Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

2015 part 6

Alif dan Mili berkurung dalam bilik mereka apabila Adilah terus maki hamun Hafiz dan meminta cerai. Hafiz pula merayu supaya Adilah memikirkan anak-anak.

"Masa awak tadah bontot awak tu, awak tak fikir pulak anak-anak? Sekarang ni, awak dah tak boleh bagi nafkah batin, yang awak tak pernah pun bagi sejak awak kenal betina tu, lepas tu pulak, awak ada penyakit yang confirm mati. Confirm mati punyalah!"
"Habis tu, sekarang ni awak nak tinggalkan saya? Tapi tak nak lepaskan title Wanita Pertama?"
"Ya, kita cerai, tapi tak payah umum pada media. Sebab awak bukan boleh bagi nafkah batin pun pada saya."
"Anak-anak? Awak nak tinggalkan anak-anak awak?"
"Tak payah la nak gunakan anak-anak. Selama ni asyik saya sorang je fikir pasal mereka. Awak tu bila dah menghadap betina tu, lepas tu tak cukup pulak, main dengan jantan pulak! Dasar semburit!"

Alif curi dengar dari tingkat atas istana Presiden.

"Papa gay ke?" tanya Alif.
"Hish! Apa cakap papa macam tu?" kata Mili.
"Dengar apa yang mama cakap? Papa main dengan jantan, dasar semburit."
"Biar betul?"
"Dah duduk kat dalam Istana Presiden pun tak happy."
"Entah. Rindu la sekolah lama kita."
"Mili, esok kita balik Wijayapura, nak? Kita tidur rumah Jugra?" kata Alif.
"Rumah Jugra pun, Jugra cakap dah ada kawalan ketat. Kita cuba tanya Rachel?"
"Hish, seganlah."
"Daripada kita kat sini asyik dengar mama gaduh dengan papa je."
"Macam ni, macam ni. Kita naik bas ulang-alik KW-Wijaya tu, tambang dia RG10, lepas tu kita naik teksi dari stesen bas, pergi Kolej Melayu. Lepas tu kita tunggu la Jugra," kata Mili.
"Mana Mili tau?" tanya Alif.
"Pernah tanya orang kat sini. Ya Allah, sumpah boringnya duduk sini."

--

Keesokan harinya, mereka merancang untuk lari dari istana, dengan ponteng sekolah. Driver mereka memandu dan membawa mereka dari Sekolah Kota Putra, berhampiran Kota Warisan, tetapi mereka berdua bertekad untuk lari dari ibu negara yang membosankan ni.

"Cepat sikit, Mili. Panjat pagar tu. Nanti cikgu nampak kita!"
"Mili takut la, pagar ni tinggi sangat!"

Alif capai tangan Mili dan tarik ke atas. Mereka berdua berjaya keluar dari sekolah dan berjalan kaki dengan menuruni bukit yang curam.

"Letihnya. Asal jauh sangat bus stop dari sini. Takde teksi ke?" tanya Alif.
"Mana ada teksi kat sini. Semua orang ada kereta sendiri."
"Letihnya berjalan."

Jam 8 pagi, matahari sudah semakin meninggi. Dalam tak sedar mereka sudah berjalan kaki lebih 3 kilometer tanpa henti.

"Takde ke gerai jual air kat sini?"
"Kat sini yang ada kafe je lah. Maklumlah, yang duduk sini semua pekerja kerajaan. Semua dah ada gaji, mana la nak wujud golongan peniaga kecil macam jual air tu."
"Orang yang rancang bina bandar ni memang bodoh. Buang duit je bina bangunan besar-besar tapi takde function," kata Alif.

"Bas tu menghala ke mana?"
"Warisan Waterfront kot. Kat situ ada Burger King. Boleh la kita lepak situ, makan?"

Selepas hampir sejam setengah berjalan kaki, akhirnya mereka tiba di bus stop, yang kena tunggu 40 minit sekali lalu.

Mereka tiba di Burger King dalam keadaan lapar dan dahaga. Sebaik sahaja mereka tiba di situ, mereka sedar semua yang makan kat situ memandang mereka.

"Mili, kau perasan tak, semua orang pandang kita semacam la."
"Ye la sebab kita je pakai baju sekolah kat sini."
"Cuba kau check Twitter," kata Alif.

Mili nampak muka mereka viral, kerana mereka hilang dari sekolah.

"Oo oh...Twitter Polis Republik dah RT muka kita. Alamak, habislah!"

Mereka berdua kena cekup oleh polis semasa mereka sedang makan burger dan minum air.

"Nanti kejap, abang polis. Boleh tak kitorang makan kejap," kata Alif. Mili dah menangis kat tepi.

"Hah, makan cepat. Kejap lagi aku hantar kau pergi Istana Presiden."

--

"Kurang ajar punya budak! Aku tak pernah ajar anak-anak aku ponteng sekolah, dengan siapa kau belajar benda jahat macam ni, dengan siapa!" Adilah terus lempang Alif sambil maki hamun.

"Kau pulak, menangis tak habis-habis! Dasar anak tak kenang budi! Mama kerja keras untuk korang, macam ni korang buat kat aku! Memang dasar tak kenang dek untung!"

"Diam, Mili! Mama tak dengar kau menangis lagi."

Alif buat muka tegak dan pandang muka ibunya dengan penuh kebencian. Mili pula dari tadi asyik menangis.

"Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku ni mak kau, kau tau tak? Aku kalau dapat tau awal-awal dulu aku lahir anak kurang ajar macam ni, aku dah cekik-cekik dah kau."

"Cekiklah, mama! Cekik Alif! Cekik! Mama bukan anggap Alif ni anak mama pun!"
"Kau jangan nak kurang ajar dengan aku, Alif!"
"Mama tu yang tak diajar! Nak cakap suruh orang hormat orang. Mama pun tak reti nak hormat papa!"
"Diam! Dah pandai kurang ajar dah kau ni kan, Alif."

"Alif, dah la tu..Mili takut la..." Mili terus mengelap air mata.
"Korang berdua dengar sini ya. Aku ni, mak korang tau. Kalau korang tak hormat aku, jangan harap nak cium bau syurga."
"Mama rasa mama layak ke masuk syurga? Dah la kurang ajar dengan suami sendiri, lepas tu tindas agama dengan dasar sekular. Tak payah la nak tunggang agama, mama! Menyampah Alif dengar."

"Kau ni memang anak celaka!"

"Sudah! Sudah semua!" jerit Hafiz yang baru masuk ke dalam bilik.

"Alif, Mili, masuk bilik!" kata Hafiz.

"Papa pun satu, lemah dengan perempuan!" kata Alif sebaik sahaja meninggal bilik mamanya.

"Yang awak lepaskan geram awak kat anak-anak ni, dah kenapa?"
"Benci la saya tengok semua orang kat sini! Awak tak payah nak acah suci kat sini. Awak tu pesakit AIDS, awak ni jijik, tau tak!" jerit Adilah.

--

"Alif, Mili takut la. Jangan la macam ni..."
"Aku nak lari dari sini. Aku dah nekad."
"Nanti polis tangkap kita lagi..."
"Either we die here, or live free. Mili, kalau kau nak ikut, kau kemas barang kau."
"Alif...bahaya la."
"Habis tu, kau nak duduk sini? Baik mati je lah."
"Apa kata kita minta tolong orang?" kata Mili.
"Nak mintak tolong siapa?"
"Aunty Nat? Kita pergi office dia. Macam ni, kita call Rachel..."
"Nak call macam mana?"
"Pakai office kerajaan la. Saya ingat nombor telefon Rachel. Nanti minta tolong Aunty Nat."
"Okay."

--

"Hafiz, your daughter Mili called my daughter Rachel, cakap yang Alif gaduh dengan Adilah, is that right?" kata Natasha.
"Yeah, sort of. Pagi semalam Alif and Mili ponteng sekolah. Dorang kantoi kat Burger King Warisan Waterfront."
"I think your children is bored here kot. I sendiri pun tak sekolahkan anak I kat sini. Macam ni lah, why not Alif and Mili balik ke Kolej Melayu. Kat situ, dorang lebih happy. Maybe they're not happy here."
"Siapa nak jaga dorang? Macam Rachel takpe la. Dia atlet. Ada je coach yang jaga dia."
"Maybe Saiful ke? Tak boleh ke?"
"I don't know, Nat. I can't decide and think. I cannot decide anything."
"Hafiz, what's matter with you? You nampak pucat sikit la."
"I letih dengan semua ni. I tell you what. I think hantar je lah dorang balik ke sana. Duduk rumah lama. Suruh la bibik Sudarti jaga dorang balik."
"That's better. I akan tengok-tengokkan anak-anak you, okay? Nanti I akan suruh Maria uruskan perpindahan sekolah dorang ni."

Hafiz hanya mengangguk sambil mengurut-urut dahinya.

"Hafiz, take rest lah. Maybe you belum baik betul since you balik dari Barbados."
"Okay, thanks Nat."

--

"Thank you, Aunty Nat," kata Mili sambil peluk beg Smeaglenya.
"Lain kali, cuba discuss dulu. Jangan buat tindakan melulu," kata Natasha.
"Kitorang rasa takde siapa nak dengar suara kitorang. Sebab tu kitorang buat macam ni."
"Korang kat sekolah, kena buli ke?"
"Takdelah kena buli. Kitorang tak peduli dengan semua orang," kata Alif.
"Kitorang rindu KMW. Sekolah tu best, ada ramai kawan."
"Aunty faham. Rachel pun cakap yang dia rindu korang."

Lagu Cool Kids dari Echosmith berkumandang dalam radio.

"Lagu favorite Mili! Aunty Nat, boleh kuatkan sikit tak?"
"Driver, kuatkan radio tu."

I wish that I could be like the cool kids,
'Cause all the cool kids, they seem to fit in.
I wish that I could be like the cool kids,
Like the cool kids!

"Sedapnya suara Mili, Mili nak jadi penyanyi ke?" tanya Natasha.
"Haah! Mili nak jadi macam Aunty Jessie, makcik Jugra tu. Dia dulu penyanyi terkenal."
"Aunty kenal la aunty Jessie. Sejak dia baby lagi. Nanti aunty bawak Mili jumpa dia."
"Mili, kan kau buat video YouTube. Yang kau nyanyi lagi Girls Chase Boys tu," kata Alif.
"Alaaa, video tu Mili bagi kat crush. Tapi Mili tak tau apa respon dia. Dia diam je."
"Siapa crush Mili ni?" tanya Natasha.
"Jugra!" jerit Alif.
"Alaaaa!"
"Amboi, nanti aunty beritahu Uncle Alan nanti. Mana videonya? Aunty nak tengok!"
"Aunty janganlah beritahu Uncle Alan. Mili segan la. Lagipun, kan mama gaduh dengan dia."

Natasha terdiam bila dengar Mili cakap macam tu. Anak dia pun tau pergaduhan Azlan dan Adilah ni macam mana.

"Mana videonya?"
"Kejap, internet slow la, aunty! Haaa, ni dia!"

Mili menyanyi lagu cover Girls Chase Boys dari Ingrid Michaelson kat Youtube, yang view cuma dalam 20 views je. 10 tu pun diri dia sendiri yang view.

"Nanti aunty suruh Aunty Jessie viralkan, okay?"
"Alaaaa, malu la!"
"Kata nak jadi penyanyi. Lagipun kalau dah popular nanti, barulah Jugra kejar Mili."
"Nampak macam dia asyik kejar Rachel je," suara Mili macam kecewa.
"Takde lah, Rachel anggap Jugra macam adik beradik je."
"Ye ke?" Alif pulak bersemangat nak dengar.

--

Ahli Parlimen Teluk Senggarang, Abdullah Husain (Pertiwi) yang sedang mencadangkan agar pemansuhan sekularisme dalam Perlembagaan, serta meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara Gelanggayu, serta meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rakyat jelata wajib fasih berbahasa kebangsaan, dan menggunakannya dalam urusan rasmi kerajaan dan swasta.

Kelihatan beberapa ahli parlimen Republikan seperti Cindy Wong menjerit 'fascist, fascist, fascist!" ke atas ahli parlimen Parti Pertiwi itu, yang kemudiannya Speaker Dewan menutup mikrofon Cindy.

"Tuan Yang Dipertua, hari ini adalah hari yang bersejarah, kerana hari ini kerajaan ini, atas kepimpinan Pemimpin Agung kami, Ali, serta kebijaksanaan Pengerusi MKKP, Pengerusi dari Puncak Jaya, kerana akhirnya kita berjaya mendaulatkan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Negara kita! Islam adalah agama untuk bangsa Melayu sejak ratusan tahun lamanya, dan segala agenda kejahatan liberal sekular yang dipimpin oleh iblis bernama George Soros, mesti dilenyapkan dari bumi Gelanggayu ini!"

Semua ahli Parti Pertiwi, memakai baju Melayu hitam, sampin dan tanjak, mengetuk meja tanda setuju. Ahli Parlimen parti-parti negeri, Parti Nasionalis dan parti Demokrat turut bersetuju.

Azlan masuk ke dalam Dewan Parlimen, dengan memakai baju Melayu teluk belanga berwarna putih, songkok hitam dan sampin hitam.

Semua ahli-ahli parti di bawah naungannya semua bangun memberi hormat. Termasuklah Speaker Dewan yang tunduk kepada Azlan.

Hanya bila Azlan duduk, barulah semua duduk.

"Hidup Ali dan Azlan! Hidup Ali dan Azlan! Hidup Ali dan Azlan!"

Azlan duduk dengan tenang, dan senyum ke arah kamera. Dia tahu, dengan pemansuhan sekularisme serta meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang terulung di negara ini, seluruh orang Melayu di belakangnya.

Cindy keluar dewan sebagai tanda protes, tapi Azlan tidak peduli. Dia ada lebih dua pertiga ahli yang akan menyokongnya.

"Usul memansuhkan sekularisme dalam Perlembagaan Persekutuan, yang menyokong!"

Azlan angkat tangan, semua angkat tangan.

"Usul menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan urusan rasmi wajib menggunakan bahasa Melayu, yang menyokong!"

Sekali lagi Azlan mengangkat tangan, yang lain pun mengikut sama.

--

Cindy terus keluar dari dewan, dan terus telefon Natasha.

"Nat, look what happened just now! Look what Azlan had done!"
"Dia buat apa?"
"He bulldozed everything! Everything! I told you jangan bekerjasama dengan fascist macam ni, you degil!"
"Look Cindy, I had no choice. I had..."

Cindy terus letakkan telefon.

Di dalam dewan, Azlan tersenyum kerana akta yang menekan identiti Melayu selama ini telah dimansuhkan.

Semua ahli-ahli parlimen yang setia kepada Azlan kemudian membuat guard of honour dan berselawat ke atas Nabi sambil Azlan berjalan keluar dari dewan Parlimen.

Azlan dikerumuni oleh wartawan-wartawan yang menanti persidangan ini dan menunggu respon Azlan.

Azlan cuma berkata di hadapan mereka, "Alhamdulillah, hari ini adalah hari di mana Islam dan Melayu kembali berdiri tegak semula di Gelanggayu. Takkan Melayu hilang di dunia, takkan Islam hilang di dunia. Allahuakbar!"

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!" ahli-ahli parlimen yang lain turut melaung.

--

"Alan, kenapa you buat macam ni? This is not what Pengetua wanted," kata Natasha, yang terkejut dengan tindakan Azlan.

"Ini apa yang orang Melayu mahukan."
"Alan, you're changing. Jangan macam ni, Alan. Pengetua tak senang dalam kubur tu bila tengok his golden boy, his favorite student, falls into fascism!"
"Biarkan dia tak senang dalam kubur tu, Nat! Biar dia kena seksa dengan Munkar dan Nakir kat dalam tu!"

Natasha tergamam. Dia tak sangka Azlan jadi sebegini sekali.

"How could you say like that? Alan, dia jaga you since you a little kid. Kenapa you buat macam ni?"
"Because I'm not his puppet! You get that? Now, if you want to stay here as Prime Minister, tanpa kena undi tak percaya, kau dengar je cakap aku, faham tak?"
"Alan....how about other race?"
"Bangsa lain bebas mengamalkan agama dan budaya masing-masing. Kan ada tulis dalam pindaan tu."
"I thought you akan ikut apa cakap Pengetua, just like I did."
"I bukan boneka dia."
"And I bukan boneka you!"
"Kalau nak selamat dan tak kena undi tak percaya dalam Dewan, ikut cakap aku. Faham?"

Renungan mata Azlan menyebabkan Natasha tiba-tiba rasa seperti gerun. Kegerunan yang sama seperti sesiapa sahaja yang menyarung cincin zamrud Raja Gautama.

"Fine, just jangan cut budget untuk education. It's all I ever care."
"Aku tak potong. Aku tambah. Supaya bangsa Melayu Gelanggayu jadi bangsa yang mulia dan bangsa yang tidak dijajah lagi."

Azlan meninggalkan Natasha yang masih terpinga-pinga, dan gerun melihat Azlan yang kini sudah jadi jauh lebih berkuasa.

--

Pengumuman Islam sebagai agama rasmi Gelanggayu serta pemansuhan sekularisme dalam Perlembagaan Republik membuatkan ramai orang Melayu bergembira dengan apa yang dicapai oleh Azlan.

Kebimbangan mereka untuk menjadi sekular seperti zaman Attaturk berakhir, dan kembali agama Islam didaulatkan.

Ramai yang membuat kenduri kesyukuran, di peringkat kampung-kampung, di peringkat perumahan awam - semuanya bergotong-royong merayakan kejayaan Azlan.

Yang miskin, buat pulut kuning dan rendang, masak untuk sekeluarga. Dan tak kurang juga bernazar botakkan kepala. Mereka bersyukur Azlan menjadi Pengerusi MKKP.

Lebih kuat dari Presiden Hafiz yang asyik keluar masuk hospital, dan PM Natasha yang semakin lemah dalam politiknya.

--

Azlan hadir di majlis kenduri kesyukuran sempena kejayaannya memansuhkan sekularisme di masjid yang dibina Ali di Puncak Tropika.

Kehadiran Azlan disambut kira-kira 30,000 hadirin, yang kebanyakannya ahli Ayam Hitam.

Kejayaan Azlan menghancurkan sekular mengejutkan seluruh dunia. Ramai masyarakat dunia mulai bimbang sebuah negara yang kaya dan banyak sumber seperti Gelanggayu akan menjadi sebuah negara Islam fundamentalis seperti Taliban di Afghanistan.

Mampukah Azlan berdepan dengan kuasa-kuasa dunia dalam mempertahankan negara Islam yang baru didirinya?

--

"He's uncontrollable, Dila! Dia dah tukar banyak benda yang we all agree upon on! Takkan Hafiz as President tak boleh nak stop kot?" tanya Cindy kepada Adilah.

"Entah, takkan ngabih beras je kerja Presiden Republik ni?" tanya Azizan.

"Korang rilek, Fazrul tu dulu adik angkat aku. Dia pernah crush dengan aku. Fazrul tu key power dia. I can make him swing to us," kata Adilah, tersenyum.

"Takkan guna p*pek je taktik you ni, Dila?" tanya Cindy.
"Vagina is the biggest weakness for men, Cindy. Kau takkan tak ingat macam mana aku jatuhkan Azlan?" kata Adilah, ketawa.

Azizan hanya tercengang dan bayang benda bukan-bukan.

--

Azlan duduk berdua dengan Ali, dalam pejabat Ali.

"Nah, tiket match Summerslam dua orang! Kat Brooklyn, New York! Aku belanja korang!" Ali letak tiket Summerslam 2015 di atas meja, depan Azlan.

"Siapa lawan?"
"Brock Lesnar vs Undertaker."
"Meh, Kecik minat la Undertaker."
"Come on la! Ajak Jugra sekali. Seat depan ni wei!"
"Kau pergi ke?" tanya Azlan.
"Tak, aku ada meeting dengan Donald Trump."
"Amboi! Bukan main lagi kau ni."
"Dia kan nak jadi Presiden."

Azlan geleng kepala tengok betapa hati keringnya Ali mencabar ketuanan empayar Amerika ni dengan nak install puppet dia.

"Poll cakap apa?" Azlan lunjurkan kakinya sambil bukak website FiveThirtyEight dot com.

"Aku belum tengok lagi," kata Ali.
"Agak tinggi jugak racist-racist dia ni," kata Azlan.
"Aku yang unitekan geng-geng redneck ni."
"Macam mana kau yang langsung bukan white boleh jumpa orang yang macam ni?"
"Pakai orang Rusia, bro. Sekarang ni, aku banyak deal dengan dorang ni. Cerita pasal Mina mati dulu pun aku dah tau cerita. Tapi tu nanti lah aku cerita. Panjang ceritanya."

Azlan tengok Ali selamba baca surat-surat gambar helang berkepala dua, maknanya dari kerajaan Rusia.

"Kau tau siapa buat GH17?"
"Dorang. Tapi dorang buat silap. Ada maklumat dari Kremlin cakap, kapal terbang tu ada jeneral Ukraine. Ada orang Adilah dalam Kremlin."
"Siapa?"
"FSB."
"Ohhh..."
"Kau bagi task counter Adilah ni pada Fazrul ke?" tanya Ali.
"Kenapa?"
"Kau tak tau rupanya."

Azlan berkerut dahi.

"Baik-baik, Fazrul dulu crush teruk dengan Adilah tu. Jadi adik angkat. Tapi kena game la. Macam biasa, kau takkan tak kenal Adilah tu macam mana," kata Ali, sambil light rokok Gudang Gula.

Azlan tergamam.

"Aku cadangkan, baik kau letak Fazrul kat tempat lain. Cadangan aku, kau lantik dia jaga imigresen. Syarikat aku ni perlukan ramai pekerja dari Pakistan ni. Aku dah deal dengan jeneral dorang kat sana. Kita cakap kita nak tenaga pekerja dorang, in return kita bagi dia minyak sawit. Tapi, tapi, tapi..."
"Tapi apa?"
"Aku sempat jolok dorang dan mintak rahsia bina nuclear weapon."
"Nak bina kat mana? Kau nak jadikan Gelanggayu ni Goryeo Utara ke?"
"Benda kau rilek. Tunggulah Donald Trump jadi Presiden, masa tu, pandai kau la! Aku dah buat part aku!"
"Habis tu, kau nak aku letak siapa untuk counter Adilah?" tanya Azlan.
"Amir. Dia orang Ayam Hitam."
"Ali, dia dengan abang dia ni, aku ada sikit problem la."
"Kenapa? Amir tu kawan aku satu sel masa kat Sungai Banol dulu."
"Okay, aku cakap ni, kau jangan take it personal tau."
"Okay."

Azlan keluarkan artikel serta dokumen tentang korupsi Amar semasa menjadi Gabenor, dan isu pencen tentera yang gagal dijaga dengan baik oleh Amir.

"Bad investment, kau nak buat macam mana? Mana ada orang melabur asyik cemerlang je. Merlina lain la, dia rugi sikit tapi untung banyak. Yang pasal jeti ni, kau sure ni projek Amar?"
"Ya, Ali. Aku berhenti jadi TPM hujung 2005. Projek ni lulus 2006. 2007 sebelum perang saudara, siap. 2009 runtuh. Apa jadahnya projek macam ni, Li? Dia deal dengan Kamal ni. Nampak, ni sign Kamal."
"Kamal pun dah mati, aku tembak."
"Oohh?"
"Haa, masa tu kau kat dalam kapal, tengah kaki tempang kena tembak. Mana kau tau betapa huru-haranya negara ni masa tu?"

Azlan mengangguk, dan teringat timeline permulaan perang saudara.

"Teruk sangat dia sauk ni, Lan. Kau rasa apa aku patut buat?"
"Rilek dulu. Biarkan je dulu. Belum masanya lagi. Sekarang, tentang Amir ni, kau rasa dia boleh deal dengan Adilah ni?"
"Kita cuba dulu. Kalau dia pun kimak, kau kasi sengat, Lan. Aku bagi green light!"

Azlan dan Ali bersalaman. Kemudian Ali keluarkan sepaket daun herba dan 'dapur' untuk mereka berdua berbincang banyak perkara lagi.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro