
Sebab walau macam mana jahat sekalipun, dia tetap mama aku. Dan sebagai seorang anak, menjadi tanggungjawab aku untuk selamatkan mama!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro