
2015 part 7
"Alif, Mili! I risau pasal you guys hilang! Viral tau kat Twitter," kata Rachel sebaik sahaja Alif dan Mili tiba di rumah Rachel.
"Kitorang panjat pagar sekolah, lepas tu kitorang cuba nak larikan diri. Tapi kantoi dengan polis," kata Alif.
"Kenapa sampai macam tu sekali, Alif?" tanya Natasha.
"Sebab sekolah boring la, Aunty Nat."
"Ye la, sebab kena belajar benda yang kitorang tak minat. Mili setuju la kita kena belajar matematik asas, sains asas, sejarah asas, tapi Mili minat muzik. Kalau nak ambik pengkhususan muzik kena tunggu Form 4."
"Alif minat belajar coding komputer, buat app. Alif sekarang pun belajar sendiri macam mana nak buat app games. Buat apa Alif nak belajar benda yang Alif tak minat?"
"Yeah, mommy. I pulak nak kena balanced out between training dengan belajar. Sometimes rasa letih sangat."
Natasha dengar pendapat semua anak-anak generasi baru ni. Ternyata, generasi baru ini merasakan sistem pendidikan yang ada tidak sesuai dengan peredaran masa sekarang.
"Mommy ingat tak apa Jugra cakapkan tu, gamification?" kata Rachel.
"Yes, Aunty Nat! Gamification! Kita dapat belajar sesuatu dengan main games. Contohnya, macam game Assassin's Creed, kita boleh belajar sejarah kat dalam game tu," kata Alif.
"Betul tu, ada banyak games yang boleh mendidik kita. Mili pun main games jugak."
"Okay, Aunty akan bring this up benda ni dalam Cabinet meeting. Tapi sebelum nak bawak ke Cabinet, Aunty kena discuss dengan Uncle Alan dulu. Kalau dia go on, barulah boleh jalan."
"Tapi, kan aunty Perdana Menteri?" tanya Mili.
"Yes, but the power is on Uncle Alan. Dia Pengerusi Majlis Ketua Kerajaan Perpaduan. His party has more seats than us."
"Cool gila Uncle Alan! Tak macam papa...Lemah! Dengan mama pun tak boleh nak control."
"Alif! Tak baik cakap papa macam tu."
"Mengaku je la papa tu lelaki yang lemah. Orang panggil dia jantan takubin!"
"Alif...he's your father," kata Natasha.
"I wish both of them are not my parents. Sebab dorang banyak musuhlah, muka Alif jadi cacat macam ni!"
"Alif, I tak kisah muka you macam mana. I kawan dengan you sebab you baik. You have so much more, Alif," kata Rachel.
Bila Rachel cakap macam tu, barulah dia diam.
"Okay, who wants to follow me to Uncle Alan's house?" tanya Natasha.
"Yaaaayyy!" jerit semua orang.
--
"Azlan, if we want to do education reform, macam gamification tu semua, I dah study dia punya requirements. One of the thing yang perlu ialah internet yang stabil. Of course kita boleh buat benda ni di kawasan bandar, tapi kawasan luar bandar, macam mana?" tanya Natasha.
"Benda ni kita kena discuss dengan Saiful, Pengerusi MCMC."
"But Saiful is Adilah's ally? Azlan, you know kan Adilah tu nak buat apa dengan you?"
"Alif dengan Mili tu anak Adilah. Kenapa I kasi je dorang masuk? You pun kawan Adilah."
"I dah start jadi meluat dengan dia since dia start nak control decision I."
"I dah nampak lama dah. But, just bring him first. Err, Merlina?"
"Yes?"
"Kau boleh set appointment dengan Pengerusi MCMC, Saiful Abdul Rahman? Suruh dia datang sini. Ada benda aku nak bagi projek kat dia."
"Projek? Dia kan kroni Adilah."
"Tak lama lagi dia akan jadi kroni aku."
"Azlan...about Obama nak datang tu?"
"So what? Hari tu Joko Widodo Presiden Majapahit datang. Presiden Kazakhstan Nursultan Nazarbayev datang, we treat him as leader. Raja Salman pun kita layan sama dengan elok. Sama lah dengan Obama. Kenapa kita nak layan dia lebih-lebih pulak?"
"Azlan, tak boleh macam ni. US is our key ally in security."
"I understand, Nat. I know your concern. The rise of Communist Kwantung makes people worry about their authoritarian regime more than ever. But at the same time, Amerika pun ada masalah kat negara dorang. Opioid epidemic, homelessness in California, wild fire, Obamacare pun ada problem. Why don't they just take care of themselves before they're caring about the world? Sejak World War 2, Amerika dah jadi polis dunia. But the world is getting chaos and out of control since economic crisis of 2008. Time for America dominating the world is over. We have to take care of ourselves."
"But we can't afford to lose this..they are our military ally."
"Of course we are not going to fight against the Americans. Gila ke? Kita ni orang Melayu. Diplomacy is in our bloodline. Sejak ribuan tahun dulu masa Raja Gautama buka Wijayapura pun, kita dah berdagang dengan pelbagai jenis bangsa. We survived as a race because of our manners and diplomacy. Tapi tak bermakna kita kena tunduk dengan kehendak imperialis."
Merlina kat tepi tepuk tangan. Azlan dan Natasha pandang Merlina.
"Serius la, macam ni ke korang dating back in the 80s dulu?" tanya Merlina.
"You tak pernah argue dengan Alan ke?" tanya Natasha.
"Pernah la, tapi tak macam ni punya intense. Most of the time aku ni malas nak argue dengan orang. Kita tau la kan, Azlan ni jenis tak nak kalah. So, kita biar je lah."
"So, kalau takde apa-apa lagi, aku nak pergi gym. Aku nak work out. Stress, macam-macam nak kena fikir!"
--
Natasha dan Merlina duduk di kerusi gym masa Azlan sedang melakukan senaman pullover di gym.
"Mer, your husband tengah shirtless. Why you want me to sit here?"
"Apasal? Turn on ke?"
"No!"
"Yeah right. Macam la kau tak pernah tengok."
"Well, yeah. But he is your husband!"
"Nat, macam mana relationship kau dengan Gunawan?"
"I don't know. Gantung tak bertali, I guess."
"Aku tau, kau masih cintakan Azlan. But the only reason kau halang diri kau, sebab dia dah kahwin dengan aku."
"No, that's not the only thing why I didn't make any move."
"And then, kenapa?"
"Political. Gila ke, Presiden Parti Nasionalis and Acting President of Parti Republikan ada relationship?"
"Gini, Nat. Apa kata, next cycle of election, Parti Republikan, kahwin dengan Parti Nasionalis. After all asal usul Parti Republikan pun dari Parti Nasionalis pun."
Natasha diam dan berfikir, adakah ini konsep demokrasi Gelanggayu yang baru, di mana semua wakil parti ada kementerian dan ada suara, tanpa pembangkang, tapi perbezaan pendapat itu diselaraskan dengan cara perbincangan, seperti MKKP?
Konsep tu kedengaran baru, tapi dalam konsep politik dunia, misalnya, United Nations pun guna konsep tu. Semua negara ada agenda dan mainkan peranan, tapi pada akhirnya lima negara sahaja yang ada kuasa veto.
Natasha sedar yang Parti Republikan ini offshoot dari Parti Nasionalis, dan Parti Demokrat juga adalah perpecahan dari Parti Persekutuan kerana puak pro-Azmi dan pro-Luqman berpisah satu ketika dulu.
By right, Parti Nasionalis ini adalah jalur asal kepada Parti Persekutuan, dan untuk menyatukan Demokrat dan Republikan bersama Nasionalis, bersama parti-parti kecil dan Parti Pertiwi, adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah politik yang berlaku di Gelanggayu selama ini.
Cuma, semasa Parti Nasionalis berpisah dengan Parti Demokrat, mereka menarik Parti Jujur, dan ahli parti Jujur yang liberal dan sekular kini kebanyakannya ada dalam Parti Republikan.
Dia sudah nampak permainan Adilah, untuk menikamnya dari belakang.
"But kalau Republikan, Demokrat and Nasionalis bergabung jadi Persekutuan balik, I don't think akar umbi kitorang boleh terima ni. How to convince them?"
"Dia cakap, you can keep Parti Republikan, Demokrat pun boleh keep party dia. So does Parti Pertiwi. Tapi semua bernaung dalam Parti Nasionalis yang paling besar. But, you guys will get your share. Macam sekarang ni lah. MKKP ni nanti akan jadi satu grand coalition. Konsep musyawarah, no politiking, just dalam parlimen untuk bincang isu rakyat."
Natasha terpandang Azlan sedang lompat skipping. Mata Natasha terus pandang otot-otot Azlan. Ternyata psychological game Azlan dan Merlina untuk menarik Natasha ke dalam pihak mereka berjaya.
"Okay, jom turun. Cukup dah cuci mata!" Merlina tarik tangan Natasha.
--
You're the light, you're the night
You're the color of my blood
You're the cure, you're the pain
You're the only thing I wanna touch
Never knew that it could mean so much, so much
You're the fear, I don't care
'Cause I've never been so high
Follow me through the dark
Let me take you past our satellites
You can see the world you brought to life, to life
So love me like you do, lo-lo-love me like you do
Love me like you do, lo-lo-love me like you do
Touch me like you do, to-to-touch me like you do
What are you waiting for?
Mili menyanyi dengan penuh bersemangat bila depan karaoke. Rachel rekod video dan kemudiannya post ke Instagramnya.
cleorachel : follow my bestie, @miliadrina_ Love her voice!! 😍😍😍 #TrueTalent #EllieGolding
Jugra pandang Mili dengan satu perasaan yang berbeza. Dia rasa Mili ni takdelah annoying macam dia selalu rasa.
Followers Mili daripada 120 orang, meningkat mendadak ke 5,700 dalam masa beberapa jam selepas itu.
"Road to instafamous, Mili!" kata Rachel.
--
Semasa Mili dan Alif mahu pulang bersama Natasha dan Rachel, Jugra berdiri di tepi pintu.
"Mili!"
"Ya?"
"Suara kau sedap."
"Thanks. Selama ni tak pernah puji pun?"
"Baru sekarang aku sedar kot?"
"Okay..."
"Mili, aku dengan Rachel beli tiket Taylor Swift live kat Teknojaya. Kau nak ikut tak?"
Mili pandang Rachel.
"Rachel, awak beli tiket Taylor Swift dengan Jugra?"
"Bukan I. Mr Azlan yang belikan. Kita pergi sekali la?"
Mili macam tergamam, dan Rachel macam nak rampas Jugra daripada perhatian dia.
"Kalau nak pergi, I ask Mr Azlan belikan tiket untuk korang dua orang?"
"But why, Rachel? Why beli dua tiket dengan Jugra in the first place?"
"Sebab both of you kat Kota Warisan. And your mom tu garang!"
Mili pandang Jugra kembali.
"Rachel has a point there."
"Okay...I'm look forward for that."
Mili tak jadi marah Rachel.
"Nanti I tanya my dad, okay?"
"Thanks, Jugra."
Mili senyum ke arah Jugra. Dan buat pertama kalinya, Jugra rasa senyumannya tu buat dia rasa berdebar.
--
Azlan
Menteri Perumahan, Encik Rozie Bakarin jumpa aku untuk berbincang tentang isu-isu perumahan. Dia kata pada aku masalah utama di kebanyakan tempat sekarang ialah pembiakan nyamuk aedes.
Sikap penduduk tempatan yang suka buang sampah merata-rata menyebabkan ada tempat air bertakung apabila hujan.
Aku panggil Din Tapa yang kini jadi Gabenor suruh datang rumah aku.
"Din, Encik Rozie ni beritahu aku pasal masalah nyamuk aedes kat perumahan awam. Aku dah bina rumah tu, kena la berdisiplin jaga kawasan rumah ni. Aku pening masalah ni berulang."
"Pengerusi, kita di Wijayapura ni selalu ada aedes sebab kita ada di negara tropika."
"Alasan macam ni aku tak nak dengar, Din. Temasik tu boleh je uruskan bandar dengan elok. Aku nak mulai tahun ni sampai tahun depan, aku nak kau pasang CCTV dan siapa buang sampah bersepah, denda RG10,000. Kalau tak, masuklah kau penjara. Lagi satu, aku nak kau haramkan chewing gum."
"Ish, dah macam Temasik dah ni."
"Ya, aku nak Wijayapura ni bersih. Aku tak nak macam kat Perumahan Awam Jalan Gasing tu. Sampah bersepah sangat. Lepas tu kekerapan kutip sampah ni, kau tambah. Aku tak suka kalau kotor macam ni. Kita ni negara Islam, dan kebersihan ini satu sunnah."
"Ada satu masalah, Pengerusi," kata Din Tapa.
"Apa dia?"
"Kita dah tak ada ruang untuk kita longgokkan sampah lagi."
"Apa cadangan kau? Encik Rozie?"
"Tuan Pengerusi, saya cadangkan agar Wijayapura membina incinerator untuk mengatasi masalah sampah," kata Encik Rozie.
"Okay, Rozie, Din, nanti kau beritahu Perdana Menteri, supaya dapatkan bajet untuk korang buat lawatan study untuk buat incinerator. Aku nak menjelang tahun 2020, masalah ni sekurang-kurangnya dah selesai separuh."
"Faham, Pengerusi."
"Bagus. Lagi satu, budayakan masyarakat supaya daripada kanak-kanak lagi supaya asingkan sampah. Sampah kertas, kaca, plastik dan tin aluminum. Benda gini pun aku nak kena micro-manage, letih la aku."
"Antara punca kenapa kita ada masalah sampah ni sebab kerajaan lepas tak buat apa-apa prasarana."
"Ye la, tapi kita dah jadi kerajaan sekarang ni, kita buat la. Janganlah asyik salahkan kerajaan lama je. Ada faham?"
"Faham, Pengerusi."
Benda macam ni pun aku nak kena masuk campur ke? Tapi itulah, kalau aku tak bertegas macam ni, orang akan ambil sambil lewa.
Bab-bab inovasi alam sekitar ni aku akan tanya pendapat Kecik.
"Kecik, datang Jalan Cendana kejap."
--
Aku dan Kecik minum petang di tepi padang menghadap tasik Cendana.
"Aku rasa semak la dengan sampah kat Wijayapura ni. Memandangkan kau ni ada kebijaksanaan dalam bidang recycling dan green tech ni, apa buah fikiran kau? Kau rasa incinerator sesuai tak?"
"Nak bina kat mana tu?"
"Kau ada cadangan lain?"
"Cadangan saya, sementara incinerator ni memudahkan urus sampah, tapi mahal."
"Habis tu sampai bila nak lambak landfill?"
"Macam ni, bro Alan. Incinerator ni ada dua jenis. Satu jenis bakar sampah macam tu je. Lagi satu, dia jana tenaga. Yang ni Temasik dah pakai sejak 2009."
"Serius? Kejap..."
Aku tulis nota untuk berhubung dengan Ken dan nak tanya pasal ni.
"Yang jenis jana tenaga ni orang panggil WTE. Untuk WTE ni, saya sarankan abang rujuk dengan Goryeo. Lagi satu, kalau cakap pasal renewable energy ni, WTE ni hasilkan tenaga lebih murah dari angin atau solar," Kecik terangkan aku dengan tunjukkan aku data-data yang dia ada.
Memang aku tak salah orang bagi dia business green energy ni.
"Kau memang berminat betul dengan benda recycling ni ya?"
"Apa boleh buat, bro Alan. Dulu masa saya kecik, saya dengan bro Ali kutip botol, kutip kotak nak survive. Tapi bila dapat peluang belajar tu, walaupun PJJ, tapi dapatlah meningkat ilmu ni."
Ali lepas dia banyak duit, dia suruh budak-budak bawah dia pergi cari ilmu. Macam Kecik ni minat green tech, jadi dia belajar green tech secara jarak jauh dengan Universiti Sains Gelanggayu.
Alhamdulillah sekarang ni semua orang-orang yang bawah dia, semua ada syarikat besar atau berada di kedudukan penting.
Aku harap dengan teknologi baru ni, Wijayapura dapat dibersihkan secepat mungkin, supaya aku sebagai pemimpin negara ni tak segan dengan bandaraya terbesar dalam negara aku ni.
"Berapa kos untuk projek ni kau agak-agak?"
"Ada empat jenis, bro Alan. Pyrolysis, gasification, incineration atau plasma..."
Aku dah berkerut dah.
"Kecik, aku tak boleh nak fikirkan tu semua. Banyak lagi aku nak kena fikir. Apa kata kau siapkan quotation, time tu kau fikirlah nak apa-lisis ke, nak apa-fication ke, janji masalah sampah kat Wijayapura ni selesai. Aku akan suruh Nat approve, lepas tu projek siap je, aku offer company kau kontrak. Kan senang...."
"Ye la mana la tau bro Alan nak buat cost budgeting ke..."
"Tak, sekarang ni cost budgeting ni kau kira dulu, lepas tu bagi aku. Okay?"
"Baik, bro Alan."
Haih, Kecik. Kau ingat aku boleh fikirkan ke loji sampah yang mana paling berkesan ni semua. Haha!
--
Azlan
Dalam bulan ni, aku ada jadual untuk melawat lima buah negara NEMCA iaitu Suvarnabhumi, Khmer, Lao, Dai Viet dan aku ada persidangan APEC yang akan berlangsung di Amanilah, Arroyo.
Di Suvarnabhumi, Ali memperkenalkan aku dengan Prayut Chan-ocha, yang dia kata 'kawan kepada kawan'nya.
Satu perkara yang menarik ialah Ali dan Prayut sedang dalam proses nak laksanakan decriminalization daun kanabis, yang bakal menjana ekonomi yang besar untuk sektor perlancongan di Suvarnabhumi.
Merlina bila dengar cerita tu, dia senggol lengan aku, 'Gelanggayu bila lagi?' sambil naik kening.
Sejak deal untuk bagi resipi vaksin supervirus yang aku bocorkan kepada CIA dulu, Merlina dah buat syarikat pharmaceutical iaitu Pharmer, yang merupakan JV antara Mer dengan syarikat seperti Pfizer, Novartis dan Yuhan Corporation dari Goryeo.
Mer invest sebanyak $15 billion untuk pelbagai jenis ubat-ubatan untuk dihasilkan di Suvarnabhumi. Dalam masa dua tahun lagi, kerjasama ini dapat menghasilkan ubat-ubatan tropika seperti malaria, aedes dan kepialu dengan lebih efektif.
Sementara itu, abang aku, Aziz ada kerjasama dengan syarikat beras di Suvarnabhumi untuk mengimport beras dari sini.
Di Krung Thep, Ali membawa aku bertemu dengan Ayam Hitam sayap Suvarnabhumi, yang kini dipegang oleh anak Man Pattaya iaitu Ikmal atau dikenali sebagai Kemey.
Anak Awe Bamrung pula mengikut Jeneral Sonthi dan bekerja dalam tentera Suvarnabhumi.
Selepas melawat Suvarnabhumi, Ali dan Aziz stay di situ atas urusan, sementara aku dan Merlina ke Lao untuk melihat peluang pelaburan di sana.
Lao ni landlocked country, dan akses kepada ekonomi negara macam Lao ini bergantung kepada Sungai Mekong.
Sungai Mekong puncanya dari Kwantong, maka tidak menghairankan Lao ni dah jadi macam 'negara naungan Kwantong'.
Tapi Lao buka pelaburan dari rantau ini macam dari Temasik dan Dai Viet.
Aku dan Merlina disambut oleh Presiden Lao, Bounnhang Vorachit di Istana Presiden di tebing sungai Mekong, di Vientiane.
Disebabkan Lao ni ada potash, maka syarikat Merlina nak invest dalam perlombongan potash. Tapi Kwantong dah kuasai 70% lombong potash ni. Gila betul, tak kasi chance langsung.
Sejak Obama mansuhkan ban ke atas Lao dari segi pelaburan, banyak pelaburan dari Barat sudah mula masuk ke Lao, tapi bagaimanapun, ekonomi Lao masih dikuasai oleh Kwantong dan Suvarnabhumi.
Merlina juga berminat untuk membeli tembaga, serta mendapatkan tender projek pembinaan kereta api dari Savannakhet ke sempadan Dai Viet di Lao Bao.
Ini dapat menyambungkan Dai Viet dengan Suvarnabhumi dan memberi impak ekonomi kepada kawasan pedalaman Lao. Selain itu, pembinaan kereta api dari Lao ke Khmer juga ada dibincangkan.
Selepas ke Lao, aku dan Merlina ke Hanoi dan bertemu dengan Presiden Dai Viet, Trương Tấn Sang di Istana Presiden. Dai Viet berminat untuk meningkatkan lagi pembelian gas asli dan produk elektronik untuk permintaan negara mereka yang semakin meningkat.
Di samping tu kami membincangkan tentang situasi serta ancaman Kwantong di Laut Wijaya (atau mereka panggil Champa Sea).
Di Dai Viet, kami berdua dibawa melawat ke Muzium Perang Dai Viet dan melihat sendiri perjuangan mereka menentang imperialisme Amerika.
Merlina juga bertemu dengan pengerusi syarikat Vingroup, Phạm Nhật Vượng untuk projek JV yang mengeluarkan peralatan elektrik di rantau ini.
Syarikat bersama antara dua negara itu, MerVin, akan mengeluarkan peralatan elektrik seperti kipas, periuk nasi, mikrowave oven, lampu elektrik dan dapur memasak untuk pasaran NEMCA. Kilang tersebut terletak di Bac Ninh, sebelah Hanoi.
Merlina juga membeli syer dari Vingroup yang memiliki dua syarikat pasaraya terbesar di Dai Viet iaitu OceanMart (kini dikenali sebagai VinMart), dan Maximart.
Selain itu, Jentayu juga akan JV dengan Vingroup untuk membuat kereta nasional Dai Viet, VinFast, di mana syarikat Jentayu akan membantu dari segi bahagian elektronik.
Seterusnya, kami berdua ke Ho Chi Minh City, dan melawat Thu Duc City iaitu 'Silicon Valley' untuk Dai Viet. Di sini Merlina berminat melihat Dai Viet membuat telefon bimbit sendiri iaitu Vsmart.
Pun begitu, Merlina rasa projek ni macam tak menguntungkan, memandangkan harga Vsmart ni $100 memandangkan harga Samsung, Xiaomi atau Oppo, walaupun lebih mahal, tapi lagi banyak function.
Mungkin untuk tujuan pembelajaran yang tak banyak sangat byte macam standard smartphone yang lain.
Lepas tu, Merlina buat projek JV membekalkan komponen elektronik untuk syarikat kereta Dai Viet, Truong Hai Automobile Corporation (THACO).
Aku dan Merlina melawat kilang THACO di Bien Hoa, yang terletak di utara Ho Chi Minh City. Memang pesat betul industri di Dai Viet ni.
Akhir sekali kami ke Khmer, dan kami disambut oleh Perdana Menteri Khmer, Hun Sen di Phnom Penh.
Di sini, Merlina invest untuk sektor fabrik dan pakaian, di samping menjual gas asli ke negara ini melalui pembinaan paip gas asli yang akan melalui Lingga dan Wilayah Utara, seterusnya akan mengalirkan ekonomi ke kawasan utara Gelanggayu.
Selepas Phnom Penh, aku terbang menuju ke Amanilah, Arroyo untuk Persidangan APEC, sementara Merlina yang dah puas cari duit tabur duit di Indochina ni, pulang ke rumah.
Tour ni agak penat memandangan hampir seminggu jugalah kami ke sana sini. Aku tanya Merlina, dengan negara-negara APEC ni dia tak nak business deal ke? Dia jawab, bagi dia selesaikan semua ini dulu dan fokus untuk empat negara ni dulu.
Lagipun APEC ini sudah pastilah ada 'jerung' yang lebih besar seperti Amerika Syarikat, Kwantong, Ryukyu, Goryeo Selatan, Taipei-Formosa, Australia dan Kanada.
Aku cakap tahun depan APEC di Peru. Dan dia cakap tahun depan dia memang nak mula bertapak di Latin America pun, memandangkan tahun depan berlangsungnya Sukan Olimpik di Rio de Janeiro.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro