Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 9

Azlan

Aku dan Fazrul berjumpa di warung nasi lemak Cik Yati. Ada sebab aku ke sini. Sebab aku nak tengok perkembangan terbaru anak Cik Mail ni, Azam.

Aku tak makan nasi lemak, sebab sekarang ni aku tengah nak jaga badan aku. Tapi aku beli kuih je lah. Azam pula berniaga burger kat sebelah.

"Tahun depan, food court tu dah siap, makcik berniaga la kat situ ya?" kata aku.
"Mahal tak sewa niaga kat situ?"
"Eh, apa pulak mahalnya. Makcik kalau nak niaga situ, makcik kena tunjuk bukti yang makcik ada business je pada Yayasan Darul Mukminin. Lepas tu dapatlah tempat tu. Makcik masih kena bayar, tapi bukan sewa. Makcik bayar zakat perniagaan. Duit tu, nanti ke tabung zakat. Tempat tu tak ada siapa yang punya. Bukan saya punya, bukan Merlina punya. Tempat ni orang awam punya. Jadi bukan saya kutip sewa. Saya cuma penyelaras je. Tak ada sewa tapi kena bayar zakatlah."

Makcik Hayati struggle berniaga dengan kerusi roda ni, jadi anak perempuannya Saleha yang tolong letak lauk dan bungkuskan.

Abangnya, Azam berniaga roti john dan burger kat sebelah. Ye lah, kalau orang tak nak makan nasi lemak, ada pilihan lain.

"Nah, untuk Bro Alan, saya buat burger special banjir leleh punya! Saya belanja!" kata Azam.

Korang semua pun tau kan, arwah ayah aku dulu kan chef. Pantang dia tengok kuah cheese meladung-ladung kalau dia hidup lagi ni. Tapi aku terima je lah hakikat yang budaya orang Gelanggayu makan burger memang macam ni.

Sama la macam perangai Merlina makan ayam goreng cicah cili sos. Tapi bila dia kat Amerika, pandai pulak dia makan pakai gravy macam arwah ayah ajarkan aku dulu.

Merlina kata 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang ayam berkokok'. Tu punca dia berjaya dalam business. Dia tu nampak je ranggi minah rock macam tu, bab korporat pakai suit mahal tu.

Lagipun aku nak galakkan budak ni berniaga. Ah, batalkan sahaja diet ini!

Fazrul datang dengan baju band punk, The Exploited.

"Aik, bukan Mer cakap bro Alan tak makan burger gaya leleh gini ke?"
"Psst..." aku pandang tajam Fazrul.
"Kenapa?"
"Biar je lah. Aku nak galakkan budak ni berniaga."

Fazrul faham aku nak ambik hati budak Azam ni.

"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya aku.
"Marina ada cakap pada bro Alan, kisah silam saya dengan Kak Dila ya?"
"Ya, dia cakap pasal tu masa aku jumpa dia di Amanilah. Tapi yang bukak cerita dulu, bro Ali."
"Dari mana bro Ali dapat cerita tu?" tanya Fazrul.
"Aku tak tanya dia pulak pasal tu. Jadi, kau nak jumpa aku ni, kau nak cakap tentang tu?"

Fazrul mengangguk.

"Tapi sebelum tu, saya nak beritahu pada bro Alan, bahawa kesetiaan saya kepada bro Alan dan bro Ali adalah tak berbahagi. Saya dah angkat sumpah ba'iah untuk setia kepada bro Alan dan bro Ali. Buruk padahnya kalau saya khianati bro berdua."

"Fazrul, aku faham yang kau nak sangat lunaskan dendam kau pada Adilah. Aku tau yang dulu dia layan kau macam kuli dia je. Masa tu kau masih muda, masih naif. Masih budak-budak. Masa tu umur kau berapa, 15 tahun? At least kau sedar perangai taik dia masa umur tu. Aku? Masa tahun '94. Masa aku 25 tahun."

Fazrul mengangguk.

"Konsep aku, mudah. Mistake yang lepas tu, biarlah lepas. Tak payah dikenang lagi. Tapi, Ali rasa perkara ini mungkin boleh jadi kelemahan kau. Jadi dia minta aku untuk cakap pada kau, kau pindah ke department imigresen. Sebab dia perlukan department tu untuk workforce business dia," kata aku.

Barulah aku nampak Fazrul ni ceria sikit sebab dia nampak yang aku dan Ali masih percayakan dia.

"Tapi, kalau kau nak masih dalam game ni jugak, aku boleh bagi satu task ni untuk kau rasa puas hati. Cuma kau tak perlu cakap pada Ali. Biar aku je yang nasihatkan dia."
"Apa dia?" tanya Fazrul.
"Kau selidik latar belakang Amar dan Amir ni. Dia ada link dengan Adilah atau tak. Kalau ada...."
"...kita cekup!"
"Pandai..."
"Zam! Burger benjo special, tak nak mayonnais, tak nak sos, tak nak sayur, tak nak roti!" kata Fazrul, melawak.

Aku nampak Azam dah garu-garu kepala.

"Ayahanda Fazrul nak makan telur dadar ke?" tanya Azam.
"Kau jangan layan merepek Fazrul ni, Zam. Dia merepek je tu," kata aku.
"Kasi oblong daging, lepas tu kau potong tengah, kau letak serbuk perasa tu, kau kasi padu sikit! Biar rasa tu tersungkit bila gigit! Haa, pastu kasi garing. Tak nak sayur, aku cuma nak bawang je."
"Macam Prosperity Burger ya, Ayahanda Fazrul?"
"Yes, tapi ni lebih padu! Kuah pun kuah black pepper je, tak yah cili sos!"

Si Fazrul ni kalau order burger, dia ni banyak spesifikasi dia. Nak tu, tak nak tu.

--

"Pelik kan, Alif? Tahun lepas, Obama datang sekolah kita, Jugra buat hal. Kali ni Obama datang rumah dia terus," kata Mili.

"Macam pelik lah sekarang, kan? Dulu pemimpin dunia jumpa Perdana Menteri, Presiden semua kat Kota Warisan. Sekarang, semua pemimpin dunia datang kat rumah Uncle Alan," kata Alif pula.

"Haah. Mula-mula, King Salman dari Arab Saudi. Lepas tu, David Cameron, PM UK. Lepas tu pulak, Nursultan Nazabayev Presiden Kazakhstan, ni Obama pulak. Nampaknya, Uncle Alan paling berkuasa dalam Gelanggayu ni."
"Dah macam istana pulak kat situ. Susah nak masuk dah. Kawan-kawan wrestling kitorang pun mengadu benda sama."

"Alif, Mili?"
"Eh, Aunty ni, Aunty Marina eh? Aunty Jugra?" tanya Mili.
"Haah. Aunty Mer suruh kau ikut aku. Dia ada kerja nak offer korang berdua."
"Kitorang sekolah lagi la, Aunty Marina!" kata Alif.
"Tau, tapi takkan kau tak nak duit tepi?" tanya Marina.
"Duit tepi? Tapi daddy dah bagi duit pada kitorang," kata Mili.
"Tu duit daddy kau. Ni duit kau. Hasil titik peluh kau sendiri. Eh, takde la titik peluh pun kerja ni. Kerja ni simple je."
"Kerja apa Aunty Marina?" tanya Alif.
"Aaaahh korang ikut je lah aku! Banyak tanya pulak korang ni."

--

Marina bawa Alif dan Mili ke pejabat Oh Purnama!, di mana Jessica dan Art Ardan sedang menunggu mereka berdua di bilik mesyuarat.

"Sorry, Kak Mer cakap Jugra dengan Rachel kena stay kat Jalan Cendana, sebab nak sambut Obama kat rumah dia."
"Takpe, kita lima orang je, aku wakil Mer," kata Marina, duduk kerusi depan.

Jessica edarkan kertas tentatif kepada semua.

"Okay, kerja korang ialah influencer media sosial," kata Jessica.
"What? Kitorang jadi tweetfamous ke?" tanya Alif.
"Kitorang yang bentuk korang, in return korang dapat gaji RG5k per month. Jugra bahagian aktiviti kebajikan. Kerja dia nanti viralkan video dia tolong orang miskin, tolong orang kampung. Rachel pula bahagian sukan, sebab dia atlet negara. Mili pula ialah menyanyi. Mili akan jadi pop star. Alif pula, jadi gamers dan akan ulas pasal game kat Youtube dan Twitch."
"Ini memang dreamjob saya ni! Macam PewDiePie dengan Mr Beast!" kata Alif.

Mili pula tersenyum-senyum gembira sebab akhirnya bakatnya dapat dilihat oleh semua orang.

"Tapi bila korang dah sign kontrak ni, korang dah tak boleh post benda sebarang-sebarang. Korang nak post benda random, boleh, asalkan bukan benda yang kami tak setuju, okay?" kata Marina.
"Aunty Marina, kalau Alif nak buat channel sembang pasal crypto dengan hal teknologi, boleh tak?" tanya Alif.
"Why not? Kau pakar benda tu, kau buat. Tapi main focus kau ialah game. Aku nak kau test segala game mak nenek yang ada kat luar tu, lepas tu kau ulas. Mili, kau pandai bahasa Goryeo?" tanya Marina.
"Sikit-sikit la..."
"Kitorang hantar kau kursus bahasa Goryeo, lepas tu kalau kau dah pandai, kitorang hantar kau kat sana, training menari dengan G-pop stars kat sana, okay tak?"
"Naaakkkkk!"
"Okay, Jessie. Memandangkan dorang dah setuju, bagi kontrak pada dorang, lepas tu your journey to be influencer paling popular in Gelanggayu has begin!" kata Aunty Marina.

Melihat kedua-dua anak Adilah sign kontrak, Marina tersenyum.

"Kau nak pecahbelahkan keluarga Ayam Hitam, aku pecahbelahkan keluarga kau!" bisik dalam hati Marina.

--

Presiden Obama tiba di Wijayapura kali kedua, tetapi berbanding yang pertama, sambutan kali kedua jauh berbeza.

Kali pertama, pelajar sekolah diupah untuk kibarkan bendera Gelanggayu dan Amerika di jalan-jalan yang dilaluinya, serta sambutan yang meriah.

Yang kedua cuma sambutan yang standard. Tidak ada cuti umum peristiwa seperti kali pertama. Jika dahulu lawatan negara Obama selama tiga hari, kali ini cuma sehari sebelum esoknya dia ke Majapahit.

Ini kerana Pengerusi MKKP, Azlan, tidak berminat untuk membodek Barack Obama.

Kenderaan Barack Obama yang diberi gelaran The Beast, bergerak dari lapangan terbang, terus ke rumah Azlan.

Pegawai-pegawai Obama sudah maklumkan kepadanya tentang situasi politik di Gelanggayu, di mana kuasa politik sekarang terletak di tangan Azlan.

--

"Now, aku tau kau ada personal dengan Barack Obama, Jugra. Tapi tolong jangan cari pasal lagi. Kali ni biar daddy kau je handle dia. Kau faham tak?" kata Merlina.
"Faham, Mama Mer."
"Rachel, macam biasa, you're a flower girl. Okay, keep nice, everybody!"

"Rach..." Jugra berbisik kepada Rachel.
"Apa dia?"

Jugra keluarkan sebiji mercun bola.

"No!" Rachel terus rampas mercun bola tu dari tangan Jugra.
"Gimme back, gimme back!"
"You jangan nak cari pasal, Jugra."
"Aduh, potong la kau ni."
"No, Jugra. Jangan burukkan nama daddy boleh tak?"
"Fine."

Jugra naik ke biliknya, dan melihat para wartawan sudah mula berkumpul di depan rumahnya. Dia terus sambungkan telefon bimbitnya, dan ambil kabel wayar, sambungkan ke amp gitar, dan dia buka volume to the max. Dia buka tingkap, dan halakan amp itu ke luar.

Dia pasang lagu Rage Against The Machine, lagu Killing In My Name di bahagian hujung, menyebabkan para wartawan semua menghala ke tingkap biliknya.

Jugra baru nak keluarkan bendera Palestin, sekali encik Murad dah cabut wayar kabel amp, dan tutup tingkap.

"Maaf, encik Azlan suruh awak hentikan."

Jugra buka tingkap sedikit dan menjerit "Free Palestine!"

"Jugra...." Merlina cekak pinggang.
"Ni kan rumah Jugra..."
"Ya, Mama Mer tau. Tapi dia tu bukan saja tetamu rumah kita, tapi tetamu negara. Cuba la behave sikit. Kalau nak negara kita dihormati, hormat pemimpin negara orang. Kalau tak puas hati, boleh sampaikan dengan cara baik macam daddy kau buat. Mujurlah dia tak sampai lagi. Kalau tak, jadi kontroversi lagi kau ni karang. Mujurlah Secret Service tak tangkap kau kat dalam rumah ni."
"Apahal pulak, ni rumah Jugra, sukati Jugra la."
"Dah besar nanti kau faham la, Jugra. Letih aku nak explain dengan kau. Ni kau masih pakai baju rumah lagi. Mana pakaian rasmi kau? Daddy kalau nampak ni, dia marah kau. Cepat siap. Dia dah kat airport tu."

Lagu Hail To The Chief dimainkan saat Barack Obama tiba di depan rumah Azlan. Para wartawan berpusu-pusu mengambil gambar Presiden Obama bersalaman dengan Pengerusi Azlan yang berpakaian baju teluk belanga putih dan sampin hitam. Perdana Menteri, Natasha hanya berdiri di sebelah sebagai menteri pengiring, berdiri bersebelahan dengan Setiausaha Perdagangan AS, Penny Sue Pritzker.

"Welcome, Mr President," Azlan bersalaman dengan Barack Obama dengan memandang kamera.

"Thank you, thank you. So, is your son is here, Mr Chairman Azlan?" tanya Barack Obama kepada Azlan.
"Yes, Mr President. You want to meet him?"
"I would like to meet him after this meeting."

Azlan berbisik kepada Merlina, yang berdiri sebelahnya.
"Suruh Murad panggil Jugra, datang rumah sebelah. Obama nak jumpa dia lepas ni."
"Okay."

Sekali lagi, Rachel menghulurkan bunga kepada Barack Obama di depan pintu pagar rumah Azlan, sebelum berjalan ke rumah bersebelahan yang menempatkan bilik mesyuarat MKKP.

--

"We want to ensure that Gelanggayu will sign TPPA agreement by the end of November, because next year will be my last year, and we will have the smooth transition," kata Obama.

"Mr President, with all due to respect, there's a part of the agreement that we, the Republic of Gelanggayu have concerns about the agreement. We believe that every free trade agreement must have fair and balance proposition, so both of our countries will have a win-win situation."
"But Mr Chairman, the last administration has agreed on all terms. All we need is ratification from your country."
"Last year was a general election, and my party won. And we're on the platform that want to make sure, our middle class will get the best under new agreement."
"You cannot do that, Mr Chairman. Otherwise the investment will go anywhere else, like Majapahit or Dai Viet. Gelanggayu will be on the losing side."

Azlan duduk menyandar.

"Mr President, may I ask you few questions?"
"Yes, Mr Chairman?"
"Have you been to Youngstown, Ohio, or Gary, Indiana?"
"You've been there?"
"Yes. I went there last year. I understand the condition in Rust Belt in your country right now. Opioid epidemic, urban poverty, urban decay..."
"I know where this conversation is heading..."
"Mr President, as the Chairman of the National Unity Government, I want to make sure that my people will get the best from this deal. Therefore, I may suggest, this agreement must be amended, so that I can protect Gelanggayu from this unfair treaty."
"Chairman Azlan, you must understand that this is the opportunity for your country to thrive. This free-trade agreement will be the biggest since NAFTA," kata Penny Sue, Setiausaha Perdagangan.
"Chairman Azlan is meticulous about this agreement because he is worrying for local small and medium industries, he didn't want his constituents suffers from this agreement," kata Natasha, untuk menerangkan sikap berhati-hati Azlan dalam menandatangani perjanjian perdagangan bebas.
"Can we amend the few details, so we can have a deal? I mean, when I read it thoroughly, I can see the devil in the detail. Multicorporations from your country will invade our economy, therefore we need protection," kata Azlan.
"Do you believe in capitalism, Mr Chairman?" tanya Obama.
"I believe we need balance in everything. Capitalism is giving a tremendous growth of the world's economy since its foundation, but it also create gaps between rich and poor. We need to keep it check and balance," kata Azlan, merenung tepat ke mata Obama.

Entah macam mana mata Obama jadi seperti akur dengan renungan mata Azlan yang terus menegakkan hak negaranya.

"Okay, I think we can get through this. Perhaps we will amend it a bit to make sure that both sides will be happy," kata Obama.
"Yes, we would like for you to amend it again."

Obama bangun, dan kemudian bersalam dengan Azlan.

"You're really cares about your people, Mr Chairman."
"I'm here because of them. I will never forget them."
"Okay, let's meet your son."

Jugra duduk di kerusi sofa bilik tetamu, dengan perasaan gugup dan dalam masa sama tak senang. Mana boleh imej rebel macam dia duduk dengan Presiden Obama.

Obama masuk ke dalam bilik bersama Azlan, dengan beberapa orang menteri juga masuk ke dalam bilik itu. Wartawan juga sibuk mengambil gambar.

"So, you must be Jugra. Is it a Malay name?" tanya Obama kepada Azlan.
"It's Buginese, Mr President. It's a warrior's name," kata Azlan.
"That's why you're brave!" Obama memegang bahu Jugra. Jugra jadi cuak.
"Anything you want to say to Mr President, Jugra?" tanya Merlina yang berada di tepinya.
"President Obama, why America always ignore the Palestinians and always being unfair to them?" tanya Jugra.

"It's a complex situation in the Middle East, Jugra. To understand the complexity of West Bank conflict, you must read both side's claim. Now, I understand your disappointment on this issue, but at the same time, we have two groups claiming for the same land. But we will work it out for peace, for both sides. I have discussed with Muslim leaders around the world, where they all agree that two-state solution can be done if we do it carefully. Are we cool, buddy?"

Obama menghulurkan tangan untuk bersalam.

"Okay. But please don't let the Palestinians down," Jugra bersalam dengan Obama.

Dalam pada kemeriahan tu, Azlan terus check handphonenya. Ada mesej dari Ali.

"Kau jangan suruh Natasha sign TPPA. Kalau kau sign, aku akan suruh Parti Pertiwi tarik diri daripada kerajaan perpaduan ni, faham?"

Azlan terus urut kepalanya. Dia faham sentimen nasionalisme Ali.

"Belum sign lagi, Ali."
"Aku dengan budak-budak aku akan buat demonstrasi kalau kau atau Natasha sign. Aku petik jari, 200,000 akan turun di jalanan. Kau jangan main-main dengan aku. Pantang betul aku dengan penjajah!"
"Faham, Ali. Rileklah."

--

Ali sedang hisap vape di kedai mamak, sambil minum teh tarik.

"Dah melampau dah Amerika ni, Kecik," kata Ali.
"Pandailah Azlan handle, bro Ali."
"Aku tak risau Azlan. Aku risau orang-orang Adilah dalam Parti Republikan tu yang nak push TPPA ni. Azlan boleh veto, tapi kau kena ingat, kerajaan ni kerajaan perpaduan. Satu parti blah, huru-hara negara ni jadinya. Natasha tu bukannya kuat sangat."
"Habis tu, apa idea abang Ali?" tanya Kecik.
"Kau tengok apa aku akan buat."
"Bro nak buat apa?"

Ali buka channel Youtube dan search ucapan Donald Trump.

https://youtu.be/bx6V-e2DQW0

Kecik pandang Ali terkebil-kebil.

"Bro, dia ni racist la! Dia cakap Mexican rapist la, orang Islam terrorist la."
"Sebab dia racist la aku nak dia menang. Aku nak dia huru-harakan Amerika, dan sekaligus batalkan TPPA ni. Kau kena ingat, Amerika ni bukan kawan kita. Dorang ni imperialis, penjajah. Jadi, apa je taktik untuk pecahbelahkan penjajah ni, aku on."
"Bro, kerja gila ni! Ada ke orang nak undi orang macam ni kat Amerika? Silap-silap hilang wang pertaruhan ni."
"Benda ni pandailah aku akan uruskan. Aku akan ke London jumpa dia. Dia akan bawak aku jumpa orang dari Cambridge Analytica. Dorang ni kumpul data dari Facebook. Lepas tu, aku dapat contact-contact spy FSB dari Hafiz. Hafiz ni rapat dengan Vladimir Putin masa sebelum dia jadi Presiden lagi."
"Huish, ni kerja gila, bro."
"Kita tak buat, yang buat benda ni, Rusia yang ada kepakaran perang cyber ni. Putin dah memang lama bengang dengan Amerika sejak krisis Ukraine tu. Dengan perang kat Syria lagi. Aku akan pastikan UK keluar dari EU, dan aku akan pastikan mangkuk racist ni menang pilihanraya."
"Bro, takkan kita nak si racist menang?"
"Kecik, aku belajar tak tinggi macam Azlan, tapi aku tau, Amerika ditubuhkan atas rasisme. Mereka bunuh kaum asli dan hambat orang asli mereka ke padang pasir. Orang asli mereka hidup menderita di bumi sendiri. Sekarang, kau nak perkara tu berlaku pada kita? Kita Melayu, jangan layu di bumi Gelanggayu!"
"Bro Ali, bro Azlan perlu tau ke benda ni?"
"Azlan dah tau pun, tapi aku carry on je. Dia cuma perlu halang kerajaan daripada sign perjanjian syaitan ni."
"Bro, serius la?"
"Pernah kau tengok aku tak serius dalam isu yang macam ni, Kecik?"

--

"Azlan, aku nak tanya kau something, boleh?" tanya Merlina selepas kereta Obama keluar dari kawasan Kompleks Jalan Cendana.

"Apa dia?"
"Macam mana Obama boleh tunduk dengan kehendak kau yang tak nak sign TPPA tu? Ni presiden Amerika, kau tau tak?"
"Presiden pun manusia juga."
"Tapi bila kau renung mata dia je, masa kau cakap pasal capitalism tu, dia terus tunduk, ikut cakap kau. Kau ada pasang penggerun ek? Kau ada bela saka ek?"
"Merepek la kau ni," kata Azlan.

Merlina pegang tangan Azlan, dan dia nampak cincin Raja Gautama di jarinya.

"Ahah! Ni cincin Raja Gautama kan?" tanya Merlina.

Azlan mengangguk.

"Aku baru je baca buku Sayyid Muluk untuk faham apa dia pasal kau ni. Aku pernah nampak Jeneral Yahya pakai cincin ni."
"Cincin ni milik sesiapa yang memerintah Gelanggayu. Sama ada Raja Gautama, atau keturunannya. Masa perang saudara tahun 1402 dulu, Tengku Ismail berperang dengan Tengku Ishak..."
"Yang tu aku tahu, Lan. Tengku Ishak kalah lepas tu lari ke Teluk Tenang."
"Sekarang kampung aku kat mana?"

Merlina terkedu.

"Tapi Jeneral Yahya...."
"Jeneral Yahya tu sepupu ayah aku. Puncanya arwah atok aku kahwin lambat, tu yang jarak umur dia jauh tu."
"Jeneral Yahya tu, aku nak tanya sikit, boleh tak? Kenapa dia cam anti dengan Islam?"
"Puncanya dia tak boleh terima, anak dia mati kena bom dengan Sayap Kuning, isteri dia mati sakit."
"La, yang salah, Sayap Kuning. Apasal Islam pulak dia salahkan?"
"Dia salahkan Tuhan sebab tak selamatkan anak dia. Tu yang dia jadi macam tu."
"Patut la masa mula-mula aku kenal kau dulu, kau macam tak berapa Islamik sangat?"
"Aku masa kecik dulu solat depan ibu je. Kalau takde ibu aku buat tak tau je. Tapi sejak Jugra tak tau mengucap, aku terus insaf. Mujur masa tu dia darjah satu. Masa kes dark satanic of infinite darkness tu."

Terbahak-bahak ketawa Merlina. Ayat tu dah jadi seolah-olah macam meme kepada Jugra.

"Aku bersyukur sebab Allah bagi aku kesedaran awal untuk semua ni. Kalau tak, jadilah aku macam Jeneral Yahya. Dah ada semua benda pun masih hidup tak bahagia lagi."

--

"Suka, salam dengan Obama?" tanya Rachel yang duduk sebelah Jugra.
"Entah."
"I tak fahamlah you ni. Orang lain jangankan Presiden Amerika, Perdana Menteri pun tak pernah datang rumah dia. Kalau I la, orang besar macam tu datang rumah I, I bangga tau."
"Entahlah, I don't like his politics."
"You sokong Republicans ke?" tanya Rachel.
"Tak kisah Republicans ke Democrat, semua sama je. Baik Clinton, baik Bush, Obama ke Mitt Romney ke, semua jahat. Tengok apa yang mereka buat pada Iraq, Iran, Syria, Lebanon. Tengok negara-negara Islam, semua hancur."
"I know, tapi dia kan superpower."
"Sebab dia superpower tu yang I benci. I harap satu hari nanti negara tu berpecah-belah, baru dorang tahu macam mana mereka pecahbelahkan orang Islam."
"Jugra, extreme sangat la you ni."
"Extreme ke menuntut keadilan untuk orang Islam, Rachel?"

Rachel mengalah. Dia tahu dia takkan boleh menang debat pasal isu ni dengan Jugra.

"Fine. Tapi I bukan apa, I suka American culture, American music, American films."
"Membenci kerajaan tak semestinya membenci rakyatnya, atau budayanya. Rileklah, I suka BBQ. Tu kan American culture. Benda tu daddy ajar, kan?"
"Daddy tu, walaupun dia soft spoken, tapi kalau dia renung mata orang tu, jadi takut, kan?" tanya Rachel.
"Betul. Dia tenung je, semua orang dah kecut. Tak payah naik suara pun. Kalau naik suara, memang terkucil."
"You rasa daddy ada penggerun tak?"
"You ni nampak je moden, Rachel. Tapi tak sangka you percaya benda macam ni. Eh, dah la, kat belakang dapur ada banyak makanan sedap."
"I tak boleh makan banyak lah! Next year I wakil Olympic Rio la!"
"Alaaaahhhh leceh la kau ni Rachel!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro