
2016 part 1
"Assalamualaikum, Mr Chairman Azlan!" Dawood Mahmoud al-Nablusi tiba di kediaman rumah Azlan, membawa juadah makanan Palestin bersama isterinya, Zaynab dan anak perempuannya, Aysha.
"Waalaikumsalam, Mr Dawood! Come, and thank you very much my friend. Please, have a seat!"
Hari ini merupakan Maal Hijrah, jadi sempena Tahun Baru Islam ini, Dawood mahu berkongsi makanan dengan Azlan, yang kini disebut-sebut sebagai pemimpin Islam terkemuka dunia, selain Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.
"The world is praising your bravery and courage for Palestine," kata Dawood.
"I'm not that brave, my friend. I'm not the one who pick up the guns and defend your country against the Zionists," kata Azlan.
"My friend, words are sharper than a sword."
"I think my son is much more brave than myself. Jugra, salam Mr Dawood," kata Azlan.
Sambil salam Mr Dawood, mata Jugra terpandang Aysha, awek Palestin yang pernah bagi bendera Palestin kat dia dulu.
"Well, Mr Azlan, our leader, Ismail Haniyeh are inviting you to Gaza this Ramadhan. Breaking fast with all of us."
"It will be splendid, but my concern is about safety."
"Don't worry, you're safe with us. If Israeli attacks when you're around, it will create new tension between Muslim countries and the West. You are one of the prominent leader in Muslim world right now."
"Jugra, you want to follow me to Gaza?" tanya Azlan.
"Yes, the viral boy who told Obama to free Palestine. Of course we're inviting your son too, Mr Azlan!"
Jugra jeling tepi dan nampak Aysha tersipu-sipu malu sambil tutup mulut dengan selendang bila Jugra pandang dia.
Selepas makan, Azlan dan Dawood membincangkan isu-isu dunia Islam disamping memberi derma kepada kebajikan rakyat Palestin di Gaza.
--
"Berani kau nak pergi Gaza tu, Lan? Bawak Jugra pulak tu. Karang Israel lancar roket kena kau karang, baru tau!" kata Merlina.
"Kalau nak ajal tu, kat mana-mana pun boleh. Kalau tak tu, tak la. Aku dah pernah terselamat dari bom kat Manchester, kena tembak masa demonstrasi dulu, tapi hidup je aku ni."
"Ye la, belum ajal kau lagi. Kalau sampai ajal, aku, macam mana?"
"Kalau sampai ajal aku, kau redho je lah. Ajal maut kan kuasa Allah. Kau ni pun."
Lepas tu Merlina peluk Azlan kuat-kuat.
"Jom nak, kita pergi umrah, lepas tu baru kita ke Gaza," kata Azlan.
"Kau nak pergi umrah? Apasal tak haji terus?"
"Haji ni aku kena kuatkan mental aku dulu. Bagi aku pergi kursus haji dulu. Umrah ni takde la macam haji. Kau nak ikut tak?"
"Okay je. Tapi risau pulak aku. Takut sampai sana aku terbakar je. Aku dah la kuat mencarut."
"Kau ni banyak baca Mustika la, Mer."
"Bila kau kena pergi meeting OIC, Lan?"
"April, kat Istanbul. Kenapa, kau nak ikut?"
"Boleh ke?"
"Eh, boleh la. Kau kan isteri aku."
"Bukan patut Hafiz ke yang pergi? Dia kan Presiden?"
"Hafiz tengah sakit tu. Kau tak tengok ke masa malam tahun baru tu, muka dia pucat macam mana?"
"Haah la. Dia dah susut sikit berat badan dia. Kenapa ya? Kau tau tak?"
Azlan hanya diam sahaja.
"Aku nak melawat dia, tapi tu la, bini dia tu. Aku dengan Jessie panggil dia 'perempuan jahat'," kata Merlina.
"Dulu Jessie rapat dengan Adilah tu. Sejak ada insiden kat sekolah dia tu, Jessie cuba bunuh diri. Adilah ada hantar teddy bear dengan kad minta maaf. Aku buang."
"Kenapa kau buang?"
"Dah asyik Suara Gelanggayu attack aku macam-macam masa tu, kau ingat aku nak ke Dila tu rapat dengan Jessie?"
"Mungkin dia ikhlas minta maaf dengan Jessie. Dia tu mungkin jahat, tapi hati orang ni, kita mana tahu kan?"
Azlan hanya diam, memikirkan rahsia yang dia pegang tentang Adilah.
--
Alif dan Jugra sedang belajar silat di gym bersama Ali di gelanggang wrestling. Ramai budak-budak GWF mula mengikuti gerakan yang Ali sekarang.
Mereka semua datang dari kalangan mak ayah yang sibuk bekerja. Dengan adanya Ali di sekeliling mereka, mereka dapat merasakan mereka ni ada sense of purpose.
Sejak Alif mengenali Ali, Alif melihat Ali ini seperti ayahnya sendiri.
"Okay, semua, berkumpul! Aku nak cakap sikit," kata Ali.
Semua budak-budak baya Jugra semua berdiri di keliling Ali.
"Duduk," kata Ali.
Semua bersila sambil Haris Hearst Hemsley menghulurkan kerusi lipat kepada Ali.
"Nampaknya korang dah cukup fit untuk masuk langkah baru dalam Silat Panglima Merah. Aku nampak korang ni semua bersemangat. Bagus. Tapi, semangat ni macam NOS kereta. Kau tak boleh gunakan semangat lebih-lebih, nanti bila tak capai apa yang kau nak, kau letih dan bosan. Gunakan secara beristiqomah."
Ali berdiri, kemudian berjalan di keliling budak-budak tu.
"Silat ni adat budaya orang Melayu. Silat ni kekuatan orang Melayu. Jatidiri orang Melayu. Dulu, masa aku baya-baya kau, aku takde hala tuju. Aku takde jatidiri. Aku tengok, hari ni ramai orang Melayu tak ada jatidiri. Sebab tak nak belajar budaya bangsa. Aku ni, minat Stone Cold ke, minat Arsenal ke, tapi aku tak pernah lupa yang aku ni Melayu. Aku harap korang anak muda pun macam tu."
"Baik, bro Ali!"
"Alif!"
"Saya, bro Ali!" Alif berdiri tegak dengan bersemangat.
"Hari ni Alif dah banyak improve berbanding masa mula-mula dulu. Aku nak korang semua tepuk tangan."
Semua budak bertepuk tangan.
Ali kemudian pegang bahu Alif.
"Dalam darah kau ni, ada darah panglima. Jangan kau lupa," kata Ali.
"Baik, bro Ali!"
"Ingat! Setiap lelaki Gelanggayu ada darah panglima! Darah yang mengalir dalam lelaki Melayu Gelanggayu adalah darah yang pernah mengalir di bumi ni, menentang penjajahan, menentang penindasan. Ingat semua!"
"Ingat, bro Ali!"
"Bagus, korang semua boleh bersurai. Alif, aku ada sesuatu untuk kau."
Ali keluarkan baju silat berwarna hitam dari begnya.
"Dulu aku pernah belajar silat kat kampung ayah kau. Baju silat ni baju ayah kau. Aku nak kau jaga baju ni, dan jaga maruah ayah kau."
Alif terpinga-pinga.
"Kau dengar tak cakap aku?"
"Dengar, bro Ali."
"Okay, semua boleh bersurai."
Jugra senyum bangga melihat pencapaian Alif. Alif yang sekarang bukan Alif yang macam mula-mula dia kenal.
"Steady la, Alif! Bro Ali pun respect kau," kata Fendi Orton.
"Ye doh, kau pun sekarang dah makin sado doh," kata Haris Hearst Hemsley.
"Aku kena cakap terima kasih dengan Jugra la. Dia banyak support moral aku."
"Hari ni, kau punya hari, Lep! Jom, lepak luar sambil minum air," kata Jugra.
--
"Daddy aku ajak aku pergi Gaza," kata Jugra sambil minum air sunquick bancuh di depan padang rumahnya.
"Huih! Kau nak pergi ke? Berani gila?" kata Haris Hearst Hemsley.
"Aku fikir gak ni. Tapi kalau aku berani kibar bendera Palestin kat Obama, takkan lawat Gaza tak berani kot?"
"Weh, kau ingat tak, anak duta Palestin tu, cun gila siot!" kata Alif.
"Tak padan dengan mata buta sebelah kau ni. Cekap je mata kau, kalau pasal chinggey. Ingat pesan Uncle Ali, tiga perkara yang merosakkan negara. Chinggey ni salah satu," kata Jugra.
"Ah, kau takpe la Jugra. Kau makwe ramai syok kat kau," kata Fendi Orton.
"Entah, budak kelas aku, Iman Alyssa tu suka gila kat kau. Tapi tu la, Mili macam mana pulak?" kata Alif.
"Aku daripada hari tu dengar nama Iman Alyssa ni. Siapa doooo?"
"Gadis, Jugra. Gadissssss...." kata Haris Hearst Hemsley.
"Ada beza ke budak perempuan dengan gadis?"
"Gadis ni, dia cantik level artis," kata Fendi Orton.
"Aaahhhh chinggey lagi! Rosak negara, rosak!"
--
"Kenapa awak lambat?" kata Mili yang tunggu Jugra di videocall.
"Baru habis training silat la. Ni baru habis mandi. Dah siap kerja sekolah?"
"Kerja sekolah sudah kompelit!" kata Mili.
"Haha, peminat Shafla Detura jugak ke?"
"Ikut-ikut je. Awak buat apa tu?"
"Tengah buat kerja sekolah."
"Tipu! Tadi awak cakap dengan Alif awak nak main game kan?"
"Ish, ni nampak ni? Orang tengah menulis ni."
"Ye lah. Rajin je awak ni belajar kan? Rindu la Rachel. Dia kat Temasik tu macam mana la."
"Dia ada kelayakan Olimpik kan? Rilek la."
"Awak cakap awak nak cakap sesuatu pada saya?" tanya Mili.
"Oh, daddy. Dia ajak saya pergi Gaza."
"Boleh masuk ke? Hah?"
"Boleh je. Ikut rombongan Aman Palestin la tu."
"Takut la. Nanti Israel tembak nanti."
"Dah, duta besar tu ajak saya."
"Ke sebab anak duta besar tu? Menyampahnya!"
"Kenapa pulak?"
"Masa hari tu dia bagi bendera Palestin kat awak tu, saya cemburu, tau tak?"
"Ala, jangan la macam tu. Masam-masam macam tu, dah tak sweet lagi dah."
"Saya ingat kan, nak guna nama baru la untuk marketing. Aunty Jessie suruh saya fikirkan satu nama baru untuk keluarkan single baru."
"Awak nak jadi artis ke?"
"Kenapa? Takut tergugat ke? Hihi!"
"Cheh. Tanya je."
"Saya kena tukar nama, takut mama dapat tau je saya dengan Aunty Jessie dah jadi rapat."
"Dah popular nanti, jangan lupa saya pulak."
"Awak tu lagi ramai peminat perempuan!"
"Nak buat macam mana? Dah anak Azlan Muhammad Niat."
"Hehehe! Jugra, terima kasih tau pasal hadiah birthday hari tu?"
"Masa new year hari tu? Mana ada saya bagi hadiah?"
"Hadiah awak kepada saya, bila awak terima saya dalam hidup awak."
"Oohh..by the way, best betul birthday korang ni. 1 Januari 2000. Hari pertama abad ke-21."
"Sebab tu nama saya Mili. Sebab millennium. Papa pernah cakap."
"Mili, tentang kita ni, kalau mama dengan papa awak tahu, macam mana? Susah betul nak bercinta kalau mak ayah kita bergaduh."
"Macam Romeo and Juliet."
"Tapi awak sanggup ke minum racun untuk saya?"
"Tak! Paling kuat pun saya minum jus peria je demi awak."
"Peria sedap la."
"Peria tu sedap kalau goreng. Kalau buat jus tu, pahit, awak tau tak? Eh, awak, Alif ketuk pintu bilik. Saya cakap dengan awak nanti ya? I love you!"
"Love you too!"
Jugra kembali menyiapkan kerja sekolahnya.
"Haih, chinggey, chinggey! Janganlah hancur masa depan aku. Benda macam ni kena rahsia. Mau si Fendi dengan Haris tau, mampos aku kena bahan!"
--
"Alhamdulillah, selesai lagi zakat harta untuk keluarga al-Daulah ni. Lapan tahun sejak nama diamanahkan kepada saya, saya tak pernah lupakan," kata aku kepada Ustaz Bakar.
Selepas aku menjadi Pengerusi MKKP, badan zakat yang dijaga oleh Ustaz Bakar ni lebih terurus dengan penubuhan Baitulmal Gelanggayu, yang kini menjadi baitulmal zakat paling besar di dunia.
Wang zakat ini selain diagihkan kepada golongan asnaf-asnaf seperti balu-balu yang kehilangan suami selepas perang saudara, mereka yang fakir miskin, mereka yang cacat serta pelajar yang tidak kemampuan, golongan tua yang sudah tidak mampu bekerja dan asnaf-asnaf yang lain.
Wang zakat ini juga diagihkan ke orang Islam yang miskin di negara lain, dan disebabkan itu, dalam masa lapan tahun, Gelanggayu dari sebuah negara yang baru sahaja keluar dari perang saudara, kepada negara yang makmur.
Projek perumahan awam kini bukan sahaja di Wijayapura, tetapi di seluruh Gelanggayu. Selain itu, golongan asnaf-asnaf yang dahulunya penerima zakat melalui skim mikrokredit tanpa riba untuk peniaga kecil dan sederhana yang aku buat tahun 2010 dahulu, kini membayar zakat untuk membantu orang lain.
Hutang dengan Arab Saudi dahulu pun alhamdulillah aku dah selesaikan. Dan sejak Raja Salman naik takhta, anaknya, Putera Muhammad atau dikenali sebagai MBS banyak melabur di Gelanggayu.
Tahun lepas, banjir besar melanda Air Putih (semua sebab projek pembalakan Hafiz dan Jimmy dulu), wang zakat ini digunakan untuk membina benteng yang lebih besar, dan penanaman semula pokok-pokok di kawasan tadahan air.
Selain itu, wang zakat itu juga dibelanjakan ke projek-projek pertanian dan kini melalui GARDI, kita sudah mula menceburi tanaman jagung untuk bijirin dedak ayam.
Tapi untuk sementara waktu ni kita buat dengan skala kecil dulu, sebab baru dalam peringkat percubaan.
Jagung ni sebenarnya banyak gunakan baja, terutamanya baja kimia. Nak menghasilkan jagung perlukan fertilizer jenis nitrogen, yang diperbuat dari gas asli, serta phosphate. Kedua-dua ini dihasilkan di negara ini, sebab kita ada gas asli dan phosphate yang banyak terutamanya di provinsi Lingga.
Polisi pertanian dari zaman Shahrizal Hamdi dulu sampai sekarang aku teruskan, maknanya dah 12 tahun, walaupun terbuang 3 tahun akibat perang dulu.
Walaupun masa awal kerajaan republik dulu, kerajaan tak berapa peduli sangat dengan polisi pertanian, tapi disebabkan aku ada wang dari keluarga al-Daulah ni, maka aku mampu lakukan projek-projek itu secara swasta.
Lagipun melalui Merlina, aku dah memiliki banyak kilang-kilang baja. Maknanya aku yang control harga makanan, dan tak ada lagi orang tengah yang sesuka hati nak 'jack' harga makanan dan menyusahkan rakyat.
Cuma ada banyak lagi makanan yang terpaksa diimport sebab kita belum mampu untuk mengeluarkannya, seperti gandum, misalnya, yang kita import dari Australia.
Sejak jadi Pengerusi MKKP, aku kurangkan guna gandum dan jagung dari Rusia atau Ukraine, aku lebihkan ke Australia, Amerika Syarikat dan New Zealand.
Bukan apa, aku tak nak deal dengan negara yang terlibat dengan zon konflik yang akhirnya nanti menyusahkan aku dan aku terpaksa naikkan harga barangan.
Aku tahu, ramai yang mengeluh pasal GST, tapi Insya-Allah, melalui zakat dan bantuan rakyat Gelanggayu (BRG), diharapkan dapat meringankan beban rakyat.
Dan alhamdulillah, dengan keberkatan Allah, Gelanggayu kembali pulih dari perang saudara dahulu, dan ekonomi negara sedang meningkat. Bursa Saham Wijayapura mengalami peningkatan, 'the longest bull in the world', iaitu meningkat paling lama berturut-turut.
Aku pasti satu hari nanti akan mengalami ekonomi meleset juga nanti, sebab ekonomi ni ada kitarannya. Jadi aku kena buat persiapan untuk itu.
Memandangkan aku dah tahu kewujudan supervirus yang bakal tersebar di seluruh dunia sekitar tahun 2020 nanti, Merlina dah siap-siap buat deal dengan syarikat farmaseutikal untuk membina kilang-kilang untuk menyiapkan negara daripada supervirus itu.
Menjelang 2019 bila prasarana ni dah siap, kita dah boleh berdepan dengan semua cabaran itu nanti, terutamanya hal vaksin.
Cuma dalam ekonomi globalisasi yang saling bergantung antara satu sama lain ni, Gelanggayu pasti terjejas.
Tapi Gelanggayu beruntung sebab aku dan Merlina dah tahu dulu projek jahat Parti Komunis Kwantung ni.
--
Aku meneruskan lawatan muhibbah ke beberapa negara jiran tetangga yang lain. Kali ini aku melawat Temasik, Kundur, Majapahit, Timor Leste dan Papua.
Ken sekarang dah jadi Menteri Kewangan Temasik, maka senanglah aku berurusan dengan negara sebelah ni.
Kerajaan Temasik gembira betul lepas aku tutup semua premis pusat perjudian di Gelanggayu. Sejak aku buat macam tu, pusat perjudian di Temasik naik mencanak-canak.
Belum lagi judi online macam Hibet888, Cyberbet, BetWinner dan macam-macam lagi.
Aku buat style Ali lah. Benda-benda berdosa ni dia bagi Leonardo, kawan dia dari Brazil atau Kenichi kawan yakuza dia dari Ryukyu. Tapi dalam bab ni, aku bagi Ken je.
Jacob dah meninggal tahun lepas. Nasib dia tak seteruk Yahya. Dia masih dapat kubur besar di Nirvana Memorial Park. Aku tak tahu kat mana Ali tanam Yahya. Yang tau, Fazrul je. Aku tak nak ambik tahu.
Aku bertemu dengan Presiden Temasik, Tony Tan Keng Yam sebelum bertemu dengan Perdana Menteri Temasik, Lim Sien Long.
Cadangan aku ialah untuk membina kereta api laju dari Wijayapura ke Temasik, lepas tu hub kurier di Air Putih. Lepas tu nak bina transit aliran ringan merentasi dua negara antara Gelanggayu dan Temasik.
Lepas sign MoU, Ken, aku dan Merlina menaiki MRT Temasik dari City Hall ke Nanyang Polytechnic atas jemputan pihak sana.
Di Nanyang Polytechnic, kita akan JV dengan Universiti Sains Gelanggayu untuk teknologi hijau bagi kedua negara. Dalam hal ni, syarikat Kecik yang akan banyak projek, terutamanya pembinaan incinerator WTE di bandaraya yang lain.
Teknologi seperti tenaga solar dan ombak laut juga diterokai bersama.
Kemudian, Merlina ke Merlin Temasik dan mempengerusikan mesyuarat syarikat.
Makan malam pula, aku bersama Lim Sien Long berbincang tentang hal geopolitik dunia, ekonomi serta pelaburan-pelaburan bersama di kawasan serantau.
Selepas ke Temasik, aku ke Palembang, dan bertemu dengan Pak Muctaruddin, dan nampaknya Kwantong dah banyak melabur terutamanya dalam penanaman kelapa sawit dan durian.
Kundur, atau Kundur-Sumatera, yang kini baru sahaja damai dari konflik perang sejak tahun 2000, memang dahagakan pelaburan asing, terutamanya dari Gelanggayu, Majapahit, Kwantong dan Ryukyu.
Jadi Merlina bercadang untuk membina lebuhraya dari Palembang ke Temasik yang jaraknya 112 kilometer untuk projek pembangunan di negara tersebut.
Selepas Kundur, aku dan Merlina ke Betawi dan bertemu dengan Presiden Jokowi. Antara yang aku bincangkan ialah cadangan untuk Majapahit membina ibu negara baru.
Maka cadangan aku, kalau boleh, ibu negara tu biarlah berhampiran dengan Teknojaya di sebelah timur Gelanggayu, supaya ia membentuk koridor antara Teknojaya dan ibu negara baru Majapahit itu.
Selain itu, aku juga berminat untuk membeli helikopter dan kereta perisai dari Majapahit. Pada aku, dengan negara sebesar Majapahit ni, kena berbuat baik, sebab jangan diganyang durian kalau kita ni timun.
Di Betawi, Merlina nampak, sana sini dah penuh dengan bank dari Kwantong. Kemudian projek kereta api laju antara Betawi-Bandung juga dibiayai dan dibina oleh Kwantong.
"Alan, aku rasa Kwantong dah banyak tabur duit dekat rantau ni. Wijayapura bandar paling strategik antara seluruh rantau ni. Mesti dorang target kita punya," kata Merlina.
"Aku pun perasan benda sama," kata aku.
Aku bercakap benda ni masa dalam kapal terbang aku. Aku takkan berani cakap macam ni kalau kat bilik hotel ke masa makan ke. Spy bersepah.
"Sebab tu aku dengan PM Tan Dung dari Dai Viet pun ada cakap pasal ni. Nak tak nak, kita kena pro-Western buat masa ni. Tunggu sampai Ali pacakkan puppet dia kat White House," kata aku.
--
"Sana-sini kebun durian orang Kwantong. Kau perasan tak? Pergi Suvarnabhumi, Khmer..." kata Merlina, tiba-tiba bila nampak kebun durian dari udara.
"Dai Viet dengan Gelanggayu je banyak pemilik negara sendiri," kata aku.
"Tu pun sebab kau, Lan. Sebelum tu perang saudara, tak banyak investor nak datang."
"Bangsa Dai Viet dan Melayu Gelanggayu tak lupa macam mana melawan imperialis. Dua negara ni masih ingat perang saudara masing-masing. Dalam hal ni, Amerika pun imperialis, Kwantong pun imperialis. Aku risau betul dengan Sri Lanka. Tak munasabah betul dia nak buat pelabuhan sebesar tu dengan ekonomi besar tu je. Kwantong dok tabur gula-gula BRI dia tu. Tapi dalam masa sama, Amerika ni pun aku menyampah. Nak suruh kita sign TPPA. Benda tu menyusahkan orang kita jugak."
Aku mulai perasan yang dalam tak sedar, diplomasi Kwantong menggunakan buah durian kepada Asia Tenggara ni sama macam Amerika Syarikat gunakan pisang untuk diplomasinya dengan negara Amerika Tengah dan Selatan.
Merlina tengok handphonenya.
"Ted Cruz menang Iowa Caucus," kata Merlina pada aku.
"Rilek, tunggu negeri besar macam Texas, Florida. Tunggu Super Tuesday. Kalau Trump naik mencanak, memang Ali power buat kerja jatuhkan kerajaan ni."
--
Aku tiba di Dili, Timor Leste dan disambut oleh PM Timor Leste, Rui Maria de Araujo.
Timor Leste ni sebenarnya negeri naungan Australia. Kat sini ada banyak syarikat Australia yang cari gas asli kat kawasan ni.
Tapi sekarang, Kwantong nombor satu, Majapahit nombor dua. Nombor tiga, Temasik. Gelanggayu baru nak masuk dalam game.
Di Timur Leste ni, banyak tanam kopi dan kopi di Asia Tenggara ni dipegang oleh sebuah syarikat dari Temasik, iaitu Oriental Coffee. Tapi Oriental Coffee pun telah dibeli sahamnya oleh Lydia, sepupu Merlina, jadi Merlina pun ada kaitan dengan perniagaan kopi di sini.
Selain itu di sini ada ladang kayu manis dan cengkih, serta ladang rempah-rempah yang dah wujud sejak sebelum Eropah datang ke rantau ni pada abad ke-14 lagi.
Aku nampak Merlina tak macam berapa berminat nak melabur di Timur Leste ni. Begitu juga dengan Kundur. Majapahit dia lebih berminat nak JV dengan syarikat yang dah wujud je.
Sampai ke Papua, negara yang dikuasai oleh Australia, tapi semakin kuat datang dari Kwantong dan Majapahit.
Kalau aku boleh warnakan Pentas Sunda ni, yang warna merah, Khmer, Bagan dan Lao confirm merah. Suvarnabhumi masih 50-50. Tapi Kwantong makin banyak.
Dai Viet warna biru. Amat pelik bila kita yang masa sebelum tadika kita dengar tentang Perang Dai Viet, sekarang jadi kawan baik Amerika. Obama pun lawat dua kali.
Arroyo, masih biru. Tapi mood sekarang ke calon populis mereka, Rodrigo Duterte cenderung ke arah merah.
Temasik, biru. Sebab itu international financial hub.
Kundur, merah. Majapahit, 50-50. Timor Leste, Australia masih kuat, tapi Kwantong semakin menguat, tapi Majapahit pun kuat. Kira birulah tu, tapi semakin warna ungu.
Apa yang aku nampak, dan aku bimbang, ialah negara-negara Pentas Sunda ini terperangkap dengan konflik antara Amerika Syarikat dan Kwantong dalam persaingan rantau Pasifik ini.
Aku sebut beberapa negara ni bakal akan muflis atau mengalami krisis ekonomi yang teruk. Sri Lanka, Pakistan, Kenya, Lao. Negara-negara ni banyak berhutang dengan Kwantong dengan projek mega yang belum tentu pulang modal.
Secara sejarahnya, Gelanggayu ni dari merdeka sampai sekarang memang pro-Washington. Ye lah, Yahya kot yang susun movement kemerdekaan walaupun Sultan Jaafar yang dapat nama.
Aku rasa semua sedang perhatikan aku pro pihak mana. Ada yang kata aku ni 'golden boy' Yahya, kemungkinan aku akan pro-Washington.
Tapi sejak kes aku tolak perjanjian TPPA tu, orang mula memperkatakan yang aku bakal terima BRI. Presiden Xi Jinping pun nak datang 2 Jalan Cendana untuk membincangkannya.
Melihat kepada taktik invasif dorang ni, aku macam tak berkenan. Zaman Izham dulu dia banyak la tabur duit. Lepas tu bila perang, semua pelabur Kwantong tu lari. Ni nak datang balik, test water kat aku.
Aku tak nak Gelanggayu jadi rumput bila dua gajah besar ni bergaduh. Gelanggayu kena kekalkan kedaulatan dan kekal neutral, macam mana Switzerland dalam dua perang dunia.
--
"Buat penat je tour kali ni, Lan. Dah banyak competition," kata Merlina.
Masa lawatan aku ke kawasan Indochina dulu, aku cuma ada rasa positif dari Dai Viet sahaja. Suvarnabhumi do their own, mungkin ada projek JV. Khmer dan Lao, Merlina macam so-so je. Cuma dengan Dai Viet, Merlina macam seronok nak letak duit.
Merlina tahu, Adilah ada kabel Kwantong tentang supervirus tu. Kalau Adilah gunakan kabel Kwantong untuk jatuhkan Azlan, memang susah sikit nak melawan dorang ni.
Merlina pejam mata, dan tadah tangan.
"Ya Allah, aku tahu Donald Trump ni racist, dan memusuhi Islam. Tapi kalau dia menang, senang kerja laki aku nak handle komunis Kwantong ni."
Sebab dalam masa sama, sejak Donald Trump bertanding Presiden ni, saham-saham media di US mencanak naik. Orang mula tengok berita. Orang nak tahu apa kontroversi yang Donald Trump buat sepanjang kempen ni.
Dalam masa sama, kalau Hillary Clinton kalah, maka mereka akan calonkan dua orang, sama ada Joe Biden bekas Timbalan Presiden Barack Obama, atau Michael Bloomberg pada masa akan datang.
Dia boleh menawarkan offer untuk naratif counter Trump pulak nanti.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro