
2016 part 12
"Ini adalah komplot untuk menjatuhkan kerajaan republik. Wan Radzi, anaknya Wan Adilah serta Tengku Ahmad merancang mahu melakukan keganasan untuk merampas kuasa. Mereka adalah musuh negara, enemy of the state," kata Azlan dengan sebelah tangan kirinya masih tergantung dengan anduh tangan.
Kamera dan para wartawan memenuhi depan rumah nombor 2 Jalan Cendana ini sejak pagi. Mereka berkhemah di pondok keselamatan sejak semalam lagi.
Wajah Azlan tenang, walaupun nampak penat kerana tidak cukup tidur, masih terkejut kerana kehilangan seorang yang paling rapat dengannya, dan dalam masa sama fokus untuk menghapuskan semua musuhnya.
"Komplot jahat ini merupakan ancaman kepada negara. Sasarannya bukan sahaja saya, tetapi kepada menteri-menteri yang lain. Saya meminta kepada Ketua Polis Negara, Bunyamin, untuk memburu golongan pemberontak ini dan bawanya ke muka pengadilan. Dan keadilan akan kami, kerajaan ini berikan kepada rakyat."
Wajah ahli-ahli MKKP semuanya rasa panik, termasuklah Amir.
Azlan tidak melayan soalan wartawan. Dia terus meninggalkan podium ucapan sebaik sahaja tamat ucapannya.
Semua ahli-ahli MKKP mengikutnya dari belakang. Sampai di bilik mesyuarat, Azlan terus duduk sambil ahli-ahli yang lain mula masuk ke bilik mesyuarat.
"Alan, are you okay?" tanya Natasha.
"Better than ever," kata Azlan.
Rahman nampak seperti mahu bertanya, tapi takut.
Parti-parti kecil yang lain juga merasa begitu.
"Kita dalam perang," kata Azlan.
Semua wajah ahli yang lain terkejut dengan pengumuman Azlan.
"Apa maksud Pengerusi?" tanya Natasha.
"Orang yang menembak saya ini adalah orang yang menyokong untuk mengembalikan monarki di Gelanggayu," kata Azlan.
Azlan pandang mata setiap orang, kecuali mata Amir. Dia tahu, Amir cuba menjadi sesumpah yang cuba blend in dengan mood semasa dalam dewan. Ternyata Amir ni budak teater masa di sekolah dulu. Pandai betul dia berlakon.
"Nanti kita semua ke Bandar Tun Zairi Abu Bakar. Kita ada briefing dari Jeneral Firdaus di sana."
--
Semua ahli MKKP menuju ke pejabat Laksamana Jeneral di Bandar Tun Zairi Abu Bakar. Azlan berjalan di depan, Natasha di sebelah kanannya, Rahman di sebelah kirinya, Amir di sebelah Rahman, serta barisan parti-parti lain.
Para wartawan mengambil gambar pertemuan Azlan dengan Jeneral Firdaus, serta pegawai-pegawainya di hadapan pejabat, sebelum semuanya masuk untuk mesyuarat Majlis Keselamatan Negara.
Jeneral Firdaus menerangkan ada komplot dari puak-puak pemisah serta ada pembekal wang dan senjata untuk menyokong gerakan monarki.
Amir nampak resah, dan sering melonggarkan tali lehernya. Walaupun dia cuba untuk mengawal perasaan resahnya, tetapi dia seperti berpeluh, kerana dia melihat Azlan sebagai Pengerusi, tidak bercakap banyak.
Jeneral Firdaus menerangkan Ops Helang, iaitu memburu puak-puak pemisah serta orang-orang yang mahu menggulingkan kerajaan.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, Azlan mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan darurat, dengan hanya menyuruh Hafiz sebagai Presiden untuk menandatangani surat perintah darurat itu.
Natasha dan Rahman hanya fokus terhadap penerangan Jeneral Firdaus, begitu juga dengan pemimpin parti-parti kecil yang lain.
Mata Azlan pandang Amir bila Jeneral Firdaus menyebut ayat 'terdapat anggota yang cuba ditarik untuk menyertai kumpulan ini'.
Jelingan mata Azlan ke Amir membuatkan Amir rasa panas punggung. Dia rasa Azlan dah tahu semua rancangan pembelotannya.
Mesyuarat berakhir dalam masa 90 minit. Selepas tamatnya mesyuarat, ketika Amir bergegas untuk keluar dari bilik, Azlan terus datang ke arahnya dan memanggil namanya.
"Amir!"
Kaki Amir seperti disimen. Dia seperti tidak dapat bergerak. Wajah Azlan masih lagi letih, tetapi kali ini Azlan nampak lebih rileks.
"Amir, Firdaus, mari sini," kata Azlan.
Azlan memeluk bahu Amir. Tapi pelukan bahu tu sebenarnya petanda kepada orang-orang Jeneral Firdaus supaya bersedia.
"Macam mana dengan Ayam Hitam sekarang, Azlan?" tanya Amir.
"Kita perlu adakan mesyuarat malam ni. Untuk bincangkan situasi terkini," kata Azlan.
"Saya akan buru mereka, Azlan. Saya akan pastikan mereka tidak terlepas. Ali tu sahabat saya sejak dia keluar dari tahanan Sungai Banol lagi. Saya akan menuntut bela demi Ali, Kak Yong, demi Zana, demi kita semua!" kata Amir.
Jeneral Firdaus jeling ke mata Azlan, dan Azlan membalas jelingannya.
Azlan berjalan ke depan, dengan tangan kanannya memeluk bahu Amir, tangan kiri masih tersangkut pada anduh.
Di depan pintu pejabat Laksamana Jeneral, para wartawan berpusu-pusu untuk mengetahui perkara yang sebenar.
Azlan terus ke depan, bersama barisan ahli MKKP yang lain.
"Tuan Pengerusi, boleh kami tahu mesyuarat ini tentang apa?"
"Tuan Pengerusi, siapa dalang komplot menggulingkan kerajaan?"
Azlan menenangkan para wartawan.
"Setakat ini, pihak MKKP telah mendengar penerangan dari Jeneral Firdaus tentang ancaman ini. Mereka ini mahu menghidupkan semula monarki, dan bekerjasama dengan gerakan pengganas puak pemisah, serta mendapat bantuan dari jaringan pengganas antarabangsa, termasuklah ISIS. Mereka cuba menghancurkan kedaulatan negara ini, dan sebagai Pengerusi MKKP, saya tidak akan membenarkan perkara itu daripada berlaku. Saya minta rakyat supaya bertenang, dan percaya dengan pihak tentera untuk menguruskannya. Terima kasih."
Azlan gebang. Dia tahu kalau guna ISIS tu, tindakan keras dia nanti akan diterima umum sebagai langkah keselamatan. Amerika pun takkan marah kalau Azlan laksanakan draconian law.
Semua ahli MKKP berjalan menuju ke kereta masing-masing, dengan hanya Azlan dan Jeneral Firdaus sahaja yang berdiri di depan pintu bangunan.
Amir berjalan dengan pantas dan terus masuk di dalam kereta, dengan pemandunya membuka pintu untuknya. Tetapi selepas sahaja pemandunya tutup pintu, pemandunya berjalan ke arah Azlan, dan kemudian mengunci kereta Amir.
Kemudian, pemandu itu berdiri di sebelah Azlan dan Jeneral Firdaus, dan berdiri memandang kereta Amir.
"Shit!"
Amir sudah panik. Dia cuba untuk membuka pintu keretanya, tetapi gagal. Dia cuba memecahkan cermin dengan sikunya, tetapi cermin keretanya bullet proof.
"Bukak la, bodoh. Bukak la cepat. Wei, apasal ni..."
Ketika kenderaan lain baru nak bergerak, kereta Amir meletup.
Ahli-ahli MKKP yang lain semua keluar dari kereta dan nampak kereta Amir sudah mula terbakar.
"Shit, things get real!" kata Rahman.
Natasha terus berlari menuju ke arah Azlan. Bertempiaran lari semua pihak media sambil merakamkan kejadian letupan kereta Amir secara livw.
"Pengerusi, ni kerja dorang ke?"
"Yes. You pergi Istana Presiden, suruh Hafiz declare martial law."
"Okay, Pengerusi."
Dalam kelam-kabut itu, Azlan dan Jeneral Firdaus hanya pandang kereta Amir yang terbakar, sambil mengenangkan kenangan mereka bersama ketika Ali masih ada bersama mereka.
--
Azlan kini sudah menjadi Pengerusi kepada Ayam Hitam, dengan Jeneral Firdaus bersama Kecik menjadi underboss. Fazrul menjadi consigliere dengan menguruskan urusan dari dalam kerajaan.
Dalam mesyuarat tertutup Ayam Hitam, Azlan mengatakan pemergian Ali tidak akan sekali-kali dapat memadamkan perjuangan mereka.
Langkah pertamanya selaku pemimpin Ayam Hitam, ialah menangkap abang Amir, Amar dan terus mengheretnya ke mahkamah atas kes penyelewengan wang ke atas dana pembinaan jeti di Teluk Tenang.
Azlan juga mengarahkan Jeneral Firdaus untuk melakukan program pemutihan, terutamanya dengan menapis semula ahli-ahli Ayam Hitam di Melaut.
Ramai ahli-ahli keluarga Wan Radzi dan Adilah mula menerima surat dari Jabatan Peguam Negara terhadap kes-kes yang selama ini berjaya mereka elakkan kerana mereka dilindungi.
Sayap Kuning secara rasminya digabungkan dengan Ayam Hitam, membentuk Sayap Hitam.
Beberapa ahli keluarga keturunan Wan Demang seperti Wan Faris, terus menghadap Azlan dan mencium tangan Azlan, dan isytihar ba'iah kepada keluarga Cendana, sekaligus mengasingkan Adilah dan Wan Radzi dari punca kuasa.
--
Kejadian letupan kereta Menteri Pertahanan itu benar-benar membuatkan Adilah dan Jimmy jadi panik. Mereka berdua cepat-cepat cuba melarikan diri ke luar negara.
Tetapi mereka dapat tahu yang Hafiz tidak membenarkan jetnya untuk digunakan oleh Adilah. Jimmy dan Adilah merasa panik. Tambahan pula pihak tentera sedang mengawal lapangan terbang.
Adilah tahu, rancangannya untuk menjatuhkan Azlan telah gagal. Peluang untuk menjatuhkan Azlan sudah berakhir. Sekarang hanya boleh larikan diri sahaja.
Mereka berdua tahu, kalau mereka berdua dicekup oleh Azlan, maka hanya ada satu sahaja nasib mereka - dihukum gantung sampai mati.
"Mampos kita, mampos!" kata Wan Radzi, mula menggelupur mengemas barangannya. Wan Radzi nampak Azlan pakai cincin Raja Gautama. Dia tahu Azlan in full control sekarang.
"Kita nak lari mana ni? Jimmy, think!" Adilah menjadi panik.
"Naik kapal terbang la!" kata Jimmy.
"Eh bodoh, kapal terbang you tu dah kena sita dengan kerajaan!"
"Kalau lari ikut jalan darat?" tanya Jimmy.
"Tak boleh, Jeneral Firdaus dah tutup pintu sempadan kat semua. Sekarang ni Jokowi pun bekerjasama dengan Azlan," kata Adilah.
"Jalan laut?"
Adilah cekak pinggang.
"Baik you cakap suruh gali dan ikut bawah tanah tembus bawah laut! Semua jalan sempadan dia dah tutup! Bodoh!"
"Hey, you jangan nak panggil I bodoh, okay? I ni keturunan al-Daulah, okay? Jangan kurang ajar!"
"Jimmy, sekarang ni bukan masanya nak berlagak keturunan apa. Kalau orang Azlan jumpa kita, mampos kita," kata Wan Radzi.
"Bak datang la Azlan! Kalau terror lawan one by one!"
"You kalau tak cakap bodoh, boleh tak? Dia pegang polis, tentera, jabatan perisikan, jabatan imigresen. Semua dia pegang! Faham tak?" kata Adilah yang dah kelam kabut kemas beg.
"Mana si Jabbar ni?" tanya Wan Radzi, tangannya sudah menggeletar. Gelaran 'enemy of the state' atau 'musuh negara' ni dah terletak pada mereka.
"Yang si Hafiz ni pun sial! Pengkhianat!" kata Jimmy.
"Jangan sebut nama si babi tu lagi lah!" kata Adilah.
Kereta Tan Sri Jabbar tiba.
"Sampai pun kau, kau dah jumpa tempat persembunyian?" tanya Wan Radzi.
"Dah Pak Wan."
"Kat mana?"
"Melaut."
Wan Radzi tepuk dahi.
"Banyak-banyak tempat, yang kau pilih kampung halaman si Azlan tu dah kenapa? Kau dah gila?"
"Kena ingat, Pak Wan. Tempat persembunyian yang paling bagus ialah tempat yang dia paling tak sangka," kata Tan Sri Jabbar.
"Betul juga. Dila, Jimmy, jom naik kereta Jabbar. Dia dah jumpa tempat sembunyi tu."
Mereka bertiga letak beg, kemudiannya masuk ke dalam kereta.
"Nanti saya cuba cari jalan macam mana untuk bagi Pak Wan, Jimmy dan Adilah untuk lepas masuk ke Acheh. Dari situ senang sikit sebab kawasan tu tak ada jagaan sangat," kata Tan Sri Jabbar.
"Bagus jugak tu," kata Wan Radzi.
--
Tanpa mereka sedari, pemilihan tempat di Melaut itu dipilih sendiri oleh Azlan, dan sebaik sahaja kereta Tan Sri Jabbar masuk ke kawasan itu, kawasan itu akan dikepung oleh tentera dan polis.
Pemilihan sebuah rumah tinggal tepi ladang kelapa sawit yang terpencil dari orang lalu lalang bakal menyeksakan mereka.
Azlan sedang cuba satu eksperimen sosial, seperti yang dia suka buat terhadap tikus-tikus yang menggigit bantalnya semasa dia kecil dulu.
Cuma kali ini eksperimen ini akan diadakan terhadap Jimmy, Adilah dan Wan Radzi. Mereka bertiga akan tinggal di rumah tinggal itu - kosong, yang ada cuma lantai simen.
Dan adalah menjadi tugas Tan Sri Jabbar untuk memberi makan kepada mereka bertiga, hanya dengan arahan dari Azlan sahaja. Jika Azlan kata tak ada makanan, maka mereka akan kebuluran di dalam rumah itu.
Projek ini akan berjalan dalam masa setahun lebih, untuk memastikan kehidupan yang terseksa bagai berada di neraka dunia.
--
Selepas selesai semua kerja, barulah Azlan melawat anaknya di hospital. Kelihatan Jugra sedang menangis teruk apabila mendapat tahu yang Uncle Ali kesayangannya sudah tiada.
"Mer, kau balik rumahlah. Bawak Julia makan ke apa. Biar aku teman Jugra."
"Baiklah, kau dah makan ke?"
"Baru aku perasan dah dua hari aku tak sentuh makanan. Aku jadi lapar teruk ni."
"Kau nak makan apa?"
Azlan termenung.
"Mengalahkan perempuan kau ni. Makan pun kena fikir," kata Merlina.
"Haaa! Julia tau, daddy makan ayam panggang Ayamas! Ooooh Ayamas! Pok pok pok pok!" Julia mengajuk iklan Ayamas yang selalu bersiaran di TV masa dia dan ibunya melayan drama Tamil bersiri Chinna Pappa Periya Pappa.
Julia ni suka buat orang sekeliling dia ketawa, walaupun keadaan dalam keadaan yang tertekan macam ni.
Azlan menggosokkan rambut Julia, kemudian barulah dia tersenyum.
"Bolehlah, Mer. Makan Ayamas," kata Azlan.
Merlina dan Julia meninggalkan bilik wad Jugra.
"Siapa bunuh Uncle Ali, daddy?"
"Biasalah. Dalam gangster ni, akan ada orang yang cuba tikam dari belakang. Orang tu cuba bunuh daddy sebenarnya, tapi Uncle Ali yang lindung daddy dari kena peluru."
"Macam lagu Bruno Mars pulak."
"Tu bukan catch a grenade ke? Tapi lebih kuranglah."
"Daddy, kenapa Uncle Ali buat macam tu?"
"Sebab dia lebih dari sekadar kawan baik daddy. Dia tu abang daddy. Abang mana yang sanggup tengok adik dia kena tembak? Sebab tu, Jugra kena jaga Julia dan Rachel, walau macam mana sekalipun."
Jugra barulah tersenyum bila Azlan membelai rambutnya.
--
"Lan, aku faham, kau rasa sedih apa yang berlaku. Tapi kita tak boleh terus murung. Aku cadangkan kita semua satu keluarga pergi Rio de Janeiro sempena Olimpik ni. Tengok Rachel dalam gimnas. Mana tau dia lagi bersemangat kalau kau ada," kata Merlina.
"Kau nak pergi Brazil?"
"Ye la, aku nak jumpa Ronaldo."
"Ronaldo bukan Portugal ke?"
"Eh bodoh, sebelum Cristiano Ronaldo, ada Ronaldo Luiz Nazario de Lima, El Phenomeno! Main Inter Milan, Real Madrid!"
"Haha, aku gurau je la. Aku tau Ronaldo potong rambut gaya Pekan tu. Mer, kalau aku bebaskan Kimi, kau setuju tak?"
"Aku tak nak dia nak get back dengan aku. Eiiii!"
"Bukanlah nak get back. Kau dah jadi bini aku, gila. Nak kena sepak ke dengan Murad?"
"Tu baru Murad, belum Jeneral Firdaus lagi."
"Itu la pasal. Aku sendiri boleh sepak dia."
"Aku tak kisah kalau kau nak lepaskan dia, tapi dia kena keluar dari negara ni. Dia bunuh Perdana Menteri. Orang masih ingat lagi dia bunuh Shahrizal Hamdi."
Azlan setuju yang dia akan ke Rio de Janeiro, untuk bertemu dengan Leonardo, pengedar kokain yang menjual dadah di Miami untuk bawa Kimi tinggal bersama mereka.
Azlan harap Kimi belajar bahasa Portugis masa dalam penjara tu.
--
Beberapa hari selepas kejadian itu, Azlan jadi murung. Dan untuk dia melawan perasaan kemurungan itu, Azlan berzikir 'la hawla wala quwata illa billah' selepas selesai solat.
Dia kemudiannya merenung gambar dia dan Ali yang ada dalam walletnya, kemudiannya dia lap air matanya.
Pintu biliknya diketuk. Merlina datang bawa keropok lekor.
"Lan, makan la sikit keropok lekor ni."
"Kau makan lah."
"Tadi aku dah makan Ayamas."
"Lan, yang kau makan Ayamas tu, semalam. Kau cakap tadi tu kalau hari ni. Semalam tu dah bukan tadi lagi dah. Hari ni satu hari kau tak makan. Sudahlah tu. Dah takdir Ali macam tu."
"Aku ada kat puncak kuasa ni kerana dia, Mer. Mustahil aku akan dapat bertahan kalau tak ada dia."
"Lan, kalau kau give up sekarang, kematian Ali tu akan jadi sia-sia. Kau sambung perjuangan dia, tapi dengan lebih tersusun, dan lebih efektif. Kau kena kuat, sebab seluruh jentera ni harapkan kau."
Azlan mengangguk. Kemudian dia capai kunci keretanya.
"Nak pergi mana?"
"Mancing."
--
Azlan berhenti di kawasan rumah Azam. Orang ramai yang nampak Azlan, bersalaman dan bertanya tentang kejadian tembak menembak sehingga terjadinya kematian Ali.
"Maafkan saya, semua. Saya nak tenangkan fikiran. Saya datang sini nak ajak kawan saya memancing."
Beberapa minit kemudian, Azam datang bawa dua joran, dan baldi, berserta umpan dan peralatan memancing yang lain.
"Tangan bro Alan sakit lagi tu, boleh ke nak mancing ni?"
"Aku dah memancing ni sejak aku belum masuk tadika lagi, Zam. Come on lah," kata Azlan.
--
Azlan dan Azam memancing di sebuah lombong tinggal di kawasan Bukit Besar, yang bersempadan dengan provinsi Geri.
"Tak sangka bro Azlan suka memancing," kata Azam.
"Arwah ayah aku suka bawa aku mancing."
"Samalah. Arwah ayah saya pun suka bawa saya mancing. Kenapa bro Azlan tak bawa Jugra memancing?"
"Dia tak minat. Boring kata dia. Lagipun, kaki dia tengah kena operate. Dia cedera masa main ragbi."
"Tapi Bro Alan tangan sakit tu?"
"Aku memang minat, jadi aku tak kisah."
"Tengok bro Alan pasang umpan pun nampak dah pro dah."
Azam mengangguk faham. Budak muda baya dia memang tak ramai suka memancing.
Sejak kes dia bakar bendera Amerika dulu, Azam mula rapat dengan Azlan. Bukan macam anak dan ayah, tapi lebih kepada macam seorang teman. Teman makan, teman belikan baju, teman memancing.
Azam mendapati Azlan berkongsi banyak perkara dengan dia. Ayah meninggal pada usia kecil, minat muzik, minat memancing.
"Bro Alan tak ada kerja ke?"
"Aku ambik cuti. Aku nak tenangkan fikiran. Aku nak healing."
"Healing?"
"Ya. Mental aku koyak teruk sejak Ali meninggal."
"Saya pun sedih. Mak saya cerita, masa saya dalam kandungan, ayah saya hilang kerja, lepas tu kena halau dengan penyewa rumah. Bro Ali yang bagi ayah saya kerja, bagi ayah saya rumah. Tak payah bayar sewa pun. Masa saya bayi, saya ada masalah paru-paru. Uncle Ali yang bayar duit hospital."
Azlan pandang Azam, dan merasakan kedua-dua merasakan kehilangan Ali. Tapi hidup perlu diteruskan. Dan untuk menenangkan diri, memancinglah.
Pancing Azlan bergoyang.
"Bro, umpan bro dah kena!"
Azlan menggunakan skill memancingnya masa muda dan menariknya ke darat. Walaupun tangan kirinya masih bersangkut pada bahu anduh, tapi dia masih mampu bertarung dengan tarik pancing sebelah tangan kanannya sahaja.
"Besar kemain ikan rohu tu!" kata Azam.
"Kau rasa ada dalam berapa kilo ikan ni?"
"Dalam 2 kilo, mungkin 3."
"Tak sampai tiga ni, Zam. Eh, kau punya joran pun dah kena tu. Tarik cepat."
Tarik punya tarik, Azam dapat ikan sebarau.
"Fuhhh, sebarau!"
"Bro Alan pandai masak tak? Saya tau pancing je. Kalau dapat ikan, selalu suruh mak atau Saleha tolong siangkan ikan, tolong masakkan."
"Jom, kita pergi kedai Kak Zana, minta dia masak ikan ni. Nanti suruh Joni jemput mak dengan adik kau."
--
Rozana dan Nilam masih lagi berduka, dan antara sebab Azlan nak bawa ke kedai tomyam Ali ialah untuk belanja semua orang kuat Ayam Hitam.
Azlan hantar mesej kat Whatsapp Group.
"Diminta Fazrul dan isteri-isteri serta keluarga, Fidot dan keluarga, Kecik, Joni, Lias, Kak Dayah, semua hadir ke kedai Kak Zana. Saya dan Azam pancing ikan rohu dan sebarau. Kita makanlah sama-sama."
--
Merlina parking kereta kat kedai tomyam Ali. Dia terus pimpin tangan Julia melintas jalan.
"Woi, tak ajak bini sendiri!" kata Merlina, tepuk lengan Azlan.
"Kan aku mesej kau."
"Hek kau! Marina yang bagitau aku."
"Kau ni, check la phone kau."
Merlina terus tengok Whatsapp dan Azlan mesej 'siap cepat, makan kat kedai kak zana'.
Merlina tersengih kerang.
"Babab kang," kata Azlan.
"Ni ke kawan mancing kau, Lan? Macam baya Jugra je," kata Merlina.
"Haah. Azam nama dia. Azam, ni Merlina."
"Apa khabar Puan Merlina," kata Azam sambil salam cium tangan.
"Kau ke yang pancing ikan ni?"
"Saya pancing yang sebarau ni. Bro Alan pancing rohu."
"Kau panggil ikan apa pun aku tak tau. Aku tak makan ikan air tawar. Tapi aku datang ni sebab ye lah, semua orang pun tengah sedih. Orang kata ini proses healing lah. Jadi aku datang la," kata Merlina.
Sebentar lagi kereta Alfa Romeo pula tiba.
"Kereta siapa pulak ni?" tanya Merlina.
"Fidot."
"Dia beli Alfa Romeo ke?"
Fidot bersama isteri dan anak-anak tiba dan bersalaman dengan Azlan dan semua orang. Kemudian kereta Joni tiba. Lepas tu Lias. Lepas tu Kecik. Fazrul dan Marina tiba lambat sebab dari pejabat di Kota Warisan.
Pekerja-pekerja Hidayah memasak makanan hari ini, berserta ikan yang dipancing oleh Azlan dan Azam. Dan disebabkan Merlina tak makan ikan air tawar kecuali siakap, Rozana belanja ikan siakap.
Ikan rohu masak stim asam boi, ikan sebarau masak sweet sour, dan siakap masak sambal.
Ketika semua makanan dihidangkan, Azlan berdiri dan ambil sudu, dan ketuk cawan yang berisi teh madunya.
Semua memandang Azlan, yang tangannya masih beranduh.
"Assalamualaikum kepada semua yang hadir."
"Waalaikumsalam."
"Sebelum makan ni, saya nak beri ucapan sikitlah. Tujuan saya memanggil semua untuk hadir, ialah untuk berkongsi rezeki, yang saya dan kawan mancing saya Azam ni, dapat ikan yang besar. Tapi saya nak mengambil kesempatan kepada semua, bahawa kita semua sebenarnya sedang berduka atas pemergian seorang abang, seorang sahabat, seorang ayah, seorang suami, seorang ketua yang hebat bernama Ali. Hari ini kita rasa kosong, kerana kita telah kehilangan seorang pejuang bangsa dan agama yang rapat dengan kita semua. Tetapi kita perlu teruskan hidup ini walau apa pun yang terjadi. Semoga Allah limpahkan kurnia dan rahmat ke atas roh Ali yang banyak berjasa kepada kita semasa usianya. Al-Fatihah!"
Semua orang tadah tangan dan membaca Al-Fatihah.
"Okay, kita minta Ustaz Bakar, bacakan doa makan."
Selepas selesai doa makan, mereka beramai-ramai makan dan berbual-bual. Selepas ini, ramai-ramai akan bergerak ke rumah Hidayah untuk majlis baca Yasin dan solat Isyak.
--
Dalam kereta, Azlan diam. Tak bercakap.
"Daddy.."
"Ya, Julia?"
"Kenapa daddy sedih je? Dawi daddy balik London, sampai sekawang, daddy macam depwession."
"Uncle Ali meninggal la, sayang," jawab Merlina.
"Betul. Owang meninggal, kita sedih. Tapi kita kena tewuskan hidup. Kat kindergawden Julia, ustazah cakap, kita kena tewima takdir hidup kita sebab Allah dah tentukan. Kita kena tewima qada' dan qadar."
"Betul lah apa kata ustazah tu, Julia," kata Azlan.
"Tapi kenapa daddy sedih? Kalau daddy sedih, Julia pun jadi sedih."
Azlan senyum sambil memandang anaknya dari side mirror.
"Sebab tu daddy nak healing," kata Azlan.
"Nak healing? Daddy nak pewgi mana?"
"Kan nak tengok Kak Rachel bertanding kat Sukan Olimpik kat Brazil?" kata Merlina.
"Kak Wachel kat Sukan Olimpik Bwazil? Ala, Julia kan ada shooting iklan Ayamas!"
"Takleh ikut la."
"Alaaaa!" kata Julia.
Azlan senyum.
"Julia suka pergi mana?" tanya Azlan.
"Gowyeo, takpun Wyukyu! Kalau pewgi Gowyeo, nak jumpa Kwang-soo! Kalau Wyukyu nak jumpa Atwomen!"
"Okay, nanti kalau daddy kena pergi sana, daddy bawa Julia ya?"
"Yaaayyy!" kata Julia.
Merlina geleng kepala tengok perangai anaknya.
"Kau ni Pipi Zola betul la!" kata Merlina.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro