
2015 part 5
Jugra pulang ke rumah bersama Rachel, dengan encik Murad selaku ketua pegawai keselamatan Azlan, membuat pemeriksaan di depan rumah.
Merlina sedang sibuk buat kerja, sementara Azlan pula sedang berurusan dengan Gabenor Wijayapura, Din Tapa yang sedang present perkembangan terkini projek MRT Wijayapura.
"I think I'm not recognize your house anymore," kata Rachel.
"Yeah, I don't recognize my own house either."
"Dah macam pejabat kerajaan."
"My dad selalu rasa bosan kalau dia kena pergi Kota Warisan, that's why dia renovate rumah dia jadi office."
"What do you mean your dad? It's our dad, okay?"
"Sorry, tak biasa lagi, kak Rach."
"Apa kakak-kakak?"
Jugra senyum.
"Sebenarnya masa on the way, I sebenarnya sempat jugak google hukum syarak kalau I nak kahwin dengan you..."
"No way, weirdo."
Jugra ketawa terbahak-bahak.
"Gurau je lah. Let's go to the kitchen."
Hari ini chef masak paella sotong dan lobster untuk juadah makan tengah hari.
"Where's Mama Mer?"
"Kat atas, tengah sibuk buat kerja."
"Wow, your house has the strongest Wi-Fi I ever had."
"Yeah, boleh download movie less than a minute. Tak tau la teknologi mana daddy ambik ni. Finland kot."
"I could bring my laptop and download as much animes as I could," kata Rachel.
"You like anime?"
"Boleh lah. Berjangkit dengan Mili. Sejak Alif and Mili pindah sekolah, dah jadi kureng sikit kan life kita?"
"Mine, kureng banyak. I mean look at this house. I don't know, I feel alienated. Imagine dulu boleh je dari rumah ni, kayuh basikal pergi beli froyo kat Tutti Frutti. Now, nak keluar rumah pun kena beritahu Encik Murad. Kawan-kawan I kena tanya macam-macam sebelum nak masuk."
"I think I can remember my life masa my mom is still orang biasa and not menteri. Busy la jugak, but still ada masa for me. But now..."
Mereka nampak Merlina lalu lalang sambil bercakap dengan telefon, dan sedang bekerja. Mereka merasakan seolah-olah mereka di dalam pejabat. Sejak rumah ini direnovate jadi sebahagian daripada kompleks MKKP, rumah ni dah tak macam rumah lagi. Jugra rasa macam terasing di rumah sendiri.
Macam lagu Alien Days dari MGMT, yang boleh capture perasaan tu.
"I kena balik lepas ni, sebab at 4pm I kena pergi latihan gymnastik. Next year dah Olympic kat Rio de Janeiro."
"Wow, jauhnya sampai kat Brazil."
"Yeah, next year kan? Bye Jugra."
"Okay, Kak Rachel."
"Diamlah!"
Berdesing betul bila Jugra panggil dia 'kak'.
"Encik Murad, kawan saya dah nak balik. Boleh tak mintak driver tolong hantarkan?"
Semua benda kena tanya Encik Murad.
--
Jugra tengah baring sambil menonton filem Eurotrip seorang diri, dan memikirkan adakah dia patut mengambil lesen memandu kereta sekarang.
Sebab dia fikir nak curi kereta daddy dia, dan mengembara. Dia rasa rimas dengan hidup yang macam ni. Tapi macam mana dia nak lari dari kehidupan yang macam ni?
Dia boleh je bawak kereta, memandangkan dia sejak kecik lagi dah biasa bawak kereta. Tapi dengan security yang ketat macam ni, amatlah susah.
"Macam mana nak keluar ni?"
--
Keesokan harinya, dalam fikiran Jugra, ialah bagaimana untuk melarikan diri daripada pegawai keselamatan Encik Murad ni.
Bukan apa, pegawai keselamatan dia ni jenis kerja sebagai Cawangan Khas, bukan calang-calang. Bukan pak guard shopping mall.
Sambil makan kuih lapis kat sekolah, dia melihat keliling untuk mencari titik kelemahan keselamatan sekolah untuk dia cabut. Dia bertekad untuk ponteng sekolah, merayau dan melihat dunia di luar dari kawalan ibu bapa.
"Aduhhhh! Dah kenapa tumbuk ni?" Jugra menoleh belakang, dan tengok Rachel tersenyum padanya.
"You fikir apa ni? Termenung jauh je."
"Bosanlah hidup ni. Pergi orang berhantar, balik pun berhantar. Bila nak keluar, kena ada bodyguard."
"I dah biasa dah, macam ni, Jugra."
"Jom nak, ponteng sekolah?"
"Are you nuts? Kalau kantoi nanti, parents kita nak letak muka kat mana?"
"Tu kalau. Kalau tak kantoi, kita ada adventure. Lagipun, bosan la ikut peraturan ni."
"Ish, tak berani la, Jugra."
"Okay, I gerak sorang."
Jugra terus capai beg.
"Jugra, nanti dulu!"
"Nak ikut ke tak?"
"I go, tapi dengan syarat before 1 pm, kita kena ada kat sini."
"Steady, sis!"
"Lagi sekali you panggil I sis, I lempang you. Jangan bagi kantoi la mommy and daddy punya history..."
"Oh, okay."
Merangkak-rangkak Jugra memanjat pagar, tapi Rachel hanya menggunakan aksi akrobatik siap landing dengan satu kaki dengan stabil.
"Show off!" kata Jugra.
"I'm an Olympian silver medalist, Jugra. Mestilah kena berlagak skill landing ni. Kita nak pergi mana ni?"
"Tak tau. You ada cadangan?" tanya Jugra.
"I selalu curious pasal Paragon Mall."
"Hish, mall tu malap semacam je. Zaman 80an punya mall. Serius la you nak pergi?"
"I pergi St Pierre je. Jom la pergi situ. Lagipun, you kan suka muzik grunge. So 90s!"
Mereka berdua menaiki bas yang tambangnya berharga RG3.20. Rasa excited sebab dua-dua first time naik bas awam MetroWijaya.
Sebaik sahaja bas tiba di depan mall lama itu, mereka berdua rasa seperti masuk muzium.
"Peh, design lama betul Paragon Mall ni."
"You dengar tak lagu background mall ni? Serious, vaporwave."
Mereka nampak kedai yang masih menjual pakaian lama, kedai makan yang masih pakai menu gambar air oren dengan straw berpintal dan ada bunga di tepi cawan, nampak patung flamingo warna pink serta kedai patung mainan gaya 90an.
"Peh, a e s t h e t i c!"
"Jugra, nampak tak tu?" kata Rachel sambil menunjukkan ke arah sebuah kedai kaset.
"Serius la wujud lagi kedai kaset kat zaman Youtube dan Spotify ni?"
Mereka terpesona dengan nilai estetika 1990an, kerana mereka ini merupakan generasi yang tak pernah mengalami gaya hidup abad ke-20.
Celik-celik mata je dah millennium. Mungkin kalau mak ayah mereka, ni tempat port dating dorang ni. Tapi macam Jugra atau Rachel, ni macam tempat tinggalan sejarah.
"Seringgit je kaset ni, Jugra!"
"Ye tak ye, bilik daddy ada cassette player, kan?"
"Hmmm, jom nak, kita borong semua kaset ni?" kata Rachel.
"On! Lagipun I perlukan sample untuk muzik baru ni."
Selepas membeli tiga puluh kaset, mereka lepak di tangga batu-bata warna merah, antara estetika mall tahun 80an, sambil makan aiskrim Sundae dari McDonald's kat tepi mall.
"Best gila ponteng sekolah!" kata Jugra.
"Yeah, hilang stress! Jugra, sempat ke patah balik ni?"
"Kita naik cab la."
"Jangan! Orang kenal muka I. Kalau dalam bas, anonymous sikit."
"Tak sempat la, sekarang dah 12:45."
"Macam mana ni?"
"You, tu pun bas!"
Tapi disebabkan bas itu penuh, mereka terpaksa tunggu lagi.
"Mampos la I, kena marah dengan my mom," kata Rachel, mengeluh.
"Rilek, nah."
Jugra hulurkan Wayfarer kepada Rachel.
"Kenapa?"
"Pakai spek hitam, takde siapa syak you."
"Habis tu, you?"
"I bukan tweetfamous pun."
"Hotak you! Daddy dah 1.2 million followers kot. Ingat orang tak kenal ke muka you?"
Jugra terus dengan confident tahan teksi. Dia tengok, driver macam orang Bangladesh je, jadi dia terus naik. Kalau muka Melayu Gelanggayu, kemungkinan orang kenal tu tinggi.
"Mana pigi, bos?"
"Kolej Melayu Wijayapura."
--
Setibanya mereka di sekolah, cikgu disiplin, Cikgu Hussaini dah cekak pinggang bersama driver Jugra dan driver Rachel.
Rachel jeling ke arah Jugra.
"Oo ohhh, we're in trouble!"
--
"Kamu ni, yang sorang ni, ayah kamu ni, Pengerusi MKKP, yang mak kamu ni, Perdana Menteri. Kamu sedar tak perbuatan kamu berdua ni melanggar undang-undang sekolah? Lepas tu pulak, membahayakan diri."
Jugra buat muka tegak. Tak takut langsung pada cikgu. Rachel pulak fikir reputasi maknya.
"Mak kamu dah tunggu kamu kat rumah Jugra. Menjawablah kamu kat sana."
--
"Ni semua you punya pasal. Entah apa-apa, ajak ponteng!" kata Rachel, buat muka muncung.
Jugra buat rilek je. Dia tak takut langsung.
"Nanti kalau mommy marah, you nak jawab apa? Takkan nak buat kepala tegak tu je?"
"You relax. Tengok apa I jawab nanti."
"Make sure you jawab elok-elok. Karang my mom marah nanti, memang I cekik you nanti."
"Choke me, sis! Choke me!"
"Eiii, weirdo! Orang cakap betul-betul, dia main-main."
--
Sampai di rumah Azlan, Rachel nampak Natasha dah cekak pinggang, sementara Azlan tengah duduk, dengan memicit-micit dahinya.
"Dah pandai ponteng sekolah dah?" Natasha meninggikan suara.
Rachel jeling ke arah Jugra.
"Jugra, did you teach Rachel to skip school?"
"Yes, aunty. I did."
"Why?"
"Aunty, aunty Menteri Pendidikan kan? Ever wonder why school is so boring? Tau tak, kitorang tadi nak ponteng sekolah, macam nak keluar dari gulag Goryeo Utara?"
Bila Jugra sebut 'gulag Goryeo Utara', Azlan tak boleh tahan daripada ketawa.
"Diam la, Alan! I tengah marah dorang ni. You pun marah la anak you!"
Azlan teruskan ketawa, kemudian terus pegang bahu Jugra.
"Okay, Jugra. Sebagai seorang pelajar sekolah, give us feedback so that we can discuss on how to reform school system?" kata Azlan.
"First, Jugra nak sekolah kat Gelanggayu buat sistem sekolah macam kat Finland. They play games for learning. Second, make school more egalitarian. Maksudnya takde la rigid macam berhirarki macam sekarang. Third, kenapa Jugra nak kena belajar benda yang Jugra tak minat? And fourth, boring la hidup macam ni asyik pergi sekolah, balik sekolah macam takde life langsung. We all teenagers, we deserve to have life!"
"Mana ada sekolah yang kerja dia main game je, Jugra?" kata Natasha.
"Aunty, you're showing yourself that you're outdated. There are videos on Youtube about gamification in education. Siap ada discussion kat TEDTalk lagi."
Rachel kagum dengan cara Jugra mempertahankan diri dia. Natasha pula jeling je arah Azlan.
"That one, I have to agree with Jugra. I think, from four points that you're giving to us, I can accept three out of four. Yes, cool school system like Finland. Yes, make schools more egalitarian, third, the personalization of education, yes, but the last part tu, I have to say no. Of course it will be hypocritical for me to say like that, but let me defend myself."
Azlan bangun, dan kemudian berdiri di antara Jugra dan Rachel.
"I understand the coolness of being rebellish, because when I was at your age pun, I pun macam you guys jugak. I faham, you all rasa terperap kat rumah, takde life. But we all did this because we want to make sure you're not being harm by my enemy. Jugra ingat tak dulu daddy kena tembak? Kita kena lari sampai Australia? I won't let that happen again. Sure, kalau nak bebas, boleh. But kena ada bodyguard juga. And both of you can get free pass on weekend je. Weekdays, belajar. Tahun ni kan exam. Sijil Menengah Rendah kan?"
"Yes, daddy."
"And Nat, just because dorang ponteng sekolah, doesn't make them bad people. Maybe they're getting bored. Since you dah jadi Menteri Pendidikan, why not you do something to change our school system?"
"Damn, Jugra. You're just like your dad!" kata Natasha.
"Please consider my opinion, Aunty Nat."
Natasha tarik tangan Rachel, yang memandang ke arah Jugra sambil tunjuk ibu jari.
"Daddy tak marah ke?" tanya Jugra.
"Nak marah macam mana, kau ni photostat aku. Hahaha!"
--
Azlan
"Apa maksud daddy, photostat daddy?" Jugra tanya aku. Aku masuk ke dapur untuk makan tengah hari.
"Chef, hari ni masak apa?"
"Beef goulash with potatoes. You want what kind of bread, sir?"
"Baguette."
"Perfect, sir."
"Make it two, with my son."
"Alright, sir."
Aku pegang bahu anak aku.
"Daddy minta maaf sebab apa yang berlaku semalam."
"Macam mana Rachel boleh jadi anak daddy? Peliklah."
"Kenapa pulak pelik?"
"Daddy dengan Aunty Nat tu kan selalu bergaduh dalam Parlimen. Hari tu pun bertekak masa meeting."
"Biasalah tu, politik. Hal prinsipal masing-masing, hal personal, lain."
"Betul ke dulu dia tu girlfriend daddy masa zaman sekolah? Jugra tengok rapat je sampai sekarang."
"Cerita dulu-dulu zaman remaja, Jugra."
"Kalau daddy dengan Aunty Nat couple, kenapa daddy kahwin dengan mommy?" tanya Jugra.
"Sebab orang tua yang susun."
"Nek Idah ke?"
"Bukan dia, tapi Jeneral Yahya."
"Laaa, dia bukannya mak ayah daddy pun. Asal pulak dia nak menyibuk?"
"Dia cousin atok Jugra, ayah daddy. Jadi dia yang jaga daddy dari umur tujuh tahun sampai besar."
"Nek Idah tak jaga ke?"
"Jaga, tapi Nek Idah pun kerja dengan Yahya ni. Dia tak ada kuasa nak lawan Yahya. Semuanya sebab kuasa."
Sup goulash dengan potongan roti baguette diletakkan di atas meja.
"Bon appétit."
"Un grand merci," kata aku.
"Daddy, Jugra pun nak minta maaf sebab pagi tadi, Jugra kurang ajar dengan daddy. Daddy tau kan yang Jugra crush dengan Rachel."
"Tau."
"Kenapa daddy tak cakap awal-awal yang Rachel tu kakak Jugra?"
Aku lipat lengan baju aku untuk makan. Aku diam, sebab soalan yang Jugra tanya ni, berat.
"Jawablah..."
"Sebab susah nak explain semua ni. Nak jumpa dorang pun kena sorok-sorok, sebab kami ni berlainan parti politik. Cuma sekarang ni dah jadi kerajaan MKKP, keraplah berjumpa."
"Kenapa daddy sanggup buat macam tu pada mommy?"
"Sebab...daddy dengan mommy ni diaturkan orang. Bukan dari hati daddy. Cuma, daddy sebenarnya menyesal apa yang daddy buat pada mommy."
"Daddy ada perempuan lain tak selain Mama Mer sekarang ni?"
Aku geleng kepala.
"Jangan tipu Jugra. Kalau dulu daddy curang dengan mommy, daddy jangan curang dengan Mama Mer. Mama Mer tu baik orangnya. Daddy tu dah la ada ramai peminat. Sampai budak sekolah Jugra pun ramai yang crush dengan daddy."
"Merepek la Jugra ni..."
"Jugra cakap je."
"Dah, makan cepat. Kejap lagi daddy ada meeting dengan duta Goryeo Selatan."
"Bukan Goryeo Utara?"
"Ish, kenapa pulak?"
"Jugra teringin nak pergi sana. Nak suruh dorang bom Goryeo Selatan. Biar hancur, takde lagi G-pop."
"Apasal la kau ni benci sangat dengan G-pop? Tengok daddy, selamba je suka lagu EXO. Give me XO XO, L O V E yeah!"
Jugra muncung je muka bila tengok aku menyanyi lagu EXO.
--
"Jugra tu sebijik macam perangai daddy ke masa dulu?" tanya Rachel.
"Yes, ponteng sekolah, hisap rokok!"
"Tapi tak nampak pun Jugra hisap rokok. Nampak dia macam jaga makan. Lepas tu dia jadi kapten ragbi kat sekolah."
"Mungkin yang kat situ dia ikut perangai Mina la kot," kata Natasha.
"Macam mana daddy boleh kahwin dengan Mina tu?"
"Arranged marriage. Dari awal lagi Pengetua dengan Tengku Ariffin nak satukan dorang for political reason. Kalau dorang tak kahwin, tak dapat la dia jadi macam hari ni."
"I don't understand why people getting married if they're not loving each other."
"Because lovers and marriage are two different things, Rach. One day you will understand."
"Then I tak nak kahwin. Because marriage is scary!"
"Mommy takkan paksa you. Because I know how it feels like bila kena paksa."
"Tapi sayang la, mommy. I think you and daddy are the best couple ever! Too bad you guys didn't end up as husband and wife."
"You don't know how many times I argue dengan dia, Rachel. Orang sampai pening."
"Macam Rachel dengan Jugra la! Asyik bergaduh je!"
"Tapi sekarang you sedar kan dia abang you?"
"No, I kakak. I lahir dulu. Beza like few hours je."
"Really?"
"Yes. Aunty Jessie told me the story. Now I understand kenapa Aunty Jessie cakap nama Cleo I datang dari mana."
--
Azlan
Aku bertemu dengan Duta Besar Goryeo Selatan, Woo Chung-kwan di 2 Jalan Cendana. Kami berdua membincangkan tentang projek antara Jentayu dengan KIA Motor.
Kemudian aku nak juga membincangkan tentang projek nak bina kereta api dari Kuala Melaut ke Teknojaya. Memandangkan Melaut adalah pengimport kobis terbesar untuk Goryeo Selatan, maka logiklah kalau dorang berminat untuk bina laluan kereta api ni.
Untuk projek ini, JV dengan syarikat Merlina, yang sekarang ni dalam proses kajian laluan yang mana untuk bina kereta api ini.
Sambil tu juga aku kata tax untuk artis-artis G-pop buat konsert kat sini, aku kasi potong. Cuma yang paling penting, jaga adab dan tak boleh mengghairahkan.
In return, Goryeo Selatan akan siarkan animasi dari Gelanggayu ke bahasa Goryeo, antaranya Upin Ipin, Boboiboy dan Bola Kampung.
Woo kata Presiden Park Geun-hye menjemput aku sekeluarga ke Seoul satu hari nanti.
--
"Provinsi Lingga sekarang dah menghasilkan 35 peratus pengeluaran gas asli dan 60 peratus fosforus untuk negara," kata Hassan Zainol yang merupakan pemimpin parti negeri di Lingga.
Aku melawat ke Lingga untuk melihat pembangunan projek terminal gas asli di situ. Lingga ni persaingan pengeluar gas aslinya ialah Sepetang dan Kenidiri.
Hari ini aku bawa Merlina, Jugra dan Julia ke Lingga untuk melawat ke provinsi ini.
Sebagai pengerusi Petrogayu, aku ingin memantau sendiri perkembangan syarikat kerajaan ini dalam memastikan ia mampu bersaing dengan syarikat pengeluar tenaga yang lain.
Lepas lawatan ke Lingga ni, aku akan melawat dua buah negara yang bersempadan dengan Gelanggayu, iaitu Dai Viet dan Khmer untuk melihat peluang investment di dua negara tersebut.
Penduduk Dai Viet berjumlah 92 juta orang, penduduk Khmer pula berjumlah 15 juta. Dua negara ini merupakan pengimport minyak dan gas asli yang cukup besar buat Gelanggayu.
Lawatan pertama aku disambut meriah, dengan kunjungan pertama aku ialah ke Lingga Free School.
Ramai rupanya gadis-gadis chombi kat sini yang terngendap-ngendap Jugra. Aku perasan masa nak masuk ke sekolah tu, ada ramai gadis-gadis cakap 'handsomenya Jugra'.
Aku juga memantau projek Gifted And Talented Education Centre (GATE) di sini, di mana Lingga Free School ini akan memberi fokus terhadap seni.
Aku menonton kumpulan orkestra sekolah melakukan persembahan lagu-lagu P. Ramlee secara medley.
Lingga ni terkenal dengan nasi kandarnya, di mana makanan ini diusahakan oleh masyarakat Tamil Muslim di sekitar kawasan ini.
"Ada lagi rupanya Nasi Kandaq Mustafa Ibrahim ni rupanya! Ni port favorite ayah aku dengan Tengku Ariffin ni," kata aku.
"Tempat favorite atok dengan atok?" kata Jugra.
"Haah, dua-dua atok kau suka makan kat sini. Kau tau tak Mer, dulu dorang ada cawangan kat Wijayapura," kata aku kepada Mer.
"Aku tau, ayah aku pernah cerita gak. Tapi lepas tu anak tauke dia mati, terus takde dah."
"Ni sepupu dia kot yang bukak ni."
Kami berempat dihidangkan dengan nasi kandar, sotong goreng, kari udang harimau, ayam bawang, daging masak hitam dan sayur kobis.
"Nak tau satu benda tak? Tapi ni rahsia la," kata aku pada Merlina.
"Apa dia?"
"Ayah aku pernah bawak Freddie Mercury makan nasi kandar ni."
"Bohong la kau."
"Tak caya, mana dia dapat idea nak buat lagu Mustapha Ibrahim tu? Kedai makan ni la!"
"Tahun bila dia datang sini tu?"
"Tahun '75. Aku umur 6 tahun masa tu."
"Aku belum lahir lagi la, gila!"
Jugra bukan main jilat jari lagi makan gulai daging masak hitam tu.
"Daddy, nanti suruh la dia bukak cawangan kat Wijayapura satu, sedap la!" kata Jugra.
"Insya-Allah," kata tauke tu, senyum melihat kami makan. Tauke ni namanya Raheem, sepupu kepada Kadeer, yang dulu bukak di Wijayapura.
Tempat aku, Aziz dengan Ali melepak dulu.
Selepas makan tengah hari, aku melawat ke jeti pulau tersebut. Aku rasa akibat kelewatan terowong ni nak siap, menyebabkan keadaan di sini begitu sempit dengan orang ramai yang nak ke tanah besar.
Aku memberi bajet sebanyak RG300 juta untuk menambah feri-feri baru di samping nak membina sebuah lagi terminal feri yang baru untuk keselesaan penumpang.
Bajet tu juga termasuk nak upgrade sistem pendingin hawa, lampu serta ruang kaunter membeli tiket.
Kontraktor aku bagi orang Hassan, tapi dibantu oleh syarikat Merlina.
Aku kemudiannya mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pembangunan Lingga yang turut dihadiri oleh Gabenor Lingga, Roslan Pawanteh.
Antara yang mereka minta ialah menyelamatkan syarikat-syarikat bas yang hampir muflis akibat perang saudara yang dulu. Jadi, seperti konsep RapidWijaya di Wijayapura, aku juga akan buat RapidLingga di sini.
Lingga ni kaya dengan sumber gas asli, maka memang patut bandar ini mendapat nikmat hasil bumi negeri ni.
Kena pulak perindustrian di Dai Viet dan Khmer mulai meningkat, maka makin banyaklah kegiatan ekonomi di sebelah sini.
Lepas mesyuarat, aku ke Perumahan Awam Permatang Ajam, yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Tentera Udara Republik Gelanggayu.
Kebanyakan yang tinggal di sini ialah pesara tentera, yang kini ada yang berniaga kecil-kecilan, ada yang memerlukan kewangan, dan ada yang menyambung sara hidup dengan bekerja di bengkel-bengkel atau sebagai security guard.
Aku jadi stress dengan si Amir ni. Kebanyakan pesara tentera kat sini mengadu dengan aku yang pencen mereka kini dah berkurangan, dan kalau ada masalah, Jabatan Veteran tak nak bertindak dengan cepat.
Aku tahu dia ni Parti Pertiwi, tapi kalau macam ni cara dia uruskan hal-hal pesara tentera, ni pada aku bermasalah.
Aku kena mengadu juga dengan Ali pasal benda ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro