
2016 part 10
Pasukan ragbi Kolej Melayu Wijayapura sudah bersiap sedia dengan jersi hijau seluar hitam, jersi tradisi sejak zaman Henderson College lagi.
Menentang Sekolah Sukan Bukit Jalal, rivalry agak baru sejak sekolah ini siap dibina pada tahun 1998.
Sebagai kapten pasukan, Jugra bersalaman dengan kapten pasukan Bukit Jalal sebelum perlawanan. Ketika bersalaman, dia nampak Khalis, anak Harry Datuk Mubin yang kini bermain untuk Bukit Jalal.
Ketika Jugra menghulurkan salam, Khalis menepis tangan, kerana menyimpan dendam lama.
"Okay," kata Jugra.
Iman Alyssa berlari ke padang sambil melambaikan tangan kepada Jugra.
"Good luck Jugraaaaa!"
Dari jauh, Mili berbulu je pandang gelagat Iman Alyssa yang tergedik-gedik dengan Jugra. Rasa macam nak lempang je.
Sejak pertandingan ragbi ni, Jugra tidur awal, kuat pergi gym, takde masa nak berbual dengan Mili. Hubungan mereka agak renggang sikit terutamanya lepas gambar Jugra viral berucap di Kedutaan Palestin.
Lepas tu Jugra up pulak gambar dengan Aysha, makin membara la kemarahan Mili.
Perlawanan bermula dengan Kolej Melayu memulakan sepakan. Pemain Bukit Jalal berlari dan mengelak barisan pertahanan Kolej Melayu, tetapi dirempuh sehingga jatuh, pemain Bukit Jalal pass dan membuat larian dan mengelak dari barisan pertahanan.
Tetapi Jugra terus merempuh pemain tersebut, dan pemain-pemain lain membantunya dari belakang.
"Push...pushh!"
Pengadil meniupkan wisel, dan memberi arahan scrum diberikan oleh Kolej Melayu.
"Crouch, touch...engage!"
Kedua-dua pasukan merempuh, sambil pemain Kolej Melayu meletakkan bola ke bawah. Kaki terus menolak bola ragbi ke belakang.
"Danial!" Jugra pass bola ke belakang.
Danial menangkap bola itu, sebelum berlari dan mengelak beberapa orang pemain. Danial menghantar bola ke Haris Hearst Hemsley di belakangnya, Haris terus berlari dan mengelak barisan pertahanan, pass bola ke Jugra, Jugra mengelak dua orang pemain sebelum menghantar kepada Naim, Naim berlari dan menuju ke palang H, dan berjaya melakukan try.
Satu padang bersorak. Tiba masanya Jugra untuk melakukan conversion. Jugra terus menyepak dan masuk ke palang H.
Kolej Melayu mendahului Bukit Jalal 7-0.
"Steady la, Naim!" kata Jugra.
"Tadi punya try dah boleh usha chinggey ke belum?"
"Belum! Kena menang dulu!"
Pengadil meniupkan wisel. Pemain Bukit Jalal menyepak bola dan disambut Haris Hearst Hemsley, yang kemudiannya memberi bola kepada Fendi Orton yang meluru dari sebelah kiri padang. Lariannya laju tetapi ditempuh oleh barisan pertahanan Bukit Jalal merempuh pinggang Fendi dan bola tercampak ke luar padang.
Lontaran bola ke dalam oleh Kolej Melayu. Jugra mendukung Naim yang lebih ringan untuk mencapai bola, dan bola tersebut cuba ditepis oleh pemain Bukit Jalal.
Naim melemparkan bola ke Haiqal, Haiqal berlari dan memberi bola kepada Asyraf, Asyraf memberi bola kepada Jugra.
Jugra berlari, dan tiba-tiba Khalis merempuh ke lutut Jugra.
"Aaarrrggghhhhh!" Jugra menjerit kesakitan.
"Kau ok tak Jugra?"
Jugra memegang lututnya. Referee menghentikan perlawanan.
"Mengada-ngada, anak manja. Tau la bapak kau Pengerusi! Puihhh!" Khalis ludah ke muka Jugra.
"Kau pahal?" Haris Hearst Hemsley terus menolak Khalis.
"Apasal, kau nak gaduh ke?"
"Apahal kau ludah muka member aku?"
"Sebab aku dah lama jaki dengan dia."
Referee meleraikan pergaduhan antara pemain Kolej Melayu dengan Khalis. Semua dengar cakap referee. Ragbi ni sukan gentleman.
Tackle Khalis sebenarnya clean, cuma dia meludah tu yang buat pemain lain marah.
Jugra dipapah oleh Cikgu Hassan.
"Kau okay ke?"
"Okay, coach."
"Sakit kat mana?"
"Lutut kiri."
Paramedik spray kemudian balut kaki Jugra.
"Kau boleh main lagi tak?"
"Boleh, coach."
"Boleh bangun?"
Perlahan-lahan, Jugra bangun. Kali ni dia aim muka Khalis betul-betul.
Perlawanan disambung semula. Referee mengarahkan scrum dilakukan.
"Crouch, touch, engage!"
Asyraf meletakkan bola ke bawah, dan kaki pemain Kolej Melayu menolak bola ke belakang, sebelum Naim mendapat bola dan berlari menuju ke palang H, tetapi pemain pertahanan Bukit Jalal berjaya merempuhnya, dan bola terlepas.
Pemain Bukit Jalal menghantar bola ke Khalis, dan sebaik sahaja Khalis dapat bola, Jugra terus berlari ke arah Khalis dan spear (rempuh ke perut) Khalis dan jatuh ke bawah.
"We're even," kata Jugra sambil melihat Khalis menjerit kesakitan. Referee menghentikan perlawanan.
Tapi dalam masa sama, kaki Jugra terhencut-hencut kerana sakit dihentak Khalis tadi.
"Kau ok tak, Jugra?" tanya Haris Hearst Hemsley.
"Tak tau la, sakit tu sakit, tapi aku nak main lagi."
"Weh, kepala lutut kau dah lari dari soket dia wei!"
"Mana?" tanya Jugra.
"Kau tengok la sendiri!"
Jugra pandang lututnya, kemudian dia terus pitam.
--
Dia sedar je, dia dan Khalis sedang terbaring di klinik sekolah.
"Wei, kau okay tak?" kata Jugra.
"Sakit, bodoh! Bahu kau ni batu bata ke apa?"
"Alah, rilek la. Kau hentak lutut aku, lutut aku bengkok kot?"
Dua-dua dalam kesakitan. Sorang sakit di bahagian abdomen, sorang lagi sakit di bahagian lutut.
"Macam ni la, Khalis. Kita berdamai je la. Ragbi ni sukan untuk gentleman," kata Jugra.
"Aku masih tak puas hati dengan kau rempuh aku masa kat library sekolah dulu."
"Sape suruh kau kacau aku?"
"Dah kau masa tu semua cakap kau paling kuat dalam sekolah. Aku nak test la."
"Bodohlah kau ni. Daddy aku ajar, jadi paling kuat, bukan lesen kau untuk buli orang. Jadi paling kuat ni, sepatutnya kau lindungi orang."
"Senak doh, kau rempuh aku tadi."
"Habis tu masa kau balun lutut aku, kau tak fikir pulak?"
Jururawat kat dalam klinik sekolah hanya geleng kepala.
"Kejap lagi ambulans sampai. Korang berdua kena pergi hospital. Teruk cedera korang ni."
"Asal kau rempuh je, masuk hospital!" kata Khalis.
"Nurse, mak dan ayah saya di Istanbul."
"Nak hubungi siapa?"
Jugra bagi nombor Kecik.
"Jugra, Jugra! Awak tak apa-apa?" kata Iman Alyssa dalam klinik.
Jugra malas nak layan sangat.
"Ya Allah! Lutut awak!"
"Sila keluar ya? Tak berkenaan sila jangan masuk."
"Jugra..."
"Hah? Apa?"
"Sape awek tu doh? Awek kau ke?"
"Bukan. Aku tak main la chinggey chinggey ni."
"Aku nak ngorat, boleh?"
"Sukati kau la. Arrrgghh!"
"Wei, cun wei. Rugi betul kau lepaskan. Ke kau ni gay?"
"Nabi tak mengaku umat la."
"Camni la, kita berdamai. Tapi kau kena ajar aku cara nak mengorat."
"Benda macam ni sebenarnya tak perlu diajar, Khalis. Nak ngorat, ngorat je lah!"
"Aku tak tau camana."
Jugra malas nak layan, jadi dia terus baring mengiring menahan kesakitan.
Beberapa minit kemudian, dua ambulans datang dan membawa mereka ke hospital.
--
"Tu la, degil lagi! Kan saya dah cakap, jangan main ragbi! Tengok, dah terpeleot dah kaki awak sampai macam ni," kata Mili.
"Dah minat, nak buat macam mana?" kata Jugra.
"Main la sukan lain. Badminton ke, main chess macam ayah awak tu ke."
"Actually kan, yang macam ni kan, not bad tau. I suffered lagi teruk daripada ni," kata Rachel.
"Macam mana tu?" tanya Jugra.
"Masa tu I train untuk vault event, I lari lepas tu lompat kat vault tu, masa nak mendarat tu, I salah landing. Berbulan jugaklah baring kat hospital sebab I patah kaki. Yang ni sikit je, tapi at least one month jugak la," kata Rachel.
"Ni ACL ke?" tanya Jugra.
"Yes, tapi tadi I tanya doctor tadi. Dia cakap not so bad. Tu budak sekolah je yang buat. Lain la kalau pemain All Blacks yang hentak kaki you. Silap-silap tak boleh main lagi dah," kata Rachel.
Mili buat muka ngilu.
"Takutnya tengok korang ni main sukan."
"Mili, Alif mana?" tanya Jugra.
"Dia sibuk main Pokemon Go. Cari Pokemon. Entah apa gila entah."
"By the way, siapa menang tadi? Serious, lepas pitam dah tak tahu siapa menang."
"Kolej Melayu la menang. 17-7."
"Siapa la tak reti ambik conversion kick tu. Takde kicker macam aku, sorang pun tak boleh nak sepak," kata Jugra.
"Penalti pun berapa kali tak masuk," kata Rachel.
"Kena ada Jugra Wilkinson jugak baru boleh masuk, haih!"
"Dah, dah. Tak payah main ragbi lagi. Susah hati saya tau."
"Eh, Mili? Susah hati dah kenapa ni? Macam sesuatuuuu je?" kata Rachel.
"Mana ada la. Kalau awak injured pun saya risau jugak," Mili cuba nak menafikan.
"Ye la tu. Padahal sesuatuuuu!"
"Mana ada la!"
"Jugra loves Mili! Jugra loves Mili! Jugra loves Mili!"
Tiba-tiba senyap bila Iman Alyssa bawak buah-buahan tunggu depan pintu.
"Jugra, awak tak apa-apa ke?"
"Err, you ni siapa ya?" tanya Rachel.
Mili dah muka muncung tak puas hati.
"Patutnya I la tanya, you all ni siapa?" kata Iman Alyssa.
"Err, my name is Cleo Rachel?"
"Tak kenal. Jugra, Jugra cepat la sikit baik, okay? Tak sabar nak berbual dengan awak."
Mili terus merajuk tarik muka.
"Kitorang gerak dulu la, Jugra. You take care, okay? Nanti bila dah kena operate nanti, kena la jaga pantang sikit. Take care, okay?"
Rachel tarik tangan Mili keluar dari wad Jugra.
--
"Eiii, menyampahnya!" Mili berdengus.
"Siapa dia tu, Mili?"
"Budak tu suka kacau Jugra!"
"Okay, but who is she?"
"Iman Alyssa, anak Azizan Azmi, Menteri Kewangan. Bencinya!"
"Tak, I tak faham you ni. You cakap tadi you takde apa-apa dengan Jugra. Then, bila ada girl bagi buah-buahan, you terus mengamuk tak tentu pasal."
"Memang laaa! Tapi..."
"Why don't you confess je yang you suka kat Jugra, kan senang?"
"Actually kan, we all dah declare."
"What? Bila korang declare ni? Tak cakap dengan I pun. Haaa, kata bestie tak patut hide things!"
"I know. Tapi sebab takut mama tau. Mama saya dengan Uncle Alan kan gaduh."
"Eh, bilanya korang couple ni?"
"Masa New Year's party tu, masa birthday saya dengan Alif hari tu."
"Oooo, patut la masa I dengan Alif tengah main PS4 tu korang berdua menghilang. Menyelinap dating rupanya!"
"Rachel, fokus! Sekarang ni, Iman ni nak sailang Jugra!"
"Then you cakap je la back off from Jugra. Apa susah sangat?"
"Tak nak la, nanti jadi gosip pulak."
"Masa I like a small kid, like really small kid dulu, like 2 years old dulu, ada satu lagu ni. Lagu ni I bagi kat you."
"Lagu apa?"
"Tell me! Why'd you have to go and make things so complicated!"
--
Kecik datang dengan Joni dan Lias, melawat Jugra yang sedang baring.
"Dulu aku pun pernah kena kecederaan macam kau ni, Jugra. Tapi Bang Azham masa tu bawak aku gi jumpa tukang urut kampung. 2 minggu ok dah," kata Kecik.
"Abang main ragbi jugak ke? Ke main bola?" tanya Jugra.
"Aku wheelie motor, race dengan bro Ali siapa paling lama wheelie. Tapi bro Ali steady, aku yang jatuh."
"Rindu la Uncle Ali, bila dia nak balik?"
"Entahlah Jugra. Dia ada banyak kerja kat luar tu. Ni baru Jugra, belum Aunty Dayah, Kak Zana, ha Nilam tu. Dorang tu ahli keluarga bro Ali. Lagi la dorang rindu."
--
Pak Wan Radzi dan Adilah tiba di Wijayapura, dan Amir terus menyambutnya di lapangan terbang. Amir dapat tahu, yang Pak Wan Radzi dan Adilah berpakat dengan Mossad untuk membunuh Ali.
Amir terus sambut mereka, dan cium tangan Pak Wan Radzi.
"Jangan la buat macam ni, Pak Wan. Saya tahu macam mana nak pujuk bro Ali tu. Kalau tak ada bro Ali, macam mana kita nak jatuhkan Azlan?" tanya Amir.
"Kalau tak ada Ali lah, Azlan akan jatuh. Sebab Ali la tulang belakang kekuatan dia. Sebab tu aku nak hapuskan dia," kata Pak Wan Radzi.
"Jangan buat macam tu, Pak Wan. Baik saya pujuk je Ali, sekali lagi. Kalau tak, susah Ayam Hitam nak sokong Pak Wan. Mereka semua ba'iah dengan Ali," Amir terus memujuk.
"Masalahnya Ali takkan nak lawan Azlan. Dia bacul, Mir. Dia bacul!" kata Adilah.
"Janganlah macam ni, Puan Adilah..."
"Mossad dah tarik diri, tapi aku kenal dengan mafia Yahudi kat UK. Biar mereka yang selesaikan."
Amir tergamam. Dia baru tahu yang rupanya Adilah yang hubungi Mossad untuk membunuh Ali.
Tanpa disedari, Tan Sri Jabbar merakamkan perbualan mereka semua.
--
"Hello? Tuan Pengerusi dah tidur?"
"Aku tunggu kau ni, Big Boss Man. Apa cerita?"
"Saya ada benda nak beritahu Tuan Pengerusi, tapi..."
Tiba-tiba panggilan diputuskan.
Azlan syak mungkin Tan Sri Jabbar berhampiran dengan Wan Radzi atau Adilah.
"Lan, kau kenapa tak tidur lagi ni?" tanya Merlina.
"Aku tak sedap hati."
"Kenapa? Apa yang kau risau?"
Azlan buka televisyen. Dia buka CNN, rata-rata berkisar tentang Donald Trump. Dia buka BBC, semuanya bercakap tentang Brexit.
"Ali, kau buat semua ni, kau sedar tak semua ni ada risiko?" bisik hati Azlan.
Merlina minum jus oren yang ada dalam peti sejuk bilik presidential suite di Hotel Hilton Istanbul tempat mereka menginap.
"Aku mula-mula sebenarnya tak faham apa motifnya Ali buat semua ni. Mula-mula, Suvarnabhumi, gulingkan Thaksin. Lepas tu Kyrgyzstan, lepas tu Tunisia, Mesir, Libya, Syria. Lepas tu UK, Amerika."
"Dia ni konsultan untuk kekacauan la. Macam kau dalam bidang advertising, dia dalam bidang revolusi."
"Tu aku tau, Lan. Tapi untuk apa? Aku pernah tanya Zana. Dia kata, dia nak tebang semua pokok besar, biar Gelanggayu dapat tegak berdiri dan merdeka."
"Dan benda tu yang bahaya sebenarnya. Orang macam Ali ni, bersemangat tinggi. Dia faham geopolitik, tapi dia tak faham equilibrium of power dynamics among great powers of the world."
"Macam kau, kau tolak TPPA US dengan BRI Kwantong tu, kenapa pulak?"
"Dua-dua nak jadi dominan dalam rantau Pasifik. Masa Cold War dulu, persaingan antara Amerika dan Soviet, rantau Eropah terbahagi dua blok. Tapi Switzerland berkecuali dan tak menyertai NATO atau Warsaw Pact. Aku nak Gelanggayu jadi macam tu. Cuma, problem dia, Kwantong ni masuk kawasan kita. Dia claim Nine Dash Line tu. Kalau Switzerland duduk sebelah dengan Soviet Union dan Soviet claim pergunungan Alps, dia pun akan swing ke Amerika. Tapi aku tak nak bergantung hal ekonomi dengan Amerika, sebab dia tak akan ada win-win situation. Not a good deal. Aku boleh on dengan BRI tapi aku nak dorang get lost dari Laut Wijaya sebelum nak bincang tentang deal. Kalau takde BRI pun, selama ni Kwantong memang biggest trader pun dengan Gelanggayu. Cuma aku tak nak kena debt trap. Banyak negara-negara Afrika yang kena macam tu."
Merlina diam dan berfikir panjang, kemudian bertanyakan soalan.
"Kau boleh tak pujuk CIA ke, Mossad ke, MI6 ke, jangan bunuh Ali? Kakak aku dah habis fikir dah pasal semua ni. Dia bagi pendapat je lah."
"Apa dia?"
"Dia kata, korang Ayam Hitam ni kena bersedia untuk gerak tanpa Ali. Dia cadang baik kau je jadi Pengerusi, tapi yang in charge, Fazrul, Fidot dengan Kecik. Pada kakak aku, Ali ni bahaya tindakan dia. Memang la dia berjaya cari budak Palestin dan upah budak tu hack Iron Dome, tapi next time kau ingat Israel tak update sistem dia, lepas tu dia akan susahkan kita?"
"Aku kena pergi UK, dan pujuk jangan tangkap Ali. Biar aku yang pujuk Ali, jangan buat macam ni lagi."
"Kau ingat senang ke nak pujuk Ali tu? Aku ni, Lan, aku business dengan ramai orang. Adakalanya interest aku bercanggah dengan Ali ni. Tapi sebab kau adik Ali, aku beralah. Tapi tak boleh berterusan macam ni. Kau bayangkan kalau buatnya Amerika buat sanction ke atas Gelanggayu? Mampos harta keturunan al-Daulah tu kena freeze."
Azlan dapat mesej. Voicenote suara Amir sedang bercakap dengan Pak Wan Radzi dan Adilah.
"Aku rasa dak Amir ni dah kena game dengan Adilah ni," kata Merlina.
Azlan terus hantar voicenote itu kepada Kecik, Jeneral Firdaus dan Fazrul.
--
"Apa yang kau senyum tu, Fazrul? Tengah makan ni, pegang phone pulak," kata Marina kepada Fazrul.
"Pengerusi cakap ada surprise," kata Fazrul.
"Apa dia?"
Fazrul tekan butang voicenote.
"Dia nak main drama lagi tu, Fazrul. Kononnya prihatin dengan Ali."
"Jeneral Firdaus beritahu yang semua budak yang dia hantar, 15 orang tu dah sampai London. Dan ikut perisikan, yang geng Pak Wan Radzi yang 13 orang tu pun dah sampai London. Bakal ada pertempuran dahsyat kat sana nanti."
--
"Lah, group C salah masuk jalan ke?" tanya Kapten Zaini, yang merupakan ketua untuk kumpulan A.
"Dia masuk jalan mana pulak ni?" tanya Leftenan Suhaimi.
"Ah, sudah. Hari ni matchday pulak," kata Leftenan Johan.
"Siapa lawan?" tanya Kapten Zaini.
"Arsenal vs Tottenham."
"Ah sudah. Masalah! Macam mana nak pergi ke Highbury Heights ni?" tanya Kapten Zaini.
Keadaan kesesakan lalu lintas di White Hart Lane membingungkan kumpulan A, yang sudah terpisah dengan kumpulan C yang sudah ke jalan yang lain.
"Roger group C, mana korang pergi?" tanya Kapten Zaini.
"Roger, kami elak jam."
Kapten Zaini geleng kepala melihat kesesakan yang teruk. Mesej dari Jeneral Firdaus masuk.
"Dah sampai mana?"
"Masih di High Road, tuan Jeneral."
"Apa lambat sangat tu? Kejap lagi Pengerusi dah nak sampai London."
"Ada match bola hari ni. Arsenal vs Tottenham."
"Yang kau lalu High Road masa match bola tu pasal apa. Guna la highway A10."
"Jem pekat semua tempat kat sini."
"Bro Ali dah standby dah. Kau ikut Seven Sisters Road."
"Baik, tuan."
--
Kumpulan B pula ada masalah kerosakan enjin dan sedang berada di bengkel kereta di Harringay. Kumpulan C pula dikatakan tersesat di Emirates Stadium, bukannya ke Highbury Apartments.
Macam-macam hal pulak hari ni.
--
Puak Pak Wan Radzi sudah berada di Gillespie Park, dan sedang menunggu isyarat untuk masuk ke dalam Highbury Square seterusnya untuk membunuh Ali.
Lima orang tunggu simpang masuk dari apartment ke Gillespie Road, lima orang lagi di Avenell Road, manakala lagi tiga orang standby dalam tiga buah kereta.
Ketiadaan Mossad mencacatkan sedikit perancangan, namun ia masih bergerak lancar.
Kereta kumpulan C tiba di tepi jalan Gillespie Road, dan terserempak dengan ahli Sayap Kuning yang sudah siap bersenjata.
Tembak menembak mula berlaku.
--
"Jangan tembak dulu, group C! Korang akan outnumbered!" kata Kapten Zaini.
"Dorang tembak dulu tuan!"
Kapten Zaini dah pening. Keretanya baru masuk ke Blackstock Road, dan hanya tinggal 200 meter untuk ke Gillespie Road.
Beberapa anggota perisik SVR Rusia membantu kumpulan C dengan menggunakan sniper untuk menembak dua orang ahli Sayap Kuning yang setia dengan Pak Wan Radzi.
"Man down! Man down!"
Pihak penyokong Wan Radzi memanggil gangster Yahudi yang menggelarkan diri mereka sebagai Yiddish. Mereka masih lagi di sekitar stadium White Hart Lane. Mereka juga memanggil NPK untuk sertai perang ini.
--
Pertempuran berlaku di Camden Town, antara puak Yiddish dan puak Yardies. Tikam menikam berlaku mengakibatkan lima orang tercedera.
Beberapa buah gangster Irish, yang rapat dengan Ali, datang kawasan West Ham dan mula masuk ke Tottenham dan menembak puak Yiddish yang bertempur dengan Yardies.
Pergaduhan antara gangster yang pro Ali dan pro Pak Wan Radzi ni berlaku sekurang-kurangnya di 25 tempat berasingan seluruh London.
Dengan kekurangan anggota polis akibat polisi 'austerity' yang dilaksanakan oleh David Cameron, PM Britain sebelum ini, menyebabkan jenayah berlaku secara berleluasa di London.
--
"Bro Ali, orang kita tengah bertempur dengan orang Pak Wan Radzi kat luar tu," kata pembantu Ali.
"Biarkan dorang. Aku tengah tengok North London derby ni. Azlan dah sampai dah?" tanya Ali.
"Belum, dia masih dalam kapal terbang."
"Nanti kau elak jalan Gillespie Road tu. Guna jalan Southstand, masuk Highbury Hill Road. Ikut jalan belakang. Biarkan dorang kat depan tu bertembak."
"Baik, bro Ali."
"Babi punya Wan Radzi. Aku nak tengok match Arsenal pun tak senang!" kata Ali.
Polis Metropolitan London mula mengepung kawasan dan memberi amaran.
Kedua-dua pihak terpaksa mengendurkan seketika ketegangan, memandangkan tidak mahu mencetuskan masalah diplomatik, memandangkan MI5 dan MI6 mula campur tangan.
Kedua-dua pihak bertempiaran lari dan bersurai.
Tetapi Ali tenang, dan masih relaks menonton perlawanan bola sepak North London derby tanpa memikirkan kekalutan yang berlaku di hadapan rumahnya.
Azlan akan tiba di London kejap lagi. Kemungkinan Azlan akan bertemu dengan Perdana Menteri Britain yang baru, Theresa May dulu sebelum membuat detour untuk ke rumah Ali secara rahsia.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro