
2015 part 8
Suara Gelanggayu diarah bayar RG200 juta kepada Azlan
WIJAYAPURA - Mahkamah Tinggi Wijayapura hari ini mengarahkan portal berita, Suara Gelanggayu membayar saman malu sebanyak RG200 juta kepada Pengerusi MKKP, Azlan Muhammad Niat kerana artikel portal tersebut mengaitkan pembunuhan wanita Bosnia, Mia Masilajovic.
Hakim Shahrulizam Samad memutuskan bahawa kejadian tersebut tidak ada kait mengait dengan Azlan.
Mahkamah memutuskan bahawa tuntutan Azlan itu sebagai munasabah memandangkan kes tersebut tidak ada kaitan dengan plaintif, dan tuduhan tersebut mencalar reputasinya.
Sekiranya saman itu tidak dibayar dalam masa 30 hari, portal berita tersebut diarahkan tutup, sejajar dengan Akta Penyebaran Maklumat 2014.
--
"RG200 juta! Dah melampau dah Azlan ni! Gila kuasa! Diktator!" jerit Adilah di dalam pejabatnya.
"Sebarkan je video dia dengan Mia masa kat Moscow tu," kata Pak Wan Radzi.
"Ada orang hack komputer saya masa di Betawi dulu, jadi fail video tu dah takde lagi."
"Ah, sial betul la! Kenapa dia ni selalu je ke depan daripada kita?"
"Ada pengkhianat dalam Sayap Kuning ni, ayah. Kita mesti cekup pengkhianat ni. Kita dah kena tikam dari belakang!"
"Tak boleh ke minta dengan Putin? FSB mesti ada copy punya."
"Ayah tengok la paper hari ni apa dia buat!"
Adilah menunjukkan gambar Azlan bersalaman dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin dalam sidang kerjasama APEC di Amanilah, Arroyo.
"Kenapa Hafiz sebagai Presiden tak pergi?"
"Dia sakit. Nak bangun pun orang tolong angkatkan dia. Lemah dia tu!"
"Kenapa Natasha sebagai Perdana Menteri tak pergi?"
"Natasha ni dah tikam saya dari belakang. Tak sedar dulu saya yang tolong dia masa company ayah dia dah nak bankrap dulu."
"Memang semua benda menyebelahi dia. Apa kita nak kena buat ni? Buntu ayah nak memikirkan strategi."
"Kita kena pecahkan hubungan antara Nasionalis dan Pertiwi. Kita kena gaduhkan Azlan dan Ali."
"Betul. Kita tak boleh biarkan Mat Akta ni melampaui batas sesuka hati macam ni. Hafiz sajalah harapan kita sekarang untuk halang dia daripada terus menguasai kerajaan."
--
"Akta ni tak bercanggah dengan Artikel 46 Perlembagaan Republik iaitu kebebasan untuk menyertai parti politik, kan?" tanya Hafiz.
"Kabinet dah bincang, dan bawa ke MKKP. Pengerusi pun kata benda ni takde pun langgar Perlembagaan. Sebab, without this law, kucar-kacir politik kita nanti dengan politik wang. Kalau ahli parlimen nak keluar parti based on principal, maka dia pun kena kosongkan kerusi dia based on principal juga.
"Saya dah pertimbangkan semua pendapat. Ada yang kata law ni violates Article 46, cakap ni unconstitutional. Sebab freedom of association is guaranteed under Republic's Constitution. But, based on your explanation, ruling akan cakap yang perkara ni tak menghalang pun ahli parlimen daripada menyertai parti lain, cuma dia perlu kosongkan kerusi dan bertanding semula sebagai ahli parti politik yang baru."
"So, it's constitutional."
"Alright, Natasha. Macam tu, I sign."
Hafiz selaku Presiden Republik menandatangani kertas Akta, kemudian mengeluarkan President Seal untuk mengesahkan akta tersebut akan digunapakai.
"Thank you, Hafiz."
"It's my duty to stop corruption from happening in our politics, Nat. Sementara I masih hidup lagi, biarlah I cuci semua dosa I."
Hafiz menyimpan pennya selepas menandatangani Akta Anti Lompat Parti 2015 yang mengatakan sekiranya ahli parlimen daripada melompat parti, ahli parlimen tersebut wajib mengosongkan kerusinya dan bertanding semula.
"What do you mean, selagi masih hidup? You sakit apa ni?" tanya Natasha.
"Nat, kita tak tahu bila kita akan hidup, bila kita akan mati. Cuma I teringat pesan arwah ayah, selagi masih hidup, kita kena buat benda baik."
"Take care, ya Hafiz?"
"Nat, boleh tak I request one thing?"
"Go ahead."
"Keep this as a secret. Jangan cakap kat my wife."
"You know kan your wife dengan I tengah tak ngam, kan?"
"Just promise me?"
"Okay."
"I nak jumpa Azlan. There's something I want to talk with him."
"Alright, sure. I'll tell him."
--
Jugra dan Rachel mengeluarkan kaset-kaset yang mereka beli di Paragon Mall depan Alif dan Mili.
"Banyaknya kaset! Awak beli kat mana ni?" tanya Mili.
"Paragon Mall. Seringgit satu."
Alif duduk tepi, berkata, "bayar RG15 sebulan je dah dapat Spotify Premium. Bayar RG15 je untuk Apple Music. Buat apa nak beli kaset?"
"Itu yang orang macam you tak faham, Alif," kata Rachel.
Kalau Rachel yang sound, Alif biasanya akan simping dan mengikut sahaja pendapat Rachel. Tapi kali ini, Alif memang rasa benda ni pointless.
"Macam ni lah, Alif. Kalau kau ni jenis audiophile macam bapak aku, kau akan tau beza, dengar pakai vinyl, kaset dengan dengar kat Spotify apa bezanya. Baiklah, marilah kita memilih kaset yang kita nak dengar," kata Jugra.
"Kumpulan apa ni? Shampoo? Hihihi!" gelak Mili melihat salah satu kaset.
"Try pasang jap, Rachel."
Uh oh we're in trouble something's come along
And it's burst our bubble yeah yeah
Uh oh we're in trouble gotta get home quick
March on the double
We've been out all night
Nd we haven't been home we're walking through
The back streets all alone
The party was great yeah we were really thrilled
And when we get in we're gonna get killed
We couldn't get a cab 'cause we ain't got to money
We missed the last train bus but the night bus
Never come we're eight miles from home
And it's starting to
Uh oh we're in trouble something's come along
And it's burst our bubble
"Catchy la lagu ni!" kata Mili, excited.
"Beat dia sedap," kata Alif.
"Best riff gitar dia," kata Rachel.
Jugra hanya fokus dan cuba menganalisis lagu ni. Dia ni ada perangai bapak dia sikit, music nerd.
"Post kat Twitter nak? You nyanyi, I viralkan?" kata Rachel kepada Mili.
Merlina lalu kat tepi bilik, dan menoleh empat budak Gen Z sedang melayan lagu pop one-hit wonder yang diterbitkan tahun 1994.
"Biar betul korang ni?"
"Mama Mer tau tak lagu ni?" tanya Jugra.
"Of course lah! Lagu ni popular zaman aku besar korang kot. Zaman tambang bas pergi bandar masih 80 sen!"
"80 sen! Hari tu kita naik berapa, Jugra?" tanya Rachel.
"RG3.20!"
"Korang naik bas?" Alif terkejut.
"Haah! Kitorang pergi Paragon Mall. Memang vibe dia oldskool gila!" kata Rachel.
"Gua cakap, a e s t h e t i c, beb!" kata Jugra.
Merlina terbeliak tengok perangai Jugra dengan Rachel.
"Korang pergi Paragon Mall? Korang beli kaset kat kedai kaset Auntie ke?"
"Kita tak tau pulak ada auntie kat situ?"
"Ada makcik tua. Zaman aku pun dia dah tua, ni aku dah tua, entah hidup ke tak lagi dia tu. Tu la port aku beli kaset No Doubt dengan Cranberries dulu!"
"Eh, why not, Mama Mer, saya dan Mili nyanyi tiga orang kat video. Kita bertiga nyanyi lagu ni, lepas tu kita viralkan!" kata Rachel.
"Cantik! Jugra, kau rekod video!"
"Uh oh, we're in trouble, something's come along, and it burst our bubble!"
"Yeah, yeah!" jerit Merlina.
Lagu Shampoo ni memang mengimbau nostalgia bagi orang baya Merlina ni.
"Woi, aku banyak kerja ni! Dah lah, malas aku nak layan korang!" kata Merlina.
"Nanti nak tak kita empat orang naik bas pergi Paragon Mall?" kata Rachel.
"Bahaya la. Bukan I nak cakap apa la, kita ni anak-anak orang penting. Nanti orang culik kita karang?" kata Alif.
"Ye lah, bahaya la," kata Mili.
"Ala, pakai la helmet Mat Danger!" Jugra mengeluarkan helmet Mat Danger.
Rachel berbisik kepada Jugra.
"Jugra, nak buat daddy terkejut beruk tak? Cuba snap gambar ni, pastu bagi kat dia? Tengok reaction dia."
"Kehkehkeh, jahanam betul kau ni, Rachel!"
Perbuatan Rachel berbisik pada Jugra tu buat Mili rasa cemburu.
"Bisik apa tu?"
"Helmet ni helmet daddy aku punya. Rachel jumpa kat rumah dia."
"Macam mana helmet Uncle Alan boleh ada kat rumah Rachel?"
Rachel jeling ke arah Jugra dengan muka yang menjengkelkan. Takut terbocor rahsia.
"La, daddy aku dengan daddy dia kan kawan baik, kau ni. Ni helmet daddy aku. Rachel, tengok, Mili dah merajuk. Patutnya tadi tak payah la bisik."
"Ala, Mili, kalau awak suka kat Jugra, awak cakap je lah!" kata Rachel.
"Entah, nak berahsia pulak!" kata Alif.
Mili yang rasa malu, terus keluar dari bilik.
"Apa lagi Jugra, pujuk la dia?" kata Rachel.
"Cisdet betul kau ni, Rachel."
Jugra pun keluar dari bilik dan tengok, Mili sedang duduk di sofa, sedang merajuk, sambil memerhatikan Julia yang sedang pandang tingkap dengan menggunakan teropong mainan dari hadiah birthday Azlan kepadanya.
"Mili, kenapa merajuk ni?"
"Tak merajuk, kecik hati je dengan Rachel."
"Kenapa?"
"Dia cakap sebagai besties, tak ada rahsia antara kami. Tapi tadi tu, berbisik dengan awak. Dia bisik apa tadi?"
"Helmet yang saya pakai tu, helmet daddy saya. Rachel jumpa kat almari rumah dia. Kan daddy saya dengan daddy dia kawan. Tu je."
Mili masih lagi merajuk.
"Mili kalau merajuk, cun macam Halsey!"
Mili nak tersenyum, tapi masih nak merajuk.
"Mili, betul ke awak suka kat saya?"
"Mana ada! Memandai je. Eiii, tau la awak famous kat sekolah. Iman Alyssa tu gila betul kat awak."
"Iman Alyssa ni siapa pulak?"
"Budak kelas saya masa Form 1."
"Macam ni la, kalau awak suka saya, saya perlu awak bina jam untuk saya," kata Jugra.
"Jam?" Mili rasa pelik.
"Jambatan ke hati saya, cia cia ciaaaa!"
Mili terus tergelak.
"Bodohnya pickupline!"
"Jom kita lepak kat bilik balik, lepas ni kita jamming, okay?"
Mili mengangguk, kemudian mengikut Jugra naik ke atas. Jugra terus pegang tangan Mili.
"Eh, apa ni?"
"Ala, sorry-sorry. Terpegang pulak. Aduh, terbatal air wuduk! Sia-sia tahan kentut dari Zuhur tadi!"
--
Azlan
Aku ke Amanilah untuk persidangan APEC tahun ni. Aku jumpa Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, dan berkata bahawa Moscow akan bekerjasama dalam isu GH17, tetapi tanpa penglibatan dari negara Barat.
Putin aku jumpa kejap, tapi dia ada hal, dia pulang ke Moscow lebih awal.
Dia menerangkan yang tujuan Moscow veto draf resolusi PBB tu sebab tak nak Washington campur tangan.
Pendapat aku, macam ni lah. Aku cerita pada Medvedev tentang kematian isteri aku, Mina akibat racun Novichok, yang secara terang-terang dari Rusia.
Aku juga katakan kematian Mia tu bukan arahan aku, memandangkan aku masa tu tak ada kuasa pun dalam kerajaan. Kemudian bini aku pulak yang kena bunuh. Sekarang, kenapa dengar cakap Adilah tu?
Dia kata Adilah ada kepentingan dalam saham syarikat telco Rusia, Beeline pada masa tu sebelum Kencana Consortium jual semua asetnya. Dan dia menegaskan yang menembak GH17 ialah Ukraine. Sebab peluru berpandu tu datang dari arah Ukraine.
Jadi aku pun malas nak panjang cerita sebab ada banyak lagi topik aku kena bincang, cuma lepas tu aku cuma cakap je lah yang aku nak rapatkan hubungan dua hala, dan sebagai sebuah negara kecil, aku tak nak Gelanggayu tersepit antara konflik Rusia dengan negara-negara Barat.
Sementara tu, aku tahu Obama nak aku segerakan untuk bersetuju tandatangan perjanjian TPPA tu. Dan dia nak datang singgah ke Wijayapura kali ini untuk memastikan aku sign juga perjanjian tu.
Dan lagi sakit kepala aku ialah tuntutan seluruh Laut Wijaya oleh Kwantong, yang mahu menambak di kepulauan Spartly dan terumbu karang di kawasan itu. Katanya, menurut sejarah sejak zaman Dinasti Song lagi, Kwantong sudah menduduki wilayah ni.
Melayan karenah kuasa-kuasa besar ni benar-benar menguji kesabaran, terutamanya dalam mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam sidang APEC ini bagaimanapun tak semuanya gagal. Antaranya komitmen negara-negara ahli untuk menangani pemanasan global, meningkatkan perdagangan negara-negara ahli serta memerangi keganasan.
Aku teringat kata Peter tentang Mexico yang bakal jadi pusat perindustrian Amerika Utara selepas proses deglobalisasi berlaku, jadi aku mengadakan rundingan dua hala dengan Presiden Enrique Pena Nieto untuk adakan hubungan perdagangan dengan negara tu.
Begitu juga aku bertemu dengan delegasi dan CEO dari Chile yang ada banyak logam penting seperti kuprum dan nikel untuk mikrocip dan wayar optik fiber.
Sampai sahaja di hotel, aku terus videocall bini aku.
"Kau nampak letih la, Lan. Kau kena banyak makan supplement ni."
"Ketara ke?"
"Ye la..."
"Hai daddy! Windu la daddy! Cepat la balik, nanti boleh tengok cewita Atwomen!" Julia mencelah celah ketiak Merlina.
"Haha, hai Julia..."
"Dia ni seronok layan cerita Ultraman dengan Nilam kat sini..."
"Ha elok la tu, kawan dengan Kak Nilam."
"Aku tengok kau kat TV. Kau nampak stress je?"
"Ye lah. Amanilah ni sesak. Jem teruk. Tekak aku pun dah perit dah ni."
"Ada masalah ke?"
"Aku tak boleh cakap kat sini. Sampai sana aku cakaplah."
"Faham. Nanti kau balik nanti, jangan lupa makan vitamin."
"Okay Mer."
"Bye!"
"I love you!"
"Bongok. Dah kahwin pun nak love you love you lagi. Rilek sudah!"
Bini aku, Merlina ni tak suka sangat romantik-romantik macam Mina atau Nat. Dia jenis rock. Tapi dalam ramai-ramai perempuan, selain ibu, yang betul-betul faham aku, dia ni lah.
Sebab dah kerja dengan aku sejak 1998, macam-macam dah lalui bersama. The brain behind all of this. Aku rasa bertuah bila aku dengan dia.
--
Aku terfikir tentang apa yang Ali cakap tentang Fazrul. Fazrul ni asalnya orang Sepetang, dan keturunannya ialah keturunan Wan Jalis, yang lawan dengan Wan Demang masa zaman purba dulu.
Aku tahu, di Amanilah ni ada ramai orang keturunan Wan Jalis ni. Kebanyakan mereka ini lari ke kepulauan Minduro, sehinggalah penjajah Sepanyol menjajah dan menukar namanya menjadi Arroyo.
Aku tak sangka Fazrul ada kaitan dengan Adilah.
Jadi aku berjumpa dengan kakak ipar aku, Marina, yang kebetulan ke sini untuk mewakili adiknya untuk deal dengan syarikat-syarikat dari negara-negara APEC.
Merlina balik sebab empat negara yang dia tour dengan aku tu pun dia dah letih. Sebab tu dia hantar Marina ke Arroyo untuk buatkan kerja dia.
"Ni profile Mexico, yang ni Chile, yang ni Peru dan yang ini Papua New Guinea," aku serahkan fail kepada Marina.
"Cantik, senang sikit aku nak buat kerja," kata Marina.
"Kau buat yang mana?"
"US, Kwantong, Ryukyu, Goryeo Selatan, Australia, NZ, Majapahit, and tuan rumah, Arroyo."
Power betul Marina ni.
"Marina, aku nak tanya sikit, boleh tak?"
"Apa dia?"
"Suami kau, Fazrul. Dia ada apa-apa dengan Adilah ke?"
"Ada. Dulu dia crush dengan Adilah masa sekolah dulu."
Kaki aku bersilang. Air kopi aku dah sampai.
"Go on."
"Tapi kau tau la, Adilah. Dia main-mainkan perasaan Fazrul. In order untuk jadi kakak angkat dia, Fazrul belanja macam-macam, tapi Adilah buat dia macam balachi je."
"Jadi kau kenal Fazrul ni, sebab kau RPM la kan?"
"Fazrul budak RMC, biasa la, RMC dengan KMW selalu bersaing tang ragbi dengan bola."
"Macam mana dorang boleh kenal?"
"Varia Sukan '88. Kau pun dah habis sekolah."
"Dorang bercinta ke tak?"
"Lebih kepada abusive relationship. Dia adik-adikkan je Fazrul tu."
"Kau tau kenapa aku tanya kau pasal ni?" tanya aku kepada Marina.
"Apasal?" tanya Marina.
"Aku baru nak letak dia task untuk kawal Adilah, tapi bro Ali cakap jangan."
Muka Marina jadi sedikit muram. Dia terkejut, kenapa Fazrul yang setia ni, tiba-tiba Ali kata macam tu.
"Kau rilek, Marina. Aku ada task lain untuk Fazrul, untuk kebaikan dia juga."
"Maksud kau?"
"Look, aku takde kuasa nak aturkan orang dalam Ayam Hitam. Ali adalah final boss, okay? Ali cadangkan pada aku untuk pindahkan Fazrul ke Jabatan Imigresen, benarkan kemasukan orang Pakistan untuk industri dia. Lepas tu Ali dah dapatkan rahsia buat N-bomb dari sana. In a way, takde la teruk sangat," kata aku.
"Siapa ambik task tu?"
"Ali bagi Amir."
"Kepala budak dia berpusat tiga! Amir tu tak boleh pakai, doh!" Marina hempuk meja.
"Sabar, Marina. Rilek, ni bro Ali kau cakap ni."
"Eh bodoh la, aku memang tak puas hati dengan Amir ni. Aku fikir kau perlukan dia je! Kalau tak, dia dengan abang dia memang sangkut la kes korupsi dia tu! Eiii, kimak lah!" kata Marina.
"Sabar, Marina. Buat masa ni, kau jangan cakap benda ni dengan Fazrul. Kalau kau tak puas hati dengan bro Ali, kau cakap dengan aku. Biar aku je yang slow talk dengan dia, okay?"
"Okay..."
"Dah la, kau jangan la marah-marah, kakak ipar."
"Nasib baik kau bagi adik aku projek kat Amerika Latin. Sejuk sikit hati aku ni. Kalau tak, memang aku ketuk jugak kepala botak dia tu. Stone Cold ke Goldberg ke, aku memang bagi chokeslam kat dia ni."
"Dah la tu, Marina. Kau rilek. Aku cover untuk Fazrul okay?"
--
Mili capai buku di perpustakaan ibunya, ketika dalam kebosanan di rumahnya. Dalam banyak-banyak buku, buku yang menarik perhatiannya, adalah buku yang bertajuk, 'Hukuman di Rumah Pasong Sayap Kuning', iaitu buku yang mengisahkan sejarah hukuman pada zaman purba yang digunakan oleh Sayap Kuning.
Hukuman pancung beramai-ramai, contohnya, dilakukan dengan semua kepala pesalah, sama ada pemberontak, pengkhianat atau musuh yang ditangkap, kepalanya diapit dengan buluh, sebelum sebilah parang panjang dan besar digunakan untuk memotong kepala beramai-ramai.
Hukuman potong tangan kanan dan kaki kiri pula dilakukan kepada pesalah yang mencuri rahsia dan harta kerajaan.
Hukuman untuk para lanun pula lebih dahsyat. Badannya dikelar-kelar sebelum disimbah dengan air laut dan bisa obor-obor.
Hukuman untuk mereka yang ingkar dengan perintah raja pula dilibas seratus kali dengan ekor pari.
Mili rasa teruja dengan cerita-cerita sejarah hukuman ini, dan mula berminat membaca tentang ilmu Sayap Kuning yang tidak diketahui oleh orang lain kecuali keturunan Wan Demang.
Ketika Alif di biliknya belajar menyiapkan coding dan belajar mengumpulkan data di perpustakaan ayahnya, Mili pula duduk di perpustakaan ibunya membaca sejarah hukuman purba.
--
Marina pulang dari Amanilah, dengan muka yang agak ketat.
Dia terus ke rumah Faridah.
"Aku dah agak dah! Adilah dah infiltrate dalam Ayam Hitam!" kata Marina sambil hempas beg.
"Apahal kau mengamuk ni, Marina?" tanya Faridah, yang sedang mengajar Julia mengaji Quran.
"Aunty ajar Julia mengaji dulu, baru Rina cerita," kata Marina sambil buka stokin.
"Ro alif atas ra, ain dengan nun bila ada tanda mati jadi apa?"
"Wa'aainnnnn..."
"Mana datang waunya, Julia. Ni huruf ro. Cuba sebut rooo....getarkan lidah..."
"Wooo...."
"Susah betul aku nak betulkan pelat R anak kau ni Merlinaaaaa!"
--
"Sekarang ni, dah sampai ke Ali dah cerita ni. Lepas tu, Ali pulak, dia boleh pulak bagi bekas rakan sel dia buat job susah macam tangkap Adilah ni. Bangang la! Karang aku cakap kau ni belajar sampai darjah tiga, terasa pulak!" kata Marina, melepaskan marah.
Faridah pandang je anak muridnya dengan spek mata besarnya.
"Dia gantikan dengan siapa?"
"Amir."
"Hmmpph! Aku dah agak dah! Taktik Wan Radzi pecah masuk ikut Melaut!" kata Faridah.
"Kenapa?"
"Wan Radzi nak buat kacau kat warlord Melaut la. Susahlah Azlan. Azlan asal Melaut. Kalau orang negeri sendiri pun tak sapot."
"Tapi Azlan orang Puncak Jaya..."
"Kau tak faham ni, Marina! Ayah dia orang Penghulu Kassim. Kassim ni keturunan Tengku Ishak. Kalau orang Melaut sendiri tak setia dengan Azlan, macam mana nak ada legitimasinya?"
"Ohhh..." Marina mengangguk-anggukkan kepala.
"Dalam chess, kau sebagai queen kepada Fazrul, kau kena protect Fazrul at all cost. Atau, kau gunakan je dia ni," kata Faridah sambil tunjuk gambar Mili yang sedang berselfie dengan Jugra, Alif, dan Rachel di Paragon Mall dan pos di Snapchat.
"Yang laki ke perempuan?"
"Perempuan. Lelaki ni ikut perangai Hafiz. Emo tak tentu pasal, lepas tu lemah dengan perempuan."
"Mili Adrina. Hmmm..." Marina tersenyum sinis.
Faridah pandang ke arah Marina.
"Kau tau kan macam mana nak game senior RPM kau ni?" tanya Faridah.
"Taktik dia memang dari dulu main biji kel*ntit!"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro